Isnin, 5 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pakaian senada serikan Aidilfitri

Posted:

Pakaian senada serikan Aidilfitri

Pakaian senada serikan Aidilfitri

KELETIHAN menempuh perjalanan jauh dan kesesakan jalan raya bagaikan hilang apabila selamat sampai ke kampung halaman.

Wajah ibu, bapa, datuk atau nenek menyambut kepulangan anak-anak dan cucu-cucu kesayangan mencambahkan suasana ceria menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Apabila berkumpul beramai-ramai untuk berkongsi cerita, pelbagai ragam dapat disaksikan. Apatah lagi, masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir sebelum menyambut ketibaan 1 Syawal.

Begitu juga dengan Mimi Azura Ali, 37, sekeluarga yang menetap di Klang, Selangor pulang beraya ke kampung suaminya yang terletak di Johor Bahru, Johor.

Perasaan gembira pulang beraya ke kampung suami, Azhan Edil, 37, semakin terserlah dengan kehadiran enam adik-beradik suami dan anak-anak mereka. Paling menarik, sambutan hari raya tersebut semakin ceria apabila setiap keluarga memakai warna sedondon.

"Pada tahun lalu, kami sekeluarga memakai pakaian serba biru manakala adik-beradik suami juga berpakaian sedondon tetapi warna berbeza. Apabila berkumpul beramai-ramai setiap keluarga mudah dikenali berdasarkan warna baju yang dipakai.

"Suasana terasa cukup meriah, bahagia dan setiap keluarga kelihatan serasi," kata Mimi yang memberitahu minat pakaian sedondon itu dipraktikkan oleh ibunya sejak dia kecil.

Selepas berkenalan dengan suami, pakaian sedondon itu turut menjadi pilihan setiap kali datangnya hari raya. Pemilihan warna tema setiap tahun ditentukan sendiri oleh Mimi.

"Suami hanya mengikut tema yang ditetapkan dan setakat ini pelbagai warna telah kami gayakan tetapi warga kegemaran kami sekeluarga ialah biru.

"Keluarga sebelah suami sebelum ini tidak mempraktikkan baju sedondon tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia seakan-akan satu kemestian," katanya yang bekerja di sebuah butik pakaian di Shah Alam, Selangor.

Mimi juga sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk sepasang baju kurung moden. Dianggarkan kos yang dibelanjakan untuk membeli pakaian warna sedondon untuk keluarga termasuk dua anak lelaki dan seorang perempuannya mencecah RM1,500.


BEBERAPA pekerja bertungkus-lumus menyiapkan tempahan pakaian raya para pelanggan. - Gambar hiasan


Rasa teruja

"Baju kurung moden paling mahal pernah saya beli berharga RM899, baju Melayu suami RM250 manakala anak-anak dalam lingkungan RM300. Namun, ia terasa cukup berbaloi dan seronok kerana kami nampak serasi, mudah dikenali bahkan menerima pujian. Jika tidak memakai pakaian sedondon pada hari raya terasa janggal pula," katanya yang memilih warna ungu lembut untuk Aidilfitri tahun ini.

Sementara itu, Penerbit dan Juruhebah di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM FM), Mona Jasman, 37, mengakui teruja setiap kali memakai pakaian sedondon pada Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Mona, budaya memakai pakaian sedondon itu hanya dipraktikkannya selepas berkahwin sejak 15 tahun lalu.

"Sebelum ini, saya tinggal bersama keluarga di Mesir selama 25 tahun dan kami tidak pernah memakai pakaian sedondon pada hari raya. Selepas berkahwin dan berpindah ke Malaysia, suami, Yazid Daud, 37, mahu kami pakai pakaian sedondon.

"Pemilihan warna dari dulu sampai sekarang suami yang tentukan. Saya hanya mengikut pilihannya dan kadangkala kami berbincang tema pakaian tahun berikutnya ketika melihat pakaian sedondon orang lain," kata Mona warna kegemaran keluarganya ialah hijau.

Mona yang juga mengendalikan rancangan bahasa Arab di radio Ikim.FM berpendapat, pakaian warna sedondon menyerlahkan keserasian, menonjolkan imej keluarga dan mudah dikenali ketika berkunjung ke rumah saudara-mara atau rakan-rakan.

Bercerita tentang kenangan pakaian sedondon, ibu kepada lima anak itu berkata, pada tahun 2005, pakaian yang ditempah hanya siap pada malam raya kerana tukang jahit kedai tersebut berhenti kerja lalu pemiliknya terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan pakaian tersebut.


MONA (tiga dari kiri) teruja menggayakan pakaian sedondon bersama keluarga kerana ia sesuatu yang baharu kepadanya.


Menurutnya, dia lebih gemar menempah berbanding membeli pakaian siap.

"Walaupun tema kami hanya sama dari segi warna tetapi kami lebih suka menempahnya. Kami pernah sekali membeli pakaian siap, tetapi di Singapura kerana tertarik dengan rekaannya.

"Tahun ini, tema pakaian kami ialah warna merah hati dan ia ditempah ketika kami berkunjung ke Bandung, Indonesia beberapa bulan lalu dengan kos kira-kira RM2,000," katanya.

Pemilik Butik Saidatulnisa, Saidatulnisa Aminuddin, 50, mula menerima tempahan untuk baju raya sejak awal tahun.

Menurut beliau, untuk menempah pakaian sedondon, pihaknya menerima lebih 50 tempahan malah sesetengah pelanggan telah pun mengambil pakaian mereka. Purata tempahan pakaian sedondon yang diterimanya ialah lima helai bagi sesebuah keluarga.


TIGA beradik Muhd. Hazriq Darwish Azhan, 3, (dari kiri) Muhd. Zizry Qhuzairy, 6, dan Nur Ummairah Batrisyah, 4, bergaya dengan pakaian sedondon.


Mengukuhkan hubungan

"Pakaian sedondon kini menjadi trend masyarakat di Malaysia. Pakaian sedondon bukan sahaja digayakan pada hari raya malah ketika menghadiri atau melangsungkan majlis perkahwinan.

"Pelanggan saya terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Kebanyakan yang menempah pakaian sedondon merupakan golongan muda berusia antara 20 hingga 40 tahun," katanya ketika ditemui di butiknya di Jalan Plumbum P 7/P, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Saidatulnisa menjelaskan, para pelanggan memilih pakaian sedondon untuk kelihatan sehati sejiwa, mengukuhkan hubungan dan nampak cantik bila bersama.

Selain menyediakan perkhidmatan tempahan pakaian dan menjahit manik, butik tersebut turut menjual pakaian sedia pakai. Pada tahun ini, Butik Saidatulnisa menyediakan sebanyak 1,000 helai baju Melayu sedia pakai selain pakaian baju kurung moden sekali gus memudahkan orang ramai memilih warna berdasarkan tema masing-masing.

Pada tahun ini, warna yang menjadi pilihan kebanyakan pelanggannya ialah ungu lembut, merah jambu pudar, hijau zamrud dan biru tiffany. Harga bagi sepasang baju di butik tersebut dijual antara RM249 hingga RM1,500. Mereka yang berminat boleh layari www.facebook.com/ ButikSaidatulnisa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Glomac sumbang RM50,000 kepada Rumah Aman

Posted:

Glomac sumbang RM50,000 kepada Rumah Aman

Glomac sumbang RM50,000 kepada Rumah Aman


IDRIS (barisan belakang, lima dari kiri) bergambar dengan penghuni Rumah Aman, Sungai Buloh, Selangor selepas majlis penyampaian bantuan dan duit raya oleh Glomac kepada penghuni rumah itu baru-baru ini. FD Iskandar (barisan belakang, enam dari kiri).


BANTU. Glomac Bhd. (Glomac) memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada penghuni Rumah Aman di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk FD Iskandar FD Mansor kepada pengasas Rumah Aman 2, Rehman Dakri.

Selain sumbangan tersebut, FD Iskandar turut memberikan duit raya kepada anak-anak yatim daripada Rumah Aman 2 itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh.

TM Bikers singgah sahur bersama anak yatim

Posted:

TM Bikers singgah sahur bersama anak yatim

TM Bikers singgah sahur bersama anak yatim


MOHAMMAD NAIM (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Yayasan Anak Yatim Darussakinah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.


SINGGAH SAHUR. Seramai 100 orang peserta daripada TM Bikers Club menyertai Program Amal Singgah Sahur di Yayasan Anak Yatim Darussakinah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Konvoi yang terdiri daripada 13 buah motosikal berkuasa tinggi dan 15 kereta berlepas sekitar pukul 12 tengah malam dari kawasan Rehat dan Rawat Rawang sebelum tiba selepas dua jam berikutnya.

Menurut salah seorang peserta, Mohammad Naim Mohamad Nasir, 24, program itu diadakan sempena bulan Ramadan bagi menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.

"Pada majlis itu, selain bersahur dengan anak-anak yatim, kami juga turut menyumbang duit raya, barang-barang keperluan seharian dan wang tunai sebanyak RM9,700 kepada Yayasan Anak Yatim Darussakinah," ujarnya.

Perlis Bikers singgah sahur di Darul Falah Ummi Aishah

Posted:

Perlis Bikers singgah sahur di Darul Falah Ummi Aishah

Perlis Bikers singgah sahur di Darul Falah Ummi Aishah


AHLI Persatuan Perlis Bikers bergambar bersama penghuni Rumah Darul Falah Ummi Aishah ketika program singgah sahur di Kuala Perlis baru-baru ini.


KUNJUNGAN. Lebih 20 ahli Persatuan Perlis Bikers mengadakan aktiviti singgah sahur di Rumah Darul Falah Ummi Aishah, Kuala Perlis baru-baru ini.

Mereka berkonvoi menggunakan motosikal berkuasa tinggi bermula kira-kira pukul 4 pagi bagi menyampaikan sumbangan seperti selimut, beras dan barangan keperluan dapur yang lain dan beramah bersama penghuni lelaki di situ.

Rumah tersebut menempatkan lebih 30 orang penghuni berumur enam hingga 60 tahun membabitkan anak yatim, anak keluarga miskin, orang kurang upaya dan warga emas.

Majlis penyampaian sumbangan dilakukan oleh presiden persatuan itu, Husni Mohd. Husin kepada pengendali rumah tersebut, Abdul Manan Senafi.

Aktiviti Perlis Bikers tersebut mendapat penajaan daripada Jabatan Kebajikan Perlis dan Majlis Belia Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Budak hilang dilari kekasih ibu

Posted:

Budak hilang dilari kekasih ibu

Budak hilang dilari kekasih ibu

WAN AISYAH didukung oleh seorang lelaki yang menemani Arbaiyah (belakang) menuntut kanak-kanak itu di Balai Polis Sungai Nibong semalam.


GEORGE TOWN – Kanak-kanak perempuan, Wan Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang selepas didakwa dilarikan teman lelaki ibunya di Rawang, Selangor pada Ahad lalu, semalam ditemui dan diserahkan kepada polis di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu diserahkan ke Balai Polis Sungai Nibong di sini oleh seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai ibu kepada lelaki yang melarikan kanak-kanak itu.

"Wan Aisyah diserahkan ke balai polis pada pukul 11.30 pagi oleh wanita berusia 66 tahun.

"Wanita itu mengaku dia merupakan ibu kepada lelaki yang membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya di Teluk Kumbar di sini," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

10 orang termasuk dua wanita ditahan cuba rampas pentadbiran Istana Negara

Posted:

10 orang termasuk dua wanita ditahan cuba rampas pentadbiran Istana Negara

10 orang termasuk dua wanita ditahan cuba rampas pentadbiran Istana Negara

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


SALAH satu pengenalan diri ahli Geng Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang dirampas polis semalam.


KUALA LUMPUR – Sepuluh orang termasuk dua wanita Geng Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang mendakwa pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara ditahan semalam.

Kesemua mereka yang berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta ditahan ketika berhimpun di depan pintu 1, Istana Negara pada pukul 4.10 pagi sambil membawa 13 bendera serta beberapa pucuk surat kononnya watikah baiah (perjanjian untuk taat).

Empayar Langkasuka Nusantara merupakan sebuah kerajaan lama di utara Semenanjung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati tujuh daripada ahli geng itu tidak mempunyai kad pengenalan manakala baki ahli kumpulan itu masing-masing berasal dari Melaka, Perak, Kedah dan Johor.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengikut Syiah cecah 250,000

Posted:

Pengikut Syiah cecah 250,000

Pengikut Syiah cecah 250,000

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan sepuluh kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika 10 tahun dahulu mereka cuma terdiri daripada komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka terdapat hampir di semua negeri.

"Perkembangan teknologi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi buru status juara bermula

Posted:

Misi buru status juara bermula

Misi buru status juara bermula

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

CHONG WEI menjalani latihan di Gimnasium Tertutup Tianhe, Guangzhou semalam sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang bermula hari ini.


JAGUH No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengetuai cabaran negara pada Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang akan membuka tirai hari ini.

Ketiga-tiga pemain itu sudah pasti memiliki misi tersendiri untuk menjulang trofi kejuaraan buat kali pertama pada kejohanan edisi ke-20 di Guangzhou, China.

Begitupun, apa yang menjadi persoalan ketika ini adakah mereka mampu menyerap setiap tekanan, baik di dalam mahupun di luar gelanggang.

Ini kerana mereka bukan sahaja perlu berdepan dengan barisan pemain China yang dijangka 'bermaharajalela' di laman sendiri, malah Chong Wei, 30, Kien Keat, 27, dan Boon Heong, 25, perlu mengatasi sorakan padu daripada penyokong tempatan.

Bagaimanapun, melihat kepada undian, jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock mengakui peluang Chong Wei, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2012 untuk memburu gelaran dunia kali pertama masih terbuka.

"Atas kertas, peluangnya kali ini nampak lebih baik. Peluang untuk menang ada tetapi ia juga bergantung kepada prestasi Chong Wei pada hari perlawanan.

"Bagi saya, pusingan pertama amat penting bagi semua pemain terbaik dunia kerana ia permulaan untuk mencari rentak permainan," kata Seu Bock.

Chong Wei akan menghadapi Scott Evans dari Ireland pada aksi pertama kejohanan hari ini.

Dia yang diramal mudah melepasi ujian pertama itu dijangka berdepan pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka atau Misha Zilberman (Israel) pada pusingan kedua.

Chong Wei juga diundi dalam kelompok dua pemain China, Wang Zhengming dan Du Pengyu dalam laluannya untuk mara ke separuh akhir.

"Pemain-pemain China mempunyai kelebihan kerana kejohanan dunia berlangsung di sana. Kita memang tidak tahu keadaan mereka dan mereka juga melakukan persiapan yang baik.

"Begitupun, kami juga akan menganalisis setiap pencabar sebelum perlawanan berlangsung. Kalau boleh kami mahu Chong Wei elak daripada perlawanan rubber set kerana dia sudah 30 tahun dan tahap fizikalnya sudah tidak seperti dulu.

"Beraksi dengan pemain-pemain muda... mereka juga mampu melakukan kejutan jadi saya harap Chong Wei tidak akan melakukan kesilapan dan perlu sentiasa berwaspada," tambah Seu Bock.

Dua lagi pemain perseorangan negara yang akan beraksi pada hari ini ialah Chong Wei Feng dan Liew Daren.

Wei Feng akan bertemu Rajiv Ouseph dari England manakala Daren menentang Vladimir Malkov (Rusia).

Dalam pada itu, Kien Keat-Boon Heong juga dilihat memiliki undian yang baik untuk melangkah ke final untuk kali kedua dalam karier mereka selepas edisi 2010 di Paris, Perancis.

Begitupun, pasangan No. 2 dunia itu tidak boleh memandang rendah terhadap kemampuan beregu-beregu yang mempunyai azam yang sama untuk memburu gelaran dunia tahun ini.

Selain memburu kejuaraan pertama, Kien Keat-Boon Heong yang mendapat bye pada pusingan pertama juga memiliki misi kedua - untuk meraih kembali kepercayaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bekas beregu No. 1 dunia itu harus sekurang-kurangnya melangkah ke pentas final pada kejohanan kali ini atau mereka bakal berdepan dengan tindakan dipisahkan oleh BAM.

Bagaimanapun, peminat sukan tanah air juga mengharapkan keputusan yang positif bakal dijelmakan oleh dua lagi beregu negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah walaupun mereka dijangka berentap sesama sendiri pada pusingan kedua.

Thien How-Wee Kiong mendapat bye pada pusingan pertama, namun V Shem-Khim Wah harus menewaskan pasangan Scotland, Martin Campbell-Patrick Machugh sebelum berpeluang mara ke pusingan kedua.

Malaysia turut menyandarkan harapan kepada gandingan, Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari pada acara berprestij itu.

Bagi kategori wanita, Malaysia tidak boleh terlalu memandang jauh bersandarkan kepada prestasi dan rekod pemain-pemain yang ada ketika ini.

Dalam acara perseorangan, Malaysia menyandarkan harapan kepada wakil tunggal, Tee Jing Yi manakala bagi saingan beregu wanita, empat gandingan menjadi pertaruhan.

Bagi acara beregu campuran, harapan sudah pasti dletakkan kepada gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang diharapkan mampu melakar kejutan di bumi Guangzhou.

Voeller ganti tempat Rajagobal?

Posted:

Voeller ganti tempat Rajagobal?

Voeller ganti tempat Rajagobal?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


RUDI VOELLER


SPEKULASI berhubung calon pengganti Datuk K. Rajagobal bertambah hangat apabila nama legenda Jerman, Rudi Voeller disebut-sebut sebagai prospek terkini pengendali Harimau Malaya.

Difahamkan, bekas jurulatih Jerman berusia 53 tahun itu bakal memainkan peranan yang lebih besar buat Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia jika benar beliau mengambil alih tempat Rajagobal yang kontraknya bakal tamat pada 31 Disember depan.

Sumber memberitahu Kosmo!, Mueller juga dilihat calon sesuai membantu Harimau Malaya pada kempen Piala Asia di Australia pada 2015 jika skuad kendalian Rajagobal berjaya melepasi kempen kelayakan kali ini.

Ketika diminta mengulas mengenai spekulasi tersebut, pengkritik bola sepak, Zakaria Ab. Rahim mengalu-alukan kehadiran Mueller bagi menerajui skuad kebangsaan selepas ini.

Bagaimanapun, Zakaria berkata, sasaran dan hala tuju Harimau Malaya perlu diperhalusi jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhasrat melantik Mueller sebagai jurulatih.

"Tidak salah berbelanja lebih bagi mendapatkan Mueller sebagai jurulatih bagi memburu kejayaan yang lebih besar buat skuad Harimau Malaya.

"Bagi saya, tiada gunanya melantik jurulatih berprofil tinggi seperti beliau sekiranya sekadar mahu merampas kembali trofi Piala Suzuki AFF... lebih baik lantik jurulatih tempatan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Sebelum ini, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menolak kemungkinan memburu khidmat jurulatih baharu selepas kontrak Rajagobal tamat pada 31 Disember depan.

Pada masa sama, khidmat Rajagobal yang dilantik pada 20 April 2009 juga berkemungkinan disambung jika berjaya melepasi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan FAM iaitu Harimau Malaya melepasi peringkat kelayakan kempen Piala Asia 2015.

Antara calon-calon yang disebut-sebut menduduki 'kerusi panas' itu selepas ini termasuklah bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts; pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee dan juga bekas pengendali Harimau Malaya, B. Sathianathan.

Mengulas lanjut, Zakaria juga menyarankan skuad Harimau Muda A atau Harimau Muda B menggalas cabaran negara pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018 jika dikendalikan Mueller.

"Persediaan mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia perlu bermula awal, jadi ada baiknya ia membabitkan skuad muda negara.

"Selain itu, skuad negara juga wajar membuat persiapan di sana (Jerman) jika Mueller menjadi jurulatih sebagai pendedahan awal," katanya.

Mueller yang pernah membimbing beberapa kelab terkemuka dunia seperti AS Roma dan Marseille ketika ini bertindak sebagai Pengarah Sukan kelab Jerman, Bayer Leverkusen sejak 2005.

Beliau pernah membantu The Team mara ke final Piala Dunia 2002 sebelum meletak jawatan sebagai jurulatih ekoran kegagalan Jerman yang tersingkir awal pada kempen Euro 2004.

Semangat ATM berkobar-kobar

Posted:

Semangat ATM berkobar-kobar

Semangat ATM berkobar-kobar

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

SELEPAS hanya mampu menduduki tangga keenam dalam saingan Liga Super, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berazam menjulang Piala Malaysia musim ini.

Semangat ATM untuk mengucup Piala Malaysia semakin berkobar-kobar selepas skuad The Gladiators itu terlepas peluang muncul juara apabila tewas 2-3 kepada Kelantan pada aksi final di Stadium Shah Alam musim lalu.

Ibarat tampil dengan misi 'serampang dua mata', ATM kini mencongak peluang terbaik mereka untuk bergelar juara, sekali gus menebus dua kekecewaan tersebut.

Menurut pengendali ATM, B. Sathianathan (gambar), sasaran memburu Piala Malaysia tidak mustahil untuk direalisasikan selepas anak-anak buahnya bebas daripada masalah kecederaan.

"Selepas sekadar memenangi Piala Sumbangsih pada awal musim ini, kami kini tiada pilihan selain perlu memenangi Piala Malaysia sebagai hadiah kepada pihak pengurusan serta penyokong ATM.

"Dalam saingan Liga Super, kami pada awalnya selesa berada dalam kelompok tiga teratas tetapi prestasi kami mula merudum pada penghujung musim.

"Situasi itu berpunca daripada masalah kecederaan pemain-pemain utama dan ia sangat mengecewakan saya," kata Sathianathan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sathianathan berkata, beliau turut berpuas hati dengan pengundian Piala Malaysia kali ini apabila ATM diletakkan dalam Kumpulan A bersama naib juara Liga Super, Selangor selain Sime Darby serta Johor.

Sebelum mencongak langkah lebih jauh, Sathianathan berkata, The Gladiators harus terlebih dahulu 'melangsaikan' aksi peringkat kumpulan sebelum menghidu slot suku akhir, separuh akhir mahupun final.

"Jika diberi pilihan, sudah pasti saya memilih untuk menentang Kelantan pada aksi final sekali lagi.

"Ini kerana musim lalu kami begitu hampir untuk mendakap Piala Malaysia tetapi dikecewakan dengan jaringan pada masa tambahan oleh (penyerang Kelantan) Indra (Putra Mahayuddin).

"Sejak saya membimbing pasukan, setiap musim saya layak ke final (Piala Malaysia). Pada 2009 dan 2010, saya bersama Kelantan.

"Namun, pada 2011 saya telah digantung dan tidak membimbing mana-mana pasukan sebelum saya membimbing Kelantan mara ke final musim lalu.

"Jadi saya berharap tuah akan sekali lagi memihak kepada saya untuk beraksi pada final Piala Malaysia musim ini," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tema fauna, flora Alfio Raldo

Posted:

Tema fauna, flora Alfio Raldo

Tema fauna, flora Alfio Raldo

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

PENGURUS Pemasaran Ixora Corporations Sdn. Bhd., Leny Herlina Adam menunjukkan sebahagian koleksi Alfio Raldo 2013.


WANITA dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Malah, untuk tampil bergaya, golongan Hawa ini sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk mendapatkan koleksi beg tangan atau kasut berjenama di pasaran.

Mereka juga tidak kisah untuk mengikat perut asalkan barang yang diimpikan dapat dimiliki. Bagi anda yang masih mencari-cari koleksi pilihan sempena Syawal, himpunan tas tangan, sepatu dan aksesori Alfio Raldo menjanjikan yang terbaik buat si pemakainya.

Konsep terbaharu label fesyen terkenal ini dapat menterjemah gaya kontemporari dan moden dengan elemen sofistikated.

Koleksi tas tangan dan kasut ini dengan gaya metropolitan menjadi pilihan gaya hidup masa kini. Meskipun kelihatan ranggi dengan warna-warna berani, namun ianya mengekalkan ciri-ciri feminin.

PEMILIHAN beg tangan yang betul membantu menyerlahkan keanggunan wanita.


Nafas segar

Selain itu, Alfio Raldo menyuntik nafas segar pada koleksi kali ini dengan elemen alam bertemakan flora dan fauna. Corak burung merak serta bunga melatari tas tangan bimbit yang juga boleh digayakan dengan tali panjang.

Pengarah Urusan Ixora Coporation Sdn. Bhd., Jordan Ling berkata, bertepatan dengan Aidilfitri, Alfio Raldo mahu memeriahkan sambutan perayaan itu dengan rekaan terbaharu yang lebih berwarna-warni, selesa dipakai dan berpatutan harganya.

"Sesuai dengan tagline Alfio Raldo - The Italian Elegance, kami terpanggil untuk menjadikan wanita di Malaysia tampil bergaya dan anggun. Malah, mereka juga tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan jenama mewah di pasaran kerana koleksi kami memenuhi cita rasa fesyen terkini," ujar beliau.

Tambah Jordan, penampilan seseorang wanita itu tidak sempurna tanpa tas tangan yang elegan kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain.

"Koleksi Alfio Raldo terbukti mempunyai rekaan terbaik. Menggunakan material yang berkualiti tinggi dan terkini, jenama kami mampu mengungkap peribadi si pemakai dengan tema warna yang dikeluarkan.


PELANCARAN koleksi terbaharu Alfio Raldo 2013 memberi peluang untuk golongan wanita bergaya pada musim perayaan ini.


"Kombinasi warna-warna ceria dan terang seperti merah, kuning, hijau, jingga dan biru menjadikan koleksi beg tangan serta kasut idaman ramai wanita. Padanan warna kontra bukan lagi sesuatu yang janggal, sebaliknya menjadi trend semasa," ujarnya lebih lanjut.

Apa yang pasti, koleksi terbaru daripada Katalog 2013: Volume II ini boleh disuai padan dengan aktiviti harian. Ia boleh digayakan dalam pelbagai acara sama ada formal mahu pun santai pada malam hari.

Koleksi ini boleh didapati di butik Alfio Raldo di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.alfioraldo.com.my atau laman sosial facebook.com/AlfioRaldo-TheItalian Elegance.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved