Selasa, 10 September 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penghulu bantu KPDNKK pantau harga barang

Posted:

Penghulu bantu KPDNKK pantau harga barang

Penghulu bantu KPDNKK pantau harga barang

10/09/2013 10:01pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 360 penghulu di Semenanjung akan bertindak sebagai kumpulan sokongan untuk membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memantau harga barang di kawasan mereka.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata langkah itu bagi memastikan pemantauan harga barang dapat dilakukan secara menyeluruh.

Beliau berkata, penghulu berkenaan akan dipanggil untuk mengikuti kursus berkenaan pemantauan harga barang dan undang-undang berkaitan.

"Sekarang kementerian juga sedang menjalankan kursus untuk penghulu-penghulu bagi memberi mereka penerangan mengenai cara dan metodologi bagi menangani isu kenaikan harga barang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perundingan Tahunan KPDNKK Bersama Pihak Industri Tahun 2013 di sini, hari ini. Majlis itu antara lain membuka peluang kepada penggiat industri berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu melibatkan perdagangan dalam negeri. - Bernama

Tiga mati dan tiga cedera dalam dua kejadian keganasan di selatan Thai

Posted:

Tiga mati dan tiga cedera dalam dua kejadian keganasan di selatan Thai

Tiga mati dan tiga cedera dalam dua kejadian keganasan di selatan Thai

10/09/2013 9:59pm

YALA - Tiga orang anggota keselamatan terkorban dalam dua kejadian keganasan berasingan di selatan Thai hari ini.

Dalam kejadian pertama, dua tentera maut dan dua lagi cedera dalam kejadian letupan bom dalam kawasan Sekolah Khanaradsadon Bamrung 2 yang terletak di Mukim Yupo, daerah Muang Yala pada 10.05 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muang Yala, Kol. Pol. Phacharapon Na Nakorn berkata, bom buatan sendiri berat 20 kilogram diisi dalam tong gas memasak dan ditanam di tepi pondok rehat dalam kawasan sekolah tersebut.

"Bom diletupkan dengan menggunakan alat walkie-talkie ketika lima tentera bertugas mengawal keselamatan guru sedang berehat," katanya.

Sementara itu, di wilayah Narathiwat seorang renjer maut diserang hendap, dan seorang penolong ketua kampong cedera terkena peluru sesat.

Kejadian berlaku pada jam 5 petang waktu tempatan di Kpg. Jelapea, Mukim Bongo, daerah Ragaet, Narathiwat.

Ketua Polis Daerah Rangaet, Kol. Pol. Jiraded Prasawang berkata, mangsa yang maut ialah Muhammad Alis Yakub, 40, yang menaiki kereta dalam perjalanan balik ke markas renjer kompeni ke-46 selepas menghantar isterinya balik ke rumah.

"Dia ditembak di bahagian kepala dan dada dengan pistol 11 mm dan 9 mm," kata Jiraded.

Beliau berkata dalam kejadian itu, peluru sesat turut terkena seorang wanita yang melintas ketika itu," katanya.

Mangsa dikenali sebagai Siti Aya Samahbeta, 45, dan seorang penolong ketua kampung.

Peluru terkena di bahagian kepala dan telinga beliau. - Bernama

Operator loji Fukushima lantik penasihat AS bantu kerja pembersihan

Posted:

Operator loji Fukushima lantik penasihat AS bantu kerja pembersihan

Operator loji Fukushima lantik penasihat AS bantu kerja pembersihan

10/09/2013 9:37pm

TOKYO - Operator loji nuklear Fukushima,Tokyo Electric Power Co., yang telah musnah dalam bencana gempa dan tsunami menyatakan pihaknya telah melantik bekas pegawai kawal selia nuklear dari Amerika Syarikat (AS) sebagai penasihat syarikat itu.

Langkah itu adalah untuk mendapatkan kepakaran asing dalam mengendali loji nuklear sekali gus membantu menghadapi kritikan mengenai pengendalian loji tersebut sejak berlaku bencana pada Mac 2011.

Tokyo Electric (Tepco) berkata dalam satu kenyataan bahawa perunding bebas tenaga dan bekas Ketua Jabatan Tenaga Pengurusan Sisa Nuklear Awam AS, Lake Barret, akan bertindak sebagai penasihat langkah-langkahmengendalikanloji dan air yang tercemar di tapak tersebut.

Barrett juga pengarah bagi Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear di loji Three Mile Island yang terletak Pennsylvania yang turut mengalami krisis nuklear pada tahun 1979.

Dalam tempoh 30 bulan lalu sejak berlaku kejadian gempa bumi dan tsunami yang telah mencetuskan krisis nukleardi loji Fukushima, pihak Tepco telah dikritik kerana gagal memanfaatkan kepakaran asing dalam menguruskan pembersihan tapak loji itu.

Syarikat tersebut juga berdepan cabaran apabila pihaknya mengaku bahawa sebanyak 300 tan air yang penuh bahan radioaktif telah bocor daripada salah satu tangki penyimpan air tercemar.

Kerajaan Jepun telah berbelanja hampir setengah bilion dolar untuk mengatasi masalah air yang tercemar di tapak loji tersebut. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved