Isnin, 11 November 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Ceri buah pilihan rakyat Malaysia

Posted:

Ceri buah pilihan rakyat Malaysia

Ceri buah pilihan rakyat Malaysia

Oleh NIZHA PERIASWAMY

KAKITANGAN dan pelanggan MBG menunjukkan beberapa jenis buah unggul yang popular.


HASIL kaji selidik yang dijalankan oleh MBG Fruits Sdn. Bhd. (MBG), baru-baru ini mendapati ceri merupakan buah-buahan paling digemari rakyat Malaysia.

Kajian selama dua bulan yang melibatkan seramai 3,763 rakyat Malaysia itu bertujuan mengukur kefahaman mereka tentang buah-buahan biasa berbanding buah-buahan unggul iaitu buah-buahan yang kaya dengan khasiat.

Kajian itu mendapati, sebanyak 63 peratus rakyat Malaysia memakan buah-buahan setiap hari manakala bakinya menikmati buah-buahan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Selain itu, kira-kira 75 peratus responden menyedari konsep buah-buahan unggul dan kelebihannya.

Manfaat

Tujuh jenis buah unggul yang digemari oleh rakyat tempatan adalah ceri (51 peratus), manggis (48 peratus), buah naga (45 peratus), pic (39 peratus), pisang kaki (35 peratus), avokado (34 peratus) dan buah delima (31 peratus).

Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee berkata, lebih 80 peratus responden percaya buah-buahan unggul memberikan lebih banyak khasiat berbanding buah-buahan biasa.

"Ramai mengetahui manfaat buah-buahan unggul yang diakui oleh profesional kesihatan dan sesetengahnya terbukti dari segi saintifik memberi kebaikan kepada kesihatan kerana kaya dengan serat, zat galian dan antioksidan.

PENGURUS Pemasaran MBG, Thomas Lee menunjukkan ceri yang dijual syarikatnya yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelanggan.


"Dalam kajian ini, sebanyak 90 peratus memahami kelebihan antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan unggul seperti penjagaan kesihatan mental, fizikal dan kecantikan," katanya dalam satu kenyataan.

Ceri dianggap sebagai raja buah-buahan unggul disebabkan warna merah delima yang menarik, rasanya yang lazat dan kandungan antioksidan yang tinggi.

Di Malaysia, ceri dianggap sebagai buah premium kerana hanya boleh dinikmati dua kali setahun.

Ekoran itu, MBG turut mencatat pertumbuhan sebanyak 20 peratus dalam jualan ceri setiap tahun, sekali gus menunjukkan buah tersebut semakin digemari rakyat Malaysia.

Kajian itu juga menunjukkan manggis mengandungi antioksidan polifenol yang tinggi, vitamin C dan E serta karetonoid yang lebih kuat.

Ia membantu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan menguatkan daya tahan untuk menjauhkan penyakit.

"Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kulit manggis kaya dengan nutrien tumbuhan semula jadi dinamakan xanthone berpotensi untuk menangani kanser, masalah pernafasan, menguatkan sistem imum dan menjaga kesihatan usus. Kulit manggis boleh dikisar untuk diminum sebagai jus dan dijadikan sebahagian daripada diet yang sihat," kata Adnan.

Untuk maklumat lanjut tentang kaji selidik tersebut, orang ramai boleh melayari laman web www.mbg.com.my.

Jam tangan pelumba kereta drift

Posted:

Jam tangan pelumba kereta drift

Jam tangan pelumba kereta drift


DARI kiri: Kenshito, Wai Khuen dan Aasbo bergaya dengan jam tangan Casio G-Shock pada Formula Drift Malaysia 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ULANG tahun ke-30 Casio G-Shock diraikan menerusi penyertaan bersama acara lumba kereta, Formula Drift Malaysia yang diadakan pada bulan September lalu.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Marco Corporation, pengedar sah Casio G-Shock di Malaysia, Lam Wai Khuen, acara lumba kereta sememangnya efektif dalam meningkatkan pemasaran produk jam tangan mereka.

"Lumba kereta ialah satu acara yang unik, menarik dan penuh glamor. Ciri-ciri ini amat bersesuaian dengan nilai jenama Casio G-Shock," tambahnya.

Pada Formula Drift Malaysia edisi kelima yang diadakan di Speed City Kuala Lumpur lalu, Casio G-Shock berbesar hati menaja dua pelumba iaitu Kenshito Gushi dan Frederic Aasbo.

Menurut Wai Khuen, penglibatan Casio G-Shock dalam acara lumba kereta itu adalah berdasarkan pengiktirafan unggul yang diterima jenama tersebut. Kualiti, mudah diubah suai, kalis air dan keserasian terhadap gaya hidup aktif membuatkan ia sesuai dipakai golongan pelumba kereta profesional.

Jam tangan edisi terhad Casio G-Shock telah dilancarkan sempena pusingan kedua Formula Drift Siri Asia 2013. Casio G-Shock G7900A-7FDDR yang digayakan dua pelumba tersebut dijual pada harga runcit RM679.

Casio juga telah membuka butik berkonsep G-Factory yang kesembilan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Menjelang hujung tahun ini, Marco Corporation bercadang membuka tiga lagi butik dengan konsep serupa.

G-Factory menerapkan konsep pembarangan visual yang memaparkan imej tersendiri ke atas lima jenama utama Casio iaitu G-Shock, Baby-G, Edifice, Sheen, dan Protrek.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved