Selasa, 7 Januari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ariel Sharon kini menunggu ajal

Posted:

Ariel Sharon kini menunggu ajal

Ariel Sharon kini menunggu ajal

ARIEL SHARON


BAITULMUQADDIS - Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang koma sejak 2006 kini di ambang maut selepas kesihatannya dilaporkan semakin merosot.

Pengarah Hospital Tel Hashomer, Zeev Rotstein berkata, sistem kardiovaskular pemimpin berusia 85 tahun itu stabil tetapi fungsi organ lain semakin merosot.

"Beliau semakin tenat setiap hari dan boleh dikatakan beliau berada dalam keadaan amat kritikal," kata Rotstein.

"Dua anak lelakinya kini menemani Sharon pada setiap hari," tambahnya.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Beliau yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006.

Sharon yang terkenal kerana kekejamannya dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986. - Agensi

Angka korban bangunan runtuh meningkat 17 orang

Posted:

Angka korban bangunan runtuh meningkat 17 orang

Angka korban bangunan runtuh meningkat 17 orang


PETUGAS penyelamat menunggu untuk memulakan operasi mencari mangsa yang masih hidup di bawah timbunan sebuan bangunan runtuh di bandar Canacona, barat India semalam - REUTERS


PANAJI - Dua lagi mayat dijumpai oleh pasukan penyelamat daripada sisa sebuah bangunan lima tingkat yang runtuh di Canacona kelmarin menjadikan angka korban meningkat 17 orang.

Seorang pegawai kerajaan tempatan, Ramesh Tawadkar berkata, pasukan penyelamat setakat ini berjaya menyelamatkan seramai 23 pekerja daripada sisa runtuhan bangunan yang dalam pembinaan itu.

"Mangsa terakhir yang terselamat dijumpai lewat semalam (kelmarin) tetapi harapan menjumpai mangsa yang masih hidup sangat tipis,'' katanya.

Polis masih belum dapat menentukan berapa ramai pekerja yang berada di dalam bangunan berkenaan ketika kejadian itu selepas kontraktor dipercayai menghilangkan diri.

Seorang lagi pegawai kerajaan, Ajit Panchwadkar berkata, jumlah mangsa hanya dapat diketahui sekiranya kontraktor dapat dikesan atau sisa runtuhan dibersihkan sepenuhnya.

Kejadian bangunan runtuh sering berlaku di India dan setiap tahun beratus-ratus mangsa dilaporkan terkorban.

Permintaan tinggi untuk perumahan dan undang-undang yang longgar menyebabkan syarikat pembinaan mengambil kesempatan untuk mengurangkan kos dengan menggunakan bahan binaan tidak berkualiti.

39 ekor ikan paus mati terdampar di New Zealand

Posted:

39 ekor ikan paus mati terdampar di New Zealand

39 ekor ikan paus mati terdampar di New Zealand


BEBERAPA ekor ikan paus pilot terdampar di sebuah pantai di Wellington, New Zealand semalam.- AFP


WELLINGTON - Sebanyak 39 ekor ikan paus pilot ditemui mati selepas terdampar di sebuah pantai terpencil di New Zealand, kata beberapa pegawai konservasi semalam.

Jabatan Konservasi New Zealand memberitahu, semua paus tersebut dikesan terdampar di pantai Golden Bay, Pulau Selatan sejak kelmarin.

Pengurus Jabatan berkenaan, John Mason berkata, sebanyak 12 ekor paus itu mati secara semula jadi dengan bakinya dihapuskan.

"Kami mendapati paus-paus itu terdampar terlalu jauh dari laut untuk diapungkan semula," kata Mason

Insiden paus pilot terdampar biasa berlaku di New Zealand.

Setakat ini saintis-saintis masih keliru berhubung punca mamalia itu berenang secara beramai-ramai ke daratan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved