Rabu, 17 April 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ahli Geng 36 mati ditembak atas sofa

Posted:

Ahli Geng 36 mati ditembak atas sofa

Ahli Geng 36 mati ditembak atas sofa

ANGGOTA polis menyiasat tempat Raman mati ditembak di Serdang, Selangor semalam.


SERDANG - Seorang ahli kumpulan gengster bergelar Geng 36 yang mempunyai tatu lambang kepala harimau di dada dan bahu mati selepas terkena tujuh das tembakan dari jarak dekat ketika sedang berehat di atas sofa di Jalan 6/1 Kawasan Perindustrian Serdang di sini semalam.

Kejadian pukul 2 pagi itu menyebabkan K. Raman, 34, maut di tempat kejadian selepas ditembak dua kali di bahu kiri, dan masing-masing satu das di bahu kanan, dada kiri, leher kanan, belakang leher serta cuping telinga kanan.

Difahamkan, kejadian tersebut bermotifkan dendam berdasarkan cara pembunuhan yang dilakukan amat kejam dan nekad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui tatu lambang kepala harimau di dada dan bahu serta angka 36 di belakang badannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buang nombor kereta penculik

Posted:

Buang nombor kereta penculik

Buang nombor kereta penculik

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Seorang mekanik mendakwa, dia diminta pemilik kereta Proton Gen 2 warna hitam supaya membuang papan pendaftaran kenderaan tersebut semasa dibawa ke bengkelnya, April tahun lalu atas alasan sedang berhutang dengan pihak bank.

Saksi kesembilan, Liew Tek Foo, 29, yang memiliki bengkel Ban Loong, Car Spray and Mudguard Works di Chemor, Perak bagaimanapun berkata, dia hanya membiarkan papan tersebut di atas lantai dan tidak ingat apa yang berlaku selepas itu.

Tek Foo sebelum itu memberitahu, tujuan kereta dihantar ke bengkel kerana pemilik mahu dia menyembur cat pada kesan calar di beberapa bahagian pada kereta tersebut.

Dia yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes penculikan budak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, di Mahkamah Tinggi di sini semalam bagaimanapun tidak mengingati tarikh sebenar kereta dihantar ke bengkelnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Batal mengajar

Posted:

Batal mengajar

Batal mengajar

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my


ANGGOTA bomba bergegas ke SMK Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur selepas menerima maklumat mengenai sisa kimia terbakar dan meletup semalam.


KUALA LUMPUR - Suasana aman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan di sini bertukar kecoh apabila 21 warganya mengalami muntah-muntah dan sesak nafas selepas terhidu asap beracun semalam.

Kejadian pukul 11.32 pagi itu berlaku apabila salah satu daripada lapan tong bahan sisa kimia terbakar dan meletup ketika hendak dipunggah ke dalam lori khas yang berada di dalam kawasan sekolah oleh dua pekerja.

Tong itu hendak dibawa ke loji pelupusan bahan kimia di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.

Tong itu mengandungi 229 jenis sisa bahan kimia seperti ammonia, magnesium, sodium dan zink.

Ketika kejadian, enam tong tersebut telah diletakkan ke dalam lori sebelum salah satunya terbakar.

Lori tersebut berada dekat dengan makmal dan bahan kimia itu kepunyaan sekolah yang hendak dilupuskan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menggunakan serbuk kering untuk memadamkan api dari merebak ke tong lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kebanggaan Malaysia

Posted:

Kebanggaan Malaysia

Kebanggaan Malaysia

PARA pemain Cardiff City meraikan kejayaan mereka selepas berjaya melangkah ke saingan Liga Perdana England musim depan.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kejayaan kelab bola sepak Liga Kejuaraan England, Cardiff City melayakkan diri ke Liga Perdana England (EPL) musim depan merupakan kebanggaan buat rakyat negara ini.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu, Ahmad Shabery berkata, kejayaan tersebut dapat membawa jenama Malaysia di persada bola sepak antarabangsa.

"Saya amat gembira dengan kejayaan tersebut. Tahniah, kerana ia sedikit sebanyak telah memupuk semangat kepada para pemain kebangsaan untuk bekerja lebih keras dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa," katanya semalam.

Kelab tersebut, yang menggunakan jersi yang tertera nama Malaysia, menamatkan penantian selama 51 tahun untuk layak ke Liga Perdana England.

Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan kelab bimbingan jurulatih dari Scotland, Malky Mackay ketika menentang Charlton Athletic awal pagi semalam, membolehkan mereka beraksi dalam liga utama England itu buat julung- julung kalinya.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, kelab berkenaan telah lama dianggap sebagai 'pasukan kebangsaan' kerana ia dimiliki oleh rakyat Malaysia.

"Malaysia dan Cardiff City sudah lama mempunyai pertalian spiritual kerana apabila penduduk di sana melihat pasukan itu, mereka pasti mengaitkan dengan Malaysia kerana kita adalah penaja utama yang membawa mereka ke tahap ini," katanya.

Beliau turut memuji program pembangunan pada peringkat akar umbi yang dijalankan oleh kelab berkenaan dan menggesa pasukan Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal untuk mencontohinya.

Turut senada dengan beliau ialah legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun yang menyifatkan kejayaan kelab itu beraksi di EPL musim depan pasti menggembirakan seluruh rakyat Malaysia.

"Kita patut mencontohi bagaimana Vincent Tan membawa pasukan ini ke EPL agar kita mampu mencapai tahap lebih baik pada masa akan datang.

"Skuad Harimau Malaya patut menjadikan kejayaan kelab itu sebagai pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih keras bagi melayakkan diri beraksi pada Sukan Olimpik nanti," katanya.

Tekad gilap dua pemain muda negara

Posted:

Tekad gilap dua pemain muda negara

Tekad gilap dua pemain muda negara


MAEDA (kanan) bersama-sama Wan Zack (dua dari kiri), Nazirul (dua dari kanan) serta pegawai FC Ryukyu bergambar kenangan selepas sidang akhbar di Okinawa semalam.


OKINAWA, Jepun - Timbalan Ketua Pengarah Kerajaan Wilayah Okinawa Bahagian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Mitsuyuki Maeda berharap hubungan baik antara Malaysia dengan Jepun akan terus kukuh dengan kehadiran dua pemain muda negara ini, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim yang beraksi dalam saingan Liga Bola Sepak Jepun (Liga J).

Menurut Maeda, penghijrahan Wan Zack, 22, dan Nazirul, 19, dilihat bakal membuka peluang kepada pemain-pemain negara lain, khususnya dari Malaysia untuk mengembangkan karier bola sepak mereka dalam Liga J.

Keyakinan itu hadir selepas beliau menyaksikan kehebatan Wan Zack yang membantu FC Ryukyu menewaskan Sagawa Printing 2-1 di Stadium Okinawa City Athletics pada Sabtu lalu.

Beliau menyifatkan pemain-pemain negara dilihat memiliki kualiti yang setanding dengan barisan pemain dalam Liga J.

"Saya kini memiliki dua pemain (Wan Zack dan Nazirul Naim) yang cukup terkenal di Malaysia.

"Kami selaku wakil dari Jepun sangat berbangga kerana mereka memilih untuk menyertai kelab ini.

"Kami berharap lebih ramai pemain dari Malaysia akan menyertai mana-mana kelab Jepun selepas ini dalam usaha kita untuk terus memartabatkan bola sepak di rantau Asia," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar semalam.

Tambahnya, mereka akan berusaha membuat liputan penuh mengenai perkembangan dua pemain muda Malaysia itu dalam usaha menarik minat pemain-pemain dari negara lain untuk mengembangkan karier mereka dalam Liga J.

"Pada jangkaan saya, ini adalah satu permulaan yang cukup bagus buat Jepun dan Malaysia yang memulakan langkah mewujudkan program kerjasama dalam sukan bola sepak.

"Ini merupakan satu sejarah baharu buat Jepun dan Malaysia yang mempunyai misi untuk meningkatkan kualiti pemain-pemain dari rantau Asia," katanya.

Balingan emas Syimir-Timmy

Posted:

Balingan emas Syimir-Timmy

Balingan emas Syimir-Timmy

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


TIMMY (tiga dari kiri) dan Syimir (tiga dari kanan) meraikan kejayaan mereka bersama pemenang pingat perak dan gangsa di Sunway Megalanes, Petaling Jaya semalam.


TIMMY Tan dan Syimir Abdul Razak yang baru digandingkan ternyata tidak mengecewakan pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) apabila berjaya meraih pingat emas acara beregu pada Kejohanan Boling Antara Negeri 2013 yang berlangsung di Sunway Megalanes, Petaling Jaya semalam.

Lebih menarik, kejohanan edisi ke-26 itu menyaksikan gandingan tersebut menewaskan rakan sepasukan, Muhd. Rafiq Ismail dan Muhd. Syafiq Ridwan dengan perbezaan 118 jatuhan pin.

Mereka mencatat 2,740 jatuhan pin keseluruhan pada perlawanan tersebut.

"Kami tidak mempunyai strategi tertentu. Hanya bermain seperti biasa. Saya langsung tidak sangka untuk muncul juara," ujar Syimir yang mencatat 1,370 jatuhan pin pada perlawanan tersebut.

"Rasanya kami lebih menikmati permainan kami berbanding terlalu memikirkan mengenai kemenangan," tambah pemain berusia 20 tahun itu.

Menurut pemain pelapis skuad kebangsaan itu, dia amat gembira apabila sekali lagi berjaya melakar kemenangan pada kejohanan tersebut selepas kali terakhir melakukannya tahun 2009 dalam acara berpasukan.

"Saya rasa bangga kerana sudah lama tidak mencatat kejayaan pada kejohanan ini. Saya harap momentum ini akan dapat membantu Kuala Lumpur meraih satu lagi kejayaan dalam acara berpasukan esok (hari ini)," katanya.

Bagi Timmy, tidak timbul masalah keserasian dengan pasangannya itu kerana mereka sudah mengetahui gaya permainan masing-masing. Kami tahu apa yang perlu dilakukan jika berhasrat untuk bergelar juara.

"Apa yang menjadi cabaran kami ialah keadaan lorong yang memang agak mencabar. Ia agak kering dan sukar mencipta balingan sempurna," ulas Timmy.

Pada aksi semalam, gandingan tersebut dikejar rapat oleh pasukan Selangor yang diwakili Alex Liew dan Zulmazran Zulkifli.

Untuk tiga set pertama, gandingan Selangor itu berjaya mendahului permainan apabila Alex berjaya membuka permainan dengan jatuhan pin sempurna iaitu 300.

Bagaimanapun, Syimir-Timmy berjaya menguasai perlawanan dengan corak balingan konsisten sepanjang enam permainan tersebut.

Penguasaan gandingan Kuala Lumpur itu gagal ditembusi Alex- Zulmazran apabila sekadar meraih gangsa dengan 2,620 jatuhan pin keseluruhan.

Sementara itu, gandingan Rafiq- Syafiq yang masing-masing mencatat 1,228 dan 1,394 jatuhan pin berpuas hati dengan pingat perak.

Sementara itu, pasukan Perak berjaya memecah kebuntuan apabila meraih emas dalam acara beregu wanita menerusi gandingan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi- Sin Li Jane.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bersatu di bilik gerakan

Posted:

Bersatu di bilik gerakan

Bersatu di bilik gerakan

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

BIRO kebajikan bertungkus-lumus menyediakan masakan untuk para petugas jentera parti.


Datuk Seri Najib nama diberi

Orangnya berhemah lagi disayangi

Terima kasih Perdana Menteri

Membantu rakyat seluruh negeri

Tun Mahathir pembangun negara

Semua usaha sudah berjaya

Rakyat jelata merasa bangga

Sehingga kini Tun masih setia

DUA rangkap pantun di atas merupakan nukilan rasa Tipeh Bakri, 60, yang ingin disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sumbangan serta jasa mereka terhadap pembangunan negara.

Tipeh yang merupakan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa, Kuala Lumpur ditemui Kosmo! ketika membuat liputan di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) cawangan Wangsa Keramat pada malam Jumaat lalu.

Walaupun baru sahaja menjalani rawatan dialisis kerana sakit buah pinggang, beliau sanggup turun padang untuk menyaksikan kemeriahan suasana di bilik gerakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

"Saya mula menyertai UMNO pada usia 19 tahun. Justeru, semangat kepartian yang mengalir dalam diri sukar untuk dipisahkan," kata Tipeh yang turut membantu jentera parti dengan menyampaikan siri ceramah di kawasan tersebut.

Sejak mula beroperasi pada 4 April lalu, Bilik Gerakan BN cawangan Keramat Wangsa itu tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti terutamanya pada waktu malam.

Menurut Ketua UMNO cawangan Keramat Wangsa, Mohd. Shaari Sidek, 55, selepas Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu, pihaknya telah mengambil tindakan awal dengan menubuhkan jawatankuasa petugas bagi jentera parti pilihan raya.

"Ini termasuklah melantik biro penerangan, logistik, kebajikan, teknologi maklumat, pengundi luar, peraih undi dan biro pengangkutan. Kesemua mereka terdiri daripada penduduk tempatan yang hadir secara sukarela untuk menghulurkan bantuan.

Gotong-royong memasak

"Setiap malam, golongan wanita yang terdiri daripada biro kebajikan akan memasak secara bergotong-royong untuk petugas jentera PRU-13. Selain itu, anak-anak muda pula akan mengambil tugas menggantung bendera di sekitar kawasan ini," ujar Mohd. Shaari merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Setiawangsa.


JENTERA parti pilihan raya BN cawangan Keramat Wangsa bersemangat untuk menjalankan tugas masing-masing.


Apa yang pasti, bahang PRU-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi semakin hangat dirasai. Kibaran bendera yang dipasang di dalam dan luar bilik gerakan menjadikan suasana lebih meriah.

Bagi Zalima Abd. Rahim, 57, sebagai ketua tukang masak, dia gembira kerana dapat menyumbang tenaga sebagai salah seorang petugas jentera parti. Walaupun hanya berada di dapur, ia tetap memberi kepuasan pada dirinya.

"Saya seronok kerana dapat membantu mengikut kemampuan diri. Setiap malam saya akan menyediakan makanan untuk dinikmati semua petugas. Biasanya kami akan mengambil kira pandangan ramai sebelum memilih menu untuk dimasak.

"Antara hidangan yang disediakan termasuklah nasi goreng, mi atau bihun goreng dan nasi lemak," terang Zalima yang akan turun mengundi buat kali kelima dalam hidupnya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO cawangan Wangsa Keramat, Hanifah Mohd. Yatim, 52, memberitahu, selain memasak, petugas wanita turut melakukan aktiviti berkempen dengan melawat dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk.

"Mereka memainkan peranan sebagai peraih undi bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kali ini," ungkap Hanifah.

WeChat versi tempatan

Posted:

WeChat versi tempatan

WeChat versi tempatan

Oleh ADLAN JAAFAR


FUNGSI mesej suara memudahkan pengguna menghantar pesanan tanpa perlu menaip.


LEDAKAN penggunaan telefon pintar turut menukar cara orang ramai berhubung dengan gajet tersebut. Bukan setakat khidmat pesanan ringkas (SMS) atau membuat panggilan, aplikasi-aplikasi komunikasi memudahkan perhubungan. Ia juga percuma kepada mereka yang memiliki pelan data internet mobil.

Aplikasi-aplikasi seperti Line, WhatsApp, Viber dan WeChat mempunyai persamaan iaitu dari segi ruang berbual dan penghantaran fail.

Begitupun, kesemua aplikasi itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan WeChat berbeza dari segi fungsi Push To Talk.

Jika sebelum ini, setiap mesej perlu ditaip namun menggunakan WeChat, pengguna hanya perlu menekan butang, bercakap dan seterusnya mesej dihantar ke penerima.

"Menghantar SMS ketika memandu amat berbahaya tetapi menggunakan WeChat lebih selamat kerana tidak perlu menaip lagi, hanya bercakap dan mesej dihantar," kata pelakon yang baru memenangi Anugerah Bintang Paling Popular anjuran sebuah akhbar tempatan, Shaheizy Sam.

Dia dan Lisa Surihani ditemui pada majlis pelancaran iklan televisyen versi tempatan berbahasa Melayu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir, Presiden Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Ba U Shan-Ting.

Iklan televisyen WeChat bahasa Melayu mempunyai tiga versi menarik dengan setiap satunya memberi penekanan yang berbeza.

Dekat kepada masyarakat

Sebelum ini, terdapat empat versi iklan berkenaan yang berbeza bahasa bergantung kepada negara sasaran iaitu Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Thailand.

"Kami perlu dekat kepada masyarakat tempatan dengan cara penerbitan iklan dan pelantikan duta jenama," kata Timbalan Presiden Tencent International Business, Poshu Yeung.

Jalan cerita iklan tersebut menggambarkan keseronokan dan kemudahan pengguna menggunakan WeChat dan mempunyai durasi selama 30 saat.

Setakat bulan lalu, terdapat lebih kurang 300 juta pengguna WeChat di seluruh dunia.

Menurut Yeung, walaupun penduduk Malaysia sekitar 30 juta orang namun rakyat Malaysia merupakan antara yang paling kerap menghantar dan membaca mesej di dunia.

"Saya boleh melihat dua orang sedang berbual sambil membaca mesej yang dihantar," ungkapnya.


DARI kiri: Lisa, Yeung, Shan-Ting dan Shaheizy pada majlis pelancaran iklan komersial WeChat di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tambahnya lagi, platform aplikasi komunikasi akan menjadi sebuah industri yang amat menguntungkan. Justeru, tindakan pihaknya menjalankan promosi WeChat di

Malaysia sangat tepat pada waktunya.

WeChat juga mempunyai akaun rasmi yang boleh diikuti oleh pengguna. Akaun rasmi itu milik selebriti dan syarikat-syarikat terpilih.

Pemilik akaun rasmi boleh memuat naik kemas kini pada masa nyata dalam apa bentuk sekalipun sama ada bentuk mesej, kata-kata atau pun emosi.

Lisa dan Shaheizy mempunyai akuan rasmi WeChat. Menurut Yeung, pihaknya sangat memilih selebriti dan syarikat untuk menyertai akaun rasmi tersebut. Ia disebabkan mereka mahu memberikan yang terbaik kepada pengguna WeChat.

Ia juga disokong oleh sambungan WiFi, 3G dan 4G serta boleh dimuat turun pada semua sistem operasi seperti iOS, Android, Symbian, BlackBerry selain Windows.

Sehubungan itu, WeChat dapat digunakan oleh semua platform telefon pintar. Bagi pengguna BlackBerry 10 (BB10) pula boleh memuat turunnya dalam tempoh tiga bulan mendatang.

Ia juga mempunyai 17 bahasa berbeza antaranya, bahasa Inggeris, Melayu, Cina, Portugis, Vietnam, Rusia dan Thai.

Ciri-ciri lain yang menarik mengenai WeChat ialah plug-in sosial berdasarkan lokasi iaitu Shake, Look Around dan Drift Bottle.

Ia membolehkan pengguna berkawan dan berbual melangkaui sempadan negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Korea Utara sekali lagi ancam serang Korea Selatan

Posted:

Korea Utara sekali lagi ancam serang Korea Selatan

Korea Utara sekali lagi ancam serang Korea Selatan


GAMBAR fail menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan membakar patung-patung bekas pemimpin dan pemimpin terkini Korea Utara di Seoul kelmarin.


SEOUL - Tentera Korea Utara semalam mengancam akan melancarkan tindak balas yang membawa kemusnahan besar ke atas Korea Selatan.

Bagaimanapun, tindak balas itu tidak akan berlaku jika Korea Selatan meminta maaf ekoran tindakan para penunjuk perasaan yang membakar patung pengasas negara tersebut.

Para penunjuk perasaan itu membakar patung pengasas negara komunis Korea Utara, Kim Il-sung.

Mereka juga membakar patung anak Il-sung, Kim Jong-il dan pemimpin negara itu ketika ini, Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Tunjuk perasaan itu diadakan pada Isnin lalu yang dihadiri oleh 40 orang.

Ia diadakan ketika Korea Utara meraikan ulang tahun kelahiran Il-sung yang juga datuk kepada Jong-un.

"Tindak balas kami akan bermula tanpa sebarang notis," kata kenyataan yang dikeluarkan Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea Utara.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan, kata dua Korea Utara itu amat dikesali dan ia berjanji untuk turut bertindak balas terhadap sebarang serangan. Ketegangan di Semenanjung Korea ketika ini meningkat selepas Korea Utara membuat ancaman untuk menyerang Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan sekatan barang mewah ke atas Korea Utara selepas negara tersebut melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.

Amaran terbaharu itu dikeluarkan sehari selepas Setiausaha Negara AS, John Kerry menamatkan lawatannya ke negara-negara Asia Timur yang bertujuan untuk meredakan ketegangan ketenteraan di Semenanjung Korea.

Kerry juga berusaha meminta China untuk bertindak meredakan ketegangan kerana Korea Utara merupakan sekutu utamanya. - Agensi

Hakim hukum diri sendiri, bayar denda

Posted:

Hakim hukum diri sendiri, bayar denda

Hakim hukum diri sendiri, bayar denda

IONIA, Michigan - Seorang hakim di Amerika Syarikat (AS), Raymond Voet membayar denda sebanyak AS$25 (RM76) ekoran perbuatannya sendiri.

Voet membayar denda itu kerana beliau menghina mahkamah selepas bunyi telefon pintarnya mengganggu perbicaraan yang dikendalikannya.

Portal berita Sentinel-Standard of Ionia and MLive.com melaporkan, Voet telah melaksanakan peraturan bahawa pemilik peralatan elektronik akan dikenakan tindakan menghina mahkamah jika gajet mereka mengeluarkan bunyi sekali gus mengganggu perbicaraan.

Namun, pada Jumaat lalu, telefon pintar baharu Voet berbunyi semasa beliau menghakimi satu perbicaraan.

"Saya berasa terlanggar telefon itu dan ia mula mengeluarkan bunyi bising," katanya.

Bunyi itu meminta supaya arahan bersuara diberikan.

Menurut Voet, beliau sebelum ini menggunakan telefon BlackBerry. Menurutnya dia tidak biasa dengan operasi telefon baharu yang mempunyai skrin sesentuh.

"Ia merupakan satu alasan tetapi saya tidak akan menerima alasan seperti itu.

"Mahkamah merupakan tempat serius yang perlu dihormati," kata hakim tersebut.

Semasa waktu perbicaraan berhenti rehat, Voet menjatuhkan hukuman menghina mahkamah terhadap dirinya sendiri dan membayar denda tersebut.

"Hakim-hakim merupakan manusia. Mereka tidak berada di atas undang-undang.

"Saya melanggar undang-undang dan saya perlu hidup dalam peraturan," katanya. - AP

Ibu lacur anak dihukum penjara sembilan tahun

Posted:

Ibu lacur anak dihukum penjara sembilan tahun

Ibu lacur anak dihukum penjara sembilan tahun

SYDNEY - Seorang wanita kelahiran Thailand dipenjarakan di Australia semalam kerana melacurkan seorang anak perempuannya sejak berusia sembilan tahun.

Wanita berusia 41 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun di Mahkamah Tinggi Brisbane selepas dia mengaku bersalah terhadap 20 pertuduhan termasuk penyeludupan kanak-kanak dan pelacuran.

Mahkamah diberitahu bahawa wanita tersebut mengusahakan perniagaan urut di pinggir Runcorn. Pada tahun 2004, anaknya itu dihantar untuk bercuti selama enam minggu ke Australia.

Wanita tersebut kemudian mengajar anaknya itu cara-cara untuk mengurut dan melakukan hubungan seks.

Dia juga memaksa anak perempuannya itu untuk melihatnya melakukan perlakuan seks.

Menurut pendakwa raya, Todd Fuller, adalah munasabah nenek budak tersebut yang datang bersamanya ke Australia dari Thailand pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki semasa mereka melawat negara ini.

Apabila budak perempuan tersebut berusia 11 tahun, ibunya membawa anaknya itu berpindah ke Australia untuk bekerja sebagai pelacur sepenuh masa. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hans, Neelofa kunci mulut

Posted:

Hans, Neelofa kunci mulut

Hans, Neelofa kunci mulut

SEJAK pelakon muda, Neelofa menjadi pilihan utama Hans Isaac untuk filem arahannya iaitu Lemak Kampung Santan, gosip cinta antara mereka mula bertiup kencang.

Gosip itu semakin panas apabila mereka menjalani penggambaran filem tersebut pada Oktober, 2011. Baik Hans mahupun Neelofa, masing-masing tidak memberi sebarang pengesahan yang sahih tentang status hubungan mereka.

Kenyataan yang sering diberikan mereka: "Kami berkawan rapat dan selesa antara satu sama lain."

Dalam satu temu bual sebelum ini, Hans pernah mengakui berkenalan rapat dengan keluarga Neelofa.

Bagaimanapun, pada sidang media filem Lemak Kampung Santan baru-baru ini, Hans enggan berkongsi kisah peribadi dirinya dengan media.

"Saya tidak mahu gosip cinta dan cerita tentang hubungan kami menjadi cerita yang lebih besar daripada filem saya. Sebab itu saya mengadakan sidang media sekarang meskipun filem saya akan ditayangkan lambat lagi," katanya.

Sungguhpun begitu, Hans mengakui dia tertarik kepada Neelofa saat pertama kali bertemu dengannya pada sesi uji bakat yang dijalankan.

"Sejujurnya saya langsung tidak mengenali siapa Neelofa sebelum bekerja dengannya. Sebelum memilih Neelofa saya telah mempunyai pilihan pelakon wanita yang lain, jauh lebih senior daripadanya.

"Namun, waktu itu Aziz M. Osman mencadangkan kepada saya supaya mengambil Neelofa. Selepas bertemu dengannya buat pertama kali kami terus serasi.

"Benarlah kata Aziz, Neelofa seorang pemikir, bukannya pelakon yang cantik dan kejar glamor semata-mata," tuturnya.

Tambahnya, pada sesi uji bakat, Neelofa telah mengejutkan dirinya kerana berjaya melontarkan skrip seperti pelakon senior meskipun ketika itu dia masih terlalu baru dalam dunia lakonan.

"Saya tertanya-tanya juga, pandai atau tidak dia berlakon? Selepas melihat sendiri bakatnya saya cukup yakin dan terus mengambilnya untuk watak Tiga.

"Sejak berkerja sama, kami berdua mula rapat. Apa yang saya suka tentangnya, dia boleh buat saya ketawa," ujarnya.

GOSIP cinta Hans, Neelofa bukan gimik untuk pancing penonton.


Ditebak mengapa sebelum ini Hans lebih terbuka berkongsi kisah cintanya, jawab Hans, dia telah belajar daripada kesilapan lalu.

"Sebelum ini memang saya bersikap terbuka dengan siapa saya bercinta tetapi dengan sikap terbuka itu saya telah mendapat banyak masalah.

"Saya penat untuk menjawab soalan yang sama berulang kali. Rasanya cukuplah saya dikenali dengan gosip cinta kerana apa yang saya inginkan andai saya tiada lagi di dunia ini ialah pencapaian saya dalam industri seni," balasnya.

Kata Hans, filem yang tidak cukup bagus sahaja akan menggunakan gosip cinta sebagai gimik untuk melariskan filem mereka.

"Selalunya penerbit yang menggunakan gosip cinta sebagai gimik untuk lariskan filem kerana mereka tidak yakin dengan filem sendiri.

"Jujurnya, zaman 80-an banyak produksi filem menggunakan cara tersebut untuk melariskan filem. Hollywood juga tidak terkecuali.

"Sekarang sudah tahun 2013, tidak mungkin saya akan menggunakan cara yang sama untuk memancing penonton ke pawagam," ujarnya.

Jika sudah berkata begitu, sudah pasti Hans sangat yakin dengan kualiti Lemak Kampung Santan yang dihasilkan dengan kos mencecah RM1.7 juta itu.

"Ya, memang saya cukup yakin filem saya berkualiti. Saya mempunyai barisan pelakon yang terbaik dan saya sendiri memastikan setiap babak di pawagam berbaloi untuk ditonton," jelasnya.

Permaisuri

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor mengakui, gosip cinta yang bertebaran tidak dirancang. Bukan itu sahaja, gosip cinta itu tidak mengganggu konsentrasinya ketika berlakon bersama Hans.

"Ketika gosip itu hangat diperkatakan, kami sedang berada pada akhir penggambaran. Terus-terang, saya langsung tidak terganggu dengan gosip itu.

"Saya tidak akan sesekali mencampurkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Saya juga kunci mulut tentang kisah peribadi, apa yang saya boleh katakan kami berkawan baik, itu sahaja," balas pelakon berusia 24 tahun itu.

Sambung pelakon kelahiran Kelantan itu, sepanjang penggambaran Lemak Kampung Santan selama 45 hari, dia diberi layanan bak permaisuri oleh Hans.

"Memang cukup berbeza ketika berada di set penggambaran Hans. Semuanya cukup lengkap. Makanan, tempat rehat dan karavan yang lengkap dengan penghawa dingin. Rasa seperti permaisuri (ketawa).

"Kemudahan itu bukan untuk saya seorang sahaja, tetapi untuk semua pelakon yang terlibat, jadi jangan salah faham," tuturnya berseloroh.

Tambahnya, terlibat dalam filem tersebut pada tahun pertama menceburi bidang seni telah mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi kerana dikelilingi oleh pelakon-pelakon yang berkaliber selain skrip filem yang cukup menarik.

"Apabila berlakon dalam filem ini saya dapat rasa diri saya berada setingkat lebih tinggi kerana pelakon sekeliling saya semuanya hebat-hebat.

"Mereka tidak lokek memberikan ilmu untuk saya menjadi pelakon yang lebih baik. Ini antara filem yang saya tidak sabar untuk penonton beri respons kerana saya buat sehabis baik," katanya tentang filem keempat lakonannya itu.

NEELOFA dan Hans memilih untuk tidak membicarakan soal peribadi secara lantang.


Hero

Menerusi filem terbitan Tall Order Production Sdn. Bhd. tersebut, Hans membawakan watak utama sebagai Ridzuan. Pada masa yang sama Hans juga memegang tanggungjawab sebagai penulis skrip serta pengarah.

Walaupun ia turut dibintangi oleh barisan pelakon gred A seperti Harun Salim Bachik, Awie, Natasha Hudson dan Khir Rahman, namun Hans seperti tidak mahu memberi peluang kepada pelakon lain untuk memegang watak utama.

Saat diajukan persoalan tersebut kepadanya, Hans menjawab: "Selepas berfikir panjang, saya tidak melihat ada pelakon yang mampu menggalas watak tersebut.

"Ini kerana watak Ridzuan itu sangat urban seperti diri saya sendiri. Tidak ada pelakon lain yang sesuai untuk watak itu selain diri saya sendiri."

Bercakap mengenai pemilihan pelakon pula, Hans mengatakan dia memilih pelakon yang bersesuai dengan watak, bukannya popular semata-mata.

"Setiap watak yang saya pilih cukup sesuai dengan pelakon. Saya cukup bertuah kerana mendapat pelakon-pelakon yang berjuang untuk industri filem.

"Mereka memberikan yang terbaik. Tidak sukar untuk mengarahkan mereka semua kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan di hadapan kamera," balasnya tentang filem yang diklasifikasikan sebagai PG13 (boleh ditonton oleh kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah tetapi dengan pengawasan ibu bapa) oleh Lembaga Penapisan Filem.

Filem Lemak Kampung Santan yang bakal ditayangkan pada Jun ini bergenre komedi, drama dan misteri mengisahkan seorang pemuda bandar Ridzuan (Hans Isaac) yang jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Tiga (Neelofa).

Ridzuan menyembunyikan identitinya, seorang pereka binaan dan dalam proses membina sebuah resort di Kampung Santan. Projek itu memaksa semua penduduk berpindah.

Bagaimanapun, terdapat misteri di Kampung Santan yang disembunyikan Tiga dan semua penduduk kampung tersebut.

Uqasha mahu tinggalkan MIG

Posted:

Uqasha mahu tinggalkan MIG

Uqasha mahu tinggalkan MIG

Oleh FATEN SAPHILLA MOHD ISA

UQASHA sedar dia sudah melanggar kontrak yang tidak membenarkan dia bercinta.


NAMA Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Uqasha tiba-tiba mencuri perhatian peminat apabila gambar dia berpegangan tangan bersama pelakon filem Rock Oo dan Bunohan, Pekin Ibrahim di Phuket, Thailand tersebar di laman sesawang.

Ramai yang membuat andaian mengatakan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu bercinta dengan Pekin. Walaubagaimanapun kedua-dua pelakon itu menafikannya dan memberitahu kepada media yang mereka hanya berkawan rapat.

Belum lagi reda dengan gosip percintaan mereka, terbaharu timbul pula cerita mengenai pihak MIG Talent yang berasa kurang senang dengan pendedahan gambar kemesraan kedua-dua pelakon itu. Ini kerana Uqasha merupakan artis residen MIG Talent.

Memang termaktub dalam kontrak, apabila bergelar artis residen MIG Talent, seseorang pelakon itu dilarang menjalin hubungan cinta. MIG Talent merupakan anak syarikat kepada syarikat Metrowealth International Group (MIG) milik pengarah David Teo.

Disebabkan tekanan yang diberi oleh pihak MIG Talent, pelakon cantik berusia 21 tahun itu dikhabarkan nekad untuk keluar daripada syarikat tersebut selepas tamat kontrak kelak. Begitupun, Uqasha memberitahu, langkah itu bukan diambil disebabkan Pekin semata-mata.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Uqasha seterusnya.

Kosmo!: Sejak bilakah anda menjadi artis residen MIG Talent?

UQASHA: Sejak bulan November tahun lepas.

Bilakah kontrak anda akan tamat?

Kontrak saya akan diperbaharui setahun demi setahun.

Benarkah sebagai artis MIG anda tidak dibenarkan bercinta?

Ya, tetapi memang saya bercadang mahu keluar daripada MIG.

Anda masih berbaki tujuh bulan lagi kontrak bersama MIG. Jadi bagaimana?

Mungkin saya akan meninggalkan MIG selepas kontrak tamat. Saya sebenarnya enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana ia akan membuatkan beberapa pihak terasa.

Kenapakah anda mengambil keputusan untuk keluar MIG? Adakah disebabkan Pekin?

Tidak. Saya memang bercadang keluar daripada MIG sebelum kenal Pekin lagi. Tolonglah saya tidak mahu mengulas lagi perkara ini.

Adakah anda dengan Pekin memang benar-benar bercinta?

Saya memang rapat dengan dia selepas sama-sama berlakon dalam filem Paku Pontianak.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Saya sedang menjalani penggambaran telefilem Mama I Love You untuk tayangan saluran Astro Ceria.

KATA Pekin, gambar dia berpegangan tangan dengan Uqasha sudah membuktikan mereka sedang dilamun cinta. Ia tidak memerlukan pengesahan daripada mulutnya.


SEMENTARA itu, Kosmo! juga mendapatkan maklum balas berhubung perkara ini dengan pelakon Pekin Ibrahim. Malangnya, Pekin yang kini berada di Sydney, Australia kerana terbabit dengan sebuah penggambaran drama enggan mengulas lanjut mengenai MIG. Dia sebaliknya lebih bersikap terbuka memberitahu hubungan cintanya dengan Uqasha sudah terjalin sejak bulan Februari lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Pekin pula.

KOSMO!: Apabila gambar anda berpegangan tangan dengan Uqasha tersebar di laman sesawang, timbul cerita mengatakan pihak MIG Talent tidak berpuas hati kerana kalian telah melanggar perjanjian kontrak?

PEKIN: Maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini. Biarlah isu sebenarnya saya sendiri yang tahu.

Uqasha memberitahu yang dia ingin keluar daripada MIG, adakah ia disebabkan desakan anda?

Tidak. Mungkin itu adalah keputusannya sendiri. Bagi saya jika dia bukan di bawah MIG sekali pun, dia boleh pergi jauh kerana dia ada pesona dan bakat. Saya melihat bakat-bakat pelakon baharu yang ada dan saya dapati Uqasha mempunyai pesona.

Adakah anda tidak kisah Uqasha menumpang populariti anda?

Dia tidak menumpang populariti saya kerana dia ada bakat yang besar. Tidak perlu saya perkenalkan, orang boleh nilai dan nampak bakat dia.

Melihat pada kenyataan anda, sememangnya dilihat anda dan Uqasha mempunyai hubungan cinta. Benarkah?

Gambar yang sudah tersebar memperlihatkan saya dan dia berpegangan tangan. Jadi faham-faham sahajalah apa maksudnya.

Sudah berapa lama hubungan cinta anda dan dia berlangsung?

Sejak bulan Februari ketika kami sama-sama terlibat dalam penggambaran filem Paku Pontianak.

Bagaimanakah penerimaan keluarga terhadap Uqasha?

Keluarga saya okay dengan dia. Cuma saya tidak suka orang menulis buruk tentang dia dan cuba mengungkit sejarah silam dia. Dia ada maruah dan keluarga. Kalau orang cerita buruk tentang saya tidak apa kerana saya lelaki.

Apakah perkembangan terbaharu tentang anda?

Saya kini sedang menjalani penggambaran filem pendek berjudul Tali Nombor Enam dengan Khir Rahman. Lusa (Selasa) saya akan ke Sydney untuk menjalani penggambaran telefilem arahan Erma Fatima. Selain saya, Erra Fazira, Datin Paduka Umi Aida dan juga Nabila Huda turut berlakon bersama.

Kekasih hadiahkan Zizan iPhone 5

Posted:

Kekasih hadiahkan Zizan iPhone 5

Kekasih hadiahkan Zizan iPhone 5

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


ZIZAN mengakui dia menyenangi wanita yang berpenampilan sederhana.


SEKADAR berseloroh ketika memberikan ucapan pada majlis sambutan hari jadi ke-29, Zizan Razak akhirnya mendedahkan dia kini telah jatuh hati kepada seorang gadis yang baru dikenalinya.

Gadis itu, kata Zizan, bukan individu yang berada dalam industri hiburan malah personaliti gadis misteri itu telah menarik minatnya untuk berkenalan dengan lebih rapat.

"Tahun ini, usia saya sudah menjangkau 29 tahun dan saya merancang untuk berkahwin pada usia saya 30 tahun, tetapi soal jodoh kita tidak tahu.

"Individu yang berkenan di hati sudah ada tapi susah nak cakap. Untuk saya katakan dia kekasih hati, sebenarnya masih berbelah bagi lagi sebab saya takut dia tidak faham kerja saya.

"Namun, apa yang boleh saya katakan sekarang, dia bukan berada dalam industri seni, sebaliknya dia sentiasa dekat dengan saya. Susah nak sebut dia kekasih sebab belum sah lagi dia terima saya.

"Sejujurnya saya menyukai dia tapi belum terfikir ke arah selebihnya. Kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang ada masa untuk berjumpa.

"Pasti, dia pun tidak tahu saya suka akan dia kerana saya tidak pernah meluahkannya," cerita Zizan jujur yang ditemui ketika sambutan hari jadinya yang ke-29 di Restoran D'saji Felda Villa, Kuala Lumpur kelmarin.

Bagaimanapun, sempena hari jadinya itu yang jatuh pada hari Isnin, 15 April lalu, ujar Zizan, dia dihadiahkan sebuah telefon pintar iPhone 5 oleh gadis itu.

Gadis sederhana

Menghuraikan lebih lanjut ciri-ciri utama yang membuka hatinya untuk meminati gadis tersebut, ujar Zizan, gadis itu memiliki peribadi dan penampilan yang serba sederhana.

"Minat itu timbul daripada hati dan saya tertarik melihat penampilannya kerana dia seorang yang sederhana dan kalau letakkan dia di mana-mana pun dia tak kisah.

"Saya bukan seorang yang suka wanita high class atau terlalu stailo. Bagi saya, wanita yang sederhana itu menyenangkan saya," ujarnya yang mahu mengunci mulut untuk berbicara lebih lanjut mengenai latar belakang gadis itu.

Zizan turut menjawab mengenai gosip yang pernah mengaitkannya dengan pelakon jelita, Juliana Evans dan terbaharu, Nora Danish.

"Saya tidak sedar gosip yang mengaitkan saya dengan beberapa orang dalam industri timbul sebelum ini. Saya ikhlas mengenali mereka dan apabila digosipkan, saya rasa memang pelik. Perkara itu main-main saja.

"Malah, baru-baru ini pun saya ada menghubungi Nora memandangkan saya baru tahu dia juga berasal dari Terengganu," dedahnya.

FIGURA ini merancang untuk berkahwin pada tahun depan.


Terkilan

Zizan dalam masa sama turut mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dia terkilan kerana gagal meraih gelaran Bintang Paling Popular (yang dimenangi oleh Shaheizy Sam), Anugerah Bintang Popular 2012 baru-baru ini.

"Saya terkilan bukan kerana kalah tapi sebab peminat saya yang meletakkan harapan tinggi. Walaupun kita berusaha sebanyak mana pun jika sudah bukan rezeki, pasti kemenangan bukan milik kita.

"Semua mahukan kemenangan tapi kalau tiada kualiti kerja tidak berguna juga. Sam seorang yang berbakat dan saya gembira atas kemenangannya malah saya juga salah seorang peminat dia.

Zizan bakal muncul menerusi filem Bikers Kental pada 23 Mei depan selain tiga buah filem lakonannya iaitu KL Zombi, KL Gangster 2 dan Tokan.

Menafikan dirinya akan berubah walaupun kini semakin popular dan mengecapi kejayaan sepanjang masa, Zizan menegaskan dia masih memerlukan peminat untuk kekal bertahan dalam industri.

"Setiap hari bangun tidur, saya rasa diri ini masih 'hijau' dan perlu belajar lebih banyak. Kalau popular tak membahagiakan orang pun belum tentu akan berjaya," tuturnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved