Isnin, 12 Mei 2014

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Duta baharu Aurawhite

Posted:

Duta baharu Aurawhite

Duta baharu Aurawhite

SETIAP rangkaian produk Aurawhite Beauty dan Auramen diperbuat daripada bahan semula jadi seperti ekstrak buah beri.


BERASASKAN bahan semula jadi melibatkan gabungan ekstrak buah-buahan seperti sel buah beri merupakan faktor utama Natasha Hudson menerima tawaran bergelar duta produk Aurawhite Stem Cell Collagen.

Produk tersebut merupakan salah satu daripada rangkaian produk Aurawhite Beauty di bawah Aurawhite Global Sdn. Bhd.

Selain Natasha, pendatang baharu dunia hiburan, Amyra Rosli turut terpilih sebagai duta siri penjagaan wajah, Aurawhite White Diamond Exclusive.

Natasha ketika ditemui mengakui beliau amat cerewet mengenai kesihatan terutama melibatkan sumber makanan yang diambil sepanjang hari.

Katanya, Aurawhite Stem Cell Collagen yang diformulasikan daripada 100 peratus bahan semula jadi iaitu ekstrak buah-buahan membuatkannya yakin terhadap produk tersebut.

"Sebelum ini, banyak pihak dari produk kesihatan dan kecantikan menawarkan saya menjadi duta mereka tetapi saya memilih Aurawhite kerana ia berkesan dan berasaskan bahan semula jadi," ujarnya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Duta Produk dan Santai Bersama Media di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir, duta Auramen Turbo, Izzue Islam dan Pengasas Aurawhite Beauty, Nurfuryna Mohd. Azmeer.

Mengulas lanjut, Natasha berkata, Aurawhite Stem Cell Collagen membantu beliau mengekalkan stamina selain menambah nutrisi pada susu badannya.

"Saya memberi susu badan kepada anak. Saya dapati susu badan saya semakin bertambah dan kecergasan pula pada tahap optimum," jelasnya.

Amyra pula terkejut tatkala dipilih sebagai duta sedangkan beliau masih hijau dalam industri hiburan.


NATASHA (kiri sekali) dan Amyra (kanan sekali) menandatangani plak sebagai simbolik pelantikan sebagai duta baharu Aurawhite.


Luahnya, kepercayaan itu tidak akan dipersia-siakan dan yakin set penjagaan wajah White Diamond Exclusive sesuai bagi mereka yang menghadapi pelbagai masalah kulit.

"Jadual penggambaran yang tidak menentu membuatkan wajah saya sentiasa dihantui jerawat dan kulit yang kusam selepas mekap ditanggalkan.

"Sebelum menjadi duta saya diberi peluang untuk mencuba dulu produk ini dan kesannya amat memberangsangkan.

"Saya lebih yakin untuk tampil tanpa mekap kerana kulit saya kelihatan segar dan bernafas," katanya.

Amyra yang juga peminat tegar minuman berkhasiat Aurawhite Collagen memberitahu, gabungan kedua-dua produk suplemen dan penjagaan wajah itu mampu memberi kesan kulit mulus yang menjadi idaman setiap wanita.

Dalam pada itu, Nurfuryna berkata, Aurawhite Beauty juga bakal mengeluarkan tiga lagi produk baharu yang berada di pasaran dalam tempoh terdekat.

"Ia termasuklah produk Aurawhite Skin Spa, khusus untuk penjagaan kulit, Whitening Body Spa Lotion bagi pencerahan kulit secara segera dan Lip Treatment untuk mendapatkan bibir yang sihat dan cantik," katanya. – AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

Selera mi udang segar

Posted:

Selera mi udang segar

Selera mi udang segar

Oleh HAFIZ AHAMD
mohammadhafiz.ahmad@kosmo.com.my


SYED ARDI (kiri) dan Syed Rizal menunjukkan dua hidangan baharu di Medan Selera Mentara, Ampang, Selangor yang dijual pada harga berpatutan.


BAGI mereka yang pernah mencuba mi udang Sungai Dua yang popular di Butterworth, Pulau Pinang, pasti tidak boleh melupakan kesegaran udang-udang yang dipadankan bersama kelazatan kuahnya.

Tidak perlu berjalan jauh, keenakkan mi udang tersebut boleh dirasai apabila berkunjung ke Medan Selera Mentara, Ampang, Selangor yang menjanjikan kesedapan setanding menu asli.

Pengurus Bahagian Makanan Medan Selera Mentara, Syed Rizal Saifu Razle Syed Muhammad berkata, konsep dan cara masakan adalah mengikut hidangan yang terdapat di Sungai Dua.

"Kami mahu penggemar mi udang Sungai Dua mengalami pengalaman yang sama di Medan Selera Mentara. Disebabkan itu, kami cuba mengekalkan rasa yang sama seperti sedia ada," ujarnya yang pernah bekerja di salah sebuah restoran di Sungai Dua hampir dua tahun.

Pada masa sama, beberapa penambahan dilakukan bagi mengikut selera setempat seperti menggunakan stok udang dari pelbagai jenis untuk dijadikan kuah mi.

PENGUNJUNG diberi pilihan memilih berat dan saiz udang segar.


Konsep timbang juga dikekalkan bagi memberi peluang kepada pengunjung memilih jenis udang kertas laut yang dimahukan. Terdapat dua saiz udang yang boleh dipilih iaitu XXL dan XXXL.

"Jumlah udang juga terpulang kepada pengunjung kerana harga bagi satu hidangan adalah bergantung kepada berat udang yang dipilih," kata Syed Rizal, harga bagi 50 gram udang ialah RM10 untuk satu hidangan.

Keutamaan

Selain itu, pengunjung juga boleh menggunakan udang untuk variasi makanan bergoreng seperti mi goreng udang, nasi goreng udang dan mi goreng udang basah.

Kesegaran udang menjadi keutamaan bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan. Ia akan disimpan dalam peti sejuk dan hanya udang segar dihidangkan setiap hari.

"Udang yang tidak digunakan pada hari sebelumnya akan dijadikan bahan untuk membuat kuah sekali gus mengelakkan pembaziran," kata Pengurus Operasi, Syed Ardi Syed Abd. Rahman.

Menurut Syed Ardi, setakat ini, mereka menerima respons positif daripada pelanggan yang pernah merasai hidangan sama di Pulau Pinang.

"Walaupun baru diperkenalkan sebulan lalu, permintaan semakin meningkat setiap hari sehingga kami terpaksa menambah bekalan udang segar," ujarnya.

Selain itu, mi ketam juga antara hidangan yang digemari di Medan Selara Mentara. Berharga RM18 untuk satu hidangan, ia menggunakan resipi asli dari Pantai Timur.

Parut jadi inspirasi masyarakat

Posted:

Parut jadi inspirasi masyarakat

Parut jadi inspirasi masyarakat

BATHMAVATHI (tengah) bergambar bersama para pemenang dan wakil Hiruscar di Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MEDINOVA AG, syarikat pembekal barangan kesihatan kulit, Hiruscar baru-baru ini telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang kempen Hiruscar Beautiful, bertempat di Publika, Solaris, Kuala Lumpur.

Kempen yang bertujuan mencari kisah-kisah menarik di sebalik parut yang ada pada individu itu diadili oleh 400 orang doktor, ahli farmasi dan editor.

Antara pemenang kempen tersebut ialah Dr. Ahmad Anas Abdul Majid, Jenny Pong dan Keisha Petrus. Kesemua mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000 setiap seorang dan berpeluang menjadi inspirasi kepada orang lain.

"Kami amat gembira kerana dapat bertemu dengan tiga individu yang menawan ini," ujar Pengarah Pemasaran OTC Serantau, Medinova AG, Pamela Tan.

Menurut Pamela, dalam pencarian para calon kempen Hiruscar Beautiful itu, pihaknya begitu tersentuh hati dengan kisah-kisah calon tersebut.

Hal ini mengukuhkan lagi kepercayaan pihaknya bahawa kisah-kisah penuh inspirasi itu harus dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

"Kempen Hiruscar Beautiful ini bukan untuk menutup masa silam mereka, sebaliknya bagi memastikan perjalanan hidup mereka lebih indah dan menjadi inspirasi kepada orang lain," kata Pamela.

Dalam pada itu, Senator Dewan Negara, Bathmavathi Krishnan berkata, dia sangat menyanjung tinggi inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh Hiruscar itu.

Ujarnya, pengalaman para pemenang itu boleh menjadikan inspirasi kepada orang ramai kerana walaupun mereka hidup serba kekurangan, namun masih boleh mencapai kejayaan seperti hari ini.

"Kempen ini merupakan penghargaan kepada mereka yang menghadapi cabaran besar dalam hidup yang menyebabkan perjalanan hibup mereka menjadi lebih indah," katanya.

Sementara itu, Ahmad Anas menyatakan rasa bersyukur kerana berjaya menjadi pemenang kempen tersebut.

Ahmad Anas yang terbabit dalam satu kebakaran ketika berusia 14 tahun telah menyebabkan 15 peratus tubuhnya melecur.

Akibat kecederaan tersebut, dia terpaksa menjalani pembedahan graf kulit dan rawatan selama empat tahun.

"Kejayaan ini saya dedikasikan kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana mereka telah bersusah payah menjaga dan membesarkan saya. Hari ini, saya berjaya bergelar seorang doktor," katanya.

Mengulas mengenai perancangan terhadap wang kemenangannya itu, dia berhasrat untuk mendermakan keseluruhan wang tersebut kepada golongan yang lebih memerlukan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved