Isnin, 12 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ahmad Razif selesai angkat sumpah sebagai MB Terengganu yang baharu

Posted:

Ahmad Razif selesai angkat sumpah sebagai MB Terengganu yang baharu

Ahmad Razif selesai angkat sumpah sebagai MB Terengganu yang baharu

12/05/2014 10:24pm

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering malam ini.

Upacara penuh istiadat yang bermula kira-kira pukul 9.18 malam itu didahului majlis angkat sumpah Ahmad Razif sebagai Menteri Besar sebelum beliau menandatangani surat menerima jawatan dan menyimpan rahsia.

Ahmad Razif, 49 telah mengangkat sumpah kira-kira pada pukul 9.25 malam.

Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus itu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar pada 22 Mac 2008. - KOSMO!

Janin cukup sifat ditemui dalam loji kumbahan di belakang hospital

Posted:

Janin cukup sifat ditemui dalam loji kumbahan di belakang hospital

Janin cukup sifat ditemui dalam loji kumbahan di belakang hospital

12/05/2014 8:51pm

ALOR SETAR - Seorang pekerja penyelenggaraan menemui janin yang cukup sifat di dalam jaring di loji kumbahan di belakang Hospital Sultanah Bahiyah di sini pagi tadi.

Farukh Hanafi, 43, yang sedang melakukan tugasnya kira-kira 11.30 pagi terkejut apabila menemui objek kecil yang menyerupai anggota manusia tersangkut dalam jaring.

"Saya cuba mengangkat benda itu dan terkejut apabila mendapati ia lengkap dengan mata, hidung, rambut dan kaki serta tangan. Pada mulanya saya menyangka bangkai haiwan terlekat pada besi perangkap sampah. Bagaimanapun sebaik meneliti betul-betul, ia adalah janin bayi," katanya.

Beliau berkata, beliau lalu memaklumkan perkara itu kepada ketuanya yang datang ke loji itu bersama pihak hospital.

Janin itu yang tidak diketahui jantinanya ditemui tanpa dibaluti sebarang kain manakala tali pusatnya dibungkus dengan plastik.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan penemuan janin bayi tersebut dan sedang menunggu laporan forensik. - Bernama

Pemandu jentolak maut dipanah petir

Posted:

Pemandu jentolak maut dipanah petir

Pemandu jentolak maut dipanah petir

12/05/2014 8:28pm

KEMAMAN - Seorang pemandu jentolak maut akibat dipanah petir ketika sedang mandi di Sungai Terajur di kawasan Chenderong, Air Putih petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 6.15 petang yang menyebabkan Ng Choon Wah, 70, meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan melecur di seluruh badannya.

Rakannya Mustafa Mahmud, 53, berkata dia terdengar dentuman kuat seperti bunyi bom dari arah sungai dan pada masa yang sama melihat percikan cahaya kilat.

"Percikan api terus menyambar badannya yang sedang mandi di dalam sungai," katanya kepada pemberita.

Kawasan kongsi balak itu terletak kira-kira 40 kilometer di dalam hutan menyebabkan usaha mengeluarkan mayat memakan masa hampir dua jam.

Mayat mangsa hanya dibawa keluar kira-kira pukul 12.30 tengah malam oleh kenderaan polis dan tiba di Balai Polis Air Putih sekitar pukul 2.30 pagi.

Mangsa yang berasal dari Bentong, Pahang telah bekerja di kawasan pembalakan balak itu selama 50 tahun. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved