Selasa, 5 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Yakin diri, sihat luar dan dalam

Posted:

Yakin diri, sihat luar dan dalam

Yakin diri, sihat luar dan dalam

SEJAK mengalami masalah muka yang teruk, kini Faridah sangat menitikberatkan kecantikan wajahnya.


WANITA dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik.

Pantang ada sahaja produk kecantikan baharu atau iklan-iklan di kaca televisyen, pasti ada wanita terpengaruh dengan harapan-harapan tersebut.

Tidak hairanlah ramai wanita sanggup berhabis ribuan ringgit untuk tampil cantik walaupun diri mereka sebenarnya sudah cantik.

Dek terlalu obses dengan kecantikan, segelintir wanita mencuba pelbagai alternatif lain seperti melakukan suntikan botox, vitamin C dan pembedahan sedut lemak. Malah ada yang sanggup memakai susuk walaupun ia bertentangan dengan syariat Islam.

Mengakui dirinya obses pada kecantikan, anak kelahiran Johor Bahru, Johor, Faridah Wahid, 30, ada alasan tersendiri.

Masalah jerawat

Sebelum ini, Faridah langsung tidak ambil kisah mengenai aspek kecantikan sehinggalah dirinya mengalami masalah kulit wajah yang teruk pada bulan Oktober 2011.

"Ketika belajar dahulu saya langsung tidak pakai produk penjagaan kulit dan tidak bersolek walau secalit mekap pun.

"Saya mula menitikberatkan hal berkaitan kecantikan sejak muka saya ditumbuhi jerawat yang teruk," katanya yang sebelum ini bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran.

Hal tersebut membuatkannya tertekan sekali gus menggoyahkan keyakinan dirinya. Atas alasan tersebut, dia terpaksa mengambil cuti lebih seminggu bagi menyelesaikan masalah wajahnya.

Sepanjang bercuti, Faridah memerap di rumah sambil tercari-cari produk-produk yang sesuai untuk memulihkan masalah jerawatnya.

"Saya tertekan hingga tidak mahu lihat cermin atau berjumpa orang sedangkan kerjaya saya memerlukan saya bertemu pelanggan.

"Keadaan kulit wajah yang semakin teruk memaksa saya menjalani rawatan laser, namun segala-galanya berubah apabila saya menemui satu produk," ujar Faridah prestasi jualannya merudum akibat masalah tersebut.

Sejak menggunakan produk tersebut, jerawat pada wajah Faridah semakin kering. Wajahnya kembali seperti sediakala malah kulit menjadi lebih licin berbanding sebelumnya.

Sejak itu, Faridah sangat obses tentang kecantikan kerana tidak mahu perkara yang sama berulang.

Tidak bertumpu kepada kecantikan wajah sahaja, Faridah yang masih bujang menitikberatkan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki serta kesihatan dalaman.

"Saya ambil jamu, kolagen, rejim kecantikan wajah, produk pemutihan kulit, antipenuaan dan pil pelangsing selain vitamin makanan tambahan.

"Cantik itu subjektif. Apabila kita rasa yakin diri, sihat luar dan dalam, itulah definisi kecantikan sebenarnya," katanya yang berhabis ribuan ringgit dalam masa sebulan untuk mencari produk yang serasi dengan kulit wajahnya. Berat badannya kini 50 kilogram (kg) berbanding 70 kg sebelum ini.

Tidak lokek berkongsi rahsia regim kesihatan dan kecantikannya, kini Faridah menjual produk yang digunakannya melalui media sosial, Facebook.

Membelanjakan RM600 sebulan untuk regim kecantikannya, wanita dengan ketinggian 155 sentimeter itu menasihatkan wanita supaya tidak membazir semata-mata mahu cantik lebih-lebih lagi jika di luar kemampuan.


ANTARA produk yang digunakan oleh Faridah dalam rejim kecantikannya.


Pandang rendah

Sementara itu, pelakon, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah, 38, atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha mengaku dirinya obses dengan kecantikan.

"Saya obses kerana saya tidak cantik dan mahu lakukan sesuatu untuk tampil cantik.

"Apabila sudah cantik, ia meningkatkan tahap kecantikan diri dan orang tidak pandang rendah terhadap kita," kata isteri kepada Mohd. Yani Abdul Rahman itu.

Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Sharifah Putri Umairah, 14 dan Muhammad Shakir Aqili Mohd. Yani, 8, menjelaskan, kecantikan sangat penting lebih-lebih lagi apabila melibatkan diri dalam industri hiburan yang memerlukannya untuk sentiasa nampak cantik, muda dan kurus.

"Saya lebih fokus pada kecantikan wajah. Pada tahun 1999, saya melakukan suntikan collagen filler di dagu dan di kiri serta kanan pipi.

"Ketika itu, teknologi tersebut masih baharu di Malaysia dan saya berhabis RM8,000 untuk suntikan tersebut," ujarnya yang tidak lagi mengambil sebarang suntikan sejak tahun 1999.

Ifa Raziah yang kali pertama muncul menerusi album pop pada tahun 1996 turut mengambil suplemen dan senaman untuk tampil sihat, cantik dan muda.

Bagi menjaga penampilannya, Ifa Raziah membelanjakan RM1,000 untuk spa sahaja. Jumlah kos yang dikeluarkan untuk kecantikannya dalam sebulan ialah RM2,000.

"Jika anda bandingkan Ifa Raziah pada tahun 1996 dan kini, banyak bezanya," katanya yang mengambil suntikan platelet rich plasma (PRP) untuk kecantikan kulit selain menjalani rawatan terapi ozon.

Tidak bersandarkan kepada produk kecantikan semata-mata, Ifa Raziah juga aktif bersenam zumba lima hari seminggu bagi meningkatkan stamina.

"Memiliki tubuh langsing tidak perlu bergantung pada ubat atau pembedahan, memadai dengan bersenam. Wanita sudah dikurniakan kecantikan asli, tidak perlu ubah macam-macam, cuma perlu touch up sikit sahaja.

"Kalau muka cantik, hati tidak cantik, seseorang itu tetap tidak cantik kerana yang penting ialah hati. Kalau hati baik, muka tidak cantik pun jadi cantik," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Larangan mengubah wajah

Posted:

Larangan mengubah wajah

Larangan mengubah wajah

Ketaksuban sesetengah individu untuk kelihatan cantik menyebabkan mereka mengenepikan larangan agama. Kecantikan dalam Islam bukanlah sesuatu yang salah tetapi ia harus mengikut garis yang telah ditetapkan.


SEMAKIN ramai masyarakat moden yang berkemampuan yang sanggup berhabisan duit membuat pembedahan mengubah wajah. - Gambar hiasan


DALAM dunia yang serba moden ini, banyak cara digunakan untuk tampil cantik. Ketaksuban sebilangan kaum Adam dan Hawa itu menyebabkan mereka sanggup melakukan perubahan fizikal hingga mengenepikan larangan agama.

Firman Allah dalam surah At-Tin ayat 5: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

Menurut Imam Muda Amiril Md. Banin, 28, mengikut nas yang ada pada dalil al-Quran menyatakan, jangan ubah ciptaan Allah Taala.

"Ciptaan Allah sudah sempurna dan kita adalah sebaik-baik kejadian, jadi mengapa perlu ubah?

"Menyentuh aspek kecantikan dalam wanita pula, mengikut sebahagian pendapat ulama-ulama yang terbaru ini yang dipersetujui oleh ahli fatwa, wanita yang sudah berkahwin boleh mencantikkan diri mereka untuk suami sahaja dan hukumnya harus," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Jika bersandarkan hukum asal, ulama tidak membenarkannya.

"Jika seseorang wanita itu sengaja untuk tunjuk cantik, ia tidak dibenarkan sama sekali.

"Kita sudah dijadikan sempurna dan cantik secara semula jadi. Jika mahu cantik, ikut sahaja pemakanan mengikut sunah Nabi seperti makan madu, tamar, susu dan sebagainya," ujarnya.

Bagi penggunaan produk kecantikan, ia perlu disahkan halal dan tiada unsur syubhah iaitu unsur-unsur yang tidak jelas dan menimbulkan keraguan.

Jika ada individu yang sudah terlanjur melakukan pengubahan fizikal dan menyesal serta mahu membuangnya bagi mengembalikan rupa asal, Amiril memberitahu andai ia memudaratkan ia tidak perlu dibuang.

"Contohnya, pembuangan tatu. Jika seseorang itu boleh menanggung kesakitan tersebut, lebih baik ia dilakukan. Jika tidak, memadai baginya bertaubat terhadap apa yang telah dilakukannya," jelasnya.

Ditanya sama ada pengambilan daging buaya untuk tujuan kecantikan dibolehkan dalam Islam atau tidak, Ustaz Mohd. Solihin Ghazali, 27, memberitahu, menurut pandangan yang sahih dalam kalangan ulama, buaya termasuk dalam kategori haiwan yang diharamkan untuk digunakan baik sebagai makanan atau untuk perubatan.

"Haiwan tersebut merupakan haiwan buas atau pemangsa. Ini merujuk kepada hadis Abu Tsa'labah al-Khusyani yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Malik dan selainnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap haiwan buas yang bertaring haram memakannya".

"Terdapat juga larangan daripada as-sunah berubat dengan sesuatu yang haram," katanya.

Seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari hadits Ibnu Mas'ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada sesuatu yang diharamkan kepada kalian."


KAJIAN mengesahkan habatussauda mempunyai agen penyembuhan dan baik untuk kesihatan manusia.


Begitu juga daripada Abu ad-Darda, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan menurunkan ubatnya, serta menjadikan ubat bagi setiap penyakit. Namun janganlah kalian berubat dengan sesuatu yang haram".

"Pengambilan daging buaya dan sejenis dengannya tidak boleh dianggap sebagai darurat kerana banyak lagi alternatif lain yang boleh digunakan untuk tujuan kecantikan menurut Islam.

"Antaranya, menggunakan bahan-bahan yang baik dan berkhasiat serta dianjurkan syarak untuk tujuan kecantikan seperti habatussauda, madu, minyak zaitun, lidah buaya, herba dan selainnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar memberitahu, perasaan ingin cantik dalam diri seseorang wanita itu adalah normal.

"Perasaan itu normal kerana mereka mahu kelihatan rapi dan menitikberatkan aspek penampilan diri supaya orang di sekelilingnya hormat dan layan mereka dengan baik.

"Tidak semua wanita obses, tetapi tidak dinafikan ada segelintir wanita yang terlalu mengejar kecantikan dan mereka usaha sedaya upaya untuk cantik," katanya.

Tambahnya, kebanyakan wanita melakukannya untuk kepuasan diri sekali gus ia dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka.

"Dari segi psikologi, apabila seseorang itu rasa dirinya kekurangan, otak menerima signal untuk tampil cantik bagi menutup kekurangan yang ada.

"Contohnya, seseorang itu sudah ada sepasang mata yang cantik tetapi dia rasa tidak lengkap dan tidak cantik jika tidak memakai bulu mata palsu walaupun matanya cantik tanpa memakainya," ujarnya. - NURUL IZZA ROSLY

Keresahan nelayan di sempadan

Posted:

Keresahan nelayan di sempadan

Keresahan nelayan di sempadan


PARA nelayan Pakistan bersiap sedia untuk turun ke laut menangkap ikan di pinggir Karachi.


PEMBUNUHAN askar-askar India dan Pakistan di Kashmir mudah menarik perhatian dunia tetapi mangsa-mangsa di bahagian sempadan lain yang turut menjadi perbalahan antara dua negara langsung dilupakan.

Di dalam sebuah pondok kayu yang pada bila-bila masa boleh terbang ditiup angin di kampung Rerhy dekat pesisiran pantai Pakistan, Hamida sedang berkabung dan menangisi kehilangan suaminya, Nawaz.

Suaminya yang merupakan seorang nelayan, sama seperti penduduk kampung lain yang ketika itu sibuk bersiap sedia dengan bot-bot pelbagai warna di tepi pantai.

Nawaz ke laut pada tahun 1999, dua hari sebelum ribut ganas melanda negara itu. Keluarga Hamida menyangka lelaki tersebut sudah mati tetapi selepas tujuh tahun, mereka menerima sepucuk surat menyatakan dia masih hidup dan berada di dalam penjara India.

Kemudian, pada musim luruh lalu, Hamida mengalami kejutan yang lebih teruk sehingga badannya menggeletar. Tanpa sebarang petanda, tubuh suaminya yang tidak bernyawa dihantar ke rumahnya.

Sejak mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1947, Pakistan telah terlibat dalam dua buah peperangan dengan India yang berpunca daripada pertikaian wilayah Himalaya. Pertempuran antara pasukan tentera kedua-dua negara itu sering menjadi tajuk utama media.

Seramai lima orang askar iaitu tiga orang Pakistan dan dua India telah terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di sempadan kedua-dua negara sejak 6 Januari lalu.

Pertempuran yang berlarutan itu ditakuti bakal melibatkan senjata nuklear dua negara sekali gus bakal menggugat keamanan.


HASAN merupakan antara nelayan Pakistan yang pernah ditahan di penjara India kerana kesalahan melepasi sempadan.


Zon maut

Namun, pertikaian di Sir Creek, jaluran air sepanjang 100 kilometer di kawasan berpaya yang membahagi wilayah Gujarat, India dan Sindh, Pakistan, kurang diketahui.

Kawasan berair itu berhubung dengan Laut Arab dan dikenali sebagai sebuah tempat yang kaya dengan sumber ikan tetapi nelayan yang terlalu berani memasuki zon tersebut secara haram sering ditangkap dan dipenjara di negara jiran.

"Ketika itu, terdapat tujuh orang dalam bot kami dan saya tidak tahu di mana kami berada. Lelaki yang menjadi pemilik bot sepatutnya tahu," kata Ganesh Kumar, 17, di penjara Malir, Karachi.

Ganesh ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan pada bulan Oktober lalu ketika berada dalam bot India. Terdapat lebih 200 nelayan India berada dalam tahanan di Malir, kata gabenor penjara, Nazir Hussain Shah.

Menurut sekretari Forum Pekerja-Pekerja Berkaitan Perikanan India, Manish Lodhari, seramai 125 nelayan Pakistan dipenjara di India.

Syed Sarim Burney, peguam yang mewakili rakyat India di Pakistan berkata, nelayan-nelayan bergantung kepada belas ihsan pihak berkuasa.

"Mereka dicampak ke dalam penjara selama bertahun-tahun tanpa melakukan sebarang jenayah.

"Tiada sempadan laut yang jelas antara dua negara, jadi tentera laut setiap negara boleh menahan penduduk negara jiran mengikut kemahuan," terangnya.

Syed Sarim menambah, nelayan menggunakan bot-bot yang ringkas hanya dilengkapi peralatan navigasi moden Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang membantu mereka menentukan lokasi.

Delhi dan Islamabad telahpun berusaha mencari jalan meningkatkan perhubungan kebelakangan ini. Sejumlah nelayan telah dibebaskan secara berperingkat pada tahun lalu sebagai tanda muhibah.

Namun, seramai 33 rakyat India ditahan semula oleh penguat kuasa Pakistan dalam masa kurang sebulan selepas 48 orang dibebaskan.


KAKAK ipar Nawaz yang meninggal dunia di penjara India, Nazeran menunjukkan gambar lelaki itu sambil menangis.


Bekalan berkurangan

Jawatankuasa bersama ditubuhkan pada tahun 2007 bagi mencuba dan mempercepatkan pembebasan nelayan. Apabila dilepaskan, mereka pulang ke rumah sambil diiringi melalui jalan darat tanpa bot.

Pengurangan stok ikan kesan perubahan alam sekitar terutamanya daripada pencemaran industri dan pembangunan empangan merentasi sungai Indus kini semakin dirasai.

Menurut wakil Forum Perikanan Pakistan, Mohammad Ali Shah, kawasan pokok-pokok bakau yang sangat penting pada ekosistem untuk ikan dan kerang-kerangan mencari makan dan membiak telah mengecil daripada 300,000 ke 70,000 hektar dalam tempoh 30 tahun.

Kesannya, nelayan Pakistan pergi lebih jauh sehingga ke timur, dekat dengan India iaitu wilayah yang menjadi perbalahan. Kata mereka, sumber ikan lebih banyak di situ.

Hasan Dabla, 80-an, telah menjadi nelayan di Laut Arab hampir keseluruhan usianya. Dia pernah menghabiskan 18 bulan di penjara India pada tahun 1990-an.

Dia sering teringat kenangan ketika usia muda. Ketika itu, Hasan melalui kehidupan yang cukup ringkas.

"Ketika saya masih kanak-kanak, saya memancing bersama-sama ayah dan tiada sebarang bahaya langsung. Selepas perpecahan, terdapat sebuah tembok yang dibuat dalam kalangan rakyat," keluhnya.

Sehingga India dan Pakistan mencapai kata sepakat, memori manis Hasan nampaknya akan kekal selama-lamanya sebagai memori sahaja. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Rancang percutian melalui gajet pintar

Posted:

Rancang percutian melalui gajet pintar

Rancang percutian melalui gajet pintar

Oleh ADLAN JAAFAR

KIRI: Kini, tempahan dan pembayaran untuk penginapandi RWG boleh dibuat di hujung jari. - Gambar hiasan


TANGGAPAN bahawa peranti telefon pintar atau tablet hanyalah untuk golongan muda sebenarnya boleh disangkal. Nenek kepada Timbalan Presiden Eksekutif Resorts World Genting (RWG), Datuk Kevin Sim merupakan salah seorang pengguna gajet tersebut.

Cerita Kevin, pada majlis hari lahir neneknya yang ke-97 lalu, seluruh keluarganya berkumpul beramai-ramai bagi meraikan ulang tahun wanita yang menjadi tunjang keluarga itu.

"Tiba-tiba datang mak cik saya meminta alamat e-mel. Permintaan itu benar-benar mengejutkan kerana mak cik saya selama ini boleh terus membuat panggilan telefon jika ingin berhubung," ujar Kevin ketika ditemui di Wisma Genting, Kuala Lumpur bulan lalu.

Rupa-rupanya, e-mel tersebut mahu diberikan kepada neneknya untuk tujuan berhubung dengan semua cucunya.

Bagi kebanyakan warga emas, kaligrafi dan sudoku mampu membantu meningkatkan daya ingatan mereka. Begitu juga dengan nenek Kevin, wanita tersebut menghantar foto-toto hasil kaligrafi terbaharu yang dibuat melalui e-mel ke semua cucunya untuk dikongsi bersama.

Neneknya yang mempunyai masalah pendengaran menjadikan e-mel sebagai medium komunikasi, malah turut menggunakan aplikasi FaceTime.

"Tidak ada istilah terlalu tua untuk menggunakannya apabila merujuk pada gajet. Ia bukan untuk orang muda sahaja.

"Kami mahu menjadi peneraju dalam industri, maka kami harus bertukar (mengikut perkembangan teknologi)," kata Kevin pada majlis minum petang sempena muat turun aplikasi RWG yang mencecah 100,000 dalam masa kurang setahun.

Aplikasi RWG untuk platform iOS dilancarkan pada suku pertama tahun 2012 dan ikuti Android. Dalam masa beberapa hari, ia dinobat sebagai Aplikasi Pelancongan Nombor 1 di Malaysia dan Singapura untuk iOS serta menduduki tangga 10 teratas aplikasi Android dalam kategori yang sama.

Sebanyak 65 peratus muat turun aplikasi itu ialah pengguna iOS dan selebihnya, Android yang terdiri daripada rakyat Singapura, China, Indonesia, Hong Kong dan Malaysia. Kebanyakannya ahli kad kesetiaan.

Perkhidmatan terbaik

Sejak RWG melancarkan laman webnya pada tahun 1997, mereka tidak henti-henti menerokai bidang digital dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada lebih 20 juta pengunjung resort itu setiap tahun.

Naib Presiden Kanan eService RWG, Thomas Ng menambah, perkhidmatan tempahan dalam talian dilancarkan pada tahun 2000 diikuti iHoliday (2010) yang merupakan kemudahan beli-belah dan tempahan hotel dalam internet.

RWG juga telah mereka sistem e-kios daftar masuk dan memiliki jabatan teknologi maklumat sendiri bagi memastikan proses penempahan lebih 10,000 buah bilik di resort itu berjalan lancar.

Selain itu, RWG mempunyai sistem kad kesetiaan, WorldCard, yang mempunyai keahlian seramai tiga juta orang dan juga beribu-ribu peruncit dalam program penebusannya.


WEI HENG melakukan demonstrasi aplikasi Windows 8 di Wisma Genting baru-baru ini.


Dengan pelancaran teknologi aplikasi pada tahun 2008 dan penambahan bilangan pengguna telefon pintar secara mendadak di seluruh dunia, RWG turut sama dalam dunia mobil itu.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun pelanggan dan dapat berhubung dengan dunia RWG serta-merta, manakala ahli kad dapat log masuk dan terus ke MyAccount bagi memeriksa poin, tarikh tamat atau informasi berkaitan.

Bagi bukan ahli, mereka dapat mengetahui sorotan penting dalam aplikasi RWG pada bahagian My Planner bagi melihat maklumat dan merancang percutian di taman tema itu.

"Penempahan (pada aplikasi) boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit dan pada separuh pertama tahun 2013, ahli boleh membuat tempahan menggunakan Genting Rewards Points," kata Thomas pada majlis yang sama.

Bagi penempahan kad kredit pada aplikasi, pihak RWG memberikan jaminan penuh mengenai keselamatan yang digunakan sama seperti transaksi bank.

Pemindahan sistem penempahan daripada laman web ke skrin telefon pintar sebenarnya memerlukan banyak pelaburan dan melibatkan bidang teknikal serta pemasaran.

Grafik pada aplikasi perlu kemas dan ringkas tetapi pada masa yang sama sangat interaktif sama seperti laman web. Perkara itu membolehkan data dimuat naik dan bahan kandungan dimuat turun dengan pantas.

Keterlibatan aplikasi dengan laman sosial seperti Twitter, Facebook, RenRen, YouTube dan Weibo juga penting dalam menyebarkan maklumat.

Dalam jangka masa panjang, aplikasi gajet merupakan satu lagi platform bagi mempromosi produk dan kemudahan kepada pengguna dalam dunia yang sangat cepat serta bersifat mobil.

Sekitar Mac hingga April 2013 nanti, RWG bakal melancarkan aplikasi untuk sistem operasi Windows 8 pula yang setakat ini sudahpun 98 peratus siap.

"Ia kini sedang melalui proses ujian dalam menggunakannya," kata Naib Presiden Pemasaran Kebangsaan RWG, Chow Wei Heng, 51.

Rekaan aplikasi

Pada majlis tersebut, Wei Heng turut memperkenalkan kepada media dan blogger contoh aplikasi untuk Windows 8 yang mempunyai persamaan hampir 100 peratus.

Kata Wei Heng, mereka perlu melakukan semula kerja-kerja mereka bentuk aplikasi disebabkan beberapa perkara yang melibatkan teknikal.

Android dan iOS membolehkan antaramukanya disentuh berkali-kali tanpa had untuk melancarkan sistem yang ada dalam satu-satu jenis aplikasi seperti pembayaran atau pembelian. Jadi, aplikasi boleh direka seberapa banyak lapisan yang diingini.

Perbezaan yang ada pada aplikasi platform Windows 8 pula hanya boleh disentuh bagi melancarkan subaplikasi sebanyak tiga lapisan sahaja. Namun, pada laman pertama aplikasi pula boleh dileret kepada banyak bahagian.

Pasukan pereka aplikasi RWG terdiri daripada lebih kurang 20 orang pakar

Fenomena langit sepanjang 2013

Posted:

Fenomena langit sepanjang 2013

Fenomena langit sepanjang 2013

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


KEINDAHAN meteor Lyrids di langit.


FENOMENA langit yang akan berlaku sepanjang tahun 2013 pasti menarik perhatian pencinta dunia astronomi terutamanya mereka yang sering mencari peluang untuk merakam momen terbaik kejadian alam tersebut.

Antaranya termasuklah juraian pelbagai jenis meteor, gerhana bulan separa, pergerakan planet, asteroid melintasi Bumi dan kehadiran komet yang berada dalam senarai panjang Almanak.

Menurut Presiden Kelab Astronomi Amatur Malaysia (KAAM), Shahrin Ahmad, almanak merupakan satu set senarai fenomena langit yang telah direkod akan berlaku pada tahun ini.

"Kesemua fenomena itu boleh dikira dengan tepat tarikh dan waktu kejadiannya kerana pergerakan objek di angkasa seperti matahari, bulan dan planet sentiasa berada pada kedudukan yang sempurna.

"Bayangkan, kita boleh mengira kedudukan waktu hilal anak bulan atau lokasi berlakunya gerhana matahari dan negara yang terlibat dengan spesifik. Semua kecantikan dan kesempurnaan kejadian langit itu diatur Allah SWT.

"Disebabkan itu, melalui senarai almanak yang dibuat, kita boleh merancang perkara yang hendak dilakukan dalam menghayati keindahan fenomena tersebut dengan cara merakam gambar, video dan sebagainya," ujar Shahrin yang juga merupakan pengasas portal dalam talian, FalakOnline yang memaparkan pelbagai maklumat astronomi sama ada dari dalam mahu pun luar negara.


KEJADIAN gerhana bulan separa.


Tambah Shahrin, kebanyakan fenomena langit yang menjadi tumpuan adalah melibatkan kedudukan bulan dengan planet. Maklumat itu biasanya kurang diketahui masyarakat yang tidak mendalami bidang astronomi atau falak.

"Sebagai contoh, pada satu malam, kita dapat melihat bulan penuh. Di sebelahnya pula terdapat sebutir bintang yang bersinar terang. Bagi orang awam, mereka pasti menganggap ia hanya sebutir bintang seperti gugusan bintang lain yang ada.

"Namun, hakikatnya bintang terang yang dapat dilihat itu merupakan sebuah planet seperti Zuhal atau Musytari. Itu antara ilmu yang boleh dipelajari jika mereka mengikuti kalendar almanak yang telah disediakan," jelas Shahrin yang berpengalaman dalam dunia astronomi tempatan selama dua dekad.

Selain itu, masyarakat di Malaysia boleh menyaksikan fenomena meteor turun ke Bumi yang akan berlaku pada bulan-bulan tertentu atau disebut juga sebagai bermusim.

Selepas juraian meteor Quadrantids pada 3 dan 4 Januari lalu dengan kadar 40 meteor dalam tempoh satu jam (40/sejam), terdapat juga meteor Eta Aquarids pada bulan Mei (10/sejam), Perseids (Ogos, 60/jam), Orionids (Oktober, 20/sejam), Leonids (November, 40/sejam) dan Geminids (Disember, 60/sejam).

"Tahun ini juga peristiwa Istiwa' matahari di atas Kaabah akan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. Kedua-duanya terjadi tepat pukul 5.28 petang waktu tempatan.


KEUNIKAN fenomena yang digelar earthshine.


"Melalui fenomena ini iaitu kedudukan matahari berada tegak di atas Kaabah di Masjidil Haram, Mekah, ia akan memudahkan dan memberi peluang kepada umat Islam memeriksa kembali arah kiblat yang betul di lokasi masing-masing," terang Shahrin lagi.

Hampir kesemua fenomena langit yang akan berlaku sepanjang tahun ini boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu kepada peralatan astronomi seperti binokular atau teleskop.

Bagaimanapun, di lokasi tertentu faktor cuaca dan pencahayaan memainkan peranan dalam menentukan sama ada kejadian itu boleh dilihat dengan baik atau sebaliknya.

Sila rujuk jadual almanak Astronomi agar kita bersedia untuk melihat perkara menarik yang akan berlaku sepanjang 2013.

Projektor Bluray 3D

Posted:

Projektor Bluray 3D

Projektor Bluray 3D


PELBAGAI tujuan dan gaya tontonan mampu disokong projektor Bluray 3D ini.


JENAMA global ternama bagi peralatan gaya hidup digital, BenQ Corporation, telah melancarkan rangkaian projektor terbaharu untuk menginterpretasi kehidupan dengan lebih baik. Salah satu daripadanya ialah Projektor BluRay 3 Dimensi (3D) model MW519.

n Melalui projektor ini ia membolehkan pengguna mengadakan simulasi 3D di bilik darjah, rumah, reka bentuk animasi dan menikmati keseronokan permainan video.

n Selain sambungan daripada komputer peribadi (PC), ia turut menyediakan sambungan 3D secara langsung daripada pemain BluRay, konsol permainan kanak-kanak dan kotak kabel sokongan 3D yang lain.

n Ia menyokong format dan piawaian terkini seperti Nvidia 3DTV Play, Pemprosesan Cahaya Digital (DLP) Link dan HDMI 1.4a.

n Ia turut dilengkapi cipset DLP Texas Instrument generasi terkini.

n Ia menawarkan peluang kepada pengguna untuk bebas memilih kandungan video yang serasi dan menikmati kualiti imej yang lebih unggul.

n Bagi pasaran pendidikan, imej 3D pasti dapat menarik perhatian para pelajar dan menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan.

n Harga: RM2,099

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Perogol bersiri dipenjara 115 tahun

Posted:

Perogol bersiri dipenjara 115 tahun

Perogol bersiri dipenjara 115 tahun

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
berita@kosmo.com.my

RABIDIN ketika di luar Mahkamah Majistret Bentong pada Disember tahun lalu.


RAUB – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan terhadap seorang penganggur, Rabidin Satir, 42, selepas mengaku salah atas empat dakwaan rogol dan satu tuduhan meliwat.

Dia dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 kali sebat bagi setiap tuduhan rogol serta tambahan 10 lagi sebatan dan 15 tahun penjara bagi tuduhan liwat.

Semua hukuman dijalankan berasingan bermula tarikh ditangkap pada 14 November tahun lalu.

Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi setiap tuduhan rogol yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan disebat jika sabit kesalahan manakala bagi tuduhan meliwat, dia dituduh mengikut Seksyen 377C akta yang sama dan boleh dipenjara 20 tahun serta sebat.

Menurut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun antara pukul 2 hingga 3 pagi di sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Rabidin dituduh merogol remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur-Bentong antara pukul 1 hingga 3 pagi, 21 Jun 2010 dan bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tepi sungai belakang sebuah rumah dekat Ketari, Bentong antara pukul 12.30 pagi hingga 1.30 pagi, 29 April 2011.

Dia turut dituduh atas dua lagi tuduhan merogol dan meliwat remaja perempuan berusia 16 tahun dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara pukul 1 pagi hingga 2.30 pagi.

Tertuduh dalam rayuannya memohon kemaafan dunia dan akhirat kerana kejadian berlaku dalam keadaan dia khayal dan mabuk serta meminta hukuman diringankan.

Timbalan Pendakwaraya, Atiqah Liyana Shahrir bagaimanapun membantah rayuan tertuduh.

Hakim Murtazadi Amran semasa hujah penghakimannya berkata, tertuduh telah melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa-mangsa yang masih di bawah umur semasa kejadian.

Tertuduh juga menghadapi satu tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong pada Disember tahun lalu.

Empat beranak hilang ketua keluarga rentung

Posted:

Empat beranak hilang ketua keluarga rentung

Empat beranak hilang ketua keluarga rentung

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


GAMBAR lima beranak yang mati (dari kiri), Thilagawati, Rajan (suami Jayalatchumy), Suhan, Jayalatchumy dan Puvaneswary.


SUNGAI SIPUT - Empat beranak yang dipercayai tertekan dan tidak dapat menerima hakikat kematian ketua keluarga akibat kanser paru-paru ditemui mati terbakar dengan dua daripada mereka berpelukan di rumah banglo di Taman Bukit Medan di sini semalam.

Empat mangsa itu ialah S. Jayalatchumy, 45, dan tiga anaknya, R. Thilagawati, 23, R. Puvaneswary, 21, serta R. Suhan, 17. Kematian ibu dan tiga beradik itu berlaku hanya empat hari selepas S. Rajan, 48, suami kepada Jayalatchumy mati.

Mayat keempat-empat beranak itu ditemui di bahagian dapur dengan Thilagawati dan Puvaneswary dalam keadaan berpelukan.

Difahamkan keluarga berkenaan merahsiakan kematian Rajan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada Jumaat lalu daripada pengetahuan keluarga terdekat dan jiran-jiran.

Jiran sebelah rumah mereka, Mok Kam Hing, 43, berkata, dia menyedari berlaku kebakaran di rumah disewa keluarga itu sewaktu menonton televisyen pada pukul 12.10 tengah malam.

"Saya terkejut terdengar bunyi letupan kuat dan pada mulanya disangka mercun tetapi selepas menjenguk ke luar rumah, saya mendapati rumah sebelah sedang terbakar," kata Kam Hing yang kemudian menghubungi bomba.

Kata jiran itu lagi, dia percaya letupan itu berpunca daripada tong gas yang terbakar sebelum api merebak membakar hampir semua ruang rumah berkenaan.

Kam Hing memberitahu, keluarga tersebut sering menyendiri dan tidak bercampur dengan masyarakat sejak mendiami banglo milik seorang doktor kira-kira setahun lalu.

Sementara itu, abang Jayalatchumy, S. Ramesh Rao, 47, berkata, dia terkejut apabila mengetahui kematian adiknya dan tiga anak wanita itu dalam keadaan tragis.

Lebih mengejutkan, dia yang tinggal di Taman Muhibbah di sini mendakwa baru mengetahui mengenai kematian adik iparnya, Rajan yang disembunyikan oleh Jayalatchumy.

"Saya difahamkan pengkebumian Rajan diuruskan sendiri oleh Jayalatchumy dan anak-anaknya pada Sabtu lalu.

"Sejak tiga tahun lalu, Jayalatchumy dan keluarganya bertindak menjauhkan diri daripada keluarga kandung dan keluarga sebelah mertua ekoran satu perselisihan faham," katanya yang enggan mendedahkan punca perselisihan faham itu.

Bagaimanapun, Ramesh berkata, dia tetap akan melakukan kewajipan sebagai seorang abang dengan menyempurnakan persemadian Jayalatchumy dan anak-anaknya di Kampung Rimba Panjang di sini pada hari ini.

Rajan dan Jayalatchumy mengusaha ladang getah milik mereka di sini manakala Thilagawati bekerja sebagai kerani, Puvaneswary masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan Suhan pula pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibbah di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput dan Ipoh dihantar ke tempat kejadian pada pukul 12.22 tengah malam sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurut beliau, kebakaran itu dipercayai bermula dari bahagian dapur itu sebelum merebak ke beberapa bahagian rumah.

Katanya, kesemua mayat mangsa ditemui di dapur rumah tersebut pada pukul 12.57 tengah sejurus selepas api berjaya dipadamkan.

"Pihak bomba berjaya memadam api 35 minit kemudian dan mengesyaki kebakaran itu berpunca daripada letupan tong gas," kata beliau.

Azman memberitahu, polis mengklasifikasi kematian empat beranak itu sebagai mati mengejut dan sebelum ditemui mati mereka dikatakan amat tertekan selepas kehilangan ketua keluarga yang menjadi tempat bergantung.

Patuhi jadual elak sesak

Posted:

Patuhi jadual elak sesak

Patuhi jadual elak sesak

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
diyana.atiqah@kosmo.com.my


BILIK operasi trafik yang memantau perjalanan kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan di ibu pejabat PLUS di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk musim perayaan Tahun Baru Cina ini sama seperti yang dilakukan pada tahun lepas bagi mengelak kesesakan.

Melalui kaedah itu yang diamalkan sejak 2007, lebih 50 peratus pengguna jalan raya telah mengikuti jadual waktu yang disarankan sehingga menyumbangkan kepada pergerakan trafik yang lancar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada orang ramai terhadap pelaksanaan TTA selepas ia berjaya mengawal aliran trafik dan mengelak kesesakan.

"Bagi memastikan pergerakan trafik lancar, kami menasihatkan orang ramai agar terus memberikan kerjasama dengan mengikut TTA yang dikeluarkan sempena cuti Tahun Baru Cina kali ini," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PLUS di sini semalam.

Noorizah memberitahu, pihaknya menjangka sebanyak 1.4 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya PLUS pada musim perayaan ini membabitkan mereka yang menyambut Tahun Baru Cina serta orang ramai yang mengambil kesempatan bercuti.

Tambahnya, bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya semasa cuti musim perayaan ini, PLUS turut menyediakan 160 pasukan PLUS Ronda untuk mengadakan lebih banyak rondaan selain pasukan kecemasan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

PLUS juga akan mengoperasikan hampir 1,000 kaunter tol termasuk kaunter sementara bagi melancarkan perjalanan pengguna ke destinasi masing-masing.

Sementara itu, orang ramai juga boleh mendapatkan minuman percuma Red Bull di hentian sebelah terpilih pada 7 dan 8 Februari diikuti 14 dan 15 Februari bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Malaya elak malu besar

Posted:

Harimau Malaya elak malu besar

Harimau Malaya elak malu besar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Malaya turun dengan misi melakar kejutan ketika berdepan Qatar pada aksi pembuka tirai Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha malam ini.


ATAS kertas, keupayaan skuad Harimau Malaya dan Qatar boleh diibaratkan sebagai 'langit dan bumi'.

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu, skuad Asia Timur itu kini menduduki tangga ke-106 dunia, jauh meninggalkan Malaysia (158).

Biarpun enggan meletakkan harapan terlalu tinggi, barisan pemain negara tetap dituntut supaya berjuang habis-habisan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi pembuka tirai Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jassim Hamad, Doha malam ini (11.30 malam waktu Malaysia).

Memang benar, kita perlu berpijak di bumi nyata. Namun, sekurang-kurangnya pemain Harimau Malaya perlu sedar betapa kekalahan dengan jumlah jaringan yang besar malam ini hanya akan berterusan mengundang prestasi skeptikal peminat setia tempatan.

Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal juga tidak lagi memiliki masa untuk 'bereksperimen' berhubung barisan pemain yang diturunkan malam ini, sebaliknya perlu menyenaraikan skuad terkuat biarpun tempang tanpa kehadiran beberapa pemain utama.

Bukan apa, 'sudah terang lagi bersuluh' betapa 'eksperimen' yang diterapkan Rajagobal dilihat tidak menjadi sebaik gagal mempertahankan Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Justeru, aksi berkualiti perlu dipamerkan anak-anak buah beliau supaya tidak terlalu mudah diperkotak-katikkan Qatar malam ini.

Mungkin peminat negara masih boleh menerima kekalahan Harimau Malaya asalkan mereka tewas dengan cara bermaruah.

"Kita perlu sedar Qatar dan kita cukup berbeza. Bukan mahu memberikan alasan tetapi itu hakikat yang perlu kita terima.

"Jadi, saya akan menerangkan kepada pemain berhubung strategi permainan supaya memberikan cabaran kepada Qatar," kata Rajagobal ketika ditemui media tempatan kelmarin.

Malam ini, Rajagobal dijangka mempertaruhkan gandingan Amri Yahyah dan Khyril Muhymeen Zambri membentuk sentuhan penyudah berkesan sambil dibantu Norfarhan Muhammad, Azamuddin Akil, Shakir Saari dan Abdul Shukor Jusoh dari bahagian tengah.

Kapten pasukan, Aidil Zafuan Abdul Razak pula dilihat perlu bekerja keras mengemudi benteng pertahanan negara sambil dibantu Amiridzwan Taj Tajuddin, Mohamad Fadhli Shas, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar.

Pada masa sama, Qatar juga pastinya enggan pulang dengan tangan kosong malam ini, sekali gus mencerahkan peluang mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

Jurulatih baharu Qatar, Fahad Thani yang mengambil alih tugas jurulatih kelahiran Brazil, Paulo Autuori yang dipecat bulan lalu juga dilihat sudah 'lulus ujian pertama' sebaik anak-anak buahnya mengatasi Lubnan dengan kemenangan tipis 1-0 dalam satu aksi persahabatan minggu lalu.

Selepas bertemu Qatar nanti, Harimau Malaya bakal berdepan dua lagi pasukan Asia Timur iaitu Yemen dan Bahrain, masing-masing pada 22 Mac dan 15 Oktober depan.

Doa Wan Zack iringi perjuangan Harimau Malaya

Posted:

Doa Wan Zack iringi perjuangan Harimau Malaya

Doa Wan Zack iringi perjuangan Harimau Malaya

PEMAIN sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor seakan-akan sudah sinonim dengan masalah kecederaan.

Selepas tersisih ketika skuad Harimau Muda merangkul pingat emas temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia, Wan Zack sekali lagi terpaksa melupakan hasrat membantu Harimau Malaya mara lebih jauh pada kempen Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Kali ini, skrip yang sama juga menimpa Wan Zack apabila mengalami kecederaan lutut kiri, sekali gus terpaksa diketepikan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal ketika berdepan Qatar dalam aksi pembuka tirai Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha malam ini.

Begitupun, Wan Zack enggan menjadikan insiden sedemikian mematahkan semangatnya untuk terus cemerlang dalam bola sepak.

"Sudah tentu saya kecewa apabila sekali lagi terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan.

"Justeru, saya berdoa supaya rakan-rakan dapat memberikan yang terbaik biarpun Qatar bukan lawan yang mudah," katanya kepada Kosmo!.

Selain Wan Zack, antara tonggak Harimau Malaya yang turut dilanda musibah kecederaan termasuklah Mohd. Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, K. Gurusamy dan Amar Rohidan.

Kapten pasukan, Safiq Rahim pula terpaksa diketepikan gara-gara menjalani hukuman penggantungan perlawanan.

Dalam pada itu, Wan Zack mengakui yang dia kini sudah cukup bersedia sebelum menyertai kelab Jepun, FC Ryukyu, April depan.

"Saya harap lutut kiri saya sempat pulih sebelum ke Jepun nanti," katanya yang akan turut disertai rakan sepasukan daripada Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Dua kunci terbaik kekang Qatar

Posted:

Dua kunci terbaik kekang Qatar

Dua kunci terbaik kekang Qatar

PERSEFAHAMAN sesama pemain serta konsentrasi menjadi dua kunci terbaik Harimau Malaya untuk sekurang-kurangnya tidak dimalukan Qatar menjelang aksi pembuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jassim Hamad, Doha malam ini.

Tempang tanpa beberapa pemain utama seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Safee Sali yang masih cedera selain kapten, Safiq Rahim yang menjalani hukuman penggantungan perlawanan, jurulatih, Datuk K. Rajagobal dilihat memiliki pilihan terhad bagi menurunkan skuad yang benar-benar ampuh bagi mengekang ancaman bertali arus Qatar malam ini.

Biarpun pemain Asia Timur itu dilihat memiliki kelebihan dari aspek fizikal, pemain-pemain negara enggan menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mempamerkan aksi sambil lewa.

Malam ini, tumpuan pastinya terarah kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang dijangka mendapat kepercayaan Rajagobal mengawal kubu Harimau Malaya.

Apa yang pasti, Khairul Fahmi perlu kekal fokus dan tidak lagi mengulangi kesilapan mudah seperti mana ketika mengharungi saingan peringkat kumpulan kempen Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Menurut Khairul, persefahaman sesama pemain mampu menjelmakan sesuatu keputusan yang positif biarpun baharu sahaja dibentuk ekoran kecederaan beberapa pemain utama.

"Konsentrasi sepanjang 90 minit permainan cukup penting, jadi kami perlu segera menyesuaikan diri dan membentuk persefahaman yang sempurna.

"Meskipun sedar Qatar bukan calang-calang, kami tidak mahu mengaku kalah sebegitu sahaja," katanya sebelum berlepas ke Doha baru-baru ini.

Nada positif yang sama juga dikongsi kapten pasukan, Aidil Zafuan Abdul Razak yang nekad untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam perlawanan itu.

"Cuaca sejuk tidak menganggu fokus kami untuk memberikan yang terbaik.

"Selain berharap dapat memburu gol awal, saya juga mahu membantu mengemudi benteng pertahanan dengan baik supaya tidak dibolosi," kata Aidil.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lelaki acu pisau didakwa di mahkamah

Posted:

Lelaki acu pisau didakwa di mahkamah

Lelaki acu pisau didakwa di mahkamah

TALHAT memegang dua bilah pisau di luar Istana Buckingham di London kelmarin.


LONDON - Seorang lelaki yang ditembak polis Britain dengan menggunakan pistol renjatan taser ketika dia mengacukan sebilah pisau di luar Istana Buckingham di sini didakwa di sebuah mahkamah semalam.

Dia didakwa kerana berkelahi dan memiliki senjata tajam di tempat awam.

Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 54 tahun tersebut, Talhat Rehman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Westminster di sini.

Talhat yang berasal dari Harrow, barat laut kota raya ini, dilihat membebel sambil mengacukan pisau itu ke dadanya di luar istana berkenaan menjelang tengah hari Ahad lalu.

Dia kemudian ditangkap selepas salah seorang anggota polis 'menembaknya' dengan menggunakan pistol renjatan taser di hadapan orang ramai dan pelancong yang datang untuk melawat kediaman Ratu Elizabeth II itu.

Ketika kejadian, ratu tersebut dan suaminya berada di kediaman milik mereka di Sandringham, timur England.

Talhat berdepan dua dakwaan memiliki senjata tajam di tempat awam dan satu tuduhan berkelahi. - AFP

Lelaki dibogelkan tuduh polis pukulnya

Posted:

Lelaki dibogelkan tuduh polis pukulnya

Lelaki dibogelkan tuduh polis pukulnya


GAMBAR yang disiarkan stesen televisyen Al-Hayat menunjukkan Hamada terbaring dalam keadaan bogel di luar Istana Presiden pada Jumaat lalu.


KAHERAH - Seorang lelaki bogel yang sebelum ini mendakwa dia dipukul oleh beberapa penunjuk perasaan pada Jumaat lalu telah menukar kenyataannya dengan menyalahkan pihak polis kelmarin.

Sebelum ini, stesen televisyen menunjukkan dia diheret oleh anggota-anggota polis dalam keadaan bogel di luar Istana Presiden sini.

Kejadian itu telah mencetus kemarahan pihak pembangkang di Mesir.

Selepas kejadian itu, lelaki tersebut, Hamada Saber, 50, menyatakan anggota-anggota polis telah menyelamatkan daripada kumpulan penunjuk perasaan yang memukulnya dan menanggalkan pakaiannya.

Bagaimanapun, agensi berita MENA melaporkan, Hamada menukar kenyataan dengan menyatakan tujuan dia menyalahkan para penunjuk perasaan sebelum ini adalah kerana mahu meredakan krisis yang berlaku di Mesir.

Dia bertindak demikian selepas keluarganya menjauhkan diri daripadanya manakala ramai penduduk Mesir marah dan mentertawakan dirinya di laman sosial Facebook.

Hamada kini dirawat di sebuah hospital awam selepas dia turut ditembak di salah satu kakinya.

Sementara itu, sebuah parti pembangkang Mesir semalam mendakwa polis mendera salah seorang anggotanya sehingga mati.

Menurut parti itu, Mohammed el-Gindy, 28, mati selepas dia turut dikenakan renjatan elektrik dan dipukul beberapa kali di kepalanya.

Dia meninggal dunia di sebuah hospital di sini.

Parti itu, Perubahan Popular Mesir membuat dakwaan itu menerusi satu kenyataan.

Kementerian Dalam Negeri Mesir masih tidak memberikan komen.

Mohamed didapati hilang selama beberapa hari selepas menyertai tunjuk perasaan yang menentang Presiden Mesir, Mohamed Mesir pada 27 Januari lalu.

Para penunjuk perasaan itu menentang dasar-dasar pemerintahan Morsi dan menuntut beliau meminda perlembagaan yang diluluskan menerusi pungutan suara.

Perlembagaan itu didakwa tidak memberi keadilan kepada golongan wanita dan kebebasan individu.

Lebih 60 orang mati dalam tunjuk perasaan yang berlaku di serata Mesir sejak ia bermula pada 24 Januari lalu.

Tunjuk perasaan ganas itu berlaku semasa ulang tahun kedua bagi memperingati kebangkitan rakyat yang berjaya mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari 2011. - Agensi

Rangka tulang disahkan milik Raja England

Posted:

Rangka tulang disahkan milik Raja England

Rangka tulang disahkan milik Raja England


GAMBAR menunjukkan lubang kubur yang mengandungi rangka tulang Raja Richard III di Leicester.


LEICESTER - Identiti satu rangka tulang yang ditemui di dalam tanah di sebuah tempat meletak kereta di sini telah disahkan para saintis sebagai Raja Richard III yang pernah memerintah England.

Para penyelidik dari Universiti Leicester mendapati keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada rangka tulang berusia 500 tahun itu sepadan dengan seorang keturunan adik perempuan raja tersebut.

Ujian DNA yang dibuat itu melibatkan seorang pembuat perabot yang dilahirkan di Kanada, Michael Ibsen.

Ibsen merupakan keturunan adik raja itu, Anne of York.

Kesan kecederaan yang didapati pada rangka tulang itu adalah akibat satu pertempuran.

Pengumuman itu dibuat oleh seorang pakar arkeologi, Richard Buckley pada satu sidang akhbar di universiti tersebut semalam.

Rangka tulang itu ditemui pada September 2012.

Raja itu meninggal dunia dalam pertempuran Bosworth yang berlaku pada tahun 1485.

Mayat baginda kemudian diarak dalam keadaan bogel dan berlumuran darah dari medan pertempuran ke Leicester, tengah England sebelum dikebumikan di sebuah kubur tanpa batu nisan di Greyfriars di sini.

Menurut Buckley, rangka tulang tersebut akan dikebumikan di Gereja Leicester di sini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


3 kereta milik Shamsubahrin disita SPRM - saksi

Posted:

3 kereta milik Shamsubahrin disita SPRM - saksi

3 kereta milik Shamsubahrin disita SPRM - saksi

05/02/2013 7:03pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu tiga buah kenderaan milik ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail yang dituduh menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember 2011.

Penguasa SPRM, S. Faridah Selamat, 35, berkata, pada 25 Disember 2011, beliau menyita tiga buah kereta jenis Mitsubishi milik Shamsubahrin iaitu model Grandis, AXS dan Triton.

Faridah berkata, beliau bersama lima lagi pegawai SPRM menyita kenderaan itu di Bukit Jelutong, Shah Alam, selepas mendapat arahan daripada seorang penguasa kanan SPRM.

Ketiga-tiga buah kenderaan milik tertuduh kini berada dalam simpanan pejabat SPRM di Putrajaya, katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zarifah Zulghaffar.

Faridah berkata demikian pada perbicaraan kes Shamsubahrin yang berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. - BERNAMA

Lelaki disangka warga asing akhirnya dibebaskan

Posted:

Lelaki disangka warga asing akhirnya dibebaskan

Lelaki disangka warga asing akhirnya dibebaskan

05/02/2013 7:01pm

ALOR GAJAH - Seorang lelaki tempatan yang ditahan Jabatan Imigresen lebih dua tahun kerana disangka warga asing hari ini dibebaskan selepas disahkan sebagai warganegara Malaysia.

Pembebasan N. Arumugam, 52, dari Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini disambut anak saudara perempuannya, D. Santhi, 42, dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Global Keselamatan Manusia Malaysia (PKGKMM), T. Kamalanathan kira-kira 12 tengah hari.

Arumugam yang kudung kaki kirinya akibat penyakit kencing manis dan tidak boleh bertutur dengan jelas sebab serangan angin ahmar ditolak dengan kerusi roda ke Dewan Bicarana depoh berkenaan bagi sesi penyerahan sijil kelahiran dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Port Dickson pada 17 Januari lepas.

Majlis penyerahan dokumen itu disempurnakan Komandan Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Abu Bakar Sidek Hasan.

Arumugam, penari di Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Lama Kampung Chetty, Negeri Sembilan, ditahan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam satu operasi penguatkuasaan pada akhir 2010, sebelum ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng di negeri itu. - BERNAMA

Ops Tahun Baharu Cina: 9,100 bomba terlibat

Posted:

Ops Tahun Baharu Cina: 9,100 bomba terlibat

Ops Tahun Baharu Cina: 9,100 bomba terlibat

05/02/2013 6:31pm

SHAH ALAM - Seramai 9,100 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara telah diarahkan bersiap sedia bagi menangani insiden kebakaran dan kemalangan sepanjang "Ops Tahun Baharu Cina" yang bermula semalam sehingga 18 Februari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, sepanjang tempoh itu, anggota terbabit dari 264 buah balai bomba turut terlibat dalam membuat rondaan di jalan raya.

"Daripada jumlah itu, seramai 240 anggota ditugaskan melakukan rondaan 24 jam (secara giliran) di 16 lokasi yang sentiasa berlaku kemalangan seperti Tol Juru, Pulau Pinang, Tol Slim River, Perak, Tol Senawang, Negeri Sembilan dan Tol Yong Peng, Johor.

"Pasukan bomba sukarela juga akan membantu pasukan bomba dan penyelamat untuk siapsiaga di 16 lokasi berkenaan bagi menangani sebarang kecemasan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Ops Tahun Baharu Cina dan menyerahkan jentera bomba kepada pasukan bomba sukarela dari lapan buah negeri, di sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ella nafi usung suami

Posted:

Ella nafi usung suami

Ella nafi usung suami

"SAYANG, sini kejap. I mahu kenalkan you dengan media," ungkap Norzilla Aminuddin atau nama pentasnya, Ella, kepada suaminya, Azhar Ghazali, dengan suara penuh manja.

Biarpun sedang makan, Azhar lantas bangun menghampiri Ella.

"Terima kasih sayang. I love you...muahhh," luah penyanyi rock terkenal itu dengan reaksi flying kiss ekoran kesudian suaminya mengikut permintaannya itu.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali penyanyi terkenal itu pasti hati berkata dia seorang 'gedik' atau sengaja berperilaku manja.

Namun, bagi yang sudah mengenalinya, Ella memang seorang yang manja secara semula jadi.

Azhar yang diajukan soalan tentang sikap manja Ella ketika di rumah bersama pula secara berterus-terang memberitahu: "Jika di luar rumah Ella kelihatan sudah terlalu manja, ketika di rumah dia lebih manja daripada apa yang dilihat di luar rumah."

Lantas, juruterbang penerbangan tambang murah, Firefly itu ditebak lagi dengan soalan tidak timbulkah perasaan cemburu dalam dirinya dengan perilaku Ella yang terlalu manja itu, dia tenang menuturkan jawapan.

"Di luar sifat manja dia tidak keterlaluan. Moga manja dia itu tidak menimbulkan fitnah. Begitupun, jika ada yang tidak kena pada pandangan mata saya, setiap malam saya akan bermuhasabah dengan dia," akui Azhar ketika ditemui pada majlis pelancaran acara Larian Selamatkan Hutan 2013 anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menyambung bicaranya, ujar Azhar, sifat manja itu tiada salahnya kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Melihat kelibat Azhar yang sentiasa hadir menemani Ella pada majlis-majlis media, persoalan terus ditebak kepada Ella tentang adakah Ella sengaja mengusung suaminya.

Ujar Ella, tidak semua majlis media dihadirinya bersama Azhar.

"Azhar hanya menemani saya jika dia tidak bekerja dan tidak mempunyai apa-apa kerja yang perlu dilakukannya," luahnya.

Turunkan ego

Kini, selepas melewati usia enam bulan menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah pada 7 Julai lalu, banyak aktiviti yang sudah dilakukan Ella dan Azhar bersama seperti melakukan kerja-kerja rumah.


TERKENAL dengan sikap manjanya, Ella mengakui dirinya kini masih dalam proses belajar untuk menjadi seorang isteri yang sempurna.


Mungkin ada sesetengah suami bersikap ego dan menganggap kerja rumah hanya dilakukan oleh isteri.

Namun bagi Azhar, dia sanggup menurunkan egonya sebagai suami dan melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama Ella.

"Tolong isteri membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas juga dapat mengeratkan kasih sayang," jelas Azhar.

Balas Ella pula, dia juga masih belajar menjadi seorang isteri yang sempurna seperti memasak untuk suaminya.

"Setakat ini, Ella sudah memasak untuk dia," ungkap Ella pula.

Usai menemu bual, Azhar meminta menyambung kembali menjamah hidangannya. Sekali lagi Ella berterima kasih kepada suaminya sambil mengucapkan perkataan cinta kepada Azhar.

Kongsi Ella, dia hanya mengikut saranan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang berpesan supaya suami isteri sentiasa mengucapkan perkataan cinta terhadap pasangan masing-masing.

"Saya dan dia (Azhar) sama-sama suka meluahkan perasaan cinta setiap hari.

"Namun, ucapan itu haruslah diucapkan sepenuh hati dan secara semula jadi," jelas Ella.

Melihat betapa intimnya pasangan suami isteri ini, Ella ditebak pula dengan soalan bagaimana perasaannya jika berjauhan dengan Azhar.

Ujar Ella, dia pernah berjauhan dengan suaminya selama lima hari disebabkan tuntutan kerja dan perasaan yang dialaminya sememangnya tidak menggembirakan.

"Memang tidak seronok berjauhan dengan suami tetapi saya faham dia ada karier dan saya juga ada karier yang harus dilakukan.

"Berjauhan ini sebenarnya bagus untuk perkembangan karier masing-masing. Pada ketika itu, kita boleh fokus pada kerja dan apabila berjumpa kembali kita boleh kongsi cerita dan hubungan suami isteri tidak bosan," ceritanya.

Sengaja mengusik Ella, soalan ditebak kepadanya tentang adakah dia cemburu dengan kerjaya suaminya sebagai juruterbang yang sentiasa dikelilingi oleh para pramugari cantik?

Lantas Ella menegaskan, dia sentiasa berfikir positif. "Jika fikir positif, saya dapat jalani hidup dengan lebih tenang," ujarnya.

Konsert


BAHAGIA. Ella dan Azhar sudah enam bulan bergelar suami isteri.


Bercerita tentang karier seninya, kata Ella, dia bakal mengadakan konsert jelajahnya pada bulan April ini.

Selain konsert, dedah Ella, dia juga bakal terlibat dengan beberapa projek khas yang tidak boleh didedahkannya buat masa ini.

"Konsert jelajah saya nanti akan dijayakan dengan kerjasama syarikat rakaman Warner Music dan sebuah syarikat yang saya terpaksa rahsiakan namanya.

"Buat masa ini, kami sudah kenal pasti beberapa lokasi untuk konsert jelajah itu nanti. Penutup konsert itu yang berkonsepkan akustik akan berlangsung di Kuala Lumpur," ujarnya yang akan mengadakan sidang akhbar untuk pengumuman konsert jelajah nya nanti.

Mengulas mengenai projek khasnya itu, apa yang boleh didedahkan Ella adalah, dia bakal berduet dengan seorang penyanyi terkenal tempatan dan juga seorang penyanyi baharu antarabangsa yang lagunya kini sering diputarkan di corong-corong radio.

AG, Scha hos baharu Muzik Muzik 28

Posted:

AG, Scha hos baharu Muzik Muzik 28

AG, Scha hos baharu Muzik Muzik 28


PROGRAM Muzik Muzik 28 kini berwajah baharu, impak kemunculan Scha dan AG sebagai hos.


PENDEKATAN baharu dilakukan produksi program hiburan popular TV3, Muzik Muzik dengan menggandingkan penyampai radio Hot FM, AG dan pelakon terkenal Scha Al Yahya.

Gandingan itu menurut penerbit Muzik Muzik 28, Azman Ghaffar sebagai langkah untuk memberikan kelainan selain menyuntik elemen baharu supaya rancangan itu kekal bertahan.

"Kami mencari penyampai yang popular dan dikenali, kebetulan pula AG kini popular dengan slot Bibir Fifi di stesen radio Hot FM dan Scha pula terkenal dengan bakat pengacaraan televisyen.

"Jadi, gabungan kedua-dua selebriti ini bukan pilihan yang salah dan mereka senang mencipta keserasian," katanya ketika sidang akhbar Muzik Muzik 28 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Azman tidak menolak sekiranya kedua-dua hos tersebut diteruskan gandingan sehingga ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) tahun depan.

"Kriteria hos yang dicari untuk mengacarakan AJL perlulah betul-betul kuat dari segi pengacaraan dan berpengalaman.

"AG dan Scha sejujurnya layak untuk mengacarakan AJL. Oleh sebab itu, mereka digandingkan bersama dari sekarang sebagai persediaan untuk ke pentas AJL nanti," tambahnya.

Komitmen AG

Terharu dengan tawaran yang diberikan, kata AG, peluang itu merupakan pengalaman baharu baginya dan berharap akan dapat melakukan yang terbaik.

"Saya masih lagi sedang belajar dan peluang mengacarakan program hiburan yang sudah mencecah 28 tahun bukan senang datang. Komitmen ini melibatkan tempoh waktu yang panjang.

"Jika diberikan kepercayaan untuk mengacarakan AJL, saya amat berbesar hati dan program itu salah satu antara tanda dagang Media Prima.

"Saya akan melakukan yang terbaik dan semestinya tidak boleh sombong untuk belajar daripada kawan-kawan yang pernah mengacarakan AJL seperti Faizal Ismail dan Ally Iskandar," kata AG.

Sementara itu, ujar Scha tempoh masa setahun yang diberikan kepadanya untuk mengacarakan Muzik Muzik 28 tidak mencukupi untuk dirinya beraksi di pentas berprestij AJL.

"Latihan selama setahun sahaja diberi untuk saya mengendalikan Muzik Muzik 28. Jika benar saya akan mengacarakan AJL, semoga tempoh ini cukup buat saya," luahnya teruja.

Awal bukan jalan pintas

Bagaimanapun, Scha menolak dakwaan bahawa suaminya selaku pengacara program hiburan Melodi di TV3 menjadi batu loncatan untuk dia ditawarkan menjadi pengacara Muzik Muzik 28.

"Awal tidak buat apa-apa. Dia tidak menolak, memaksa atau menggalakkan saya untuk menerima tawaran ini. Katanya, kalau saya yakin untuk melakukan tugas ini saya patut ambil.

"Bukan dia yang berikan idea kepada pihak produksi Muzik Muzik 28, mungkin juga kenalannya yang pernah bekerja bersama dalam produksi lain sebelum ini," tambah Scha yang menyasarkan untuk kembali aktif dalam bidang pengacaraan sepanjang tahun 2013.

Muzik Muzik 28 masih mengekalkan carta lagu 20 terbaik dan pencalonan lagu baharu setiap minggu namun disuntik elemen infotainment dalam berkongsi perkembangan terkini industri muzik menerusi beberapa segmen baharu seperti Bzzz Bzzz, HOT dan Gosip Fifi.

Wajah baharu Muzik Muzik 28 yang menampilkan gandingan AG dan Scha boleh ditonton pada setiap hari Sabtu, pukul 5 hingga 6 petang mulai 2 Februari lalu. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Mallika terima ugutan

Posted:

Mallika terima ugutan

Mallika terima ugutan


MALLIKA SHERAWAT


AKTRES seksi, Mallika Sherawat telah menerima ugutan gara-gara berlakon sebagai watak utama dalam filem Dirty Politics.

Sebanyak tiga panggilan telefon yang berbaur ugutan telah ditujukan khas buatnya kerana keberaniannya membintangi filem yang berkisar tentang kisah benar pembunuhan seorang wanita, Bhanwari oleh golongan ahli politik Rajasthan.

Bagaimanapun, ujar aktres berimej seksi itu, bukan dia yang menerima kesemua panggilan telefon itu, tetapi abangnya, Vikram.

"Seseorang telah menelefon abang saya, Vikram sebanyak tiga kali dengan berkata, 'Beritahu adik kamu (Mallika) supaya menghindarkan diri daripada topik ini (politik), " ujarnya kepada IANS.

Tegasnya lagi: " Setiap aktor dan aktres di India merupakan mangsa permainan politik. Setiap hari kami semua terpaksa bergelumang dengan politik. Untuk sukses di India, anda terpaksa bermain politik. Saya telah bermain untuk kedua-dua politik kotor dan politik bersih. Lebih kotor politik, lebih baik."

Filem arahan K.C. Bokadia turut menampilkan pelakon Om Puri, Jackie Shroff, Anupam Kher, Atul Kulkarni dan Ashutosh Rana.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved