Sabtu, 9 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


200 CCTV pantau kilang emas

Posted:

200 CCTV pantau kilang emas

200 CCTV pantau kilang emas

PENERBANGAN dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang mengambil masa selama 40 minit bagaikan tidak terasa. Ia mungkin disebabkan perasaan teruja untuk melawat sebuah kilang emas iaitu peluang yang jarang diperoleh.

Di dalam hati sudah membayangkan si tukang emas mengerjakan jongkong emas hingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Apatah lagi barang kemas itu mahal harganya sekarang.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, penulis dijemput pengasas kilang dan peruncit emas Hana Gold, Datuk Hairulazwan Tamam. Hana Gold ialah sempena nama anak sulung beliau iaitu Humairah.

"Sebenarnya saya berasal dari Ampang, Selangor. Ayah saya hanya seorang pemandu teksi manakala ibu suri rumah sepenuh masa," Hairulazwan membuka cerita ketika kereta yang dipandunya bergerak perlahan menuju ke tempat penginapan penulis di ibu negeri Pulau Mutiara itu.

"Sejak berumur lima tahun lagi saya berniaga makanan secara kecil-kecilan selain mengambil upah mencuci pinggan di kantin sekolah," sambung Hairulazwan.

Pendidikan lelaki ini pernah terhenti pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum beliau menyambung pengajian dalam bidang perniagaan di sebuah universiti di Australia beberapa tahun kemudian.

Melawat kilang Hana Gold di Jalan Sungai Pinang, George Town memberikan pengalaman yang berbeza. Seperti yang dikatakan tadi, bukan semua orang dapat memasuki tempat yang amat bernilai ini.

Kamera tersembunyi

Modal untuk membuka kilang itu sahaja sekitar RM5 juta, dan pasti ia didatangkan sekali dengan ciri-ciri keselamatan tahap tertinggi.

Hairulazwan memberitahu, aspek keselamatan itu meliputi faktor logistik, sistem dan pengurusan yang efektif.


EMAS akan dileburkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas acuan di kilang Hana Gold di Pulau Pinang.


"Seperti kebanyakan kilang lain, pelawat dan pekerja perlu mengambil pas lawatan di bilik pengawal. Kemudian, mereka akan melalui beberapa pintu pagar besi yang terbuka secara automatik.

"Di sini, terdapat 200 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang bagi memantau pergerakan pekerja dan keadaan di sekeliling bangunan

"CCTV pula ada yang boleh dilihat dengan mata kasar selain ada yang tersembunyi tanpa disedari pekerja. Kamera ini aktif 24 jam," tegas beliau.

Kilang itu terletak berdekatan dengan lapangan terbang, balai polis serta beberapa buah kilang emas yang lain.

Boleh dikatakan tiada gambar yang boleh dirakam di premis ini khususnya gambar pekerja dan keseluruhan bangunan kilang dua tingkat itu.

Pekerja Hana Gold pula dikehendaki mematuhi peraturan yang agak ketat.

"Contohnya, jika pihak syarikat memberikan 200 gram emas mentah untuk diproses, barang kemas yang terhasil juga mestilah dalam lingkungan berat yang telah ditetapkan.

"Dengan kata lain, pekerja kilang emas tidak akan dapat membawa keluar walaupun 1 gram emas," ujarnya sambil memberitahu, kebanyakan pekerja syarikat itu mempunyai pertalian kekeluargaan antara satu sama lain.

Teruja menceritakan proses penghasilan barang kemas, Hairulazwan berkata, kandungannya perlu 91.6 dan 99.0 peratus emas.

"Itu standard yang ditetapkan mengikut piawaian dunia," katanya.

Harga semasa emas 999 (24K) ialah RM156.71 bagi 100 gram manakala emas 916 (22K) RM143.90 bagi 100 gram.

Pelakon terkenal Hollywood, Nicole Kidman pernah memakai rantai leher antara yang termahal di dunia iaitu bernilai RM4 juta. Rantai emas yang disaluti berlian 2.5 karat itu dipakai semasa dia berlakon filem Moulin Rouge pada tahun 2001.

Menurut Hairulazwan, rekaan setiap barang kemas dibuat menggunakan aplikasi komputer.

"Kemudian, pekerja kilang akan melebur kepingan-kepingan kecil emas seberat 5 kilogram (kg) menggunakan mesin khas pada suhu sekitar 1000 darjah Celcius.

"Selesai tahap itu, emas yang dilebur akan dimasukkan ke dalam bekas acuan berbentuk batang dan jongkong sebelum disejukkan menggunakan air sabun dan air paip dalam tempoh kurang seminit.

Pembelian pukal

"Kemudian, batang dan jongkong tadi dipotong dan dibentuk oleh pekerja menggunakan mesin mengikut rekaan yang diminta pelanggan," katanya.

Kaedah lain untuk menghasilkan barang kemas ialah menggunakan replika pokok yang diperbuat daripada lilin dan tanah liat. Pokok itu kelihatan seperti bunga emas yang dijadikan ufti semasa zaman raja-raja Melayu dahulukala.


MEMILIKI aksesori emas seperti gelang, rantai dan cincin sememangnya menjadi idaman setiap wanita.


"Daun-daun pokok itu akan dibuat katalah dalam bentuk cincin. Biasanya ada kira-kira 100 helai bunga cincin pada sebatang pokok. Selepas itu, bunga-bunga cincin tadi disadurkan dengan emas. Setelah cincin emas terbentuk, proses seterusnya ialah menyingkirkan lilin dan tanah liat menggunakan mesin khas.

"Ini bagi memastikan emas, tembaga dan platinum sahaja yang menjadi bahan asas barang kemas berkenaan.

"Selepas dikeringkan, cincin itu selalunya akan terus berkilau," katanya.

Menurut Hairulazwan, tiada tempoh tertentu untuk seorang tukang emas mahir menghasilkan aksesori emas kerana kebanyakan proses tersebut menggunakan peralatan moden.

Tambahnya, seramai 60 pekerjanya mendapat ilmu daripada tukang emas terdahulu.

Hairulazwan juga sempat berkongsi kisahnya menghasilkan gelang dan rantai sendiri untuk diberikan kepada isterinya pada ulang tahun kelahiran wanita itu.

"Siapa tak sayangkan isteri, hadiah itu agak kecil berbanding pengorbanannya," ujarnya berfalsafah.

Difahamkan, Hana Gold menjual barangan kemas tersebut di 14 cawangan kedai emasnya mengikut harga semasa. Apa yang menarik, ia tidak mengenakan kos upah seperti yang diamalkan kebanyakan pengusaha kedai emas lain.

Menurut Pengarah Pemasaran Hana Gold, Nadia Yahaya, pihaknya tidak mengenakan caj upah memandang setiap kali membeli emas mentah, mereka membelinya sehingga 100 kilogram secara pukal dari pasaran dunia semasa harganya agak kompetitif.

"Jadi kos tersebut dapat diserap tanpa perlu caj tambahan ke atas pembeli," katanya.

Bagi pemilik Hana Gold cawangan Putrajaya, Dayangku Ramlah Awang Win, 38, berniaga emas banyak kelebihannya.

"Wanita sememangnya menggemari emas. Tambahan pula, barangan kemas rekaan Hana Gold boleh dikatakan cantik-cantik tetapi berharga lebih murah. Jadi inilah masa yang sesuai untuk wanita di luar sana membeli barang kemas sama ada untuk dipakai atau dijadikan pelaburan," katanya.

Harapkan jaga, jaga rompak tuan

Posted:

Harapkan jaga, jaga rompak tuan

Harapkan jaga, jaga rompak tuan

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my


PENGAWAL keselamatan perlu mempunyai lesen senjata api bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kawalan bersenjata.


IRWAN Kamarudin, 37, tidak menyangka perbualan menerusi telefon bimbit bersama isterinya, Norazita Abu Talib pada pukul 5.15 petang, 23 Oktober lalu bakal menjadi kenangan terakhir mereka.

Apa tidaknya, kira-kira sejam selepas membuat panggilan, Norazita yang bekerja sebagai pegawai operasi di sebuah bank mati dalam keadaan menyayat hati selepas ditembak oleh pengawal keselamatan di premis itu.

Lebih memilukan, ibu kepada dua orang anak itu ditemui berlumuran darah dalam keadaan terbaring dengan separuh daripada kiri wajah dan kepalanya pecah akibat ditembak dari jarak dekat dengan senjata api jenis pump gun.

"Lemah kaki dan menggigil badan saya apabila mengetahui wanita yang mati ditembak di dalam bank tersebut ialah isteri saya," kata Irwan.

Kejadian yang berlaku di Subang Jaya, Selangor itu tercetus ketika mangsa bersama empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan untuk melakukan rompakan.

Hasil siasatan polis mendapati suspek yang berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 daripada bank tersebut menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Ardi Hamza dan dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Belum pun selesai kes itu, negara sekali lagi digemparkan dengan jenayah rompakan melibatkan seorang lagi pengawal keselamatan kali ini di sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu.

Pengawal keselamatan kedai emas terbabit bertindak mengacukan pistol kepada pengurus kedai dan enam pekerja lain sebelum melarikan satu dulang barang kemas yang disusun di dalam cermin pameran premis itu.

Suspek yang dikenali sebagai Hikman Jacob itu juga berkemungkinan warga Filipina yang menyamar sebagai rakyat Malaysia dan menggunakan kad pengenalan palsu.


RAKYAT asing hanya dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan tanpa bersenjata di negara ini. - Gambar hiasan


Warga asing

Menurut Presiden Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib, hampir 30,000 pengawal keselamatan yang digaji oleh pemilik premis di sekitar Lembah Klang adalah pekerja tidak berdaftar.

Katanya, sebahagian daripada pekerja tidak sah itu merupakan pendatang haram dari negara Bangladesh, Nepal, India, Sri Lanka, Vietnam dan Myanmar.

"Pemilik premis gemar menggaji warga asing kerana gaji yang perlu dibayar lebih murah malah majikan tidak perlu membayar caj lain termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja," katanya.

Majikan juga seolah-olah tidak ambil peduli apabila memberi kepercayaan kepada jaga warga asing untuk menjadi pengawal bersenjata sedangkan tugas itu hanya boleh dijawat oleh pengawal tempatan.

Justeru, syarikat kawalan keselamatan perlu membuat semakan latar belakang calon pekerja secara teliti dan terperinci semasa proses pengambilan pekerja dilakukan.

"Mengikut Akta Agensi Persendirian 1971, seorang pengawal perlu terlebih dulu melepasi tapisan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Dia (pengawal) harus sihat tubuh badan, waras, bebas daripada rekod jenayah lampau dan tidak menagih dadah sebelum diambil bekerja," tegas Presiden Persatuan Keselamatan Profesional Asia (APSA), Datuk Seri Mustapa Ali.


SEBAHAGIAN daripada pengawal keselamatan warga asing yang ditahan dalam Operasi Khas Pengawal Keselamatan pada 7 November lalu.


Senjata api

Bertutur lanjut, Mustapa memberitahu, pengawal juga perlu mempunyai lesen senjata api dan lesen membawa serta menggunakan senjata api bagi membolehkannya menjalankan aktiviti kawalan bersenjata.

"Mereka juga perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan dalam pengendalian senjata api seperti yang telah ditetapkan dalam Peraturan Tetap Operasi (PTO) yang dikeluarkan KDN bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor, memberitahu, senjata api yang digunakan untuk menjaga keselamatan premis mesti didaftarkan di balai-balai polis setiap daerah.

Katanya, lesen senjata api hendaklah diperbaharui setiap tahun mengikut tarikh yang ditetapkan.

"Lesen itu juga perlu didaftar semula di balai-balai polis di kawasan senjata itu digunakan.

"Menerusi cara ini, pihak polis dapat memantau penggunaan senjata api tersebut," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Masih elok selepas 40 tahun

Posted:

Masih elok selepas 40 tahun

Masih elok selepas 40 tahun

Oleh MOHAMED SAARI
berita@kosmo.com.my

SANAK-SAUDARA terus mengunjungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Segamat semalam.


SEGAMAT – Allahyarham Mohd. Said Ahmad yang jenazahnya masih sempurna selepas kuburnya digali kelmarin bukan sahaja seorang yang warak semasa hayatnya malah tidak pernah lekang membaca al-Quran jika ada masa terluang.

Anak Allahyarham, Jaafar Mohd Said, 78, berkata, sepanjang hayatnya, dia mendapati ayahnya yang sangat penyabar itu tidak pernah marah walaupun dia merupakan penghulu Mukim Gemereh.

Malah kata beliau, ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 1970-an ketika berusia 78 tahun, suka menolong orang yang dalam kesusahan.

Menurutnya, sifat tersebut diwarisi oleh abangnya, Yusuf yang kemudiannya mengambil alih jawatan Penghulu Mukim Gemereh daripada bapa mereka.

Yusuf kemudian meninggal dunia ketika berusia 63 tahun, tujuh tahun lalu.

"Apa yang boleh saya perkatakan ialah kedua-dua waris saya ini semasa hayatnya memanglah warak dan taat kepada ajaran agama.

"Mereka selalu membaca al-Quran setiap kali ada masa terluang," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Khairy menang anugerah Shout! Awards

Posted:

Khairy menang anugerah Shout! Awards

Khairy menang anugerah Shout! Awards


Khairy


KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencuri tumpuan apabila buat pertama kalinya berjaya memenangi anugerah pada majlis Shout! Awards bagi kategori Wired Celebrity yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam tadi.

Kategori Wired Celebrity diberikan kepada pesonaliti yang aktif dan mampu memberi pengaruh kepada pengikutnya melalui pelbagai media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Khairy yang tidak menyangka kemenangan itu meluahkan rasa syukur buat peminat yang mengundinya menerusi laman rasmi Shout! Awards tahun ini.

"Sejujurnya saya tidak menyangka memenangi kategori ini memandangkan ini merupakan pencalonan pertama saya. Terima kasih atas sokongan dan undian penyokong," ujarnya yang ditemui di belakang pentas Shout! Awards.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Insiden culik bayi 19 jam berakhir

Posted:

Insiden culik bayi 19 jam berakhir

Insiden culik bayi 19 jam berakhir

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my


SARAH mendukung Freddie selepas bayi itu ditemui semula di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Episod sedih seorang guru wanita warga Britain kehilangan anak tunggalnya berusia 20 bulan yang dilarikan dua individu di Bangsar di sini kelmarin berakhir apabila bayi lelaki itu ditemui semalam.

Freddie Joseph, anak hasil perkongsian Sarah Joseph, 38, dan bekas suaminya, seorang warga Filipina dijumpai di Taman Tasik Titiwangsa di sini pada pukul 1.20 petang, kira-kira 19 jam selepas dia diculik.

Jarak antara lokasi mangsa dilarikan dan tasik itu kira-kira 11 kilometer.

Ketika ditemui, seorang pesara kerajaan, Hamid Md. Isa melihat bayi tersebut yang memakai baju hijau dan seluar putih berjalan seorang diri dalam keadaan lemah dan kelaparan.

Lelaki berusia 57 tahun itu kemudian menghubungi polis sebelum mangsa dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh mangsa dan dia dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

"Ekoran itu, polis mengesan satu pasangan berusia lingkungan 30-an yang terlibat dalam kes penculikan tersebut.

"Berdasarkan soal siasat, ibu bayi itu mendakwa dia tidak mengenali lelaki yang melarikan anaknya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Detik bersejarah

Posted:

Detik bersejarah

Detik bersejarah

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

PARA pemain skuad hoki wanita negara meraikan kejayaan mereka meraih pingat gangsa selepas menewaskan China 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia di Kakamigahara, Jepun semalam.


SKUAD hoki wanita negara mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2013 di Kakamigahara, Jepun semalam.

Tambah manis, kejayaan menjulang pingat gangsa buat kali pertama itu dilakukan The Blue Tigress dengan menumbangkan pasukan gergasi, China dengan jaringan 3-1.

Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa itu, pasukan kendalian jurulatih, Nasihin Nubli Ibrahim telah melakukan kebangkitan selepas terlebih dulu ketinggalan 0-1 kepada China menerusi jaringan Zhao Xia pada minit ke-25.

Penyerang negara, Rabiatul Adawiyah mempamer ketangkasannya apabila berjaya menghasilkan gol penyamaan buat skuad negara tiga minit selepas itu menerusi jaringan gol padang, menjadikan perlawanan babak pertama perlawanan berkesudahan 1-1.

Bersambung selepas rehat, Rabiatul sekali lagi muncul wira apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk Malaysia mendahului 2-1.

Tiga minit sebelum perlawanan tamat, Noor Hasliza Ali menceriakan kem negara apabila dia juga berjaya melakukan pukulan padu menerusi pukulan sudut penalti untuk membolehkan Malaysia menang 3-1 sekali gus merangkul pingat gangsa.

Nasihin berkata, kemenangan tersebut merupakan sejarah buat pasukan hoki wanita negara yang menduduki ranking ke-22 dunia berbanding China yang menduduki rangking ketujuh.

"Saya sangat gembira dengan kejayaan ini dan selepas menyaksikan kemenangan itu saya bagaikan berada di alam lain dan hilang kata-kata.

"Mereka (pemain) mempamerkan semangat juang sangat tinggi terutama dalam aksi tempat ketiga/keempat itu dan ribuan tahniah kepada para pemain atas komitmen sepanjang kejohanan ini," kata Nasihin kepada Kosmo! Ahad semalam.

Pencapaian terbaik skuad hoki wanita negara sebelum ini adalah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1982 di New Delhi, India.

Selepas itu, pada Piala Asia 1985 di Korea Selatan, pasukan negara juga memenangi pingat yang sama dan itu adalah kejayaan terakhir pada peringkat tertinggi.

Malaysia pertama kali bertanding dalam Trofi Juara-Juara Asia ini berikutan Korea Selatan menarik diri pada saat-saat akhir.

Ke mana haluan Amirulhadi?

Posted:

Ke mana haluan Amirulhadi?

Ke mana haluan Amirulhadi?

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


MOHD. AMIRULHADI antara pemain yang mendapat perhatian Johor DT.


KEDUDUKAN bekas pemain kebangsaan, Mohd. Amirulhadi Zainal terus menjadi tanda tanya.

Meskipun terdapat laporan Mohd. Amirul telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama Pahang, namun menurut Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), pemain kelahiran Melaka itu masih berhasrat untuk beraksi bersama Johor Darul Takzim (Johor DT) musim hadapan.

Jelas Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Mohd. Amirulhadi mendakwa dia masih belum menandatangani mana-mana kontrak lanjutan bersama Pahang.

"Saya tidak tahu apa status Mohd. Amirul ketika ini. Pahang mendakwa Mohd. Amirulhadi sudah menandatangani kontrak lanjutan bersama mereka namun (Amirul) memberitahu saya dia masih belum tandatangan mana-mana kontrak.

"Setahu saya, dia dan keluarganya memang berhasrat untuk datang ke Johor," kata Tunku Ismail pada sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah meminta PBNJ melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Mohd. Amirulhadi kerana pemain tengah terbabit telah menandatangani kontrak lanjutan bersama skuad Tok Gajah, dua bulan lepas.

Begitupun menurut Tunku Ismail, dia akan tetap hormati apa juga keputusan Mohd. Amirulhadi sama ada ingin menyertai Johor DT atau mahu terus bersama Pahang.

"Kalau sudah sah kekal bersama Pahang, saya hormati keputusan dia dan saya ucapkan selamat berjaya untuk dia dan pasukan Pahang," katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail mendedahkan, pasukan Liga Premier Johor akan mula dikenali sebagai pasukan Johor Darul Takzim II (Johor DT II) bermula musim hadapan.

"Kita ada dua pasukan di bawah naungan PBNJ iaitu Johor DT dan Johor DT II. Kami telah menyerahkan permohonan ini kepada Suruhanjaya Sukan.

"Pasukan Johor DT II merupakan pasukan sokongan buat pasukan utama dan ia terdiri daripada majoriti pemain-pemain muda," katanya.

Jelas Tunku Ismail, tugas jurulatih Johor DT II untuk musim hadapan akan kembali digalas Azmi Mohamed.

Azraai bawa haluan ke Pantai Timur

Posted:

Azraai bawa haluan ke Pantai Timur

Azraai bawa haluan ke Pantai Timur

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

T-TEAM bakal mendapat sentuhan MOhd. Azraai Khor Abdullah (gambar) bagi menghadapi saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) musim depan.

Bekas jurulatih Perak dilaporkan hampir pasti untuk menandatangani kontrak dengan pasukan kelab dari Terengganu itu.

Perkhabaran itu disahkan oleh Azraai semalam bahawa dia sudah dihubungi pihak pengurusan T-Team berkenaan tawaran untuk menjadi jurulatih pasukan berstatus kelab dari Pantai Timur itu.

Sehingga kini, rundingan di antara The Titans dengan Azraai masih pada peringkat lisan namun jurulatih berusia 61 tahun itu mengakui bahawa dia berkemungkinan besar akan melatih skuad tersebut musim depan.

Apa yang pasti, perkhabaran itu jelas menggembirakan penyokong-penyokong T-Team yang yakin dengan kemampuan Azraai untuk membina reputasi pasukan kesayangan mereka dalam kancah Liga Super musim depan.

"Benar, memang ada perbincangan antara saya dengan T-Team. Secara lisan, saya sudah bersetuju tetapi masih belum ada 'hitam-putih' (menandatangani kontrak) dengan mereka.

"Rundingan itu masih belum mencapai kata sepakat sepenuhnya tetapi saya nampak perkara positif akan berlaku dan hanya menunggu masa untuk menandatangani kontrak.

"T-Team adalah pasukan pertama yang menghubungi saya selepas saya melepaskan jawatan bersama Perak. Mereka nyata serius mahukan khidmat saya.

"Buat masa ini, rundingan saya masih berjalan lancar dan apa yang boleh saya katakan, saya memang minat T-Team," jelas Azraai ketika dihubungi Kosmo! Ahad, semalam.

Azraai antara jurulatih berwibawa Liga M yang tidak asing di mata peminat-peminat bola sepak tempatan.

Antara kejayaan paling membanggakan buat bekas pengendali Harimau Muda A itu ialah ketika membantu Kedah menjulang gelaran 'double treble' pada musim 2006/2007 dan 2007/2008.

Selain itu, beliau turut berjaya membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2011.

Dalam perkembangan sama, Azraai mengakui beliau tidak tertekan dengan jangkaan tinggi daripada pihak pengurusan mahu pun peminat yang menagih kejayaan pasukan selaras dengan kredibiliti yang ada padanya.

Jelasnya, beliau akan berusaha untuk terus mengilap bakat-bakat muda tempatan selain berazam untuk bersaing dengan pasukan-pasukan Liga Super pada musim depan.

"Saya tidak tertekan. Itu adalah perkara biasa dalam dunia bola sepak.

"Apa yang boleh saya katakan, saya akan mencuba yang terbaik untuk membantu T-Team jika dilantik sebagai jurulatih baharu nanti.

"Paling penting, saya mahu menyaksikan kombinasi pemain muda dan senior dalam usaha memantapkan pasukan ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kerajaan tidak teragak-agak tutup taska dera kanak-kanak

Posted:

Kerajaan tidak teragak-agak tutup taska dera kanak-kanak

Kerajaan tidak teragak-agak tutup taska dera kanak-kanak

09/11/2013 8:41pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan teragak-agak menutup taska yang didapati mendera kanak-kanak jagaan mereka, kata Menteri Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, keselamatan kanak-kanak di pusat asuhan amat penting bagi mengurangkan kebimbangan ibu bapa, terutama mereka yang bekerja sepenuh masa.

"Bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin, ibu bapa disaran

menghantar anak mereka ke taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya pada sidang media selepas melancarkan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2013 di KL Sentral hari ini.

Rohani diminta mengulas tindakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

menutup taska di Taman Melati berikutan perbuatan kejam pengasuh pusat berkenaan mendera beberapa kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata buat masa ini, kementerian menjalankan proses pemutihan yang dikenali sebagai 'pendayaupayaan taska' bagi mengesan dan memastikan taska yang belum mendaftar, didaftar di bawah JKM. - Bernama

Posmen parah ditetak dua orang lelaki

Posted:

Posmen parah ditetak dua orang lelaki

Posmen parah ditetak dua orang lelaki

09/11/2013 7:56pm

KOTA BHARU - Seorang peniaga kantin mengalami detik cemas apabila menyaksikan suaminya putus tangan kanan dan cedera parah akibat ditetak dua lelaki bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Kubang Kerian di sini awal pagi ini

Kejadian yang berlaku pukul 1.17 pagi itu disedari Nurul Diana Md. Noor, 27, apabila mendengar jeritan suaminya, Mohd. Al-Hafiz Mustapha, 29 yang berada di luar rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, mangsa yang bekerja sebagai posmen itu ditetak di tangan, kaki dan muka sebelah kanan.

"Semasa kejadian, isteri mangsa telah mendengar jeritan suaminya yang kuat, dia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati dua lelaki yang tidak dikenali melarikan diri selepas menyerang dan menetak mangsa.

"Kedua-dua lelaki itu memegang parang. Isteri mangsa terus menjerit meminta tolong dan kedua-dua suspek masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh orang lain yang sedia menunggu dan terus memecut," katanya di sini hari ini. - KOSMO!

Wanita ditemui mati tertiarap di lorong pejalan kaki

Posted:

Wanita ditemui mati tertiarap di lorong pejalan kaki

Wanita ditemui mati tertiarap di lorong pejalan kaki

09/11/2013 7:28pm

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dipercayai rakyat Indonesia ditemui mati di lorong pejalan kaki, berhadapan stesen Petronas di Jalan Bangsar, hari ini.

Mayat wanita yang hanya dikenali sebagai Juhiriyah, 40-an, ditemui dalam

keadaan tertiarap oleh orang awam yang melalui kawasan itu tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu mati sejak tiga hari lepas.

"Polis menemui beg tangan mangsa berhampiran mayat itu," katanya ketika

ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau

yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Taufan Haiyan landa Filipina

Posted:

Taufan Haiyan landa Filipina

Taufan Haiyan landa Filipina


AFP
SEORANG lelaki berjalan melintasi ombak besar semasa angin kencang akibat taufan Haiyan melanda bandar Legaspi, wilayah Albay selatan Manila semalam.


MANILA - Taufan paling kuat di dunia pada tahun ini telah melanda Filipina semalam, menyebabkan lebih sejuta penduduk melarikan diri dan bekalan elektrik terputus serta memusnahkan banyak rumah.

Angin taufan Haiyan peringkat 5 bergerak menuju wilayah Cebu dan pulau pelancongan Boracay, Leyte serta Samar dengan kelajuan mencecah 275 kilometer sejam (km/j).

Ia turut menyebabkan ombak setinggi lima hingga enam meter.

Tenaga elektrik dan talian komunikasi di tiga buah pulau iaitu Samar, Leyte dan Bohol terputus tetapi pihak kerajaan dan syarikat rangkaian telekomunikasi berjanji akan berusaha memulihkan perhubungan dalam masa 24 jam.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada lebih 12 juta penduduk termasuk 2.5 juta penduduk yang berada bandar Cebu berhubung taufan tersebut.


REUTERS
SEBATANG pokok tumbang akibat angin kencang ketika taufan Haiyan membadai bandar Cebu, tengah Filipina semalam.


Penduduk di Filipina masih trauma dengan gempa bumi 7.2 pada skala Ritcher yang berlaku pada bulan lalu sehingga mengorbankan banyak nyawa.

"Ribut kencang melanda dengan kelajuan angin hampir 313km/j," kata seorang pengarah meteorologi Amerika Syarikat, Jeff Masters.

Ribut dan taufan yang membawa angin kencang boleh menyebabkan bumbung dan dinding tercabut.

Menurut penyelaras Migrasi Organisasi Antarabangsa di Bohol, Lionel Dosdosa, gempa bumi kuat yang berlaku pada 15 Oktober lalu telah mengorbankan 222 orang dan beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal.

Hampir sejuta penduduk telah berpindah untuk mencari tempat perlindungan selepas Presiden Benigno Aquino menggesa supaya penduduk yang tinggal di tebing sungai, lereng-lereng bukit dan di pesisiran pantai yang terdedah kepada taufan Haiyan agar segera berpindah. - Agensi

Arkitek menang duit emas selepas kuruskan badan

Posted:

Arkitek menang duit emas selepas kuruskan badan

Arkitek menang duit emas selepas kuruskan badan


REUTERS
AHMAD IBRAHIEM menunjukkan isyarat bagus pada majlis penyampaian hadiah pertandingan menguruskan badan
di Dubai kelmarin.


DUBAI - Seorang penduduk berketurunan Syria, Ahmad Ibrahiem Al Sheikh memenangi tempat pertama pertandingan menguruskan badan bagi memperoleh emas di sini kelmarin.

Dia yang berusia 27 tahun berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 26 kilogram (kg) menerima sebuah trofi dan emas seberat 63 gram bernilai 10,048 dirham (RM8,696).

Sebelum ini, berat Ahmad yang merupakan seorang arkitek ialah 146.7kg.

Dia merupakan salah seorang daripada 2,648 orang yang menyertai pertandingan menguruskan badan anjuran pihak perbandaran Dubai.


REUTERS
BENTUK badan Ahmad Ibrahiem sebelum dia berjaya menguruskan badan.


Tempat kedua dimenangi oleh seorang peserta yang berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 23kg.

Pemenang tempat ketiga dibolot oleh seorang peserta yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 22kg.

Pertandingan itu bermula pada Julai lalu dan diadakan selama 30 hari.

Ia diadakan sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan bilangan penduduk yang mengalami masalah obesiti. - AFP

Kaki palsu Abbott boleh dipakai kasut tumit tinggi

Posted:

Kaki palsu Abbott boleh dipakai kasut tumit tinggi

Kaki palsu Abbott boleh dipakai kasut tumit tinggi


AP
ABBOTT berjalan dengan memakai kaki kiri palsu di Warwick, Pulau Rhode kelmarin.


NEWPORT, Pulau Rhode - Seorang wanita, Heather Abbott memperoleh kaki kiri palsu yang membolehkan dia memakai kasut tumit tinggi.

Dia memperoleh kaki palsu itu dari syarikat Next Step Bionics and Prosthetics yang berpangkalan di Manchester, New Hampshire seminggu lalu.

Warna kaki palsu itu adalah sama dengan warna kulit Abbott.

Wanita itu kehilangan kaki kirinya dari bawah paras lutut dalam kejadian letupan bom pada 15 April lalu di Boston, Amerika Syarikat.

Kaki palsu itu dibiayai oleh sebuah syarikat insurans. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Minat kolaborasi dengan Nora Danish

Posted:

Minat kolaborasi dengan Nora Danish

Minat kolaborasi dengan Nora Danish

SELAIN Malaysia, Hari turut berkunjung ke Indonesia untuk bertemu peminatnya.


SEBAIK tiba di lokasi majlis bertemu dengan penyanyi popular kelahiran Korea Selatan, Sung Kyung Jeong atau Hari pada Isnin lalu, sudah ramai yang tiba menantikan ketibaannya.

Masakan tidak, kehadiran penyanyi berkenaan sememangnya begitu dinantikan ramai memandangkan buat julung-julung kalinya gadis berusia 23 tahun itu menjejakkan kaki ke Malaysia.

Acara yang dijadualkan sepatutnya bermula pada pukul 6 petang. Bagaimanapun Hari hanya tiba di lokasi setengah jam kemudian. Bagaimanapun, dia lantas dikerumuni pihak media yang mahu membuat temu bual dengannya.

"Tujuan utama saya datang ke Malaysia semata-mata ingin bertemu dengan peminat di sini. Apa yang saya tahu, Gwiyomi begitu popular di negara ini dan mendapat sambutan yang luar biasa.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk menemui peminat di sini sebagai menghargai sokongan yang telah diberikan. Sudah tentu saya berasa sangat teruja untuk bertemu dengan mereka buat kali pertama," ujar penyanyi yang lahir pada 6 Februari 1990 itu.

Sudah mula bergelar penyanyi sejak tahun 2010 dengan kemunculan single sulungnya berjudul Fan Cake, Hari memberitahu, dia sendiri tidak menyangka Gwiyomi akan menjadi satu fenomena.

Menurutnya, menerusi fenomena berkenaan jumlah peminatnya sekarang naik dengan begitu mendadak, lantas ia telah memberi impak terhadap kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

"Pastinya apa yang saya lalui ini memang di luar jangkaan sama sekali, apatah lagi Gwiyomi telah menjadikan diri saya popular di seluruh dunia. Selain itu, populariti yang diraih ini merupakan hasil sokongan yang diberikan peminat," ungkapnya.

Ujarnya, apa yang lebih membuatkan dirinya gembira dan bangga apabila gaya Gwiyomi bukan sahaja ditiru oleh peminat, malah ia menjadi ikutan beberapa selebriti terkenal yang turut memuat naik ke laman sosial gaya mereka.

"Dalam banyak gaya Gwiyomi yang saya tonton di internet, saya cukup tertarik dengan gaya yang ditampilkan oleh Nora Danish. Wajahnya bukan sahaja cantik, malah aksinya turut menarik minat saya.

"Secara jujurnya saya memang berminat untuk menjalinkan kolaborasi dengan Nora dan melakukan gaya Gwiyomi bersama-sama. Sekiranya ada peluang tersebut saya berbesar hati untuk menerimanya," jelas penyanyi yang berada di Malaysia dari 3 hingga 6 November lalu.

Menurut Hari, biarpun jadual kehadirannya ke negara ini sekadar menghadiri acara sesi bertemu peminat, dia memang menyimpan hasrat untuk mengadakan sebuah persembahan pada masa akan datang.


HARI berpendapat Nora Danish cukup comel dan ingin berduet dengan aktres tersebut untuk melakukan aksi Gwiyomi.


Pulau Langkawi

Menceritakan lebih lanjut mengenai kehadirannya ke negara ini, Hari menyatakan dia sempat mendapatkan pelbagai maklumat mengenai Malaysia dengan melayari internet.

Hari berkata, sudah menjadi kelaziman buat dirinya apabila ingin berkunjung ke sesebuah negara, dia gemar mencari maklumat berkenaan negara yang ingin dilawatinya itu.

"Apabila melayari internet saya mendapati begitu banyak tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Namun begitu, saya cukup tertarik dengan Pulau Langkawi kerana keindahan yang terdapat di pulau berkenaan.

"Cuma saya tidak sempat untuk berkunjung ke sana sekarang kerana masa agak terhad dengan jadual yang begitu padat. Sekiranya berpeluang datang ke Malaysia lagi pastinya saya tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke Pulau Langkawi," jelasnya.

Berkenaan dengan jadual siri jelajahnya pula, penyanyi berkenaan memberitahu bahawa Malaysia bukan satu-satunya destinasi memandangkan dia akan pergi ke beberapa buah negara lain iaitu Indonesia dan China.

"Selepas berada di Malaysia selama empat hari saya akan berkunjung ke Jakarta, Indonesia pada 7 November untuk bertemu peminat di sana. Saya anggap kehadiran kali pertama ini sebagai langkah untuk menjalinkan kemesraan dengan peminat secara lebih dekat," ujarnya.

Single baharu

Selain menyatakan keinginannya yang berkolaborasi dengan Nora Danish, Hari turut berkongsi cerita mengenai hasratnya untuk bekerjasama dengan G-Dragon yang juga merupakan penyanyi K-Pop terkenal dan salah seorang anggota kumpulan Big Bang.

Bukan sekadar mahu menumpang populariti penyanyi yang menjadi kegilaan ramai wanita itu, sebaliknya dia sendiri sudah lama meminati dan kerap mengikuti perkembangan kumpulan berkenaan.

"Sebenarnya saya merupakan salah seorang peminat fanatik kumpulan K-Pop terkenal iaitu Big Bang, malah saya ada mempunyai perancangan untuk berkolaborasi dengan salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu G-Dragon.

"Dalam salah satu konsert solo yang dijayakan oleh G-Dragon sebelum ini, dia telah membuat gaya Gwiyomi di hadapan para peminatnya. Ternyata ia membuatkan saya cukup terharu dan itu yang menyebabkan timbulnya hasrat untuk berkolaborasi dengannya," luah Hari.

Mengenai perkembangan kerjaya nyanyiannya sekarang ini, Hari menceritakan bahawa dia kini sudah mencul dengan single terbaharu berjudul Hangul Song yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Meskipun dirinya kini memang cukup sinonim dengan Gwiyomi, penyanyi itu tetap meletakkan harapan yang tinggi agar Hangul Song turut mendapat tempat di hati para peminatnya.

Pertembungan Charly & Firman

Posted:

Pertembungan Charly & Firman

Pertembungan Charly & Firman


CHARLY (dua dari kiri) bersama wakil penganjur Konsert Charly Setia Band vs Firman.


KUMPULAN Setia Band menjadi medan kembalinya Charly dan Pepeng ke industri seni muzik Indonesia selepas mereka berhadapan dengan beberapa isu sebelum ini, termasuk keluar daripada grup asal mereka, ST12.

Tindakan Charly meninggalkan grup yang cukup hit dengan beberapa lagu mereka telah menuai banyak persoalan. Bagaimanapun, pada saat grup tersebut berjalan tanpanya, Charly sendiri tidak lagi menoleh ke belakang.

Maka, pada tahun 2012, dia bersama Pepeng menubuhkan Setia Band yang masih tinggi dengan nuansa lagu milik Charly.

Kini, selepas menerima sambutan yang cukup hangat di negara kelahirannya, Indonesia, Charly membuat percubaan berani apabila bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.

Lebih mengujakan apabila konsert tersebut akan menggabungkan mereka dengan penyanyi solo, Firman yang memang cukup terkenal sebagai penyanyi yang sering membawa lagu ciptaan milik Charly.

Ia dinamakan sebagai Konsert Charly Setia Band vs Firman.

Konsert itu bakal diadakan pada 23 November ini di KL Live, Jalan Sultan Ismail.

Bercakap tentang perkembangan terkini dan konsert tersebut, Charly dengan bangganya memperkenalkan dirinya sebagai individu yang baharu bersama Setia Band.

"Tentang perbezaan antara Setia Band dan ST12, saya kira semua orang perlu menunggunya saat saya hadir ke Malaysia nanti," ujarnya yang percaya dia tidak boleh mengubah tanggapan orang terhadap label ST12 yang masih melekat pada dirinya.

FIRMAN akan berkongsi pentas bersama Charly dalam konsert sulung mereka bersama.


Ketika mengimbas kembali pengalaman bersama ST12, Charly menjelaskan: "Muzik Melayu pada saya sangat penting , walaupun pada awalnya ramai yang tidak mengambil berat atas usaha kami , tapi itu bukan penamatnya. Ini kerana pada awal perjuangan, kami bergerak secara bebas dalam menambah bilangan peminat kami kerana pada waktu itu amat susah untuk mendapat sokongan. Namun, akhirnya ternyata muzik yang dilabel sebagai kampungan itu boleh berjaya dan kami telah membuktikannya."

Charly juga berbangga kerana biar pun satu ketika dahulu dia dan ST12 pernah dikecam hebat kerana dianggap membawa muzik kampungan, namun selepas mereka sukses, terdapat banyak grup lain yang membawa aliran serupa seperti Wali Band.

Dia juga menyelar segelintir pihak yang seperti lupa diri tentang asal usul mereka.

Katanya: "Kita sendiri adalah orang Melayu yang datang dari kampung. Kita dan orang dari kampung inilah yang mula menerima lagu-lagu Melayu. Jika bukan kita yang minat muzik Melayu ini, siapa lagi?"

Sementara itu, Penganjur konsert dan Pengarah Kamsol Corporation, Ismail Dogol mengatakan Charly Setia Band bakal membawakan 12 buah lagu di dalam konsert tersebut, sementara Firman pula akan tampil dengan lima buah lagu.

"Selain mereka, Adira akan menjadi artis undangan dengan mendendangkan tiga buah lagu pada malam tersebut," ujar Ismail yang memilih Adira kerana yakin dengan populariti penyanyi tersebut.

Tiket-tiket untuk menyaksikan Konsert Charly Setia Band vs Firman boleh dibeli di cawangan-cawangan Rock Corner dan juga Victoria Music atau secara dalam talian di www.ilassotickets.com pada harga RM258 (ST Zone) / RM158 (Cat 1) / RM78 (Cat 2).

Man Khan popular kerana lagu daerah

Posted:

Man Khan popular kerana lagu daerah

Man Khan popular kerana lagu daerah

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my


LAGU Dok Mano nyanyian Man Khan (kiri) bersama pasangan duetnya,
Rosalinda mendapat sambutan di luar dugaan daripada peminat.


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Itu perumpamaan tepat untuk penulis lirik dan penyanyi lagu Dok Mano, Wan Nukman Wan Hamdan, 32, atau lebih popular dengan panggilan Man Khan.

Lagu duetnya bersama Rosalinda itu yang diparodikan daripada lagu Right Now nyanyian Akon telah mengangkat namanya sebagai penyanyi lagu daerah terkenal di negeri Kelantan.

Percubaan Man Khan tersebut membuahkan hasil apabila lagu yang dihasilkannya mendapat maklum balas positif daripada peminat.

Lebih mengejutkan, lagu berdurasi empat minit 12 saat itu diminati generasi muda hingga ada yang menjadikannya sebagai nada dering telefon bimbit.

Tidak cukup dengan itu, lagu berkenaan yang dimuat naik ke laman YouTube telah ditonton sebanyak lebih 1.1 juta kali dan sering menjadi pilihan untuk diputarkan di corong radio tempatan.

Lagu tersebut juga telah membawa nama Man Khan ke pentas antarabangsa apabila dia diundang membuat persembahan di Singapura.

Menurut Man Khan, dia tidak menyangka percubaannya memparodikan lagu tersebut mendapat sambutan luar biasa.

"Sambutan daripada peminat cukup luar biasa apabila lagu Dok Mano yang dimuatkan dalam album Tok Seh Karpet 2 terjual sebanyak 50,000 unit sejak berada di pasaran tahun lalu.

"Ini merupakan satu sejarah baharu dalam seni nyanyian lagu-lagu daerah yang semakin diterima peminat di luar Kelantan," katanya.

Tambahnya, kejayaan tersebut memberikan motivasi kepadanya untuk terus memperjuangkan lagu-lagu daerah.

Jelasnya, kebanyakan mereka yang terlibat dalam industri tersebut terdiri daripada penggiat dikir barat dan ia sinonim dengan seni budaya rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Katanya, dia berhasrat menjadikan industri lagu daerah setanding dengan industri hiburan popular.

Ujarnya, jika Indonesia mampu mengangkat lagu-lagu daerah mereka berdiri sama tinggi dengan lagu-lagu pop, tidak mustahil perkara sama boleh berlaku kepada karya dikir barat.

"Kita lihat bagaimana Wali Band boleh melebarkan sayapnya dan menjadi cukup popular di negara ini. Hal ini kerana mereka diberikan ruang secukupnya untuk berkarya.

"Begitu juga dengan lagu-lagu daerah, saya yakin kita boleh bersaing dan popular seperti mereka.

"Pada saya, kekurangan promosi menjadi punca lagu-lagu daerah kurang dikenali. Jadi, sokongan kepada penggiat seperti kami perlu diberikan perhatian, barulah seni ini dapat diangkat ke peringkat lebih tinggi," jelasnya.

Anak kelahiran Tanah Merah itu memberitahu, sudah tiba masanya lagu-lagu daerah diberikan nafas baharu seiring dengan cita rasa pendengar masa kini.

"Sebelum ini, percubaan saya mengubah irama Hindustan kepada R&B mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar.

"Perubahan itu bertujuan untuk membawa angin baharu kepada dunia nyanyian lagu-lagu daerah agar ia mampu menarik sokongan golongan muda.

"Kita berhasrat agar anak-anak muda menjadikan lagu daerah sebagai pilihan mereka, sekali gus menyokong industri ini yang sudah bertapak lama di negeri Kelantan," ujarnya lagi.

Mengulas mengenai lagu Dok Mano, Man Khan menjelaskan, idea untuk menghasilkan lirik tersebut dibuat selepas dia membuat kajian di peringkat akar umbi dengan menemui golongan muda untuk mendapatkan maklum balas mengenai muzik yang mereka minati.

"Saya dan beberapa rakan telah turun ke bawah untuk mendapatkan maklum balas daripada anak muda mengenai muzik yang mereka minat. Selain itu, kami juga telah membuat carian di internet untuk mengkaji lagu yang popular dan diminati golongan muda.

"Selepas membuat perbincangan dengan beberapa rakan seperti Aris Kapilla, Adik Wani, Rosalinda dan Fendi Kenali serta Jemi Intan Berlian, maka timbullah idea untuk memparodikan lagu nyanyian Akon berjudul Right Now.

"Saya hanya mengambil masa selama 10 minit untuk menghasilkan bait-bait lirik yang seakan-akan hampir dengan maksud asal lagu berkenaan," ujarnya.

Man Khan berkata, melalui karya yang dihasilkannya itu, dia turut menyelitkan kritikan sosial sebagai unsur nasihat kepada pendengar.

"Bagi saya, unsur nasihat ini penting kerana kesemua lagu daerah sebelum ini penuh dengan elemen tersebut.

"Ia juga sebahagian daripada cita rasa peminat," ujarnya.

Kepada peminat yang ingin berinteraksi dengan Man Khan, boleh ke laman sosial milik penyanyi itu di www.facebook.com/mankhan.mkay.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved