Khamis, 1 Mei 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dedahkan hasil kajian air lombong

Posted:

Dedahkan hasil kajian air lombong

Dedahkan hasil kajian air lombong


KERAJAAN negeri Selangor telah mengepam air dari bekas lombong di Bestari Jaya untuk menampung bekalan air mentah di Sungai Selangor.


KUALA LUMPUR - Beberapa pakar penyelidik air menggesa kerajaan negeri Selangor supaya mendedahkan status kandungan ion logam berat dalam air lombong yang dipam ke Sungai Selangor untuk kegunaan penduduk di Lembah Klang.

Pada masa yang sama, mereka turut mendesak kerajaan negeri untuk membuktikan sebarang kelulusan daripada Kementerian Kesihatan berhubung tahap keselamatan air dari bekas lombong yang dibekalkan kepada pengguna.

Ketua Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Yang Farina Abdul Aziz berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana kandungan air lombong berkemungkinan boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Yang Farina berkata, walaupun pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan kandungan air itu selamat setelah dikaji, namun status itu perlu mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan.

"Air lombong memang ada ion logam berat, jadi sekarang saya sebagai orang ramai saya nak tahu air yang saya guna ini selamat atau tidak.

"Jadi kalau nak tahu selamat atau tidak, seharusnya kena ada analisis yang terperinci oleh Jabatan Kimia serta pihak Kementerian Kesihatan dan bukannya daripada LUAS," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Harapan baru jumpa harta karun

Posted:

Harapan baru jumpa harta karun

Harapan baru jumpa harta karun


FOAD menunjukkan dua keping syiling yang ditemui di Pulau Nangka, Melaka semalam.


MELAKA - Selepas bekerja keras selama empat bulan, kerja-kerja memburu harta karun di Pulau Nangka di sini mula berhasil apabila artifak berbentuk dua keping syiling ditemui pada pukul 11.30 malam kelmarin.

Kedua-dua artifak yang ditemui itu berbentuk bulat dengan diameter kira-kira enam sentimeter berwarna kekuningan.

Artifak pertama mempunyai lima baris tulisan dipercayai huruf zaman kerajaan Majapahit manakala artifak kedua mempunyai lubang berbentuk segi empat di tengahnya mengandungi kalimah Allah dalam tulisan Jawi.

Penemuan itu sekali gus memberi peluang kepada syarikat Smart Partnership (M) Sdn. Bhd. untuk meneruskan kerja-kerja pencarian harta berkenaan sehingga keputusan ujian terhadap syiling tersebut diputuskan.

Pengarah Urusan syarikat tersebut ialah Muhammad Foad Khushairy Mohd. Said.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, syiling itu akan dihantar ke makmal dan Jabatan Warisan Negara hari ini untuk diuji kesahihannya. Keputusan ujian tersebut akan diketahui dalam masa terdekat.

"Ujian di makmal penting bagi memastikan sama ada medal itu diperbuat daripada emas atau tembaga selain usia bahan itu sendiri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

GST rangsang ekonomi negara

Posted:

GST rangsang ekonomi negara

GST rangsang ekonomi negara

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my



JITRA - Kerajaan sentiasa membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melaksanakan transformasi demi kepentingan rakyat dan negara termasuk dalam memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, biarpun adakalanya sesuatu keputusan itu dilihat tidak perlu atau tidak patut dilakukan, namun kerajaan mempunyai sebab dan rasional yang kukuh sebelum melaksanakannya.

"Apabila kita memperkenalkan GST yang bakal dilaksanakan April tahun depan, tujuannya tidak lain bagi meningkatkan pendapatan dan sumber kewangan negara.

"Selepas dilaksanakan, ia mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai pembangunan untuk rakyat khususnya dalam memenuhi keperluan golongan penjawat awam di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 bertemakan Penjawat Awam Tiang Seri Negara di Dewan Wawasan di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved