Khamis, 15 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perubatan alternatif yang murah

Posted:

Perubatan alternatif yang murah

Perubatan alternatif yang murah

SEBUT sahaja lebah pasti majoriti masyarakat negara ini terbayangkan pelbagai khasiat madunya.

Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa sengatan lebah yang mempunyai kira-kira 20,000 spesies dan boleh didapati di setiap benua kecuali Antartika itu mampu merawat penyakit berbahaya.

Mengingati momen disengat lebah sahaja sudah menyakitkan, apatah lagi mendapatkan rawatan melalui sengatan lebah yang dilakukan di bahagian badan tertentu.

Lain pula ceritanya di China apabila orang ramai berduyun-duyun ke klinik akupuntur bagi mendapatkan rawatan sengatan lebah yang didakwa mampu merawat atau menghindari penyakit yang mengancam nyawa.

Menurut pakar akupuntur di Beijing, Wang Menglin, yang memperoleh sumber pendapatan hasil melakukan rawatan tersebut, lebih daripada 27,000 orang telah menjalani teknik rawatan menyakitkan itu dengan setiap sesi rawatan menggunakan berpuluh-puluh sengatan.

Selain daripada cuba mengelakkan reaksi alahan terhadap sengatan, tidak ada bukti perubatan ortodoks yang menyatakan bahawa bisa lebah berkesan bagi melawan penyakit.

Pada masa yang sama, laman web rasionalis Barat menggambarkan amalan yang dinamakan apiterapi iaitu penggunaan perubatan produk lebah madu termasuk madu, debunga, propolis, jeli raja dan bisa lebah itu sebagai cara rawatan palsu serta amalan perubatan yang meragukan.

"Kami memegang lebah dan meletakkannya di titik pada badan, memegang kepalanya dan picit sehingga jarum sengatan muncul," kata Menglin di kliniknya di pinggir ibu negara.

Hasil rawatan positif

Lebah yang digunakan olehnya adalah daripada jenis yang diimport dari Itali. Ia akan mati selepas menyengat.

"Kami telah merawat ramai pesakit yang menghidap pelbagai penyakit, daripada artritis hingga barah dan semuanya menunjukkan hasil yang positif.

"Sengat lebah boleh digunakan untuk merawat penyakit yang biasa berlaku di anggota bawah badan," ujarnya yang mendakwa rawatan tersebut juga berfungsi sebagai langkah pencegahan kehamilan.


SENGATAN lebah akan diletakkan pada bahagian badan yang sakit sama seperti lokasi tusukan jarum akupuntur.


Namun demikian, sebuah laman web di Amerika Syarikat, sciencebasedmedicine.org mengatakan bahawa dakwaan penyembuhan dan kemampuan mengubati penyakit selalunya tidak benar atau palsu.

"Tidak ada bukti saintifik yang menyokong penggunaannya," menurut laman web tersebut yang merujuk kepada apiterapi atau rawatan menggunakan produk lebah.

Salah seorang pesakit Menglin memberitahu, doktor memaklumkan dia hanya mempunyai masa lebih kurang setahun untuk hidup kerana menghidap barah otak dan paru-paru.

Hasil rawatan sengatan lebah, dia percaya telah berjaya memanjangkan jangka hayat hidupnya.

"Sejak tahun lalu hingga ke hari ini, saya semakin kuat dan sihat," kata pesakit tersebut kepada AFP.

Dalam pada itu, laman web Persatuan Kanser Amerika Syarikat menjelaskan: "Tiada kajian klinikal pada manusia yang menunjukkan bahawa bisa lebah atau produk lebah yang lain berkesan dalam mencegah atau merawat kanser.

"Bergantung kepada jenis rawatan ini sahaja dan mengelakkan atau melambatkan penjagaan perubatan konvensional untuk kanser mungkin mendatangkan kesan serius terhadap kesihatan pesakit."

Tambahnya, terdapat rujukan dalam al-Quran mengenai ciri-ciri perubatan cecair yang dihasilkan oleh lebah dan Maharaja Suci Rom pertama, Charlemagne (742-814) yang dikatakan telah dirawat dengan sengatan lebah.

Di negara Barat, sengat lebah juga digunakan oleh penghidap sklerosis berbilang iaitu penyakit yang melumpuhkan dan menyerang sistem saraf pusat.

Sungguhpun begitu, Persatuan Sklerosis Berbilang di Amerika Syarikat berkata pada laman webnya: "Di sebalik dakwaan bahawa ada kemungkinan bisa lebah mempunyai manfaat buat pesakit sklerosis berbilang, satu kajian rawak selama 24 minggu telah dilakukan.

"Hasil kajian tersebut tidak menunjukkan sebarang pengurangan terhadap penyakit, kehilangan upaya atau keletihan dan tiada peningkatan dalam kualiti hidup."


SEORANG pesakit menahan kesakitan daripada rawatan sengatan lebah yang dilaluinya.


Jejas koloni lebah

Penggunaan akupuntur lebah secara berleluasa boleh menyebabkan koloni serangga tersebut di seluruh dunia terjejas.

Para pencinta alam sekitar memberi amaran bahawa kemerosotan bilangan lebah yang membantu pendebungaan tanaman boleh memberi kesan serius ke atas pengeluaran pertanian.

Bisa lebah merupakan salah satu daripada perubatan tradisional China (TCM) yang berasal daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sebahagian daripadanya 'dipersalahkan' kerana membahayakan hidupan liar tertentu.

TCM adalah sebahagian besar daripada sistem penjagaan kesihatan China dan ia merupakan industri yang berkembang pesat yang menerima pelaburan dan sokongan kerajaan pusat.

Ramai orang di China tidak mampu untuk membeli ubat-ubatan ortodoks terbaharu berikutan insurans kesihatan negara yang terhad.

Orang tua yang lebih cenderung jatuh sakit juga lebih gemar mendapatkan perubatan tradisional kerana kepercayaan budaya yang mendalam terhadap kuasa alam semula jadi berbanding ubat-ubatan moden.

Kebanyakan hospital di China ada menyediakan rawatan perubatan tradisional.

Ia boleh menjadi satu bidang yang menguntungkan syarikat-syarikat mahupun pengamal perubatan.

Menurut Biro Perangkaan Negara, pada tahun 2012, industri TCM di China menghasilkan barangan bernilai 516 bilion yuan (RM275 bilion), lebih 30 peratus daripada jumlah pengeluaran perubatan di negara itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar antarabangsa UMP rai Aidilfitri di Pekan

Posted:

Pelajar antarabangsa UMP rai Aidilfitri di Pekan

Pelajar antarabangsa UMP rai Aidilfitri di Pekan

SEBAHAGIAN daripada pelajar antarabangsa UMP ceria menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Ketapang Tengah, Pekan, Pahang baru-baru ini.


MERIAH. Syawal kali ini memberi pengalaman baharu kepada 30 pelajar antarabangsa dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Ketapang Tengah, Pekan, Pahang baru-baru ini.

Pengarah Pejabat Antarabangsa UMP, Prof. Madya Dr. Ainol Haryati Ibrahim berkata, para pelajar berkenaan dibawa ke daerah tersebut untuk menikmati suasana berhari raya di kampung.

Ujar beliau, kebanyakan penuntut berasal dari Afghanistan, Yemen, Sudan, Pakistan, India, Nigeria, Indonesia, China dan Bangladesh.

Pelajar dari Sudan, Mazza Seddig Adam Abbakar, 31, mengaku kagum dengan budaya kunjung mengunjung semasa Aidilfitri di negara ini.

"Memang tidak pernah lihat dan merasai kemeriahan menyambut Aidilfitri sebegini, ia merupakan pengalaman manis buat diri saya ketika berada di Malaysia," katanya.

Sukarelawan JKM, pelajar luar negara bakar lemang

Posted:

Sukarelawan JKM, pelajar luar negara bakar lemang

Sukarelawan JKM, pelajar luar negara bakar lemang


BEBERAPA pelajar antarabangsa UniMAP dibantu ahli sukarelawan JKM Perlis dan KEMPs membakar lemang pada program 'Jom Bakar Lemang' di Kangar, Perlis baru-baru ini.


GOTONG-ROYONG. Kira-kira 200 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis membakar 500 batang lemang sempena sambutan Aidilfitri di rumah Kelab Media Perlis (KEMPs), Kangar, Perlis baru-baru ini.

Program 'Jom Bakar Lemang' anjuran sukarelawan itu turut bekerjasama dengan KEMPs dan pelajar antarabangsa dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi membakar makanan tradisional itu.

Lemang yang siap dibakar itu kemudian diagihkan kepada warga emas dan golongan kurang upaya di negeri itu.

Turut menjayakan program tersebut ialah Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin, Pengarah JKM Perlis, Abdullah Ali dan Presiden KEMPs, Adnan Jahaya.

5,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Ahmad Husni

Posted:

5,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Ahmad Husni

5,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Ahmad Husni


AHMAD HUSNI (tengah) bersama isterinya, Datin Seri Fauziah Kamarudin (tiga dari kanan) bergambar bersama pengamal media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Ipoh, Perak baru-baru ini.


MERIAH. Lebih 5,000 pengunjung tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau baru-baru ini.

Majlis tersebut berlangsung di pekarangan kediaman Ahmad Husni di Kampung Sungai Rokam, Ipoh, Perak.

Selain itu, seramai 30 pengamal media cetak dan elektronik pelbagai agensi yang bertugas di negeri Perak juga hadir memeriahkan majlis tersebut.

Ahmad Husni berkata, majlis rumah terbuka itu diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat berbilang kaum berkongsi kemeriahan Aidilfitri.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir termasuk para pengamal media yang bertugas pada musim cuti perayaan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Maut selepas 35 hari derita

Posted:

Maut selepas 35 hari derita

Maut selepas 35 hari derita

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

CHRISTINA disahkan mati kelmarin selepas lebih sebulan dirawat di HUS apabila melecur teruk akibat disimbah cuka getah di rumahnya di Kampung Pejiru, Bau pada 9 Julai lalu.


KUCHING - Setelah 35 hari bertarung nyawa, seorang wanita yang melecur teruk di seluruh badan akibat disimbah cuka getah oleh suaminya yang mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Afrika meninggal dunia kelmarin.

Christina Nyoeh, 43, yang melecur teruk di muka, tangan dan badan disahkan mati pada pukul 9.15 malam ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Jurucakap polis berkata, ekoran kematian mangsa, kes yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 306 Kanun Keseksaan iaitu bersubahat membunuh diri ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Katanya, suami mangsa kini di bawah pemerhatian polis di rumahnya kerana masih belum sihat ekoran tindakannya meminum racun rumpai sejurus menyimbah isterinya dengan cuka getah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tukul kepala bekas kekasih

Posted:

Tukul kepala bekas kekasih

Tukul kepala bekas kekasih

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my

KHONG POH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban semalam atas tuduhan memukul bekas teman wanitanya dengan tukul besi.


SEREMBAN - Seorang peniaga kepak ayam mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memukul bekas teman wanitanya menggunakan tukul besi di sebuah rumah di Taman Jasper Jaya dekat sini Sabtu lalu.

Tertuduh Sion Khong Poh, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut fakta kes, Khong Poh dituduh dengan sengaja mencederakan Lin Pui Leen, 29, di sebuah rumah yang beralamat di No. 35, Jalan 3, Taman Jasper Jaya dekat sini pukul 8.30 pagi.

Bagi kesalahan itu, Khong Poh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penjawat awam belasah isteri dalam lif ditahan

Posted:

Penjawat awam belasah isteri dalam lif ditahan

Penjawat awam belasah isteri dalam lif ditahan

GEORGE TOWN - Seorang penjawat awam yang membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini pada Isnin lalu ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek (gambar) berusia 36 tahun yang merupakan penjawat awam ditahan sebaik menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang pada pukul 4.45 petang.

Menurut beliau, susulan itu bapa kepada tiga anak itu akan diserahkan kepada polis Pulau Pinang hari ini untuk direman bagi membantu siasatan mengenai tindakannya membelasah isterinya.

"Polis akan merekodkan keterangannya berhubung kejadian itu dan seterusnya melengkapkan kertas siasatan," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Kelakuan ganas suspek itu yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) hospital berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial Facebook dan YouTube sejak Isnin lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Saya hanya ambil ubat batuk'

Posted:

'Saya hanya ambil ubat batuk'

'Saya hanya ambil ubat batuk'

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

FALLANIE kini berdepan dengan penggantungan dua tahun selepas didapati positif dalam ujian doping.


PELUMBA basikal lebuh raya negara, Ahmad Fallanie Ali akhirnya tampil mempertahankan dirinya mengenai isu doping ketika beraksi pada Jelajah 1 Malaysia (J1M) 2013 Jun lalu.

Meskipun ujian doping ke atasnya didapati positif, Fallanie, 30, h tetap dengan pendiriannya bahawa dia hanya mengambil ubat batuk dan bukan bahan larangan iaitu dadah jenis steroid anabolic seperti yang disahkan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).

Bagaimanapun, ujian doping yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang kandungan kodein atau dextromethorphan iaitu bahan yang terkandung dalam ubat batuk berkenaan.

Pelumba kelahiran Terengganu itu turut mempertahankan keputusannya yang enggan membuka sampel B air kencing atas alasan dia mempunyai hak berbuat demikian.

"Saya akui apa yang berlaku ini adalah disebabkan kesilapan saya kerana tidak meminta nasihat daripada Institut Sukan Negara (ISN) atau pengurus dan jurulatih pasukan.

"Pada waktu itu, saya mengalami demam selama seminggu, jadi saya memutuskan untuk mengambil ubat batuk, selesema dan demam.

"Saya tidak percaya dan sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh Setiausaha Persatuan Basikal Kuala Lumpur (PBKL) Firdaus Arshad bahawa ujian doping saya disahkan positif," jelas Fallanie kepada Kosmo! semalam.

Menurut Fallanie, surat rayuan supaya hukuman diringankan selain penjelasan sebenar mengenai perkara itu telah dihantar kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada 9 Ogos lalu selepas dia diberi tempoh sehingga Selasa depan (20 Ogos) untuk menjawab pertuduhan.

"Memang saya bersalah, saya terima keputusan ini tetapi pada masa sama, saya berharap hukuman yang dikenakan terhadap saya dapat diringankan kerana saya tidak tahu pengambilan ubat batuk, selesema dan demam mampu mengheret saya dengan masalah ini.

"Sekali lagi saya ingin jelaskan bahawa apa yang saya lakukan memang tidak disengajakan. Saya pergi ke farmasi seperti biasa untuk mendapatkan semua ubat tersebut," katanya.

Fallanie yang terkenal sebagai pelumba domestik, tidak menolak kemungkinan bahawa pengambilan ubat batuk secara berterusan menjadi antara faktor bahan tersebut wujud dalam air kencingnya.

"Saya tiada niat untuk mengambil bahan larangan itu, namun saya redha dengan apa jua keputusan yang akan diputuskan nanti," kata Fallanie yang patah tulang bahu kerana terlibat dalam kemalangan sebelum beraksi pada J1M 2013.

Fallanie berkata, apa yang berlaku ke atas dirinya ketika ini bukan penamat kepada kariernya dan dia akan tetap meneruskan latihan seperti biasa.

Fallanie yang dipinjamkan oleh PBKL kepada Terengganu pada J1M 2013 kini bakal berdepan penggantungan dua tahun oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Dia merupakan pelumba lebuh raya ketiga menerima hukuman berkenaan selepas Razif Salleh pada 2006 dan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi (2009).

'Tidak timbul soal berkecil hati'

Posted:

'Tidak timbul soal berkecil hati'

'Tidak timbul soal berkecil hati'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AKSI Nik Shahrul (kanan) ketika skuad Harimau Malaya menentang Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam minggu lalu.


PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee kekal bersikap gentlemen. Kehilangan dua tonggak pertahanan, Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan Junior Edstal menjelang Pestabola Merdeka 2013 di Kuantan, Pahang Darul Makmur bulan depan tidak sedikitpun membuatkan pengendali berusia 43 tahun itu berkecil hati.

Sebaliknya, Kim Swee nekad membantu Harimau Muda memberikan yang terbaik pada kejohanan itu sebagai sebahagian daripada persiapan memburu pingat emas hatrik pada temasya Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.

Menurut Kim Swee, beliau telah mengenal pasti beberapa pemain bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nik Shahrul dan Junior.

"Tidak timbul soal kecil hati dan sebagainya, isu seperti ini sewajarnya tidak lagi perlu disensasikan.

"Sebenarnya, saya sudah memiliki dua atau tiga pemain pengganti bagi menggantikan mereka (Nik Shahrul dan Junior).

"Memanglah saya akan memiliki lebih banyak alternatif pemain jika memiliki Nik Shahrul dan Junior tetapi saya percaya masih ramai pemain lain sehebat mereka, sekali gus memberikan yang terbaik untuk sekurang-kurangnya mara ke final Pestabola Merdeka," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Semalam, Kosmo! melaporkan tindakan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang menyenaraikan Nik Shahrul dan Junior sebagai persiapan berdepan China dalam satu aksi persahabatan pada 10 September depan.

Tindakan Rajagobal itu jelas mengundang polemik dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan yang menyifatkan Nik Shahrul dan Junior sepatutnya menyertai Harimau Muda mengharungi Pestabola Merdeka.

Ini kerana Harimau Muda dilihat agak tempang di bahagian benteng pertahanan ekoran kecederaan yang dialami Shahrul Saad dan Mohd. Amir Saiden semasa 'berguru' di Eropah tempoh hari.

Namun, Harimau Muda tetap menerima perkhabaran gembira apabila kembali diperkuatkan dengan beberapa muka lama seperti Muhamad Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Noor, Mohd. Zubir Azmi dan perancang muda, Nazmi Faiz Mansor bagi mengharungi Pestabola Merdeka kelak.

Skuad Harimau Muda bakal membuka tirai Pestabola Merdeka berdepan skuad bawah 23 Tahun (B-23) Singapura di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 September depan sebelum melayan cabaran B-23 Myanmar (9 September) dan B-23 Thailand dua hari kemudian.

Aksi penentuan tempat ketiga/ keempat dan final pula dijadualkan berlangsung di stadium yang sama pada 14 September.

Jangan banyak merapu!

Posted:

Jangan banyak merapu!

Jangan banyak merapu!

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh mula naik angin dengan Peter James Butler.

Sehari selepas Butler mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial Twitter peribadinya dengan mengkritik PBSNT, semalam Che Mat pula 'menyerang' bekas jurulatih Terengganu itu.

Che Mat menegaskan, perbuatan Butler itu jelas tidak menggambarkan sikap profesional selepas pengendali kelahiran Halifax, England itu dipecat sebagai jurulatih Terengganu pada pertengahan tahun lalu.

Beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan terhadap Butler jika jurulatih berusia 47 tahun itu terus bertindak mencemar nama baik Terengganu mahupun T-Team dalam laman sosial.

"Jangan nak sibuk-sibuk pasal Terengganu dan T-Team, jaga hal diri sendiri lebih bagus.

"Jadilah seorang yang lebih matang dan profesional. Kami dah bayar semua gaji tertunggak, apa lagi yang dia (Butler) tak puas hati?

"Dia tidak boleh merapu dalam Twitter dengan memberikan gambaran buruk kepada bekas majikannya sendiri (PBSNT).

"Nasihat saya, jangan ulangi perbuatan itu pada masa akan datang sebelum tindakan susulan diambil," kata Che Mat ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam laman sosial Twitter peribadinya kelmarin, Butler secara terbuka mengkritik pihak pengurusan PBSNT selain mengeluarkan kenyataan supaya badan induk itu mencontohi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Bekas jurulatih Kelantan itu turut menyelar Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rasid Yusof yang dianggapnya sebagai badut dan tidak memiliki sebarang pengetahuan dalam bidang bola sepak.

Sebelum ini, Butler cukup terkenal dengan pelbagai kontroversi apabila beliau pernah bertikam lidah dengan bekas penjaga gol Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli.

Beliau juga hampir dikenakan saman oleh dua bekas pemainnya, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad apabila menuduh kedua-dua pemain terbabit membawa masuk wanita ke dalam bilik hotel di Kedah pada Ogos tahun lalu.

"Dia (Butler) pernah cuba minta balik jawatan (jurulatih Terengganu) selepas undian Piala Malaysia baru-baru ini tetapi saya tidak mahu layan.

"Cukuplah apa yang berlaku sepanjang beliau menjadi jurulatih Terengganu," tegas Che Mat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sahabat baik juara pertandingan masakan Ikea

Posted:

Sahabat baik juara pertandingan masakan Ikea

Sahabat baik juara pertandingan masakan Ikea

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SEMUA peserta bergambar kenangan bersama Chef Anis Nabilah (empat dari kiri) dan Chef Muluk (empat dari kanan) selepas tamat pertandingan.


MAMPUKAH anda melakukan aktiviti memasak selama 25 jam tanpa henti dengan cabaran tertentu? Bagi sesetengah orang terutama mereka yang tidak pernah ke dapur, ia mungkin satu perkara yang sukar untuk dilakukan.

Namun, dua sahabat baik, Lee Ren Ying, 33, dan Tong Chin Thing, 34, membuktikan bahawa hubungan persahabatan yang terjalin selama ini dapat dimanfaatkan ketika beraksi di dapur.

Menamakan kumpulan mereka sebagai Talking Giraffe, Ren Ying dan Ching Thing berjaya mengungguli pertandingan sulung Cabaran Memasak 25 Jam Tanpa Henti yang dianjurkan oleh Ikea Malaysia (Ikea) baru-baru ini.

Kejayaan itu membolehkan mereka memenangi sebuah dapur idaman bernilai RM10,000 yang boleh dibeli melalui Kad Hadiah Ikea sekali gus menewaskan 11 kumpulan peserta yang lain.

Setiap kumpulan terdiri daripada pasangan suami isteri, ibu dan anak, adik-beradik dan sahabat baik.

Masing-masing berusaha mempamerkan skil memasak untuk mencapai impian memenangi hadiah keseluruhan yang bernilai RM38,000.

"Saya seperti tidak percaya bahawa kami telah memenangi pertandingan dan mengharungi setiap cabaran dengan jayanya. Ia seakan-akan satu mimpi.

"Saya juga amat berterima kasih kepada Ikea atas inisiatif menganjurkan program ini. Walaupun kepenatan menyelesaikan setiap cabaran dalam tempoh 25 jam, kegembiraan apabila dinobatkan sebagai pemenang mengatasi segala-galanya.

"Semua peserta memiliki kehebatan tersendiri. Saya tidak akan lupakan detik penuh bersejarah ini," ujar Ren Ying dengan penuh teruja.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Pemasaran Serantau Ikea, Yeong Tze Kuen berkata, kesemua 12 peserta akhir itu telah melalui proses penghakiman yang ketat.

Justeru, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada para peserta yang memberikan komitmen sepanjang pertandingan tersebut.

"Saya percaya semua peserta telah melalui satu pengalaman yang hebat di dapur Ikea. Hubungan yang dipamerkan mereka benar-benar merangkumi nilai teras dapur Ikea yang direka untuk keselesaan dan tahan lama," kata Tze Kuen.

Tambahnya, produk dapur Ikea diberikan jaminan kualiti selama 25 tahun bertujuan untuk mencipta detik-detik yang berkekalan di sesebuah rumah.

AKSI seorang penyokong memberi kata-kata semangat kepada peserta yang bertanding.


Semangat berpasukan

Dalam cabaran tersebut, semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan perlu melengkapkan 12 cabaran dalam tempoh masa 25 jam. Keputusan dan persembahan mereka telah diadili oleh juri jemputan, Chef Anis Nabilah dan Chef Muluk Rambli serta panel juri daripada Ikea.

Mata merit telah diperuntukkan berdasarkan keputusan, yang kemudiannya terkumpul untuk menentukan pemenang.

Cabaran yang direka bukan hanya untuk menguji kemahiran kulinari peserta bahkan merangkumi kekuatan dalam hubungan masing-masing.

Antara cabaran tersebut ialah Dekorasi Duo dengan setiap pasukan diberi dua biji kek untuk dihias manakala seorang lagi perlu bekerja dalam keadaan mata bertutup.

Ia diikuti cabaran Apa Yang Mereka Boleh Buat? Dalam cabaran tersebut, setiap pasukan diundi sebelum menerima kotak misteri yang mengandungi bahan dan perasa masakan.

Selepas itu, mereka dikehendaki mencipta dua resipi pembuka selera dan satu hidangan utama.

Selain itu, cabaran yang dinamakan Ekspresi Di Atas Pinggan memerlukan setiap pasukan yang diberi resipi spesifik mencipta dan menghidangkannya dengan cara tersendiri.

Dalam pada itu, juri undangan yang juga chef selebriti, Anis Nabilah berkata, semua peserta menunjukkan semangat dan keghairahan memasak secara berpasukan.

"Cabaran ini mengingatkan saya tentang dapur memasak di rumah yang sentiasa menjadi lokasi kegemaran kami sekeluarga. Ia mampu membawa satu hubungan yang baik bersama individu yang bekerja dengan anda di dapur," tuturnya sambil tersenyum.

Menurut Chef Muluk pula, makanan sentiasa menjadi cara terbaik untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan antara manusia.

"Pertandingan ini membolehkan kita melihat dua individu yang berperwatakan berbeza berganding bahu menyelesaikan cabaran memasak selama 25 jam," katanya.

Kawal emosi di jalan raya

Posted:

Kawal emosi di jalan raya

Kawal emosi di jalan raya


RANCANGLAH perjalanan anda supaya tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.


HUJUNG minggu ini, keadaan jalan raya pasti sesak. Mereka yang pulang beraya ke kampung halaman pada Aidilfitri lalu akan kembali ke ibu kota.

Keadaan itu sangat sukar dielakkan namun jangan biarkan kegelisahan tersebut menyebabkan kita memandu secara cuai dan tidak selamat.

Kajian-kajian psikologi menunjukkan fikiran yang tidak tenteram selalu memberikan kesan buruk di jalan raya.

Sejak tahun 1970-an lagi, kajian menunjukkan mereka yang mempunyai masalah di rumah, ada kecenderungan untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kajian seorang ahli psikologi, McMurray, menunjukkan kadar kemalangan tinggi membabitkan seseorang yang memfailkan perceraian pada enam bulan lalu malah kes naik mendadak dalam tempoh tiga bulan selepas mereka bercerai.

Ini menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku sebenarnya melibatkan isu psikologikal.

Apatah lagi, pada musim perayaan ini, kita mungkin akan menghadapi aliran trafik yang padat berbanding biasa.

Keadaan ini tentulah memerlukan kesabaran yang tinggi dan pengguna jalan raya harus bijak mengawal emosi.

Ilmu psikologi mendedahkan beberapa faktor yang membangkitkan emosi marah ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya iaitu kawalan diri, jangkaan dan kesuntukan masa.

Tidak sabar

Melihat kenderaan yang perlahan di hadapan, pengguna cenderung sama ada mampu mengawal diri atau tidak, dan kemudian menjangkakan sama ada mereka sempat memotong atau tidak kenderaan di hadapan.

Keadaan ini kemudian dihimpit pula oleh persepsi bahawa mereka kesuntukan masa dan perlu sampai ke destinasi dalam masa tertentu.

Keadaan tersebut menghuraikan situasi yang membangkitkan rasa kecewa yang akhirnya menyebabkan seseorang itu gagal mengawal kemarahan mereka.


GAGAL mengawal psikologi diri menyebabkan kita mudah marah semasa memandu.- Gambar hiasan


Ia berlaku kepada kebanyakan orang yang berada di jalan raya, apatah lagi bagi individu yang terkenal dengan sifat panas baran.

Sebab itulah, ada baiknya mereka yang tidak sabar atau mempunyai sikap tergesa-gesa, merancang perjalanan agar tidak pulang ke ibu kota semasa ribuan kenderaan sedang bersesak-sesak di jalan raya.

Keadaan ini bertambah teruk apabila ada yang merasakan diri mereka 'seseorang' di tengah-tengah kesesakan itu.

Ini biasanya berlaku kepada mereka yang berstatus tinggi dan melihat orang lain sebagai pemandu kerdil.

Hakikatnya, apabila berada di jalan raya, setiap orang sama sahaja sifatnya. Tidak ada lagi status dan jawatan. Kita semua hanya pengguna jalan raya yang sedang memandu untuk sampai ke destinasi tertentu.

Selain faktor psikologikal dan jantina, umur pemandu ada kaitan dengan kebarangkalian berlakunya kemalangan.

Pemandu lelaki didapati sering terlibat dalam kemalangan jalan raya berbanding wanita. Begitu jugalah yang selalu berlaku kepada pemandu muda yang beranggapan bahawa mereka pemandu yang cekap dan dengan itu mengabaikan peraturan jalan raya.

Kawal psikologi

Pada akhirnya, sebagai pengguna jalan raya, kita perlu bijak mengawal psikologi diri. Dalam psikologi, ia dikenali sebagai coping atau bagaimana kita menafsirkan sesuatu.

Sekiranya kita menafsirkan kesesakan lalu lintas sebagai satu masalah, maka tindakan kita akan terarah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebab itulah, ada pengguna yang mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah tadi dengan memandu secara laju atau memotong barisan di lorong kecemasan.

Hakikatnya, ia mungkin satu kaedah penyelesaian masalah yang menimbulkan masalah yang lebih besar.

Ada baiknya jika setiap pengguna melihat kesesakan jalan raya sebagai salah satu isu atau cabaran yang akan kita hadapi setiap kali musim perayaan.

Sekurang-kurangnya dengan cara ini, kita akan lebih bersikap sabar dan menerima hakikat bahawa apa yang kita lalui itu juga dihadapi oleh pengguna jalan raya yang lain.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rakyat Malaysia di Mesir disahkan selamat, dinasihat jauhi kawasan konflik

Posted:

Rakyat Malaysia di Mesir disahkan selamat, dinasihat jauhi kawasan konflik

Rakyat Malaysia di Mesir disahkan selamat, dinasihat jauhi kawasan konflik

15/08/2013 9:44pm

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan semua rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan baik dan selamat walaupun situasi keselamatan semasa di negara itu merosot.

Negara itu dilanda konflik berdarah apabila tercetus pentempuran antara pihak berkuasa keselamatan dengan penyokong bekas presiden Mesir Mohamed Morsi, menyebabkan ramai yang terkorban dan ribuan lain cedera.

Justeru, Anifah meminta rakyat Malaysia mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

"Bagi pelajar Malaysia yang mahu pulang, mereka dinasihatkan memeriksa dan mengesahkan dengan universiti masing-masing sama ada akan terdapat sebarang perubahan pada tarikh bermula tahun akademik sebelum kembali semula ke negara itu, katanya dalam kenyataan di sini.

Anifah juga berkata rakyat Malaysia juga diingatkan supaya tidak mendekati kawasan berisiko konflik dan tidak menyertai sebarang perhimpunan bantahan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang bercadang ke Mesir dinasihatkan untuk menangguhkan dan menjadual semula semua lawatan tidak penting ke negara itu.

Tambahnya, kerajaan Malaysia melahirkan kebimbangan yang mendalam berhubung perkembangan pergolakan semasa dan pertumpahan darah di negara itu yang sehingga ini telah mengorbankan ramai nyawa dan ribuan yanvg lain cedera. - Bernama

Industri pelancongan catat pertumbuhan luar biasa - Najib

Posted:

Industri pelancongan catat pertumbuhan luar biasa - Najib

Industri pelancongan catat pertumbuhan luar biasa - Najib

15/08/2013 9:41pm

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, industri pelancongan negara mencatat pertumbuhan luar biasa dengan menyumbang lebih RM47 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) tahun lepas.

Pencapaian itu, menurut beliau, menjadi tonggak penting Malaysia ke arah mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Malaysia menyaksikan pertumbuhan luar biasa dalam industri pelancongannya," kata Najib dalam laman Facebooknya, yang turut membuat pautan kepada sebuah artikel dalam sebuah akhbar tempatan bertajuk 'Giving the tourism sector a boost'.

Satu laporan berita menyebut bahawa industri pelancongan negara ini menjana PNK sebanyak RM47.2 bilion tahun lepas dan merupakan penyumbang tukaran asing kedua terbesar selepas barangan pembuatan dan ketujuh terbesar kepada ekonomi negara.

Industri itu mencatat pertumbuhan luar biasa dan muncul sebagai sektor ekonomi paling pesat berkembang dengan meraih RM60.6 bilion resit pelancongan melalui ketibaan 25.03 pelancong pada 2012. - Bernama

Idris sasar bina 10,000 rumah mampu milik di Melaka dalam tempoh lima tahun

Posted:

Idris sasar bina 10,000 rumah mampu milik di Melaka dalam tempoh lima tahun

Idris sasar bina 10,000 rumah mampu milik di Melaka dalam tempoh lima tahun

15/08/2013 9:39pm

MELAKA - Melaka menyasar untuk membina 10,000 rumah mampu milik untuk lebih 60 peratus penduduk di negeri ini yang berada dalam kategori pertengahan dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Idris Haron.

Beliau berkata pada masa sama, kerajaan negeri tidak melupakan rakyat yang berpendapatan rendah, terutama yang memerlukan pembinaan rumah awam atau kediaman kos rendah.

"Isu perumahan ini sangat dekat di hati saya, dan ia merupakan salah satu tanggungjawab utama kerajaan berbanding swasta yang meletak keuntungan lebih daripada kepentingan sosial.

"Di Melaka, kita berhadapan karenah sosiopolitik, kebanyakan rumah yang dibina syarikat swasta telah menggamit pembeli asing," katanya hari ini.

Idris, yang merupakan bekas Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selama lebih tiga tahun mulai 1 April 2010 sebelum meletak jawatan pada 15 Mei lepas setelah dilantik Ketua Menteri Melaka kesepuluh selepas pilihan raya umum ke-13, berkata pengalaman di SPNB akan diguna untuk menyelesaikan masalah perumahan di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri memperkenal satu dasar yang menetapkan sekurangnya-kurangnya dalam tempoh dua tahun ini, ia terpaksa mengekang pembinaan kediaman mewah bernilai RM500,000 ke atas.

"Saya telah menetapkan mana-mana projek perumahan mestilah berstatus mampu milik yang harganya sekitar RM80,000 hingga RM150,000. Oleh itu, mana-mana pemaju swasta yang ingin membangunkan rumah kos tinggi terpaksa merencanakan semula pelan dan mengikut polisi kerajaan ini bagi menampung kehendak kumpulan rakyat terbanyak, iaitu kumpulan berpendapatan sederhana rendah," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kem penunjuk perasaan diserang

Posted:

Kem penunjuk perasaan diserang

Kem penunjuk perasaan diserang

JENAZAH penyokong Presiden yang digulingkan Mohamed Morsi diletakkan di sebuah bilik hospital lapangan di Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah semalam.- REUTERS


KAHERAH - Pasukan keselamatan Mesir membunuh sekurang- kurangnya 30 orang apabila mereka merobohkan sebuah kem penunjuk perasaan di ibu kota negara berkenaan di sini semalam.

Kumpulan penunjuk perasaan tersebut menuntut supaya Presi- den yang digulingkan, Mohamed Morsi dilantik semula.

Setakat ini, masih belum terdapat pengesahan rasmi berhubung angka kematian dalam tragedi itu yang berlaku di dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya.

Lokasi itu menjadi tempat beribu-ribu penyokong Morsi meng- adakan tunjuk perasaan sejak enam minggu lalu, sekali gus memalukan pihak tentera.

Kem kedua yang didirikan berhampiran Universiti Kaherah telah dirobohkan pagi semalam.

Operasi tersebut membayangkan pihak tentera sudah hilang sabar ekoran tunjuk perasaan itu menyebabkan aktiviti di beberapa bahagian bandar raya ini lumpuh.

Protes besar-besaran itu turut memperlahankan proses peralihan politik di Mesir.

Operasi itu bermula sejurus subuh dengan dibantu oleh beberapa buah helikopter.

Bunyi bedilan senjata api kedengaran semasa penunjuk perasaan termasuk wanita dan kanak- kanak lari meninggalkan dataran Rabaa Al-Adawiya dengan asap hitam naik ke udara.

Beberapa buah kereta perisai dan jentolak kemudian bergerak masuk untuk meratakan khemah- khemah yang didirikan oleh penunjuk perasaan.

Seorang saksi berkata, dia melihat 15 mayat di sebuah hospital di sini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan menyatakan, sebanyak 13 orang terbunuh dekat Rabaa Al-Adawiya semasa operasi membanteras tunjuk perasan tersebut.

Mereka yang maut termasuk lima anggota polis dan lapan orang awam.

Banyak pihak percaya angka kematian tersebut akan meningkat.

Seorang saksi memberitahu, dia melihat askar-askar melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang cuba memasuki kem di Rabaa Al-Adawiya untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka.

Sekurang-kurangnya 20 orang ditembak di kaki. Rakaman di tele- visyen pula menunjukkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan dari atas bumbung beberapa bangunan berdekatan.

"Tin-tin gas pemedih mata jatuh ke tanah seperti hujan. Tiada ambulans di lokasi itu. Tentera menutup semua pintu masuk," kata seorang penunjuk perasaan berusia 20 tahun, Khaled Ahmed.

"Terdapat wanita dan kanak-kanak di tempat itu. Tuhan bantulah mereka," tambahnya.

Operasi tersebut berlaku selepas kegagalan usaha antarabangsa untuk menamatkan konfrontasi antara penyokong Morsi dengan kerajaan yang disokong tentera.

Kerajaan peralihan itu dibentuk selepas Morsi digulingkan pada 3 Julai lalu. - Reuters

Kapal selam India meletup

Posted:

Kapal selam India meletup

Kapal selam India meletup


GAMBAR rakaman video amatur menunjukkan kebakaran yang berlaku di Limbungan Kapal Tentera Laut India di Mumbai awal semalam.- AFP


MUMBAI - Seramai 18 kelasi sebuah kapal selam berkuasa diesel milik tentera India dikhuatiri mati apabila ia meletup di sebuah limbungan di sini semalam.

Kapal selam INS Sindhurakshak yang kembali ke India kurang setahun lalu selepas diubah suai di Rusia turut tenggelam dalam kejadian itu.

Insiden berlaku beberapa hari selepas New Delhi memuji pelancaran kapal induk pertama buatan domestik dan ujian pelayaran kapal selam nuklear keluaran India.

Rakaman video amatur oleh seorang saksi menunjukkan satu letupan besar berlaku di limbungan tentera laut itu sejurus selepas tengah malam.

"Punca letupan belum diketahui," kata jurucakap tentera laut, Narendra Kumar Vispute.

Menurutnya, sekumpulan penyelam telah dikerahkan bagi mencari kru berkenaan sebaik sahaja api dipadamkan.

"Saya berasa sedih berhubung kehilangan nyawa anggota tentera semasa mereka berkhidmat untuk negara," kata Menteri Pertahanan, A.K. Antony.

Pada Februari 2010, INS Sindhurakshak pernah terbakar semasa berlabuh di bandar Visakhapatnam, selatan India. Seorang kru maut dan dua lagi cedera dalam kejadian itu.

Terdapat kebimbangan letupan itu akan merosakkan beberapa kapal lain di limbungan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak tentera telah mengarahkan satu siasatan dilancarkan berhubung insiden tersebut.

Dibeli dari Rusia dan beroperasi pada 1997, INS Sindhurakshak kurang kelengkapan keselamatan moden seperti yang terdapat pada beberapa model baharu.

Pengantin diiring 80 pengapit

Posted:

Pengantin diiring 80 pengapit

Pengantin diiring 80 pengapit


Katie dan Norman dikelilingi 80 pengapit di majlis perkahwinannya di sebuah gereja di St Nicholas, Harwich.- Agensi


HARWICH, Essex - Seorang guru tarian, Katie Dalby melakukan kejutan pada majlis perkahwinannya kerana diiringi 80 pengapit, lapor akhbar dalam talian Daily Mirror kelmarin.

Wanita berusia 26 tahun itu dikelilingi oleh 80 gadis berpakaian merah jambu pada hari istimewa itu yang berlangsung di gereja St Nicholas di sini.

Dalbie berkata, semua pengapit tersebut dilaporkan berusia antara dua hingga 17 tahun.

"Kesemua 74 pengapit itu merupakan ahli akademi tarian tempatan manakala enam lagi terdiri daripada kakak ipar, anak saudara, sepupu dan sahabat karib saya," katanya.

Katie melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya, Norman Gooch pada Sabtu lalu.

Gooch, 37, bekerja sebagai seorang anggota bomba.

"Saya tidak mahu sesiapa pun terkecuali," kata Katie.

Upacara perkahwinan tersebut menarik perhatian orang ramai sehingga jalan raya yang menuju ke gereja berkenaan terpaksa ditutup. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Najwa dapat duit raya, Ainan beri duit raya

Posted:

Najwa dapat duit raya, Ainan beri duit raya

Najwa dapat duit raya, Ainan beri duit raya

SESI fotografi bersama dua bintang popular YouTube ini berlangsung santai.

Masing-masing memberikan komitmen yang jitu, malah gandingan kedua-dua penyanyi berbakat ini sangat cantik dan sepadan.

Biarpun sesi fotografi itu berlangsung di atas bumbung bangunan baharu Kumpulan Utusan di Kuala Lumpur dalam cuaca panas terik, baik Najwa mahupun Ainan memberikan pose istimewa sempena lebaran tanpa merungut sedikit pun.

Ada sebab kenapa Kosmo! menggandingkan dua penyanyi comel ini.

Selain pandai mencipta lagu, bakat kedua-duanya juga mula dicungkil menerusi YouTube.

Tahun ini merupakan tahun ketiga Najwa selepas bergelar artis. Bagi Ainan, ini tahun kedua dia menyambut lebaran sebagai seorang penyanyi..

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latiff, memberitahu dia menyambut lebaran tahun ini di Batu Pahat, Johor.

Begitupun, tutur Najwa, dia tidak dapat beraya lama di kampung halamannya kerana harus pulang ke Kuala Lumpur pada hari raya kedua.

"Tiga hari sebelum Aidilfitri saya sudah balik Johor. Tetapi raya kedua saya balik ke Kuala Lumpur semula. Bukan sebab kerja tetapi menyambut lebaran di Kuala Lumpur pula," lantun bicara si pemilik lesung pipit itu.

Privasi cara Najwa

Mengulas aktiviti pagi rayanya, ungkap Najwa, dia sekeluarga akan menziarahi kubur datuknya dan kemudian beraya di rumah sanak saudara.

Kongsi penyanyi berusia 18 tahun itu lagi, sambutan rayanya begitu meriah apabila dia dan sanak saudara akan mengikuti aktiviti marhaban dari rumah ke rumah.

Disoal sama ada dia masih menerima duit raya walaupun dia kini bergelar selebriti, dedah Najwa, keluarganya tidak pernah menganggap dirinya sebagai artis.

Malah, dia masih diberi duit raya dan pernah mendapat sehingga RM2,000.

"Saya masih dapat duit raya walaupun sudah tiga tahun beraya sebagai artis.

"Sebabnya, keluarga masih menganggap saya bukan artis dan usia saya juga baru 18 tahun, kan," jelasnya sambil menguntum senyuman.

NAJWA sudah pulang semula untuk beraya di Kuala Lumpur sejak hari raya kedua lepas.


Berkongsi momen Aidilfitri yang paling diingati sehingga kini, luah Najwa, sambutan hari rayanya sentiasa meriah malah mereka sekeluarga berkongsi minat yang sama iaitu menonton wayang.

Kata Najwa: "Keluarga kami memang suka menonton wayang. Raya pertama lagi kami sudah menonton wayang dan makan bersama-sama. Itu momen yang paling seronok."

April lalu, bapa Najwa iaitu Abdul Latiff Ismail menggemparkan industri hiburan apabila membuat pengakuan kecewa dengan sikap Najwa malah menuduh anaknya itu derhaka.

Abdul Latiff juga berharap anaknya itu kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf sementara si bapa masih hidup.

Rentetan hubungan keruh dua beranak itu sebelum ini, adakah hubungan mereka kembali jernih menjelang lebaran ini?

Begitupun, tatkala diajukan pertanyaan tersebut, Najwa enggan mengulasnya.

"Maaf, kalau boleh saya tidak mahu komen perkara ini. Saya tak nak orang tahu masalah keluarga saya. Ia terlalu peribadi," jelasnya yang sekali gus menimbulkan spekulasi seolah-olah hubungan mereka belum pulih.

Duit raya Ainan

Lain pula cerita raya bagi penyanyi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem. Kongsinya, setiap tahun dia akan beraya di kampung ibunya di Kajang, Selangor manakala pada sebelah petangnya dia bertolak ke kampung bapanya di Jelapang, Perak.

Sedang bercuti semester selama tiga bulan daripada pengajiannya di Universiti Malaysia Perlis, ujar Ainan, dia teruja dapat menikmati cuti raya yang lama sebelum memulakan sesi pengajian semester lima pada pertengahan September ini.

Meskipun begitu, jelas Ainan, syarikat rakamannya, MVM Production sudah menyusun padat jadual seninya sepanjang cuti semester berkenaan.

Mengulas mengenai sambutan raya keduanya sebagai artis, luah penyanyi yang berasal dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, dia akan mengadakan rumah terbuka malah ahli kelab peminatnya iaitu Fans of Ainan Tasneem telah menyatakan keinginan untuk hadir.

BERAYA sakan. Ainan kini sedang bercuti daripada pengajiannya di Universiti Malaysia Perlis sehingga pertengahan September ini.


"Sebenarnya saya bercadang mengadakan rumah terbuka pada tahun lepas tetapi tidak sempat. Tahun ini insyaAllah saya buat rumah terbuka tetapi belum ada tarikh lagi.

"Kelab peminat saya sudah menyatakan mahu hadir di rumah terbuka itu nanti," jelasnya.

Disoal apakah perbezaan rayanya setelah bergelar artis, ujar Ainan, sambutan rayanya sama sahaja sebelum dan selepas menjadi selebriti.

Cuma, katanya, saudara-mara sering mengusiknya dengan memanggilnya artis. Ainan juga mengakui rapat dengan sanak saudaranya dan diberi layanan istimewa oleh mereka.

Berkongsi memori rayanya, luah Ainan, dia kehilangan nenek pada sambutan Aidilfitri 2006.

"Ketika itu saya baru di tingkatan dua. Kehilangan nenek benar-benar terasa sebab saya antara cucu yang paling manja dengannya malah dia selalu menghadiahkan saya baju," ujarnya yang akan menziarahi kubur neneknya di Kajang setiap kali hari raya.

Fouziah teruja sambut raya bersama tunang

Posted:

Fouziah teruja sambut raya bersama tunang

Fouziah teruja sambut raya bersama tunang

Oleh HARYATI KARIM

TAHUN ini merupakan Aidifitri terakhir Fouziah menyambutnya sebagai wanita solo.


TAHUN lalu pelakon Fouziah Gous menyambut Aidilfitri dengan penuh kedukaan berikutan kematian bapanya, Mohd. Gous Agulam Dastagir, lapan hari sebelum tiba 1 Syawal.

Mengakui tahun lalu tiada sambutan Aidilfitri buatnya sekeluarga kerana terkejut dengan pemergian ayahanda tercinta, tahun ini mereka meraikannya secara sederhana dan penuh kesyukuran lebih-lebih lagi Fouziah, 30, kini merupakan tunangan kepada Md. Zhafran Md. Yusof, 30.

"Tahun ini barulah kami beraya tetapi secara sederhana sahaja. Disebabkan ahli keluarga kami bertambah besar selepas saya bertunang, suasana hari raya tahun turut lebih meriah," akui Fouziah yang menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur.

Tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk beraya bersama tunang tersayang, kata Fouziah, dia sekeluarga berkemungkinan besar akan menziarahi keluarga Zhafran di Kelantan.

"Selain mengeratkan silaturahim dengan keluarga bakal mertua, saya gunakan cuti raya ini untuk bawa ibu berjalan-jalan di negeri Kelantan," balasnya.

Meskipun sambutan Aidilfitri tahun ini adalah yang terakhir baginya sebagai wanita solo sebelum bergelar isteri, luah Fouziah, dia tidak mahu meraikannya secara berlebih-lebihan.

"Saya orang yang ringkas, baju raya pun saya guna balik baju ketika saya bertunang dahulu. Buat apa membazir beli baju baharu sedangkan baju itu saya pakai sekali sahaja.

"Tidak semestinya saya artis dan raya terakhir sebagai wanita solo, saya harus melaram sakan. Memadailah pakai apa sahaja yang ada kerana apa yang penting pertemuan bersama ahli keluarga," akuinya.

FOUZIAH dan Zhafran mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu.


Sebelum ini Fouziah dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada September ini iaitu selepas selesai sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun, tuan empunya badan menafikan mereka bakal bernikah pada bulan berkenaan kerana sehingga hari ini belum ada kata putus mengenai tarikh pernikahan.

"Kalau ikut rancangan kami akan berkahwin pada tahun ini tetapi semuanya terpulang kepada keluarga masing-masing.

"Buat masa ini sangat sukar untuk memilih tarikh kerana kami harus mencari tarikh yang sesuai supaya semua ahli keluarga dapat berkumpul," terangnya.

Ujarnya lagi, disebabkan ketiadaan tarikh khusus, segala persiapan perkahwinan masih tergendala.

"Sebenarnya saya belum buat sebarang persiapan. Lokasi nikah dan majlis resepsi juga belum ditempah kerana kami belum ada tarikh.

"Saya juga masih sibuk dengan kerja. Selepas cuti raya, saya akan kembali ke set penggambaran drama bersiri Alam Maya. Mungkin selepas itu barulah saya akan fikir mengenai majlis kahwin," katanya yang membuat kuih raya bersama ibunya pada tahun ini.

Bercakap tentang rumah terbuka, seloroh Fouziah, majlis perkahwinannya kelak bakal menjadi rumah terbukanya.

"Saya tidak buat rumah terbuka, majlis kahwin saya nanti merupakan rumah terbuka, sama sahaja sebab semua orang yang dekat dengan saya akan hadir pada majlis itu," tuturnya dalam tawa.

'Tak salah saya nak bermesra dengan Nasha'

Posted:

'Tak salah saya nak bermesra dengan Nasha'

'Tak salah saya nak bermesra dengan Nasha'

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

ZUL akui Gayatri datang beraya di kampung keluarganya di Taiping, Perak baru-baru ini.


KETIKA umat Islam di Malaysia masih sibuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, dunia hiburan tempatan pula terus hangat dengan cerita-cerita sensasi.

Terbaharu, seorang pelakon lelaki yang digosipkan gemar bercinta dengan wanita yang lebih berusia. Dia yang sudah punya kekasih kini dikaitkan pula sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang aktres terkenal yang juga model jelita.

Kononnya jalinan percintaan mereka tercetus selepas kali pertama bergandingan dalam sebuah produksi lakonan.

Meskipun gosip itu tidak mendedahkan nama kedua-dua pelakon berkenaan, ramai yang menuding kepada Zul Ariffin, 27, dan Nasha Aziz, 42, sebagai orang yang dimaksudkan oleh penulis gosip berkenaan.

Sementelah mereka kali pertama digandingkan dalam telemovie raya berjudul Kasih Bersulam Daun Palas yang ditayangkan baru-baru ini.

Bagaimanapun, timbul persoalan memandangkan Zul diketahui umum kini sedang bercinta dengan penerbit Tayangan Unggul Sdn. Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai, 30-an.

Kosmo! segera menghubungi Zul untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Kosmo!: Baru-baru ini ada gosip yang mendedahkan tentang seorang pelakon muda yang sudah mempunyai kekasih yang berusia telah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon wanita di lokasi penggambaran. Impaknya ramai yang membuat tanggapan bahawa anda merupakan pelakon yang dimaksudkan itu. Boleh jelaskan mengenai gosip itu?

ZUL ARIFFIN: Saya minta maaf kerana tidak membaca gosip berkenaan memandangkan saya sibuk beraya dengan ahli keluarga di Taiping, Perak dan baru sahaja tiba di Kuala Lumpur. Jadi, saya memang tidak tahu langsung mengenainya.

Gambaran yang ditulis oleh penulis gosip berkenaan seolah-olah ia merujuk kepada anda manakala pasangan gosip yang dimaksudkan ialah Nasha Aziz. Adakah benar anda dan Nasha sedang menjalinkan hubungan cinta?

Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta (ketawa)? Saya akui kami berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telemovie berjudul Kasih Bersulam Daun Palas.

Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telemovie yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada hubungan istimewa antara kami.

NASHA AZIZ kali pertama bergandingan dengan Zul Ariffin menerusi telemovie Kasih Bersulam Daun Palas.


Namun khabarnya anda dan Nasha begitu mesra di lokasi penggambaran telemovie tersebut. Apa komen anda?

Mengenai kemesraan itu, ia timbul disebabkan kami pelakon utama dalam telemovie berkenaan. Jadi, tidak salah kalau saya hendak bermesra dengannya bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang lebih serius.

Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.

Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut.

Apa pandangan anda apabila kali pertama digandingkan dengan Nasha?

Secara jujurnya saya begitu menghormatinya sebagai artis yang lebih senior dan sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan. Selain itu, saya melihatnya sebagai seorang pelakon yang cukup profesional dan berbangga dapat bergandingan dengannya.

Bagaimana pula status hubungan anda dengan Gayatri sekarang? Sudah ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga?

Setakat ini hubungan kami masih seperti biasa, malah dia ada datang beraya ke kampung saya di Perak baru-baru ini. Tidak dinafikan memang ada saudara-mara yang bertanyakan tentang perkahwinan, namun kami belum memikirkannya lagi.

Boleh ceritakan sedikit tentang sambutan Aidilfitri anda tahun ini?

Rasanya tidak ada sebarang perbezaan yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun begitu, berlaku satu kejadian apabila saya telah pitam semasa hari raya keempat sehingga terpaksa dibawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius. Saya rasa perkara itu terjadi akibat memakan yang diambil memandangkan saya mempunyai sejaran penyakit darah tinggi.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved