Isnin, 31 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Misi tanam anak pokok secara santai

Posted:

Misi tanam anak pokok secara santai

Misi tanam anak pokok secara santai

SELAIN rakyat tempatan, SORR 2014 berjaya menerima penyertaan dalam kalangan pelancong luar negara.


KEHIDUPAN baharu bakal bermula buat lebih 1,000 anak pokok di Hutan Simpan Sungai Besi, Kuala Lumpur yang diwartakan sebagai hutan simpan kekal sejak 118 tahun lalu.

Selepas berabad lama, hutan simpan kekal yang memegang rekod sebagai hutan terbesar dan paling lama wujud di Kuala Lumpur ini bergelut untuk meneruskan survival di sebalik kesibukan kota metropolitan itu.

Hutan yang diwartakan pada 8 April 1932 umpama berada di dua dunia berbeza antara perjuangan mengekalkan alam semula jadi dan asakan pembangunan di sekitar Sungai Besi, Cheras.

Mujur wujud kesedaran dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar berganding bahu bersama Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) mememulihara hutan di ibu kota agar ia terus gah membekalkan sumber seperti oksigen kepada seluruh hidupan di muka bumi.

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), sebuah NGO yang terpanggil untuk meneruskan legasi kewujudan hutan di ibu kota mahu mendidik orang awam mengenai kecantikan dan kepentingan alam semula jadi terhadap manusia.

Pendekatan yang dipilih ialah melalui penganjuran Save Our Rainforest Race (SORR) 2014 iaitu maraton sejauh 10 kilometer (km) di dalam Hutan Simpan Sungai Besi dengan misi menanam anak pokok terpilih di hutan tersebut.

SORR 2014 menerima penyertaan sehingga 2,500 peserta.


Tanggungjawab

Acara yang berlangsung penuh jaya pada 29 Mac lalu berjaya mengumpulkan sehingga 2,500 peserta dalam kalangan pelajar mahasiswa, orang awam termasuk pelancong menyertai acara tahun kedua anjuran Peka itu.

Lazimnya pertandingan maraton yang menuntut peserta berlari menamatkan perlumbaan dalam tempoh yang pantas, SORR 2014 menasihatkan peserta berjalan sambil menghayati keindahan semula jadi di hutan berkenaan.

Seorang peserta bersama rakannya berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh satu jam sembilan minit berharap anak pokok yang ditanam tumbuh dengan sihat.

B. Suriya, 24, yang merupakan seorang anggota tentera berkata, tatkala menanam pokok itu hatinya turut berdoa supaya manusia sedar mengenai kepentingan tumbuhan buat hidupan di muka bumi ini.

"Ini adalah kali pertama saya mengikut program maraton seperti ini. Bayangkan kita dinasihatkan untuk tidak berlari tetapi hati mahu sahaja menamatkan misi dengan pantas.

"Bagaimanapun saat berada dalam hutan tersebut dan diberi peluang menanam anak pokok, ia umpama memegang tanggungjawab yang besar dan saya tenang ketika menamatkan tugasan ini," katanya.

Bagi pasangannya, Syamim Ismail, 21, berkata, melalui misi menanam anak pokok itu, ia seperti menebus semula kesalahan manusia yang rakus merobek keindahan alam semula jadi dek kerana keuntungan semata-mata.

"Ini adalah permulaan yang amat baik dan berharap terdapat lebih banyak NGO di luar sana menganjurkan pertandingan berkaitan kesedaran alam sekitar.

"Kadangkala dalam bergelar manusia, kita terlalu rakus dan alpa mengejar kemodenan sehingga melupakan tanpa hutan kita tidak mampu hidup," katanya yang berasal dari Taiping, Perak.

Walaupun tujuan SORR 2014 ialah menanam anak pokok, sepanjang perjalanan menuju ke lokasi tapak semaian, melibatkan laluan yang mencabar.

Bukan satu tugas yang mudah, apatah lagi ketika musim hujan di sekitar kawasan Kuala Lumpur menyebabkan laluan berbukit di Hutan Simpan Sungai Besi licin sehingga ada peserta yang tergelincir.

Setiap kumpulan terdiri daripada dua peserta berganding bahu menyelesaikan setiap kuiz selain mengumpulkan bahan seperti baja serta tanah di setiap titik semak.


TAPAK semaian anak pokok diharapkan mampu mengembalikan kehijauan alam flora dan fauna di Hutan Simpan Sungai Besi.


Keindahan alam

Tekad semua peserta hanya satu keterujaan untuk menanam anak pokok di hutan simpan tersebut. Mereka berpendapat ia adalah sedikit pengorbanan untuk menghargai sumbangan hutan terhadap manusia.

Tidak semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Keazaman tinggi seorang orang kelainan upaya penglihatan menjadi sebahagian daripada program tersebut gagal.

P. Krushnan, 45, gagal menyertai maraton itu disebabkan ketiadaan pasangan, tetapi masih membayar yuran pendaftaran sebanyak RM80 sebagai tanda sokongan terhadap Peka dan SORR 2014.

Cacat penglihatan sejak sembilan tahun lalu rentetan daripada komplikasi kesihatan, Krushnan pernah aktif dalam aktiviti lasak terutama denai kembara.

Katanya, dia lebih menghargai keunikan dan keindahan alam semula jadi selepas deria penglihatannya hilang.

"Saya membesar di sekitar Lembah Klang dan menetap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Saban hari merasakan pelbagai jenis bangunan didirikan tetapi tiada usaha mengekalkan ekosistem semula jadi di kawasan sekitarnya.

"Kesannya pada masa kini, agak sukar kita mahu melihat keindahan alam semula jadi di tengah kota kecuali di kawasan hutan simpan.

"Kita sering berasa panas ketika berada di Kuala Lumpur. Jawapannya hanya satu ketiadaan tumbuhan untuk membuat udara di sekitar sini tenang," katanya yang percaya kini masyarakat semakin peka dengan ketandusan flora fauna di kota raya Kuala Lumpur. Turut hadir pada acara tersebut adalah Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin dan kakitangan Kosmo!.

Sementara itu, pasangan wanita pertama yang menjejakkan kaki digaris penamat menjadi milik Nor Hasniza Hassan, 33 dan Nornazatul Shima Mohd. Zin, 30.

Nor Hasniza ketika ditemui mengutarakan pendapat supaya setiap pemaju yang ingin membangunkan kawasan di Lembah Klang turut disaran membina taman mini di kawasan berdekatan.

"Saya ambil contoh mudah ialah di Suria KLCC terdapat taman di situ yang bukan sahaja memukau mata yang memandang tetapi menenangkan.

"Pada hakikatnya, kita semua boleh hidup dengan konsep tumbuhan hijau dalam bandar, cuma kita perlu bijak dalam merencanakan setiap pembangunan.

"Bohong sekiranya saya tidak berang melihat bukit yang gondol dan pokok yang ditebang, namun kita terpaksa akui itu adalah cara tunggal untuk membuka kawasan baru. Tetapi keputusan di tangan kita untuk mengimbangi antara pembangunan dan ekosistem," ujarnya panjang lebar.


BAHAROM (tiga dari kiri) bersama Shariffa Sabrina (lima dari kiri) menyempurnakan pelepasan SORR 2014.


Teruja

Jauh sekali menoleh ke belakang, apatah lagi menyerah kalah, Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil yakin melalui maraton berkenaan, pihaknya mampu menyuntik sifat cintakan alam sekitar.

Beliau yang teruja apabila penganjuran kali kedua itu menerima sambutan dua kali ganda lebih ramai berbanding SORR 2013, program tersebut dalam perancangan menganjurkan SORR ke seluruh Malaysia.

"Ia masih di peringkat perbincangan tetapi kami optimis sekiranya menerima kerjasama baik daripada pelbagai pihak ia mampu.

"Kami sangat gembira kerana berdasarkan maklum balas yang diterima ramai dalam kalangan peserta sudah mula tahu nilai sebenar kewujudan flora dan fauna serta sumber air dalam kehidupan mereka.

"Oleh sebab itu, kami menyediakan pelbagai rintangan dalam usaha mereka untuk menanam anak pokok supaya ia menjadi momen yang bermakna," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Dalam program tersebut Peka berjaya menerima tajaan kira-kira 1,000 anak pokok daripada syarikat pemaju Leighton Contractors (Malaysia) terdiri daripada cengal, meranti dan pasak.

Selamat tinggal kereta kuda

Posted:

Selamat tinggal kereta kuda

Selamat tinggal kereta kuda


KERETA kuda yang beroperasi di sekitar Central Park, New York membawa elemen klasik kepada bandar raya itu.


BEBERAPA bandar raya di Amerika Syarikat mempunyai tarikan tersendiri. Antaranya, kereta kabel berloceng San Francisco, New Orleans, perarakan penuh meriah Mardi Gras dan budaya berpolitik di Washington.

Tidak ketinggalan, New York yang sarat dengan elemen kehidupan penuh warna-warni. Bagaimanapun, baru-baru ini Datuk Bandar New York, Bill de Blasio membuat pengumuman yang mengejutkan banyak pihak iaitu menamatkan perkhidmatan kereta kuda di Central Park.

Tindakan itu berikutan tanggapan bahawa sistem pengangkutan antara yang paling lama beroperasi di bandar raya itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

Tegas de Blasio, tindakan menghentikan perkhidmatan itu akan dilakukan seberapa segera.

"Kereta kuda tidak lagi menjadi sebahagian daripada landskap bandar raya New York.

"Ia tidak berperikemanusiaan. Ia tidak lagi sesuai untuk tahun 2014. Ia sudah berakhir," kata beliau pada bulan Disember lalu iaitu sebulan selepas dia dilantik.

Bagaimanapun, beliau bersedia untuk berbincang bersama pengusaha perkhidmatan itu. Ketika ini terdapat 170 pemandu, 68 gerabak dan 220 ekor kuda di New York.

Sementara itu, kumpulan yang mahu perkhidmatan kereta kuda dihapuskan, NYClass pula terus memberi tekanan.

Kumpulan itu menderma AS$1.3 juta (RM4.3 juta) dalam kempen de Blasio dan calon-calon perbandaran lain yang menentang kewujudan gerabak kereta kuda yang menjadi tarikan dan diabadikan dalam kebanyakan filem romantik.

Jurucakapnya, Chelsie Schadt berkata, New York adalah salah satu bandar raya yang paling sesak di dunia dengan gerabak kuda mengganggu kelancaran lalu-lintas.


WALAUPUN teksi menjadi pilihan pengguna, kereta kuda turut mempunyai permintaan kerana elemen nostalgia.


Pusat kuda

"Sejak beberapa tahun lalu kira-kira 20 kemalangan berlaku melibatkan gerabak kuda. Tindakan ini untuk mempertahankan haiwan-hawain itu.

"Kuda-kuda ini bukan seperti manusia. Haiwan ini perlukan masa untuk berkelakuan seperti kuda sebenar, masa untuk meragut di padang dan berkeliaran bersama-sama kuda lain.

"Tapi haiwan ini pula hanya bergerak dari bangsal ke jalan-jalan di bandar raya New York dan kemudian kembali ke bangsal," tambah beliau.

Pengurus Clinton Park Stables, Conor McHugh pula memberitahu, dia bersedia membuka pusat kudanya di 52 Street yang dibina pada tahun 1860 agar orang ramai melihat sendiri operasi perkhidmatan kuda.

Pusat itu menempatkan ruang menyimpan beca di ruang bawah tanah, gerabak (tingkat bawah) dan sebanyak 79 ekor kuda pula ditempatkan di bangsal berasingan (tingkat atas) yang berukuran kira-kira 3 x 2.4 meter.

Pusat kuda itu mempunyai palung air, rumput kering, dan sistem pemadam api bagi mencegah kebakaran.

Tambah McHugh lagi, semua kuda yang berkhidmat di Central Park mesti berada sekurang-kurangnya lima minggu setiap tahun di ladang dan tidak boleh bekerja lebih dari sembilan jam sehari. Kiraan itu bermula ketika haiwan itu meninggalkan bangsal sehingga kembali.

Katanya, kuda-kuda itu juga tidak boleh bekerja pada suhu persekitaran melebihi 32 darjah Celsius atau di bawah -7 darjah Celsius.

"Mereka yang tidak mengenali atau bersetuju dengan konsep perniagaan kami menyatakan bahawa kuda-kuda ini tidak pernah berada di ladang, dibawa berjalan di padang dan tidak menjalani kehidupan kuda sebenar.

"Tetapi, mengikut undang-undang, kuda-kuda tersebut perlu melakukan semua perkara ini," katanya.

Sementara itu, Schadt membalas bahawa walaupun terdapat peraturan untuk melindungi kuda namun tidak ada cara sebenar untuk mengawal selia industri itu dalam memastikan pengendaliannya benar-benar berperikemanusiaan.

Katanya, NYClass mahu menggantikan gerabak kuda kepada kereta elektrik dengan rekaan awal abad ke-20 sekali gus menawarkan 'nostalgia' yang serupa.

Prototaip pertama kereta melibatkan kos sebanyak RM1.485 juta akan disediakan pada musim bunga ini.

Gerabak kuda akan ditamatkan secara berperingkat dan kereta elektrik akan digantikan dalam tempoh masa tiga tahun.

Hak asasi

Bagi jurucakap Persatuan Kuda dan Pengangkutan Gerabak New York, Christina Hansen, beliau berang dengan keputusan menghentikan perkhidmatan itu.

Katanya, kumpulan-kumpulan berkepentingan menghabiskan banyak masa dan wang untuk melantik de Blasio sebagai Datuk Bandar kerana dia berjanji untuk mengharamkan pengangkutan kuda.

"Mereka yang terlibat dengan hak asasi haiwan pula berpendapat sesiapa sahaja yang menggunakan haiwan untuk sebarang sebab adalah salah," katanya sambil mengerling ke arah gerabak kuda yang diletakkan berhampiran Plaza Hotel di hujung Central Park.

Katanya lagi, ejen hartanah melihat nilai kandang kuda yang terletak di sebelah barat Manhattan sebagai harta yang sangat berharga.

"Kami tidak akan menjualnya selagi masih memiliki kuda-kuda itu," katanya tegas. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Laporan bias media asing dikutuk

Posted:

Laporan bias media asing dikutuk

Laporan bias media asing dikutuk

STATUS dimuat naik oleh Aishah yang menyelar laporan Daily Mail semalam.


KUALA LUMPUR - Rakan-rakan Kapten Zaharie Ahmad Shah mengutuk tindakan akhbar tabloid antarabangsa Daily Mail yang melaporkan juruterbang itu mengasingkan diri daripada keluarga sebelum menerbangkan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Bekas rakan sekolah kepada juruterbang pesawat itu, Dr. Mohd. Ghouse Mohd. Noor berkata, akhbar tersebut menyebarkan pembohongan dan ia berunsur fitnah semata-mata.

"Saya kini sentiasa ada bersama keluarga Zaharie, saya telah bercakap dengan ahli keluarga terdekat keluarga Zaharie, termasuk anak lelaki Zaharie, yang menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut.

"Saya tidak faham dari mana mereka dapat cerita ini. Itu tidak benar sama sekali. Ada pihak yang sengaja manipulasi maklumat dari sumber yang tidak sahih," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


AISHAH


Beliau berkata demikian mengulas susulan laporan media antarabangsa yang mengatakan bahawa Zaharie berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil kerana mempunyai masalah rumah tangga serta sedang dalam proses perceraian.

Menurut laporan oleh Daily Mail itu, isteri Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan telah memberitahu pihak penyiasat kononnya suaminya selalu mengenepikan ahli keluarganya dan hanya menghabiskan masa berjam-jam dengan simulator penerbangannya.

"Saya berharap individu yang sengaja mereka cerita mengenai perkara ini lebih sensitif dalam menyebarkan maklumat dan berfikir tentang perasaan ahli keluarga Zaharie, jangan mengada-adakan cerita tanpa bukti.

"Hairan sungguh bagaimana maklumat yang tidak sahih itu boleh dijadikan bahan berita,"katanya yang juga merupakan pengendali laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370'.

Turut membidas laporan media antarabangsa itu, seorang lagi bekas rakan sekolah Zaharie, Mohd. Nasir Othman yang meluahkan rasa kecewa dengan spekulasi baharu yang disebarkan.


MOHD. GHOUSE


"Tidak adil melemparkan tuduhan tanpa bukti yang sahih. Dalam situasi sekarang ini, tumpuan adalah untuk mencari pesawat yang hilang itu dan bukannya menyebarkan spekulasi memburukkan peribadi mangsa yang terlibat,"katanya.

Dalam pada itu, anak Zaharie, Aishah mendakwa laporan Daily Mail mengenai bapanya itu sebagai satu fitnah yang lebih teruk daripada membunuh.

Melalui laman sosial Facebook miliknya kelmarin, Aishah, 28, telah memuat naik status yang ditujukan kepada Daily Mail dengan memetik sepotong ayat daripada al-Quran yang menyatakan dosa melakukan fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

Aishah turut menyarankan supaya akhbar tabloid itu mempertimbangkan untuk membuat filem berikutan laporan yang didakwa sebagai tidak benar itu.

"Kepada Daily Mail, anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.

"Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda," tulis Aishah melalui laman Facebooknya.

Perdana Menteri tidak pernah sebut MH370 terhempas

Posted:

Perdana Menteri tidak pernah sebut MH370 terhempas

Perdana Menteri tidak pernah sebut MH370 terhempas


Amir Hafiz Abd. Rahman
DUA anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menurunkan salah satu boya untuk menandakan kawasan pencarian dari pesawat Hercules C-130 di perairan Lautan Hindi, kira-kira 1,500 kilometer dari Perth, Australia semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyebut perkataan 'terhempas atau tiada yang terselamat' semasa mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Perkara ini dijelaskan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar harian di sini semalam berikutan tuntutan maaf keluarga penumpang warga China daripada kerajaan Malaysia.

"Sebahagian daripada sebab-sebab permohonan itu dibuat berikutan dakwaan bahawa Perdana Menteri atau kerajaan telah menyatakan bahawa pesawat itu sebenarnya telah terhempas dan tiada yang terselamat.

"Perkara itu benar-benar salah. Tidak disebut terhempas atau tiada yang terselamat," katanya memetik kenyataan Najib pada 24 Mac.

HISHAMMUDDIN


Semasa membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (UK) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit, Najib berkata:

"Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu saya dengan perasaan amat sedih dan terharu ingin memaklumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi".

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Perdana Menteri akan melakukan lawatan ke Perth, Australia esok untuk melihat sendiri operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan.

Beliau berkata, lawatan kerja tersebut akan dilakukan di Pangkalan Udara Pearce, di Perth, Australia, yang menjadi pusat SAR MH370.

"Selain melihat sendiri perkembangan operasi, Perdana Menteri juga mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus sejak 23 hari lalu melaksanakan kerja yang cukup rumit dan sukar," katanya.

MAS belum terima notis saman

Posted:

MAS belum terima notis saman

MAS belum terima notis saman


AHMAD JAUHARI


KUALA LUMPUR – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan masih belum menerima sebarang notis saman ataupun mengenai tindakan undang-undang terhadapnya daripada ahli keluarga penumpang pesawat MH370 di China.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, sehubungan itu, pihaknya tidak dapat memberikan sebarang reaksi ataupun kenyataan ekoran kekurangan maklumat berkenaan isu terbabit.

"MAS belum menerima sebarang notifikasi saman. Kami perlu tahu saman itu mengenai apa sebelum memberi komen mengenainya," katanya pada sidang akhbar harian di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kapal kesan kotak hitam sertai misi cari MH370

Posted:

Kapal kesan kotak hitam sertai misi cari MH370

Kapal kesan kotak hitam sertai misi cari MH370

KAPAL milik Australia, Ocean Shield berlabuh di sebuah pelabuhan di Perth semalam.


PERTH - Sebuah kapal perang Australia yang dilengkapi dengan alat pengesan kotak hitam menyertai misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas di Lautan Hindi.

Penghantaran kapal tersebut dibuat semalam iaitu sehari selepas beberapa kapal lagi mengambil beberapa objek di Lautan Hindi bagi mengenal pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu.

Bagaimanapun, tiada satu pun objek mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 tersebut menyebabkan pasukan mencari masih belum mengetahui lokasi sebenar kapal terbang itu terhempas selepas lebih tiga minggu hilang.

Seramai 29 ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan tiba di Kuala Lumpur, Malaysia semalam bagi mencari jawapan berhubung kehilangan saudara-mara mereka.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing dan membawa seramai 239 penumpang itu hilang pada 8 Mac lalu.

Seramai 153 penumpang pesawat jenis Boeing 777-200 tersebut adalah warga China.

Kotak hitam yang perlu dicari itu mengandungi maklumat penerbangan dan rakaman perbualan di kokpit. Kapal Ocean Shield milik Australia itu dijadualkan sampai dilokasi carian yang seluas hampir menyamai keluasan Poland dalam tempoh empat hari.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang menyelaras misi mencari itu berkata, kapal Ocean Shield dilengkapi dengan sebuah alat pengesap kotak hitam yang dikenali sebagai towed pinger locator.

Selain alat pengesan yang dipinjam dari tentera Amerika Syarikat itu, kapal berkenaan turut membawa sebuah kapal selam kawalan jauh.

Seorang jurucakap AMSA berkata, kapal dari China dan Australia telah mengambil beberapa objek di kawasan carian tetapi mendapati ia hanya sampah.

Ketika ini tiada objek yang diambil itu disahkan mempunyai kaitan dengan MH370. - AP

Isyarat kecemasan disiasat

Posted:

Isyarat kecemasan disiasat

Isyarat kecemasan disiasat


TEMBAKAN suar dilepaskan dari sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Australia semasa mencari kapal terbang MH370 di selatan Lautan Hindi kelmarin.


SYDNEY - Sebuah kapal penyelamat milik Australia terpaksa dilencongkan dari misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) semalam untuk memberi bantuan kepada sebuah kapal yang mengeluarkan satu isyarat kecemasan berhampiran Antartika.

Isyarat kecemasan dikeluarkan pada kedudukan di hujung selatan Lautan Hindi.

Ia dikesan semalam oleh Pusat Koordinasi Penyelamat Australia.

Isyarat itu datang dari sebuah kapal yang terletak kira-kira 3,241 kilometer barat daya Perth dan kira-kira 648 kilometer utara tanah besar Antartika.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, pihaknya bagaimanapun gagal untuk berkomunikasi dengan kru kapal tersebut.

Pihak AMSA juga tidak mengetahui bentuk kecemasan yang menyebabkan kapal tersebut meminta bantuan.

Sebuah jet awam berlepas dari Melbourne untuk menyiasat isyarat itu dan dijangka sampai dalam tempoh lima jam.

Sebuah pesawat P3 Orion milik tentera Australia juga dilencongkan dari misi mencari pesawat MH370 dan menuju ke lokasi kapal berkenaan sekiranya perlu untuk menjatuhkan peralatan kecemasan.

Isyarat itu didaftarkan pada sebuah kapal menangkap ikan tetapi AMSA tidak mendedahkan maklumat tentang negara asal kru atau saiz kapal tersebut. - dpa

Polis sembur penyembur lada ke arah pelajar universiti

Posted:

Polis sembur penyembur lada ke arah pelajar universiti

Polis sembur penyembur lada ke arah pelajar universiti


BEBERAPA anggota polis menangkap seorang peminat pasukan bola keranjang Universiti Arizona di Tucson kelmarin.


TUCSON - Anggota-anggota polis menyembur lada ke arah ratusan penyokong pasukan bola keranjang Universiti Arizona di sini kelmarin.

Tindakan itu dilakukan selepas para peminat tersebut yang juga pelajar universiti berkenaan membaling botol bir dan bunga api ke arah anggota-anggota polis.

Para peminat tersebut melakukan perbuatan itu selepas pasukan bola keranjang universiti berkenaan kalah kepada Wisconsin dengan keputusan 64-63 pada pertandingan akhir Persatuan Atletik Kolej Kebangsaan di Anaheim, California kelmarin.

Menurut seorang pegawai polis, Sarjan Pete Dugan, para peminat universiti itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, katanya, seramai 10 orang ditangkap polis ekoran kejadian itu.

Dugan berkata, para peminat itu meninggalkan bar dan restoran dekat kampung universiti berkenaan selepas perlawanan tersebut berakhir.

Menurutnya, botol bir yang dibaling dan bunga api tersebut membahayakan keselamatan anggota-anggota polis. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


China Southern Airlines setuju beri bantuan kepada keluarga penumpang

Posted:

China Southern Airlines setuju beri bantuan kepada keluarga penumpang

China Southern Airlines setuju beri bantuan kepada keluarga penumpang

31/03/2014 9:33pm

KUALA LUMPUR - Rakan perkongsian kod penerbangan bagi pesawat MH370, China Southern Airlines, bersetuju bekerjasama dengan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk memberi bantuan kepada keluarga penumpang pesawat itu yang hilang sejak tiga minggu lepas.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS.

"Kami sudah berbincang dengan China Southern Airlines. Oleh kerana ini pesawat kami, (jadi) tanggungjawab lebih kepada kami. Mereka hanya rakan perkongsian kod sahaja," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan terbaharu operasi mencari MH370 di sini, hari ini.

Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu. - Bernama

Polis rampas pil kuda bernilai hampir RM1 juta

Posted:

Polis rampas pil kuda bernilai hampir RM1 juta

Polis rampas pil kuda bernilai hampir RM1 juta

31/03/2014 7:55pm

KOTA BHARU - Polis menahan sepasang suami isteri bersama 39,399 biji pil dipercayai pil kuda yang dianggar bernilai hampir RM1 juta di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pasangan itu yang berumur 21 dan 25 tahun ditahan pada 2.45 pagi di rumah mereka oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

"Pemeriksaan ke atas pasangan terbabit membawa kepada penemuan beberapa biji pil yang disyaki pil kuda.

"Setelah disoal siasat, suspek membawa polis ke tempat dadah disembunyikan yang mana kesemua dadah itu diletakkan di dalam sebuah tin milo dan sebuah tong plastik yang ditanam dalam tanah yang terletak di hutan belakang rumah suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, pihaknya turut menyita wang tunai RM39,599 dan mata wang Thailand 9,000 Bath, serta sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal.

Jalaluddin berkata, dadah itu disyaki untuk diedarkan di seluruh Kelantan dan ujian awal saringan air kencing kedua-duanya didapati negatif serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, pasangan itu direman selama seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut. - Bernama

PM tidak sebut terhempas atau tiada yang terselamat - Hishammuddin

Posted:

PM tidak sebut terhempas atau tiada yang terselamat - Hishammuddin

PM tidak sebut terhempas atau tiada yang terselamat - Hishammuddin

31/03/2014 8:00pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyebut perkataan "terhempas atau tiada yang terselamat" semasa mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Perkara ini dijelaskan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar rutin hari ini berikutan tuntutan maaf keluarga penumpang warga China daripada kerajaan Malaysia.

"Sebahagian daripada sebab-sebab permohonan itu dibuat berikutan dakwaan bahawa perdana menteri atau kerajaan telah menyatakan bahawa pesawat itu sebenarnya telah terhempas dan tiada yang terselamat.

Perkara itu benar-benar salah..Tidak disebut terhempas atau tiada yang terselamat," katanya memetik kenyataan Najib pada 24 Mac.

Semasa membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit, Najib berkata: "Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu saya dengan perasaan amat sedih dan terharu ingin memaklumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 30 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Interaktif, eksklusif, ringkas dan padat

Posted:

Interaktif, eksklusif, ringkas dan padat

Interaktif, eksklusif, ringkas dan padat

DILANCARKAN secara rasmi pada 19 April 2013, portal berita 1News masih terlalu baru dalam industri media negara yang sudah bermula sejak zaman sebelum merdeka. Namun, di sebalik usianya yang 'hijau', ia tetap menonjol sebagai alternatif dan pelengkap kepada siaran berita sedia ada.

Tampil dengan konsep lebih santai, 1News menyuntik elemen interaktif, eksklusif, ringkas dan padat dalam usaha menarik perhatian penonton yang menggunakan medium internet.

Memberi fokus kepada penyampaian berita semasa secara dwibahasa, portal ini turut memanfaatkan laman sosial seperti Twitter, YouTube, Facebook dan Instagram untuk memaparkan maklumat yang diperoleh.

Beroperasi secara web, portal 1News turut mempunyai studio tersendiri yang dihoskan oleh muka-muka baharu dalam dunia penyiaran tanah air.

Menurut Editor Berita 1News yang merupakan antara individu perintis dalam pembentukan portal tersebut, Noraini Wahib, 34, antara idea utama penubuhan mereka ialah untuk ke udara 30 minit lebih awal daripada televisyen atau radio.

"Zaman kini memperlihatkan perkembangan teknologi canggih yang membolehkan setiap maklumat diperoleh di hujung jari. Telefon pintar, tablet atau komputer riba menjadi perantara dalam melayari maklumat di internet.

"Justeru, kami juga tidak mahu ketinggalan mengikut peredaran masa dan trend dalam memaparkan maklumat terkini kepada masyarakat di luar sana," ujar Noraini yang mempunyai pengalaman selama 11 tahun bekerja di Radio Televisyen Malaysia (RTM).


SEBAHAGIAN kakitangan barisan hadapan 1News yang sentiasa komited menjalankan tanggungjawab mereka.


Tambah Noraini, antara kelebihan kakitangan 1News ialah mereka mampu melakukan pelbagai tugas dan mengguna pakai konsep kerja 24 jam sehari.

"Daripada wartawan, editor, artis grafik termasuk jurugambar atau juruvideo semuanya mempunyai kemahiran dalam setiap aspek tugasan," jelas graduan Sarjana dalam jurusan Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia ini lagi ketika ditemui Kosmo! di pejabat 1News, Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mempunyai seramai 40 kakitangan setakat ini, 1News beroperasi di bawah pemantauan Unit Berita Semasa RTM. Namun, mereka bebas menyampaikan pelbagai maklumat melalui paparan buletin dan segmen di laman web www.malaysia1news.my.

Bagi Nik Aidawati Yusoff, 36, penyertaan dalam 1News sebenarnya memberi cabaran tersendiri dalam kamus kehidupan kerjayanya.

Mengorak langkah

Ia lantaran, anak kelahiran Besut, Terengganu ini merupakan seorang deejay radio selama hampir 17 tahun. Kerjayanya bermula di radio Kelantan FM selama tujuh tahun sebelum berhijrah ke radio KL FM pada tahun 2003. Justeru, banyak perbezaan yang perlu dihadapi ketika mula-mula bergelar penyampai atau hos portal tersebut.

"Jujurnya, saya rasa amat terharu kerana dipilih oleh pihak pengurusan untuk terlibat dalam pengasasan portal ini. Oleh itu, saya mengambil cabaran tersebut sebagai satu tanggungjawab besar yang telah diamanahkan.

"Sewaktu 1News mula ditubuhkan, hanya terdapat beberapa orang kakitangan sahaja termasuk saya. Jadi, semua kerja perlu dilakukan dua atau tiga kali ganda oleh setiap individu. Malah, ada yang sampai berumah di pejabat.


SETIAP kakitangan 1News mampu melakukan pelbagai tugas daripada membuat berita, menyunting hinggalah menjadi juruvideo.


"Alhamdulillah, kini 1News mula mengorak langkah untuk diterima dalam masyarakat. Diharap portal ini akan terus berkembang maju dan menjadi saluran berita No. 1 negara," ungkap Nik Aidawati yang mengendalikan program kesihatan dan menjadi penyampai segmen Berita Pagi, Tengah Hari dan Petang serta Biz News.

Apa yang dihadapi Nik Aidawati senada dengan rakan seperjuangannya, Nadia Maduarin, 31, yang berlatar belakang undang-undang dan langsung tiada bekal pengalaman dalam bidang media.

Diibaratkan seperti frasa 'dari mahkamah ke bilik berita', bagaimanapun, semangat pemegang Ijazah Sarjana Muda Perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu untuk menceburi dunia kewartawanan harus dipuji.

"Saya lahir dalam keluarga yang memiliki perniagaan dalam bidang perundangan. Boleh dikatakan ramai ahli keluarga dan sanak saudara merupakan peguam. Selepas tiga tahun berada dalam arena perundangan sejak tahun 2007 hingga 2010, saya mula terfikir untuk bergelar wartawan.

"Selepas terpilih dalam temu duga di 1News, saya bertekad untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Tiga hingga enam bulan pertama di sini merupakan tempoh yang paling sukar untuk saya hadapi.

"Macam-macam perkara yang saya fikirkan termasuklah bagaimana rupa dan penampilan di hadapan kamera. Tetapi, lama-kelamaan saya semakin selesa dan dapat menyesuaikan diri dalam bidang ini. Apa yang penting, jangan terlalu risau atau takut untuk melakukan kesilapan kerana ia satu proses pembelajaran dalam kehidupan," kongsi anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu yang mengelolakan segmen berita tempatan dan luar negara.

Sangat meminati pembaca berita veteran RTM, Farid Ismet Emir, Nadia mempunyai harapan untuk mencipta nama seperti beliau.

"Secara peribadi, saya merasakan Farid mempunyai aura dan karisma tersendiri ketika membaca berita. Suara, bahasa tubuh dan lenggok bahasanya menjadi identiti yang sukar dicari ganti," tutur Nadia yang mula berhijab pada Januari 2014.

LIMA sahabat yang berbeza usia dan latar belakang (dari kanan) Nadia, Nik Aidawati, Noraini, Mohd. Syafiq dan Rahman Khairuddini, sepakat untuk menaikkan nama 1News sebagai satu portal berita yang terkemuka di negara ini.


Sediakan artikel

Sementara itu, bergelar kumpulan kakitangan kedua 1News sejak Jun 2013, Mohd. Syafiq Mohamad Puad, 25, atau lebih mesra disapa Bubu mengakui, amat mencintai kerjaya pertama yang diperoleh selepas tamat pengajian itu.

Ujar Mohd. Syafiq, disebabkan mempunyai minat dalam nyanyian hingga pernah menyertai uji bakat Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, dia dipertanggungjawab mengendalikan segmen hiburan di portal berkenaan.

"Setiap hari saya perlu menyediakan lima artikel hiburan untuk disiarkan dalam segmen Spotlight bermula dari hari Isnin hingga Jumaat.

"Selain itu, saya juga bertanggungjawab menyiapkan program Carta Muzik Top 7 yang bersiaran pada setiap hari Ahad. Untuk menampakkan kelainan, saya perlu lebih kreatif dalam penyampaian.

"Sebagai contoh, sewaktu temu bual bersama artis, saya gemar bertanya soalan yang di luar jangkaan secara spontan berbanding soalan-soalan biasa mengenai aktiviti atau kehidupan privasi mereka," terang Mohd. Syafiq yang dahulu merupakan remaja obes dengan berat badan 135 kilogram ketika mengikuti Diploma Perhotelan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari universiti yang sama, Mohd. Syafiq kini tekun menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Komunikasi di UiTM.

Golongan muda terajui 1News

Posted:

Golongan muda terajui 1News

Golongan muda terajui 1News


EDITOR visual sedang mengendalikan mesin penukar saluran yang diselaraskan dengan montaj yang sesuai sewaktu rakaman berita dijalankan.


WALAUPUN bernaung di bawah bumbung Radio Televisyen Malaysia (RTM), 1News mempunyai hala tuju yang berbeza. Dengan konsep segar, portal yang bakal menyambut ulang tahun pertama pada bulan April ini menjadikan golongan muda sebagai sasaran utama.

Penggunaan laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram merupakan salah satu langkah terbaik dalam usaha memberi maklumat terkini kepada golongan muda melalui penyampaian berita.

Bagi yang pernah melayari portal 1News, anda pasti melihat ciri-ciri interaktif terutama aspek grafik yang ditonjolkan. Grafik juga memainkan peranan utama yang membantu menarik perhatian pembaca sewaktu melayari portal 1News.

Pereka Grafik 1News, Mohd. Suhail Mohamed Rahmat, 26, memberitahu, dia bersama empat orang unit grafik yang lain merupakan tulang belakang dalam rekaan montaj untuk setiap berita yang akan disiarkan.

Unit Grafik

Menurut graduan Fakulti Seni dan Reka Bentuk (Grafik), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor itu, tugas Unit Grafik tertumpu kepada rekaan latar belakang program berita yang akan disiarkan di portal tersebut.

"Empat berita bahasa Melayu dan empat berita dalam bahasa Inggeris akan disiarkan setiap hari. Tugas grafik lebih tertumpu kepada rekaan montaj setiap berita dan program. Setiap program dan berita portal 1News seperti Sportlight, Wawancara Khas dan Carta Muzik Top 7 mempunyai montaj yang berbeza.

"Selain itu, kami juga bertungkus lumus memproses berita kepada gambaran grafik yang interaktif dan santai untuk diletakkan di laman Facebook. Kaedah itu juga merupakan salah cara 1News mempromosikan berita menerusi laman sosial," ujarnya.

Matlamat asal penubuhan 1News ialah untuk menyampaikan berita yang boleh diakses oleh segenap lapisan masyarakat.

Laporan yang disiarkan melalui portal 1News merangkumi berita tempatan, dunia, bisnes, gaya hidup, sukan dan kesihatan. Selain itu, program bercorak wawancara khas pula terbahagi kepada dua iaitu Di Sebalik Islam dan Laporan Khas.

Unit Grafik 1News terbahagi kepada dua pasukan iaitu grafik gerakan untuk montaj dan grafik untuk berita di laman portal serta Facebook.

Mesyuarat antara pihak pengurusan dan Unit Grafik yang diadakan pada setiap bulan juga merupakan salah satu langkah terbaik untuk menjana idea baharu dalam usaha mempertingkatkan kualiti grafik portal tersebut.


ABDUL RAHMAN meminati penyampaian berita sukan yang dirasakan perlu lebih bersemangat tetapi dalam suasana santai.


Berkongsi pengalaman sebagai Pembaca Berita portal 1News, Abdul Rahman Khairuddin, 23, memberitahu, sekurang-kurangnya dia akan menyampaikan berita sebanyak tiga kali sehari.

Menurut anak jati Shah Alam, Selangor itu, penyertaannya bersama 1News kerana meminati dalam penyampaian berita yang berkonsepkan isu-isu rakyat di negara ini.

"Sebelum menceburi bidang pembacaan berita di 1News, saya pernah menjalankan latihan industri di salah sebuah syarikat televisyen swasta ketika menuntut di semester akhir dalam jurusan Kewartawanan di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC). Saya gunakan pengalaman itu sebagai bekalan untuk memulakan karier di 1News.

"Setelah menyertai 1News, saya diberi tugasan untuk menyampaikan berita sukan. Daripada tugasan itu, saya mula meminati berita sukan. Penyampaian berita sukan perlu lebih bersemangat dan dalam masa yang sama elemen santai harus diterapkan," ujarnya yang mengagumi cara pembacaan penyampai Berita Dunia saluran TV1, Farit Ismeth Emir.

Menurutnya, pembahagian masa sewaktu menyampaikan berita portal 1News berbeza siaran menerusi televisyen. Dia diperuntukkan masa selama lima hingga lapan minit untuk membaca enam atau lapan berita.

Abdul Rahman juga perlu membaca berita yang padat dengan maklumat dalam masa seminit. Kaedah itu merupakan salah satu langkah terbaik untuk mengasah bakatnya dalam penyampaian berita.

"Kebiasaannya, saya sendiri akan menyunting berita yang diperoleh daripada Bernama dan Unit Berita Televisyen RTM kerana 1News tidak mempunyai wartawan sukan. Sesi penyuntingan berita itu juga mengajar saya cara untuk menyelaraskan penulisan dan pembacaan berita dalam masa yang ditetapkan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Mencari bahan

Selain itu, Abdul Rahman turut membantu aspek teknikal seperti pengendalian kamera ketika rakan-rakan penyampai berita yang lain mengadakan rakaman.

Tidak lengkap sesebuah portal berita tanpa wartawan yang bertungkus lumus mencari bahan untuk siaran.

Wartawan Meja Bisnes portal 1News, Nor Amalina Abdul Karim, 24, berkongsi pengalaman, setiap hari dia bersama seorang jurukamera akan keluar mencari satu bahan berita bisnes untuk siaran di portal tersebut.

Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam bidang Penyiaran, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, dia juga perlu mencari bahan untuk laporan khas yang akan disiarkan dalam segmen Bisnes.

"Walaupun gaya penulisan untuk laporan bisnes lebih serius, saya dilatih agar menjadikan berita itu lebih santai dan mudah difahami. Pada masa yang sama, olahan ayat yang ringkas juga perlu untuk menyelaraskan dengan skrip yang bakal dibaca oleh pembaca berita di studio.

"Usai mendapatkan bahan berita, setiap wartawan 1News perlu mempunyai komunikasi yang baik dengan jurukamera dan editor visual. Mereka merupakan individu penting yang membantu memudahkan tugasan wartawan untuk menyiapkan laporan dan skrip," ujar anak jati Seberang Perai, Pulau Pinang itu.


MOHAMAD ZULAZRI (kiri) berbincang mengenai rekaan montaj untuk siaran berita 1News bersama salah seorang pereka grafik.


Tambahnya, bertugas sebagai wartawan menuntut dirinya untuk menjalankan pelbagai tugasan dalam satu masa. Tidak hanya tertumpu kepada penghasilan laporan, Nor Amalina juga perlu menyunting video daripada jurukamera untuk kegunaan ketika sesi rakaman penyampaian berita.

Sebagai seorang wartawan di sebuah portal baharu, Nor Amalina tidak menafikan bahawa amat sukar untuknya memperkenalkan portal tersebut kepada syarikat-syarikat dan orang ramai ketika menjalankan tugasan.

"Saya bangga bekerja sebagai wartawan di portal 1News walaupun sering dibayangi oleh Unit Berita RTM. Ia bukan menjadi satu masalah kerana saya berpeluang menerangkan kewujudan portal 1News secara lebih terperinci kepada mereka," jelasnya.

Sementara itu, Editor Visual 1News, Mohamad Zulazri Suradi, 26, memberitahu, unit tersebut bertanggungjawab untuk merekod berita yang disampaikan oleh pembaca di studio.

Skrip

Menurutnya, lapan orang editor visual juga dilatih untuk mengendalikan mesin Tricaster (penukar saluran) ketika pembaca membaca berita.

"Video pembacaan berita yang dirakamkan pada skrin hijau akan disunting menggunakan perisian Adobe Premier. Editor visual juga akan memastikan skrip yang dibaca oleh penyampai berita diselaraskan dengan video yang dipaparkan.

"Selain rakaman, portal 1News juga menyampaikan berita secara langsung pada waktu pagi berdasarkan bahan laporan yang diperoleh semalam. Tugasan visual editor visual lebih mencabar ketika berita disiarkan secara langsung. Kami perlu lebih cekap menyelaraskan visual dengan berita yang dibaca oleh penyampai," ujar graduan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dalam bidang penyiaran UiTM, Shah Alam itu.

Bagi Mohamad Zulazri, dia sentiasa berkolaborasi dengan wartawan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penulisan berita agar memudahkan tugasnya untuk memilih visual dan video yang bersesuaian untuk siaran.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sepuluh kapal sertai operasi mengesan MH370

Posted:

Sepuluh kapal sertai operasi mengesan MH370

Sepuluh kapal sertai operasi mengesan MH370

KAPAL Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu sedang melakukan operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 kapal terlibat dalam gerakan mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di kawasan kira-kira 1,850 kilometer (km) di barat Perth yang merupakan lokasi terbaharu pencarian pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Sebelum ini, kawasan pencarian ditumpukan di kawasan sejauh 2,500km dari barat laut Perth dan dengan peralihan tersebut, operasi mencari lebih dekat dengan daratan di Perth.

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, tumpuan operasi mencari kini di kawasan seluas kira-kira 319,000 kilometer persegi berpandukan hasil analisis lebih terperinci pasukan penyiasat nahas kapal terbang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Isteri dakwa Zaharie bersedih

Posted:

Isteri dakwa Zaharie bersedih

Isteri dakwa Zaharie bersedih

LONDON - Juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah mengasingkan diri daripada keluarganya sebelum dia menerbangkan pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang pada 8 Mac lalu, lapor akhbar Mail On Sunday semalam.

Dalam satu temu bual oleh pasukan penyiasat bersama keluarga Zaharie yang didedahkan oleh akhbar tersebut mendapati, juruterbang itu suka mengasingkan diri akibat masalah rumah tangga yang dialaminya itu.

Isteri dan seorang anak perempuan Zaharie berkata, juruterbang itu kelihatan terlalu sedih berhubung isu rumah tangganya beberapa minggu sebelum pesawat MH370 tersebut hilang pada 8 Mac lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hanya selera makan selepas 23 hari

Posted:

Hanya selera makan selepas 23 hari

Hanya selera makan selepas 23 hari


ISMAIL SABRI (kiri) bertanya sesuatu kepada Normah (dua dari kanan) selepas majlis doa selamat di Taman Kerayong Makmur, Bera, Pahang semalam.


BERA - Ibu kepada salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hanya mampu menjamah makanan bermula semalam selepas insiden kehilangan pesawat itu memasuki hari ke-23.

Normah Jaafar, 56, berkata, selama ini dia langsung tiada selera untuk makan kerana terlalu memikirkan nasib yang menimpa anaknya, Mohd. Khairul Amri Selamat, 29.

"Alhamdulillah saya sudah boleh mula makan dan ada selera sikit apabila keluarga terdekat serta kawan-kawan banyak memberi sokongan kepada saya.

"Cuma saya jadi sedih kalau terlihat gambar Khairul dan mula rasa sebak hati," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hamilton juara GP Malaysia

Posted:

Hamilton juara GP Malaysia

Hamilton juara GP Malaysia

Oleh MOHD. IKHSAN
FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

HAMILTON kembali mempamerkan taringnya dalam perlumbaan F1 musim ini selepas muncul juara pada GP Malaysia semalam.


"GELARAN ini saya dedikasikan kepada keluarga mangsa tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370) tiga minggu lalu."

Demikian luahan pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton selepas meraih gelaran pertama perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia 2014 semalam.

Lebih menarik, pemandu Britain itu turut membantu Mercedes meraih trofi di 'laman sendiri' untuk Petronas dan ia merupakan kemenangan pertama pasukan itu di Litar Antarabangsa Sepang.

Mercedes ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila seorang lagi pemandunya, Nico Rosberg turut menemani Hamilton di atas podium selepas meraih tempat kedua.

Pada perlumbaan 56 pusingan dengan jarak keseluruhan 310.408 kilometer itu Hamilton mencatatkan masa sejam 40 minit 25.974 saat (s), meninggalkan Rosberg dengan kelebihan 17.313s.

Bagaimanapun, juara tahun lalu, Sebastian Vettel sekadar meletakkan Red Bull Racing di tangga ketiga dengan catatan masa 1'40:50.508s.

Hamilton yang meraih gelaran ke-23 dalam kariernya sejak menyertai F1 pada 2007 berkata, Mercedes telah melakukan tugas terbaik untuk memastikan mereka kekal di hadapan pada aksi tersebut.

"Jentera yang hebat, tugas yang cemerlang telah diberikan oleh semua orang. Terima kasih kepada seluruh pasukan selepas apa yang kami alami sebelum ini," ujar Hamilton.

Juara dunia 2008 itu gagal menamatkan perlumbaan pada GP Australia 16 Mac lalu apabila jentera yang dipandunya mengalami masalah pada enjin seawal pusingan kedua lagi.

Sebelum perlumbaan bermula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama barisan pemandu dan para hadirin bertafakur seminit bagi mengingati tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir.

Begitupun, sebaik perlumbaan bermula, Rosberg yang berada di petak ketiga terus melakukan serangan sekali gus menghalang Vettel untuk memintas Hamilton.

Hamilton kekal di kedudukan di hadapan sehingga ke garisan penamat dan gandingannya dengan Rosberg yang turut menutup peluang pemandu-pemandu lain membantu mereka meletakkan Mercedes di podium kejuaraan.

Mercedes kini mendahului kedudukan keseluruhan pengeluar dengan 68 mata diikuti Mclaren (43), Ferrari (30) masing-masing di tangga kedua dan ketiga.

Kedudukan pemandu pula dipimpin Rosberg dengan 43 mata, Hamilton (25) di tangga kedua.

'Jauh di mata, dekat di hati'

Posted:

'Jauh di mata, dekat di hati'

'Jauh di mata, dekat di hati'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PENGENDALI Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee optimis anak-anak buahnya mampu berdikari sepanjang ketiadaan beliau bagi menghadapi tiga aksi Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Australia bulan depan.

Kim Swee yang kini berada di tanah air bagi mengendalikan tugas selaku pengendali sementara Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan berdepan Filipina di Cebu pada 27 April depan memberitahu, beliau sentiasa berkomunikasi bersama pembantu jurulatih Harimau Muda A, Rusdi Suparman sepanjang ketiadaan beliau di sana.

"Selain berkomunikasi dengan Rusdi setiap hari, saya juga berhubung dengan Yong Wai Hwang (jurulatih penjaga gol) dan Rastislav Bozik (jurulatih kecergasan) bagi memantau perkembangan skuad Harimau Muda A.

"Saya percaya anak-anak buah saya mampu berdikari dengan baik, ini bukan kali pertama mereka beraksi dalam saingan NPL tanpa kehadiran saya," katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda A bakal berdepan tiga aksi tanpa kehadiran Kim Swee iaitu berdepan Olympic FC (5 April), Northern Fury (13 April) dan Brisbane City pada 24 April depan.

Ini kerana beliau hanya akan kembali ke Australia pada awal Mei depan selepas aksi persahabatan Harimau Malaya berdepan Filipina kelak.

Mengulas lanjut, Kim Swee juga menjelaskan masih terlalu awal bagi mengenal pasti potensi skuad Harimau Muda A yang kini di tangga ke-10 NPL dengan empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan satu tewas.

"Masih ada pemain yang belum berpeluang diturunkan beraksi setakat ini.

"Kesemua pemain akan diberikan peluang sama rata untuk beraksi selepas ini bagi mengimbangi kekuatan dan kelemahan pasukan.

"Harus diingat objektif utama skuad Harimau Muda A dihantar ke saingan NPL ialah sebagai pendedahan menjelang temasya Sukan Asia kelak.

"Jadi, masih terlalu awal untuk mengetahui kekuatan sebenar skuad Harimau Muda A buat masa ini," katanya.

Awas kebangkitan Sime Darby

Posted:

Awas kebangkitan Sime Darby

Awas kebangkitan Sime Darby

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


MAHMOUD (kanan) sudah mula mendapat sentuhan sebenarnya pada aksi menentang ATM malam kelmarin.


PENGENDALI Sime Darby, Ismail Zakaria terpegun sebaik skuad kendaliannya menjinakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

Selain berpuas hati dengan kejayaan anak-anak buahnya membawa pulang tiga mata berharga, Ismail juga gembira apabila penyerang import, Mahmoud Amnah kembali menemui sentuhan sebenar apabila pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyembunyikan kekecewaannya apabila bakal kehilangan khidmat seorang lagi pemain import, Dilshod Sharofetdinov ketika berdepan Lions XII di stadium yang sama pada Sabtu ini selepas dilayangkan kad merah kelmarin gara-gara mengutip kad kuning kedua.

"Saya gembira, namun pada masa yang sama sedikit kecewa.

"Sudah tentu kehilangan Dilshod sedikit dirasai terutamanya berdepan pasukan yang kuat seperti Lions XII selepas ini.

"Namun, saya percaya anak-anak buah saya mampu memberikan yang terbaik sekali gus mengekalkan momentum kemenangan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Ismail berkata, beliau tidak menyalahkan Dilshod yang turut dilayangkan kad merah ketika berdepan Johor Darul Takzim pada 8 Mac lalu.

"Mungkin kerana Dilshod seorang pemain yang bertubuh tegap setiap kali mengasak lawan, lagipun mana ada pemain yang sengaja mahu dilayangkan kad merah," katanya.

Mengulas lanjut, Ismail juga gembira apabila The Giant Killer berjaya keluar daripada zon penyingkiran liga apabila menduduki tangga kelapan dengan 13 mata.

"Kami harus selesaikan satu persatu. Kami harus keluar daripada zon penyingkiran terlebih dahulu sebelum memikirkan bagaimana untuk memburu kedudukan selaku peneraju liga selepas ini.

"Jadi, saya harap kami dapat membawa pulang tiga mata ketika berdepan Lions XII sebelum pusingan pertama liga tamat," jelas beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Menyelam demi cari mayat isteri

Posted:

Menyelam demi cari mayat isteri

Menyelam demi cari mayat isteri

AKTIVITI mencari di dasar laut tidak sama seperti menyelam secara biasa.


YASUO TAKAMATSU, 57, mendengus ketika mengangkat tangki oksigen ke belakang badannya. Ia sebahagian daripada langkah awal sebelum menyelam ke dasar laut untuk mencari mayat isterinya yang merupakan salah seorang daripada ribuan mangsa yang masih hilang akibat tsunami di Jepun tiga tahun lalu.

Alunan ombak sesekali berjaya mengangkat bot kayu yang dinaikinya. Dia lengkap berpakaian sut getah tebal bagi mengelakkan kedinginan ketika menyelam di Lautan Pasifik.

"Dia seorang yang lemah lembut dan baik. Dia akan sentiasa datang kepada saya, secara fizikal dan mental.

"Saya sangat merinduinya, saya rindu saat bersamanya," kata Takamatsu.

Takamatsu merupakan seorang pemandu bas dan tidak pernah menyelam skuba menyebabkan dia bimbang tidak dapat melakukan aktiviti tersebut.

Namun, dia terdorong untuk menyelam selepas memikirkan saat-saat terakhir mendengar jeritan isterinya, Yuko, sebelum gelombang setinggi 20 meter menelannya.

Dalam satu khidmat pesanan ringkas yang dihantar pada 3.21 petang, setengah jam selepas berlaku gempa bumi kuat di dasar laut Jepun pada hari Jumaat, 11 Mac 2011 dan sebelum tsunami dengan kelajuan seperti sebuah jet membadai pesisir pantai Jepun, Yuko hanya berkata: "Saya ingin pulang ke rumah."

"Itu merupakan pesanan terakhirnya.

"Saya rasa dia masih berada di luar sana. Saya ingin bawa dia pulang ke rumah secepat mungkin."

Beberapa minggu kemudian, ketika proses mencari di kawasan bencana, seorang pekerja bank telah menjumpai telefon bimbit Yuko dan menyerahkannya kembali kepada Takamatsu.

Dia mengeringkan telefon tersebut dan melihat isterinya telah menulis satu khidmat pesanan ringkas yang tidak pernah diterimanya, dia berfikir mungkin ketika itu air telah sampai ke paras bumbung bank tersebut.

"Tsunami sangat besar. Itulah mesej terakhirnya," katanya.


TAKAMATSU merupakan seorang pemandu bas dan tidak mempunyai pengalaman menyelam.


Selepas seminit tsunami melanda, seluruh kawasan dipenuhi kayu-kayu kecil dan sebilangan keluarga telah lemas.

Apabila ombak reda dan air kembali ke laut, ia telah membawa bersama rumah, kereta dan ribuan badan mangsa yang telah terbunuh.

Paling buruk

Secara rasminya, lebih daripada 15,800 orang disahkan meninggal dunia dalam bencana yang disifatkan paling buruk di Jepun. Hampir 2,636 lagi masih belum ditemui.

Tiada seorang pun terfikir mangsa akan kembali dalam keadaan bernyawa, kini yang penting dapat menjumpai mayat dan dikebumikan dengan sempurna.

Lebih daripada 800 orang telah meninggal dunia di pekan nelayan kecil Onagawa, manakala lebih 250 orang lagi masih hilang termasuk isteri Takamatsu, Yuko yang berusia 47 tahun.

Selepas beberapa minit gempa bumi dengan kekuatan 9.0 magnitud melanda Jepun, Yuko dan rakan-rakannya yang bertugas di bank tempatan telah naik ke atas bumbung bangunan tersebut selepas mendapat khabar bahawa tsunami telah membadai pesisir pantai.

Dari sana dia telah menghantar khidmat pesanan ringkas terakhir kepada suaminya.

"Ketika tsunami melanda, saya berada di Onagawa. Dalam beberapa minit air telah sampai ke paras bumbung.

"Saya tidak terlalu bimbang selepas kejadian gempa bumi kerana dia bersama rakan-rakannya di bank, namun dia risau kerana saya tidak menghubunginya," ujar Takamatsu.

Takamatsu bersama ibu mertuanya ketika itu berada di sebuah hospital bersebelahan bandar tersebut.

Dia tidak dibenarkan kembali ke bandar Onagawa yang musnah akibat tsunami itu kerana terdapat sisa-sisa bangunan runtuh, kereta, bot nelayan serta kebakaran di atas air akibat tumpahan minyak.

Selepas sekatan ditarik balik pada keesokan harinya, dia terus bergegas ke Hospital Onagawa yang berada di atas bukit, ia merupakan tempat perlindungan beratus-ratus orang pelarian selepas berlaku gempa bumi.

Dihanyutkan

Ketika berada di sana, dia mendapat maklumat bahawa kesemua pekerja bank yang berada dalam bangunan telah dihanyutkan,

"Saya seperti ingin terjatuh. Badan saya tidak rasa apa-apa," katanya.

Tiga tahun selepas bencana tersebut, Jepun secara tidak rasmi telah memberhentikan pencarian mangsa yang masih hilang.


LEBIH daripada 15,800 orang disahkan meninggal dunia dalam bencana tsunami melanda Jepun, tiga tahun lalu.


Ribuan polis, pengawal-pengawal pantai dan ahli sukarelawan telah digerakkan mencari mangsa di kawasan berlumpur sekitar muara sungai atau di dalam laut selepas bencana tersebut.

Pasukan mencari dan menyelamat menjumpai beberapa bahagian anggota badan mangsa.

Antara ahli pasukan mencari dan menyelamat tersebut ialah pengajar Takamatsu, Masayoshi Takahashi, yang mengetuai pasukan penyelam sukarelawan.

Takahashi berkata, beliau gembira dapat membantu pelajar baharu yang berminat mempelajari teknik menyelam dengan selamat.

"Aktiviti mencari di dasar laut tidak seperti menyelam secara biasa. Ini kerana kami perlu menyelam dalam air yang keruh dan berisiko terperangkap di dalam bangkai bangunan.

"Saya mahu pastikan dia boleh bertenang dan melihat sekeliling dengan berhati-hati ketika berada di dalam air. Dia mencari objek yang jelas," ujar Takahashi.

Sangat tipis

Takamatsu mengetahui bahawa peluang menjumpai mayat isterinya sangat tipis. Dalam tempoh tiga tahun sejak isterinya hilang, pelbagai harta benda telah dibawa arus ke Lautan Pasifik serta ramai mangsa tenggelam di dasar lautan.

Namun, dia tidak akan sesekali berhenti mencuba.

"Saya masih berasa seperti bencana tersebut baru sahaja berlaku. Emosi saya masih sama dan tidak pernah berubah sejak itu.

"Saya akan terus berasa seperti ini sehingga mayatnya dijumpai. Saya lakukan ini untuk mencari Yuko walaupun sukar untuk menemuinya kerana lautan ini terlalu luas tetapi saya perlu terus mencari." katanya lagi. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved