Isnin, 11 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perbankan untuk komuniti

Posted:

Perbankan untuk komuniti

Perbankan untuk komuniti

SUASANA di sekitar Kampung Bukit Cheraka yang terletak di mukim Jeram, Kuala Selangor pada pagi itu tampak tenang.

Sesekali kelihatan beberapa motosikal yang dinaiki penduduk berlegar di jalan raya. Ia diselang-seli dengan kehadiran beberapa jentera pengangkut buah kelapa sawit yang muncul dari ladang-ladang berhampiran kampung itu.

Aminuddin Sarman, 52, asyik memerhatikannya dari satu sudut kedai runcit miliknya yang terletak di bahu jalan raya itu. Fikirannya terasa lapang, lagipun dia menggemari suasana desa seperti itu, jauh daripada hiruk-pikuk kota yang menyesakkan fikiran.

Lamunannya terhenti apabila melihat sebuah kenderaan tiba-tiba memasuki pekarangan kedai runcit yang diusahakan bersama isterinya, Zamnah Sharif, 51, selepas bersara daripada pasukan polis trafik kira-kira tujuh tahun lalu.

Seorang lelaki muncul di hadapannya sambil menggenggam beberapa helai kertas di tangan.

"Oh! awak datang nak bayar bil ke? Jika begitu, kena ke kaunter di sebelah sana untuk buat pembayaran," katanya sambil menunjukkan sebuah bilik khas tertera imej 'pokok duit', logo rasmi Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi Aminuddin, itulah rutin hariannya sejak dilantik sebagai ejen bank berdaftar (EBB), perkhidmatan yang diperkenalkan BSN sejak Januari tahun lalu, bertujuan memberi akses perbankan berkualiti kepada masyarakat di kawasan yang mempunyai akses perbankan terhad.


KEDAI runcit milik Aminuddin (dua dari kiri) kini menjadi tumpuan penduduk sekitar mendapatkan transaksi perbankan asas yang ditawarkan BSN.


Pusat sehenti

Jika sebelum ini, kedai runcit itu menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian, kini ia menjadi pusat sehenti BSN yang menawarkan pelbagai transaksi perbankan asas seperti penyimpanan dan pengeluaran tunai, pemindahan dana dan pembayaran bil.

Bercerita mengenainya, Aminuddin berkata, ketika perkhidmatan EBB mula diperkenalkan di kampung itu, sambutan yang diterima daripada penduduk agak dingin.

Jelasnya, selain ramai tidak memahami konsep EBB, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Perbankan Tanpa Cawangan BSN, mereka juga sudah terbiasa berurusan di cawangan BSN di Jeram, terletak kira-kira lapan kilometer dari kampung itu.

"Saya akui, pada peringkat awal dulu ramai yang kabur, tidak kurang juga meragui konsep yang dilaksanakan. Tidak hairanlah, dalam tempoh dua bulan pertama, transaksi yang dilakukan tidak sampai dua muka surat, itupun terdiri daripada rakan-rakan rapat dan jiran tetangga sahaja.

"Bagaimanapun, semuanya berubah selepas kakitangan BSN mula turun padang dan mengadakan kempen dan sesi penerangan kepada penduduk. Sejak itu jumlah pelanggan saya meningkat mendadak dengan purata 70 transaksi sehari," katanya yang merupakan anak jati kampung itu.

Jelas bapa kepada empat cahaya mata itu, disebabkan komited untuk memberi perkhidmatan terbaik, mendorong dia mengeluarkan modal sendiri membina sebuah kaunter khas bersebelahan kedai runcitnya bagi tujuan tersebut.

"Ia tidak termaktub dalam perjanjian sebagai ejen, namun saya lakukan secara sukarela bagi memberi keselesaan kepada para pelanggan. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai pilihan untuk melakukan transaksi di dalam kedai atau di kaunter yang dikhaskan," ujarnya.

Kata Aminuddin, sebagai ejen, dia menawarkan perkhidmatan perbankan itu mengikut waktu operasi perniagaan yang dijalankannya bermula dari pukul 8 pagi hingga 10 malam termasuk pada hujung minggu atau cuti umum.

KAUNTER khas ini dibina Aminuddin bersebelahan kedai runcitnya demi keselesaan pelanggan.


Langkah keselamatan

Sementara itu, Naib Presiden Kanan BSN, Azaddin Ngah Tasir berkata, BSN merupakan institusi perbankan pertama yang menggunakan perkhidmatan seumpama itu di Malaysia.

Bermula dengan hanya 200 ejen ketika ia dilancarkan pada Januari 2012, sehingga September tahun ini terdapat 4,697 EBB di seluruh negara.

Katanya, konsep sedemikian sebenarnya sudah lama dilaksanakan di beberapa negara seperti Brazil, Colombia, India, Filipina dan Peru.

"EBB merupakan sebahagian daripada perkhidmatan perbankan ejen yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendekatkan pelanggan kepada perkhidmatan kewangan di kawasan yang tiada kemudahan perbankan.

"BSN mengambil tanggungjawab itu sebagai sebuah bank komuniti. Di samping itu, perkhidmatan ini juga memberikan kelebihan kepada kami untuk mendekati pelanggan-pelanggan, khususnya di luar bandar tanpa perlu membuka cawangan baharu yang melibatkan kos yang tinggi," katanya.

Azaddin yang juga Ketua Jabatan Perniagaan Komuniti BSN berkata, biarpun tanpa cawangan, orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan BSN untuk tujuan simpanan, pengeluaran, pembayaran bil, pembelian simpanan Sijil Simpanan Premium (SSP), pembelian tanpa tunai dan tambah nilai prabayar.

"EBB mampu menjimatkan kos dan masa kerana setiap ejen beroperasi di kawasan sekitar kediaman penduduk di samping waktu beroperasi yang fleksibel serta lebih panjang berbanding di bank.

"Apa yang lebih penting, pelanggan tidak dikenakan sebarang caj ketika membuat setiap transaksi," jelasnya.

Syarat-syarat ejen

Ujarnya lagi, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan untuk menjadi ejen. Antaranya, mempunyai rekod kewangan kukuh, mempunyai perniagaan sendiri, mempunyai akaun BSN di bawah entiti perniagaan serta lokasi premis melebihi lingkungan lima kilometer dari cawangan BSN terdekat.

Kata beliau, selepas menjalani beberapa sesi kursus dan latihan, setiap EBB akan diberikan alat terminal Point Of Sale (POS) yang boleh digunakan untuk membuat pengesahan butiran peribadi pelanggan sama ada melalui kad pengenalan, cap jari dan kad mesin pengeluar wang automatik.


BIARPUN terletak di kawasan bandar, Swee Mei mampu mengendalikan antara 150 hingga 160 transaksi sehari.


"Ia berfungsi secara dalam talian dan masa nyata yang dihubungkan dengan sistem utama BSN menggunakan perkhidmatan radio paket umum (GPRS). Pengunaan sistem ini membolehkan kami memantau sebarang transaksi yang dilakukan di samping memastikan alat terminal POS ini tidak dibawa keluar dari kawasan premis.

"Pada masa sama, proses transaksi yang dilaksanakan juga memerlukan kehadiran pelanggan untuk mengesahkan nombor pengenalan peribadi dan cap jari, sekali gus mengurangkan risiko penipuan," jelasnya.

Menurut Azaddin, sehingga Oktober tahun ini sebanyak 9.5 juta transaksi yang melibatkan nilai melebihi RM842 juta telah direkodkan di seluruh negara.

"Lebih 80 peratus transaksi melibatkan bayaran bil utiliti manakala selebihnya simpanan, pengeluaran, SSP, belian tanpa tunai dan tambah nilai prabayar.

Sementara itu, seorang EBB BSN di Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur, Choy Swee Mei, 43, berkata, biarpun premisnya dikelilingi pelbagai kemudahan seperti bank, pejabat pos, stesen minyak dan sebagainya, namun dia tidak berhadapan masalah untuk mendapatkan pelanggan.

Mengusahakan kedai fotografi bersama suaminya, Raymond Chow, 48, sejak 23 tahun lalu, Swee Mei memberitahu, dia tertarik untuk menjadi ejen sejak April tahun lalu kerana mahu mempelbagaikan cabang perniagaan sedia ada.

"Sebelum ini kami hanya menawarkan khidmat fotografi, fotostat, membuat kunci, menjual kad dan tambah nilai prabayar. Sebagai ejen, kami berpeluang menawarkan perkhidmatan perbankan kepada pelanggan dan masyarakat setempat.

"Apa yang lebih penting, bagi setiap transaksi, ejen akan mendapat komisen tertentu yang mampu menjana pendapatan tambahan dalam perniagaan," katanya.

Ia termasuk promosi dari mulut ke mulut serta mengedarkan risalah di kenderaan dan penduduk-penduduk di sekitar taman perumahan berhampiran.

Percutian berunsur kerohanian di India

Posted:

Percutian berunsur kerohanian di India

Percutian berunsur kerohanian di India

BILIK tidur yang sederhana dan ringkas ditawarkan dalam program ini.


PELANCONG yang ingin mencari ketenangan dan menjalani kehidupan serba sederhana, kini boleh mendaftar masuk ke ashram Mahatma Gandhi yang terkenal di India.

Bagaimanapun, anda jangan berharap dapat menikmati kemudahan moden di situ kerana ia lebih kepada percutian kerohanian.

Hanya bayar 1,000 rupee (RM51.40) semalam, pelancong berpeluang menjalani gaya hidup pemimpin kemerdekaan India itu dengan menginap di ashram yang diwujudkan pada tahun 1915 di barat negeri kelahiran Gandhi, Gujarat.

Ashram tersebut dibuka pada awal bulan lalu dan para pelancong berpeluang menjalani kehidupan seperti Ghandhi iaitu menggunakan mesin membuat kain, melawat masyarakat tempatan, berdoa dan bermeditasi. Sepanjang percutian itu, para pelancong perlu memakai kain khadi iaitu kain tenunan tangan.

Pada masa sama, pelancong juga mesti mematuhi 11 ikrar Gandhi iaitu tidak menyokong keganasan, hidup secara sederhana, menggunakan barangan tempatan, makan hasil titik peluh sendiri, memelihara kehormatan diridan kawalan pemakanan yang ketat.

Bukan itu sahaja, mereka juga digalakkan mengikuti rutin harian Gandhi seperti bangun pada pukul 5 pagi dan menjalankan kerja-kerja domestik.

"Objektif program ini adalah untuk mendedahkan orang ramai tentang gaya hidup yang baik, menikmati kesederhanaan hidup Gandhi dan melalui pengalaman seorang Mahatma," kata pegawai sebuah agensi pelancongan, Nis Chalavalamb Barot yang membangunkan program dikenali, Live Gandhi For A While.

"Ia boleh mengubah persepsi pelancong terhadap kehidupan, masyarakat dan sumber-sumber semula jadi di sekeliling kita. Ia juga boleh membantu pelancong yang mencari kedamaian dan kepuasan dalaman," kata Barot kepada AFP.

Idea murni

Gandhi menginap di banglo yang kini dikenali sebagai Kochrab Ashram dan kemudian dimiliki oleh rakan peguamnya, selepas dia kembali ke India dari Afrika Selatan pada tahun 1915.

Selepas itu, beliau menolak kekayaan dan memilih untuk tinggal di sebuah perkampungan di pinggir bandar Ahmedabad dan membangunkan beberapa idea murni yang membuatkannya terkenal.

Dalam satu kejadian, Gandhi dikatakan menghampakan jiran-jirannya apabila bertindak menjemput sekumpulan lelaki daripada kasta rendah, yang juga dikenali 'tidak boleh disentuh', tinggal di ashram beliau sebagai sebahagian daripada kempen menentang sistem kasta yang tegar di India.

Kini, ashram itu diuruskan oleh universiti berhampiran iaitu Gujarat Vid- yapith, yang diasaskan oleh Gandhi pada tahun 1920 untuk tujuan membebaskan belia India daripada belenggu penjajahan British.


SEORANG lelaki berjalan sambil melihat ashram yang dibina pada tahun 1915.


Program Live Gandhi For A While dilancarkan pada 2 Oktober bertepatan dengan ulang tahun ke-144 kelahiran Gandhi. Sungguhpun belum ada tempahan dilakukan pelancong, Barot menegaskan, terdapat banyak pertanyaan mengenai program itu.

Digelar sebagai Mahatma atau Great Soul, Gandhi mengetuai kempen kemerdekaan tanpa keganasan (ahimsa) menentang British yang akhirnya berjaya membebaskan India daripada pemerintahan penjajah pada tahun 1947.

Beliau telah ditembak mati oleh seorang penganut Hindu di New Delhi beberapa bulan selepas kemerdekaan India pada tahun 1948.

Berbeza

Walaupun terdapat pelbagai cara meperingati Gandhi, Barot yang membangunkan program tersebut berkata, beliau berharap ashram itu menawarkan sesuatu yang berbeza.

"Ia merupakan kali pertama kita cuba untuk memahami nilai dan prinsip-prinsip kehidupan baik yang diamalkan oleh Gandhi," kata Barot yang mengendalikan agensi pelancongan itu.

Walau bagaimanapun, beliau juga menegaskan, rutin di ashram itu bukan sesuatu yang mudah.

"Mereka perlu mengikuti ikrar dan melalui apa yang diamalkan oleh Gan- dhi sendiri ketika berada di ashram. Mereka juga diperlukan memakai khadi sepanjang program ini."

Gandhi membuat sendiri kain khadi menggunakan mesin manual putar dan menggalak orang lain untuk mengikuti- nya.

Beliau berbuat demikian sebagai salah satu bahagian penting dalam falsafah antikolonial agar berdikari atau dikenali sebagai swadeshi.

Khadi juga menjadi simbol kepada asas ekonomi India iaitu mengusahakan kraf perkampungan tempatan dan bukan perindustrian Barat yang sering mengimport kain kapas dari kilang-kilang di Britain .

Idea ini adalah jauh bertentangan dengan India moden, pendedahan kawalan kerajaan ke atas ekonomi dalam tahun-tahun 1990-an dan menjadikan India ahli G20, untuk pelaburan asing.

Naib Canselor Universiti Gujarat Vidyapith, Sudarshan Iyengar yang menguruskan ashram tersebut berkata, beliau yakin bahawa program yang dibuka kepada pelancong itu akan membantu menyuburkan cita-cita Gan- dhi.

"Ini adalah suatu program yang unik dan mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Perhimpunan bekas pelajar MRSM Terendak

Posted:

Perhimpunan bekas pelajar MRSM Terendak

Perhimpunan bekas pelajar MRSM Terendak

SEBAHAGIAN daripada bekas pelajar dan guru MRSM Terendak, Melaka yang hadir pada majlis Pertemuan Semula Selepas 25 Tahun di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


BERTAUT KEMBALI. Seramai 72 orang bekas pelajar dan enam guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Melaka hadir pada majlis Pertemuan Semula Selepas 25 Tahun di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan kembali hubungan antara bekas pelajar dan guru MRSM Terendak pada tahun 1984 hingga 1988 selepas mereka terpisah selama 25 tahun.

Turut hadir, bekas pengetuanya, Asrokin Sanuji dan guru-guru homeroom, Hamidah Uda Ahmad, Niryati Hassan Maani, Angela, Lew Lai Lee dan Arifin Abu Bakar.

Persembahan qasidah jadi tumpuan di Surau Al-Hijrah

Posted:

Persembahan qasidah jadi tumpuan di Surau Al-Hijrah

Persembahan qasidah jadi tumpuan di Surau Al-Hijrah


AHLI Kumpulan Hidayah memperdengarkan qasidah pada Malam Mahabbah Rasul sempena sambulan Maal Hijrah 1435 di Sepang, Selangor baru-baru ini.


BERSEMANGAT. Persembahan qasidah mewarnai Malam Mahabbah Rasul sempena sambutan Ma'al Hijrah 1435 di Surau Al-Hijrah, Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Persembahan oleh Kumpulan Al-Hidayah dari Kuala Terengganu, Terengganu yang dianggotai kira-kira 15 anak muda berjaya menarik minat para hadirin untuk menghayatinya walaupun persembahan tersebut berlangsung kira-kira satu setengah jam.

Antara lagu yang diperdengarkan ialah Ya Hanana yang begitu popular dalam kalangan lagu-lagu qasidah ketika ini.

Turut diadakan sempena majlis tersebut ialah ceramah agama berkaitan Ma'al Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Mustafa Kamal Hamzah, salah seorang ahli panel program Tanyalah Ustaz dan Halaqah di TV9.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Raffli dibunuh kerana dendam

Posted:

Raffli dibunuh kerana dendam

Raffli dibunuh kerana dendam

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my

ALLAHYARHAM Ahmad Raffli menunjukkan batu Karbala dan barangan lain pada sidang akhbar berkaitan serbuan ke atas pergerakan Syiah di Kuantan September lalu .


KUALA LUMPUR - Polis semalam memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, di Indera Mahkota 2, Kuantan yang mati ditembak kelmarin mempunyai kaitan dengan kumpulan Syiah atau ajaran sesat bergelar Tuhan Harun yang mahu membalas dendam.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa 31 pengikut Tuhan Harun yang masih bersembunyi supaya menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam tersebut.

"Siasatan akan diadakan secara menyeluruh, berkemungkinan ia ada kaitan dengan kumpulan Syiah atau ajaran sesat Tuhan Harun yang mahu membalas dendam," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Maktab Polis Cheras di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sindiket curi pasir haram tumpas

Posted:

Sindiket curi pasir haram tumpas

Sindiket curi pasir haram tumpas

Oleh NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my


Empat warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah di tapak korek pasir haram di Semenyih, Selangor semalam.


HULU LANGAT - Satu sindiket mencuri pasir di sebuah ladang kelapa sawit Kampung Sungai Machang, Semenyih di sini tumpas hasil serbuan diketuai oleh pegawai penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Sindiket tersebut menjual pasir yang dicuri itu kepada pemaju taman perumahan berdekatan Taman Perindustrian Sri Haneco.

Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM, Mohd. Yussof Zakaria berkata, pasir halus dijual pada harga RM38 setan manakala pasir kasar RM30 setan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM kongsi resipi kejayaan negara

Posted:

PM kongsi resipi kejayaan negara

PM kongsi resipi kejayaan negara


NAJIB (empat dari kanan) beramah mesra dengan beberapa ahli panel Dialog Mengenai Kepelbagaian, Diplomasi dan Keamanan di Kuala Lumpur semalam.


PUTRAJAYA - Menghargai kepelbagaian, memanfaatkan diplomasi dan memperjuangkan keamanan boleh menjadi resipi bagi kejayaan negara dan kestabilan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun kepelbagaian merupakan faktor yang amat penting bagi membina sebuah negara yang kukuh, tetapi prinsip mendasarinya seperti menerima perbezaan, mengamalkan dialog dan mempertahankan hak untuk hidup bersama juga boleh membantu ke arah itu.

Menurut beliau, perpaduan antara rakyat Malaysia daripada semua etnik dan agama boleh dicapai melalui sikap saling menghormati dan menerima perbezaan yang wujud di antara mereka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sasaran 40 emas

Posted:

Sasaran 40 emas

Sasaran 40 emas

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika@kosm.com.my

KHAIRY (kiri) memberi taklimat kepada pengurus-pengurus pasukan ke Sukan SEA Myanmar semasa lawatannya ke Wisma OCM di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur semalam.


"JANGAN samakan sasaran pingat emas Sukan SEA lalu dengan di Myanmar. Selepas kehilangan beberapa acara yang menjadi prospek emas, sasaran 40 pingat emas pada kali ini saya anggap sangat realistik."

Demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditanya mengenai sasaran pingat emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar yang hanya berbaki 25 hari untuk membuka tirai.

"Sasaran realistik ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan Persatuan Sukan Kebangsaan.

"Secara jelas, kita tidak dapat mempertahankan 28 pingat emas yang diperoleh di Sukan SEA Palembang, Indonesia, dua tahun lalu kerana acara tersebut tidak dipertandingkan kali ini," jelas Khairy ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pengurus-pengurus pasukan di Wisma OCM di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur semalam.

Antara acara yang tidak dipertandingkan ialah akuatik (renang perairan terbuka dan renang berirama) yang sebelum ini menyumbang lapan emas, tujuh dari acara berbasikal trek, boling (lima) ski air (empat) dan dua daripada acara lawan pedang dan menembak.

"Saya akui jumlah sasaran adalah lebih rendah tetapi ia sangat realistik iaitu 40 emas daripada 213 pingat yang ditawarkan," tambahnya.

Dalam pada itu, acara terjun bakal menjadi lubuk emas kontinjen negara apabila ratu terjun negara, Pandelela Rinong mengesahkan penyertaannya.

Dengan kombinasi Pandelela dan penerjun elit yang lain, skuad terjun diharap mampu membolot kesemua lapan emas yang dipertandingkan.

Di samping itu, kontinjen negara juga meletakkan sasaran enam emas dari karate, olahraga (lima) renang, pencak silat, wusyu dan memanah (tiga).

Acara hoki dan pelayaran turut diletakkan sasaran dengan dua emas manakala lumba basikal lebuh raya, bina badan, menembak dan muay thai dijangka membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir emas.

Untuk rekod, dua tahun lalu, Malaysia menyasarkan 45 emas tetapi berjaya membawa pulang 59 emas manakala di Laos (2009), kontinjen negara membawa pulang 40 emas.

"Untuk itu, saya amat berharap agar peminat sukan negara tidak meletakkan sasaran yang tinggi dan memahami kenapa sasaran kali ini agak rendah.

"Keadaan kali ini amat berbeza terutama jumlah acara yang boleh kita sertai. Bagaimanapun, dengan sasaran yang telah ditetapkan, saya percaya ia sangat realistik dan mampu dicapai," ulas Khairy.

Safee wajar berhijrah

Posted:

Safee wajar berhijrah

Safee wajar berhijrah

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

"MOHD. Safee (Sali) wajar berhijrah menyertai mana-mana kelab di luar negara jika masih sayangkan kariernya sebagai pemain bola sepak."

Demikian jelas Zakaria Ab. Rahim mengenai hala tuju penyerang sensasi Harimau Malaya itu yang masih belum membuat keputusan berhubung masa depannya sebaik kontraknya sebagai pemain pinjaman bersama Johor Darul Takzim (Johor DT) bakal tamat penghujung bulan ini.

Zakaria berkata, mana-mana pemain negara termasuk Safee sewajarnya merebut peluang beraksi di negara luar biarpun menerima tawaran lumayan daripada mana-mana pasukan tempatan.

"Duit boleh cari, namun pengalaman dan ilmu tiada nilainya dan tidak akan datang bergolek di depan mata.

"Jika ada tawaran bagus termasuk kelab dari Thailand, mengapa tidak? Saya percaya Safee wajar merebut peluang ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Polemik berhubung masa depan Safee, 29, mula tercetus apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim memberikan peluang kepada penyerang itu sama ada mahu kekal bersama Johor DT atau pun tidak selepas menyertai pasukan itu secara pinjaman awal musim ini.

Pegawai media Arema Indonesia (dahulunya dikenali sebagai Pelita Jaya), Sudarmaji baru-baru ini juga secara terbuka mengakui mereka tidak lagi memerlukan khidmat Safee sebaik kontraknya bersama kelab itu tamat pada Februari tahun depan.

Buat masa ini, Safee dikatakan berada dalam radar naib juara Liga Perdana Thailand iaitu Suphanburi FC, selain cuba dilamar satu lagi kelab Indonesia - Persib Bandung.

Mengulas lanjut, Zakaria juga menasihatkan Safee supaya bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk nilai kontrak yang lebih rendah gara-gara prestasi kurang memberangsangkan sepanjang bersama Johor DT musim ini.

"Mungkin sukar buat mana-mana kelab mengemukakan tawaran yang lebih baik seperti mana Pelita Jaya (Arema Indonesia), namun itu bukan isu utama kerana ia mampu meningkatkan karier Safee selain kebajikannya juga terjaga.

"Ia telah dibuktikan sebelum ini apabila Safee berjaya muncul penjaring ketiga terbanyak Liga Super Indonesia bersama Pelita Jaya pada musim 2012," katanya.

Justeru, Zakaria mengakui bersedia menguruskan semula karier Safee jika penyerang itu bersetuju untuk berhijrah ke luar negara selepas ini.

"Ke Botswana pun saya boleh jaga. Bukan sahaja Safee, malah mana-mana pemain yang mahu meningkatkan karier (dengan menyertai kelab luar negara) juga saya boleh bantu," jelas Zakaria.

Kecemerlangan Safee membantu Harimau Malaya mendakap trofi Piala Suzuki AFF 2010 mula membuka mata banyak kelab luar sebelum dilamar Arema Indonesia pada 2011, selain ditawarkan kontrak lanjutan bernilai RM2 juta untuk kekal bersama kelab itu setahun kemudian.

Ketika ini, Safee berada di bumi Bahrain bersama Harimau Malaya menjelang aksi Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional, Manama Jumaat ini.

Sasaran Suryani semakin tepat

Posted:

Sasaran Suryani semakin tepat

Sasaran Suryani semakin tepat

BIDIKAN ratu menembak negara, Nur Suryani Mohd. Taibi nyata masih berbisa apabila meraih emas kelima menerusi acara 50m Rifle tiga posisi pada Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) ke-37 di Lapang Sasar kebangsaan Subang, Selangor semalam.

Selepas agak lama menyepi, pencapaian cemerlang dilakar di Lapang Sasar Subang itu dilihat mampu menjadi azimat terbaik bagi menghadapi Sukan SEA 2013 yang berbaki 25 hari sahaja lagi.

"Misi saya di Sukan SEA adalah sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada tahun depan.

"Ia umpama pelaburan jangka panjang dan sebab itu, sasaran saya di Sukan SEA bukan hanya untuk mengutip pingat tetapi lebih daripada itu.

"Saya mahu membuktikan kepada diri sendiri dan mencatat keputusan yang lebih baik malah memecahkan rekod sendiri," katanya.

Nur Suryani juga menjelaskan, dia enggan meletakkan sebarang sasaran di Sukan SEA kerana tidak mahu berdepan dengan sebarang tekanan.

"Saya tahu cabaran sangat sengit terutama dari Thailand, Indonesia, Myanmar dan Singapura. Kerana itu, saya lebih senang untuk tidak meletak sebarang sasaran," katanya.

Dalam saingan semalam, penembak berusia 31 tahun itu mencatat 447.4 mata untuk mengenepikan cabaran penembak Vietnam, Nguyen Thi Xuan yang mengutip 441.1 mata, manakala pingat gangsa menjadi milik Teresa Acuna Amparo dari Filipina yang meraih 420.1 mata.

Terdahulu, penembak dari Perak itu berada pada aksi terbaik dengan membawa pulang empat emas dari acara 10m Air Rifle individu dan berpasukan wanita serta 50m

Rifle Prone individu dan berpasukan wanita.

"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan pencapaian saya terutama ini adalah kejohanan antarabangsa yang pertama saya sertai selepas berehat panjang," katanya yang melahirkan cahaya mata pertama pada September tahun lalu dan kembali menjalani latihan sejak Julai lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Funky bersama 27 Legacy

Posted:

Funky bersama 27 Legacy

Funky bersama 27 Legacy

Oleh ALIF ABU BAKAR

PERNAH dipandang sepi, pelik atau mungkin kekampungan, teori individu terhadap pakaian berkonsep ikat celup (tie dye) jarang sekali seia, terutamanya di Malaysia. Teknik tersebut kurang memikat masyarakat di negara ini, barangkali kerana campuran warna terang dan pola corak tidak senada membuatkan kita kurang berani menyarungkan pakaian ikat celup.

Secara realistik, fesyen ikat celup merentasi jalur masa yang mengagumkan. Dipercayai mula tercipta seawal abad ke-6 di India, Jepun dan Afrika, fabrik ikat celup kemudiannya berkembang ke serata dunia termasuk di Amerika Syarikat (AS).

Metodologi tradisional teknik tersebut masih dapat dilihat di India menerusi corak bandhani, antara teknik ikat celup tertua di dunia.

Bandhani memaparkan seni ikat celup menggunakan benang halus dan celupan warna bagi membentuk corak berbintik kecil.

Jepun pula mempunyai shibori yang kini menyerupai teknik ikat celup moden. Berteraskan indigo iaitu pewarna biru yang diperoleh daripada tumbuhan indigofera yang kebiasaannya diguna untuk membuat nila bagi mewarnakan pakaian mereka, masyarakat Jepun mengadaptasi teknik itu pada fabrik yang diperbuat daripada sutera atau gentian hem.

Menjengah tahun 1960-an, ikat celup dibawa ke AS melalui gerakan hipi iaitu golongan yang hidup berlandaskan kebebasan berfikir dan mempunyai identiti pakaian tersendiri. Hipi mahukan eskapisme daripada norma sosial yang terlalu terkawal pada zaman itu. Pakaian ikat celup dipilih sebagai salah satu madah ekspresi terhadap prinsip kebebasan hidup mereka.

Pengenalan

Dunia menerima ikat celup sebagai cabang kesenian klasik yang sederhana. Harus diakui, pengaruhnya di negara ini kurang menyegat, jika adapun ia banyak dijadikan penghias utama selendang atau kain pario untuk kegunaan wanita.

Sabar menanti untuk mencapai kemuncak penerimaan orang tempatan, fesyen ikat celup kini mula mendapat perhatian sewajarnya daripada masyarakat di sini. Gerakan label tempatan di bawah nama 27 Legacy Tie & Dye (27 Legacy) membuka ruang bagi gaya retrospektif itu untuk melebarkan pengaruhnya kepada kelompok remaja.

PENGLIBATAN 27 Legacy pada festival pakaian lokal seperti Tempatan Fest baru-baru ini memberikan mereka pendedahan yang baik.


Buah fikiran Faiz Hakim Hassan, 24, salah seorang penggerak 27 Legacy akhirnya memacu jenama itu ke tahapnya sekarang. Hasil bimbingan bapanya, Hassan Ismail, lima ahli 27 Legacy secara suka-suka mencipta pakaian ikat celup untuk kegunaan sendiri. Kepintaran mereka meneroka reka bentuk ikat celup yang segar melahirkan minat awam.

"Tiba-tiba ada orang tempah 30 helai baju yang pada asalnya dibuat untuk dipakai sendiri. Bermula saat itu, permintaan semakin banyak dan kami sepakat membuka gerai di Bazar Larut Malam Cheras, Kuala Lumpur," kata Rashdan Nasaruddin, 24, membuka cerita ketika ditemui Stailo.

Langkah awal graduan-graduan jurusan Teknologi Maklumat Perniagaan dan Sains Komputer Kolej Poly-Tech Mara, Kuala Lumpur itu bermula secara rasmi pada bulan Januari lalu.

Secara serentak, 27 Legacy memperkenalkan bisnes pakaian ikat celup dalam talian. Sambutan menggalakkan jualan dalam talian mendorong mereka fokus kepada medium pemasaran itu dan menutup gerai di Cheras.

Rekaan sulung berupa baju-T di bawah nama flower power dengan cantuman lebih 10 warna menjadi dasar pengenalan 27 Legacy.

Kreativiti mereka mengeluarkan helaian berciri ikat celup pada singlet dan baju kurung memberi isyarat bahawa fesyen tersebut mampu menembusi pasaran yang lebih luas.

Jalur Gemilang

Apabila rekaan baju-T ikat celup yang dicorak menyerupai Jalur Gemilang dikeluarkan, 27 Legacy berjaya menjangkau lingkungan peminat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan usia. Penerapan nilai patriotik itu membangkitkan sentimen cintakan negara dalam diri belia menerusi madah yang moden.

"Kami hasilkan rekaan itu khusus untuk menyemai patriotisme dalam kalangan orang muda. Kalau kita tengok baju-baju atau fesyen sedia ada yang cuba mempromosikan semangat kenegaraan tidak lagi relevan dengan peredaran zaman.

"Remaja mahukan sesuatu yang segar, menarik dan sesuai dengan usia mereka. Jadi kami gunakan teknik ikat celup berpandukan warna teras Jalur Gemilang. Bulan dan bintang berbucu 14 ditambah pada rekaan tersebut sekali gus memberi imej Malaysia yang bertenaga," jelas seorang lagi ahli 27 Legacy, Mohammed Hafiiz Mohammed Yusoff.

Dikeluarkan sempena sambutan bulan kemerdekaan negara pada Ogos dan Hari Malaysia pada September lalu, Koleksi Jalur Gemilang 27 Legacy menerima permintaan di luar jangkaan. Sempurna dipakai ketika menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan negara, rekaan itu masih dibuka untuk tempahan hingga 31 Disember depan.


SELAIN rekaan yang menarik, kualiti terbaik material yang digunakan pada baju 27 Legacy menambah keyakinan pelanggan terhadap jenama tersebut.


Penghasilan

Material yang digunakan 27 Legacy juga dipilih bersesuaian dengan reka corak dan cuaca di tanah air. Fabrik kapas menjadi pilihan mereka disebabkan ketahanannya terhadap kelunturan warna.

Sekiranya anda penggemar gaya polos, baju-T satu rona dengan percikan warna ikat celup pada bahagian poket akan menepati cita rasa anda. Rekaan poket origami itu boleh dipadankan mengikut kecenderungan warna peribadi sama ada putih, hitam, merah atau kelabu.

Bercerita mengenai pembuatan pakaian mereka, kata Hafiiz, 24, setiap 100 helai baju yang diproses memakan masa tiga atau empat hari untuk siap sepenuhnya. Setiap rekaan dilakar terlebih dulu sebelum dijelmakan secara realiti.

Rekaan baharu akan dihasilkan sebanyak satu unit sahaja bagi memastikan ia benar-benar tercipta mengikut jangkaan asal dan berpotensi untuk dipasarkan.

Cuaca menjadi peranan utama kepada keseluruhan proses. Selepas kesemua baju dicelup warna mengikut paten tersendiri, ia perlu dijemur di bawah matahari. Bantuan sinar suria amat penting bagi menghasilkan efek terbakar dan pengembangan warna secara semula jadi.

Sekiranya hujan, proses penghasilan tetap dijalankan tetapi hasilnya kurang memuaskan berbanding pakaian yang dijemur di bawah terik mentari.

Langkah 27 Legacy dalam menyemarakkan fesyen jalanan tempatan dilihat kian cemerlang. Perancangan membuka sebuah studio, konsep butik dalam rumah diatur rapi dan dijangka bakal direalisasikan menjelang hujung tahun ini.

Setakat ini, selain pembelian dalam talian, item keluaran 27 Legacy juga boleh didapati di butik jenama tempatan seperti The Stone Street Store, Kuantan, Pahang; Rare Distro, Bangi; Bragamen, Uptown Puchong; Uptown Damansara, Selangor dan Brandesign Bazaar, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Nuansa pengantin Alia Bastamam

Posted:

Nuansa pengantin Alia Bastamam

Nuansa pengantin Alia Bastamam

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
(Yang menyertai delegasi Malaysia ke Forum Filem Antarabangsa Tashkent dan Minggu Kesenian Style.Uz di Tashkent, Uzbekistan)


ALIA mengekalkan rekaan klasik tetapi pada masa yang sama ringkas serta selesa dipakai.


JAUH diterbangkan ke pusat perkembangan Laluan Sutera, Tashkent, Uzbekistan oleh The Rafflesia Pearl Centre sempena Minggu Kesenian Style.Uz dan Forum Filem Antarabangsa Tashkent Golden Guepard pada 23 Oktober lalu, Koleksi Pengantin 2013 oleh pereka fesyen, Alia Bastamam berjaya mencuri perhatian.

Tanpa perlu bermain dengan perincian manik yang sarat cuma cukup sekadar tumpuan di beberapa bahagian tertentu, gaun pengantin Alia kali ini lebih memfokuskan potongan dan rekaan yang klasik.

Koleksi pengantin pertama rekaannya mengimbau kembali kegemilangan tarikan klasik daripada beberapa tempoh waktu yang dipersembahkan dengan suntikan moden.

Tidak hanya menumpukan potongan klasik semata-mata, Alia tidak meninggalkan signatur pelengkap gaya mewah dan anggun seperti racerback, wrapping, toga dan high slit.

Pesona Hollywood

Menerusi koleksi itu, Alia menterjemahkan populariti gaya busana pengantin lagenda Hollywood, Liz Taylor dalam versi moden dan lebih ringkas.

"Ciri-ciri paling penting rekaan ialah memastikan pengantin rasa selesa," ujar Alia.

Selain itu, dia turut membuat rujukan gaya sosialit New York, Minnie Cushing ketika majlis perkahwinannya bersama jurufoto terkemuka, Peter Beard sekitar tahun 1967.

Cushing ketika itu menyarung busana sutera potongan ringkas pereka tersohor, Oscar De La Renta yang bertatahkan perincian manik sebagai penambah seri pengantin.

Dalam pada itu, Alia memberikan fokus ringkas dan estetik bersih daripada imej seksi yang mempesonakan Taylor sekitar tahun 1960-an.

AURA baju pengantin rekaan Alia Bastaman memberikan nilai tambah kepada penampilan si pemakai.


Koleksi pengantin itu juga dipengaruhi pergerakan seni art deco yang popular sebelum Perang Dunia Kedua.

Contohnya, busana satin dengan perincian tampalan renda sekeliling leher dan bahu selain potongan lengan manset mengekalkan keaslian saduran idea itu.

Rekaan itu juga mencerminkan gaya bintang Hollywood terkenal sekitar tahun 1930-an antaranya Greta Garbo, Ingrid Bergman dan Katherine Hepburn.

Variasi

Menurut Alia, ciri-ciri kewanitaan merupakan tumpuannya.

"Untuk rekaan koleksi pengantin kali ini, cetusan inspirasi datang daripada pengantin yang pernah digayakan sebelum ini.

"Selepas mengetahui cita rasa, gaya serta karakter wanita tersebut, saya faham kenapa mereka kembali kepada saya," tambahnya.

Koleksi Pengantin 2013 kali ini menerapkan kepelbagaian dan pilihan.

Terdapat rekaan baju kurung menarik untuk majlis akad nikah yang dilengkapi tudung, kaftan dan busana pengantin yang sesuai untuk majlis di tepi pantai.

Bagi pengantin yang inginkan majlis konservatif lewat petang dalam variasi warna yang pelbagai, koleksi pengantin Alia pastinya menjanjikan aura luar biasa bakal raja sehari.

Senang bicara, koleksi itu moden, kemas, ringkas, elegan dan menawan.

Losyen memutih segera Vaseline

Posted:

Losyen memutih segera Vaseline

Losyen memutih segera Vaseline

Oleh NIZHA PERIASWAMY


PENGURUS Jenama Kediaman dan Penjagaan Peribadi Unilever, Ho Shu Ting (dua dari kanan) bersama model-model bergambar dengan losyen pemutih Vaselin Instant Fair pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


MEMILIKI kulit yang cerah, tona sekata dan berseri menjadi idaman setiap wanita, khususnya mereka yang berada di Asia. Ini kerana iklim di rantau ini yang panas menyulitkan peluang untuk memperoleh kulit yang diidamkan. Oleh yang demikian, kita terpaksa melayan kulit secara intensif agar ia kelihatan cantik, pada masa yang sama, kekal sihat.

Lembut, berseri dan cerah, semua sifat ini bukan sahaja berpusat pada wajah malah perhatian yang sama juga harus diberikan kepada seluruh kulit termasuk badan, kaki dan tangan. Bukankah agak pelik jika hanya wajah seseorang itu kelihatan putih melepak tetapi kaki dan tangan pula kering dan gelap? Lebih-lebih lagi jika pakaian yang dikenakan mendedahkan bahagian tangan dan kaki itu?

Mengambil kira semua faktor tersebut, jenama penjagaan kulit terkemuka, Vaseline memperkenalkan losyen baharu, Vaselin Instant Fair, yang bukan sahaja melembutkan kulit, malah memberikan pencerahan dan seri dengan segera, walau pada sekali sapuan. Berbunyi menarik dan pada masa yang sama pelik, tetapi ia dibuktikan sendiri model-model yang mendemonstrasi pemakaian losyen itu pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penyelesaian pemutihan kulit baharu Vaseline itu mempunyai dua faedah berganda, iaitu memberikan wanita pencerahan segera pada kulit dan menjadikan kulit empat kali lebih cerah.


LOSYEN terbaharu Vaseline ini dikatakan mampu memutihkan kulit dengan harga bermula daripada RM8.90.


"Kami sentiasa memperbaharui produk kami untuk memberikan penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan. Vaseline memahami keperluan wanita Malaysia yang mahukan kulit lebih cerah. Menyedari hakikat itu, losyen Vaselin Instant Fair dihasilkan untuk memberikan wanita dorongan keyakinan yang lebih dengan kulit yang cerah secara segera dan berterusan," kata Pengurus Jenama (Penjagaan Kulit) Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. (Unilever), Chong Yen Nee.

Tidak seperti penyelesaian pencerahan yang lain, losyen badan Vaseline Instant Fair diperkaya dengan teknologi pencerahan, pemantul mikro, yang berupaya memantulkan cahaya daripada permukaan kulit agar kelihatan cerah berseri.

Lebih daripada itu, elemen pencerah kulit bioaktif pula mencerahkan semula sel kulit gelap agar kulit semakin cerah dengan penggunaan berterusan.

Losyen Vaselin Instant Fair merupakan tambahan terbaharu dalam rangkaian Vaseline Healthy White sedia ada. Ia boleh didapati di pasar raya besar dan farmasi terkemuka pada harga runcit yang disarankan iaitu RM8.90 bagi 100 mililiter (m)l, RM15.90 bagi 200ml dan RM22.00 untuk 400ml.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Ceri buah pilihan rakyat Malaysia

Posted:

Ceri buah pilihan rakyat Malaysia

Ceri buah pilihan rakyat Malaysia

Oleh NIZHA PERIASWAMY

KAKITANGAN dan pelanggan MBG menunjukkan beberapa jenis buah unggul yang popular.


HASIL kaji selidik yang dijalankan oleh MBG Fruits Sdn. Bhd. (MBG), baru-baru ini mendapati ceri merupakan buah-buahan paling digemari rakyat Malaysia.

Kajian selama dua bulan yang melibatkan seramai 3,763 rakyat Malaysia itu bertujuan mengukur kefahaman mereka tentang buah-buahan biasa berbanding buah-buahan unggul iaitu buah-buahan yang kaya dengan khasiat.

Kajian itu mendapati, sebanyak 63 peratus rakyat Malaysia memakan buah-buahan setiap hari manakala bakinya menikmati buah-buahan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Selain itu, kira-kira 75 peratus responden menyedari konsep buah-buahan unggul dan kelebihannya.

Manfaat

Tujuh jenis buah unggul yang digemari oleh rakyat tempatan adalah ceri (51 peratus), manggis (48 peratus), buah naga (45 peratus), pic (39 peratus), pisang kaki (35 peratus), avokado (34 peratus) dan buah delima (31 peratus).

Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee berkata, lebih 80 peratus responden percaya buah-buahan unggul memberikan lebih banyak khasiat berbanding buah-buahan biasa.

"Ramai mengetahui manfaat buah-buahan unggul yang diakui oleh profesional kesihatan dan sesetengahnya terbukti dari segi saintifik memberi kebaikan kepada kesihatan kerana kaya dengan serat, zat galian dan antioksidan.

PENGURUS Pemasaran MBG, Thomas Lee menunjukkan ceri yang dijual syarikatnya yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelanggan.


"Dalam kajian ini, sebanyak 90 peratus memahami kelebihan antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan unggul seperti penjagaan kesihatan mental, fizikal dan kecantikan," katanya dalam satu kenyataan.

Ceri dianggap sebagai raja buah-buahan unggul disebabkan warna merah delima yang menarik, rasanya yang lazat dan kandungan antioksidan yang tinggi.

Di Malaysia, ceri dianggap sebagai buah premium kerana hanya boleh dinikmati dua kali setahun.

Ekoran itu, MBG turut mencatat pertumbuhan sebanyak 20 peratus dalam jualan ceri setiap tahun, sekali gus menunjukkan buah tersebut semakin digemari rakyat Malaysia.

Kajian itu juga menunjukkan manggis mengandungi antioksidan polifenol yang tinggi, vitamin C dan E serta karetonoid yang lebih kuat.

Ia membantu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan menguatkan daya tahan untuk menjauhkan penyakit.

"Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kulit manggis kaya dengan nutrien tumbuhan semula jadi dinamakan xanthone berpotensi untuk menangani kanser, masalah pernafasan, menguatkan sistem imum dan menjaga kesihatan usus. Kulit manggis boleh dikisar untuk diminum sebagai jus dan dijadikan sebahagian daripada diet yang sihat," kata Adnan.

Untuk maklumat lanjut tentang kaji selidik tersebut, orang ramai boleh melayari laman web www.mbg.com.my.

Jam tangan pelumba kereta drift

Posted:

Jam tangan pelumba kereta drift

Jam tangan pelumba kereta drift


DARI kiri: Kenshito, Wai Khuen dan Aasbo bergaya dengan jam tangan Casio G-Shock pada Formula Drift Malaysia 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ULANG tahun ke-30 Casio G-Shock diraikan menerusi penyertaan bersama acara lumba kereta, Formula Drift Malaysia yang diadakan pada bulan September lalu.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Marco Corporation, pengedar sah Casio G-Shock di Malaysia, Lam Wai Khuen, acara lumba kereta sememangnya efektif dalam meningkatkan pemasaran produk jam tangan mereka.

"Lumba kereta ialah satu acara yang unik, menarik dan penuh glamor. Ciri-ciri ini amat bersesuaian dengan nilai jenama Casio G-Shock," tambahnya.

Pada Formula Drift Malaysia edisi kelima yang diadakan di Speed City Kuala Lumpur lalu, Casio G-Shock berbesar hati menaja dua pelumba iaitu Kenshito Gushi dan Frederic Aasbo.

Menurut Wai Khuen, penglibatan Casio G-Shock dalam acara lumba kereta itu adalah berdasarkan pengiktirafan unggul yang diterima jenama tersebut. Kualiti, mudah diubah suai, kalis air dan keserasian terhadap gaya hidup aktif membuatkan ia sesuai dipakai golongan pelumba kereta profesional.

Jam tangan edisi terhad Casio G-Shock telah dilancarkan sempena pusingan kedua Formula Drift Siri Asia 2013. Casio G-Shock G7900A-7FDDR yang digayakan dua pelumba tersebut dijual pada harga runcit RM679.

Casio juga telah membuka butik berkonsep G-Factory yang kesembilan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Menjelang hujung tahun ini, Marco Corporation bercadang membuka tiga lagi butik dengan konsep serupa.

G-Factory menerapkan konsep pembarangan visual yang memaparkan imej tersendiri ke atas lima jenama utama Casio iaitu G-Shock, Baby-G, Edifice, Sheen, dan Protrek.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lebih 4 juta orang terjejas

Posted:

Lebih 4 juta orang terjejas

Lebih 4 juta orang terjejas

BERIBU-RIBU kediaman ranap dibadai Taufan Haiyan di bandar Tacloban semalam.- REUTERS


MANILA - Anggota-anggota penyelamat bertungkus-lumus semalam untuk membantu mangsa yang terselamat dalam taufan terkuat dan paling dahsyat pernah melanda Filipina.

Taufan Haiyan yang membadai tengah negara itu meranapkan bandar-bandar dan mencetuskan ombak tsunami setinggi lebih lima meter di pantai Pulau Leyte dan Samar.

Presiden Benigno Aquino berkata, beliau bimbang dengan laporan kematian yang mencecah 10,000 orang tetapi menambah, bilangan tersebut bukan angka rasmi.

Menurut beberapa pegawai polis dan bantuan bencana, angka korban rasmi akibat Taufan Haiyan setakat semalam berjumlah 552 orang.

"Keutamaan kami buat masa ini adalah untuk menguruskan kebajikan mangsa yang terselamat dan mereka yang cedera," kata Aquino.

Taufan Haiyan menyebabkan bekalan elektrik terputus, lapangan terbang rosak dan jalan raya tertimbus apabila ia melanda tengah dan timur Filipina sekali gus menyukarkan perjalanan pasukan penyelamat.

Huru-hara dan kes kecurian berleluasa di ibu negeri wilayah Leyte Bandar Raya Tacloban apabila penduduk memecah masuk ke dalam pusat beli-belah, pasar raya dan kedai untuk mencari makanan, ubat dan bekalan lain.

"Tacloban kini huru-hara," ujar Presiden berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap agensi pengurusan bencana negara, Reynaldo Balido memberitahu, lebih empat juta orang terjejas akibat bencana itu termasuk 800,000 penduduk yang hilang tempat tinggal.

Antara kematian yang berlaku termasuk 300 orang yang lemas di bandar Basey, dalam wilayah Samar

Selain Samar dan Leyte, kematian turut dilaporkan di wilayah Iloilo, Capiz, Cebu, Palawan, Masbate, Aklan, Surigao del Sur dan Bandar Raya Zamboanga.

Wanita Venezuela paling cantik di dunia

Posted:

Wanita Venezuela paling cantik di dunia

Wanita Venezuela paling cantik di dunia

MARIA GABRIELA ISLER menghadiahkan ciuman selepas menenangi pertandingan ratu cantik Miss Universe di Moscow, Rusia kelmarin.- AFP


CARACAS - Sebahagian besar rakyat Venezuela berdepan waktu sukar. Inflasi kini di paras tertinggi sepanjang dua dekad, gaji mengecil ekoran kemerosotan nilai mata wang manakala bekalan barangan keperluan asas seperti susu dan tisu tandas turut berkurangan.

Namun, ketika ekonomi Venezuela diambang kegawatan, negara itu masih berupaya menghasilkan jelitawan seperti Maria Gabriela Isler yang memenangi gelaran ratu cantik Miss Universe kelmarin.

Ia merupakan mahkota Miss Universe ketiga untuk negara Amerika Selatan itu dalam tempoh enam tahun.

Beberapa minit selepas kemenangan Isler dalam acara yang berlangsung di Moscow itu, Presiden Nicolas Maduro menghantar ucapan tahniah beliau di laman Twitter.

"Kecemerlangan Isler sekali gus kejayaan buat negara," katanya.

Kebanggaan tersebut turut dikongsi pihak pembangkang.

"Tidak syak lagi bahawa wanita Venezuela adalah yang paling cantik di dunia," kata seorang anggota parti pembangkang berusia 68 tahun, Marco Sando- val.

Dilahirkan di bandar raya Valencia, Isler, 25, bertugas sebagai pembaca berita untuk saluran televisyen tempatan, Venevision.

Saluran tersebut memiliki hak penyiaran pertandi- ngan ratu cantik Miss Venezuela yang merupakan acara paling popular di negara itu.

Wanita tinggi lampai berambut hitam itu mengetepi- kan finalis dari Sepanyol, Ecuador dan Filipina untuk memenangi pertandingan Miss Universe ke-61.

Venezuela memenangi lebih banyak pertandingan ratu cantik antarabangsa berbanding negara lain di dunia termasuk tujuh gelaran Miss Universe.

Ratu-ratu cantik Venezuela merupakan antara eksport terbesar negara itu seperti juga bintang besbol dan minyak. - AP

Lelaki berjalan guna kasut seberat 405kg

Posted:

Lelaki berjalan guna kasut seberat 405kg

Lelaki berjalan guna kasut seberat 405kg

KASUT besi itu pada awalnya seberat 70kg dan kini telah mencecah 405kg.- YouTube


SHIJIAZHUANG - Seorang lelaki di sini, dalam wilayah Hebei, utara China berhasrat untuk menempah nama dalam buku Guinness of World Records kerana aksinya berjalan kaki dengan memakai sepasang kasut besi seberat 405 kilogram (kg), lapor agensi berita Xinhua baru-baru ini.

Zhang Fuxing, 51, yang merupakan seorang penduduk di daerah Fengnan berlatih bersenam pada setiap hari dengan menggunakan kasut besi berkenaan.

Kasut tersebut mempunyai berat lebih tujuh kali ganda daripada badannya sendiri.

Setiap kasut tersebut berukuran 30 sentimeter (sm) panjang dengan lebar 20sm lebar manakala tapaknya diperbuat dari ketulan besi kimpal setinggi 40sm.

Lapor Xinhua, Fuxing meluangkan masa selama 20 minit setiap pagi untuk berjalan menggunakan kasut besi berkenaan pada jarak purata sejauh beberapa belas meter.

Kata Zhang, dia meletakkan kasut tersebut di luar rumahnya tanpa rasa bimbang akan dicuri.

"Kasut itu terlalu berat, kerana itu saya tidak berasa bimbang ia akan dicuri," katanya lagi.

Pekerja kilang itu pada awalnya telah bersenam dengan menggunakan kasut besi rekaannya sendiri yang mempunyai berat 70kg sejak tujuh tahun lalu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Barcelona kehilangan khidmat Messi

Posted:

Barcelona kehilangan khidmat Messi

Barcelona kehilangan khidmat Messi

11/11/2013 10:27pm

BARCELONA - Bintang bolasepak terkemuka, Lionel Messi bakal diketepikan daripada beraksi sehingga penghujung tahun ini setelah mengalami kecederaan kaki pada perlawanan menentang Real Betis baru-baru ini.

Penyerang kebangsaan Argentina itu mengalami kecederaan pada kaki kiri ketika bermain dalam perlawanan yang memihak kepada pasukan Catalan dengan jaringan 4-1 pada Ahad lalu.

Kelab Sepanyol itu dijangka kehilangan khidmat pemain terbaik dunia sebanyak empat kali itu sehingga lapan perlawanan termasuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Ajax Armsterdam dan Celtic.

Pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan 14 gol dalam 16 perlawanan, sering mengalami kecederaan sejak penghujung musim lalu. - AP

Kembar Siam berusia dua tahun meninggal dunia

Posted:

Kembar Siam berusia dua tahun meninggal dunia

Kembar Siam berusia dua tahun meninggal dunia

11/11/2013 10:23pm

KEMAMAN - Selepas lebih dua tahun berkongsi jantung dan hati, kembar Siam pertama Terengganu yang mendapat liputan meluas media sebelum ini, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kemaman hari ini.

Nur Shazwanie Zulkifli dan Nur Shazrinie yang bercantum pada bahagian dada, berusia dua tahun dua bulan meninggal dunia di pangkuan ibu mereka pada pukul 10.10 pagi selepas mengalami komplikasi jantung.

Noraini Mohamad, 33, berkata, kedua-dua anaknya itu dimasukkan ke wad empat hari lepas selepas diserang demam dan batuk serta sejak dimasukkan ke dalam wad mereka kelihatan lesu.

"Pagi ini mereka dilihat kembali cergas, sihat dan aktif dan sempat meminta susu, tapi kira-kira pukul 9 pagi degupan jantung mereka makin perlahan dengan muka dan tangan bertukar kebiru-biruan.

"Melihat keadaan kembar itu semakin kritikal saya dan suami berserah kepada Allah sebelum kedua-dua dengupan jantung anak tidak lagi berdengup selain mata mereka terpejam rapat seperti tidur," katanya ketika ditemui pemberita di sini. - Bernama

Nur Suryani bidik emas kelima pada SEASA

Posted:

Nur Suryani bidik emas kelima pada SEASA

Nur Suryani bidik emas kelima pada SEASA

11/11/2013 8:17pm

PETALING JAYA - Penembak wanita negara, Nur Suryani Mohd Taibi terus mempamerkan bidikan bertenaga apabila meraih pingat emas dalam acara 50m Rifle tiga posisi pada Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) ke-37 di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang di sini.

Pencapaian tersebut adalah pingat emas kelima buat penembak elit negara itu pada kejohanan berkenaan, sekali gus menjadi 'tonik' terbaik kepada Nur Suryani bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada bulan depan.

Dalam saingan hari ini, penembak berusia 31 tahun itu mencatat 447.4 mata untuk mengenepikan cabaran penembak Vietnam, Nguyen Thi Xuan yang mengutip 441.1 mata, manakala pingat gangsa milik Teresa Acuna Amparo dari Filipina dengan 420.1 mata.

Sebelum ini, penembak berasal dari Perak itu meraih empat pingat emas pada kejohanan itu dalam acara 10m Air Rifle individu dan berpasukan wanita serta 50m Rifle Prone individu dan berpasukan wanita.

Nur Suryani berkata, dia amat berpuas hati dengan pencapaiannya pada kejohanan itu, kejohanan bertaraf antarabangsa pertama disertainya selepas berehat hampir setahun setelah melahirkan cahaya mata pertama pada September tahun lepas.

Tambah Nur Suryani bahawa dia akan menjadikan Sukan SEA di Myanmar sebagai pentas bagi memantapkan prestasinya untuk berdepan temasya lebih besar tahun depan iaitu Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

Kejohanan terakhir yang disertai Nur Suryani adalah Sukan Olimpik London 2012, namun beliau yang ketika itu sarat mengandung, gagal meraih pingat dan hanya sekadar menduduki tangga ke-34 daripada 56 pesaing pada pusingan awal.

- Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved