Sabtu, 7 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kopi herba tanpa gula

Posted:

Kopi herba tanpa gula

Kopi herba tanpa gula

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR dan NOR IDAYU BOSRO
ahad@kosmo.com.my

AROMA serbuk kopi yang diimport khas dari Brazil menerpa ke dalam rongga hidung kru Jurnal tatkala kami melangkah ke sebuah kilang pemprosesan kopi di Damansara Damai, Selangor.

Cuaca dingin pada petang Khamis lalu seakan-akan tepat pada masanya apabila kru Jurnal dihidangkan dengan secawan kopi kesihatan jenama Superbest Power.

Baunya sahaja sudah cukup membangkitkan rasa. Peluang merasai sendiri keenakan rasa kopi yang baru sahaja diadun di kilang tersebut tidak dilepaskan.

Segala-galanya dirasakan mencukupi baik dari segi rasa, warna dan teksturnya kerana kopi itu tidak perlu lagi ditambah susu atau gula.

Menurut Pengarah Urusan Superbest Power Health Food & Beverages Sdn. Bhd. (Superbest Power), Kamal Mohd. Nor, idea untuk menjadikan kopi sebagai produk utama syarikatnya diperoleh pada tahun 2007 ketika beliau berkhidmat di sebuah syarikat jualan langsung yang menawarkan barangan runcit.

"Sebelum ini, saya berkhidmat sebagai guru selama 11 tahun di sekitar Pahang. Bermula tahun 1998, saya berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjadi pembekal makanan sejuk beku di beberapa bandar di Pahang.

"Melihatkan perniagaan yang semakin meningkat, saya berhenti kerja sebagai guru bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan.

"Tetapi disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perniagaan itu tidak menjadi selepas lima tahun beroperasi berikutan kemunculan beberapa pasar raya di sekitar Bandar Pusat Jengka, Pahang yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan," ujarnya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Jelas Kamal, beliau dulunya bukanlah seorang penggemar kopi kerana beliau akan mengalami sakit perut serta pening kepala sekiranya minum minuman kafein tersebut.

"Ketika berkhidmat di syarikat jualan langsung, salah satu produk yang perlu dijual ialah kopi tetapi minuman itu gagal menepati cita rasa masyarakat.

Kopi Brazil

"Saya juga tidak boleh meminum kopi tersebut disebabkan rasanya yang pahit sehinggalah pemilik syarikat tersebut menawarkan peluang kepada saya untuk mendapatkan sebuah syarikat pengeluar kopi lain.

"Dari situ, saya mula melakukan kajian pasaran dan ternyata minuman kopi mempunyai penggemar yang ramai.

"Saya berazam untuk mengeluarkan kopi yang benar-benar menepati cita rasa setiap individu bagi syarikat jualan langsung terbabit dan menempah sebanyak 2,000 kotak kopi melalui sebuah syarikat pengeluar kopi.

"Tetapi pemilik syarikat jualan langsung itu mampu menampung kos bagi 1,000 kotak sahaja menyebabkan saya terpaksa menukar pembungkusan kopi itu menggunakan jenama sendiri," tambahnya yang sudah enam tahun berkecimpung dalam industri pembuatan kopi.


KAMAL kini boleh tersenyum bangga dengan pelbagai produk minuman kesihatan keluaran syarikatnya.


Menurut Kamal, kopi Arabika dari Brazil dipilih sebagai bahan utama di dalam produknya memandangkan kandungan asidnya yang rendah selain ditanam pada ketinggian 1,500 meter dari aras laut.

"Saya pernah terputus bekalan kopi dari Brazil selama sebulan disebabkan pembekal tiada stok tetapi saya tetap tidak mengambil kopi dari negara lain kerana mahu menjaga kualiti produk yang dihasilkan.

"Kualiti sangat diutamakan malah saya juga akan memastikan keenakan dan rasa kopi Superbest Power tidak berubah.

"Malah, setiap bancuhan kopi Superbest Power yang menjalani proses selama satu jam akan dicuba terlebih dulu bagi mengekalkan rasa kopi ini sebelum melalui proses seterusnya," jelasnya yang dibantu seramai 30 orang kakitangan.

Menurut Kamal, tidak seperti kebanyakan jenama kopi pracampuran lain di pasaran, kopi pracampuran Superbest Power menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) menggunakan kepakaran Taman Teknologi Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Larut air

"Kami menjalankan kajian secara saintifik bagi menghasilkan kopi yang boleh dinikmati sebagai minuman harian dan sesuai untuk semua peringkat umur.

"Produk minuman kopi ini turut diformulasi dengan kombinasi campuran pelbagai herba tradisional termasuk ekstrak tongkat ali, ubi jaga dan cendawan ganoderma yang diimport dari China," katanya.

Kamal memberitahu, kandungan herba tersebut akan diekstrak terlebih dulu secara kimia dan ditulenkan kerana proses berkenaan merupakan cara yang betul untuk memastikan khasiatnya dapat dikekalkan.

"Sebagai contoh, secara tradisional, tongkat ali perlu direbus terlebih dulu dan air rebusannya disimpan manakala hampasnya dibuang.

"Air rebusan tadi akan dibekukan sebelum diproses menjadi serbuk larut air.

"Selain dapat memberi rasa yang lebih berperisa, kaedah ini juga mampu mengekalkan kandungan bioaktif dalam herba tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun, Kamal mendakwa, ada sesetengah syarikat pengeluar kopi mengekstrak tongkat ali dengan cara salah iaitu mengisar herba itu sehingga menjadi serbuk untuk dijadikan minuman bertenaga.

"Jika dikisar sehingga halus sekalipun, ia ibarat memasukkan habuk kayu ke dalam minuman. Hal ini boleh membahayakan kesihatan pengguna untuk jangka masa panjang," jelasnya panjang lebar.

Bertutur lanjut, Kamal memberitahu, herba larut air tersebut seterusnya akan diadun bersama serbuk kopi dan krimer bukan tenusu bagi menghasilkan minuman kopi bermutu tinggi.

"Krimer itu berasaskan minyak sawit. Minyak isirung sawit digunakan bagi menggantikan lemak susu agar pengguna yang alah kepada produk tenusu turut dapat menikmati keenakan kopi ini," katanya.

Sebati

Jelas Kamal, kopi keluaran syarikatnya itu diperkayakan dengan kandungan yang tidak memudaratkan kesihatan jika diminum dalam kuantiti yang banyak.

"Kebiasaannya, penggemar kopi agak takut untuk meminum kopi segera disebabkan kandungan gula yang tinggi.

"Namun, mereka tidak perlu bimbang jika meminum produk Superbest Power kerana ia tidak mengandungi gula.

"Seelok-eloknya ia diambil sebanyak tiga kali sehari iaitu waktu pagi, petang dan malam," katanya sambil memberitahu, kopi itu sesuai diambil oleh golongan lelaki dan wanita termasuk ibu mengandung.

Kamal memberitahu, berdasarkan pengalaman beberapa pengguna wanita, menikmati secawan kopi Superbest Power pada waktu pagi akan memberi tenaga berpanjangan dan melancarkan peredaran darah haid.

"Secara tradisi, air rebusantongkat ali dijadikan tonik bagi wanita selepas bersalin. Ia juga baik untuk melegakan sakit senggugut semasa datang bulan.


CAMPURAN kopi yang telah siap dicuba terlebih dulu bagi menjaga kualiti produk.


"Malah, ia amat mudah untuk disediakan sama ada menggunakan air panas atau sejuk," jelasnya sambil menambah peluang masih terbuka kepada mereka yang mahu menjadi pengedar kopi tersebut.

Katanya, pihaknya memperuntukkan jumlah pengeluaran kira-kira 60,000 kotak sebulan bagi memenuhi permintaan pengedaran di seluruh negara.

"Dalam sehari sahaja, kami berjaya memproses kira-kira 15,000 hingga 20,000 peket kopi pracampuran ini dengan menjalani proses adunan selama 10 kali dalam sehari menggunakan sebuah mesin pengadun yang diimport dari China.

"Sebanyak 300 kilogram bahan boleh diadun dalam sehari membabitkan proses selama sejam bagi memastikan campuran kopi dan bahan-bahan lain menjadi sebati," ujarnya yang mendapat bekalan kopi dari Brazil sebulan sekali dengan kualiti kopi yang boleh bertahan selama dua tahun.

Selain kopi Superbest Power, pihaknya turut mengeluarkan lima jenis produk lain iaitu Susu Kambing Goat Power, Queen Fatimah Plus Collagen, kopi pracampuran Cintaku dan yang terbaharu Jus Qisya.

Tambahnya, pihaknya merancang untuk mengeksport produk tersebut ke China dan Asia Barat serta menembusi pasaran Asia sebagai perancangan masa depan.

Rela membujang demi ibu

Posted:

Rela membujang demi ibu

Rela membujang demi ibu

Oleh ZULHILMI JALIL

TATKALA rakan seusia yang lain ghairah berpacaran dan memikirkan soal kahwin, Ahmad pula seperti tidak kisah langsung mengenainya.

Biarpun sudah menginjak usia 26 tahun, jejaka kelahiran Muar, Johor ini enggan menjadikan perkahwinan sebagai matlamat utama, sekurang-kurangnya pada masa ini.

Bukan tidak pernah terlintas di fikiran untuk memiliki kekasih sementelah itulah fitrah kaum Adam yang memerlukan seorang Hawa di sisi, tetapi ada perkara lain yang perlu dipatuhi sebagai seorang anak.

"Ini permintaan ibu saya. Ibu minta saya supaya jangan berkahwin lagi sekarang.

"Dia mahu saya temankan dia menghabiskan sisa-sisa usianya dulu. Kalau nak kahwin pun, ibu suruh tunggu lepas dia meninggal dunia,"ujar anak ke-12 daripada 13 adik-beradik ini.

Ahmad mengakui dia merupakan satu-satunya anak lelaki bujang yang menjadi tempat ibunya berkongsi cerita.

Jika dilihat dari segi bilangan adik-beradik, Ahmad sebenarnya datang daripada sebuah keluarga yang besar, iaitu sembilan lelaki dan empat perempuan. Namun, Ahmad anak lelaki yang paling rapat dengan ibunya.

"Ibu beritahu, dia berasa sunyi apabila seorang demi seorang anaknya berumah tangga.

"Lebih menyedihkan apabila ibu merasakan abang-abang saya yang lain kurang mengambil berat tentang ibu selepas mereka berumah tangga,"ujar pelajar tahun akhir Sarjana Sains Petroleum di sebuah universiti di negeri Perak ini.

Katanya, adik-beradik lelakinya semua sudah berkahwin. Seorang kakak dan adik perempuannya pula bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Namun, si ibu yang kini berusia 65 tahun tidak pernah mengharapkan anak-anak perempuan untuk menjaganya.

Tanggungjawab

"Maklumlah, perempuan kalau sudah berkahwin, tanggungjawab mereka lebih kepada suami. Tapi, kalau anak lelaki, ibu bapa menjadi keutamaan selama-lamanya. Bukankah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu?

"Sebab itu ibu perlukan saya untuk tengok-tengokkan dirinya yang sudah tua dan mula kurang sihat,"katanya yang memberitahu, abang-abangnya tinggal berjauhan dan jarang pulang ke rumah kampung.

Menurut Ahmad, ibunya kesunyian selepas kematian arwah ayahnya tujuh tahun lalu akibat sakit tua.

Namun, selepas pemergian si suami, ibunya tekad untuk meneruskan hidup bersendirian.

"Bukan tidak ada orang yang cuba menjodohkan ibu dengan lelaki lain, tetapi ibu yang mempunyai 16 orang cucu itu seperti mahu memorinya bersama arwah ayah terus hidup. Cintanya hanya untuk ayah,"cerita Ahmad.

Apatah lagi apabila memikirkan faktor usia, katanya, ibunya berasa memadai mengharap perhatian dan belaian kasih sayang daripada anak-anak.

"Dulu sewaktu arwah ayah masih ada, dialah yang menjadi peneman ibu. Kalau pergi ke mana-mana, arwah ayahlah kawannya.

"Jadi, ibu tak terasa keseorangan. Ada orang tempat ibu meluahkan perasaan, cuma sekarang dia semakin jauh dengan anak-anak,"katanya yang mempunyai abang sulung berusia 40 tahun.

Menurut Ahmad, abang-abangnya mempunyai komitmen dengan keluarga masing-masing.

Malah, dia sendiri sedih dan terkilan apabila ibunya pernah meluahkan rasa hati mengenai sikap abang-abangnya itu.

"Ibu beritahu, abang-abang saya sebelum berkahwin selalu tanya khabar dan balik kampung.

Berkahwin

"Tetapi selepas berkahwin, nak telefon dan tanya khabar seminggu sekali pun susah. Masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri,"ujarnya.

Atas faktor itulah, si ibu bimbang kalau-kalau Ahmad mengikut perangai semua abangnya apabila dia berkahwin nanti.

"Dia takut kalau saya kahwin, saya akan jadi macam abang-abang saya yang tak ada masa untuk ibu.

"Sebelum kahwin mungkin kita akan ingat ada masa untuk ibu, tapi semua itu akan hilang sedikit demi sedikit,"katanya.

Ahmad tahu saat ibunya berada pada usia emas ini, wanita itu hanya perlukan perhatian daripada anak-anak.

Lantaran itu, biarpun tinggal berjauhan, Ahmad akan menelefon ibunya sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan pulang ke kampung seminggu sekali.

Ujar Ahmad, atas permintaan ibunya itu jugalah, dia enggan menjalin hubungan rapat dengan mana-mana wanita.

"Saya tak nak mereka tertunggu-tunggu atau menaruh harapan kepada saya untuk menjadikan mereka isteri,"ujarnya.

Sungguhpun begitu, Ahmad tidak kisah jika itu yang mampu membuatkan ibunya gembira.

"Jodoh di tangan Tuhan. Saya pun tak tahu bila akan berkahwin. Tapi, kalau tak kahwin pun tak mengapa. Kalau itu yang ibu minta, saya tak kisah.

"Buat masa ini memang ibulah segala-galanya. Sayalah tempat dia berkongsi cerita. Bahkan dia takut kehilangan saya.

"Sebagai anak lelaki kadang-kadang kita terlupa apabila sudah berkahwin, ibu tetap perlu diberi keutamaan berbanding dengan isteri.

"Isteri bila-bila boleh cari, tapi, ibu kita hanya ada satu di dunia,"ujarnya mengakhiri perbualan.

Sijil MyGAP, SOM penanda aras kemajuan

Posted:

Sijil MyGAP, SOM penanda aras kemajuan

Sijil MyGAP, SOM penanda aras kemajuan

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN penerima sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia dan Skim Organik Malaysia bergambar kenangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


MAJU atau mundurnya sesebuah ladang yang terbentang luas di Malaysia bergantung kepada sama ada ia memperoleh sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (MyGAP) dan Skim Organik Malaysia (SOM) atau tidak.

Ia merupakan satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang yang melaksanakan amalan pertanian baik dan berkonsepkan mesra alam sekitar.

Pengusaha ladang bukan sahaja mampu menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan, malah ia boleh menembusi pasaran luar.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua ladang di negara ini mampu memiliki sijil tersebut pada masa depan.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 826 ladang yang melaksanakan pertanian konvensional telah memperoleh MyGAP manakala 119 ladang organik memperoleh sijil SOM.

Menurutnya, meskipun jumlah mereka yang mendapat sijil MyGAP sejak tahun lalu telah meningkat hampir 200 peratus, namun masih ramai pengusaha ladang tidak mempunyai sijil tersebut.

"Kerajaan tidak boleh memaksa peladang memohon sijil berkenaan kerana ia tidak termaktub dalam akta.

"Bagaimanapun, pengeluar tanaman yang memiliki sijil MyGAP akan diberi insentif cukai, bantuan kewangan dan buruh asing," katanya pada majlis penyampaian sijil MyGAP dan SOM kepada 336 pengusaha ladang di Wisma Tani, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ismail Sabri menambah, pemilik kedua-dua sijil itu juga akan lebih mudah untuk memasarkan barangan mereka ke negara luar.

Katanya, di Eropah, piawaian terhadap kualiti produk pertanian adalah sangat tinggi tetapi dengan adanya MyGAP, produk tersebut akan lebih mudah menembusi pasaran di benua tersebut.

"Kedua-dua skim pensijilan itu dapat meyakinkan pengguna bahawa hasil pertanian yang dikeluarkan dari ladang tersebut benar-benar segar, selamat dan berkualiti untuk dimakan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Datuk Mustafa Kamal Baharuddin berkata, salah satu elemen yang ditekankan menerusi skim tersebut adalah traceability iaitu keupayaan mengesan.

Katanya, menerusi skim tersebut, setiap masalah berkaitan hasil pertanian yang dikeluarkan seboleh-bolehnya dikesan di peringkat ladang. Mengenai pensijilan berkenaan, beliau berkata, pemeriksaan dibuat ke ladang pengusaha dengan mengambil kira amalan agronomi, menjaga kebajikan, keselamatan, kesihatan pekerjaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Katanya, semua produk yang sedia dipasarkan juga perlu dianalisis bagi menentukan kandungan residu racun perosak dan logam beratnya.

"Sijil akan dikeluarkan setelah semua syarat tersebut dipatuhi," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tangguh pembayaran balik pinjaman

Posted:

Tangguh pembayaran balik pinjaman

Tangguh pembayaran balik pinjaman


PRIHATIN... Najib ketika membuat ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mengarahkan semua bank di negara ini supaya menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman melibatkan mangsa-mangsa banjir di lima buah negeri yang terjejas ekoran bencana itu.

Datuk Seri Najib Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu perlu dilaksanakan bagi meringankan beban mereka yang terpaksa berdepan dengan kesulitan selepas kediaman masing-masing ditenggelami air.

"Saya mengalu-alukan cadangan, malah langkah pertama dibuat oleh Malayan Banking (Maybank) supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara.

"Saya sebagai Menteri Kewangan meminta semua bank mengikut langkah menangguhkan pembayaran balik untuk sementara waktu," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Ketika ini, seramai 17,183 keluarga terlibat dengan banjir di lima buah negeri di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Melaka.

Semua keluarga terbabit terpaksa ditempatkan buat sementara di pusat-pusat pemindahan banjir setelah rumah-rumah mereka ditenggelami air.

Serentak dengan itu, Presiden UMNO itu turut mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam bencana banjir itu.

"Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya Ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka," jelas beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Prinsip keadilan sosial diutamakan

Posted:

Prinsip keadilan sosial diutamakan

Prinsip keadilan sosial diutamakan


NAJIB dan Muhyiddin mengangkat tangan tanda bersatu selepas sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan, Ahmad Zahid (lima dari kanan), Mohd. Shafie (tiga dari kanan), Shahrizat (empat dari kanan), Khairy (dua dari kiri) dan Mas Ermieyati (kanan).


KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO kali ini yang banyak menekankan tentang usaha memperkasakan ekonomi bumiputera disifatkan melakukan perkara yang betul dan adil kerana mengetengahkan isu itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penekanan UMNO terhadap usaha itu juga selaras dengan prinsip keadilan sosial negara.

"Ia adalah satu perkara yang adil. Kita tidak boleh meminggirkan majoriti penduduk dalam negara. Saya sebut bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak.

"Pelaksanaan dasar ini tidak menafikan hak kaum lain, malah banyak yang kita lakukan, semua kaum menerima manfaat daripada dasar yang diperjuangkan UMNO dan Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mati selepas ditembak kali kedua

Posted:

Mati selepas ditembak kali kedua

Mati selepas ditembak kali kedua

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my


POLIS memeriksa mayat Partiban yang mati ditembak oleh dua lelaki di Simpang Ampat dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang kelmarin.


SIMPANG AMPAT – Seorang pemuda yang terselamat dalam satu kejadian tembak enam bulan lalu menemui ajal dengan cara sama selepas terkena tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat oleh dua lelaki di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, M. Partiban, 29, yang berjalan kaki maut di lokasi kejadian di kawasan taman permainan Taman Puteri Gunung di sini akibat parah pada rusuk.

Kedua-dua kejadian itu berlaku di lokasi yang sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh dua suspek yang menaiki sebuah kereta Perodua MyVi.

"Polis menemui enam kelongsong peluru di lokasi kejadian yang dilepaskan daripada pistol jenis semi automatik.

"Kita percaya suspek yang menembak si mati merupakan individu sama yang mencederakannya dalam kejadian tembak enam bulan lalu," katanya di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Diana Bong genggam emas

Posted:

Diana Bong genggam emas

Diana Bong genggam emas

DIANA BONG muncul atlet pertama negara meraih pingat emas pada Sukan SEA 2013 menerusi acara wusyu yang berlangsung di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A, Nay Pyi Taw, Myanmar semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar – Ratu wusyu negara, Diana Bong Siong Lin menghadiahkan pingat emas pertama kontijen Malaysia selepas menjuarai acara nanquan wanita semalam.

Pada aksi di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A itu, Diana , 28, dari Sarawak berjaya mengutip 9.70 mata untuk menewaskan atlet Vietnam, Bui Minh Phuong (9.68 mata) bagi pingat perak, manakala seorang lagi atlet Malaysia, Tai Cheau Xuen membawa pulang pingat gangsa (9.67 mata).

Kejayaan itu berjaya mengubat kekecewaan Diana yang terlepas pingat emas pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia selepas merangkul satu pingat emas masing-masing di Korat, Thailand (2007) dan Vientiane, Laos (2009).

"Perasaan saya sangat gembira kerana berjaya menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia. Kejayaan ini menebus kekecewaan saya pada edisi tahun lalu," kata Diana.

Ketika ditanya mengenai perasaannya sebelum memasuki gelanggang semalam, Diana berkata, dia berasa sedikit gementar terutamanya apabila memikirkan mengenai sasaran pingat emas pertama negara.

"Bagaimanapun, selepas memasuki gelanggang, saya tidak fikir perkara lain. Saya memberikan sepenuh tumpuan sepanjang beraksi selama satu minit 20 saat.

"Saya sangat berdebar ketika menunggu juri memberikan markah. Apabila saya melihat jumlah mata yang saya peroleh di papan markah, saya yakin saya akan dapat pingat emas," katanya.

Diana yang membuat penampilan keempat pada temasya dwitahunan ini berkata, dia berada pada prestasi terbaik dan yakin untuk mengutip satu lagi pingat emas dalam acara nandao dan nangun yang akan berlangsung hari ini dan esok.

Kegembiraan Diana turut dikongsi dua lagi rakan sepasukannya iaitu Cheau Xuen dan Phoon Eyin apabila masing-masing berjaya memenangi pingat gangsa.

Cheau Xuen, 22, dari Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kehebatan Diana dalam acara nanquan.

Phoon Eyin yang mengutip 9.46 mata pula tewas kepada atlet Vietnam, Duong Thuy Vi (9.70 mata) untuk pingat emas dan Sandy Oo dari Myanmar (9.69) bagi pingat perak.

Sementara itu, impian dua atlet wusyu lelaki negara, Yeap Wai Kin dan Wong Weng Son untuk menaiki podium tidak kesampaian selepas kecundang dalam acara changquan.

Wai Kin sekadar mengutip 9.65 mata untuk menduduki tempat ketujuh, manakala Weng Son yang mengumpul 9.64 mata berada di tempat kesembilan.

Pingat emas dalam acara ini dimenangi atlet Myanmar, Thu Aung Si (9.70 mata) diikuti Hulaefi Achmad dari Indonesia.

Permulaan yang cemerlang

Posted:

Permulaan yang cemerlang

Permulaan yang cemerlang

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


ATLET wusyu negara, Diana Bong (tengah) bersama-sama dua lagi rakannya yang turut meraih pingat pada hari pembukaan acara wusyu pada Sukan SEA 2013 di Nay Pyi Taw semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar – Malaysia berjaya menambah koleksi pingat pada Sukan SEA 2013.

Selepas skuad chinlone lelaki dan wanita negara menyumbang enam pingat gangsa, semalam giliran skuad wusyu pula menuai pingat di Stadium Tertutup Wunna Theikdi.

Ratu wusyu negara, Diana Bong Siong Lin berjaya menepati ramalan untuk menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada edisi ke-27 temasya dwitahunan ini.

Selain satu pingat emas, skuad wusyu turut menggenggam dua butir pingat gangsa menerusi Tai Cheau Xuen dan Phoon Eyin.

Setakat ini, kontinjen Malaysia sudah mengutip sembilan pingat iaitu satu pingat emas dan lapan gangsa.

Pada aksi semalam, Diana Bong, 28, dari Sarawak berjaya mengutip 9.70 mata untuk menewaskan atlet Vietnam, Bui Minh Phuong (9.68 mata) bagi pingat perak, manakala Cheau Xuen membawa pulang pingat gangsa (9.67 mata).

Kejayaan itu berjaya mengubat kekecewaan Diana Bong yang terlepas pingat emas pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia selepas merangkul satu pingat emas masing-masing di Korat, Thailand (2007) dan Vientiane, Laos (2009).

"Perasaan saya sangat gembira kerana berjaya menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia. Kejayaan ini menebus kekecewaan saya pada edisi tahun lalu," kata Diana Bong.

Phoon Eyin yang mengutip 9.46 mata pula tewas kepada atlet Vietnam, Duong Thuy Vi (9.70 mata) untuk pingat emas dan Sandy Oo dari Myanmar (9.69) bagi pingat perak.

Pada aksi lain semalam, impian dua atlet wusyu lelaki negara, Yeap Wai Kin dan Wong Weng Son untuk menaiki podium tidak kesampaian selepas kecundang dalam acara changquan.

Dalam acara taijiquan lelaki, Loh Jack Chang sekadar mengutip 9.60 mata dan Loh Choon Hou (9.57 mata), manakala Ng Yii Shin (9.59 mata) dan Chan Lu Yi (9.66 mata) dalam acara taijiquan wanita.

Skuad wusyu negara dijangka menyumbang satu lagi pingat emas hari ini menerusi gandingan Kevan Cheah Peng Heng dan Ho Mun Hua dalam acara nanquan lelaki.

Sementara itu, skuad polo air lelaki negara merekodkan kekalahan kedua berturut-turut selepas tumpas 3-9 kepada Thailand di Kolam Renang Zayar Thiri semalam.

Skuad muda yang dibimbing Fan Kow Jan itu dibelasah Singapura 7-18 pada aksi pembukaan kelmarin dan mereka akan meneruskan perjuangan menentang Indonesia hari ini.

Skuad bola keranjang lelaki negara pula akan menghadapi perlawanan pembukaan menentang Indonesia di Stadium Tertutup Zayar Thiri A.

Dalam pada itu, sebahagian lagi kontinjen Malaysia menjejakkan kaki ke Nay Pyi Taw semalam yang diketuai oleh skuad bola sepak Harimau Muda A, renang, badminton, ekuestrian, silat dan sepak takraw, manakala atlet menembak berjuang di Yangon.

Karate sedia sahut cabaran

Posted:

Karate sedia sahut cabaran

Karate sedia sahut cabaran

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


BARISAN skuad karate negara yang memikul amanah untuk mencari enam pingat emas di bumi Myanmar.


JURULATIH skuad karate negara, Andris Vasiljevs yakin dengan potensi yang dimiliki atlet-atlet negara untuk beraksi pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar pada 13 hingga 15 Disember ini.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 33 tahun dari Latvia itu mahu mereka sentiasa berwaspada dengan pencabar dari Indonesia dan Myanmar yang turut memburu kemenangan.

"Dari segi persiapan, saya yakin mereka sudah bersedia. Saya percaya mereka akan berada dalam keadaan terbaik ketika beraksi di Myanmar nanti.

"Selalunya cabaran yang lebih sengit ialah dari Indonesia serta tuan rumah, saya percaya Myanmar selaku penganjur turut menyimpan hasrat untuk membuat kejutan nanti.

"Begitupun, kami juga tidak boleh memandang rendah terhadap atlet dari negara-negara lain seperti Vietnam, Filipina dan Thailand kerana mereka juga pergi untuk memburu pingat emas," kata Vasiljevs.

Tambah Vasiljevs, beliau yang telah bersama skuad negara hampir setahun turut mempunyai keyakinan terhadap atlet-atlet yang akan bertanding untuk membawa pulang pingat.

Sementara itu, pengurus pasukan, Othman Abdullah menasihatkan agar skuad karate negara menyahut cabaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menyasarkan enam pingat emas pada temasya itu.

Walaupun sasaran itu lebih tinggi daripada apa yang diletakkan oleh Persatuan Karate Malaysia (Makaf), Othman berharap atlet-atlet negara dapat memikul cabaran itu ketika beraksi di Myanmar.

"Sasaran Makaf tiga emas tetapi apabila KBS meletakkan enam emas, saya harap mereka akan menerimanya sebagai cabaran.

"Saya juga lihat ada perubahan yang positif dalam skuad negara sama ada dari segi latihan serta prestasi dalam beberapa kejohanan di peringkat antarabangsa.

"Begitupun sukan ini sukan subjektif, jadi macam-macam boleh terjadi kerana hanya dalam beberapa saat mereka boleh membuat kesilapan. Boleh jadi yang terbaik atau kurang baik, itu sahaja," ujar Othman.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dikebumi pada 15 Disember

Posted:

Dikebumi pada 15 Disember

Dikebumi pada 15 Disember

SEORANG wanita berdoa di depan jambangan bunga yang diletakkan bagi memperingati kematian Mandela di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan di Trafalgar Square, tengah London semalam.


JOHANNESBURG - Kematian bekas pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela telah menyatukan para pemimpin dunia yang menyampaikan ucapan takziah dan memperingatinya sebagai pemimpin hebat yang menentang dasar mementingkan penduduk kulit putih di negaranya.

Para pemimpin dunia termasuk dari Israel, Palestin, China, Amerika Syarikat Iran, United Kingdom dan Rusia menyampaikan ucapan takziah selepas Mandela yang dianggap sebagai pemimpin legenda yang menentang dasar aparteid meninggal dunia malam kelmarin.

Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan dua anakandanya, Putera Charles serta Puteri Anne turut mengucapkan takziah selepas Mandela meninggal dunia di rumahnya di sini.

Presiden Afrika, Jacob Zuma mengumumkan kematian Mandela menerusi televisyen.

Menurut Zuma, beberapa anggota keluarga bekas Presiden Afrika Selatan itu berada di sampingnya semasa beliau meninggal dunia.

"Negara kita telah kehilangan seorang anak watan yang paling hebat," kata Zuma.

Mandela meninggal dunia pada usianya 95 tahun selepas beliau sakit kerana jangkitan paru-paru selama lima bulan.

Zuma berkata, jenazah Mandela akan dikebumikan pada 15 Disember depan di Qunu yang merupakan bandar kelahirannya.

Majlis bagi menghormati kematiannya akan diadakan di sebuah stadium di sini pada 10 Disember ini.

Beberapa jam selepas kematiannya diumumkan, sebuah kenderaan berwarna hitam yang membawa keranda yang mengandungi mayat Mandela ditutup dengan bendera Afrika Selatan meninggalkan rumahnya pada waktu tengah malam dengan diiringi anggota-anggota tentera bermotosikal.

Jenazahnya itu dihantar ke sebuah rumah mayat tentera di Pretoria.

Mandela dipenjarakan selama 27 tahun kerana perjuangannya menentang dasar aparteid di negaranya sendiri.

Dia dipenjarakan oleh regim kulit putih yang memerintah negara tersebut.

Beliau dibebaskan dari penjara pada 11 Februari 1990 oleh Presiden Afrika Selatan ketika itu, Frederik Willem de Klerk selepas menerima tekanan kuat daripada masyarakat antarabangsa berhubung dasar kerajaannya yang mementingkan penduduk kulit putih berbanding penduduk kulit hitam.

Mandela kemudian menjadi Presiden Afrika Selatan kulit hitam yang pertama pada tahun 1994 hingga 1999.

Di bandar kelahiran Mandela di Qunu, sejumlah saudaranya saling menenangkan diri masing-masing selepas mereka berasa sedih ekoran kematian Mandela.

Mandela pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai enam orang anak. Tiga daripada enam orang anaknya itu masih hidup.

Presiden Rusia, Vladimir Putin memuji Mandela sebagai seorang ahli politik yang terhebat dalam zaman moden.

Menurutnya, Mandela berjuang dengan penuh komited untuk menamatkan dasar aparteid.

Presiden AS, Barack Obama memuji Mandela sebagai pemimpin yang meninggalkan legasi keamanan untuk negaranya.

Obama sebak ketika beliau berucap semasa memberikan kenyataan berhubung kematian Mandela.

Pemimpin Palestin yang dipenjarakan di Israel, Marwan Barghuti berkata, perjuangan Mandela membebaskan negaranya daripada cengkaman dasar aparteid telah memberikan ilham kepada penduduk Palestin untuk berjuang membebaskan negara mereka daripada pendudukan regim Zionis.

Presiden Israel, Shimon Peres dan Perdana Menterim Benjamin Netanyahu turut menghargai sumbangan Mandela dengan menyatakan beliau sebagai seorang yang menjuarai perjuangan keamanan walaupun bekas pemimpin Afrika Selatan tersebut turut memperjuangkan isu Palestin.

Perdana Menteri Britain, David Cameron menyifatkan Mandela sebagai satu cahaya yang hebat telah padam.

Sejumlah orang turut meletakkan bunga di patung Mandela di luar bangunan Parlimen di London.

"Ia sesuatu yang amat mengagumkan apabila seorang individu (Mandela) telah melakukan banyak perubahan," kata seorang penduduk di London, Joan Foster. - Agensi

Banjir landa Britain, Jerman

Posted:

Banjir landa Britain, Jerman

Banjir landa Britain, Jerman


SEBUAH kereta ditenggelami air di Hamburg, Jerman semalam.


LONDON - Banjir melanda Britain semalam ekoran berlakunya air laut pasang besar yang terburuk dalam tempoh 60 tahun sehingga menjejaskan ribuan penduduk.

Banjir itu berlaku selepas ribut kuat melanda utara Eropah yang turut menyebabkan beberapa kawasan di Jerman dilimpahi air.

Ribut tersebut menyebabkan penduduk di sepanjang pantai England dipindahkan.

Setiausaha Alam Sekitar United Kingdom, Owen Paterson berkata, air pasang besar mungkin berterusan hari ini.

Beberapa kemalangan jalan raya berlaku di seluruh Eropah menyebabkan tujuh orang terbunuh sejak tiga hari lalu di Poland, Sweden, Denmark dan Britain.

Laluan trafik terhenti akibat jalan raya dilimpahi air manakala perkhidmatan kereta api turut tergendala di sebahagian besar kawasan di Sweden.

Ribuan penduduk di Sweden terputus bekalan elektrik.

Angin kencang turut menyebabkan sebatang pokok Krismas di Vaxjo, Sweden tumbang.

Sejumlah penerbangan dibatalkan di Sweden, Denmark, Norway, Jerman dan Poland.

Lebih 1,000 orang bermalam di sebuah lapangan terbang di Copenhagen, Denmark gara-gara 200 penerbangan dibatalkan.

Di bandar raya Hamburg, Jerman, paras air meningkat sehingga empat meter.

Perkhidmatan kereta api dari Hamburg ke Denmark dan beberapa destinasi lain turut dibatalkan.

Namun, perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Bayern Munich dan Werder Bremen hari ini diteruskan.

Perlawanan itu diteruskan kerana air tidak melimpah memasuki stadium milik kelab Werder Bremen. - AP

Lamborghini baharu dilancar di atas kapal

Posted:

Lamborghini baharu dilancar di atas kapal

Lamborghini baharu dilancar di atas kapal


GAMBAR menunjukkan bentuk sisi kereta itu.


DUBAI - Pelancaran kereta sport Lamborghini Veneno Roadster baharu yang berharga AS$4.5 juta (RM14.55 juta) dibuat di atas sebuah kapal pengangkut pesawat milik tentera Itali di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2 Disember lalu.

Kereta itu dilengkapi enjin V-12 yang mempunyai 750 kuasa kuda dan boleh dipandu melebihi 340 kilometer sejam kerana rangka badannya diperbuat daripada gentian karbon yang ringan.

"Kami berasa berbesar hati kerana Lamborghini dipilih untuk mewakili industri kereta Itali di UAE dan kami mempunyai peluang untuk menunjukkan Veneno Roadster buat kali pertama di Abu Dhabi," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephen Winkelmann.

Menurutnya, Lamborghini mempunyai ramai peminat di rantau ini.

Winkelmann berkata, rantau Asia Barat merupakan antara pasaran terbesar kereta itu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Harimau Muda A tiba di Naypyitaw bawa misi pertahan gelaran juara

Posted:

Harimau Muda A tiba di Naypyitaw bawa misi pertahan gelaran juara

Harimau Muda A tiba di Naypyitaw bawa misi pertahan gelaran juara

07/12/2013 9:51pm

NAYPYITAW, MYANMAR - Skuad Harimau Muda A hari ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Naypyitaw dengan satu misi besar iaitu untuk mempertahankan pingat emas yang menjadi ibu segala pingat bagi temasya dwitahunan yang akan bermula secara rasminya 11 Disember ini.

Jurulatih Skuad Harimau Malaya A, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau percaya dengan kemampuan anak didiknya lebih-lebih lagi apabila menerima tekanan untuk mempertahankan pingat emas yang pernah di menangi pada Sukan SEA edisi Indonesia dua tahun lepas.

"Saya faham bahawa pemain kita menghadapi pelbagai tekanan sebelum mendarat di sini (Nyapyitaw) termasuklah desakan daripada penyokong bola sepak negara yang ingin melihat kejayaan pasukan kesayangan mereka.

"Namun sebagai pemain profesional, mereka tahu bagaimana untuk mengatasi cabaran tersebut agar tidak menjejaskan perkara yang lebih penting iaitu fokus perlawanan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kim Swee berkata, beliau percaya faktor kejayaan sesebuah pasukan bola sepak bukan bergantung kepada seseorang pemain sahaja tetapi ia memerlukan kerjasama, kesefahaman dan juga kekuatan mental yang terdapat pada semua pemain dalam pasukan. - Bernama

Semakan tarif elektrik ambil kira kepentingan rakyat - Najib

Posted:

Semakan tarif elektrik ambil kira kepentingan rakyat - Najib

Semakan tarif elektrik ambil kira kepentingan rakyat - Najib

07/12/2013 9:17pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, semakan semula tarif elektrik baru-baru ini mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas.

Beliau berkata, kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71 peratus daripada pengguna domestik di seluruh negara, dengan tidak sampai 30 peratus pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersil.

"Tenaga Nasional Bhd. sebagai satu badan (pembekal tenaga elektrik) memerlukan RM6 bilion setahun untuk pelaburan. Jika tidak dinaikkan ia akan menjejaskan daya maju, liabiliti kewangan TNB tapi kita pastikan rakyat teramai tak terjejas," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini.

Ditanya mengenai langkah pengurangan subsidi selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, ia diputuskan kerajaan bagi mengukuhkan lagi kedudukan fiskal negara.

"Kita nak tentukan kewangan negara lebih kukuh lagi. Dari segi kepentingan rakyat, kita mempunyai Jaringan Keselamatan Sosial, kita tambah lagi, misalnya kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kita naikkan, kita ada lagi i-BR1M, insurans takaful dan sebagainya.

"Kita boleh timbangkan (untuk sebarang kenaikan lagi) dari semasa ke semasa, tapi kita perlukan kekuatan fiskal untuk negara kita," katanya.

Najib juga berharap rakyat akan memahami kajian semula subsidi baru-baru ini adalah sebahagian daripada penyatuan fiskal.

"Mereka perlu memahami inilah prosesnya. Akan ada kesusahan jangka pendekdan bukan kesusahan yang teruk, kesusahan kecil tetapi dalam jangka panjang iaakan memberi kebaikan kepada rakyat," katanya. - Bernama

Najib umum bantuan RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir

Posted:

Najib umum bantuan RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir

Najib umum bantuan RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir

07/12/2013 7:54pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir.

"Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka.

"Sebagai tanda kasih dan prihatin kerajaan maka saya nak umumkan pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat banjir," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyarankan semua bank di negara ini untuk membenarkan mangsa-mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka.

"Saya mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama dan dibuat oleh Malayan Banking supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara. "Saya sebagai Menteri Kewangan sarankan semua bank mengikut langkah menangguhkan bayaran balik untuk sementara waktu," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Mengaku masih muda

Posted:

Mengaku masih muda

Mengaku masih muda

MELIHAT kepada deretan filem-filem lakonannya yang sudah menjangkau lebih 100 buah sejak memulakan karier sebagai pelakon pada 1981, amat wajar aktor Andy Lau digelar sebagai seorang legenda dalam dunia perfileman Hong Kong.

Sudah 32 tahun menghambakan diri dalam bidang penuh glamor ini, namanya tidak lekang di bibir peminat serta terus kekal menjadi pilihan penerbit untuk membintangi watak utama di layar perak.

Dapat bertentang mata secara lebih dekat dengan aktor kelahiran Tai Po itu ketika promosi filem Firestorm di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini, jelas kelihatan tarikan tersendiri yang dimilikinya sehingga menjadi pujaan ramai peminat wanita.

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-52 pada 27 September lalu, wajah dan tubuhnya tidak menggambarkan usia sebenarnya dan menonton aksinya dalam filem tersebut, nyata dia cukup tangkas dan bertenaga.

Menurut aktor yang mesra disapa Andy itu, dia tiada masalah untuk membawakan watak-watak aksi dalam filem, asalkan dia masih lagi mempunyai kudrat untuk berbuat demikian.

"Saya masih muda," selorohnya sambil disambut hilaian tawa para wartawan apabila ditanya kenapa dia masih lagi sanggup berlakon dalam filem yang memerlukan dirinya memainkan babak aksi.


ANDY (kiri) dan seorang lagi pelakon utama Firestorm, Lam Ka Tung hadir ke Kuala Lumpur untuk acara promosi pada 3 Disember lalu.


Akui Andy, dia tidak memiliki sebarang rahsia untuk mengekalkan stamina apabila kerap berlakon dalam filem aksi kerana paling utama adalah memberikan sepenuh tumpuan terhadap pekerjaan yang dilakukan.

Selain itu, aktor tersebut memberitahu, biarpun berlakon dalam filem aksi ada kalanya mengundang cabaran yang agak besar, tetapi setiap yang dilakukannya perlu mengikut ketahanan dan kemampuan diri masing-masing.

"Saya ini jenis yang suka berterus-terang sekiranya membabitkan hal kerja. Misalnya, kalau merasakan tidak mampu untuk melakonkan babak yang harus dilakukan, saya akan cakap berterus terang dengan pengarah yang saya tidak mampu buat.

"Sebenarnya, kita tidak perlu hendak memaksa diri berbuat sesuatu perkara di luar kemampuan sendiri. Lagipun saya menggemari suasana kerja yang selesa kerana ia mampu membuatkan diri saya berlakon dengan lebih baik," jelasnya yang turut dikenali sebagai seorang penyanyi.

Meskipun jarang berhadapan dengan kecederaan yang berat sepanjang berlakon dalam filem atau drama aksi, Andy memberitahu ahli keluarganya terutama sekali isteri tercinta bimbang dengan keadaan dirinya.

Namun begitu, di sebalik kebimbangan yang terpendam itu, aktor berkenaan menyatakan isterinya tetap memberikan sepenuh sokongan terhadap kariernya sebagai seorang pelakon.

"Dengan status sebagai seorang artis, kerisauan itu timbul bukan sahaja ketika bekerja, malah sewaktu menjalani kehidupan seharian. Bagaimanapun, setakat ini keadaan masih lagi terkawal sepenuhnya," ujarnya.

Apabila ditanya sama ada dia tidak ingin mengikut jejak langkah beberapa pelakon Hong Kong yang sudah menembusi Hollywood, Andy sekadar menyatakan bahawa dia perlu mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris terlebih dahulu.


PADA usia 52 tahun, Andy sudah membintangi lebih 100 buah filem.


RM4 juta

Menceritakan lebih lanjut mengenai filem terbaharunya iaitu Firestorm, Andy menyatakan dia bukan sahaja bertindak sebagai pelakon utama, malah turut berkolaborasi dengan William Kong untuk menerbitkannya.

Jelasnya, filem berkenaan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya dengan kos keseluruhan RM33 juta. Dia merasakan produk terbaharunya itu setanding dengan filem aksi Hollywood.

"Salah satu tarikan yang boleh dilihat dalam filem ini ialah ketika tempoh 30 minit terakhir membabitkan babak letupan yang dahsyat serta aksi tembak-menembak antara anggota polis dan sekumpulan penjahat di Pedder Street yang terletak di tengah-tengah kota Hong Kong.

"Memandangkan penggambaran tidak boleh dilakukan di lokasi sebenar kerana kawasannya sangat sibuk, kami telah membangunkan sebuah lokasi yang mirip dengan Pedder Street dan menelan kos sebanyak RM4 juta," ujar Andy.

Filem arahan Alan Yuen itu mengisahkan tentang seorang inspektor polis, Lui (Andy Lau) yang bertekad mahu menghentikan keganasan yang dilakukan oleh Nam (Hu Jun) dan konco-konconya sehingga ramai mangsa yang tidak berdosa telah terkorban.

Kemudian dia mula menyedari hakikat bahawa taktik biasa yang dilakukan oleh pihak polis terlalu lemah dan tidak akan berhasil untuk mengheret mereka ke muka pengadilan. Tou (Lam Ka Tung), seorang bekas banduan yang terdesak mahu meninggalkan dunia gelapnya menawarkan diri untuk membantu menumpaskan Nam.

Berkenaan dengan pemilihan pelakon lain yang terbabit dalam filem berkenaan, aktor itu menyatakan bahawa dia sangat teliti dan hanya memilih pelakon yang mampu memberikan sepenuh komitmen.

"Kami tidak mahu pelakon yang dipilih mempunyai penggambaran dengan filem lain kerana mahu mereka fokus untuk Firestorm sahaja. Perkara ini sangat penting kerana inginkan sebuah hasil yang berkualiti," tegasnya.


SEBELUM terkenal sebagai artis, Andy pernah bercita-cita mahu menjadi seorang petani yang berjaya.


Anak lelaki

Dengan kehadiran Andy Lau ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan filem terbaharunya, terdapat segelintir wartawan yang ingin bertanyakan mengenai kisah peribadi terutama gosip isterinya, Carol Chu yang dikatakan sedang hamil anak kedua sekarang ini.

Agak menghampakan apabila pihak penganjur memberi peringatan lebih awal kepada wartawan yang membuat temu bual secara eksklusif dengannya tidak diizinkan bertanya mengenai soalan peribadi, melainkan yang berkaitan dengan filem berkenaan.

Khabar angin yang sedang bertiup kencang mendakwa, isteri aktor itu dilihat beli barangan bayi di sebuah pusat beli-belah di Causeway Bay, Hong Kong. Lebih menarik lagi, Carol dikatakan sudah hamil sejak Ogos lalu dan bakal melahirkan anak lelaki.

Selain itu, pasangan yang sudah memiliki seorang anak perempuan bernama Hanna yang kini berusia setahun dikatakan telah berjumpa dengan seorang doktor pakar sakit puan terkenal, Dr. William So. Mereka hadir ke klinik doktor berkenaan secara sembunyi bagi mengelakkan dikesan paparazi.

Bagaimanapun, Andy yang hadir dalam sebuah majlis promosi filem baharunya di Hong Kong pada 19 November lalu telah menafikan perkara tersebut ketika ditanya wartawan, tetapi berharap agar apa yang diperkatakan itu bakal menjadi kenyataan.

D'Bagindas adaptasi muzik 1980-an

Posted:

D'Bagindas adaptasi muzik 1980-an

D'Bagindas adaptasi muzik 1980-an

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

D'BAGINDAS menjadikan kumpulan Search dan Slam sebagai band idola mereka.


Bertahan satu cinta,

Bertahan satu C.I.N.T.A.

DUA baris lirik lagu C.I.N.T.A nyanyian band dari daerah Malang, Indonesia itu mudah saja melekat dalam jiwa pendengar muzik pop di Malaysia.

Biar judul dan lirik yang menyebut satu persatu perkataan C.I.N.T.A itu pernah dibikin oleh kumpulan XPDC sekitar era 1990-an sebelum ini, irama baharu yang diterapkan dalam eksotika muzik D'Bagindas tidak melumpuhkan energinya untuk disalurkan dalam kelompok masa kini.

Lagu C.I.N.T.A sebenarnya telah dilancarkan pada tahun 2010 menerusi album pertama band D'Bagindas yang diberi judul C.I.N.T.A.

Ujar Michael Christian (Mike), selaku pemain keyboard dan komposer semua lagu nyanyian band tersebut, lagu C.I.N.T.A dimasukkan kembali dalam album kedua D'Bagindas, Yang No. 1 memandangkan single itu mendapat sambutan luar jangka.

"Lagu C.I.N.T.A sebenarnya mula hit pada ketika kami sedang dalam proses pembikinan album kedua kami, Yang No. 1. Atas dasar itu kami memasukkan semula lagu itu dalam album terbaharu sebagai trak bonus," katanya yang ditemui pada sidang akhbar dan showcase D'Bagindas di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menyingkap keistimewaan band yang dianggotai oleh empat anak muda yang terdiri daripada Dian Purnama, Beni Rianto, Dandy dan Mike itu, kata Mike inspirasi muzik mereka dipengaruhi oleh irama dangdut, keroncong, blues, dan country sekitar tahun 1980-an.

"Album pertama kami dipengaruhi elemen muzik seperti keroncong dan dangdut daripada penyanyi-penyanyi sebelum kami, kemudian album keduanya lebih moden dan lebih banyak elemen pop Melayu.

"Tapi untuk album ketiga yang bakal dipasarkan awal tahun depan, kami kembali kepada muzik asal iaitu pop 1980-an," ujar Mike yang turut menjadikan kumpulan Slam dan Search idola muzik dari Malaysia.


TIDAK terkenal di Malaysia, hakikatnya D'Bagindas mempunyai jadual yang cukup padat di negara mereka, Indonesia.


Ditanya mengapa perlu mengambil masa terlalu lama untuk mempromosikan single hit C.I.N.T.A di Malaysia, jawab Dandy, disebabkan jadual yang terlalu padat di Indonesia memaksa mereka menangguhkan jadual promosi di negara lain.

"Kami terlalu sibuk dengan konsert dan showcase selepas melancarkan album pertama, kemudian proses rakaman album kedua pula diteruskan dan sehingga detik ini kami baru mendapat ruang waktu bertemu peminat di Malaysia," jelasnya.

Sementara itu, Dandy menjelaskan Yang No. 1 dipilih sebagai judul album kedua D'Bagindas ekoran aura positif daripada salah sebuah single dalam album kedua mereka yang menggunakan judul sama.

"Album ini merupakan bahagian pertama daripada dua album yang kami garap sekali gus tapi akan dikeluarkan secara berasingan dalam Volume 1 dan Volume 2.

"Selain ingin menunjukkan album ini merupakan album edisi pertama Yang No. 1, kami mengharapkan agar lagu-lagu dalam album ini mampu menjadi nombor satu seperti mana tajuk albumnya," tambahnya.

Album Yang No. 1 menyajikan lima buah lagu baharu termasuk empat buah trak bonus iaitu Marhaban Ya Ramadhan serta tiga buah trak daripada album pertama, Suka Sama Kamu, Kangen dan C.I.N.T.A.

Lima buah lagu baharu yang dibikin untuk dimuatkan dalam Volume 1, Yang No. 1 ialah Hidup Tapi Mati, Ay, Maafkan, Yang No. 1 dan Sendu.

Ujar vokalis band itu, Beni Rianto atau Bian, proses pembikinan album kedua mereka mengambil masa selama lima hari saja.

"Mungkin kerana semangat kami sedang berkobar-kobar, maka album ini dibikin dalam tempoh yang singkat saja iaitu lima hari di studio rakaman.

"Sebetulnya, masa untuk penyediaan album ini sudah lama jadi, ketika sesi rakaman semuanya sudah bersedia dan proses itu sangat cepat," katanya.

Charly, Firman buai lebih 1,000 peminat

Posted:

Charly, Firman buai lebih 1,000 peminat

Charly, Firman buai lebih 1,000 peminat

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


CHARLY membuai emosi dengan seleksi lagu hitnya.


KHALAYAK bagaikan terpukau apabila dua penyanyi hebat Indonesia iaitu Firman dan Charly daripada Setia Band (dulunya mantan vokalis kumpulan ST12) bergabung tenaga menyanyikan lagu popular Kehilangan.

Persembahan yang boleh diibaratkan sebagai persembahan antara mentor dan protege itu telah mengambil tempat di KL Life Center, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sememangnya lagu popular Kehilangan yang dicipta oleh Charly atau nama sebenarnya Charly Van Houten dan dinyanyikan oleh Firman itu benar-benar membuai perasaan lebih 1,000 peminat yang hadir ke konsert mereka pada malam itu.

Lagu Kehilangan yang menjadi lagu penutup konsert mereka pada malam itu juga menyaksikan Charly sujud mengadap peminat-peminatnya dengan ucapan terima kasih. Turut hadir ke konsert Charly dan Firman pada malam itu juga adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


DUET Adira dengan Firman menerusi lagu Jangan Pikiran Abang mendapat sambutan hangat.


Menyingkap mengenai konsert Charly Setia Band vs Firman yang berlangsung selama dua jam itu, ia dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 8, Adira.

Menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Dewi Cinta dan Ombak Rindu, Adira seterusnya menjemput penyanyi Firman ke pentas untuk bersama-sama menyanyikan lagu hit penyanyi kelahiran Indonesian Idol itu iaitu Jangan Pikirin Abang. Ternyata paduan suara nyaring Adira dengan suara serak basah Firman begitu serasi.

Usai persembahan tersebut, Firman mengambil alih pentas menghiburkan peminatnya. Bapa kepada seorang anak yang bernama Diamond Siggy Siagian, lapan bulan itu menyampaikan lagu single terbaharunya, Hati Batu. Persembahan Firman diteruskan dengan rangkaian lagu-lagu Inggeris popular seperti I Want To Break Free dan It's My Life.

Malam konsert tersebut bertambah hangat apabila Charly dan bandnya, Setia Band muncul membuat persembahan. Peminat yang sememangnya menunggu kehadiran Charly bersorak dan turut menyanyi bersama penyanyi itu yang mendendangkan lagu-lagu sebanyak 15 buah lagu daripada album Setia Band dan juga lagu-lagu dari album ST12.

Antara lagu dendangan Charly adalah seperti Terlalu Indah dan lagu Jangan Pernah Berubah, yang pernah popular di Malaysia satu ketika dulu.

Bukan itu sahaja, Charly juga menyanyikan lagu Biarkan Jatuh Cinta, Puspa, Cari Pacar Lagi, Asmara dan Saat Terakhir.

Charly, pelopor yang membawakan muzik pop Melayu itu turut menyanyikan lagu popular Melayu seperti Rindu Serindu Rindunya (nyanyian asal kumpulan Spoon) dan juga lagu popular kumpulan Search, Isabella dengan kreativiti dia sendiri.


KEKUATAN lagu Kehilangan membuat nama Firman melonjak naik di Malaysia.


Sedikit mengenai dua penyanyi Indonesia itu. Barangkali nama Firman, 35, tidak perlu diperkenalkan lagi sementelah dia begitu popular menerusi lagu Kehilangan dan Jangan Pikirin Abang di Malaysia. Namun, bagi Charly, 31, nama itu mungkin sedikit asing.

Bermula dengan band ST12 yang popular dengan lagu Puspa dan Putih-Putih Melati pada tahun 2004 itu, vokalisnya Charly dan pemain gitarnya, Pepeng mengubah haluan dengan meninggalkan band popular Indonesia itu dengan menubuhkan kumpulan baharu iaitu Setia Band pada tahun 2011.

Charly dalam kenyataannya sebelum ini pernah menyuarakan perjuangannya membawakan lagu-lagu pop Melayu.

Katanya: "Selagi ada orang Melayu, selagi itu pop Melayu dapat bertahan dalam industri muzik."

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved