Sabtu, 14 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pakej pemindahan mampu milik Myrelo

Posted:

Pakej pemindahan mampu milik Myrelo

Pakej pemindahan mampu milik Myrelo

PENGALAMAN ketika berpindah rumah dari USJ Subang Jaya ke Bukit Jelutong, Shah Alam pada tahun 2005 bukanlah pengalaman yang menyeronokkan buat Noor Isma Ismail-Dasiuk.

Mendapatkan perkhidmatan lori sewa yang diiklankan di tepi jalan bukanlah pilihan yang bijak ketika itu kerana terdapat barangan dan perabot miliknya menjadi rosak dan calar disebabkan kelalaian para pekerja.

"Ada rakan yang mencadangkan kami untuk mengupah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemindahan bagi memudahkan proses perpindahan ke rumah baharu.

"Namun, disebabkan bayaran terlalu mahal yang dikenakan, kami mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan lori sewa. Tetapi, hasilnya sangat mengecewakan apabila kebanyakan barangan dan perabot kami rosak.

"Kami pula terpaksa menanggung kos kerugian kerana tiada insurans yang ditawarkan. Bermula dari situlah, tercetusnya idea untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan pemindahan pada harga yang berpatutan," ujar ibu kepada tiga orang anak ini yang kini menjadi Pengarah Urusan Myrelo.

Menurutnya, Myrelo yang ditubuhkan pada tahun 2006 itu menawarkan perkhidmatan sama seperti yang dilakukan oleh syarikat pemindahan lain dan selepas membuat penyelidikan, Isma mendapati bukan dia sahaja yang mempunyai pengalaman untuk memindahkan barang-barang.

"Bukan kami sahaja yang berdepan dengan situasi barang hilang dan rosak ketika proses pemindahan dilakukan tetapi, ada juga rakan dan saudara-mara yang berdepan masalah yang sama.

"Sebenarnya, cabang perniagaan itu mempunyai pasarannya yang tersendiri. Namun, disebabkan kos yang dikenakan adalah mahal menyebabkan sesetengah individu tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan pemindahan barang.


NOOR ISMA dan suami sangat tegas dalam hal berkaitan disiplin dan kejujuran para kakitangannya.


"Harga yang dikenakan kami berdasarkan kepada kapasiti barangan dan kita menawarkan pakej mampu milik serendah RM950," tambahnya yang pernah menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah institusi perbankan sebelum membuka syarikat Myrelo.

Skop kerja

Noor Isma berkata, pada permulaan penubuhan syarikatnya itu, dia dan suami, Craig Dasiuk, 41, sanggup menjual rumah bagi mendapatkan modal perniagaan.

Katanya, perkhidmatan pemindahan barang mempunyai musim-musim tertentu.

Pada kebiasaannya, kata Isma, ramai orang yang berpindah pada musim cuti persekolahan.

Persaingan daripada syarikat pemindahan antarabangsa yang sudah mempunyai nama dan lama bertapak di dalam industri ini merupakan cabaran yang dihadapi wanita itu.

"Saya juga pernah berdepan dengan masalah para pelanggan tidak membayar hutang selepas menggunakan gudang kami untuk menyimpan barangannya yang kebanyakannya perabot.

"Hampir dua tahun pelanggan tersebut menyimpan barang-barangnya di gudang kami. Pelanggan itu kerap lewat membayar kos penyimpanan. Adakalanya menjangkau sehingga tujuh bulan," ujarnya yang turut menyediakan Unit Pengendalian Aduan bagi memudahkan para pelanggannya membuat aduan sekiranya barangan mereka rosak ketika proses pemindahan dilakukan.


IDEA menubuhkan Myrelo diperoleh Noor Isma dan suaminya, Craig Dasiuk ketika berdepan masalah untuk berpindah rumah.


Justeru, dia dan suaminya kini lebih berhati-hati semasa meneliti latar belakang para pelanggan yang mahu menggunakan gudangnya.

Noor Isma memberitahu, situasi pelanggan cerewet menjadi lumrah dalam bidang perniagaan.

"Berdepan dengan para pelanggan yang cerewet sememangnya menjadi lumrah di dalam perniagaan. Tetapi, jika dilayan dengan baik, mereka boleh bertukar menjadi pelanggan tetap," katanya.

Menurut wanita tersebut, para pelanggan itu juga akan mempromosikan perkhidmatan pemindahan kepada kenalan mereka yang ingin berpindah.

"Kita menyasarkan pelanggan daripada golongan yang berpendapatan sederhana ke atas bagi menyediakan perkhidmatan pemindahan profesional ini," jelasnya yang dalam proses untuk membeli gudang di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor dengan bantuan pinjaman daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.

Katanya, skop kerja yang ditawarkan Myrelo termasuklah memasukkan buku, baju dan pinggan mangkuk ke dalam kotak, melabel, membuka katil, almari baju serta memasangkannya kembali.

Noor Isma berkata, pihaknya juga menyediakan perkhidmatan pemindahan penyaman udara, piano, Astro, peti besi, lukisan dan pembersihan rumah.

"Perkhidmatan yang ditawarkan itu adalah bagi memberi kemudahan kepada para pelanggan apabila mereka mahu berpindah.

"Stres ketika berpindah amatlah tinggi. Justeru, kakitangan kita dilatih untuk menjadi lebih prihatin dan sentiasa tenang apabila berdepan dengan pelanggan.

"Bermacam-macam perkara boleh berlaku ketika proses pemindahan. Kadangkala apa yang dirancang, tidak semestinya berlaku seperti yang dikehendaki.

"Saya mengamalkan sikap terbuka tetapi sangat tegas berkenaan disiplin dan kejujuran kerana berada di dalam industri ini, kepercayaan pelanggan merupakan tonggak perniagaan," katanya yang mempunyai seramai 20 orang kakitangan.

MYRELO pernah menerima Anugerah Inovatif pada tahun 2009.


Noor Isma berkata, dia kerap turun padang bagi memantau operasi pemindahan dan penempatan yang dilaksanakan oleh para kakitangannya.

Perkhidmatan luar negara

Menurutnya, pemantauan terhadap operasi yang dilakukannya itu perlu bagi mengekalkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan.

"Myrelo pernah menerima Anugerah Inovatif pada tahun 2009 disebabkan pendekatan dan cara pemikiran saya dan suami yang berbeza dengan orang lain.

"Ia adalah disebabkan saya sendiri mempunyai latar belakang dalam bidang perbankan dan ia banyak mempengaruhi hala tuju syarikat saya.

"Kemudahan pembayaran perkhidmatan melalui kad kredit di Myrelo ditawarkan ekoran hasil pengalaman saya ketika berada dalam industri perbankan," ujarnya yang menyediakan perkhidmatan pemindahan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, selain menyediakan perkhidmatan di peringkat nasional, Myrelo juga mempunyai pelanggan dari luar negara seperti Australia, Singapura, Dubai dan Bhutan.

"Kita turut menawarkan perkhidmatan di peringkat antarabangsa sama ada individu tersebut mahu berpindah ke luar negara atau pun berpindah dari luar negara ke sini.

"Kita akan menguruskan semuanya termasuklah mencari rumah, penempatan sementara, permit kerja dan visa serta proses perpindahan," tambahnya.

Ujarnya, sebagai perancangan masa depan, dia mahu membuka sebuah cawangan di Johor Bahru.

"Kita sudah mempunyai cawangan di Pulau Pinang dan kita juga bercita-cita mahu membuka sebuah cawangan antarabangsa di Australia.

"Selain itu, saya juga mahu membeli lori 10 tan bagi memudahkan pemindahan barang berkapasiti besar dilakukan," kata wanita kelahiran Pulau Pinang ini.

Kuruskan badan kerana takut mati

Posted:

Kuruskan badan kerana takut mati

Kuruskan badan kerana takut mati


FIZIKAL Wilkinson sebelum dia melakukan rejim diet yang ketat.


PELBAGAI cara digunakan oleh sebahagian wanita untuk menguruskan badan seperti bersenam dan berdiet.

Namun, seorang wanita, Charmaine Wilkinson yang berasal dari Cambridge, England dapatmengurangkan berat badan sebanyak 114.30 kilogram (kg) dalam tempoh 12 bulan.

Wilkinson yang berusia 34 tahun sanggup menguruskan badannya kerana doktor memberitahunya, jangka hayatnya hanya selama lima tahun lagi.

Jika tidak menguruskan badanya, dia akan meninggal dunia semasa umurnya belum mencecah 40 tahun.

Doktor memberikannya nasihat itu semasa beratnya mencecah 215.91kg.

Amaran kematian itu menyebabkan wanita itu berusaha keras untuk menguruskan berat badannya.

Wilkinson turut menghadapi masalah kesukaran untuk bernafas selain penyakit asma semasa dia tidak menguruskan badannya.


WILKINSON (tengah) bergambar bersama dua orang anaknya.


Menurutnya, doktor memberitahu, tulang-tulangnya akan hancur sekiranya berat badannya terus meningkat.

Dia kemudian menjalani pembedahan pemintasan perut.

Selepas pembedahan itu, berat badannya berkurangan kepada 101.605kg dalam tempoh 12 bulan.

Dia juga mengambil makanan berkhasiat dalam jumlah yang kecil dan melakukan senaman selepas pembedahan itu bagi menguruskan badannya.

Menurutnya, berat badannya meningkat dengan mendadak selepas dia melahirkan dua orang anaknya.

WILKINSON kini tampil lebih kurus dan jelita.


Pertambahan berat badannya itu, kata Wilkinson, adalah disebabkan dia gemar makan larut malam selain mengambil makanan segera dan minuman manis.

Ekoran berat badannya yang semakin berkurangan itu, dia berhasrat akan berkahwin dengan tunangnya, Mike Faulkner.

"Saya pernah terfikir tidak dapat berkahwin dan melihat anak membesar jika mati," katanya seperti dilaporkan akhbar Daily Mail baru-baru ini.

"Saya dan tunang kini akan menetapkan tarikh perkahwinan. Saya kini seperti seorang wanita baharu. Saya tidak sabar untuk memakai pakaian pengantin," kata Wilkinson yang setinggi 1.82 meter.

Dia juga kini lebih bergaya selain memiliki rupa parasnya yang lebih menggoda.

Tindakan Bashar untungkan Israel

Posted:

Tindakan Bashar untungkan Israel

Tindakan Bashar untungkan Israel


SEJUMLAH askar rejim Bashar berhimpun di sebatang jalan raya di bandar Maalula, 56 kilometer dari timur laut Damsyik, Syria pada 11 September lalu.


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akhirnya memilih jalan diplomatik terlebih dulu bagi menyelesaikan isu senjata kimia di Syria.

Sebelum ini, Obama bersungguh-sungguh mahu melakukan serangan selepas lebih 1,400 orang terbunuh termasuk 426 kanak-kanak di Ghouta, Syria pada Ogos lalu.

Rejim Presiden Bashar Al-Assad dipersalahkan kerana AS mendakwa senjata kimia digunakan dalam serangan tersebut.

Hasrat Obama mahu melancarkan serangan secara terhad ke atas Syria itu akhirnya dihentikan selepas Rusia mengemukakan cadangan tentang senjata kimia tersebut.

Rusia yang merupakan penyokong Bashar mencadangkan supaya senjata kimia milik Syria dikawal oleh badan antarabangsa.

Justeru, AS semalam bersetuju dengan cadangan Rusia itu sebagai salah satu cara untuk mengelak Syria diserang.

Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavorv mengumumkan persetujuan itu selepas hampir tiga hari melakukan perbincangan di Geneva, Switzerland.

Setakat ini, persetujuan untuk meletakkan senjata kimia tersebut di bawah seliaan badan antarabangsa itu akan menguntungkan Israel.

Israel sebelum ini pernah melancarkan serangan ke atas Syria bagi menghalang penghantaran senjata kimia milik rejim Bashar itu daripada jatuh ke tangan pergerakan Hezbollah di Lebanon.

Hezbollah merupakan penyokong kuat rejim Bashar yang kini berdepan dengan serangan daripada para penentang Presiden itu sejak Mac 2011.

Kira-kira lima juta penduduk Israel telah dilaporkan mempunyai topeng muka bagi menghadapi serangan kimia yang mungkin dilancarkan rejim Bashar jika AS menyerang negara Syria.


BEBERAPA askar rejim Zionis memakai pakaian perlindungan bagi mengelak serangan senjata kimia dalam satu latihan ketenteraan di bandar Ashkelon, selatan Israel pada Rabu lalu.


Menurut agensi berita AFP semalam, seorang pegawai AS percaya, sebanyak 45 lokasi yang dikaitkan dengan program senjata kimia milik rejim Bashar terdapat di Syria.

Jika Syria benar-benar menyerahkan senjata kimia itu, ia juga menghapuskan ancaman yang selama ini ditakuti oleh Israel terhadap rakyatnya.

Pada Rabu lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mendesak supaya rejim Bashar menyerahkan kawalan senjata itu kepada badan antarabangsa.

Satu laporan perisikan Perancis yang pernah didedahkan pada 2 September lalu mendakwa Syria mempunyai simpanan senjata kimia yang amat besar.

Laporan itu turut menyatakan, Syria mempunyai lebih 1,000 tan gas sarin dan mustard serta bahan beracun neurotoksik.

Kumpulan penentang Bashar yang bertempur dengan tentera Syria tidak menyokong persetujuan yang dicapai antara Rusia dan AS itu kerana senjata kimia tersebut hanya akan dimusnahkan pada pertengahan 2014.

Para penentang Bashar itu berikrar akan terus berjuang bagi menggulingkan Presiden itu.

Kenyataan itu dibuat oleh Jeneral Selim Idriss yang merupakan pegawai tentera berpangkat Jeneral dengan Tentera Pembebasan Syria selepas AS dan Rusia mencapai persetujuan berhubung penyerahan senjata kimia milik rejim Bashar itu.

Bagaimanapun, usaha keras Obama bagi menyelesaikan isu senjata kimia itu tidak pernah ditunjukkan semasa Palestin diserang Israel dalam Perang Gaza yang berlaku pada tahun 2009.

Dalam perang itu, sebanyak 1,417 orang dilaporkan terbunuh.

Tentera Israel dilaporkan menggunakan bom fosforus dan senjata-senjata yang dilarang ke atas penduduk awam Palestin.

Pertubuhan hak asasi, Human Rights Watch turut mengesahkan penggunaan senjata fosforus yang boleh menyebabkan badan manusia boleh melecur.

Sepatutnya, Israel juga perlu dituntut untuk menyerahkan senjata-senjata berbahaya yang menjadi simpanannya supaya ia tidak digunakan ke atas penduduk Palestin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Anjakan ekonomi ke tahap tinggi

Posted:

Anjakan ekonomi ke tahap tinggi

Anjakan ekonomi ke tahap tinggi

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


PARA tetamu melaungkan slogan 'Hidup Melayu' selepas Najib berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan lima langkah dan strategi baharu nasional bagi memperkasakan ekonomi bumiputera supaya setanding dengan kaum lain sekali gus menjana ekonomi negara ke peringkat maksimum.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan strategi tersebut akan diletakkan terus di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Beliau sendiri akan menjadi Pengerusi MEB yang menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB).

Ia akan bersidang sebulan sekali.

"Kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kami dengar dengan jelas dan terang. Kerajaan sedia maklum masih wujud jurang ketidaksamaan pendapatan antara etnik.

"Atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang Melayu dan bumiputera (kepada Barisan Nasional) pada Pilihan Raya Umum ke-13, maka kerajaan hari ini (semalam) memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi serta pendekatan yang konkrit lagi tuntas ini," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Menteri Kabinet anggap Najib umum langkah paling berani

Posted:

Menteri Kabinet anggap Najib umum langkah paling berani

Menteri Kabinet anggap Najib umum langkah paling berani

SHAH ALAM – Beberapa menteri Kabinet yakin program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mencapai kejayaan jika semua pihak jujur mahu menjayakannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, pengumuman mengenai pemerkasaan ekonomi bumiputera itu adalah satu pendekatan yang amat berani dan cukup telus.

Bagaimanapun, katanya, kaum bumiputera perlu memainkan peranan masing-masing selaku menteri, ketua bahagian parti atau peniaga bagi memastikan program pemerkasaan itu berjaya.

"Jangan asyik bertanya apa yang mereka akan dapat daripada kerajaan tetapi tanya diri sendiri apa yang dapat mereka sumbangkan untuk kemajuan bumiputera," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pucuk pimpinan tidak apologetik

Posted:

Pucuk pimpinan tidak apologetik

Pucuk pimpinan tidak apologetik


NAJIB dan Muhyiddin melihat replika kapal Nautica Tanjung Puteri I keluaran bumiputera sambil diberi penerangan oleh Ketua Keanggotaan E A Technique (M) Sdn. Bhd., Farrah Radziah Abdul Hak (kiri) sempena Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membuka lembaran baharu dalam perjuangan Barisan Nasional (BN) khususnya kepada masyarakat bumiputera.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman itu sesuatu yang dinanti-nantikan kerana ia adalah respons kepada suara yang dikemukakan banyak pimpinan bumiputera, badan bukan kerajaan dan masyarakat bumiputera secara keseluruhannya bagi membela mereka dalam pembangunan ekonomi.

"Bagi saya, hari ini cukup bertuah dan memang ditunggu-tunggu, kita tidak apologetik dan tidak merasa bimbang kalau-kalau pihak lain yang bukan bumiputera atau masyarakat antarabangsa melihat ini sebagai sesuatu yang bersifat kumpulan tertentu.

"Bagi kita, yang penting ialah agenda bumiputera, ketegasan dan keberanian Perdana Menteri amat kita sanjungi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Muda juara

Posted:

Harimau Muda juara

Harimau Muda juara

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Muda muncul juara Pestabola Merdeka 2013 selepas menang bergaya 2-0 ke atas Myanmar pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang malam tadi.

Skuad Harimau Muda ternyata mendominasi permainan pada separuh masa pertama perlawanan dengan melancarkan serang bertali-arus ke kubu Myanmar.

Seawal minit kedua, penyerang, Md. Rozaimi Abdul Rahman gagal menyambar bola muntah yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung.

Selepas itu, peluang Harimau Muda menghasilkan gol pada minit kelapan turut gagal apabila seorang lagi penyerang negara, A. Thamil Arasu melepaskan rembatan padu ke arah gawang lawan namun, penjaga gol lawan, Phyo Aung bijak menafikannya.

Pada minit ke-11, peluang tiba lagi, kali ini menerusi sepakan percuma yang diambil oleh kapten Harimau Muda, Mohd. Irfan Fazail.

Mohd. Irfan melepaskan sepakan lencong menarik dan penjaga gol Myanmar hanya mampu menumbuk bola keluar namun Syahrul Azwari Ibrahim yang membuat susulan sekadar melepaskan rembatan liar.

Selepas itu, pada minit ke-17, Harimau Muda terus bernafsu mencari gol pendahuluan menerusi Putera Nadher Amarhan, namun rembatannya sedikit tersasar.

Memasuki minit ke-19, giliran Myanmar pula mendapat peluang namun asakan mereka mudah dibaca benteng pertahanan Harimau Muda.

Pada minit ke-28, Myanmar mendapat satu lagi peluang, kali ini menerusi satu sepakan percuma dan ketua pasukannya, Kyaw Zayar Win yang mengambil sepakan tersebut gagal menyempurnakannya.

Gol yang dicari-cari skuad Harimau Muda akhirnya muncul berpunca daripada larian pantas pemain sayap kanan, Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-29.

Wan Zack yang berjaya melepasi dua pertahanan Myanmar kemudian melepaskan rembatan padu ke arah gol Myanmar yang gagal ditangkap kemas penjaga golnya.

Rozaimi yang berada di depan gol tidak mensia-siakan peluang dan penyerang berasal dari Sabah mudah menyempurnakannya untuk membolehkan Harimau Muda mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua, Harimau Muda sekali lagi menampilkan aksi garang dan pada minit ke-54, Wan Zack sekali lagi membuat larian menarik daripada sebelah kanan dan dia berjaya menggelecek tiga pertahanan Myanmar bagaimanapun rembatannya sedikit tersasar.

Pada minit ke-57, Thamil Arasu turut mendapat satu peluang di depan gol Myanmar namun penjaga golnya berjaya menepis keluar.

Penyerang Myanmar, Kyaw Ko Ko mendapat peluang terbaik pada minit ke-59 namun rembatannya berjaya ditepis penjaga gol negara, Mohd. Izham Tarmizi.

Pada minit ke-61, Ko Ko sekali lagi menguji Mohd. Izham menerusi rembatan padu namun penjaga gol utama Harimau Muda itu sekali lagi menampilkan kecekapannya dengan melayangkan badan untuk menyelamatkan keadaan.

Memasuki minit ke-71, skuad negara hampir menambah jaringan berpunca daripada hantaran lintang Mohd. Irfan namun tandukan Mohd. Fadhli Shas sekadar menggegar palang gol.

Mohd. Izham sekali lagi tampil sebagai watak penyelamat dan kali ini pada minit ke-74 dia sekali lagi melayangkan badannya untuk menepis tandukan padu Kyi Lin.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Junior Eldstal yang menerima umpanan cantik daripada D. Saarvindran tidak mensia-siakan peluang untuk gol kedua Harimau Muda bagi menghadiahkan kejayaan gemilang dengan menjuarai Pestabola Merdeka 2013 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Johor DT berjaya ikat Pablo Aimar

Posted:

Johor DT berjaya ikat Pablo Aimar

Johor DT berjaya ikat Pablo Aimar

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


TUNKU Ismail (kiri) bersama Aimar pada majlis memperkenalkan pemain baharu Johor DT itu di Johor Bahru semalam.


SELEPAS lebih setahun nama Pablo Aimar dikaitkan dengan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), akhirnya bekas pemain kebangsaan Argentina itu kini sah menjadi milik skuad Harimau Selatan.

Semalam, pemain berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Johor DT dalam satu majlis ringkas di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dengan disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.

Pada majlis sama, Aimar turut diperkenalkan secara rasmi kepada pemberita dan ratusan penyokong setia Johor DT.

Menurut Tunku Ismail, dalam perjanjian tersebut, Aimar akan beraksi bersama skuad Harimau Selatan selama dua tahun manakala baki tiga tahun lagi digunakan untuk membantu pembangunan bola sepak di negeri ini.

"Aimar adalah pemain hebat dan sangat berbakat. Dengan pengalaman dan bakat yang dia ada, saya harap dia dapat membantu skuad Johor DT dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

"Dengan adanya Aimar, dia menjadi pelengkap kepada pasukan ini. Dia juga akan menjadi sebahagian akademi skuad remaja di sini," titah baginda pada sidang akhbar semalam.

Tunku Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan nilai kontrak pemain terbabit namun menjelaskan, Aimar akan menyarung jersi No. 10 untuk musim hadapan.

Dalam pada itu, Aimar mengakui dia bangga kerana dapat menyertai Johor DT yang dianggap sebuah pasukan yang sedang meningkat naik.

"Saya mempunyai pengalaman indah di Malaysia terutama di Johor. Tambahan pula, PBNJ telah membuat tawaran yang sukar untuk saya tolak.

"Saya dapat melibatkan diri dalam ruang yang lebih besar iaitu sebagai pemain dan juga untuk membantu pembangunan bola sepak di negeri ini," katanya.

Aimar pernah beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ketika mewakili Argentina pada Piala Dunia Remaja 1997 dan menyumbat gol kemenangan ketika menewaskan England 2-1 pada pusingan kalah mati.

Argentina muncul juara kejohanan itu. Dia juga pernah beraksi pada Piala Dunia FIFA pada 2002 dan 2006.

Dia yang pernah menjadi antara pemain muda terbaik Argentina, memulakan kariernya bersama River Plate pada tahun 1995 sebelum menyertai Valencia pada 2001-2006, Real Zaragoza (2006-2008) dan Benfica pada tahun 2008.

Bagi saingan musim hadapan, Aimar bakal bergandingan dengan seorang lagi pemain import baharu Johor DT, Braulio Nobrega Rodriguez dari Sepanyol yang terlebih dahulu mengikat kontrak bersama PBNJ bulan lepas.

Johor DT juga bakal memiliki pengurus dan ketua jurulatih baharu musim hadapan selepas berjaya mendapatkan khidmat Cesar Ferrando Jimenez.

Kontroversi KBS dengan PSM

Posted:

Kontroversi KBS dengan PSM

Kontroversi KBS dengan PSM

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


SKUAD sepak takraw lelaki negara tetap mampu menyaingi gergasi Asia meskpun berlatih dalam keadaan yang serba kekurangan.


GAJAH sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Itulah peribahasa yang paling tepat untuk menggambarkan situasi semasa yang sedang melanda Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Permusuhan dalam media antara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail dilihat lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan terhadap sukan tradisi negara itu.

Selepas dituduh 'biadap' kerana mahu menyekat peruntukan kewangan berjumlah RM1 juta setahun yang diperoleh PSM, Khairy turut menggunakan media untuk mendesak Ahmad supaya 'insaf' melihat kemerosotan prestasi skuad negara di peringkat antarabangsa.

Beliau menuduh pemimpin PSM memiliki kelemahan dalam menangani kemerosotan prestasi skuad kebangsaan yang terus dilanda kekalahan memalukan sejak kebelakangan ini.

Khairy juga dilaporkan mahu peruntukan kewangan kepada PSM dibelanjakan secara berhemah dan perlu ada akauntabiliti dalam aspek pengurusannya.

Ahmad pula mendakwa KBS tidak pernah membantu PSM terutamanya untuk menjayakan program pembangunan di peringkat akar umbi sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, tindakan itu hanya akan mengundang lebih banyak masalah kepada acara sukan tradisi orang-orang Melayu ini dan tindakan Khairy menyekat dana yang diberikan kepada PSM dilihat sebagai langkah yang kurang bijak.

Selain menjejaskan operasi dan perancangan persatuan, pemain-pemain negara turut menerima tempiasnya.

Tanpa suntikan kewangan daripada kerajaan, PSM yang selama ini dilabel sebagai persatuan sukan paling miskin di Malaysia bakal berdepan masalah besar dan tidak mustahil akan berkubur suatu hari nanti.

Bagi PSM, situasi tersebut ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Selepas Telekom Malaysia (TM) Berhad menamatkan penajaan pada tahun 2006 lalu, PSM terpaksa 'mengemis' untuk merencanakan segala program yang membabitkan sukan tersebut.

Meskipun terpaksa menjadi peminta sedekah, PSM tidak pernah gagal untuk membentuk skuad elit lelaki dan wanita serta skuad pelapis bagi meneruskan kelangsungan sukan ini.

Sepanjang tempoh itu juga, PSM masih mampu mengadakan beberapa kejohanan di peringkat kebangsaan selain menghantar pasukan beraksi di luar negara.

Namun, kontroversi terbaharu ini ibarat 'bom jangka' yang hanya menunggu masa untuk meletup.

Bagi mengelak situasi ini menjadi lebih buruk, Khairy dan Ahmad perlu mengetepikan ego dan sentimen peribadi serta duduk semeja untuk mencari formula terbaik bagi meningkatkan pencapaian pemain-pemain.

Kontroversi ini memasuki fasa baharu apabila ia turut membabitkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz.

Mengimbas kontroversi itu, Khairy meluahkan kekecewaannya selepas Malaysia mengalami kekalahan memalukan 0-3 kepada Korea Selatan pada final Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di New Delhi, India awal bulan ini.

Situasi itu memaksa Khairy menggunakan kuasanya untuk menyekat peruntukan RM1 juta kepada PSM selagi mereka tidak mengemukakan pelan pemulihan.

Selain itu, Khairy juga dikatakan akan menghalang permohonan peruntukan berjumlah RM8.8 juta yang diminta terus oleh PSM daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Hajat saya memang mahu bangunkan semula sukan tradisi orang-orang Melayu ini. Kami hanya mahu melihat soal pentadbiran sukan itu dijalankan dengan baik," katanya.

Khairy berkata, tidak ada keperluan untuk beliau dan Ahmad 'berperang' dalam media semata-mata mahu mengulas kemerosotan prestasi skuad sepak takraw negara.

Bagaimanapun, Khairy mengakui, beliau menunggu masa yang sesuai untuk berjumpa Ahmad selepas meneliti beberapa aspek.

"Saya mahu jumpa dengan beliau. Saya telah minta supaya kajian yang mendalam dibuat sebelum saya berjumpa dengan beliau sebab terlalu banyak pandangan dan aduan yang menyatakan kepincangan dalam perkara ini," katanya.

Khairy berkata, walaupun PSM meminta peruntukan terus daripada Perdana Menteri dan bukan melalui KBS, beliau akan meminta supaya peruntukan tersebut tidak diberikan.

Namun, Ahmad turut mempunyai alasan yang tersendiri berhubung semua kontroversi ini.

Ahmad berkata, PSM hanya akan mengikuti arahan KBS jika semua permintaan badan induk sukan sepak takraw negara itu sejak beberapa tahun lalu ditunaikan.

Antara permintaan PSM ialah mendapatkan khidmat pegawai psikologi sepenuh masa dan mesin khas yang mampu membantu meningkatkan keupayaan pemain ketika menerima servis lawan.

"Saya sudah minta bantuan daripada ISN untuk memberikan kami pegawai psikologi sepenuh masa pada 2006 tetapi kami hanya dapat (pegawai) sambilan. Jadi bagaimana kami hendak membantu pemain-pemain menguatkan mental.

"Empat tahun lalu, saya juga sudah memberikan cadangan untuk menghasilkan mesin yang boleh 'menembak' bola takraw seperti sukan tenis dan kami juga telah berjumpa individu yang mahu mencipta mesin itu.

"Zolkples sudah memberi sokongan tetapi untuk menghasilkan mesin prototaip itu menelan belanja RM100,000.

"Jadi, bolehkah KBS bantu? Jika boleh, kami akan tampil dengan pelan baharu," kata Ahmad ketika ditemui pemberita di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ahmad berkata, sebelum ini mereka menerima bantuan penuh daripada ISN dan hasilnya skuad takraw negara berjaya meraih pingat emas pada Sukan SEA 2005 di Manila.

Bagaimanapun, kini mereka terpaksa berkongsi kepakaran ahli psikologi dengan acara sukan lain.

Berhubung peruntukan kewangan berjumlah RM1 juta setahun yang diterima PSM, Ahmad berkata, bukan semua wang itu masuk ke kantung PSM.

"Sebenarnya tidak sampai RM1 juta dan bukan semua peruntukan itu kami terima.

"Sebanyak RM400,000 dibelanjakan untuk penginapan para pemain, RM150,000 (elaun atlet) dan RM120,000 (peralatan latihan) dibayar terus kepada MSN.

"PSM hanya membelanjakan RM150,000 untuk pemain-pemain negara yang beraksi dalam Liga Sepak Takraw Thailand .

"RM150,000 lagi membabitkan penyertaan pemain negara dalam lapan kejohanan antarabangsa dan dua kejohanan tempatan," jelasnya.

Ahmad berkata, faktor kemerosotan prestasi skuad negara di pentas antarabangsa seperti mana yang berlaku pada final Siri Istaf awal bulan ini mempunyai hubung kait dengan bayaran elaun rendah.

Baginya, elaun sebanyak RM500 sebulan yang diterima oleh pemain negara pasti membebankan terutamanya bagi pemain yang tidak mempunyai pekerjaan.

Selain perbelanjaan harian bagi pemain yang sudah berkeluarga, taraf hidup yang semakin meningkat turut membebankan, sekali gus menyukarkan mereka untuk memberikan tumpuan penuh pada latihan.

Malah, ada pemain yang terpaksa menggunakan kasut sekolah untuk menjalani latihan kerana tidak cukup duit.

"Bayangkan, mereka hanya terima elaun RM500 sebulan dan bagaimana pemain yang tidak ada pekerjaan lain serta mempunyai tanggungan yang banyak? Adakah mereka mampu tanggung semua ini?

"Jadi, kalau berdepan masalah seperti ini bagaimana mereka boleh beri tumpuan sepenuhnya? Mereka juga manusia biasa.

"Jadi, saya minta supaya orang ramai memahami perkara seperti ini. Bila jiwa tidak tenang, bagaimana hendak berikan tumpuan terutamanya apabila berada jauh daripada keluarga," katanya.

Bagaimanapun, kemarahan Ahmad kepada Khairy memuncak selepas beliau cuba untuk menghalang usaha PSM mendapatkan suntikan kewangan berjumlah RM8.8 juta daripada Perdana Menteri.

"Pada saya, kenyataan beliau itu biadab, semua sukan dihentam, apa sukan yang beliau bantu? Mana program sukan, saya tidak pernah tengok sejak beliau menjadi menteri.

"Saya ingin rakyat faham dan sedar mengenai perkara ini. Malah apa kuasa beliau untuk menghalang kami berjumpa dengan Perdana Menteri yang juga Penaung PSM bagi membentangkan anggaran kos dan program-program bernilai RM8.8 juta itu.

"Ini program kami selama 17 bulan (bermula Ogos lalu) sehingga Disember tahun depan yang merangkumi pelbagai aspek seperti pembangunan, pentadbiran, pertandingan, akar umbi dan sebagainya.

"Saya membuat dua salinan kertas cadangan itu. Satu, saya akan berikan kepada Perdana Menteri dan satu lagi saya akan berikan kepada beliau (Khairy).

"Namun, beliau menolak bulat-bulat kertas cadangan itu sebelum melihatnya. Jadi, untuk tujuan apa perlu saya berikan kepadanya. Belum tengok lagi beliau sudah tolak," kata Ahmad.

Ketika ini, skuad negara sedang membuat persiapan bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw Raja Thai dan Siri Super Istaf di Thailand serta Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Aquino beri amaran kepada MNLF

Posted:

Aquino beri amaran kepada MNLF

Aquino beri amaran kepada MNLF

ANGGOTA Palang Merah dan tentera membawa seorang askar yang cedera terkena peluru mortar di Santa Catalina semalam. - AFP


ZAMBOANGA – Presiden Benigno Aquino memberi amaran kepada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) supaya tidak mencederakan atau membunuh tebusan semasa melawat sebuah bandar di selatan Filipina yang diserang oleh kumpulan pemisah berkenaan semalam.

Aquino juga berjanji akan menamatkan krisis bersenjata tersebut.

Dalam lawatannya, beliau menggesa penduduk bandar pelabuhan Zamboanga itu agar bersatu ketika perang antara MNLF dengan tentera Filipina masuk hari kelima semalam.

Presiden itu menganggap MILF kini terdesak untuk menggagalkan usaha kerajaan menamatkan penentangan orang Islam sejak beberapa dekad lalu.

"Anggota dan peralatan ketenteraan kita cukup besar," katanya pada satu sidang akhbar sambil menegaskan bahawa krisis di Zamboanga tidak dapat diselesaikan pada kadar segera tanpa melibatkan angka kematian yang besar.

"Justeru, kita tidak boleh terburu-buru. Kita perlu berhati-hati supaya tiada kehilangan nyawa secara sia-sia berlaku," tambah Aquino.

Menurutnya, pihak tentera tidak menetapkan sebarang tarikh akhir tetapi bertekad akan menamatkan serangan MNLF tersebut.

"Jika mereka (MNLF) mencederakan tebusan, melakukan kebakaran dan melampaui batasan-batasan lain, pasukan keselamatan kita telah diberikan arahan tentang kaedah untuk menanganinya," ujar pemimpin tersebut.

Mengulas perkembangan di Zamboanga, jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, lebih 22 orang terbunuh dan 52 lagi cedera dalam pertempuran lima hari di bandar berkenaan manakala 19 pejuang MNLF telah ditangkap atau menyerah diri.

"Sekurang-kurangnya 15,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran yang berlaku," kata beberapa pegawai lain.

Menurut mereka, pertempuran terhad di enam kawasan penempatan penduduk di bandar raya berkenaan yang dihuni hampir sejuta orang.

"Hampir 200 orang dijadikan tebusan dan perisai manusia oleh 180 pejuang MNLF yang turut mencetuskan kebakaran di enam daerah di Zamboanga," ujar mereka.

Setakat semalam, pihak tentera telah memasuki kesemua daerah terbabit bagi menghalang lebih banyak kemusnahan.

Di sebalik amaran Aquino, dua kawasan di sebuah daerah berkenaan dibakar oleh gerila MNLF semalam.

Pasukan bomba pula tidak dapat memadamkan kebakaran kerana bimbang menjadi mangsa penembak tepat MNLF.

Di sebuah lagi daerah di Santa Catalina, seorang tebusan lelaki ditembak di belakang semasa dia melarikan diri ke arah garisan tentera.

Sebuah ambulans digunakan untuk membawa mangsa ke hospital.

Satu konvoi besar melibatkan sejumlah kenderaan yang membawa beratus-ratus orang awam dilihat meninggalkan zon konflik semalam selepas kerajaan tempatan mengarahkan semua 160,000 orang di kawasan itu berpindah.

Polis memeriksa dokumen pengenalan diri mereka bagi memastikan tiada gerila MNLF yang lolos keluar.

Beberapa kumpulan mengandungi lebih 100 pejuang Islam bersenjata menyerang kedudukan tentera di Pulau Basilan, dekat Zamboanga kelmarin dan semalam dengan menyebabkan seorang terbunuh manakala 11 lagi cedera.

Krisis berkenaan bermula apabila pengikut-pengikut bersenjata pengasas MNLF, Nur Misuari cuba berarak ke Dewan Bandar Raya Zamboanga pada Isnin lalu.

Misuari menuduh Manila melanggar syarat perjanjian damai 1996 dengan mengadakan rundingan berasingan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

MILF kini berada di peringkat akhir rundingan damai dengan Manila dan dijangka mengambil alih bahagian selatan Filipina dan diberikan status wilayah autonomi lebih besar menjelang 2016.

Perjanjian damai tersebut bertujuan menamatkan penentangan oleh orang Islam di selatan Filipina yang telah meragut kira-kira 150,000 nyawa sejak tahun 1970-an. – AFP

Snoop Dogg derma wang untuk bantu kebumi kanak-kanak

Posted:

Snoop Dogg derma wang untuk bantu kebumi kanak-kanak

Snoop Dogg derma wang untuk bantu kebumi kanak-kanak


SNOOP DOGG tidak mendedahkan jumlah wang yang didermakannya kepada kanak-kanak yang maut ditembak kumpulan samseng.


LOS ANGELES - Bintang rap Amerika Syarikat, Snoop Dogg mendermakan wang untuk pengebumian seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang terbunuh dalam kejadian tembakan sekumpulan samseng.

Snoop Dogg atau nama sebenarnya Calvin Cordozar Broadus berkata, dia menyertai beberapa rakan artis rap yang lain dalam memberikan sokongan kepada keluarga mangsa.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak menyatakan jumlah wang yang didermakan.

Tambah penyanyi berusia 41 tahun itu, kematian Tiana Ricks di timur Los Angeles membangkitkan keperluan untuk meningkatkan kempen menentang keganasan senjata api.

Tiana dan bapanya yang berusia 26 tahun telah ditembak di luar rumah oleh dua orang lelaki yang berjalan ke arah mereka pada hujung minggu lalu di Moreno Valley.

Jurucakap polis berkata, kejadian itu mungkin ada kaitan dengan kumpulan samseng.

Polis percaya bapa mangsa tidak terlibat dalam aktiviti geng tersebut.

"Seorang kanak-kanak tidak sepatutnya maut ditembak," kata Snoop Dogg yang telah menukar nama komersialnya kepada Snoop Lion pada tahun lalu kepada akhbar LA Times.

Terdahulu, penyanyi rap, The Game atau nama sebenarnya Jayceon Terrell Taylor menyumbang sebanyak AS$10,000 (RM32,895) untuk pengebumian seorang remaja dengan berkata, ia adalah perkara paling menyedihkan. - AFP

Wanita berang diminta pendekkan nama

Posted:

Wanita berang diminta pendekkan nama

Wanita berang diminta pendekkan nama

HANYA nama akhir Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele dicatat pada lesen memandunya.


HONOLULU, Hawaii - Seorang wanita di sini mendakwa dibuli oleh pihak berkuasa apabila dia diminta menggunakan nama pendek dalam kad pengenalannya.

Nama wanita berkenaan, Jenice Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele memiliki 35 abjad.

Sejak 20 tahun lalu, hanya nama akhir wanita itu dicatat pada lesen memandunya manakala pihak berkuasa meluluskan penggunaan nama penuh tersebut dalam kad pengenalannya.

Masalah Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele bermula apabila kad pengenalan diri tersebut telah tamat tempoh dan perlu diperbaharui.

"Saya diminta untuk memendekkan nama saya semasa memperbaharui kad pengenalan," kata Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele.

Dia kini berusaha untuk memastikan agar nama penuhnya digunakan dalam lesen memandu dan kad pengenalan.

Namun, usahanya itu agak sukar kerana tiada ruang mencukupi untuk menempatkan 35 abjad dalam kedua-dua dokumen tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiga pelesit rempit maut dirempuh lori tangki minyak

Posted:

Tiga pelesit rempit maut dirempuh lori tangki minyak

Tiga pelesit rempit maut dirempuh lori tangki minyak

14/09/2013 6:16pm

MUADZAM SHAH - Tiga pelesit rempit yang berlumba dan mempamerkan aksi berbahaya maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah lori tangki minyak di Kilometer 120.5, Jalan Kuantan-Segamat di sini tengah malam tadi.

Mangsa, Mohamad Mubarak Mohamad Sabri,18, dan Mohd. Ilham Kusyairy Ahmad Roslan, 16, dari Felda Keratong 9, di sini, serta rakan mereka Mohd Hakim Ghazali, 17, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah.

Ketua Polis Daerah Rompin ketika dihubungi hari ini berkata, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 malam itu, tiga sahabat terbabit sedang berlumba dengan menunggang motosikal masing-masing secara berasingan dari arah Kuantan menghala ke Segamat.

Kata Johari, dalam pada itu, datang sebuah lori tangki minyak tanpa muatan dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kereta di hadapannya tanpa menyedari kehadiran ketiga-tiga mangsa sebelum terus merempuh mangsa. - KOSMO!

Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand akan disegerakan

Posted:

Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand akan disegerakan

Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand akan disegerakan

14/09/2013 4:57pm

KOTA BHARU - Kementerian Dalam Negeri mencadangkan supaya kawasan tebing sungai di sempadan Malaysia-Thailand diwartakan sebagai kawasan keselamatan dan tembok dibina memisahkan penduduk dengan sungai bagi menangani masalah penyeludupan

Perkara tersebut adalah bagi mengelakkan penyeludupan senjata api dan dadah serta menyukarkan penjenayah kedua-dua negara bolos.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut harus disegerakan untuk membantu polis Kelantan menangangi masalah di negeri ini yang disifatkan melebihi masalah di negeri lain.

"Saya akan meminta peruntukan khas daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najin Tun Razak) untuk melaksanakannya secepat kerana ini adalah penyelesaian jangka panjang untuk masalah di negeri ini.

"Pengkalan haram di sepanjang Sungai Golok juga akan ditutup dan keanggotaan akan ditambah apabila ia digazetkan sebagai kawasan keselamatan," katanya dalam satu sidang akhbar di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. - KOSMO!

Warga emas antara 133 PATI ditahan di kawasan pembinaan

Posted:

Warga emas antara 133 PATI ditahan di kawasan pembinaan

Warga emas antara 133 PATI ditahan di kawasan pembinaan

14/09/2013 4:47pm

SKUDAI - Seorang warga emas dan 10 wanita antara 133 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu 6P di rumah sementara yang dibina di tapak pembinaan di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Masri Adul berkata, dalam operasi pada pukul 1.30 pagi itu, kesemua PATI yang bekerja sebagai buruh binaan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar termasuk Nepal.

"Semasa serbuan, kebanyakan PATI sedang tidur di rumah sementara berkenaan dan cuba mengelak daripada ditangkap namun ada juga dengan sengaja tidak mengendahkan kehadiran pihak berkuasa.

"Selain itu, kita juga dapat mengesan segelintir pendatang asing yang tidak tidur di rumah sementara mereka sebaliknya tidur di kawasan pembinaan bagi mengelak ditangkap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas operasi berkenaan berakhir di Kompleks Dalam Negeri, Setia Tropika di sini.

Mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 56 (1)(a) Akta Imigresen 1959/63 kerana memalsukan dokumen perjalanan yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 dan penjara lima tahun

"Selain itu, ada di antara mereka akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan," katanya.

Kesemua PATI akan dibawa ke Depoh Tahanan Pekan Nenas untuk siasatan lanjut. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Jagoan di negara asing

Posted:

Jagoan di negara asing

Jagoan di negara asing

PUKUL 2 pagi, lensa kamera jurufoto Kosmo!, Wahidin Salim masih membidik sasaran di sebuah kamar merah bercirikan hiasan kayu di Philea Resort & Spa, Melaka.

Shae dan Mark masih mampu mengukir senyum walaupun masing-masing kepenatan menghiburkan 20,000 audiens di Konsert Eravaganza yang berlangsung lewat petang hari sama di Stadium Hang Jebat.

Tenaga energetik yang disalurkan Shae diserap Mark yang lebih banyak menguntum senyum manis pada mulanya. Ia sehingga masing-masing secara santai memulakan bicara.

"Shae ini seorang penyanyi yang bagus, ada suara yang unik dan berbakat besar. Kamu contoh artis yang mampu menyesuaikan diri untuk pasaran antarabangsa sebenarnya," puji Mark sambil membetulkan kusyen.

Shae mengatur langkah berhati-hati sambil meletakkan secangkir teh pudina panas buat Mark di meja sisi. Balas Shae: "Mark seorang yang sangat serius.

"Kehidupan dirinya sebagai artis sudah sempurna tapi dia masih sedar diri."

Lantai pasir

Mungkin ramai yang salah anggap Mark penyanyi luar negara yang berjaya mencuri perhatian peminat di Malaysia sama seperti Shae.

Tapi tekaan itu meleset kerana Mark atau nama penuhnya Fikri Mark Adam, 34, sudah memiliki status warganegara tetap dan kad pengenalan sah sejak tahun lalu selepas lebih 12 tahun menetap di Malaysia.

Membuka cerita pada awal kedatangan Mark ke Malaysia sekitar tahun 2000, kerjaya sebagai penyanyi di sebuah hotel di Sabah hanya sekadar cukup makan.

Mahu untuk dia menyertai pelbagai rancangan realiti nyanyian namun halangan utama kata Mark kerana status kewarganegaraannya.

"Saya mula menyanyi pada umur 8 tahun lagi dan mula diperhatikan apabila memenangi Battle of Champion di Cebu City, Filipina pada usia 12 tahun.

"Sejak daripada itu saya tidak berhenti menyanyi kerana ini mata pencarian menyara kehidupan keluarga saya yang sangat susah.

"Selepas dua tahun di Malaysia, saya berkahwin dan memohon warganegara tetap selama enam tahun. Syukur akhirnya saya berjaya memiliki status yang sah kini," cerita Mark.

SHAE mengeluarkan kenyataan balas tentang gosip hubungannya dengan penyampai Era FM, Shac.


Mark dalam nada sebak berkongsi kehidupan keluarganya di Filipina. Pernah suatu ketika dahulu dia sekeluarga terpaksa menetap di kawasan setinggan yang rumahnya berlantaikan pasir di Cebu City.

Oleh kerana itu, Mark memanjatkan kesyukuran setelah kompas hidupnya berubah 360 darjah kini. Tidak pernah dia menyesali akan kehidupan lampau tapi tutur Mark dia mahu jadi yang terbaik buat keluarganya.

Negara satu dunia

Kenapa berpindah ke Malaysia? Mark terdiam seketika sebelum menyambung bicara. Kata guru vokal di The Singing Shop, Petaling Jaya itu kecintaan terhadap Malaysia telah mengatasi segalanya.

"Budaya di sini (Malaysia) terlalu berharga buat saya. Seolah-olah satu dunia berhimpun di negara ini dan segala-galanya sudah tersedia," ujarnya yang pasti akan pulang ke Filipina setahun sekali.

Mark yang bernaung di bawah label Mixology Music mula mencuri perhatian peminat menerusi single dwibahasa berjudul Pencuri atau versi asalnya dalam bahasa Inggeris, Thief.

"Apabila mencipta lagu, saya membayangkan mengenai seseorang yang boleh dihubungkan menerusi lagu itu. Pencuri adalah sebuah lagu cinta dan tiada pengertian spesifik.

"Begitu juga lirik akhir lagu ini yang saya biarkan tergantung dan kisah ini tiada penghujung," katanya yang pernah muncul menerusi single Sampai Nanti tahun lalu.

MARK sebenarnya berasal dari Filipina.


Duet dengan Ella

Sambil Shae mengemaskini jadual perjalanannya sepanjang lima hari di Malaysia, satu soalan singgah kepada penyanyi kacukan Australia-Riau itu; pernahkah terfikir untuk berpindah ke Malaysia suatu hari nanti seperti Mark?

"Saya tidak merancang lagi untuk berpindah ke Malaysia kerana keluarga saya masih di sana dan karier saya juga baru bermula. Lagipun, untuk berpindah bukan mudah dan memerlukan satu proses yang panjang," jelasnya.

Masuk kali ini sudah lapan kali Shae berkunjung ke Malaysia belum sampai tempoh setahun, katanya kesempatan yang diberikan itu perlu digunakan sebaik mungkin.

"Saya tidak sangka sebenarnya populariti boleh naik secepat ini. Jujurnya, kalau diberikan peluang saya tidak boleh pandang rendah kerana ini masa depan saya.

"Saya rasa seronok apabila sibuk ke sana ke sini dan masih ada banyak perkara untuk diselesaikan di Malaysia mahu pun Indonesia. Apabila usaha lebih baru dapat melihat hasil bukan?" ujarnya.

Shae yang telah merakamkan single Sayang bersama ratu rock negara Ella kini sedang sibuk mengadakan siri jelajah sekitar Indonesia mengakui industri hiburan sangat berdaya saing.

"Tidak pernah saya terfikir saya sudah berjaya dan saya tidak boleh berkata 'ya, saya kini telah berjaya'. Jauh lagi perjalanan saya dan banyak lagi perkara yang saya belum terokai," getus empunya nama Sheryl Gething.

Cinta & Shac

Pernah suatu ketika dahulu kisah Shae dikatakan bercinta dengan penyampai radio Era FM, Shac menjadi bahan bualan apabila kedua-duanya kelihatan semakin intim.

Bagaimanapun, tegas Shae, hubungannya bersama Shac tidak lebih sekadar berkawan dan lebih selesa untuk meneruskan hubungan seperti mana sekarang.

"Pertama kali kami berjumpa ketika di konti radio Era FM dan kami terus rapat sampaikan kami tidak sedar sudah bersedia ke udara ketika sedang rancak bersembang.

"Memang kami kerap berjumpa tapi kami tiada sebarang hubungan serius. Saya tidak gemar orang gosipkan perkara yang tidak tepat," tegas Shae.

Sibuk menguruskan kerjaya mana mungkin Shae punyai masa untuk mencari cinta. Tapi di 'bule kampung' itu menetapkan satu falsafah dalam dirinya.

"Buka mata, buka hati. Tidak perlu pilih-pilih kawan dan apa saja yang terjadi biar terjadi kerana reaksi emosi.

"Cinta itu jangan dicari sebaliknya biarkan datang sendiri, setiap manusia dicipta untuk melakukan kesilapan dan belajar daripada kesilapan itu," katanya.

Sorok nikah, Bront jemput media ke resepsi di Hatyai

Posted:

Sorok nikah, Bront jemput media ke resepsi di Hatyai

Sorok nikah, Bront jemput media ke resepsi di Hatyai

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

SELEPAS berkahwin, Bront masih menyorokkan identiti isterinya kepada umum.


SEPANJANG bergelar seorang anak seni, nama pelakon Bront Palarae atau pemilik nama sebenar Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, jarang dikaitkan dengan cerita-cerita sensasi.

Namun begitu, baru-baru ini Bront menjadi sebutan ramai apabila merahsiakan tentang perkahwinannya yang dilangsungkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 31 Ogos lalu.

Mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi sebelum ini, akhirnya pelakon filem Psiko Mencuri Hati itu telah membuat pengakuan.

Ketika membuat kemunculan dalam pratonton telefilem NY Cinta kelmarin, Bront lantas diserbu oleh pihak media untuk bertanyakan lebih lanjut berhubung perkahwinannya.

Kosmo!: Apakah yang membuatkan Bront begitu rahsia apabila mendirikan rumah tangga?

Bront: Saya tidaklah berniat untuk merahsiakannya kerana beranggapan diri ini tidak popular. Kalaulah saya ini popular tentu setiap filem lakonan saya akan mendapat sambutan di pawagam. Jadi, saya merasakan perkahwinan saya ini tidak mempunyai nilai berita kepada orang ramai. Upacara pernikahan yang berlangsung juga hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Setelah cerita perkahwinan tersebut tersebar, anda memberi alasan mahu menjaga hati ramai pihak apabila bertindak merahsiakannya. Bagaimanapun ada desas-desus yang mengatakan anda pernah berkahwin dahulu. Boleh komen mengenai perkara berkenaan?

Ini merupakan perkahwinan saya yang pertama dan cerita saya pernah berkahwin sebelum ini memang tidak benar. Kalau tidak percaya boleh sahaja periksa di pejabat agama.

Bagaimanakah pula dengan majlis resepsi perkahwinan anda?

Pada mulanya kami memang sudah merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur, tetapi dengan apa yang berlaku sekarang ini rasanya ia tidak akan direalisasikan. Majlis resepsi saya nanti hanya akan berlangsung sekali iaitu di Hatyai, Thailand sekitar hujung tahun ini. Kalau ada rakan-rakan media yang ingin buat liputan, saya sangat mengalu-alukan kehadiran anda semua.

Adakah anda sudah sedia memperkenalkan isteri di khalayak umum atau membawanya ke acara-acara hiburan?

Saya tidak keberatan kalau dia ingin ikut saya ke acara hiburan, cuma isteri saya ini memang tidak mahu dikenali ramai dan lebih suka 'low profile'. Kalau dia menolak ajakan saya untuk membawanya, sudah tentu saya menghormati permintaannya itu.

Kalau tidak keberatan boleh beritahu nama dan identiti sebenar isteri anda?

Saya minta maaf kerana belum masanya untuk mendedahkan kepada umum lagi. Apa yang boleh dijelaskan, kami memang sudah lama kenal antara satu sama lain sejak tahun 1999 dan dia bekerja di sebuah agensi pengiklanan.

Bagaimanakah kehidupan anda setelah berumah tangga?

Rasanya tiada sebarang perubahan yang terlalu ketara, kecuali kehidupan yang lebih terurus sekarang. Apabila sudah bergelar suami pastinya tanggungjawab akan menjadi lebih besar. Kalau ditanya tentang zuriat pula, saya dan isteri tidak merancang apa-apa dan semuanya terserah kepada Allah untuk memberi kami anak sama ada cepat atau lambat.

ND Lala lega gosip Shila-Johan

Posted:

ND Lala lega gosip Shila-Johan

ND Lala lega gosip Shila-Johan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


ND Lala kini bergiat aktif dalam bisnes menerusi E-Dagang.


SUATU ketika dahulu penyanyi Amir Hamzah Salleh atau lebih sinonim dengan panggilan ND Lala pernah aktif dalam bidang nyanyian, malah lagunya seperti Diari YB juga pernah menjadi siulan ramai.

Bagaimanapun, kini bapa kepada penyanyi popular Shila Amzah itu lebih bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan dikenali sebagai seorang usahawan yang terbabit dalam perniagaan E-Dagang.

Terbaharu, dia muncul pula dengan sebuah lagi perniagaan yang menggunakan konsep 'trading network' menerusi syarikat Kaisar Venus (M) Sdn. Bhd. yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor.

Ketika ditemui semasa majlis pelancaran perniagaan berkenaan baru-baru ini, ND Lala diajukan pertanyaan sama ada dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian atau sebaliknya.

"Sehingga kini saya masih lagi menyanyi dan tawaran membuat persembahan pun agak banyak. Mungkin orang menyangka saya tidak aktif kerana amat jarang tampil di kaca televisyen.

"Selalunya saya memang menolak tawaran untuk program televisyen kerana ia memerlukan komitmen yang lebih, berbanding kalau saya sekadar membuat persembahan di tempat umum," jelasnya.

Menurut ND Lala, kalau diundang menjadi panel atau ceramah dalam sebarang program keusahawanan, dia akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan satu atau dua buah lagu.

"Ketika ini saya banyak menerima undangan memberi ceramah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang perniagaan. Biasanya pihak penganjur akan meminta saya menyanyi dan permintaan tersebut ditunaikan," ujarnya.

Bercerita lebih lanjut tentang karier nyanyiannya, ND Lala memberitahu, dia mungkin bakal muncul dengan sebuah single baharu pada tahun hadapan.

ND LALA gembira Shila kini sudah semakin matang.


Ungkapnya, buat masa ini dia mahu membuka ruang terlebih dahulu kepada seorang lagi anaknya iaitu Shada yang turut mengikut jejak langkah Shila sebagai penyanyi dan bakal muncul dengan sebuah single baharu.

"Sekarang saya mahu Shada fokus dulu kepada pelajarannya kerana dia akan menjalani peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Selepas tamat PMR nanti barulah dia akan masuk studio untuk proses rakaman," jelasnya.

Melihat kepada kecenderungan Shila dan Shada dalam bidang nyanyian, penyanyi berkenaan memberitahu, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sebuah album yang mengandingkan dirinya dan kedua-dua anaknya itu.

Sekadar gosip

Setelah kisah percintaan mengenai Shila dan pelakon Sharnaaz Ahmad sudah menjadi sejarah, baru-baru ini timbul pula gosip yang menyatakan tentang hubungan istimewa penyanyi itu dengan Johan As'ari.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, ND Lala secara terbuka mengakui dia sebenarnya tidak pernah menghalang untuk anaknya itu berkawan dengan sesiapa sahaja.

"Kalau ditanya tentang komen terhadap hubungan Shila dan Johan, saya sebenarnya cukup lega kerana ia sekadar gosip semata-mata. Lagipun gosip itu sudah menjadi sebahagian daripada dunia hiburan.

"Sebagai bapa saya memberi kebebasan untuk Shila berkawan dengan mana-mana lelaki, tetapi biarlah dengan cara yang baik dan sopan. Tentang jodoh pula semua itu adalah rahsia Allah," jelasnya.

Menurutnya, dia gembira kerana sejak Shila pulang daripada mengerjakan umrah dahulu, dia sudah menjadi semakin matang dan lebih fokus dalam kerjayanya untuk mencipta nama di peringkat

antarabangsa.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved