Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 25 pendaki ikuti program konservasi Gunung Irau
- 100 jemaah bersolat hajat mohon hujan di Parit Buntar
- Ganasan, Nadarajan mahu cipta rekod MBR
25 pendaki ikuti program konservasi Gunung Irau Posted: 25 pendaki ikuti program konservasi Gunung Irau
MENDAKI. Kira-kira 25 orang peserta pelbagai latar belakang mengikuti aktiviti konservasi di Gunung Irau, Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini. Aktiviti tersebut dianjurkan oleh pengendali program rekreasi, Alam Adventure yang turut disertai jurulatih terlatih dan berpengalaman. Aktiviti itu bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar di samping menawan puncak Irau yang berketinggian 2,110 meter dari paras laut. Gunung Irau dikenali sebagai Mossy Forest kerana sepanjang perjalanan sejauh 2.35 kilometer ke puncak, peserta dapat melihat keindahan hutan berlumut yang cantik di samping dapat mengenal pasti beberapa spesies tumbuh-tumbuhan. | |
100 jemaah bersolat hajat mohon hujan di Parit Buntar Posted: 100 jemaah bersolat hajat mohon hujan di Parit Buntar![]() TERMIZI (kanan) mengimamkan solat sunat hajat bersama 100 jemaah lain di Dataran Pekan Rabu, Batu 5, Parit Buntar, Perak baru-baru ini. MOHON HUJAN. Lebih 100 orang jemaah hadir menunaikan solat sunat hajat bagi memohon hujan di Dataran Pekan Rabu, Batu 5, Parit Buntar, Perak, baru-baru ini. Program solat sunat hajat dan solat sunat Istiqa memohon hujan itu diadakan dengan kerjasama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kerian serta Masjid Mahayuddin dekat Parit Buntar. Pengarah (IADA) Kerian, Zahimi Hassan berkata, paras air utama di Kolam Bukit Nerah telah mencapai tahap kritikal. Berikutan itu, beberapa kawasan tananam padi di Kerian telah terganggu akibat kekurangan air dan ia menyebabkan pertumbuhan anak-anak padi bermasalah. Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu diimamkan oleh Pegawai Tadbir Agama Kerian, Termizi Shaari. | |
Ganasan, Nadarajan mahu cipta rekod MBR Posted: Ganasan, Nadarajan mahu cipta rekod MBR![]() ESWARAN (tengah) menyerahkan sijil MBR kepada Nadarajan (bertopi) dan Ganasan yang membuat percubaan untuk rekod baharu jarak terpanjang menunggang motosikal secara duo di Puchong, Selangor kelmarin. CATAT REKOD. Dua orang penunggang motosikal kuasa tinggi, T. Ganasan dan P. Nadarajan memulakan penjelajahan selama lima hari di Semenanjung Malaysia bagi mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBR). Penjelajahan yang membabitkan laluan sejauh 5,000 kilometer (km) itu dilepaskan oleh Pengerusi Eksekutif ABN Media Group Sdn. Bhd. (Kumpulan ABN), Tan Sri K.K Eswaran di Puchong, Selangor kelmarin. Menurut Nadarajan, penjelajahan mereka itu untuk mencipta rekod baharu bagi jarak terpanjang menunggang motosikal secara duo. "Perjalanan sejauh 5,000 km yang mengambil masa selama lima hari bukan senang terutamanya dalam berdepan cuaca hujan," katanya. Penjelajahan dengan menggunakan motosikal kuasa tinggi Honda Goldwing berkuasa 1800cc itu akan berakhir di Klang, Selangor. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan