Isnin, 5 Ogos 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Glomac sumbang RM50,000 kepada Rumah Aman

Posted:

Glomac sumbang RM50,000 kepada Rumah Aman

Glomac sumbang RM50,000 kepada Rumah Aman


IDRIS (barisan belakang, lima dari kiri) bergambar dengan penghuni Rumah Aman, Sungai Buloh, Selangor selepas majlis penyampaian bantuan dan duit raya oleh Glomac kepada penghuni rumah itu baru-baru ini. FD Iskandar (barisan belakang, enam dari kiri).


BANTU. Glomac Bhd. (Glomac) memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada penghuni Rumah Aman di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk FD Iskandar FD Mansor kepada pengasas Rumah Aman 2, Rehman Dakri.

Selain sumbangan tersebut, FD Iskandar turut memberikan duit raya kepada anak-anak yatim daripada Rumah Aman 2 itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh.

TM Bikers singgah sahur bersama anak yatim

Posted:

TM Bikers singgah sahur bersama anak yatim

TM Bikers singgah sahur bersama anak yatim


MOHAMMAD NAIM (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Yayasan Anak Yatim Darussakinah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.


SINGGAH SAHUR. Seramai 100 orang peserta daripada TM Bikers Club menyertai Program Amal Singgah Sahur di Yayasan Anak Yatim Darussakinah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Konvoi yang terdiri daripada 13 buah motosikal berkuasa tinggi dan 15 kereta berlepas sekitar pukul 12 tengah malam dari kawasan Rehat dan Rawat Rawang sebelum tiba selepas dua jam berikutnya.

Menurut salah seorang peserta, Mohammad Naim Mohamad Nasir, 24, program itu diadakan sempena bulan Ramadan bagi menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.

"Pada majlis itu, selain bersahur dengan anak-anak yatim, kami juga turut menyumbang duit raya, barang-barang keperluan seharian dan wang tunai sebanyak RM9,700 kepada Yayasan Anak Yatim Darussakinah," ujarnya.

Perlis Bikers singgah sahur di Darul Falah Ummi Aishah

Posted:

Perlis Bikers singgah sahur di Darul Falah Ummi Aishah

Perlis Bikers singgah sahur di Darul Falah Ummi Aishah


AHLI Persatuan Perlis Bikers bergambar bersama penghuni Rumah Darul Falah Ummi Aishah ketika program singgah sahur di Kuala Perlis baru-baru ini.


KUNJUNGAN. Lebih 20 ahli Persatuan Perlis Bikers mengadakan aktiviti singgah sahur di Rumah Darul Falah Ummi Aishah, Kuala Perlis baru-baru ini.

Mereka berkonvoi menggunakan motosikal berkuasa tinggi bermula kira-kira pukul 4 pagi bagi menyampaikan sumbangan seperti selimut, beras dan barangan keperluan dapur yang lain dan beramah bersama penghuni lelaki di situ.

Rumah tersebut menempatkan lebih 30 orang penghuni berumur enam hingga 60 tahun membabitkan anak yatim, anak keluarga miskin, orang kurang upaya dan warga emas.

Majlis penyampaian sumbangan dilakukan oleh presiden persatuan itu, Husni Mohd. Husin kepada pengendali rumah tersebut, Abdul Manan Senafi.

Aktiviti Perlis Bikers tersebut mendapat penajaan daripada Jabatan Kebajikan Perlis dan Majlis Belia Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved