Ahad, 3 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kraf tangan kulit telur dari Vietnam

Posted:

Kraf tangan kulit telur dari Vietnam

Kraf tangan kulit telur dari Vietnam

SEKALI pandang, bingkai yang memaparkan gambar beberapa pekerja sawah tekun menanam padi kelihatan seperti sebuah lukisan menggunakan medium cat air.

Terdapat lapan pekerja kesemuanya yang lengkap bertopi coklat. Empat daripadanya memakai baju rona merah dan selebihnya baju hitam. Ia dilengkapi dengan latar belakang rona kelabu, hitam dan putih.

Walaupun kelihatan ringkas tanpa sebarang pemandangan serta pilihan warna yang pelbagai, ia tetap menarik perhatian mata yang memandang.

Malah, karya tersebut mampu membuatkan kita terfikir sejenak bahawa mereka yang memakai baju merah berkemungkinan pekerja wanita dan individu yang memakai baju hitam pula adalah pekerja lelaki.

Selain itu, efek kocakan air yang dibuat ketika mereka menanam padi juga kelihatan asli. Namun, apabila dilihat dengan teliti, karya itu bukan menggunakan bahan cat air seperti yang disangka.

Sebaliknya, ia dihasilkan melalui kulit telur yang telah dipecah-pecahkan dengan halus dan dilekatkan di atas lakaran lukisan tersebut.

Jika boleh dihitung, jumlah kepingan telur yang digunakan dalam pembuatan karya itu mencecah ratusan biji. Justeru, sukar untuk dibayangkan bagaimana tingginya kesabaran pekerja dalam menyiapkan lukisan berkenaan.

Ironinya, semua pekerja di pusat kraf tangan tersebut bukan individu normal, sebaliknya terdiri daripada individu yang mewarisi kecacatan genetik akibat simptom agen oren.

Agen oren merupakan senjata kimia yang digunakan pihak tentera Amerika Syarikat (AS) ketika berlaku Perang Vietnam 1975. Ia menyebabkan masalah kesihatan dan kecacatan terhadap bayi yang baru lahir di negara tersebut.

Pengurus Pusat Kraf tangan Orang Cacat Vietnam, Nguyen Duan Teo, 30, memberitahu, secara keseluruhan terdapat kira-kira 200 pekerja yang mencari rezeki di pusat kraf tangan itu. Kebanyakan mereka datang dari seluruh Vietnam dan menginap di rumah penginapan pekerja yang disediakan pihak pengurusan pusat tersebut.

Ujar anak tunggal yang masih bujang itu, hampir semua pekerja mengalami kecacatan genetik fizikal kesan daripada racun herba yang disembur oleh pesawat AS satu ketika dahulu, tidak terkecuali dirinya. Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk mereka tidak melakukan sesuatu dalam usaha menambah pendapatan keluarga.

"Melalui pusat ini, kami menghasilkan pelbagai kraf tangan untuk dijual pada pelancong. Antaranya lukisan kulit telur, kraf kulit siput dan kombinasi kedua-duanya.

"Pendapatan kami pula bergantung pada hasil jualan kraf tangan yang dibeli secara terus oleh pelancong di pusat ini. Jika banyak, maka banyaklah gaji kami kerana ia akan dibahagikan sama rata," jelas Duan Teo yang sudah 11 tahun bekerja di sana sambil menunjukkan salah satu lukisan bertemakan pekerja sawah yang telah siap.

Dalam perbualan kami, satu perkara yang membuatkan penulis rasa terharu apabila Duan Teo mengatakan dia tidak menyimpan dendam terhadap AS yang menjadi punca kecacatan ramai rakyat Vietnam.


SEKUMPULAN pekerja orang kurang upaya wanita duduk berehat sebelum kembali bertugas menyiapkan kraf tangan kulit telur yang menjadi punca pendapatan mereka.


Sambil tersenyum dia berkata: "Jika bertemu pelancong AS yang ramai datang ke sini, saya pasti menyambut mereka dengan baik. Memang zaman selepas perang merupakan satu tragedi kemanusiaan yang amat teruk, tetapi kami harus melupakan perkara lepas. Ia sudah berlalu. Sekarang kami menjalin persahabatan, bukan lagi bermusuhan."

Sementara itu, bagi pekerja wanita yang mahu dikenali sebagai Thuy, 42, dia mengakui seronok dengan kerja yang dilakukan di pusat kraf tangan itu sejak enam tahun lalu.

"Tugas saya khusus memotong kulit cangkerang siput menggunakan mesin pemotong khas. Sebelum itu, kami perlu menyediakan beberapa rekaan di atasnya bagi memudahkan ia dipotong mengikut bentuk.

"Rutin harian kami bermula seawal pukul 8.30 pagi sehingga pukul 4.30 petang. Apa yang pasti, kewujudan pusat ini memberi peluang kepada kami selaku individu cacat untuk bekerja sekali gus meraih pendapatan sendiri," tutur wanita yang berasal dari perkampungan di kawasan Delta Mekong itu sambil tersenyum.

Penulis berpeluang menemui insan-insan istimewa itu atas undangan jenama fesyen, Alfio Raldo yang membawa media berkunjung ke bumi Ho Chi Minh, Disember lalu.

Meneroka kawasan penghasilan kraf tangan itu, jelas menunjukkan kemudahan yang disediakan serba sederhana. Ini termasuklah deretan meja dan kerusi kayu yang usang untuk mereka menjalankan kerja masing-masing.

Tempat itu tidak memiliki pendingin hawa untuk menyejukkan badan, tetapi cuma menggunakan kipas biasa yang perlu dikongsi bagi setiap tiga deretan meja. Keadaan itu membuatkan suasana agak berbahang serta mengeluarkan bau yang kurang selesa. Namun, kesungguhan pekerja dalam menyiapkan produk kraf tangan wajar dipuji.

Perkara itu diakui oleh pegawai bahagian promosi, An Dung Dao, 32, yang mengakui rata-rata pekerja sentiasa komited dengan tugas yang dilakukan dan amat teliti terutama ketika proses menatah kulit telur di atas sesuatu permukaan sama ada gelas, pinggan, pasu atau kayu.

"Tambahan pula, kami turut memberi peluang kepada pekerja untuk mencipta rekaan atau memberi idea bagi menghasilkan kraf tangan yang disukai sekali gus menjadikan mereka lebih kreatif," ungkap Dung Dao yang sudah bekerja selama sembilan tahun di pusat yang turut menjadi anggota Vietnam Association of Business Enterprises of Persons with Disabilities (VABED) itu.


SEORANG pekerja melakukan kemasan terakhir dengan memecahkan kepingan telur lebih halus menggunakan sejenis alat logam khas.


Tambahnya, penghasilan kraf berasaskan kulit telur sudah sinonim dengan rakyat Vietnam sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1976. Lama-kelamaan, pusat itu semakin dikenali ramai dan menjadi antara destinasi pelancongan menarik di Vietnam.

"Setiap hari, banyak bas dan van milik agensi pelancongan akan singgah di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Terowong Chu Chi.

"Selain urusan jual beli secara terus di sini, kami juga ada menerima tempahan untuk menghantar produk ke luar negara seperti AS, Australia, Perancis dan juga Malaysia," terang Dung Dao sambil menunjukkan turutan proses penghasilan kraf yang ditampal di dinding.

Setiap produk kraf kulit telur bersaiz besar biasanya mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk disiapkan. Jika saiznya lebih kecil, masa yang diambil lebih singkat.

Tanah di Liberia semakin kurang

Posted:

Tanah di Liberia semakin kurang

Tanah di Liberia semakin kurang


RAKYAT Liberia kini berdepan dengan dilema apabila semakin banyak tanah mereka dijual kepada syarikat asing.


SETELAH konflik umum yang tercetus sejak sembilan tahun lalu mulai reda, kini Liberia dikatakan berdepan dengan masalah tanah.

Ia berikutan tindakan kerajaan Liberia yang menjual tanah negara itu sedikit demi sedikit kepada pihak luar yang mahu membelinya secara bidaan harga.

Hal itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan orang ramai yang merasakan situasi tersebut semakin kronik.

Pengerusi Pesuruhjaya Tanah Liberia, Othello Brandy, bagaimanapun berkata sebanyak 57.5 peratus wilayah negara telah diperuntukkan menerusi konsesi.

Keseluruhan luas tanah itu ialah 5.6 juta hektar iaitu lebih sedikit daripada jumlah sejuta hektar kawasan yang mewakili tanah pertanian.

Seorang peguam, Alfred Brownell yang mengasaskan sebuah organisasi bukan kerajaan, Green Advocates, menganggarkan sekurang-kurangnya 120 syarikat asing telah menandatangani kontrak konsesi di Liberia.

"Sepanjang tempoh enam tahun ini, ia telah jatuh merudum dengan cepat. Tidak ada kapasiti penyerapan di Liberia.

"Tiada kemahiran dan tiada orang terlatih untuk membangunkan negara ini," jelas Brownell sambil memberitahu negara itu sudah cukup menderita akibat peperangan selama 15 tahun dari tahun 1989 sehingga 2003.

Peguam itu mempertahankan komuniti Liberia yang terjejas dengan perladangan kelapa sawit dan memberi amaran: "Sekiranya kita kembali semula kepada peperangan, ia hanya berkaitan dengan isu tanah."

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih lagi bertindak sebagai badan pengaman di Liberia dan seorang panel telah memberi amaran pada awal Disember tahun lalu mengenai potensi tercetusnya konflik tanah di negara berkenaan.

Dalam laporannya, beliau menekankan terdapat banyak konflik dalam hak milik tuan tanah selain memberitahu ia berpotensi untuk melemahkan keamanan dan keselamatan dalam kalangan masyarakat di pedalaman.

Namun, menurut Brandy, Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirleaf yang memenangi Anugerah Nobel Keamanan 2011 dikatakan berada dalam keadaan tertekan untuk membangunkan semula ekonomi di negara itu.

Dalam kebanyakan kes, konsesi tanah boleh dirunding di kawasan bandar besar Monrovia yang jauh daripada zon terjejas.

Menteri Dalam Negeri, Blamoh Nelson menerangkan, pihak kerajaan hanya menandatangani persetujuan bagi sebuah wilayah umum yang memiliki bidang kepentingan.

Kaya sumber semula jadi

Sebelum ini, berlian, emas dan kayu memberi tuah kepada Liberia sehinggalah bekas Presiden, Charles Taylor tersingkir pada 2003 dan PBB menyekat perdagangan antarabangsa material berkenaan.

Sirleaf menidakkan banyak kontroversi tetapi masih lagi menandatangani konsesi baharu yang meliputi pertanian, perhutanan, mineral dan sumber minyak di dasar laut.

"Andaian palsu yang dibuat ialah kerajaan memiliki tanah tersebut," ujar Brownell.

Situasi itu selalu dilihat dibanyak negara Afrika, benua yang dimonopoli pelabur asing ekoran kekayaan sumber bahan mentah aslinya.

Pakar hak tanah bagi Organisasi Agrikultur dan Makanan PBB, Paul Mathieu menganggarkan sebanyak 80 peratus hak tanah pedalaman sama ada tidak direkodkan langsung dalam dokumen atau berada dalam status kabur kerana kerajaan menganggap ia sebagai milik kerajaan.

Di Liberia, bidang pertanian menyumbang sebanyak 61 peratus daripada pengeluaran keseluruhan ekonomi negara.

Di selatan Liberia, 220,000 hektar telah diwarta selama 93 tahun kepada kumpulan Indonesia, Golden Veroleum Liberia (GVL) untuk menghasilkan minyak sawit, yang mana sekitar 200 buah keluarga kini bergantung kepadanya.

Bekas ahli ekonomi Bank Dunia, Sirleaf telah menggunakan sebuah polisi lama, tetapi telah menimbulkan persoalan kerana ia menggalakkan pengeksportan produk dan ternakan.

Bagaimanapun, pada tahun 2009, beliau menubuhkan suruhanjaya yang diketuai oleh Brandy bagi memperjuangkan mengenai hak milik harta yang mana jika digunakan, mampu memberi jaminan kepada komuniti setempat di seluruh negara.

Brandy yang telah dilatih sebagai ahli agronomi berharap ia akan membantu dalam memberi jaminan kepada keselamatan makanan negara itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Warga emas dirai sempena Tahun Baru Cina

Posted:

Warga emas dirai sempena Tahun Baru Cina

Warga emas dirai sempena Tahun Baru Cina


SEBAHAGIAN daripada penghuni Rumah Orang Tua, Kaki Bukit, Padang Besar yang diraikan ahli DPCP bahagian Wanita sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.


RAI. Seramai 19 warga emas di Rumah Orang Tua, Kaki Bukit, Padang Besar, Perlis diraikan Dewan Perhimpunan Cina Perlis (DPCP) bahagian Wanita di rumah kebajikan itu baru-baru ini.

Warga emas tersebut terdiri daripada 11 lelaki dan lapan perempuan ternyata gembira apabila mereka dijamu dengan sajian steambot serta menerima sumbangan angpau.

Majlis meraikan para penghuni rumah orang tua itu diketuai Pengerusi DPCP, Ooi Soh Ean bersama 10 ahli persatuan terbabit.

Menurut Soh Ean, program tersebut diadakan bagi menyerikan hidup warga emas di rumah kebajikan itu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Polis P. Pinang sumbang beg sekolah

Posted:

Polis P. Pinang sumbang beg sekolah

Polis P. Pinang sumbang beg sekolah


ABDUL RAHIM (tengah) bersama Shafien (kanan) dan Vanidamani (kiri) mengagihkan beg sekolah 1Malaysia kepada murid-murid SJKT Ladang Jawi, Nibong Tebal baru-baru ini.


BERMESRA. Seramai 100 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang menerima sumbangan beg sekolah 1Malaysia daripada polis negeri itu baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika melawat ke sekolah tersebut bersama anggota Unit Rondaan Bermotosikal Polis Pulau Pinang.

Menurut Abdul Rahim, program tersebut adalah antara inisiatif polis negeri itu mendekati masyarakat setempat di samping memberi penerangan mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah.

"Menerusi program seperti ini, polis dapat berjumpa terus dengan masyarakat sambil bertukar-tukar pandangan yang secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak," ujarnya.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat dan Guru Besar SJKT Ladang Jawi, K. Vanidamani.

1,660 pelajar baharu mendaftar di UIAM

Posted:

1,660 pelajar baharu mendaftar di UIAM

1,660 pelajar baharu mendaftar di UIAM


SEBAHAGIAN daripada pelajar baharu mengangkat sumpah pada sesi aku janji sempena Minggu Orientasi 2012/2013 di kampus UIAM Gombak baru-baru ini.


AKU JANJI. Seramai 1,660 pelajar baharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendaftar sebagai pelajar baharu ijazah sarjana muda di universiti tersebut baru-baru ini.

Kesemua pelajar memulakan lembaran baharu dengan mengangkat sumpah dalam sesi aku janji pada Minggu Orientasi 2012/2013 di kampus UIAM Gombak bagi meneruskan pengajian selama empat tahun di universiti tersebut.

Rektornya, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin berkata, UIAM turut menerima seramai 447 pelajar antarabangsa bagi peringkat ijazah sarjana dari 50 buah negara pada sesi pengajian kali ini.

Menurut Zaleha, kemasukan pelajar tersebut melibatkan pengambilan pelajar bagi lapan buah fakulti di universiti berkenaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Wartawan Malaysia mati tertembak

Posted:

Wartawan Malaysia mati tertembak

Wartawan Malaysia mati tertembak

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my

AHLI keluarga serta jiran mengunjungi rumah wartawan Al-Jazeera dari Malaysia, Claudia yang mati tertembak di Taman Bukit Kepayang, Seremban, semalam.


SEREMBAN - Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar mati dipercayai akibat terkena tembakan secara tidak sengaja dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan dekat Beirut, Lebanon kelmarin.

Menurut laporan media di Lebanon, Claudia terkena tembakan ketika dia dan dua orang rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.

Difahamkan, pihak polis telah menahan kedua-dua rakan Claudia terbabit untuk disoal siasat.

Laporan media itu juga menyebut, mangsa tiba di Lebanon pada 28 Januari lalu untuk melawat kawannya di negara berkenaan.

Claudia dikatakan berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lebanon.

Duta Besar Malaysia di Lebanon, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia kira-kira pukul 2.30 pagi waktu Lebanon itu.

"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari selaras senjata api," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nuri tidak akan dijual walaupun ada EC725 Cougar

Posted:

Nuri tidak akan dijual walaupun ada EC725 Cougar

Nuri tidak akan dijual walaupun ada EC725 Cougar

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berhasrat menjual 30 pesawat helikopter Nuri jenis Sikorsy buatan Amerika Syarikat yang telah berkhidmat lebih 50 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima ATM, Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin sebaliknya berkata, pesawat tersebut lebih ekonomi dan praktikal dibaik pulih untuk terus beroperasi membantu helikopter EC725 Cougar yang baru dibeli kerajaan.

Malah, beliau yakin ATM masih memerlukan helikopter Nuri terutamanya dalam tugas-tugas utiliti dan misi bantuan biarpun negara akan memiliki 12 buah helikopter EC725 Cougar buatan Perancis awal tahun depan.

ATM telah menerima dua daripada 12 helikopter EC725 Cougar pada 3 Disember tahun lalu untuk menggantikan peranan pesawat Nuri dan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.

"Kita akan menambah baik dan menaik taraf pesawat Nuri kerana ia masih baik dan masih boleh digunakan untuk misi-misi bantuan, kita perlu menambah baik dari segi sistem dan bahagian kokpit serta beberapa bahagian lain," katanya dalam satu ditemu bual di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

25 juta pelancong lawat Malaysia tahun lepas

Posted:

25 juta pelancong lawat Malaysia tahun lepas

25 juta pelancong lawat Malaysia tahun lepas

GEORGE TOWN - Malaysia merekodkan ketibaan 25,032,708 pelancong asing sepanjang tahun lepas berbanding 24,714,324 pada 2011, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen .

Katanya, sektor pelancongan negara menjana perolehan RM60.6 bilion tahun lepas berbanding RM58.3 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, negara juga mencatat pertumbuhan dua angka dalam ketibaan pelancong dari negara serantau, jarak sederhana dan jarak jauh seperti Iraq, Nepal, Filipina, China, Japan, Vietnam, Arab Saudi dan Kazakhstan.

"Pasaran ASEAN menyumbang ketibaan pelancong terbesar iaitu 75.1 peratus dirangsang pelbagai tawaran kompetetif syarikat penerbangan tambang murah seperti AirAsia, Mandala Airlines, SEAir dan Tiger Airways selain kewujudan produk pelancongan baharu seperti Johor Premium Outlet dan Taman Tema Legoland," katanya selepas menghadiri program My Beautiful Malaysia di Taman Negara Teluk Bahang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Fakri tidak ikut jejak Nazmi Faiz

Posted:

Fakri tidak ikut jejak Nazmi Faiz

Fakri tidak ikut jejak Nazmi Faiz

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

FAKRI (kiri) kini menyertai kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S.C. selama enam bulan.


PENYERANG muda negara, Ahmad Fakri Saarani menafikan khabar angin bahawa dia bakal mengikuti jejak langkah rakan sepasukannya, Muhammad Nazmi Faiz Mansor pulang semula ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

Fakri, 23, yang menyertai kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S.C. selama enam bulan sejak bulan lalu memberitahu, spekulasi yang ketika ini tersebar meluas di laman sosial ternyata tidak berasas.

Ia rentetan daripada tindakan Nazmi Faiz , 19, yang juga 'rakan seperguruannya' di Portugal yang sah meninggalkan S.C. Beira Mar setelah menandatangani kontrak bersama Selangor PKNS kelmarin.

Disebabkan itu, nama Fakri juga disebut-sebut bakal kembali ke tanah air apabila dia dikatakan menyertai skuad Terengganu ketika pendaftaran pemain Liga Malaysia dibuka semula pada April depan.

"Ingin saya tegaskan di sini, khabar angin yang mengatakan saya bakal kembali beraksi di Malaysia tidak benar sama sekali.

"Saya teruja menimba ilmu di Portugal dan akan kekal di sini," katanya menerusi Twitter peribadinya semalam.

Untuk rekod, Fakri sebelum ini pernah ditawarkan kontrak yang sama oleh Atletico S.C. melalui ejennya, Marco Guimares pada Ogos lalu tetapi terpaksa ditolak kerana terlibat dengan komitmen Piala Malaysia dan kempen Piala Suzuki AFF.

Difahamkan, Fakri juga pernah mendapat tawaran daripada sebuah kelab Divisyen Satu di Portugal, namun dia lebih cenderung menyertai Atletico S.C. kerana dikatakan memiliki peluang lebih cerah untuk diturunkan pengendali kelab itu, Paolo Simao.

Pengurus peribadi Fakri, Faisal Zakariah dilapor berkata, pemain kelahiran Kelantan itu hanya akan kembali ke tanah air ketika saingan liga domestik Portugal berakhir Mei depan.

"Fakri boleh pulang ke Malaysia sementara menunggu musim baharu bermula dan apabila bermulanya musim baharu nanti, Fakri akan kembali ke sana," kata Faisal.

Mengulas lanjut, Fakri memberitahu, ketika ini dia sedang giat menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukannya di Atletico S.C. dan berazam memburu tempat dalam kesebelasan utama.

"Alhamdulillah, saya berjaya membuat hantaran buat rakan-rakan sepasukan, cuma belum ada rezeki buat saya untuk menjaringkan gol," kata Fakri.

Kelmarin, Nazmi Faiz mengejutkan ramai pihak apabila menyertai Selangor PKNS biarpun kontraknya bersama Beira Mar sepatutnya berakhir tiga tahun lagi.

Begitupun, ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar kelmarin, Nazmi Faiz tetap bersikap 'kunci mulut' dan enggan mengulas lanjut punca utama dia meninggalkan kelab Portugal yang disertainya pada Mei 2011 itu.

ACC 2013 medan pulih reputasi

Posted:

ACC 2013 medan pulih reputasi

ACC 2013 medan pulih reputasi

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI.. Dari kiri, Azizulhasni, Josiah dan Fatehah meraikan kejayaan masing-masing pada ACC 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.


KEJOHANAN Lumba Basikal Asia (ACC) 2013 yang akan berlangsung di New Delhi, India bulan depan seharusnya menjadi medan kebangkitan bagi skuad lebuh raya negara melakar kejayaan.

Selain mengharapkan dua pelumba berstatus Olimpik - Amir Mustafa Rusli dan Mohammed Adiq Husainie Othman, skuad lebuh raya negara juga mampu menyandarkan harapan kepada beberapa pelumba yang memiliki karisma tersendiri.

Sudah pasti pasangan adik-beradik - Mohd. Zamri Saleh, 29, dan Mohd. Harrif, 24, turut menjadi harapan buat skuad lebuh raya negara memburu kejayaan di bumi New Delhi nanti.

Kedua-dua pelumba itu yang kini menggalas cabaran Terengganu Cycling Team (TSG) bukan sahaja dilihat serasi berganding bersama, namun kelebihan berkayuh di laluan landai turut 'membuka mata' Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk menyenaraikan mereka dalam skuad elit lebuh raya.

Mereka akan berganding bahu dengan dua lagi pelumba berpengalaman - Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi dan Muhamad Rauf Nur Misbah selain Amir Mustafa.

Adiq pula diletakkan harapan untuk beraksi dalam kategori Bawah 23 tahun (B-23) - berganding bersama-sama Nik Mohd. Azwan Zulkiflie, Ahmad Fakhrullah Alias, Yusrizal Usoff, Mohd. Ekbar Zaman Huri dan Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri.

Menjelang ACC 2013, Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd. Wahab amat berharap skuad lebuh raya mampu mempamerkan prestasi yang cemerlang, sekali gus menyumbang pingat.

"Kami memang sangat mengharapkan skuad lebuh raya negara melakar kejayaan dengan menaiki podium.

"Laluan pada perlumbaan itu nanti agak rata, jadi saya harap dengan bantuan rakan-rakan sepasukan yang lain, Zamri dan Harrif sekurang-kurangnya mendapatkan pingat gangsa.

"PKBM memilih Zamri dan Harrif bukan kerana mereka beraksi bersama TSG tetapi prestasi yang dipamerkan menjadi keutamaan.

"Bagi kategori B-23, Adiq pernah menang pingat perak pada ACC 2012 di Kuala Lumpur, kemudian (dia) beraksi bersama pelumba-pelumba terbaik dunia pada Sukan Olimpik 2012.

"Jadi saya harap dia boleh buat sesuatu atau paling kurang pun mempertahankan pingat perak yang dimenanginya tahun lalu," kata Abu Samah ketika dihubungi Kosmo!kelmarin.

Abu Samah berkata, prestasi Adiq cukup konsisten sejak beberapa tahun lalu dan pelumba berusia 22 tahun itu tidak mungkin akan mengabaikan latihan bersama pasukannya, Champion System.

"Saya tidak ada rasa was-was atau curiga dengan Adiq, mungkin kerana taraf dia sebagai pelumba profesional, jadi dia tidak akan sesekali mengabaikan latihan.

"Saya tahu dia ada rasa tanggungjawab. Kalau dari segi latihan lebih kepada pasukannya, Champion System. Ketika ini pun dia berada di Doha bersama pasukan itu untuk menyertai Jelajah Qatar 2013," katanya.

Untuk rekod, skuad lebuh raya pernah meraih pingat emas pada ACC 1971 di Singapura menerusi acara lepas beramai-ramai 10 kilometer (km) hasil sumbangan legenda negara, Allahyarham Daud Ibrahim.

Bagaimanapun, sehingga kini, skuad lebuh raya negara masih gagal mencari pelumba yang mampu menghadiahkan emas kedua buat negara.

Abu Samah berkata, berdasarkan kepada kejohanan yang disertai para pelumba sepanjang tahun lalu, skuad negara kini sudah mampu untuk membawa pulang pingat kemenangan.

"Setiap pelumba ada kelebihan masing-masing seperti melakukan pecutan dan pemecahan. Ini kerana mereka telah didedahkan dengan pengalaman beraksi pada Le Tour de Langkawi (LTdL), Jelajah Korea dan Jelajah Vietnam.

"Justeru, saya harap pelumba kita bukan sahaja cemerlang di negara sendiri sahaja... di tempat lain juga mereka harus mempamerkan prestasi yang bagus," jelasnya.

Bagi skuad lebuh raya wanita pula, Abu Samah mengakui penampilan semula pelumba berpengalaman, Noor Azian Alias berupaya untuk sekurang-kurangnya menjelmakan pingat.

Menurut Abu Samah, kehadiran Noor Azian yang meraih perak pada ACC 2007 mampu memperkuatkan lagi skuad kali ini yang turut dibarisi Nurul Syuhada Zainal, Ju Pha Som Net, Mariana Mohamad, Masziyaton Mohd. Radzi dan adiknya, Mardiana.

"Saya berharap Noor Azian boleh bantu skuad wanita negara membawa pulang pingat nanti kerana kombinasi pelumba pada kali ini sangat bagus.

"Noor Azian dan Jup Pha merupakan pelumba pecut yang sangat baik manakala pelumba yang lain pula mempunyai kelebihan untuk keluar daripada kelompok besar," jelasnya.

Dalam pada itu, sesuatu yang mungkin tidak pernah terfikir oleh para pelumba apabila mereka terpaksa bersaing di trek perlumbaan Formula Satu (F1) iaitu di Litar Antarabangsa Buddh.

Biarpun mengakui saingan kali ini agak membosankan kerana berlangsung di litar F1, Abu Samah tetap percaya ia akan memberikan pengalaman baharu kepada setiap pelumba.

"Buat kali pertama, (acara lebuh raya) ACC akan diadakan di litar F1 kerana India cukup terkenal dengan kesesakan lalu lintas.

"Pernah terjadi pada ACC 2005 di India sebelum ini di mana perlumbaan terjejas ketika para pelumba memasuki kawasan bandar kerana laluan yang terlalu sesak.

"Jadi pada ACC kali ini, pihak penganjur telah membuat keputusan mengadakan perlumbaan di litar F1 yang meliputi jarak kira-kira 5km bagi satu pusingan.

"Pada masa sama, para pelumba turut akan melalui laluan di luar sekitar litar F1, sekali gus menjadikan jarak satu pusingan ialah 11km.

"Jadi secara keseluruhannya, para pelumba akan bersaing dalam 18 hingga 19 pusingan untuk melengkap perlumbaan sejauh 200km," kata Abu Samah.

Sementara itu, skuad trek kali ini diperkuat dengan pelumba-pelumba berkelas dunia, antaranya Mohd. Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Muhamad Edrus Md. Yunos dan Fatehah Mustapa.

Azizulhasni masih lagi berada di tanah air kerana tidak dapat pulang ke Melbourne, Australia ekoran masalah kelewatan mendapatkan visa.

Dia sepatutnya kembali ke Australia selepas isterinya, Athiah Ilyana Abd. Samat selamat melahirkan anak sulungnya pada November tahun lalu.

Kehadiran Azizulhasni yang membuat penampilan cemerlang pada Sukan Olimpik 2012 di London sudah pasti menyemarakkan lagi semangat skuad trek negara bagi mempertahankan tiga pingat emas pada edisi kali ini.

Pada ACC 2012, Josiah tampil cemerlang meraih emas dalam acara keirin lelaki manakala Edrus mengungguli saingan 1km ujian masa individu lelaki.

Fatehah pula menjadi harapan setelah mempamerkan prestasi mengagumkan dengan meraih emas acara keirin wanita.

Selain tiga emas tersebut, skuad trek negara turut menyambar dua perak menerusi Azizulhasni dalam acara pecut dan keirin lelaki manakala Harrif meraih gangsa (10km scratch) tahun lalu.

Fatehah turut meraih pingat perak dalam acara pecut dan gangsa bagi saingan ujian masa individu wanita.

Harimau Muda hadapi ujian getir

Posted:

Harimau Muda hadapi ujian getir

Harimau Muda hadapi ujian getir


KIM SWEE (tengah) dalam persiapan awal membentuk skuad terbaik bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar penghujung tahun ini.


GOLD COAST, Australia - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee membayangkan skuad kendaliannya bakal mengharungi satu ujian getir ketika berdepan juara Liga Australia, Brisbane Roar pada aksi persahabatan esok.

Kim Swee memberitahu, aksi menentang kelab gergasi Australia itu amat penting bagi menentukan sejauh mana kemampuan anak-anak buahnya.

"Sudah tentu saya menjangkakan ia adalah satu perlawanan sengit dalam siri perlawanan persahabatan Jelajah Australia kami.

"Saya percaya tidak kira pemain simpanan atau utama (Brisbane Roar), mereka memiliki kualiti yang cukup tinggi dan apa yang saya akan lakukan selepas tiga perlawanan awal, saya akan menilai (prestasi) kesemua pemain-pemain.

"Jadi pemain yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tiga perlawanan lalu akan diturunkan dalam kesebelasan utama untuk aksi terakhir persahabatan kami di Australia kali ini.

"Saya juga berharap pemain-pemain yang diturunkan nanti dapat belajar sesuatu terutama daripada kesilapan yang dilakukan ketika menentang Brisbane Olympic semalam (kelmarin)," kata Kim Swee kepada pemberita semalam.

Skuad kendalian Kim Swee membuka langkah kanan dalam siri perlawanan persahabatan di Australia apabila membelasah kelab Palm Beach Sharks 5-1.

Harimau Muda terus garang apabila membenam cabaran kelab Divisyen Dua Liga Australia, Brisbane Lions 2-1 hasil jaringan Izzaq Faris Ramlan dan Rozaimi Abdul Rahman.

Bagaimanapun, rentak cemerlang Harimau Muda tersekat apabila tewas 1-2 kepada Brisbane Olympic kelmarin.

Kim Swee turut memaklumkan bahawa anak-anak buahnya dijangka menentang skuad muda Slovakia dan Myanmar selepas pulang dari Australia kelak.

"Saya mahu pemain-pemain mengambil perlawanan (menentang Brisbane Roar) sebagai satu pertemuan yang penting sebelum kita akan menentang Myanmar di Yangon pada 22 Februari depan.

"Saya juga difahamkan, skuad Bawah 21 Tahun (B-21) Slovakia telah memberikan maklum balas untuk bertemu dengan Harimau Muda. Mereka dikatakan telah bersetuju untuk menentang kita pada 22 Mac depan.

"Apabila saya kembali ke Kuala Lumpur, saya akan cuba mendapatkan keputusan rasmi mengenai perkara itu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sajian siput bakar eksotik

Posted:

Sajian siput bakar eksotik

Sajian siput bakar eksotik

Oleh ZAKI SALLEH

SOTONG kangkung juga antara menu tambahan di Yob Siput Bakar.


MENYAJIKAN hidangan yang berbeza daripada gerai makan biasa, gerai Yob Siput Bakar mampu menambat selera penggemarnya.

Kedai milik Abdul Rahim Omar, 47, di Jalan Akuarium, Gelugor, Pulau Pinang itu amat istimewa kerana hanya menyajikan siput sebagai menunya.

Antaranya siput sudu, siput unam, kerang bulu, siput duri dan juga kerang yang dibakar atau rebus.

Hidangan makanan laut eksotik yang segar itu disajikan dengan air asam dan kuah rojak yang membuatkan penggemarnya kecur air liur sama ada diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih.

Guna tempurung

Kedudukan gerai yang tersorok dari jalan utama menyebabkan ramai pengunjung yang datang pertama kali agak sukar mencarinya.

Bagaimanapun rasa lelah itu hilang sebaik hidangan siput yang dibakar menggunakan tempurung kelapa bagi menggantikan arang itu tersaji di depan mata.

Abdul Rahim yang merupakan penggemar siput sejak kecil berkata, beliau mula berniaga siput bakar di kampungnya di Parit Buntar, Perak sepanjang bulan puasa sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, gerai Yob Siput Bakar dibuka sejak tiga bulan lalu setelah melihat sambutan baik daripada pelanggan.

"Ini merupakan makanan tradisi orang Perak yang cukup popular ketika bulan puasa lalu saya terfikir mungkin ia mendapat sambutan sekiranya dihidangkan kepada penggemar siput di di sini pula.

"Bekalan siput diperoleh setiap hari dari Bagan Tiang bagi memastikan kesegarannya.

"Purata saya menjual antara 30 hingga 40 kilogram siput pelbagai jenis, tetapi adakalanya bekalan sukar diperoleh misalnya siput duri," ujarnya.

Waktu operasi kedai Yob Siput Bakar bermula pukul 5 petang hingga 12 tengah malam dan ditutup pada hari Ahad.

Jelas Abdul Rahim lagi, teknik membakar siput menggunakan tempurung kelapa di dapur menyebabkan siput lebih cepat masak dan rasanya juga sedap.

Selain siput, Rahim turut menyediakan hidangan sampingan seperti sotong kangkung yang menggunakan sos resipi keluarganya dari Perak.

"Harga sepinggan siput ialah RM5 bagi setiap setengah kilogram (kg) manakala bagi sotong kangkung pula RM10 sepinggan.

"Kebanyakan pelanggan yang datang ke gerainya pula terdiri daripada masyarakat setempat termasuk dari luar Pulau Pinang dan berbilang bangsa. Ramai daripada mereka menggemari siput dibakar," katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Mohd. Yatimi Khairy, berkata dia kini menjadi pelanggan tetap Yob Siput Bakar dan tidak akan melepaskan peluang menjamu selera di situ jika mempunyai urusan kerja di Pulau Pinang.

Beliau yang menetap di Kedah memberitahu, pertama kali ke gerai itu bulan lalu setelah diperkenalkan rakannya.

"Sudah empat kali saya ke gerai ini kerana sukar memperoleh makanan itu di tempat lain. Memang saya cukup berpuas hati dengan makanan serta harganya yang berpatutan," ujarnya.

Pendapat sama juga disuarakan pelanggan, Mohd. Khairul Annuar yang memberitahu sajian di gerai tersebut memang memenuhi cita rasa semua orang khususnya penggemar makanan laut.

"Kalau ke pantai pun bukan senang untuk kita cari siput itu pun jika bernasib baik. Gerai ini bukan sahaja lain daripada yang lain, tetapi pesanan juga cepat diterima pelanggan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Peras wang perlindungan: 6 ditahan

Posted:

Peras wang perlindungan: 6 ditahan

Peras wang perlindungan: 6 ditahan

03/02/2013 6:51pm

GEORGE TOWN — Polis menahan enam orang termasuk dua wanita dipercayai aktif memeras wang perlindungan daripada pemilik premis perniagaan di sekitar pusat bandar ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, suspek berusia antara 16 dan 27 tahun terbabit memaksa mangsa menyerahkan wang perlindungan atau minuman keras sebagai jaminan perniagaan mereka tidak diganggu.

"Hasil risikan dan maklumat awam polis menahan seorang suspek dalam sebuah rumah di Bandar Baru, Air Itam sebelum menahan anggota lain di sekitar daerah ini pukul 6 petang semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan penahanan itu, polis menemui empat helai kertas putih tercatit angka yang disyaki kutipan hasil pemerasan, 82 botol minuman keras, 42 keping kad niaga dan sebatang rotan.— BERNAMA

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lubnan

Posted:

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lubnan

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lubnan

03/02/2013 6:25pm

KUALA LUMPUR — Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan, semalam.

Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lubnan.

"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.

Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan.

Laporan media menyebut mangsa tiba di Lubnan pada 28 Januari lalu untuk melawat kawannya di negara itu.

Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang "bermain" dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.— BERNAMA

Terengganu miliki padang bola sintetik

Posted:

Terengganu miliki padang bola sintetik

Terengganu miliki padang bola sintetik

03/02/2013 5:59pm

KUALA TERENGGANU — Terengganu menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak sintetik atau padang rumput tiruan bernilai RM1.1 juta yang telahpun siap dibina di Kampung Tok Jiring, dekat sini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, saiz keluasan padang tersebut menepati piawaian minimum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk perlawanan bertaraf antarabangsa.

"Ini adalah antara projek peringkat awal. Sekiranya berjaya, kami harap semua padang sekolah dan awam di negara ini dapat diganti dengan padang sintetik secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas melawat padang sintetik tersebut di sini, hari ini.

Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), kerajaan telah menyediakan peruntukkan RM50 juta bagi membina dua buah padang bola sepak sintetik di setiap negeri dengan setiap satu menelan kos antara RM1.1 dan RM1.7 juta.

Ahmad Shabery berkata, walaupun kos pembinaan padang sintetik lebih mahal berbanding padang rumput biasa sekitar RM500,000 setiap satu namun ia tahan lasak sehingga 10 tahun dan mampu menjimatkan kos penyelenggaraan.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


24 maut pos tentera Pakistan diserang

Posted:

24 maut pos tentera Pakistan diserang

24 maut pos tentera Pakistan diserang

ASKAR-ASKAR Pakistan berkawal dekat pos tentera yang diserang di Sari Norang, dalam daerah Lakki Marwat, kira-kira 240 kilometer ke selatan bandar Peshawar semalam.


PESHAWAR - Beberapa pengebom berani mati menyerang sebuah pos kawalan tentera di barat daya Pakistan semalam menyebabkan 24 orang maut, kata beberapa pegawai dengan kumpulan Taliban mengaku melakukan serangan nekad itu.

"Seramai 13 anggota keselamatan dan 11 orang awam maut dalam serangan tersebut," kata seorang pegawai keselamatan.

Menurutnya, serangan berlaku sekitar 240 kilometer ke selatan bandar ini yang merupakan ibu negeri wilayah Khyber-Pakhtunkhwa.

Seorang lagi pegawai berkata, semua penduduk itu mati apabila seorang pengebom melarikan diri ke dalam sebuah rumah ketika askar-askar melancarkan serangan balas dari pos kawalan mereka.

"Dia memasuki sebuah rumah di kawasan penempatan jabatan pengairan dan meletupkan dirinya. Empat kanak-kanak, tiga wanita dan empat lelaki maut di rumah tersebut," kata pegawai kanan pemerintah, Nisar Ahmed.

Katanya, empat buah rumah rosak manakala lapan askar turut cedera dalam serangan itu.

Serangan berlaku di pos kawalan yang dikendalikan bersama oleh tentera Pakistan dan pasukan separa tentera di Sarai Norang, dalam daerah Lakki Marwat, berdekatan kawasan puak-puak yang dipenuhi militan Taliban dan kumpulan Al-Qaeda.

Seorang pegawai keselamatan lain di sini memberitahu, pasukan keselamatan telah membunuh 12 militan dalam serangan tersebut.

Kumpulan Taliban mengaku melancarkan serangan nekad itu tetapi menyatakan, mereka hanya menghantar empat pengebom berani mati.

"Serangan ini dilakukan bagi membalas dendam dua sahabat kami yang mati dalam serangan pesawat dron baru-baru ini," kata seorang jurucakap kumpulan Tehrik-e-Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan kepada agensi berita AFP melalui panggilan telefon. - AFP

Iran bina jet pejuang futuristik

Posted:

Iran bina jet pejuang futuristik

Iran bina jet pejuang futuristik


GAMBAR yang disiarkan di laman web Presiden Iran menunjukkan Presiden Mahmoud
Ahmadinejad (tengah) berbual dengan juruterbang pesawat buatan Iran, F-313 di Teheran semalam.


TEHERAN - Iran memperkenalkan jet pejuang buatan sendiri semalam dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad menyifatkannya 'antara pesawat tercanggih' di dunia.

Stesen televisyen Iran menyiarkan pesawat futuristik berwarna kelabu, Qaher (Penakluk) F-313 itu yang dipamerkan di sebuah hangar di sini.

Pendedahan tersebut dibuat ketika Iran menyambut ulang tahun ke-34 revolusi Islam pada 1979 yang menumbangkan kerajaan Shah Iran.

Media tempatan memetik Menteri Pertahanan Ahmad Vahidi sebagai berkata, jet itu sukar dikesan oleh radar dan boleh mendarat di landasan pendek serta memenuhi keperluan Tentera Udara Iran. - AFP

Lebih 40 maut menjelang Tahun Baru Cina di China

Posted:

Lebih 40 maut menjelang Tahun Baru Cina di China

Lebih 40 maut menjelang Tahun Baru Cina di China


GAMBAR yang disiarkan agensi berita Xinhua menunjukkan petugas-petugas penyelamat berada di lokasi sebahagian jejambat runtuh di Daerah Mianchi, dalam wilayah Henan di tengah China kelmarin.


BEIJING - Lebih 40 orang terbunuh di jalan-jalan raya dalam empat kemalangan dahsyat di China sejak kelmarin apabila ratusan juta penduduk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini.

Menurut pihak pentadbiran daerah Gulin, dalam wilayah Sichuan di barat daya China, seramai 11 orang maut apabila sebuah bas terbalik kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan semalam bahawa 13 orang terbunuh apabila sebuah bas yang sarat dengan penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter wilayah Guizhou yang berjiran dengan Sichuan.

Menurutnya, kemalangan maut di daerah Congjiang itu turut menyebabkan 21 orang cedera termasuk 11 parah.

Nahas itu berlaku semasa bas berkapasiti 19 tempat duduk itu membawa seramai 34 penumpang.

Satu lagi kemalangan maut berlaku malam kelmarin di wilayah Gansu apabila sebuah bas sewa khas terbabas di satu selekoh lalu terjunam ke dalam gaung sebelum terbakar.

Menurut Xinhua dan pentadbiran wilayah Henan, kemalangan ngeri itu meragut 14 nyawa dan mencederakan 32 yang lain.

Di wilayah Henan, tengah China pula sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila sebuah trak membawa bunga api untuk sambutan Tahun Baru Cina meletup dengan menyebabkan jejambat di sebuah lebuh raya runtuh. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ben, aktor nakal jadi sutradara piala

Posted:

Ben, aktor nakal jadi sutradara piala

Ben, aktor nakal jadi sutradara piala

MENJULANG piala kemenangan bergelar Sutradara Terbaik di Anugerah Golden Globe.


RESAH gelisah menyelubungi diri Ben Affleck sewaktu filem ketiga arahannya, Argo mahu dipertontonkan kepada umum. Dia mengaku perasaan itu bermain-main dalam benaknya. Dahulu, dia tidak tahu kepentingan untuk turun promosi sewaktu bergelar pelakon tetapi dia sanggup berbuat apa sahaja.

Ben Affleck yang awalnya seorang aktor kini sutradara filem Argo yang tidak mendapat pencalonan untuk Anugerah Academy tahun ini. Namun filem itu mengalami pemulihan nama baik dengan meraih dua piala Anugerah Golden Globe dalam kategori Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik (Drama). Begitu juga kemenangan di Anugerah SAG dan Critics' Choice Awards.

"Saya tidak peduli dengan penghargaan," terang Ben saat menerima piala sebagai sutradara terbaik. Keresahannya ternyata berhujung apabila filem itu mendapat bukan sahaja tempat dalam hati para peminat tetapi akademi penganugerahan dan pengkritik filem.

Minta maaf daripada JLo

Untuk seorang lelaki yang berumur 40 tahun, Ben sudah memiliki sebuah kehidupan yang sempurna. Isteri yang cantik, tiga orang cahaya mata yang membesar, filem yang mendapat penghargaan serta cerita nakalnya yang luput dalam ingatan khalayak.

"Saya berasa seperti kerja saya dinilai atas sebab yang betul. Itu merupakan perasaan yang yang baik, itu yang saya mahukan. Apabila khalayak mula melihat apa yang kamu lakukan malah memberi merit ke atasnya. Saya bekerja sangat kuat dan saya sangat mengambil peduli. Sebuah penghargaan buat saya untuk melakukan apa yang saya lakukan sekarang.

"Ramai orang mahu membuat sesuatu. Saya mahu pastikan apabila saya menoleh semula, 15 tahun daripada sekarang dan berkata, 'saya menyukai filem yang saya buat. Saya bersyukur membuat filem-filem ini'. Saya sudah berada dalam fasa di mana saya tidak perlu sembunyikan apa-apa. Apa yang saya tahu, saya sangat bahagia. Saya suka filem yang saya buat. Malah saya gemarkan peluang dapat membuat filem. Itu sebuah kemenangan, di Hollywood," katanya tentang kehidupannya sekarang yang dilihat lancar.

Aktor filem Armageddon, Chasing Amy dan Dogma ini dahulunya dilihat sebagai selebriti parti. Kini seiring usia dan benang hidup yang mula tersusun cantik, dia merupakan seorang bapa yang bangun seawal pukul 6 pagi dan masuk tidur pukul 9 malam.

Usia perkahwinan yang mencapai angka tujuh beserta kehidupan harmoni bersama Violet, 8, Seraphina, 4, dan Samuel, 1, menunjukkan transisi hidup Ben. Sifat kebapaan mengubah haluan hidupnya.

"Benar. Saya juga mula tidak pedulikan perkara-perkara remeh yang saya tidak perlu ambil tahu. Bagi saya, kemaafan adalah satu hal yang sihat. Saya pernah menjadi bahan berita muka hadapan tetapi biarlah kerana lelaki ini ada pekerjaan yang harus dilaksanakan. Saya juga ada tanggungjawab terhadap diri sendiri," luahnya.

Ben mengaku pernah berasa dia perlu meminta maaf daripada bekas kekasih, Jennifer Lopez (JLo), tentang filemnya yang tidak menjadi dan berasa bertanggungjawab akan hal itu.

Kisah dirinya dan Jennifer pernah menjadi fenomena hingga mereka diberi jolokan 'Bennifer'.

Ben mendakwa, dia masih berhubungan dengan JLo atas tali persahabatan. Mereka mengutus e-mel dan mengucapkan tahniah atas kerja masing-masing. Sewaktu JLo menjadi juri untuk American Idol, Ben mengutus kata-kata semangat buat bekas tunangnya itu.

BEN (kiri) mengaku Jennifer (kanan) mengubah hidupnya menjadi lebih baik.


Puncak kerjaya

Argo bukan filem pertama arahan Ben. Terdahulu dia pernah mengarahkan filem Gone Baby Gone (2007) dan The Town (2010). Hasil kejayaan yang ditempa Argo, Ben telah dipilih untuk menggantikan David Yates sebagai sutradara filem adaptasi novel Stephen King, The Stand. Pihak Warner Bros juga dikatakan mengintai Ben untuk mengarahkan filem Justice League namun pelawaan itu ditolak Ben.

"Saya suka bertindak sebagai pengarah. Saya bertindak dan saya tahu bahawa saya berpeluang untuk mempunyai ruang untuk memberi pendapat. Saya cuba untuk mewujudkan persekitaran yang merehatkan untuk para pelakon. Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh berjalan di luar kamera dan tidak mengapa. Apa-apa sahaja yang mungkin menjadi baik," ujar seorang pengarah yang fleksibel.

Sebagai seorang teman rapat yang paling mengerti perjalanan hidup Ben, aktor Matt Damon yang dikenali sejak usia 8 tahun nampak transisi tersebut.

Kata Matt: Ben pernah berada di puncak dan di bawah. Kini dia melihat Ben sedang berada di puncak kembali.

"Dia mendapat pengiraan penuh tentang apa kehidupan di Hollywood boleh tawarkan. Kini, dia selesa berada di situ."

Kini dalam setiap kata-kata dan gerak nafas Ben, turun naiknya banyak berbunyi semangat sutradara. Dia berasa penuh tanggungjawab membawa predikat tersebut.

"Saya mengambil rasa tanggungjawab untuk mengarah dan benar-benar daripada hati. Inilah tempatnya di mana saya boleh mengawal semua aspek yang berbeza dan bukan cuma sekadar kotak persembahan anda.

"Saya cuba untuk melakukan perkara yang berbeza dan saya membuat kesilapan. Saya melakukan beberapa perkara yang betul dan kemudian saya berkahwin dan mempunyai anak-anak dan yang ia banyak membantu. Kemudian saya memutuskan untuk hanya melakukan filem yang saya percaya," jujur penerangan lelaki yang pernah berpacaran dengan Gywneth Paltrow ini.

Suami Jennifer Garner ini merangkumi kehidupan yang dilaluinya kini. Dia pernah dilihat sebagai salah seorang pelakon Hollywood yang kacak dan dikelilingi wanita hebat. Dia kemudian pada satu takuk tampil dengan sisi serius sebagai pelakon dan sutradara yang berjuang untuk sisi kreatif dan perjuangan seninya.

Garner yang dijodohkan dengannya dalam filem Daredevil menyumbang kepada pemikiran ini.

"Jennifer memainkan peranan yang mendalam dalam menjadikan saya seorang yang lebih baik.

"Kami tidak mempunyai perkahwinan yang sempurna, tetapi dia inspirasi saya. Mencari diri dalam perkahwinan dan mempunyai anak semakin menjadikan diri saya lebih matang," kata Ben .

"Bertuahnya, pada fasa ini saya berasa bebas daripada perkara-perkara negatif. Akhirnya, satu hari, saya akan ditemu ramah dengan perkara-perkara yang tidak melibatkan cerita-cerita tabloid 2003," ujar Ben menutup tirai gosip dan pada satu sisi lain membuka pintu jayanya.

Lara hidup Norish Karman

Posted:

Lara hidup Norish Karman

Lara hidup Norish Karman


NORISH KARMAN sebak sepanjang memberikan penjelasan kepada pihak media berhubung tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadapnya.


WAJAHNNYA pilu dan sesekali jari-jemarinya mengesat air yang tumpah dari kolam matanya yang berkaca, namun Norish Karman, 37, tetap mengagahkan diri. Dia bercerita dan terus bercerita tentang lara yang sedang dihadapi ekoran pelbagai kontroversi.

Tahun lepas namanya panas gara-gara kehadiran seorang bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander yang sehingga kini masih dirahsiakan identiti bapanya. Tahun ini, air muka pelakon berkaliber yang cukup dikenali dengan panggilan NK itu masih belum habis diconteng dengan arang.

Sama ada terhukum oleh kesilapan lalu atau dihukum sewenang-wenangnya oleh media, apa yang berlaku kepada Norish sebenarnya satu episod hitam. Luka hidupnya tidak pernah sembuh.

Semuanya bermula beberapa tahun lalu selepas rumah tangganya bersama Datuk Hashimuddin Abdul Kadir hancur dipukul badai pada 2008. Dalam tempoh beberapa tahun ini, namanya tenggelam timbul. Selesai soal penjagaan anak-anak, muncul pula kisah bercinta lelaki muda. Tidak habis dengan perkara itu, tiba-tiba pula dia dikatakan menyembunyikan diri dan hamil anak luar nikah.

Terbaharu, Norish dikecam seorang wanita yang mendakwa pelakon itu cuba merampas suaminya. Norish, baru-baru ini terpaksa merasakan sudah tiba masa untuknya bangkit memperjelaskan keadaan sebenar kepada media.

"Semua cerita dan kontroversi yang selama ini dipaparkan oleh pihak media sangat mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya. Saya lebih teruk daripada banduan kerana media terus menjatuhkan hukuman kepada saya tanpa mempedulikan berita itu sahih atau tidak," getus Norish dalam nada hiba usai majlis solat hajat dan jamuan makan buat peminat-peminatnya di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Norish mengambil peluang itu untuk beramah-mesra dengan media yang selama ini disifatkannya tidak habis-habis mencungkil cerita panas tentang dirinya.

"Tanyalah saya apa sahaja, selama ini pihak media tidak habis-habis telefon saya minta komen macam-macam cerita," katanya separuh tegas, separuh berseloroh.

Lebih memburukkan keadaan, kata Norish: "Karier lakonan saya mendapat impak yang paling teruk. Selama enam bulan sampai ke hari ini, saya tidak berlakon dan tidak mendapat sebarang tawaran lakonan. Semua itu kesan cerita buruk tentang saya yang dijaja oleh media."

Kehilangan sumber pendapatan hasil lakonan menyebabkan Norish melakukan kerja-kerja sampingan lain seperti katering dari rumah dan memenuhi jemputan mengadakan ceramah motivasi. Sepanjang tiada tawaran lakonan juga, Norish menumpukan perhatian untuk promosi albumnya, Terus Melangkah.

Untuk tahun 2013, dia masih punya harapan untuk menjayakan promosi dan persembahan jelajah untuk album berkenaan ke seluruh negara.

"Mujurlah saya masih ada peminat yang terus memberi sokongan. Sekarang saya ada empat akaun Facebook kerana satu akaun tidak menampung jumlah pengikut yang ramai," akui Norish.

Berhubung kontroversi terbaharu dituduh sebagai artis perampas suami orang yang terpalit ke mukanya, ibu kepada empat orang anak itu menjelaskan dakwaan itu adalah kenyataan yang dilemparkan oleh seorang wanita yang pernah dianggap seperti kakak sendiri.

"Tuduhan itu buat saya bertambah sedih dan terkilan. Dia bukan sahaja kawan bahkan saya anggap sebagai kakak sendiri. Saya kenal rapat keluarga tapi tidak perlulah namanya disebut, saya tidak mahu dia pula yang dicerca oleh masyarakat.

"Ini semua kerana cemburu dan iri hati. Dia cemburu kerana anak-anaknya sangat rapat dengan saya. Dia mungkin kurang senang dan fikir saya mahu rampas suaminya. Saya langsung tidak tergamak untuk runtuhkan rumah tangga orang lagipun suaminya sudah berusia 66 tahun," jelas Norish.

Menurut Norish, dia tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada penyebar fitnah berkenaan. Dia cuma kesal kerana hubungan yang terbina selama lima tahun musnah begitu sahaja gara-gara prasangka tanpa usul periksa.

Konsert otai rock tiga hari tiga malam

Posted:

Konsert otai rock tiga hari tiga malam

Konsert otai rock tiga hari tiga malam


BARISAN penggiat muzik rock 1990-an bakal menggegarkan Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 hingga 9 Feb ini.


RIUH-RENDAH seketika Studio Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada Rabu lalu. Ketika itu diadakan satu sesi fotografi bersama beberapa buah grup rock 1980-an dan 1990-an yang digabungkan bersama.

Fotografi tersebut nyata bukan sekadar sesi biasa bagi mereka, bahkan menjadi menjadi ruang untuk bertemu dengan rakan-rakan 'sealiran.'

Antara yang hadir termasuklah kumpulan Utopia, Meditasi, Samudera, CRK, Putra, Satira, Burnmark, EYE, Lela, Graviti, Junction, Handy Black dan Bloodsheed. Ada antara grup tersebut yang kali terakhir mengikuti sesi fotografi bersama media sekitar tahun 1990.

"Kumpulan-kumpulan rock otai sudah lama tidak mendapat publisiti di media. Apabila dapat berkumpul seperti ini untuk satu sesi fotografi, ia suatu pengalaman yang berharga buat kami.

"Gamat seketika kerana dapat bertemu dan berkumpul seperti ini. Kumpulan saya (Meditasi) sendiri kali terakhir tampil dalam sesi fotografi adalah pada tahun 1992 iaitu ketika album terakhir," ujar vokalis kumpulan Meditasi, Burn selaku jurucakap kepada barisan kumpulan rock tersebut.

Pada awalnya, sesi tersebut diaturkan khas buat vokalis kumpulan terbabit sahaja, namun atas sokongan daripada ahlinya, kira-kira 25 orang daripada pelbagai grup hadir untuk menjayakan sesi tersebut.

Kesemua mereka bukan sahaja hadir membawa mesej bahawa grup berkenaan masih belum terkubur, bahkan turut membawa perkhabaran bahawa akan diadakan sebuah sebuah konsert rock secara besar-besaran tidak lama lagi.

Bakal berhimpun selama tiga hari tiga malam di Stadium Putra Bukit Jalil, Selangor pada minggu hadapan, konsert yang digelar Rockers... Apa Khabar itu dijangka menarik penonton daripada pelbagai lapisan usia.

"Konsert itu akan diadakan pada 8 hingga 10 Februari ini, bermula pukul 4 petang hingga ke tengah malam. Pastinya kami menjanjikan sebuah persembahan penuh bertenaga secara langsung buat para peminat.

"Lebih menarik lagi kerana kami tidak meletakkan had usia kepada sesiapa sahaja untuk hadir bagi menikmati lagu-lagu rock popular sepanjang zaman itu. Masuk adalah percuma," kata Burn kepada Sensasi Bintang.

Tidak sekadar sebuah konsert, program itu turut dirakamkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ia juga bakal ditayangkan sebanyak 13 episod di saluran TV2 bermula Jun ini.

Sebanyak 13 kumpulan rock yang terlibat dalam konsert tersebut termasuklah kumpulan EYE, Utopia, Meditasi, Lela, Samudera, Burnmark dan Handy Black. Pada setiap hari konsert berlangsung antara empat dan lima kumpulan akan mengadakan persembahan mereka.

Setiap grup akan menyampaikan enam buah lagu popular masing-masing seperti Sinambungan Cinta oleh Graviti, Maya Percintaan (Utopia), Surat Dari Hiroshima (Satira), Bidadari (Lela), Srikandi Cintaku (Bloodshed), Izinkan Selamanya Nama di Hati (EYE) dan Kain Cinta Putih (Putra).

Selain itu kumpulan Junction tidak akan ketinggalan untuk menyampaikan lagu Demi Cinta Setia di samping lagu Titian Hasrat oleh Samudera, Secebis Rayuan (Burnmark) dan Engkau Yang Bernama Seri (Handy Black).

Jelas Afee yang merupakan vokalis kumpulan Utopia, lagu-lagu yang dipopularkan sejak tahun 1980-an dan 1990-an itu tetap segar hingga kini biarpun ahli grup tersebut tidak lagi dikenali seperti suatu ketika dahulu.

"Peminat lagu-lagu kami tidak terhad pada mereka yang membesar kepada zaman itu, bahkan peminat baharu juga semakin bertambah. Boleh dikatakan ramai yang tidak kenal siapakah penyanyi tersebut dan sekadar tahu nama kumpulan dan lagu sahaja.

"Justeru kalau peminat mahu mengenali siapakah penyanyi di sebalik lagu-lagu yang masih popular itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert yang diadakan secara besar-besaran buat pertama kali itu. Saya pasti, peminat yang tidak kenal siapa kami akan turut menyanyi bersama-sama nanti," kata Afee.

Konsert yang bakal menjadi sejarah buat industri muzik tempatan itu apabila rakaman selama sejam buat setiap kumpulan akan dirangkumkan sebagai sebuah jurnal grup terbabit.

"Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa konsert tersebut bakal menjadi khazanah negara kerana rakaman itu bukan sekadar konsert semata-mata tetapi terdapat sesi temu ramah bersama setiap kumpulan. Turut dipaparkan di televisyen nanti termasuklah aktiviti yang pernah dilakukan dan gambar-gambar lama kami," ujar Isa daripada kumpulan Graviti.

Tambah Burn, usaha memperkenalkan semula jenama-jenama rock yang sepi daripada liputan media itu bukan sahaja untuk kepentingan grup yang terbabit, bahkan turut merangkumi usaha mengembalikan kegemilangan industri muzik tempatan.

Mengakui sedikit 'takut' dengan produk-produk muzik import yang semakin banyak membanjiri pasaran hiburan tempatan, usaha mereka itu sedikit sebanyak dapat menarik perhatian anak muda yang cenderung kepada naskhah yang enak didengar.

"Pada zaman kegemilangan rock suatu ketika dahulu, begitu sukar untuk muzik luar masuk ke negara ini kerena kita mempunyai kekuatan. Bahkan lagu-lagu kita juga diterima di negara jiran sehinggakan pada suatu ketika berlaku sekatan kerana mereka bimbang kita akan memonopoli industri Indonesia.

"Namun, sejak kebelakangan ini, industri muzik tempatan seolah-olah membuka ruang yang besar untuk orang luar memonopoli pasaran muzik semasa.

"Pastinya keadaan itu tidak sihat untuk industri muzik tempatan. Biarpun usaha untuk memperkenalkan semula irama rock ini berdepan kesukaran, namun sekurang-kurangnya generasi baharu akan kenal siapakah penyanyi di sebalik lagu-lagu yang mereka dendangkan di pusat karaoke mahupun yang mendengarnya di radio," kata Burn.

Usaha mengembalikan kegemilangan zaman rock kapak atas kerjasama pihak kerajaan itu turut memberi semula nafas buat grup-grup yang pernah mencetuskan fenomena tersebut.

Biarpun masih tidak putus-putus menerima pulangan berbentuk royalti daripada Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP), jelas Burn, grup tersebut seolah-olah kembali kepada zaman permulaan apabila menyara hidup dengan mengadakan persembahan di majlis perkahwinan dan majlis korporat sahaja.

Dalam sibuk bercerita, Afee mencelah bahawa kebanyakan daripada grup rock otai masih lagi kekal bersama ahli asalnya, bahkan banyak yang belum terkubur kerana minat masing-masing untuk tidak berpisah.

"Memang sukar untuk kami mengadakan persembahan secara berkumpulan kerana kebanyakan penganjur sekadar menjemput vokalis sahaja atas kekangan bajet. Walaupun kurang meriah apabila menyanyi bersama minus one, tetapi itu hakikat yang harus ditelan.

"Ramai yang tidak tahu sebenarnya kebanyakan daripada kami memang masih aktif dalam arena muzik, cuma tidak sepopular dahulu," ujar Afee.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved