Jumaat, 26 April 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tiga generasi sertai jentera kempen

Posted:

Tiga generasi sertai jentera kempen

Tiga generasi sertai jentera kempen

SEJAK pembubaran parlimen pada 3 April lalu, Mohd. Shameer Mohd. Shaari, 21, kerap tidur lewat. Jika pada hari Isnin hingga Jumaat, dia pasti tidur sekitar pukul 3 pagi, manakala hujung minggu pula boleh menghampiri azan Subuh.

Selain Mohd. Shameer, anak-anak muda yang juga ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) lain di Keramat Wangsa, Kuala Lumpur turut mengerah kudrat memasang bendera di kawasan kejiranan tersebut.

Menggunakan peralatan yang sangat ringkas iaitu tali, playar dan tangga, mereka sanggup memanjat tiang dan bangunan semata-mata mahu bendera parti berada di tempat yang strategik.

Kongsi Mohd. Shameer, dia mula mengikuti aktiviti berkempen sejak berumur 11 tahun lagi dan kini, pada Pilihan Raya ke-13 (PRU-13), dia lebih teruja apabila akan mengundi buat kali pertama.

"Paling tinggi saya pernah pasang semasa berumur 16 tahun pada tahun 2008 di Flat Kelompok Pinang. Bendera tersebut dari atas bangunan sehingga ke bawah. Sejak itu, saya rasa begitu teruja dalam kempen sebegini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Setakat ini, dia belum lagi mengalami sebarang kemalangan, tetapi jika tercedera sekali pun, Mohd. Shameer tegas berkata, dia tetap akan meneruskan kerja-kerja sukarela itu.

Tampak tidak seiring dengan usia muda dengan apa yang dia sedang lakukan, lelaki yang bekerja sebagai pembantu pengurus gedung di Jalan Bukit Bintang mengakui dapat merasai pelbagai pengalaman.

Antaranya, dapat bergaul dengan orang lebih dewasa dan mengikut aktiviti yang melibatkan Perdana Menteri. Dia berkesempatan berjumpa dengan pemimpin negara itu ketika di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Daripada gaya perbualan dan pergaulannya dengan mereka yang lebih tua di bilik gerakan di situ, boleh dikatakan Mohd. Shameer agak matang dan mampu bergaul serta pandai menghormati individu yang lebih tua.

Parlimen Setiawangsa sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Zulhasnan Rafique, manakala Datuk Ahmad Fauzi Zahari menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk PRU-13.

Kumpulan itu terdiri daripada pelbagai lapisan usia daripada kalangan remaja sehinggalah yang berusia 70 tahun.

Kesemuanya mempunyai peranan masing-masing sama ada memasang bendera, menjaga bilik gerakan atau pun menyediakan makanan dan minuman.


KAUM wanita di bilik gerakan Keramat Wangsa menjahit bendera Barisan Nasional untuk membentuk kain rentang.


Bangga lihat bendera berkibar

Ayahnya, Mohd. Shaari Sidek, 55, yang merupakan Ketua Cawangan UMNO Keramat Wangsa juga mula terlibat dengan kempen mengundi sejak zaman remaja lagi.

Dahulu, Mohd. Shaari sendiri mengikut bapanya, Sidek Abd. Latiff ketika menetap di Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak berusia 18 tahun. Sekarang, giliran Mohd. Shaari pula mengajak Mohd. Shameer selain isterinya untuk berjuang dalam kempen PRU.

Setiap kali musim PRU, menurutnya, suasana berkempen terutamanya pemasangan bendera parti dan poster calon sangat meriah. Ia satu musim yang sangat ditunggu-tunggu.

"Apabila melihat bendera dinaikkan tinggi, saya rasa puas melihatnya," ungkapnya tatkala menceritakan perasaannya menyertai kempen sebegitu.

Terdapat enam saiz bendera yang berbeza bagi memastikan setiap arah dan tempat boleh diletakkan selain bendera yang kecil yang dijahit membentuk satu kain rentang besar.

Perang poster berlangsung sebaik sahaja penamaan calon, permit bertugas dan insurans pekerja dikeluarkan, kemudian poster calon boleh dinaikkan.

Pantang larang pasang bendera

Berpengalaman dalam menggerakkan jentera berkempen, Mohd, Shaari berkata, terdapat beberapa tempat yang amat strategik untuk menggantung bendera.

"Kaki lima sepanjang jalan merupakan tempat yang sangat elok kerana dapat dilihat oleh ramai, manakala kain rentang panjang digantung antara dua batang pokok juga menjadi rebutan," terangnya.

Namun, menggantung bendera tidak boleh secara semberono. Terdapat larangan yang perlu dipatuhi seperti kain rentang tidak boleh merentangi jalan raya.

Ujarnya, ia akan membahayakan pengguna, manakala premis-premis seperti rumah ibadah dan kuarters kerajaan tidak dibenarkan sama sekali.

Keterujaan bersaing merebut tempat untuk memasang poster berdasarkan strategi siapa cepat, dia dapat merupakan intipati perang poster.

Jika gagal mendapat tempat terbaik, maka perlu mengalah dengan memacak bendera berdekatan sama ada di atas atau bawah sedikit.

Persiapan bilik gerakan Keramat Wangsa sudah pun 80 peratus bersedia untuk menggempur parti lawan pada PRU kali ini, selebihnya terletak pada kekuatan ahli jentera.

Pada malam pertengahan bulan April lalu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Seri Abd. Halim Abd. Samad datang meninjau bilik gerakan Keramat Wangsa sekitar pada pukul 1 pagi.

Pada pandangan beliau, persiapan yang telah dibuat telah membolehkan pasukan di kejiranan itu bersedia pada bila-bila masa dan bakal lebih rancak dalam tempoh terdekat.

Nasihat Abd. Halim, supaya setiap ahli bersedia pada setiap peringkat dengan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan fakta.

"Jangan jadi pemimpin bangau oh bangau, mulut ternganga masuk langau. Jadilah pemimpin landak oh landak, otak berfikir, bijak bertindak," ungkap Abd. Halim melontarkan sebaris pepatah Melayu berkisar ajaran yang baik.

Ia penting kerana setiap hujah-hujah yang dikeluarkan perlu ditangkis dengan cara yang berhemat dan berilmu, kata beliau lagi.


PERANG poster di Keramat Wangsa semakin meriah selepas pengumuman pembubaran Parlimen awal April lalu.


Lambang kekuatan parti

Selain itu, Mohd. Zaidi Bahrom, 44, penduduk tempatan di situ turut sama menyertai jentera berkempen dengan memasang bendera.

Tiada sebarang bayaran diperoleh, tambahan pula Mohd. Zaidi merupakan pekerja dalam bidang profesional di sektor swasta.

"Pada musim berkempen ini, pukul 10 malam saja, saya mesti 'gatal tangan' untuk membantu memasang bendera. Semangat masyarakat di sini yang akrab sebenarnya menjadikan kerja-kerja sukarela sebegini menyeronokkan," akuinya.

Mohd. Zaidi amat aktif berkempen ketika zaman remaja bersama-sama dengan rakan seusia, tetapi terhenti buat seketika.

Namun, selepas berpindah ke Keramat Wangsa dan rapat dengan penduduk sekitar, dia kembali menjadi sukarelawan berkempen kerana ikatan silaturrahim yang kuat antara penduduk di situ.

Kini, laman sosial seperti Facebook dan Twitter menjadi platform baharu berkempen selain memacakkan bendera di kawasan kejiranan.

Melalui analisis yang dijalankan oleh Ericsson ConsumerLab di Asia Tenggara dan Oceania kesan kempen laman sosial pada PRU kali ini dilihat lebih panas dan pantas seiring dengan penembusan telefon pintar penduduk Malaysia.

Kadar penembusan telefon pintar penduduk Malaysia dijangka naik secara mendadak daripada 47 kepada 73 peratus pada tahun ini.

Ketika ditanya mengenai relevan pemasangan bendera parti pada musim pilihan raya, pantas Mohd. Shaari mengakui, ia masih signifikan.

"Perang poster memberikan kesan psikologi mengenai kekuatan parti di sesuatu tempat, selain memeriahkan lagi suasana PRU," terangnya.

Malah, dia menyifatkan suasana perang poster pada zaman sekarang lebih meriah berbanding dulu kerana persaingan yang ada.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


100 peserta menerima pingat i-Envex, MIYIO 2013

Posted:

100 peserta menerima pingat i-Envex, MIYIO 2013

100 peserta menerima pingat i-Envex, MIYIO 2013

TUANKU SYED FAIZUDDIN (tengah) bersama kira-kira 100 peserta menerima pingat dan hadiah masing-masing setelah mencipta kejayaan pada MIYIO dan i-Envex 2013 di Dewan Kapitol UniMAP, Kangar, Perlis, baru-baru ini.


TAHNIAH. Kira-kira 100 peserta telah menerima pingat dan hadiah masing-masing setelah mencipta kejayaan sempena International Engineering Invention dan Innovation Exhibition (i-Envex) dan Malaysia Young International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2013 di Kangar, Perlis baru-baru ini.

Pada majlis penutupan program itu yang diadakan di Dewan Kapitol, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu, sebanyak 26 pingat emas, perak dan gangsa termasuk lapan anugerah khas diberikan kepada para pemenang tersebut.

i-Envex merupakan pertandingan dan pameran bagi mengasah bakat inovasi mahasiswa di negara ini dan antarabangsa manakala MIYIO pula merupakan anugerah inovasi bagi kategori peringkat sekolah menengah.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menghadiri majlis penutupan tersebut. Turut hadir Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Seminar pupuk kesedaran halal kepada masyarakat

Posted:

Seminar pupuk kesedaran halal kepada masyarakat

Seminar pupuk kesedaran halal kepada masyarakat


ZABIDAH (lima dari kanan), Nordin (kiri) beramah mesra bersama sebahagian peserta Seminar Keusahawanan Kepenggunaan dan Penguatkuasaan Halal Negeri Selangor 2013 di UPM, Serdang, Selangor kelmarin.


KEUTAMAAN. Sebanyak 500 peserta telah menghadiri Seminar Keusahawanan, Kepenggunaan dan Penguatkuasaan Halal Negeri Selangor anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor di UPM, Serdang, Selangor kelmarin.

Pengarah Urusan AIM, Datuk Zabidah Ismail berkata, tujuan utama seminar itu adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kepenggunaan serta keperluan sijil halal Malaysia.

"Apabila kita bercakap mengenai halal dan haram, persepsi masyarakat kini sudah berubah. Ia bukan saja hanya merangkumi keperluan diri tetapi merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.

"Perkara ini turut disokong dengan trend umat Islam kini yang semakin sedar tentang pengambilan makanan dan produk halal dengan ketara," katanya.

Turut hadir Pengarah Pusat Transformasi Komuniti UPM, Prof. Madya Dr. Nordin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Marzuki Husin dan Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor, Azizan Ariffin.

Sup Berkat di Gerai Kambing Golek BMX jadi tumpuan

Posted:

Sup Berkat di Gerai Kambing Golek BMX jadi tumpuan

Sup Berkat di Gerai Kambing Golek BMX jadi tumpuan


YON NOR (kiri) bersama sebahagian pelanggannya di Gerai Kambing Golek BMX, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.


TERBAIK. Jika anda ingin menikmati sup kambing bakar percuma, anda boleh mengunjungi Gerai Kambing Golek BMX pada setiap hari Ahad di Jalan Bangsawan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menurut pengusaha gerai tersebut, Yon Nor Azman Bidin, sup percuma itu diberikan kepada orang ramai selagi dia berkemampuan sebagai tanda syukur dengan rezeki yang diperoleh sejak dia memulakan perniagaan tersebut.

"Sebab itu, saya panggil ia Sup Berkat kerana tulang-tulang daging kambing golek yang sudah diperap dengan ramuan rempah ratus istimewa dijadikan sup telah memberikan satu rasa yang cukup unik," katanya.

Tambah beliau, sambutan dan permintaan kambing golek yang diusahakan sejak beberapa bulan lalu semakin bertambah apabila menerima pelbagai tempahan untuk majlis kenduri kahwin dan kesyukuran.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Maut angkara pembunuh upahan

Posted:

Maut angkara pembunuh upahan

Maut angkara pembunuh upahan

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

GAMBAR CCTV menunjukkan SUV jenis Nissan Murano (dalam bulatan) yang dinaiki Shaharuddin melintasi sebatang jalan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan kastam yang dalam perjalanan ke pejabatnya dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano mati ditembak disyaki dilakukan oleh dua pembunuh upahan dekat persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa di sini semalam.

Kejadian pukul 8.15 pagi itu mengakibatkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya kira-kira sejam kemudian.

Jarak mangsa ditembak dengan pejabatnya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Presint 2 di sini kira-kira empat kilometer.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebelum kejadian, kenderaan dipandu pemandu jabatan kastam itu berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Katanya, dua lelaki bermotosikal kemudian menghampiri mereka sebelum pemboncengnya melepaskan tiga das tembakan yang mengenai leher dan kepala Shaharuddin. Mangsa ketika itu berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bakal pengantin mati ditembak dua lelaki bermotosikal

Posted:

Bakal pengantin mati ditembak dua lelaki bermotosikal

Bakal pengantin mati ditembak dua lelaki bermotosikal

Oleh ZULHILMI JALIL
zulhilmi.jalil@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang bakal pengantin lelaki untuk melangsungkan perkahwinan bulan depan tidak kesampaian apabila dia mati ditembak ketika berhenti di lampu isyarat bulatan Cheras-Kajang di Taman Billion di sini semalam.

Kejadian pada 11.30 pagi itu mengakibatkan tauke kedai gunting rambut, R. Karikaalan, 29, maut dua jam kemudian ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas terkena dua das tembakan di badan.

Insiden itu turut mengakibatkan ibu mangsa, 60, yang menaiki kenderaan pelbagai guna Nissan Grand Livina dipandu Karikaalan cedera selepas terkena dua das tembakan di tangan kanannya.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan ke rumah kenalan dan saudaranya untuk mengedarkan kad jemputan kahwin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang menghampiri kereta mangsa telah melepaskan 10 das tembakan menggunakan pistol jenis semi automatik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pensyarah didakwa salah guna kuasa

Posted:

Pensyarah didakwa salah guna kuasa

Pensyarah didakwa salah guna kuasa


MOHAMAD NASIR (depan, tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town semalam atas tuduhan salah guna kuasa.


GEORGE TOWN - Seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 27 tuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan bernilai RM141,000 sejak empat tahun lalu.

Profesor Madya Dr. Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim, 42, yang juga seorang penggawa Desasiswa Saujana di universiti itu didakwa memilih syarikat adiknya, Arena Mulia Enterprise untuk membekal dan memasang barangan keperluan di asrama pelajar itu antara November 2009 hingga Disember 2011.

Mohamad Nasir didakwa melakukan kesalahan itu melalui borang pesanan kepada syarikat berkenaan bagi membekalkan dan memasang kerja-kerja servis serta pengisian semula cecair penyegar, membalut kerusi, besi aluminium dan beberapa peralatan lain.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu dituduh mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Evolusi ikon SUV Britain

Posted:

Evolusi ikon SUV Britain

Evolusi ikon SUV Britain

Oleh SHAWKATH AZDE

APABILA Land Rover mengajukan soalan apa yang pelanggannya mahu daripada sebuah model Range Rover baharu, jawapan yang diterima adalah: Jangan ubah, hanya jadikannya lebih baik (Dont' change it, just make it better).

Maklum balas itu cukup ringkas. Namun ia menjadi ramuan penting dalam penghasilan Range Rover generasi keempat. Range Rover ialah jentera untuk segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) premium.

Sepanjang tempoh dari 1970 hingga 2012, pengeluar kenderaan 4x4 terkemuka dunia itu berjaya memperkenalkan tiga generasi Range Rover.

Generasi pertama yang dikenali sebagai Range Rover Classic ialah model paling lama berada dalam pasaran iaitu hampir 26 tahun.

Penggantinya tiba pada tahun 1995, sebelum disusuli dengan generasi ketiga tujuh tahun kemudian.

Range Rover 2013 membuat penampilan global di sebuah institusi tarian balet klasik terkenal, The Royal Ballet School yang terletak di Richmond, London, Britain.

Berdasarkan laporan tahunan kewangan 2012-2013 Jaguar Land Rover Automotive PLC (Jaguar Land Rover), sebanyak 316,043 unit rangkaian produk Land Rover sudah menemui pemiliknya di 177 buah negara.

Statistik itu merangkumi model Defender, Freelander, Discovery, Range Rover Sport, Range Rover, Range Rover Evoque dan Range Rover baharu (2013).

Bagi Range Rover 2013, angka jualan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja sudah mencecah angka 13,139 unit di pasaran antarabangsa.

Untuk makluman, Jaguar Land Rover ialah subsidiari Tata Motors Group dari India. Syarikat itu terlibat dalam proses pembinaan, penghasilan dan jualan rangkaian kenderaan Jaguar serta Land Rover.

Range Rover 2013 menetapkan penanda aras baharu dalam industri apabila muncul sebagai SUV pertama di dunia yang memiliki struktur badan monokok aluminium sepenuhnya.

Penggunaan material ringan itu berjaya menurunkan berat jentera sebanyak 350 kilogram, jika dibandingkan dengan model generasi ketiga.

Dua struktur utama pada Range Rover 2013 mengguna pakai komponen aluminium secara komprehensif. Pertama, panel bahagian luaran badan kenderaan yang menggunakan material dikenali sebagai Anticorodal-600 PX.

Struktur kedua pula melibatkan aplikasi material Anticorodal-300 T61 yang diadun pada struktur kawasan sensitif pelanggaran kenderaan termasuk pada tiang B. Anticorodal bermaksud gabungan beberapa siri aluminium dengan logam lain seperti magnesium dan tembaga.


SANGGUPKAH anda memandu jentera yang bernilai RM1 juta ini untuk mengharungi cabaran off-road?


Kemewahan kontemporari

Komponen berteknologi tinggi itu dibekalkan oleh Novelis Inc., sebuah entiti perniagaan yang berkecimpung dalam penghasilan produk aluminium dan aktiviti kitar semula tin aluminium.

Sekali pandang, reka bentuk jentera ikon Britain itu memperlihatkan penekanan pada konsep elemen kemewahan kontemporari. Sentuhan rapi para jurutera Land Rover dipaparkan pada setiap sudut jentera itu.

Wajah hadapannya kemas dengan set lampu hadapan baharu yang kelihatan seperti lensa kamera. Paparan hadapan diserikan lagi dengan penggunaan lampu DRL (daytime running lights) LED.

Gril tiga jalur hadapan baharu memiliki 66 lubang kecil oktagon tidak sekata. Hiasan menarik itu berperanan meningkatkan faktor aerodinamik model berkenaan.

Dua varian enjin

Selain gril, sudut cermin hadapan Range Rover baharu yang sedikit landai membantu menurunkan kadar pekali seretan pada kadar sepuluh peratus berbanding model sebelumnya.

Bahagian belakang mengimbangi konfigurasi hadapan. Set lampu belakang mengekalkan konsep tindihan. Namun, pembaharuan tetap diberikan dengan rekaan lampu brek berbentuk segi empat serta lampu isyarat membelok yang mempunyai tiga baris.

Buka sahaja pintu Range Rover 2013, anda boleh melihat sendiri nilai estetika jentera pacuan empat roda itu. Setiap sudut diberi perincian teliti oleh jurutera Land Rover.

Perkara pertama dikesan adalah pengurangan jumlah butang kawalan yang terdapat pada bahagian stereng dan konsol tengah. Hampir 50 peratus butang dibuang jika dibandingkan dengan model terdahulu.

Konsol tengah dilengkapi skrin sentuh berukuran lapan inci yang memaparkan pelbagai maklumat termasuk sistem navigasi, audio, tetapan pemanduan off-road dan atas jalan raya biasa.

Di bahagian belakang stereng, terdapat satu skrin berukuran 12.3 inci yang menunjukkan meter kelajuan, meter RPM dan paparan pelbagai maklumat mengenai konfigurasi sistem pacuan roda semasa Range Rover.

Kenderaan itu turut dilengkapi sistem Terrain Response. Teknologi tersebut akan mengubah tetapan kenderaan yang bersesuaian secara automatik berdasarkan kepada corak pemanduan semasa pemandu.


TRANSFORMASI pada bahagian papan pemuka dan stereng dalam menjadikan jentera ini kelihatan lebih kemas dan tersusun.


Pemandu juga boleh meredah paras air setinggi 900 milimeter dengan Range Rover 2013. Ia merupakan peningkatan ketinggian sebanyak 200mm berbanding model sebelum ini. Rahsianya terletak pada tindakan memindahkan lokasi corong udara ke enjin di kawasan atas roda hadapan.

Aspek keselamatan diberi penekanan menerusi pemasangan pelbagai teknologi termaju seperti Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Kawalan Kestabilan Olengan (RSC), Kawalan Cengkaman Elektronik (ETC), Bantuan Kestabilan Treler (TSA) dan Kawalan Penurunan Bukit (HDC).

Tambahan lain membabitkan Kawalan Pelepasan Cerun (GRC), Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Kawalan Tork Seretan Enjin (EDC), Sistem Brek Antikunci (ABS), Edaran Daya Brek Elektronik (EBD), Lampu Brek Kecemasan (EBL) dan Kawalan Brek Penyelekohan (CBC).

Untuk pasaran tempatan, Land Rover Malaysia Sdn. Bhd. (Land Rover Malaysia) membawa masuk dua pilihan enjin iaitu enjin jenis petrol 5.0 liter dengan pengecas lampau dan enjin diesel 4.4-liter turbo. Kedua-dua varian didatangkan bersama transmisi lapan kelajuan.

Pengarah Urusan Land Rover Malaysia, Syed Mudzhar Syed Ali berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 50 unit Range Rover baharu bagi tahun ini.

Tempahan diterima sebelum hari pelancaran adalah sebanyak tujuh unit. Maklum balas berkenaan menunjukkan reaksi positif daripada pelanggan tempatan terhadap taruhan terbaru Land Rover Malaysia.

Range Rover dengan enjin petrol dijual pada harga RM1,089,888 seunit. Bagi varian diesel pula, harganya adalah RM949,888 sebuah. Harga tersebut adalah di atas jalan dan tidak termasuk insurans.

Imej sporty, karakter famili!

Posted:

Imej sporty, karakter famili!

Imej sporty, karakter famili!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN
geartinggimedia@gmail.com


SEKALI pandang, profil sisi Civic sebenarnya memang menarik perhatian.


HONDA Civic mempunyai legasi yang sangat besar. Model itu mula diperkenalkan pada tahun 1972 dan telah terjual jutaan unit di seluruh dunia.

Sewaktu mula dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1970-an, Civic mendapat sambutan hangat kerana pada masa itu negara tersebut mengalami krisis minyak.

Di AS, Honda Civic lebih kepada kereta rakyat untuk kegunaan orang ramai sebagai kenderaan harian mereka. Berbeza di tempat kita, Civic diposisikan sebagai jenama pertengahan, sesuai dengan harganya. Berikutan posisi tersebut, Civic telah mencapai status kereta idaman. Mereka yang memilikinya sudah mencapai sesuatu dalam hidup.

Oleh kerana legasi dan rekod kualiti yang baik, Civic mempunyai nilai jualan semula yang stabil. Lihat sahaja di ruang iklan kereta terpakai, harga Civic masih lagi melekat pada aras puluhan ribu ringgit. Bukan setakat itu, Civic dipuja oleh pelbagai selera pasaran. Ada yang membeli kerana imejnya yang sporty, eksekutif dan keluarga.

Harus tahu, Civic melalui beberapa generasi mempunyai model prestasi yang dikenali sebagai Type-R. Model tersebut diubah suai secara rasmi oleh Honda kerana perlumbaan adalah jiwa syarikat itu. Lebih menarik Honda Malaysia secara rasminya telah membawa masuk Civic Type R dan Malaysia adalah negara jualan rasmi kedua selepas Jepun.

Tidak cukup dengan model prestasi, Honda turut memberi perhatian kepada alam sekitar apabila memasarkan Civic Hybrid. Lengkaplah varian Civic untuk pelbagai jenis kehendak pasaran.

Honda Civic generasi kesembilan telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai tahun lalu. Model baharu itu mempunyai sejarah kontroversi yang bertimpa-timpa. Apabila dilancarkan pertama kali di AS, ramai yang mengutuk reka bentuknya tidak radikal model sebelum ini.

Kemudian, program CKD terganggu kerana banjir besar di Thailand. Honda sendiri terputus bekalan untuk beberapa model penting sementara menunggu operasi pulih sepenuhnya. Akhirnya Civic berjaya dilancarkan di negara kita, namun ramai pula yang mengkritik reka bentuknya.

Sebabnya, reka bentuk Civic baharu lebih konservatif berbanding model generasi kelapan. Tambahan pula, Civic baharu dibangunkan ketika ekonomi dunia meleset. Jangkaan pada waktu itu adalah pasaran mahukan kereta yang ekonomikal.


PAPAN pamuka Civic yang kemas.


Falsafah evolusi

Hakikatnya, jika dibuat kajian mengenai reka bentuk kereta-kereta Honda, syarikat itu banyak menggunakan falsafah evolusi berbanding revolusi. Ramai yang sukakan Civic generasi kelapan kerana model itu menampilkan reka bentuk yang radikal, berbeza sepenuhnya berbanding model terdahulu.

Dengan generasi kesembilan, Honda dilihat kembali kepada falsafah utamanya iaitu menggunakan konsep evolusi. Model generasi kelapan telah ditambah baik, permukaan yang kasar dilembutkan. Aspek tidak seimbang dilaraskan dan hasilnya lahirlah sebuah Civic baharu dengan rekaan yang segar, lembut dan beremosi.

Saya tahu ramai yang berpendapat model ini tidak jauh bezanya dengan City. Benar, kerana reka bentuk City adalah bahasa rekaan Honda yang terkini. Hakikatnya bahasa rekaan adalah identiti sesebuah jenama. Anda boleh saksikan melalui model-model BMW misalnya. Sama ada 3 series, 5 series masing-masing ada persamaan dan ini dikenali sebagai DNA.

Cuma mungkin, Honda memperkenalkan bahasa rekaan baharu melalui model City, model termurahnya dan kemudian diperkenalkan pula pada Civic. Situasi pasti berubah jika Honda memperkenalkan gaya bahasa baharu daripada model paling premium dan kemudian diturunkan ke model bawahnya. Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah dengan reka bentuk Civic baharu. Malah lebih menyukainya berbanding model lama. Civic baharu lebih seksi, beremosi dan sporty - satu ciri DNA Honda.

Sebenarnya Honda telah menala kereta ini mengikut selera orang kebanyakan dan supaya lebih menjimatkan. Karakter pemanduannya lebih sopan. Ia sesuai untuk orang berkeluarga dan mesra wanita.

Pautan sterengnya ringan semasa keluar-masuk parkir dan memberat pada kelajuan tinggi atau semasa mengambil selekoh. Suspensinya pula lembut tetapi tidak beralun-alun, cuma mungkin terasa keras dan sedikit kasar kerana kombinasi tayar 215/45 dengan rim bersaiz 17 inci.

Karektor enjin

Kuasa enjin pula tidak agresif dan sangat bersahaja. Ditambah pula butang ECON yang menala semula respon pedal minyak, penyaman udara dan sistem lain untuk lebih ekonomikal Pecutan enjinnya dirasakan mendatar dan saya fikir itulah pengorbanan yang harus diterima untuk penggunaan minyak yang ekonomikal.

Apa pun karakter enjin i-VTEC tetap menyerlah. Bagi mereka yang mahukan prestasi, alihkan sahaja seleksi gear D ke S untuk merasai karakter enjin yang berbeza dan bertenaga. Untuk penggunaan minyak, secara purata saya memperolehi bacaan 10.4km untuk setiap liter petrol. Teknologi hijau diserlahkan lagi dengan meter bantuan Eco Assist untuk memberitahu corak pemanduan si pemandu.

Jika minyak ditekan secara semborono, nyalaan meter berwarna merah dipaparkan dan warna biru pula keluar bila pemanduan sederhana. Untuk mendapatkan nyalaan meter berwarna hijau iaitu tahap paling menjimatkan, pemandu perlu menekan minyak dengan sangat cermat dan lembut. Menariknya, pemanduan tidak semestinya perlahan bahkan saya mendapat warna hijau walaupun pada kelajuan menghampiri 120 km/j. Apa yang penting ialah disiplin pada kaki supaya tidak memerah minyak 'tak ingat dunia!'


ENJIN i-VTEC bersesaran 2.0 liter yang menjimatkan.


Dari segi dalaman pula, Honda memang pandai memaksimumkan ruang. Nampak dari luar seperti padat, tetapi saiz dalamannya sebenarnya selesa untuk pemandu dan penumpang. Kerusi pemandu dan penumpang yang dibalut kulit terasa empuk dan sesuai untuk perjalanan jauh. Cuma yang saya tidak gemar ialah saiz papan pemukanya yang besar.

Selain itu, reka bentuk set pemain cakera padat juga kurang menarik dan seperti tidak sepadan dengan rekaan futuristik papan pemuka. Mungkin itu adalah strategi supaya pelanggan membeli varian Navi dengan pelbagai kemudahan seperti sambungan Bluetooth, kamera undur dan sebagainya.

Tetapi semua peralatan itu boleh dikatakan sebagai standard kilang pada masa sekarang terutama pada kereta Korea. Wajar jika Honda dapat menjadikannya sebagai aksesori standard. Dari segi keselamatan pula, Honda Civic 2.0S didatangkan dengan empat beg udara iaitu dua di depan, manakala bakinya di sisi selain daripada ABS dan VSA.

Secara kesimpulannya, saya sukakan Honda Civic kerana reka bentuknya yang sporty. Jika ditambah dengan kit Modulo, lebih menyerlah DNA Honda itu.

Teknologi penjimatan minyaknya juga canggih dan segala kekurangan yang ada pasti dimaafkan kerana pada penghujung hari apa yang penting ialah poket tidak menipis.

Honda Civic 2.0S dipasarkan pada harga hampir RM132,000. Mungkin ada yang merasakannya agak tinggi dan isu itu boleh diatasi dengan menambah pakej spesifikasi standard supaya dilihat lebih nilai untuk wang dan berbaloi berbanding pesaingnya yang lain. Apa pun, Civic tetap menang kerana jenama Honda yang kuat dan rekod nilai jualan semula Civic yang stabil.

Penjelajah urban

Posted:

Penjelajah urban

Penjelajah urban

Oleh SHAWKATH AZDE


FZ150i menawarkan kadar penggunaan petrol yang boleh dikategorikan sebagai jimat.


PENGENALAN Yamaha FZ150i pada tahun 2008 menandakan bahawa Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) kembali bersaing dalam segmen motosikal 150cc tempatan.

Sebelum itu, HLYM ada mengambil bahagian dalam kategori itu menerusi model Yamaha TZM. Namun, produksinya ditamatkan pada tahun 2000.

Ini bermakna hampir lapan tahun HLYM tiada produk pengganti untuk segmen berkenaan.

Yamaha FZ150i merupakan jentera pertama HLYM dalam kelas tersendiri yang dilengkapi teknologi sistem suntikan bahan api pada enjin empat lejang baharu.

HLYM kemudiannya memberi nafas baharu pada model naked itu menerusi dua pengenalan varian naik taraf, masing-masing pada tahun 2010 dan 2012. Varian 2010 dipasang lampu utama bersama skema warna baharu.

Bagi varian 2012 pula, transformasi membabitkan aspek kosmetik dan penghadang angin pada bahagian atas meter motosikal.

Mudah dicapai

Baru-baru ini, saya berpeluang menunggang Yamaha FZ150i dengan kerjasama HLYM. Saya diberi tempoh selama seminggu untuk menguji FZ150i.

Sebaik sahaja kunci motosikal dimasukkan dan dipusingkan mengikut arah jam, lampu utama hadapan memantulkan cahaya.

Begitu juga dengan lampu membrek belakang. Anda perlu menunggu beberapa saat supaya lampu Engine Check pada meter RPM padam.

Ada dua cara untuk menghidupkan enjin, pertama menggunakan butang penghidup elektrik. Anda juga boleh gunakan cara penendang kaki.

Saya mendapati pemijak kaki kanan perlu dinaikkan terlebih dulu sebelum mulakan tendangan. Jika tidak, penendang kaki akan berlaga dengan pemijak kaki.

Klac tangan perlu ditarik sebelum memasukkan gear. FZ150i dilengkapi kotak gear lima kelajuan. Susun atur semua butang kawalan pada hendal didapati mudah dicapai oleh ibu jari.

Untuk memberi isyarat memintas kenderaan di hadapan, gunakan sahaja jari telunjuk kiri untuk menarik tuil Pass. Lampu utama akan memantulkan cahaya tinggi rendah.

Posisi kedudukan badan atas jentera itu dikategorikan sebagai memuaskan. Pelana hitam memberi keselesaan pada punggung dan pinggang sepanjang tunggangan.

Aspek kestabilan FZ150i boleh diberi pujian. Sistem penyerap hentak tunggal belakang dengan padanan fork hadapan menyerap kesan hentakan dengan baik.

Itu atas jalan kering. Apa yang saya kurang digemari ialah prestasi cengkaman tayar ketika berada atas jalan raya basah atau licin. Ia mudah membuang jika tidak berhati-hati.

PENYERAP hentak belakang bantu meningkatkan kestabilan tunggangan.


Pancaran lampu utama ketika tunggangan malam cukup bagus. Ia jelas dan tidak pecah-pecah. Pencahayaan lampu isyarat membelok dan lampu brek juga terang.

Satu tangki petrol penuh membolehkan saya mencapai jarak tunggangan sejauh 335 kilometer (km) sebelum jarum minyak berada di zon merah E (kosong). Kelajuan tunggangan dikekalkan antara 80km sejam (km/j) hingga 130km/j.

Haba enjin jelas terasa pada bahagian betis kaki ketika saya memberhentikan motosikal biarpun memakai seluar jeans.

Seingat saya, kelajuan tunggangan dikekalkan antara 110km/j hingga 130km/j sejauh 52km. Ia kembali sejuk dengan khidmat satu unit kipas yang dipasang di belakang radiator.

Kipas itu dihidupkan secara automatik sejurus mengesan tahap kepanasan enjin FZ150i. Jika suhu kembali normal atau pada paras bersesuaian, kipas akan berhenti sendiri.

Jika anda berminat mendapatkan model ini, harga asasnya ialah RM8,188 sebuah. Itu tidak termasuk insurans, cukai jalan dan lain-lain caj.

Jaminan pula adalah selama satu tahun atau jarak perbatuan 10,000km (mana-mana tiba dahulu).

Berhubung aktiviti Yamaha FZ150i Jamboree yang sepatutnya diadakan pada 4 hingga 5 Mei ini, ia telah dibatalkan.

HLYM terpaksa berbuat demikian bagi membolehkan para pemilik Yamaha FZ150i untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi.

Yuran pendaftaran yang dibuat akan dipulangkan secepat mungkin kepada mereka yang mendaftar. Anda diminta menghubungi mana-mana cawangan HLYM untuk maklumat pemulangan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Najib tiba di Sarawak, mulakan lawatan kerja

Posted:

Najib tiba di Sarawak, mulakan lawatan kerja

Najib tiba di Sarawak, mulakan lawatan kerja

26/04/2013 10:20pm

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam tadi untuk memulakan lawatan kerja sehari ke Sarawak esok dengan mengunjungi kawasan Saratok, Lubuk Antu, Kuching dan Sibu.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 9.25 malam.

Ketibaan Najib disambut oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta barisan Kabinet negeri dan pemimpin-pemimpin masyarakat negeri.

Selaras dengan program kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Najib mempunyai jadual yang padat dengan menghadiri beberapa majlis pemimpin bersama rakyat, dengan program pertama di Dataran Krian, pekan Saratok pada pagi esok.

Kemudian beliau akan menghadiri pula Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Awing Merindun, Lubok Antu sebelum menghadiri program yang sama di Dewan Masyarakat Kampung Semeba, Kuching.

Najib merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) kemudian akan menghadiri majlis perasmian sekolah dan pecah tanah blok baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 2, Jalan Stutong di sini.

Beliau akan mengakhiri lawatannya dengan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di hadapan Hotel Paramount, Jalan Kampung Datuk di Sibu sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. - Bernama

Baki 500 lagi unit rumah PPR tetap dibina di Gua Musang - Tengku Razaleigh

Posted:

Baki 500 lagi unit rumah PPR tetap dibina di Gua Musang - Tengku Razaleigh

Baki 500 lagi unit rumah PPR tetap dibina di Gua Musang - Tengku Razaleigh

26/04/2013 10:07pm

GUA MUSANG - Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memberi jaminan bahawa baki 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dijanjikan kerajaan pusat di sini akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Sambil menjelaskan peruntukan sudah ada dan tapak dikenal pasti, beliau berkata projek PPR itu hanya menunggu masa untuk dilaksanakan bagi memanfaatkan penduduk yang memerlukan kediaman tetap.

"Kerajaan memang berjanji untuk membina 1,500 unit rumah PPR pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 2010, tetapi disebabkan tanah yang ada hanya boleh memuatkan 1,000 unit, pembinaan 500 unit lagi terpaksa ditangguhkan.

"Kawasan pembinaan PPR itu strategik kerana terletak di tepi jalan ke Kuala Lumpur dan akan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk premis perniagaan," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan penduduk di Kampung Kolam Emas di sini hari ini.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang, menegaskan kerajaan BN tidak pernah mungkir janji dan pembinaan rumah PPR itu menjadi bukti kemampuannya menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, keutamaan untuk memiliki rumah PPR itu diberi kepada penduduk kawasan setinggan yang berdapatan rendah tetapi masih mampu membayar balik pinjaman mengikut jadual.

"Peluang juga akan diberi kepada mereka yang sudah berkahwin tetapi masih menumpang di rumah ibu bapa masing-masing hingga timbul keadaan tidak selesa," katanya. - Bernama

Kastam kaji semula SOP keselamatan pegawai kanannya

Posted:

Kastam kaji semula SOP keselamatan pegawai kanannya

Kastam kaji semula SOP keselamatan pegawai kanannya

26/04/2013 10:02pm

PUTRAJAYA - Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan membabitkan pegawai kanan Kastam akan dikaji semula berikutan kejadian pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di sini, hari ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, kajian SOP itu akan melibatkan satu rangka baharu bagi mengukuhkan lagi tahap keselamatan pegawai kanan kastam bagi mengelakkan tragedi pembunuhan tersebut berulang.

"Sebelum ini kita ada SOP keselamatan kita sendiri membabitkan keselamatan pegawai kanan kita. Kemungkinan kita akan rangka semula bagi menjamin keselamatan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengebumian jenazah Allahyarham Shaharuddin di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini, hari ini.

Katanya, pemergian Shaharuddin tidak akan melunturkan semangat pegawai dan anggota Kastam untuk terus berkhidmat sebagai penguatkuasa bagi membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi itu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.

Dalam kenyataannya pula, Khazali meminta semua pihak bertenang dan jangan membuat spekulasi tentang pembunuhan Shaharuddin kerana kes itu dalam siasatan polis.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Suhana, 34, seorang doktor di sebuah klinik di Kuantan berkata, Allahyarham seorang yang tegas, berdisiplin dan penyayang kepada anak-anak dan cucunya.

"Pagi tadi kami tak sempat bersalam macam selalu. Dia macam tergesa-gesa pergi kerja," katanya yang tinggal di rumah bapanya untuk berpantang anak keempat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Rahimah Ibrahim, 58, sepasang anak dan empat cucu.

Anak lelaki Allahyarham, Mohd. Ahtar, 30, bekerja sebagai arkitek.

Suasana pilu mengiringi upacara pengebumian jenazah Allahyarham Shaharuddin pada kira-kira 6.30 petang. Lebih 100 orang termasuk kakitangan kastam seluruh negara hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Korban bangunan runtuh 230 orang

Posted:

Korban bangunan runtuh 230 orang

Korban bangunan runtuh 230 orang

BEBERAPA mayat pekerja kilang pakaian masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan Plaza Rana di Savar, Bangladesh semalam.


SAVAR, Bangladesh - Beribu-ribu orang kelihatan sayu sambil memerhatikan pasukan penyelamat mencari saudara-mara masing-masing yang masih terperangkap di bawah sebuah bangunan yang runtuh di sini kelmarin.

Sehingga semalam, jumlah mereka yang terkorban meningkat kepada 230 orang. Bangunan lapan tingkat tersebut, Plaza Rana, menempatkan beberapa premis perniagaan termasuk pasar raya dan kilang pakaian.

Angka korban besar tersebut ekoran pihak pengurusan kilang pakaian itu tidak menghiraukan kemunculan keretakan pada dinding bangunan beberapa jam sebelum bangunan itu runtuh.

Susulan kejadian itu kelmarin, beratus-ratus ribu pekerja keluar dari kilang mereka untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa yang terkorban.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus mengesan suara mangsa yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Namun, setakat semalam mereka hanya mengeluarkan sejumlah mayat mangsa insiden tersebut.

"Jumlah mayat yang ditemui kini 204 orang," kata pegawai kanan polis, Moshiuddowla Reza kepada AFP. Tambahnya, kebanyakan mayat yang ditarik keluar merupakan sebahagian daripada 3,000 orang pekerja perempuan di bangunan lapan tingkat berkenaan.

Kemalangan yang terjadi didakwa berpunca daripada masalah sistem keselamatan dan keadaan suasana tempat kerja kurang sempurna yang melanda industri tekstil Bangladesh. Bangladesh merupakan pengeksport pakaian kedua terbesar di dunia.

Pada November tahun lalu, 111 orang maut dalam kebakaran di sebuah kilang membuat pakaian untuk jenama Walmart dan beberapa label Barat di Dhaka.

Mangsa-mangsa yang terselamat mendakwa pintu kecemasan bangunan kilang berkenaan ditutup oleh pengurus kilang tersebut. - AFP

Presiden Uganda derma seguni wang tunai

Posted:

Presiden Uganda derma seguni wang tunai

Presiden Uganda derma seguni wang tunai


Seorang pemuda (kanan) kelihatan gembira sambil menjunjung sejumlah wang di dalam satu guni di atas kepala selepas menerimanya daripada Museveni.


KAMPALA - Presiden Uganda, Yoweri Museveni mendermakan satu guni wang tunai kepada sebuah pertubuhan belia tempatan, Busoga Youth di timur negara itu.

Wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM303,649) itu bertujuan untuk pelbagai aktiviti pembangunan belia.

Karung berisi wang itu diserahkan kepada Menteri Kebajikan Belia dan Kanak-Kanak, Ronald Kibuule sebelum disampaikan kepada wakil pertubuhan belia berkenaan pada satu majlis di ibu kota Uganda di sini.

Penyerahan derma itu pada hujung minggu lalu telah menjadi buah mulut di Uganda sekali gus meningkatkan populariti Museveni.

Bagaimanapun, pihak pembangkang menuduh Presiden itu menggunakan derma tersebut untuk membeli sokongan golongan belia pada pilihan raya akan datang. - Agensi

Asia berjaga-jaga penularan selesema H7N9

Posted:

Asia berjaga-jaga penularan selesema H7N9

Asia berjaga-jaga penularan selesema H7N9


RAMAI memakai penutup muka di sebuah stesen kereta api di Taipei, Taiwan semalam.


BEIJING - Pihak berkuasa di beberapa negara Asia mengetatkan saringan terhadap pelancong dari China dalam usaha mengekang penyebaran virus selesema burung H7N9 di negara masing-masing.

Sehingga kini, H7N9 telah menjangkiti 109 orang di China sejak virus itu mula dikesan pada Mac lalu dengan 23 orang maut.

Terkini, penyakit maut itu telah menjangkiti seorang warga Taiwan.

Susulan perkembangan tersebut, pihak berkuasa Taiwan memberitahu, mereka akan melakukan ujian kesihatan ke atas pelancong di pintu masuk lapangan terbang yang menunjukkan simptom seperti panas badan atau demam.

Pihak berkuasa Vietnam mula menyaring suhu badan penumpang di lapangan terbang negara itu manakala kerajaan Jepun akan membenarkan pihak berkuasa lapangan terbang dan pelabuhan memeriksa suhu badan pelawat dari China bermula bulan depan.

Di Thailand, Menteri Kesihatan Pradit Sintawanarong berkata, negara itu perlu meningkatkan langkah berjaga-jaga dengan pelan menangani wabak itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra tidak lama lagi.

"Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat risiko virus H7N9 merebak ke Thailand," kata Sintawanarong.

Dalam pada itu, di Singapura, institusi-institusi kesihatan di pulau tersebut kini diletakkan dalam keadaan siapsiaga berhubung penularan wabak H7N9.

Langkah tersebut dilaksanakan sehari selepas seorang pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan, virus H7N9 merupakan virus selesema burung yang paling berisiko membawa maut kepada manusia.

Setakat ini, jangkitan virus berbahaya itu dilaporkan berpunca daripada unggas yang sakit manakala saintis-saintis semakin hampir untuk mengesahkan sama ada H7N9 turut merebak daripada manusia kepada manusia. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Rawatan awal selamatkan nyawa

Posted:

Rawatan awal selamatkan nyawa

Rawatan awal selamatkan nyawa

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

RAUNGAN seorang penunggang motosikal di bahu jalan yang kesakitan akibat dilanggar sebuah kereta membuatkan ramai pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan masing-masing.

Luka teruk di dahinya membuatkan darah tidak berhenti mengalir, malah tangannya juga mungkin patah.

Ramai yang mula berkumpul di tempat kejadian, namun tiada seorang pun berani tampil memberikan bantuan kecemasan kepada lelaki tersebut.

Hanya seorang dua yang mendekati lelaki tersebut untuk menenangkannya sementara menunggu kehadiran ambulans untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Mujur ambulans tiba awal ke lokasi kejadian. Jika lewat, mungkin sesuatu yang lebih buruk berlaku ke atas mangsa kemalangan tersebut.

Orang awam yang mengerumuni tempat kejadian sambil berpeluk tubuh menjadi penonton, tidak boleh dipersalahkan kerana kemungkinan mereka juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang rawatan kecemasan.

Ilmu pertolongan cemas

Insiden yang berlaku beberapa bulan lalu itu membuatkan penulis sedar mengenai kepentingan ilmu pertolongan cemas dalam diri setiap individu kerana tindakan awal mungkin boleh menyelamatkan nyawa mangsa.

Bukan sahaja ilmu asas pertolongan cemas perlu ditimba, malah kit pertolongan cemas juga perlu ada di dalam setiap kereta untuk memberikan rawatan awal kecemasan andai berlaku kemalangan sementara menunggu pasukan paramedik tiba.

"Sepatutnya semua orang perlu memiliki kit pertolongan cemas memandangkan kita sering berdepan dengan situasi yang memungkinkan terjadinya kecederaan atau kes kemalangan kecil.

SETIAP kit pertolongan cemas mengandungi barang-barang mengikut keperluan sesuatu tempat.


"Banyak kes yang dibawa ke hospital berdepan dengan komplikasi besar gara-gara kecederaan tersebut tidak diberikan bantuan kecemasan awal," kata Dr. Mohammad Hazimi Hamzah yang merupakan seorang pengamal perubatan.

Tambahnya, pendarahan banyak yang lambat dihentikan atau luka yang tidak dicuci dengan baik mendedahkan seseorang itu dengan jangkitan kuman.

Kit pertolongan cemas

Menurut Mohammad Hazimi, rawatan awal kecemasan sebenarnya lebih penting, namun ramai yang menganggap ia sebagai satu perkara yang remeh.

"Tidak dinafikan ramai yang khilaf mengenai ilmu bantuan kecemasan. Jadi, seseorang itu perlu mengambil inisiatif belajar mengenainya dengan mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan pihak Kementerian Kesihatan.

"Kit pertolongan cemas perlu ada dalam setiap rumah. Ia bukan sekadar untuk kegunaan kecemasan sahaja, malah boleh dijadikan tempat kita meletakkan dokumen dan rekod kesihatan supaya tidak hilang," katanya sambil memberitahu, kepentingan kad kesihatan diletakkan di dalam dompet bagi membolehkan seseorang itu membuat rujukan jika ada alergi terhadap ubat.

Mohammad Hazimi juga menyarankan supaya kit pertolongan cemas diletakkan di kawasan terbuka yang mudah diingat dan dilihat bagi memudahkannya dicapai apabila berlaku kecemasan.

"Ia perlu diletakkan pada ketinggian yang ditetapkan iaitu tidak terlalu rendah hingga mudah dicapai oleh anak-anak kecil," ujarnya sambil menyarankan kit pertolongan cemas wajib ada di dalam setiap rumah, pejabat dan kenderaan.

Dalam pada itu, ahli farmasi yang juga merupakan pemilik Farmasi Srisuria Sdn. Bhd., Azean Abdul Ghani, 35, memberitahu, kandungan yang perlu ada dalam sesebuah kit pertolongan cemas bergantung kepada tempat kerana keperluannya berbeza.


DENGAN adanya kit pertolongan cemas, segala ubat-ubatan dapat disimpan secara sistematik.


"Jika di kilang, kandungan di dalam kit pertolongan cemas mungkin berbeza dengan di rumah kerana kecederaan yang berlaku di kilang lebih serius berbanding di rumah.

"Sungguhpun begitu, keperluan asas yang perlu ada dalam sesebuah kit pertolongan cemas ialah pembalut luka, pencuci luka, gunting, forsep, kapas, sarung tangan, anduh, plaster dan kain kasa (gauze)," katanya sambil memberitahu, kit tersebut juga boleh ditambah dengan parasetamol atau tablet-tablet lain yang bukan dalam kategori dadah yang memerlukan nasihat ahli farmasi.

Periksa tarikh luput

Jelas Azean, apabila sudah ada kit pertolongan cemas, seseorang itu perlu memeriksa tarikh luput senarai barang-barang di dalamnya selain mengisi semula barang-barang yang telah habis digunakan untuk kegunaan pada masa akan datang.

"Biasanya, barang-barang dalam kit pertolongan cemas luput tempohnya dalam masa dua hingga tiga tahun. Jika seseorang itu langsung tidak pernah menggunakannya, pemeriksaan setahun sekali wajar dilakukan.

"Ia mungkin kedengaran tidak penting, namun dengan adanya kit pertolongan cemas ini, ia memudahkan kita apabila berlakunya kecemasan kerana dalam satu kotak, segala keperluan ada," ujarnya.

Menurut Azean, kit pertolongan cemas dijual antara harga RM70 hingga RM100.

"Kotak pertolongan cemas ini ada yang diperbuat daripada metal, plastik dan polyvinyl chloride (PVC) yang didatangkan dengan warna putih dan merah.

"Seseorang itu juga perlu ada ilmu asas tentang rawatan kecemasan. Pernah terjadi kepada seorang pelanggan lukanya tidak sembuh-sembuh kerana cara cucian luka yang salah," katanya sambil memberitahu, kebiasaannya dalam setiap kotak kecemasan terdapat manual merawat kecederaan mudah.

Temasya Gemilang Keris Mas

Posted:

Temasya Gemilang Keris Mas

Temasya Gemilang Keris Mas

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


PARA pengunjung tidak melepaskan peluang menyaksikan dan mengambil gambar kereta Ferrari yang dipamerkan.


PENUH warna-warni. Itu kesimpulan yang dapat dibuat apabila menyaksikan kemeriahan Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) yang melabuhkan tirainya penghujung bulan lalu.

Berlangsung di Dataran Kolej Keris Mas (KKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 hingga 31 Mac lalu, acara tahunan yang dianjurkan buat kali ke-12 itu berjaya menarik penyertaan 4,000 pelajar.

Ketua Pengarah Eksekutif TG2KM, Nur Fatin Adilin Mohamed Ashri berkata, temasya itu bertujuan untuk menyediakan platform kepada para pelajar khususnya warga kolej mengasah bakat dalam menguruskan program di samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pihak luar.

"Sepanjang 14 hari temasya ini diadakan, pelbagai aktiviti menarik telah diatur. Antaranya, pameran teknologi maklumat, pesta buku, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan, pertandingan lagu ketuhanan dan malam apresiasi wanita.

"Selain itu, terdapat juga acara explorace keusahawanan, Fear factor: food edition, pertandingan khat & kollam, kugiran rentak juara, pementasan teater Patung Patung, kejohanan bola sepak jalanan, konsert nasyid, pertandingan tudung dan busana muslimah serta pesta kebudayaanTinghua.

"Kami berharap melalui penganjuran TG2KM, ia dapat membuka mata ramai pihak terhadap keunggulan Kolej Keris Mas sekali gus menjulang nama kolej ini ke peringkat lebih tinggi," ungkap Nur Fatin Adilin.


ACARA pertandingan menghias kek cawan menguji kreativiti pelajar lelaki yang tidak ketinggalan menyertainya.


Tidak ketinggalan, Forum Bicara Cinta turut diadakan dengan menampilkan selebriti seperti Yatt Hamzah dan pendakwah muda, Fatimah Syarha Mohd. Noordin sebagai panel jemputan. Program tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi media rasmi TG2KM, Radio Streaming Online Nasyid FM.

Aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan termasuklah rumah hantu, gerai mengambil gambar, pertunjukan kereta Ferrari, persembahan capoeira dan perkhidmatan sewa basikal baring.

Majlis penutup temasya itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Datuk Ir. Dr. Othman A. Karim. Ia turut dihadiri Pengetua KKM, Dr. Ruslin Amir, barisan felo dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/Siswi Kolej Kediaman.

Bertemakan Citra Budaya, Warna Perpaduan, majlis itu dimulakan dengan persembahan tarian Ulek Mayang oleh Kelab Tarian Pawana Mas.

Membina semangat kekitaan

Dalam ucapannya, Othman menyatakan bahawa temasya sedemikian dapat membina semangat kekitaan dan kekeluargaan dalam kalangan warga KKM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Pemilihan tema ini juga diharap mampu menyemai semangat perpaduan antara kaum dalam diri setiap mahasiswa bagi mengekalkan keharmonian yang telah terbina sejak sekian lama.


PERTANDINGAN membuat kollam turut dimeriahkan oleh pelajar pelbagai kaum termasuk Melayu dan Cina.


"Apa yang lebih penting, jangan jadikan kolej kediaman sekadar tempat tidur semata-mata. Sebaliknya, libatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan kerana ia berfaedah terhadap pembinaan kebolehpasaran mahasiswa.

"Harus diingat, kehidupan di kolej ini dapat memberi banyak pengalaman untuk berjaya dalam kehidupan dan kerjaya pada masa hadapan selepas tamat pengajian kelak," tutur beliau.

Majlis penutup TG2KM diakhiri dengan persembahan hebat artis, Najwa Latif dan kumpulan band IamNeeta dengan lagu mereka bertajuk AdaMu dan Tuhan Tolong Aku.

Hakikatnya, temasya kali ini berjaya mencapai objektif utama dalam mewarnai hari-hari pelajar di KKM. Ini terbukti dengan lebih daripada 9,000 tweet yang dihantar oleh pengguna-pengguna laman sosial Twitter.

"Terima kasih pada Kolej Keris Mas sebab buat event #TG2KM dan terima kasih juga pada krew-krew #TG2KM kerana beri kami peluang untuk buka gerai," kata seorang pelajar yang menggunakan nama @9gageneral pada laman Twitter.

"Done with #TG2KM. It was such a great event. A beautiful opportunity and a great memory there," ujar @pangeran_lautan pula.

Tangani isteri atau suami yang sangat cerewet

Posted:

Tangani isteri atau suami yang sangat cerewet

Tangani isteri atau suami yang sangat cerewet


GURAU senda dalam rumah tangga dapat 'menggebukan' lagi kasih sayang antara suami dan isteri.


MEMPUNYAI isteri yang cerewet bukanlah satu perkara yang luar biasa. Sememangnya kaum wanita sinonim dengan sikap mudah meluah rasa.

Mempunyai suami yang cerewet pula bukan takdir semua isteri tetapi hanya kepada sebahagian kecil sahaja. Sebabnya, makhluk Allah bernama lelaki ini sinonim dengan tidak bercakap banyak kerana lebih suka memendam rasa.

Biarpun itu fitrahnya, sudah namanya manusia yang mempunyai satu persamaan besar iaitu berbeza dengan orang lain, sikap cerewet seorang suami bukanlah perkara yang terlalu luar biasa malah bukan juga bebanan yang berat, Insya–Allah!

Rasa bersyukur

Kepada mereka yang ditakdirkan mempunyai pasangan yang cerewet, sama ada suami atau isteri, anda masih perlu rasa bersyukur atas kurniaan-Nya.

Kenapa perlu bersyukur? Sebabnya anda berpeluang mengetahui segala isi hatinya yang tidak puas hati dengan tindakan anda.

Khususnya buat para isteri kerana kajian membuktikan ramai isteri yang mempunyai suami diam dan tidak memberi sebarang maklum balas dalam apa juga tindakan hingga isteri tidak tahu kesilapan atau kelemahan sendiri.

Isteri hanya tahu ada yang tidak kena selepas cinta suami beralih arah kerana kononnya ada orang lain yang lebih memahami kehendak dan selera si suami.

Buat para suami pula, anda perlu bersyukur kerana cerewet isteri anda adalah satu hiburan yang anda tidak pernah jangka. Percayalah! Apabila sikap cerewet tersebut tiba-tiba hilang, anda akan merinduinya malah anda boleh faham sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri anda.

Perlu difahami juga bahawa isteri adalah wanita, sinonim dengan sikap seorang ibu yang akan bikin kecoh sebagai tanda sayang. Apabila tiada lagi kasih, biasanya anda akan tidak dipedulikan, tiada lagi cerewet sekali gus membuatkan anda rasa tersisih.

Usaha penuhi kehendaknya

Antara sebab seseorang itu jadi cerewet ialah apabila sesuatu yang dilakukan oleh orang lain gagal memenuhi kehendaknya.

KOMUNIKASI antara suami dan isteri penting bagi memastikan rumah tangga tidak dilanda badai. - Gambar hiasan


Lantaran, bagi mengelakkan cerewet pasangan anda berleluasa, anda perlu berusaha untuk memenuhi kehendak pasangan anda.

Jangan cepat putus asa biarpun usaha anda nampaknya seperti tidak berbaloi kerana sikap pasangan masih sama. Bagi menangani situasi yang masih sama ini, anda perlu kembali ke titik mula.

Contohnya, suami anda cerewet dalam hal makanan maka anda perlu tahu kehendak dan selera suami. Makanan kegemarannya, jenis hidangan kesukaannya dan bentuk hidangan tersebut.

Bagi suami pula, fahami juga kesukaan isteri seperti pakaian, susun atur rumah dan jadual perjalanan. Jika tahu isteri akan bising kalau kasut anda tidak disusun, lantas bagi mengelakkan isteri anda berceloteh dan buat kecoh, pastikanlah kasut anda tersusun kemas.

Bertanya dan berterus terang

Kebanyakan pasangan mengambil jalan mudah, merasakan diri difahami oleh pasangan kerana telah melalui hidup bersama dalam tempoh yang lama.

Realitinya, andai berkawan atau bercinta lama sebelum kahwin ataupun telah melalui tempoh perkahwinan yang lama, anda takkan mengenali pasangan anda sepenuhnya.

Sikap manusia umpama pasir di pantai, boleh berubah sepanjang masa, bezanya perubahan yang sedikit tanpa disedari atau perubahan besar dan mudah disedari.

Lantas, amalkan untuk sentiasa bertanya, berbincang dan berterus terang dengan pasangan anda apabila merancang sesuatu perkara berkaitan perjalanan hidup rumah tangga anda termasuk jadual kerja anda.

Bersabar dan berdoa

Di samping usaha dan tindakan perlu dilaksana, tidak dinafikan anda perlu lebih bersabar menghadapi kerenah pasangan sebegini.

Anda juga perlu berdoa agar pasangan anda menghentikan tabiatnya yang merimaskan itu.

Berubahlah. Mereka yang bersikap cerewet, jangan hanya harapkan pasangan memahami anda sebaliknya berubahlah demi keselesaan pasangan anda.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved