Selasa, 10 September 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kayuh basikal 10km untuk belajar silat

Posted:

Kayuh basikal 10km untuk belajar silat

Kayuh basikal 10km untuk belajar silat

KAWASAN padang berhampiran Pusat Sukan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak pada petang itu agak riuh-rendah.

Kebetulan, terdapat satu perlawanan bola sepak persahabatan yang sedang berlangsung, justeru, tidak hairanlah kawasan sekitarnya meriah dengan kehadiran penonton yang menyokong pasukan pilihan masing-masing.

Kelihatan seorang wanita berada di padang itu. Bagaimanapun tumpuannya bukan terarah perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung, sebaliknya kepada sekumpulan anak muda berpakaian serba hitam yang berada di satu sudut padang itu.

"Cuba perbaiki kekuda masing-masing. Pastikan ia selari dengan kedudukan kaki dan postur tubuh. Barulah pergerakan menjadi lancar dan seimbang," kedengaran suaranya lantang memberi arahan.

Sebagai peneraju Kelab Pencak Silat UPSI, Datin Wan Nurul Hidayu Wan Abdul Razak, 29, sememangnya tegas ketika mengajar.

Baginya, tidak kira apa jenis seni silat sekali pun, teknik memasang kekuda merupakan aspek asas yang perlu dikuasai oleh setiap pesilat sebelum diajar pergerakan lain yang lebih rumit dan kompleks.

"Sekali imbas ia tampak mudah, namun kekuda penting bagi membolehkan mereka berada dalam keadaan bersedia dan stabil ketika menyerang atau menghadap serangan lawan.

"Itu baru bab kekuda, belum lagi bab bunga (seni silat) dan buah (pukulan atau buah pukul) yang menggabungkan pelbagai gerakan kaki dan tangan secara sistematik," jelas wanita yang mesra disapa dengan panggilan Ayu itu.

Bercerita lanjut, wanita yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia mula mendalami silat pada usia 13 tahun ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyiddin, Pasir Pekan, Tumpat.

Kebetulan, bapa saudaranya, Wan Abdul Halim Wan Mamat merupakan guru silat terkenal dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia di negeri itu.

"Saya bertuah kerana mendapat bimbingan beliau. Tidak cukup latihan di sekolah, saya juga menjalani latihan tambahan di gelanggang silat yang dikendalikannya di Wakaf Bharu.


PENGALAMAN hampir 16 tahun dalam arena persilatan kini dicurahkan untuk melatih pesilat-pesilat muda UPSI.


Kayuh basikal

"Jika diikutkan memang penat hendak pergi latihan yang memerlukan saya mengayuh basikal sejauh lebih 10 kilometer. Pulang pula dalam keadaan badan lebam dan terseliuh di sana sini tetapi disebabkan mahu menuntut ilmu saya reda.

"Lagi pun, silat bukan sekadar mengajar pengamalnya mempertahankan diri, malah ia juga menerapkan pelbagai nilai positif seperti disiplin dan keyakinan diri," kata anak kedua daripada tujuh beradik itu.

Usaha itu tampak berbaloi kerana Ayu bukan sahaja cemerlang di peringkat sekolah malah turut berpeluang bertanding di peringkat kebangsaan mewakili pasukan pencak silat negeri kelahirannya itu.

Pada masa yang sama, dia yang dikurniakan tali pinggang hijau calit lima turut menimba ilmu kejurulatihan silat. Menariknya, dia mula bergelar jurulatih pada usia 15 tahun.

"Saya mengajar silat di sekolah-sekolah di sekitar Kelantan di samping terlibat melatih atlet-atlet pencak silat negeri. Di samping itu, saya juga terlibat dalam pelbagai pertandingan pencak silat dan seni tempur bela diri yang diadakan di seluruh negara, antaranya Sukan Malaysia (Sukma) dan Kejohanan Silat Kebangsaan," jelasnya.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Ayu menyambung pengajian di UPSI dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Kejurulatihan pada 2007. Kesibukan sebagai penuntut di universiti itu bagaimanapun tidak menghalangnya untuk aktif dalam seni silat dengan melibatkan diri dalam Kelab Pencak Silat UPSI

Ujarnya, dia bertuah kerana mendapat tunjuk ajar pengasas Silat Seni Gayong Malaysia cawangan UPSI, Nor Azman Abdul Aziz, yang juga salah seorang pensyarah di universiti berkenaan.

Melalui bimbingan dan latihan sistematik yang diberikan Nor Azman, saya semakin tangkas di gelanggang persilatan.

Kecemerlangannya menyebabkan namanya tersenarai dalam pasukan pencak silat kebangsaan ke pertandingan Sukan SEA ke-24 di Korat, Thailand pada 2007.

SIFAT lasak sejak dari zaman kanak-kanak membuatkan Ayu tidak kekok mengabdikan diri dengan seni silat.


Kejayaan

Lebih manis, penyertaan pertama di pertandingan sukan tertinggi di Asia Tenggara itu berjaya meletakkan namanya sebagai salah seorang penyumbang pingat kontinjen negara melalui pingat gangsa. Kejayaan itu tidak terhenti setakat itu, setahun kemudian dia berjaya memperoleh pingat emas di Sukan Universiti ASEAN (SUA) ke-14 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Kata Ayu, pada pertandingan akhir, dia yang bertanding bagi kategori wanita Kelas C ditentang sengit oleh pesilat dari Vietnam.

"Ia merupakan satu perlawanan yang mendebarkan. Bagaimanapun, saya berjaya melakukan tiga kali jatuhan, tendangan tepat, tangkapan luar dan teknik sapuan depan, sekali gus diberi kemenangan oleh juri dengan kiraan mata 5-0.

"Kejayaan itu amat bermakna, selain merupakan pencapaian tertinggi saya di peringkat antarabangsa ia juga berjaya melonjakkan nama pasukan pencak silat UPSI," katanya yang turut mencatatkan prestasi cemerlang dalam beberapa pertandingan pencak silat seperti Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) dan ASEAN Indoor Games.

Pihak fakulti dan universiti telah menobatkannya Olahragawati Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2009 dan 2010, Jurulatih Terbaik Malam Anugerah Sukan Pelajar (2010), Malam Anugerah Sukan Pelajar (2010) di atas pencapaian cemerlang beliau.

Bercerita mengenai kehidupan peribadinya, Ayu berkata, dia kini hidup bahagia selepas bergelar isteri kepada Penyelaras Sukan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia dan Majlis Sukan Negara, Datuk Osman Nok pada tahun 2011.

"Saya mengenali suami sejak tahun 2007 ketika berada dalam pasukan pencak silat kebangsaan. Bermula daripada persahabatan, timbul perasaan kasih sayang sehingga membawa ke jenjang pelamin. Lagipun, kami mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memartabatkan seni silat di Malaysia," ujarnya.

Menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Belia dan Sukan di Pusat Sukan UPSI sejak setahun lalu, Ayu melahirkan perasaan bangga kerana berpeluang menabur bakti di universiti kesayangannya itu.


PASUKAN pencak silat UPSI yang dilatih Ayu sering mencatatkan pelbagai kejayaan yang membanggakan.


Selain menguruskan kemudahan dan peralatan sukan di pusat itu, dia juga bertanggungjawab menyelaras program pembangunan atlet-atlet pencak silat UPSI termasuk menjadi jurulatih sambilan Kelab Pencak Silat UPSI.

"Latihan dijalankan tiga kali seminggu meliputi teori, fizikal dan latihan bertinju (sparring). Setakat ini ada beberapa pesilat UPSI yang menonjol dan cemerlang di arena persilatan sama ada di peringkat universiti dan kebangsaan seperti Zaiton A. Koang, Nor Farhana Ismail dan Mohd. Saiful Sazman Rahmat.

"Sebolehnya saya mahu bakat mereka terus digilap bagi memastikan mereka mampu mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa," katanya menutup bicara.

Generasi muda pertahankan silat

Posted:

Generasi muda pertahankan silat

Generasi muda pertahankan silat


SILAT bukan sekadar untuk mempertahankan diri tetapi juga mampu membentuk disiplin dan peribadi pengamal-pengamalnya. - Gambar hiasan


SILAT merupakan seni mempertahankan diri yang begitu unik. Di sebalik gerakan silat yang lemah-lembut itu tersirat pukulan-pukulan maut bertujuan mengekang dan mengunci pergerakan musuh.

Sebagai salah satu seni yang lengkap pada zahir dan batinnya, tidak hairanlah silat dilihat sebagai seni tempur bela diri yang cukup sempurna.

Biarpun demikian, perubahan zaman menyaksikan warisan silat yang sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu semakin terpinggir.

Generasi muda pada hari ini tidak lagi meminati silat yang disifatkan agak kekampungan. Mereka cenderung untuk memilih seni tempur bela diri yang diimport dari luar seperti taekwondo, karate, judo dan sebagainya.

Bagi Muhammad Fauzan Hashim, 18, silat merupakan seni warisan bangsa yang sewajarnya dipertahankan sampai bila-bila.

Disebabkan itu, dia tidak teragak-agak untuk menyertai Kelab Pencak Silat UPSI itu sebaik sahaja melanjutkan pengajian ke UPSI dalam jurusan diploma muzik sedikit masa lalu.

"Jika kita tidak mempelajari atau mewarisi seni ini siapa lagi yang akan memartabatkannya untuk generasi yang datang.

"Lagipun, aktiviti ini tidak pernah mengganggu rutin saya sebagai pelajar, malah menjadikan saya lebih berdisiplin dalam merancang jadual harian," katanya.

Biarpun mempunyai asas persilatan seni Silat Harimau ketika bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai, Sungai Rambai, Melaka dahulu, Muhammad Fauzan berkata, dia tetap gigih berlatih untuk menguasai seni pencak silat yang banyak menekankan kepada aspek kemahiran dan taktikal.

"Ilmu seni silat sangat luas dan pelbagai, terpulang kepada kita untuk mendalaminya kerana setiap satunya mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri," ujarnya.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, ilmu yang dipelajari bukan digunakan untuk bermegah atau bertelingkah sesama sendiri kerana ia bertentangan dengan prinsip sebenar seni mempertahankan diri tersebut.

"Silat merupakan disiplin yang baik kerana tidak ada cabang perguruan seni mempertahankan diri mengajar perkara tidak berfaedah kepada pengikutnya.

"Ilmu persilatan itu perlu dihayati dan diterjemahkan dengan penuh taat untuk membentuk semangat demi membela tanah air daripada ancaman musuh," katanya.


KEISTIMEWAAN silat menyebabkan ia sering dipersembahkan di majlis-majlis keraian. - Gambar hiasan


Membudayakan masyarakat

Rakannya, Muhammad Khairul Hadi Ismail, 20, berkata, silat mempunyai elemen penting dalam melatih dan membudayakan masyarakat terutama para pelajar dalam membentuk jati diri serta berdisiplin.

Katanya, seni silat juga mampu menonjolkan satu budaya hidup yang sihat yang sewajarnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

"Berlatih silat bukan sekadar untuk mempertahankan diri atau mengisi masa lapang, tetapi silat juga mampu membentuk, memperkasa dan mendisiplinkan sesebuah masyarakat.

"Ahli silat diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua, disiplin dan jati diri. Sebab itulah, ilmu persilatan mesti terus dipelajari dan dikembangkan agar tidak hilang ditelan zaman," ujarnya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat itu berkata, jika dikaji secara terperinci, setiap gerak seni, buah pukulan dan amalan seni silat Melayu terbina daripada modul pembelajaran yang dicipta beratus tahun lamanya.

"Jika diamalkan ia mampu membentuk keperibadian dan jati diri individu yang tinggi, di samping berkemampuan melahirkan pemimpin pelapis pada masa hadapan," katanya

Sementara itu, Nur Syafidah Johan, 21, mengakui banyak perkara atau ilmu boleh dipelajari menerusi seni silat kerana setiap gerakan silat dikaitkan dengan ibadat yang dilakukan seharian.

"Ia bukan saja aktiviti yang lasak tetapi dapat mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta.

"Pada masa sama, ia menerapkan nilai-nilai murni dengan mendidik diri untuk mengatur waktu, taat kepada ketua dan menghormati orang yang lebih tua," katanya yang merupakan pelajar semester ketiga Diploma Sains UPSI.

Mula mempelajari asas persilatan ketika bersekolah SMK Tengku Syed Idrus, Tampin, Negeri Sembilan, Nur Syafidah berkata, tidak ada salahnya wanita menyertai aktiviti itu.

Katanya, walaupun dilihat agak kasar, namun ia masih lagi sesuai untuk diamalkan dan tidak mengubah sifat-sifat kewanitaan seseorang pengamalnya.

"Sebagai seorang perempuan, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak seni mempertahankan diri terutama dengan peningkatan kadar jenayah sejak akhir-akhir ini.

"Sekurang-kurangnya, ilmu yang dipelajari boleh dijadikan benteng keselamatan diri dan menghindari sebarang gangguan yang tidak diduga," katanya. - AMMAR JAZLAN MAT LELA

Nasib musang di kota London

Posted:

Nasib musang di kota London

Nasib musang di kota London

MUSANG yang agresif akan ditangkap atau dibunuh oleh skuad penembak.


SESETENGAH orang berpendapat ia suka menimbulkan kekacauan dan merbahaya kepada penduduk.

Bagi sesetengah pihak lain, kempen 10,000 musang di London merupakan satu usaha dalam menjadikan hutan konkrit itu sebagai syurga kepada hidupan liar.

Haiwan berwarna perang kemerahan itu sering dilihat berkeliaran di jalan raya sekitar ibu negara Britain itu.

Kini, populasinya semakin bertambah dan mudah dilihat di mana-mana sahaja. Menurut satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini, lebih 70 peratus penduduk London berjaya menemui haiwan itu hanya dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun, tidak semua warga London mengalu-alukan kehadirannya. Bagi mereka yang tinggal di bandar, musang dianggap sebagai satu igauan ngeri.

Ancaman

Ramai mendakwa tidur mereka sering terganggu disebabkan lolongan haiwan itu, tidak kurang juga yang terpaksa bangun semata-mata mahu membetulkan semula tong sampah yang terbalik diselongkar musang.

Lebih menyakitkan hati, haiwan itu turut meninggalkan cecair bau busuk yang mengambil masa panjang untuk hilang.

Mempunyai mata bersinar-sinar dan gigi yang tajam, musang dlihat sebagai ancaman utama kepada manusia.

Beberapa tahun kebelakangan ini terdapat sejumlah kes serangan musang terhadap bayi dan kanak-kanak. Namun perkara itu dinafikan pejuang hak asasi haiwan yang mendakwa kes-kes itu sengaja dibesar-besarkan.

Pada bulan Jun lalu, Datuk Bandar London, Boris Johnson telah mengadakan perdebatan panjang bagi menentukan nasib haiwan itu. Beliau telah mencadangkan agar sukan tradisi memburu musang yang diharamkan di Britain sejak 2005 dihidupkan semula.

"Ia bukan satu keputusan yang popular tetapi saya tidak peduli.

"Sekiranya orang ramai mahu haiwan ini dipindahkan ke Islington, sebuah daerah kecil di utara London, saya bersedia membantu," katanya, yang terpanggil untuk menyatakan pendapatnya selepas beberapa ekor kucing peliharaannya diserang musang yang berkeliaran di bandar raya itu.

Menurut kajian yang dilakukan Universiti Bristol, terdapat lebih 33,000 ekor musang menghuni di sekitar kawasan bandar-bandar utama di Britain. London mencatat kedudukan yang ketiga. Lebih 250,000 ekor lagi dipercayai berada di kawasan-kawasan luar bandar.

"Haiwan ini mudah menyesuaikan diri dan boleh makan apa sahaja jenis makanan yang ditawarkan di sekelilingnya. Justeru, tidak mengejutkan sekirannya ia mudah ditemui di sekitar kawasan bandar," kata Calie Rydings dari pertubuhan amal haiwan Pertubuhan Diraja Pencegahan Kekejaman Haiwan (RSCPA).

DIANGGARKAN terdapat kira-kira 33,000 ekor musang menghuni beberapa bandar utama di Britain.


Mempunyai taman-taman yang luas di samping ribuan kediaman yang lengkap dengan landskap, tidak hairanlah London merupakan syurga bagi haiwan tersebut.

Ia telah menjadi sebahagian daripada landskap bandar raya itu sejak tahun 1930-an, apabila pembangunan pesat memusnahkan kawasan habital asalnya.

Biarpun terdapat pelbagai aduan yang dilakukan, musang-musang yang berkeliaran itu seakan selesa hidup bersama manusia.

Undian yang dilakukan stesen televisyen, Channel 4 mendapati lebih 86 penduduk London menyukai haiwan itu. Sementara itu, kajian yang dilakukan Universiti Bristol melaporkan kira-kira 10 peratus penduduk di bandar raya itu kerap memberinya makan.

Ketika ini, Britain mempunyai kadar populasi musang tertinggi di dunia, menurut Stephen Harris, professor sains alam sekitar di Universiti Bristol.

Konflik

"Biarpun ia kerap menimbulkan masalah kepada penduduk, namun majoriti suka melihat kehadiran haiwan ini bermain-main di sekitar kediaman mereka," katanya kepada AFP.

Bagaimanapun konflik musang dengan manusia sejak beberapa tahun lalu, turut menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan menyebabkan wujudnya gesaan agar musang-musang ini dibunuh atau dipindahkan ke kawasan luar bandar.

Pada tahun 2010, di timur London, seorang ibu menceritakan kesan trauma yang dialami selepas anak perempuan kembarnya yang berusia sembilan bulan dibaham haiwan itu ketika tidur. Pada bulan Februari lalu, seorang bayi berusia sebulan putus jari tangan akibat digigit musang.

Walau bagaimanapun, pelbagai pertubuhan haiwan berpendapat, ia merupakan kes terpencil dan dalam sesetengah kes, tiada bukti kukuh mengaitkan musang dengan serangan yang dilakukan.

Trevor Williams, pengarah badan kebajikan Fox Project berkata, jumlah serangan yang melibatkan musang adalah terlalu kecil berbanding lebih 250,000 orang yang menjadi mangsa gigitan anjing setiap tahun di Britain.

Ancaman terbesar, menurut RSPCA, adalah musang-musang berkenaan.

Purata jangka hayat seekor musang yang hidup di kawasan bandar ialah dua tahun, berbanding empat tahun yang ditempatkan dalam kurungan.

Kenderaan juga menjadi punca lebih 60 peratus kematian musang. Selebihnya mati akibat penyakit atau dibunuh oleh skuad penembak khas yang diarah untuk menembak musang di London. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Jam tangan, kasut dan baju tingkat kualiti sukan

Posted:

Jam tangan, kasut dan baju tingkat kualiti sukan

Jam tangan, kasut dan baju tingkat kualiti sukan

Oleh HAFIZ AHMAD

JOGING dan aerobik merupakan antara cabang sukan yang paling mudah dan kerap dilakukan bagi mengekalkan tahap kesihatan individu. Ia dilakukan secara berkala dengan tempoh minimum 30 minit sehari. Justeru, boleh dikatakan bahawa aktiviti riadah bukanlah sesuatu yang membebankan untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun, sesetengah individu tidak bersenam untuk menjaga kesihatan semata-mata, malah ada yang menjadikan ia sebagai satu gaya hidup. Kelompok ini sanggup melabur modal yang agak tinggi bagi mendapatkan kualiti optimum ketika bersukan menerusi pembelian gajet dan aksesori tambahan termasuk jam tangan, kasut dan baju.

Setiap pembelian produk tersebut adalah berdasarkan fungsi dan faedah untuk penggunaan secara kerap. Ia dilengkapi teknologi terkini bagi membantu seorang atlet bergerak pantas dan aktif ketika melakukan senaman pada tahap maksimum seperti maraton, mendaki dan berbasikal.

"Tidak dinafikan harga barangan berkualiti sebegini agak mahal, tetapi bagi seseorang yang bergiat secara serius, ia adalah pembelian yang berbaloi.

"Sebagai contoh, jam tangan Garmin Forerunner 610 (FR610) yang saya beli empat bulan lepas ini. Ia boleh dipakai ketika berenang, maraton dan mendaki," ujar Mohd. Ridwan Mustafa, 26, ketika ditemui Infiniti baru-baru ini.

FR610 merupakan inovasi baharu keluaran Garmin dengan beberapa fungsi terkini. Ia merupakan jam tangan pertama syarikat sistem penentu kedudukan global itu yang mempunyai fungsi paparan sesentuh. Salah satu peningkatan teknologi FR610 ialah Virtual Racer yang membolehkan pengguna mengatasi catatan masa terdahulu.

Contohnya, jika larian 10 kilometer anda sebelum ini mencatatkan masa 1 jam 10 minit, dengan jam tangan tersebut, tempoh itu akan disingkatkan menjadi 55 minit kerana ia berfungsi sebagai pacer. Dalam acara maraton, pacer merujuk kepada seorang individu yang membantu pelari menamatkan larian dalam tempoh yang spesifik. Justeru, jam tangan itu meminjam tujuan yang sama agar larian pemakai lebih konsisten dan menepati tempoh yang ditetapkan.


VARIASI kasut sukan di pasaran mempunyai fungsi dan teknologi yang berbeza-beza.


Fungsi

Berbeza pula dengan Tengku Fariz Tengku Roslan, 26, yang memilih jam tangan model Suunto Ambit. Mungkin ramai yang kurang mengenali gajet itu, namun dalam kalangan atlet professional, ia antara jam tangan sukan yang mempunyai fungsi dan teknologi yang terbaik.

"Dulu saya hanya menggunakan jam tangan sukan biasa dengan fungsi-fungsi yang terhad. Sebelum membeli, saya buat kajian selama beberapa bulan dengan merujuk laman YouTube dan blog-blog khusus untuk sukan.

"Harganya yang mencecah ribuan ringgit membuatkan saya berfikir dua kali untuk memilikinya. Namun selepas berpuas hati dengan ulasan dan respons daripada para pengguna, saya terus membeli jam ini," ujarnya yang telah membeli jam tangan berkenaan pada Julai 2012 pada harga RM2,199.

Kepuasan menjadi ukuran utama kepada Tengku Fariz kerana setiap barangan yang dibeli adalah mengikut kesesuaian aktiviti sukannya. Seperti Ridwan, Tengku Fariz juga aktif dalam maraton, mendaki gunung dan aktiviti meredah hutan. Kesemua aktiviti tersebut terdapat dalam fungsi-fungsi jam tangannya.

"Mendaki gunung misalnya, jam tangan ini dapat memberi maklumat mengenai tahap ketinggian dan tekanan sekeliling. Ia juga boleh berfungsi sebagai kompas bagi menentukan arah ketika berada dalam hutan," kongsi beliau.

Peranan kasut

Selain daripada jam tangan, kasut juga memainkan peranan penting kepada individu yang aktif bersukan. Kasut sukan amat berbeza berbanding kasut harian kerana ia dicipta dengan teknologi yang mampu menyokong bahagian kaki, memandangkan ia menerima tekanan dan haba yang tinggi.

Ridwan memberitahu, kasut sukan seharusnya dapat menampung kaki dan berat badan dengan stabil serta mengurangkan rasa sakit daripada tekanan ketika berlari. Namun, pelaburan yang tinggi dengan membeli kasut berjenama bukanlah jaminan bagi memberi keselesaan kepada si pemakai.

"Bagaimanapun, kebanyakan jenama kasut sukan terkenal sentiasa mengorak langkah ke hadapan dalam kajian dan pembangunan mengenai teknologi agar dapat memenuhi kehendak pengguna," ujar Ridwan yang baru menubuhkan kumpulan Gorgeous Runner yang bertujuan mengumpul pelari tegar maraton bagi mengikuti kejohanan larian di dalam dan luar negara.

Memilih kasut jenis Asics Gel-DS Trainer 17, Tengku Fariz pula mengutamakan fungsi dan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam kasut yang dibelinya. Jenama kasut yang dimilikinya sekarang mempunyai kelebihan teknologi yang dipanggil gel cushioning.

"Ia membolehkan kaki menyerap hentakan dengan lebih baik dan membantu fokus penstabilan kaki ketika berlari. Pengguna akan berasa lebih selamat kerana ia membantu mengelak daripada kecederaan," tambahnya.

"Biasanya teknologi yang ada pada kasut bergantung kepada pengeluar. Setiap jenama tersebut mempunyai kelebihan yang berbeza. Jadi pemilihan kasut hendaklah bersesuaian dengan kegunaan dan keselesaan," kata jurutera muda itu.

RIDWAN (kiri) mendengar penerangan daripada Tengku Faris mengenai fungsi jam tangannya.


Pakaian

Gajet dan aksesori sukan pastinya tidak lengkap jika tidak mengambil kira baju khas yang dipakai oleh kebanyakan atlet. Baju yang betul mesti mempunyai saiz dan tahap penyerapan peluh yang baik. Sejenis baju yang sering diguna pakai ialah pelapis asas (base layer) atau lebih dikenali sebagai pakaian mampatan yang melekap pada tubuh (compression wear).

Tengku Fariz berkata, ia dipakai sebagai lapisan dalam baju dan diperbuat daripada material yang cepat kering, ringan dan mampu membebaskan haba badan dengan cepat. Ia menjadikan badan lebih nyaman ketika beraktiviti.

"Selain itu, ia sebenarnya membantu 'memegang' otot kita ketika melakukan aktiviti. Maksudnya, badan kita terasa lebih kemas dan mapan ketika beraksi dalam pakaian itu," kongsinya.

"Compression wear juga membantu pengedaran darah ketika beraktiviti dengan mempercepatkan kadar pengaliran darah. Ia penting untuk penghantaran oksigen ke seluruh badan. Ini membantu dalam proses penyembuhan dengan mengurangkan jangka masa pemulihan tisu otot yang rosak," ujar Tengku Fariz.

Bagi Ridwan, dia lebih selesa menggunakan baju daripada material spandeks kerana menyejukkan badan ketika bersukan.

Motivasi

Kedua-dua mereka bersependapat, pelaburan terhadap gajet perlu mengikut kemampuan dan kepentingan. Pembelian perlu disertakan dengan beberapa kajian dengan merujuk kepada pakar atau pengguna terdahulu.

"Selain itu, kelengkapan ini banyak membantu memotivasikan diri kita supaya bersukan dan mengamalkan cara hidup sihat. Ia turut meningkatkan keyakinan kita ketika melakukan sesuatu aktiviti," kongsi Tengku Fariz.

Simbolik 1,252 ranting karang

Posted:

Simbolik 1,252 ranting karang

Simbolik 1,252 ranting karang

Oleh ADHAM SHADAN


PARA penyelam menanam ranting karang di kawasan yang telah dikenal pasti.


BAYU 'simbiosis' berpuput di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini apabila kesedaran tentang mustahaknya pergantungan antara hidupan di darat dan laut berjaya diterjemahkan. Lebih manis, tangan-tangan yang berjasa kepada alam itu ialah milik anak-anak muda yang sedar bahawa keindahan khazanah marin perlu dipusakai generasi akan datang.

Meraikan biodiversiti, seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher (SMKDAM), Kota Bharu, Kelantan berganding bahu dengan 15 guru dan 20 mahasiswa serta kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk melaksanakan misi besar menerusi acara menanam ranting karang terbanyak di Malaysia.

Pecah rekod

Pulau kelima terindah di dunia itu menjadi saksi kejayaan mereka menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya menanam sebanyak 1,252 ranting karang.

SMKDAM dan UMK meleburkan rekod penanaman 777 ranting karang di Pulau Mabul, Sabah yang telah dicipta pada Oktober tahun lalu oleh penyedia perkhidmatan televisyen berbayar, Astro.

Simboliknya, angka 1,252 itu sendiri merupakan bilangan pelajar di SMKDAM.

Program pemuliharaan alam itu dijayakan dengan kerjasama Jabatan Taman Laut Malaysia, Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Kelantan dan Watercolours Resort.

Perasmian dan majlis menandatangani sijil MBOR itu telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof.


PELAJAR dan kakitangan SMKDAM dan UMK meraikan kejayaan selepas berjaya menanam kira-kira 1,252 ranting karang di Pulau Perhentian, sekali gus diiktiraf sebagai acara menanam karang terbanyak di Malaysia.


Ia turut disaksikan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros, Pengetua SMKDAM, Che Ragayah Muhammad, wakil MBOR, Zulhairi Md. Zain, Ketua Pusat Taman Laut Besut, Wan Azli Wan Yusof dan Ketua Pegawai Operasi Watercolours Resort, Mike Soh Abdullah.

Ternyata, kepuasan terpancar pada wajah semua yang terlibat apabila misi itu berjaya dilunaskan dalam sorak gembira mereka yang berpakaian jaket keselamatan dan gogel di dalam air.

Percubaan kedua

Rata-rata pelajar SMKDAM yang menyertai misi itu ialah murid tingkatan 1, 2 dan 4.

Che Ragayah mendedahkan, acara itu merupakan percubaan kedua SMKDAM bersama UMK yang merupakan universiti angkat sekolah itu setelah mereka gagal pada cubaan sulung yang dianjurkan pada 24 Mac lalu berikutan beberapa masalah teknikal.

"Namun keinginan untuk menjayakan program tersebut telah menguatkan semangat kedua-dua pihak sehingga mereka berjaya menarik penglibatan MBOR," katanya.

Che Ragayah berkata, program ini dirancang sebagai kemuncak aktiviti Kelab Pendidikan Luar (KPL) sekolah itu pada tahun ini setelah lima tahun mengadakan pelbagai aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian dan Redang.

"KPL melakukan pelbagai aktiviti snorkeling selain daripada aktiviti paintball dan kayak. Bermula sebagai satu aktiviti santai yang memberi tumpuan kepada kemahiran fizikal, pengisiannya telah berkembang sejajar dengan pengalaman yang dilalui.

"Aktiviti snorkeling menjadi sebahagian daripada program penghayatan taman laut dan aktiviti kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar.

"Pulau Perhentian dipilih kerana tempat itu sering dilawati pihak sekolah dan pelajar-pelajar dapat melihat sendiri kesan yang berlaku kepada batu karang di kawasan ini disebabkan aktiviti manusia dan perubahan cuaca dunia.

"Saya berterima kasih kepada pihak yang memberikan kerjasama termasuk Watercolours Resort yang bersedia untuk memantau pertumbuhan karang yang ditanam dari semasa ke semasa," katanya.


PROJEK menanam ranting karang mampu meningkatkan kefahaman peserta mengenai hidupan marin dan alam sekitar.


Penghayatan

Pelajar SMKDAM, Hasanah Ghazali, 16, berkata, penyertaannya di dalam program tersebut telah memberi pendedahan penting terhadap kehidupan marin.

"Ia juga memberi kesedaran kepada kita bahawa apa sahaja yang kita lakukan akan memberi kesan kepada makhluk alam yang lain. Apabila menyertai program sebegini, kita mudah berasa sedih apabila mendengar atau melihat tindak-tanduk manusia yang sewenang-wenangnya memusnahkan alam," katanya.

Seorang lagi pelajar, Mohd. Hijaz Ramzi, 16, berkongsi rasa bangga kerana dapat mencipta rekod baharu buat sekolahnya dan berbakti kepada alam sekitar.

"Kawasan karang merupakan tempat ikan-ikan kecil berlindung dan membiak.

"Jika karang tiada, di mana ikan-ikan kecil itu akan berlindung untuk meneruskan hidupnya? Alam sekitar wajar dijaga dan keindahannya perlu terus dipelihara untuk tatapan generasi kini dan akan datang," ujarnya.

Resolusi empat kali ganda

Posted:

Resolusi empat kali ganda

Resolusi empat kali ganda


TELEVISYEN baharu ini menjanjikan kualiti gambar empat kali ganda lebih baik berbanding televisyen HD.


TOSHIBA Sales and Services Sdn. Bhd. (Toshiba) melancarkan siri televisyen diod pancaran cahaya (LED) terbaharunya, L9300 khusus bagi pasaran Asia Tenggara.

Memaparkan resolusi empat kali ganda lebih baik berbanding televisyen berdefinisi tinggi (HD) penuh di pasaran, siri L9300 menawarkan pengalaman menakjubkan ketika menonton filem atau rancangan televisyen kegemaran anda.

Dengan lebih lapan juta piksel pada paparan UltraHD (UHD), siri L9300 yang membolehkan penonton menikmati keistimewaan visual tanpa diganggu struktur piksel seperti televisyen HD biasa.

Dikuasakan dengan sistem proprietari CEVO 4K Quad berserta pemproses dwifungsi, televisyen ini juga menawarkan kualiti tertinggi pemprosesan imej tersedia UHD termasuk pemulihan resolusi di samping fungsi meningkatkan penghasilan warna-warna yang dipancarkannya.

Televisyen ini juga hadir dengan teknologi baharu, Intelligent Auto View yang mampu mengubah suai parameter gambar seperti suhu warna, tona warna, ketajaman dan cahaya latar secara automatik bagi penghasilan visual yang optimum.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


50 anak yatim tonton Tanda Putera

Posted:

50 anak yatim tonton Tanda Putera

50 anak yatim tonton Tanda Putera

PENGHUNI Rumah Perlindungan An-Nasuha Gombak dan Rumah Anak Yatim Titian Kasih Titiwangsa gembira dapat menonton filem Tanda Putera yang dianjurkan oleh Kumpulan AlloyMtd di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MESEJ MERDEKA. Bersempena sambutan hari kemerdekaan yang ke-56, Kumpulan AlloyMtd membawa 50 anak yatim bagi menonton filem patriotik, Tanda Putera di TGV Wangsa Walk di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kesemua anak yatim yang berumur antara 11 hingga 18 tahun itu dibawa dari Rumah Anak Yatim Titian Kasih Titiwangsa dan Rumah Perlindungan An-Nasuha Gombak.

Ketua Jabatan Komunikasi AlloyMtd, Fazlyaton Hussien berkata, tujuan mereka mengadakan program itu adalah sebagai salah satu cara menyemai semangat kemerdekaan dalam kalangan generasi muda.

AlloyMtd juga mengedarkan Jalur Gemilang kepada 5,000 pengguna di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Pantai Timur. Syarikat berteraskan infrastruktur itu turut memberi diskaun tol Smart Tag dan Touch 'n Go sebanyak 10 peratus pada 31 Ogos lalu.

4,000 buah motosikal berkumpul di Port Dickson

Posted:

4,000 buah motosikal berkumpul di Port Dickson

4,000 buah motosikal berkumpul di Port Dickson


TUN HAIRUDIN (berdiri empat dari kanan) melepaskan penunggang motosikal yang berkonvoi pada program PD International Bike Week di Eagle Ranch Resort, Port Dickson baru-baru ini.


NGAUMAN MOTOSIKAL. Kehadiran lebih 4,000 buah motosikal daripada pelbagai jenis jentara berjaya memeriahkan penganjuran Port Dickson (PD) International Bike Week yang masuk edisi ke-11 di Eagle Ranch Resort, PD, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program tiga hari itu merupakan anjuran resort tersebut dengan kerjasama Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Tun Hairudin Abu Bakar berkata, program edisi ke-11 itu turut menyaksikan peningkatan peserta dari luar negara.

"Ini merupakan petanda positif apabila penunggang motosikal berkuasa tinggi mula melihat Port Dickson sebagai lokasi perhimpunan peminat motosikal," katanya.

Jamuan Aidilfitri erat ikatan

Posted:

Jamuan Aidilfitri erat ikatan

Jamuan Aidilfitri erat ikatan


SEBAHAGIAN daripada ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Desa Pinggiran Putra Fasa 1 bergambar pada majlis sambutan Malam Silaturahim Aidilfitri di Kajang, Selangor baru-baru ini.


MERIAH. Persatuan Penduduk Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1 mengadakan majlis sambutan Malam Silaturahim Aidilfitri di Dewan Orang Ramai Pinggiran Putra, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk DPP Fasa 1, Muhammad Hassan berkata, majlis itu menjadi landasan terbaik untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk di kawasan perumahan DPP.

Ini merupakan kali kedua pihak persatuan penduduk menganjurkan sambutan Aidilfitri pada sebelah malam dan kehadiran penduduk setempat amat menggalakkan.

Orang ramai yang hadir disajikan dengan pelbagai menu istimewa antaranya kambing panggang, nasi minyak, lemang, nasi impit dan rendang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dua anggota APMM selamat

Posted:

Dua anggota APMM selamat

Dua anggota APMM selamat

Oleh KUMARA SABAPATTY
kumara.sabapatty@kosmo.com.my

SHAHIDAN menunjukkan peta lokasi dua anggota APMM yang ditemui semula selepas hilang di perairan Kelantan pada sidang akhbar di Putrajaya semalam sambil diperhatikan Ahmad Puzi.


PUTRAJAYA - Dua anggota Maritim Malaysia (APMM) yang hilang di perairan Kelantan ketika berada di atas bot nelayan bersama dua warga Vietnam yang ditahan pada Sabtu lalu ditemui selamat di kedudukan 95 batu nautika dari Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.

Turut ditemui bersama Laskar Kelas II Mohd. Ramadhan Hizam, 22, berasal dari Johor dan Laskar Kelas II Mohamad Sabrie Sahibul, 24, dari Sabah ialah dua nelayan Vietnam yang sebelum itu diperiksa oleh anggota APMM terbabit.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bot nelayan tersebut didapati hilang daripada kawasan operasi selepas hanyut kerana kehabisan minyak dan bukan disebabkan dua anggota APMM terbabit dilarikan oleh nelayan Vietnam.

"Semasa ditemui, dua anggota APMM masih bersenjata dan mengawal dua nelayan Vietnam di atas bot yang hanyut," jelas beliau pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Adi Putra nafi gambar lucah miliknya

Posted:

Adi Putra nafi gambar lucah miliknya

Adi Putra nafi gambar lucah miliknya

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


ADI PUTRA


KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu berdolak-dalik berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, pelakon terkenal Adi Putra (gambar) semalam menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya.

Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida adalah miliknya.

Menurut Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.

"Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci," ujarnya pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Harga ayam, ikan lebih mahal

Posted:

Harga ayam, ikan lebih mahal

Harga ayam, ikan lebih mahal

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini mula mendatangkan kesan apabila barangan basah terutama ayam dan ikan segar mengalami kenaikan harga sekitar 10 peratus berbanding sebelum ini.

Tinjauan Kosmo!di beberapa buah pasar borong di sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata peruncit memberikan alasan bahawa mereka terpaksa menaikkan harga jualan disebabkan tindakan pembekal mengenakan harga lebih berbanding sebelumnya.

Menurut mereka, rata-rata pembekal pula memaklumkan, mereka terpaksa berbuat demikian kerana terpaksa menanggung kos pengangkutan yang tinggi berpunca daripada kenaikan petrol RON95 dan diesel.

Harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen baru-baru ini menjadikan harga terkini bahan bakar tersebut masing-masing RM2.10 dan RM2 seliter.

Tinjauan di pasar Jalan Klang Lama di sini mendapati, peniaga menaikkan harga jualan ayam antara 30 sen hingga 80 sen sekilogram sejak Selasa lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Peraga, perkenal dan promosi tudung Fareeda

Posted:

Peraga, perkenal dan promosi tudung Fareeda

Peraga, perkenal dan promosi tudung Fareeda

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

PESONA tiga wanita yang sibuk beraksi di hadapan lensa kamera betul-betul mencuri perhatian sesiapa sahaja.

Selang beberapa ketika, pantas sahaja mereka memberikan gaya berbeza memenuhi permintaan jurufoto.

Duta dan Jurucakap Fareeda House of Scarf (Fareeda), Mawar Abdul Karim, 23, sentiasa diapit juara pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda musim pertama dan kedua iaitu Norazaliah Ramli, 29, dan Suhaili Mohamad, 26.

Hubungan antara ketiga-tiga model tudung Fareeda begitu akrab sepanjang sesi fotografi berlangsung.

Tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang model, rutin Norazaliah yang lebih senang dipanggil Azalia kini berubah.

"Saya perlu menitikberatkan penampilan diri berbanding sebelum ini. Dari segi pengurusan masa, jika dulu kerjaya saya hanya di pejabat, kini saya perlu bijak membahagikan masa antara pegawai kerajaan dan juga model.

"Kesibukan dua kerjaya itu pula bukan alasan untuk saya mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu," kata Azalia sambil memberitahu sesi fotografi biasanya akan diadakan selepas waktu bekerja.

Diangkat sebagai juara pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda musim pertama, tahun ini genap tiga tahun ibu kepada Damia Firdina Abdullah Faisal, 5, menjadi model tudung Fareeda.

Azalia mengakui perubahan penampilan sepanjang bergelar model memberinya keyakinan dan percaya kepada diri sendiri.


SUHAILI (tiga dari kiri) ketika dinobatkan sebagai juara Pencarian Model Tudung Fareeda bagi kategori bawah 40 tahun pada tahun 2011.


Usikan teman

"Kadang-kadang ada juga kawan-kawan yang mengusik di pejabat dan berkata, 'Model datang, model datang, hanya model yang boleh menggayakan tudung atau baju tu, kita tidak sesuai'.

"Bagi saya penjagaan penampilan diri sangat penting terutama dalam membentuk imej diri supaya lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara," ujarnya yang mendapat dorongan daripada suami tercinta, Abdullah Faisal Hillaluddin, 29.

Dari segi pemilihan tudung Azalia lebih menitikberatkan soal warna kerana warna memainkan peranan dalam personaliti seseorang.

"Ada yang bertanya kepada saya sama ada tudung Fareeda sesuai dengan mereka atau tidak. Begitu juga untuk menjadikan tudung tersebut sebagai hadiah. Biasanya, perkara pertama saya akan tanya ialah umur si penerima dan jenis tudung yang digemari.

"Tugas saya sebagai model Fareeda adalah untuk memperaga, memperkenal dan mempromosikan tudung jenama ini kepada peminat," katanya yang kini membawa imej Fareeda di mana saja.

Dalam pada itu, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan, Suhaili, begitu berhati-hati dalam penampilannya selepas menjadi juara Pencarian Model Tudung Fareeda musim kedua pada tahun 2011.

Anak ketiga daripada lima beradik itu mengakui setiap tingkah lakunya akan dinilai oleh orang awam lebih-lebih lagi apabila menjadi model muslimah.

"Saya berjinak-jinak memakai tudung Fareeda sebelum mengetahui pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda dan setiap paten tudung keluaran Fareeda menjadi buruan saya.

"Tiada paten tudung yang spesifik kerana semuanya saya suka dan ia perlu disesuaikan mengikut situasi atau majlis," kata graduan di Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia itu.


PRODUK keluaran Fareeda sememangnya menjadi pilihan kebanyakan kaum Hawa di negara ini.


Nama Suhaili mekar seiring dengan populariti jenama Fareeda.

"Rutin harian saya berubah dan saya perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan bidang peragaan.

"Jika, minggu itu saya terlalu sibuk dengan sesi fotografi, minggu berikutnya saya akan tumpukan perhatian dengan pelajaran, menghadap komputer atau berjumpa pensyarah," ujarnya yang gemar membaca novel dan menonton wayang.

Ditanya sama ada dia pernah didatangi peminat untuk bergambar, Suhaili memberitahu, dia tiada masalah jika itu yang peminat inginkan selagi tidak menganggu ruang privasi dirinya kerana itu harga yang perlu dibayar setelah menjadi model.

Isteri kepada Mohd. Khairul Yusran Jafar, 31, itu menyimpan banyak kenangan manis sepanjang bersama Fareeda. Memori manis yang paling diingati ialah apabila dipilih untuk membintangi iklan televisyen dan papan iklan.

"Perbezaan paling ketara sejak menjadi model Fareeda ialah saya lebih berkeyakinan dalam melakukan sebarang tugasan yang diberi. Jika sebelum ini saya pemalu dan takut untuk menonjolkan diri, tetapi komitmen bersama Fareeda begitu memberi kesan kepada saya.

"Bagi wanita yang mahu menjadi model tudung Fareeda musim keempat, berusaha dan jangan putus asa. Paling penting, ikhlas dan bersihkan niat untuk menyertai pertandingan. Niatlah untuk sesuatu yang baharu dan bukan untuk mengejar glamor semata-mata," katanya.

Normaliza menjejak mimpi

Posted:

Normaliza menjejak mimpi

Normaliza menjejak mimpi

RANCANGAN Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely telah membina keyakinan diri Normaliza.


PEMALU dan kurang keyakinan diri, dua karakter yang menggambarkan keperibadian Normaliza Md. Hushim. Setiap perkara yang dilakukan tidak pernah didokong semangat juang berbelah bagi, semuanya sekadar mampu dan cukup-cukup untuk hidup.

Rutin harian wanita berumur 26 tahun itu juga tiada istimewanya. Pagi bekerja di sebuah syarikat swasta manakala waktu malam membantu gerai makan yang dikendalikan oleh ahli keluarganya.

Barangkali sedikit kekuatan untuk menyertai rancangan realiti TV telah meruntuhkan sifat malu yang memagar personaliti Normaliza.

Saat namanya diumumkan sebagai juara rancangan realiti TV Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely yang bersiaran di TV9, hidup Normaliza berubah drastik. Dia tidak lagi kekok berbicara bersama orang asing bahkan penuh yakin beraksi di hadapan lensa kamera.

"Perkara pertama yang ingin saya ingin lakukan ialah meluaskan bisnes keluarga. Ia tidak perlu berubah menjadi restoran terkenal, namun cukup untuk digemari ramai. Biar keluarga dan rakan-rakan dapat menjamu selera dengan puas, itu yang saya impikan," murni dan ikhlas impian kecil dambaan Normaliza yang berjaya menggondol hadiah utama bernilai RM10,000 daripada rancangan tersebut.

Minat Normaliza dalam dunia masakan terbit sejak dia masih kecil. Singkapnya: "Saya ingat lagi, selepas sekolah saya terus pulang ke rumah memasak untuk keluarga. Kini, selepas bergelar ibu, saya masih menikmati waktu-waktu memasak untuk anak saya.

"Memang telah menjadi impian saya untuk meneroka lebih jauh dalam bidang ini."

Sepanjang rancangan itu berlangsung, Normaliza mengakui bahawa beberapa kali dia berasa tercabar dengan peserta lain. Paling sukar apabila setiap cabaran dia perlu bekerja dengan peserta yang berbeza.

Bekerja secara individu membuatkan wanita itu buntu sejenak untuk menyesuaikan diri bekerjasama dengan pasangan yang ditetapkan. Namun akhirnya dia mula menerima konsep kerjasama yang diterapkan dalam rancangan itu dan berjaya menyelesaikan setiap tugasan dengan pantas.

WANITA berusia 26 tahun ini mahu membesarkan restoran keluarganya.


Mentor

Penglibatan beberapa nama tersohor tanah air dalam pelbagai bidang juga banyak membantu meningkatkan tahap keyakinan peserta. Bagi Normaliza, bermentorkan tukang masak ternama seperti Chef Zamzani Abdul Wahab atau dikenali dengan nama Chef Zam merupakan detik paling berharga sepanjang menyertai rancangan tersebut.

"Chef Zam banyak mengajar saya bekerja dalam kumpulan. Bukan itu sahaja, dia juga memberi banyak panduan cara-cara menggunakan alat-alat dalam dapur iandustri. Kebiasaannya, saya masak dalam dapur rumah sahaja dan baru tahu yang dapur industri jauh berbeza daripada dapur rumah.

"Saya juga merasakan bahawa ganjaran terbesar selain daripada bimbingan Chef Zam ialah perjalanan unik dengan cabaran yang berbeza dan panduan serta nasihat daripada mentor lain," ujar Normaliza.

Sejak bertapak di Malaysia dua dekad lalu, produk kecantikan Fair & Lovely sentiasa berusaha mengubah dan memberi inspirasi kepada kehidupan gadis-gadis Malaysia menerusi kecantikan luaran dan dalaman.

Rancangan realiti TV Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely merupakan antara usaha berterusan jenama itu bagi membantu golongan wanita di negara ini mencapai kerjaya impian mereka.

Rancangan yang menampilkan 10 gadis pelbagai latar belakang itu berkisar tentang perjalanan mereka bagi merebut peluang menjalani latihan sambil belajar dalam kerjaya impian masing-masing di samping mentor yang berpengalaman.

Rancangan tersebut menyediakan platform kepada para peserta untuk membina semula semangat dan mengejar impian mereka dalam lapangan kerjaya yang berbeza.

Ia juga bertujuan membantu gadis-gadis Malaysia mengikut suara hati masing-masing dalam memulakan perjalanan membina keyakinan diri dan paling penting, untuk mereka menyedari potensi dan aspirasi mereka.

Jiwa urban skirt Muslimah

Posted:

Jiwa urban skirt Muslimah

Jiwa urban skirt Muslimah

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

PADUAN rona ceria dalam skirt atas pinggang ini memberi keyakinan ekstra kepada si pemakai.


LIMA jenis skirt pelbagai corak, warna dan potongan sedia untuk ditawarkan kepada kaum Hawa yang dahagakan penampilan sopan anggun yang moden. Sama ada skirt atas pinggang (high waist) atau empat pecahan skirt potongan duyung (mermaid), golongan Muslimah pasti tampil ranggi bersama rekaan unik noreen z.

Skirt duyung klasik menggunakan nama Atiya misalnya, direka ringkas dengan penekanan diberikan kepada lapan panel yang menawan. Bagi mereka yang gemarkan ropol bertingkat, skirt duyung Ranya memenuhi cita rasa fesyen anda dengan ropol tiga lapis.

Perwatakan feminin juga ketara apabila menggayakan skirt duyung Naila. Ropol selapis bermula dari lutut hingga ke bahagian bawah skirt kelihatan mewah apabila ditambah dengan corak abstrak yang melatari koleksi tersebut.

MUDAH disuai padan. Skirt koleksi noreen z tidak janggal membentuk gaya Muslimah yang moden.


Cipta gaya eksklusif bersama skirt duyung Kayla yang memberi tumpuan kepada ropol pada bahagian bawah sahaja. Ropol bawah dengan panjang kira-kira 25 sentimeter itu membuatkan langkah si pemakai lebih elegan tatkala ia beralun lembut mengikut rentak kaki.

"Memang skirt ini direka berteraskan fesyen Islamik, namun ia masih boleh digayakan wanita tidak bertudung kerana ia mudah membentuk pelbagai gaya yang unik.

"Kesemua skirt dilengkapi pelapik dan saiz disediakan bermula daripada XS sehingga XL mengikut standard orang Asia.

"Dari segi penggunaan material, kami banyak menggunakan satin, tetapi satin itu diterbalikkan. Bahagian kain yang berkilat itu dijadikan bahagian dalam agar fungsi skirt itu tidak terhad kepada acara tertentu.

SKIRT potongan duyung Naila menyerlahkan sisi feminin.


"Kita tahu bahawa satin berkilat tidak sesuai digayakan secara santai, jadi kami cuba ubah prinsip itu, malah ramai pelanggan mengatakan bahagian dalam skirt sangat selesa.

"Selain itu, kami turut menggunakan fabrik wool peach yang hampir sama seperti satin cuma tidak berkilat dan kain kapas," jelas Ketua Pegawai Eksekutif noreen z, Noreen Zulkepli.

Disasarkan kepada wanita berumur 16 hingga 35 tahun, skirt di bawah jenama noreen z banyak bermain dengan warna dan berani mengadunkan lima hingga enam rona dalam satu skirt. Antara palet popular ialah hitam, ungu lavender, merah, biru diraja, emas dan hijau.

Ia dijual pada harga RM95 hingga RM140 berdasarkan material dan kuantiti kain yang digunakan.

Kunjungi laman Instagram noreen z menggunakan nama noreenzulkepli bagi melihat semua koleksi skirt dan cara-cara suai padan yang elegan. Untuk tempahan pula, e-mel kepada noreen.zulkepli@gmail.com.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Belum tiba masa 'goyang kaki'

Posted:

Belum tiba masa 'goyang kaki'

Belum tiba masa 'goyang kaki'

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

KIM SWEE (dua dari kanan) dijangka merehatkan beberapa tonggak utamanya ketika Harimau Muda menentang Thailand di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.


HARIMAU Muda tampil sebarang tekanan ketika menentang Thailand pada aksi ketiga Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Bagaimanapun, skuad Bawah 23 (B-23) tahun kendalian Ong Kim Swee itu tetap memburu tiga mata berharga, sekali gus mengekalkan rekod bersih dalam saingan peringkat kumpulan yang dijalankan secara round robin.

Bagi Kim Swee, kejayaan Harimau Muda mengesahkan slot ke final lebih awal tanpa perlu mengambil kira keputusan menentang Thailand merupakan satu rahmat buat para pemainnya.

"Walaupun telah melangkah ke final, ini tidak bermakna kami akan memberi laluan mudah kepada Thailand kerana bagi saya, kemenangan dalam setiap perlawanan adalah satu kemestian.

"Saya akui kami akan turun tanpa tekanan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan malam esok (malam ini). Namun, kami tetap mahukan kemenangan," jelas Kim Swee pada sidang akhbar di Kuantan semalam.

Kim Swee berkata, beliau kini dalam pertimbangan untuk merehatkan beberapa tonggak utama atas beberapa faktor termasuk masalah kecederaan dan keletihan.

"Saya mungkin akan menurunkan pemain-pemain yang masih belum diturunkan sebelum ini kerana kami memerlukan para pemain yang cergas dalam aksi final Sabtu nanti.

"Jika saya menurunkan pemain-pemain simpanan, bukan bermakna mereka adalah skuad kedua.

"Ini kerana semua pemain yang berada dalam skuad Harimau Muda adalah yang terbaik dan bersedia diturunkan pada bila-bila masa," jelasnya.

Kim Swee sudah pasti tidak dapat menurunkan khidmat penyerang utama, A. Thamil Arasu yang akan menjalani penggantungan perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.

Pemain sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor pula dilapor terseliuh buku lali manakala tonggak pertahanan kental, K. Reuben mengalami bengkak di bahagian kaki.

"Saya mengharapkan para pemain yang akan saya turunkan nanti terutama yang masih belum berpeluang bermain sebelum ini membuktikan kepada saya bahawa mereka sememangnya layak untuk berada dalam pasukan.

"Mereka seharusnya konsisten dan sentiasa memberikan komitmen terbaik kepada pasukan.

"Saya juga mahu tegaskan, para pemain yang beraksi pada Pestabola Merdeka kali ini tidak seharusnya berasa selesa kerana saya akan sentiasa menilai prestasi mereka sebelum Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.

"Walaupun jika kita menjuarai Pestabola Merdeka tetapi mereka tidak mengekalkan prestasi terbaik sebelum Disember nanti, saya tidak teragak-agak untuk menggugurkan mereka," katanya lagi.

Harimau Muda membara

Posted:

Harimau Muda membara

Harimau Muda membara

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


IRFAN (tengah) bersama rakan-rakan sepasukannya meraikan jaringannya ketika menentang Myanmar di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.


MORAL serta semangat Harimau Muda kini berada pada tahap terbaik.

Kapten Harimau Muda, Mohd. Irfan Fazail berkata, mereka semakin mendapat keserasian selepas mengharungi dua aksi pada Pestabola Merdeka 2013 setakat ini.

Menurut Irfan, situasi itu sudah pasti melonjakkan semangat barisan pemain Harimau Muda bagi memburu kejuaraan dalam kempen kali ini.

"Persefahaman antara para pemain kini semakin meningkat walaupun ada beberapa muka baharu dalam pasukan.

"Hasil perbincangan serta komunikasi yang berterusan menjadikan hubungan kami di dalam mahupun di luar padang menjadi semakin baik.

"Saya juga melihat motivasi rakan-rakan sepasukan sangat tinggi dan mereka begitu bersemangat setiap kali bermain," kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Paling menggembirakan Irfan apabila Harimau Muda kini telah mencapai sasaran awal dengan melayakkan diri ke pentas final tanpa perlu menunggu hingga aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Thailand malam ini.

Bagaimanapun, Irfan mengakui, Harimau Muda tidak boleh dibuai mimpi dengan kejayaan itu yang mungkin akan menyebabkan mereka bermain sambil lewa pada aksi seterusnya.

"Kami perlu sentiasa berfikiran jauh ke hadapan dan tidak boleh sentiasa puas dengan prestasi sebelum ini.

"Saya berharap dalam aksi bertemu Thailand esok (malam ini), saya dan rakan-rakan sepasukan akan terus menampilkan peningkatan serta memperbaiki beberapa kelemahan yang ada.

"Sebelum memikirkan aksi final, kami harus fokus kepada perlawanan menentang Thailand kerana kami tetap memburu tiga mata maksimum," jelasnya.

Dalam pertemuan menentang Myanmar kelmarin, Irfan dianggap antara nadi Harimau Muda yang bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan 2-1.

Selepas Myanmar membuka tirai jaringan menerusi Nay Lin Tun, Harimau Muda tampil lebih bertenaga pada babak kedua sebelum memperoleh dua gol hasil sumbangan Irfan dan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Kemenangan itu sudah cukup untuk memastikan Harimau Muda melangkah ke final selepas meraih enam mata maksimum.

"Kejayaan melangkah lebih awal ke final merupakan satu motivasi buat kami untuk memberi persembahan lebih bertenaga dalam perlawanan selepas ini.

"Saya tidak kisah sama ada bertemu Thailand atau Myanmar pada aksi final nanti.

"Namun, secara peribadi saya memilih untuk bertemu Myanmar kerana mereka telah tewas kepada kami pada peringkat kumpulan dan mereka pasti akan bermain lebih baik untuk membalas dendam pada final.

"Saya juga tidak boleh memperkecilkan kemampuan Thailand kerana seperti kita sedia maklum, Thailand sebuah pasukan yang sangat mantap," jelasnya.

Serang habis-habisan

Posted:

Serang habis-habisan

Serang habis-habisan

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

PARMPAK (kanan) dicabar pemain Singapura, Reeduan Pi pada saingan Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur kelmarin.


THAILAND akan menampilkan corak permainan secara menyerang ketika berdepan Harimau Muda pada aksi terakhir peringkat kumpulan Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Biarpun hanya memburu satu mata bagi mengesahkan tiket ke final, Thailand tidak rela berputih mata pada saat-saat akhir kerana menyedari Myanmar turut mengintai peluang yang sama.

Justeru, jurulatih Thailand, Kairung Threejagsang dijangka menurunkan barisan terbaiknya malam ini bagi mengelak anak-anak buahnya pulang dengan tangan kosong.

Selain mahu memperkukuh jentera serangannya, Threejagsang berkata, beliau akan memperkemas benteng pertahanannya kerana sedar Harimau Muda amat merbahaya ketika melancarkan serangan.

"Malaysia merupakan satu pasukan yang mantap di setiap posisi. Bagaimanapun, saya tetap akan menurunkan barisan terbaik.

"Saya berharap kami sekurang-kurangnya mampu mencuri satu mata untuk layak ke final," kata Threejagsang pada sidang akhbar di Kuantan semalam.

Threejagsang mengakui, beliau sangat bimbang jika pemain sayap lincah Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor diturunkan kerana menganggap pemain kelab Ryukyu FC itu mampu memberi masalah besar kepada benteng pertahanan Thailand.

"Pemain No. 10 Malaysia (Wan Zack Haikal) jika diturunkan sangat merbahaya. Dia terlalu pantas, memiliki teknik yang bagus dan mampu menghasilkan jaringan.

"Jadi kami harus lebih berwaspada dengan pemain itu jika dia diturunkan nanti," jelasnya.

Threejagsang berkata, Thailand akan tampil dengan kehadiran penyerang utama, Kasidech Wattayawong yang pulih daripada kecederaan.

"Saya juga berasa lega kerana (pemain sayap) Pakorn Parmpak yang terpaksa dikeluarkan selepas menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Singapura semalam (kelmarin) tidak mengalami kecederaan serius dan akan diturunkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Threejagsang berkata, para pemainnya tidak risau jika ribuan penyokong Harimau Muda membanjiri Stadium Darul Makmur dalam pertemuan malam ini.

"Para pemain saya sudah biasa dengan situasi begitu dan mental mereka begitu kuat. Jadi ia tidak begitu memberi kesan kepada corak permainan kami," katanya.

Sebelum Pestabola Merdeka 2013 berlangsung, terdapat dakwaan yang mengatakan Thailand tidak menghantar skuad kebangsaan sebenar mereka tetapi sekadar menghantar para pemain gabungan dua kelab terkemuka dari negara itu.

Bagaimanapun, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelaskan bahawa situasi itu bukan satu isu yang harus diperbesarkan.

"Saya tidak kisah mereka sekadar pasukan kelab atau apa pun. Yang penting mereka tampil dengan kualiti tersendiri

"Saya menjangkakan kesukaran buat kami dalam pertemuan dengan Thailand sama seperti aksi menentang Myanmar," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved