Sabtu, 29 Mac 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Harapan buntu tujuh hari terakhir

Posted:

Harapan buntu tujuh hari terakhir

Harapan buntu tujuh hari terakhir

PESAWAT C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia tiba di Perth semalam untuk mengesan MH370.


KUALA LUMPUR - Tujuh hari terakhir operasi pencarian kotak hitam dan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebelum peluang untuk mengesan alat penting itu bertambah tipis.

Kotak hitam tersebut perlu dicari kerana ia mempunyai segala jawapan kepada misteri di sebalik kehilangan pesawat MH370 seperti situasi pesawat semasa kejadian, hala tuju dan kelajuan pesawat berkenaan.

Pakar sistem pesawat dari Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKLMIAT), Prof. Madya Dr. Mohd. Harridon Mohamed Suffian berkata, kotak hitam itu juga merakam semua perbualan yang berlaku dalam kokpit.

"Kotak hitam akan memberi maklumat kepada kita sama ada berlaku kerosakan sistem elektrikal pesawat atau kebakaran ke atas pesawat itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.

"Pencarian perlu disegerakan kerana isyarat yang terhasil daripada kotak hitam akan hilang selepas tempoh 30 hari dan peluang untuk menemuinya pasti bertambah sukar selepas ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Harridon turut membayangkan usaha mencari kotak hitam pesawat yang masuk hari ke-23 hari ini sebenarnya cukup sukar memandangkan permukaan dasar Lautan Hindi yang dipenuhi jurang dan berbukit-bukit.

Beliau turut memaklumkan, kapal pengesan perlu berada kira-kira satu atau dua batu nautika dari lokasi kotak hitam itu sebelum dapat mengesan isyarat yang dikeluarkan daripada alat tersebut.

Sementara itu, perubahan daripada musim luruh kepada musim sejuk yang akan berlaku di Lautan Hindi tidak lama lagi dijangka turut menjadi masalah kepada pasukan SAR untuk mengesan MH370 bersama kotak hitamnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelbagai objek dikesan di kawasan pencarian baharu

Posted:

Pelbagai objek dikesan di kawasan pencarian baharu

Pelbagai objek dikesan di kawasan pencarian baharu


PEGAWAI Pemerintah Skuadron 20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Mohd. Suboh (kiri) memberi taklimat menggunakan peta kepada sebahagian anggota dan pegawai TUDM yang terlibat misi mencari pesawat MH370 di Perth, Australia semalam.


KUALA LUMPUR - Operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dipindahkan ke zon baharu mengesan beberapa objek pelbagai warna oleh lima kapal terbang semasa menjalankan misi pencarian itu pada Jumaat lepas.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, objek itu tidak boleh disahkan sebagai mempunyai kaitan dengan MH370 sehinggalah dikesan semula oleh kapal.

"Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar objek terapung itu, memandangkan aktiviti seperti perikanan adalah lazim di kawasan berkenaan.

"Sekurang-kurangnya satu objek bercirikan aktiviti perikanan telah dikenal pasti," jelasnya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerajaan jamin terus cari MH370

Posted:

Kerajaan jamin terus cari MH370

Kerajaan jamin terus cari MH370


HISHAMMUDDIN dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah mententeramkan salah seorang kaum keluarga penumpang pesawat MH370 yang sedih di Hotel Everly, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Penerusan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 serta penambahbaikan penyaluran maklumat terkini adalah antara tiga perkara utama dituntut anggota keluarga penumpang pesawat itu.

Perkara itu dikemukakan ahli keluarga penumpang tempatan dan dari China semasa mengadakan pertemuan kira-kira sejam setengah dengan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Hotel Everly di sini semalam.

Hishammuddin berkata, beliau memberi jaminan kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH370 bahawa operasi SAR akan diteruskan.

"Usaha SAR tidak akan putus dan berterusan, itu jaminan saya memandangkan usaha ini juga adalah melibatkan 26 negara lain," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved