Rabu, 30 Januari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Menggalas imej syarikat

Posted:

Menggalas imej syarikat

Menggalas imej syarikat

Oleh HARYATI KARIM

TUGAS membaca berita kelihatan mudah dan cukup glamor. Hanya bersiaran selama satu jam, seluruh Malaysia pasti mengenali wajah mereka.

Baru-baru ini, pihak TV3 telah mengadakan majlis minum petang bersama kesemua pembaca berita TV3. Kosmo! telah menggabungkan empat orang pembaca berita, Kamaruddin Mape, Norliza Md. Zain, Hazlin Hussain dan Helmi Yusof.

Mereka berempat sempat berkongsi cabaran yang diharungi di sebalik tugasan yang kelihatan glamor serta menjadi idaman ramai orang itu.

Pengalaman berharga Kamaruddin

Melihat wajahnya pasti ramai yang mengenalinya menerusi Buletin Utama TV3 yang bersiaran setiap pukul 8 malam.

Kamaruddin Mape, 43, bukan wajah yang asing dalam dunia penyiaran.

Sudah bekerja dengan TV3 selama 17 tahun dan bertugas di hadapan kaca televisyen sebagai pembaca bermula tahun 1997, pengalamannya boleh dijadikan kamus buat mereka yang ingin menjadi pembaca berita.

Katanya yang kini berjawatan sebagai pengarang berita dan pembaca berita, semuanya bermula apabila beliau menjalani latihan praktikal di TV3 pada tahun 1994.

"Selepas saya belajar di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara/UiTM), saya menjalani latihan praktikal di TV3 dan terus bekerja sebagai wartawan penyiaran.

"Pada waktu itu tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi pembaca berita. Tidak sangka pula sampai ke hari ini saya kekal bertahan depan TV (ketawa)," tuturnya.

Bercerita tentang pengalamannya, jelas Kamaruddin, apa sahaja kesalahan yang berlaku ketika siaran langsung akan terletak pada bahunya.

"Contohnya visual tidak keluar, memang itu kesalahan teknikal tetapi muka saya yang orang lihat di TV. Secara tidak langsung kesalahan itu seolah-olah terletak pada bahu saya dan harus pandai untuk terus menghabiskan berita itu," luahnya.

Antara tugasan yang tidak dapat dilupakan oleh bapa kepada lima orang anak ini adalah tugasannya ke Iraq selama 40 hari pada tahun 2003.

"Kumpulan saya merupakan media Malaysia pertama yang masuk ke Iraq ketika perang Iraq. Pengalamannya cukup berharga kerana nyawa saya dan rakan-rakan lain menjadi taruhan.

"Melihat sendiri kesengsaraan rakyat Iraq ketika itu amat menyedarkan saya betapa bertuahnya saya menjadi rakyat Malaysia," ujarnya yang banyak menonton program berita antarabangsa sebagai bahan rujukan.

Lucu disebalik serius

Pembaca berita yang juga boleh dianggap senior di TV3, Norliza Md. Zain, 41, wajahnya juga kerap kelihatan menerusi Buletin Utama TV3.

Selepas bertugas selama 13 tahun di TV3 iaitu 11 tahun sebagai pembaca berita, kini Norliza memegang jawatan selaku penerbit berita selain meneruskan tugasnya membaca berita.

Sebelum bersama TV3, ibu kepada empat orang anak ini terlebih dahulu bekerja dengan stesen TV Metrovision. Bagaimanapun, hayat usia stesen tersebut tidak panjang menyebabkan Norliza berhijrah ke TV3 pada tahun 2000 sehingga hari ini.

"Kalau ikutkan cita-cita sebenar, saya ingin menjadi seorang penulis novel kerana suka menulis. Namun, rezeki saya nampaknya lebih ke arah bidang penyiaran," katanya yang merupakan graduan UiTM dalam jurusan Komunikasi Massa.

Disoal mengenai pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan ketika bertugas, bibirnya mula mengukirkan senyuman menandakan kelucuan.

"Kejadian berlaku ketika saya mula-mula menjadi pembaca berita pada tahun 2001. Pada waktu itu saya sedang membaca berita terkini.

"Ketika sedang membaca berita, kerusi yang saya duduk itu patah. Terpaksalah saya buat-buat duduk kerana ketika itu sedang bersiaran secara langsung, sedangkan pada waktu itu sudah tidak ada kerusi.

"Disebabkan terpaksa membengkokkan lutut dalam masa yang agak lama, kaki saya berasa sangat sakit dan tangan saya menggigil menahan tangan di atas meja agar saya tidak jatuh.

"Nasib baik ada visual keluar, saya cepat-cepat tarik kerusi yang patah itu. Walaupun tidak stabil, sekurang-kurangnya saya tidak perlu menahan dengan mengunakan kaki," katanya sambil menunjukkan demonstrasi keadaannya ketika kejadian.

Tambahnya, sejak kejadian itu, kerusi beroda tidak lagi digunakan di set berita di TV3 kerana bimbang kejadian yang sama berulang.

Hazlin ingin cipta identiti sendiri

Sekali pandang wajah wanita berambut pendek ini seakan-akan Anne Raj tetapi melihat gaya penyampaiannya sebelum ini menerusi program 999, ramai pula membandingkannya dengan Zakiah Anas.


BAHARU dan lama. (Dari kiri) Hazlin, Norliza, Kamaruddin dan Helmi merupakan antara pembaca berita tetap Buletin Utama TV3.


Enggan dibayangi orang lain, Hazlin Hussain, 29, yang merupakan peserta program Gadis Melayu musim kedua, kini berazam untuk membina identitinya sendiri.

"Mula-mula saya menjadi hos 999, orang samakan saya dengan Zakiah Anas. Jadi, bila beralih ke bahagian berita saya terus potong rambut pendek.

"Apabila saya potong rambut pendek untuk perubahan imej dan keselesaan diri, orang samakan pula saya dengan Anne Raj. Bagaimanapun, cara saya membaca berita agak berbeza dengan orang lain kerana kedengaran agak tegas.

"Pada mulanya, ada yang tidak suka dengan cara saya baca berita tetapi lama-kelamaan orang dapat menerima cara saya kerana saya tidak mahu lagi disamakan dengan orang lain," tuturnya yang baru bertugas sebagai pembaca berita selama tiga bulan.

Nampaknya rezeki dalam bidang penyiaran lebih berpihak kepadanya. Hazlin yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru sebelum ini telah menimba pengalaman selama tiga tahun bersama program 999.

"Saya teringin sangat jadi guru tetapi tidak pernah dapat. Sebaliknya, kerjaya saya dalam bidang penyiaran bergerak dengan pantas.

"Apa salahnya mencuba sesuatu yang baharu dan saya semakin seronok dengan kerjaya saya sekarang ini," ujar graduan Perbankan dari Universiti Utara Malaysia itu.

Helmi ke Gaza

Pembaca berita termuda di TV3, Helmi Yusof, 26, kelibatnya sebelum ini pernah kelihatan dalm program 999 sebagai wartawan penyiaran.

Kemudian, graduan Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) ini beralih sebagai wartawan penyiaran untuk program Malaysia Hari Ini (MHI) sebelum menjadi pengacara bersama MHI bergandingan dengan Ally Iskandar, Fedtri Yahya, Nurul Syuhada Nurul Ain, M. Zul, Zahan Rashid, Zaim Helmi dan Fariha On.

Selain itu, Helmi juga merupakan pembaca berita untuk Buletin Pagi dan Buletin 1:30.

"Saya bermula dengan menjalani latihan praktikal di bilik berita pada tahun 2008. Alhamdulillah, sehingga hari ini minat saya untuk menyebarkan informasi kepada orang ramai tidak pernah padam," katanya.

Jelasnya, niatnya ketika mula-mula menceburi bidang penyiaran adalah untuk membantu orang lain dan niatnya itu tercapai selepas beliau diberi peluang untuk membuat liputan misi kemanusiaan Gaza Aman Palestin anjuran Aman Palestin pada 6 sehingga 13 Disember tahun lalu.

"Bagi saya, pengalaman membuat liputan di Gaza terlalu berharga. Saya bersyukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki di sana dan melihat sendiri keadaan mereka," tuturnya.

Meskipun masih muda, jelas Helmi, tugas sebagai wartawan, pengacara dan pembaca berita memerlukannya sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai isu semasa serta berkorban masa demi kerjaya.

"Untuk pembaca berita, segala teks telah siap ditulis dan tugas saya adalah untuk menyampaikan berita itu dengan baik. Agak berbeza menjadi pengacara MHI kerana saya perlu bercakap secara spontan berkenaan pelbagai isu.

"Disebabkan itu, saya banyak membaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Selain itu, cabaran utama kerjaya dalam bidang penyiaran adalah jadual kerja tidak tentu masa.

"Saya perlu banyak berkorban masa untuk kerjaya. Tanyalah mana-mana wartawan atau mereka yang bekerja dalam bidang media pasti akan bercakap hal yang sama," ujarnya yang terpilih sebagai pembaca berita menerusi uji bakat yang dijalankan TV3.

Menjadi seorang pembaca berita bukan semata-mata glamor sebaliknya seseorang itu perlu berdisiplin, komited terhadap tugas dan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Menjadi tetamu alam akuatik

Posted:

Menjadi tetamu alam akuatik

Menjadi tetamu alam akuatik

Oleh FAHAMI AHMAD

PERSEMBAHAN pembukaan oleh sekumpulan ikan-ikan kecil berwarna-warni yang berenang mesra di sekeliling panel kaca dalam sebuah laluan terowong seolah-olah mengucapkan selamat datang kepada pengunjung.

Gelagat ikan-ikan tersebut yang begitu jinak apabila tangan dilekapkan ke cermin panel membuatkan Yan Chung Haykay, 36, dari Hong Kong hampir terlupa bahawa dia baru sahaja memulakan pengembaraan di akuarium lautan terbesar di dunia, S.E.A Aquarium.

"Saya amat teruja sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam akuarium ini, walaupun pada mulanya terasa sedikit gusar kerana suasana pencahayaan yang sedikit samar.

"Perasaan ingin tahu terus membawa kaki saya melangkah masuk ke dalam akuarium ini untuk melihat lebih banyak lagi koleksi marin yang ada di sini," katanya.

S.E.A Aquarium merupakan tarikan terbaharu di Resorts World Sentosa (RWS), Singapura selepas taman tema Universal Studio Singapura (USS).

Tarikan berkenaan merupakan salah satu segmen yang terdapat pada Marine Life Park yang mula dibuka kepada umum sejak November tahun lepas.

Sebanyak lebih 45 juta liter kapasiti air digunakan bagi mencipta habitat tiruan bagi lebih 100,000 hidupan marin daripada 800 spesies berbeza.

Di situ, pengunjung akan melalui sebanyak 10 zon berbeza mengikut pembahagian lautan terkenal dunia.

Antara zon berkenaan ialah Laut Jawa, Laut Andaman, Teluk Bengal, Laut China Selatan dan Laut Terbuka.

Chung Haykay berkata, kehidupan marin yang dipamerkan juga diasingkan mengikut kategori tersendiri seperti ikan batu karang, obor-obor, belut dan paya bakau bagi memudahkan pengunjung mempelajarinya.

Terdapat juga beberapa hidupan hampir pupus dan sukar dijumpai seperti ketam labah-labah gergasi menanti pengunjung yang hadir.

Ujarnya, terdapat banyak batu karang tinggi berwarna-warni menjadi taman permainan yang indah kepada ikan dipamerkan.

Bukan sekadar melihat ikan-ikan, pengunjung juga berpeluang mempelajari dengan lebih lanjut latar belakang asas kehidupan marin yang ada melalui panel sesentuh khas yang disediakan.


DUA kanak-kanak seronok dapat berinteraksi dengan petugas yang menyelam untuk membersihkan akuarium.


Menurut Kurator Kanan Marine Life Park, Grant Willis, S.E.A Aquarium juga merupakan pusat pembelajaran, konservasi dan kajian hidupan marin yang mudah difahami oleh pengunjung.

"Kami memberikan peluang kepada pengunjung terutamanya peserta lawatan sekolah untuk berinteraksi secara langsung dengan hidupan marin," katanya.

Jelasnya, tarikan utama di akuarium berkenaan ialah habitat Laut Terbuka yang pasti membuatkan pengunjung merasai seperti berjalan-jalan di dasar lautan yang dikelilingi oleh ikan pelbagai saiz.

Ujar Willis, pengunjung berpeluang melihat ikan berenang menerusi panel pemerhati terbesar di dunia yang berukuran 36 meter panjang dan 8.3 meter tinggi dengan ketebalan 70 sentimeter.

"Pengunjung pasti akan terpegun melihat beberapa ikan pari majestic manta yang seolah-olah terbang di sekeliling panel ini," ujarnya.

Pengunjung yang bertuah turut dapat melihat beberapa petugas menyelam skuba sambil memberikan ikan-ikan besar makan pada masa yang ditetapkan.

"Bagi ikan-ikan bersaiz kecil, kebiasaannya makanan akan diselerakkan, manakala ikan-ikan besar pula akan disuap oleh petugas bagi memastikan setiap satunya mendapat makanan yang mencukupi," jelasnya.

Ujarnya, beberapa petugas juga sentiasa berada di hadapan panel untuk menjadi rujukan kepada pengunjung yang ingin mendapatkan informasi.

Acara khas

Di hadapan panel kaca itu juga, pihak yang berminat untuk menganjurkan jamuan makan atau majlis khas boleh menghubungi pihak S.E.A Aquarium. Terdapat tiga aras yang boleh memuatkan kira-kira 300 orang disediakan untuk tempahan eksklusif.


PENGUNJUNG boleh merehatkan diri sambil menyusuri sungai buatan menggunakan pelampungkhas.


Sementara itu, pengembaraan pengunjung di pusat tersebut pasti disudahi dengan kepuasan apabila melalui zon terakhir iaitu Laut Jerung.

Lebih 200 ekor jerung daripada 12 spesies berenang di atas terowong panel yang menghubungkan pintu keluar akuarium tersebut.

Sebaik sahaja melangkah keluar daripada akuarium berkenaan, pengunjung berpeluang membeli cenderamata pada harga yang bepatutan. Banyak pilihan barangan boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan berjaya menjejakkan kaki ke pusat pembelajaran terbaik itu.

Sementara itu, bagi pengunjung yang menggemari aktiviti air yang mencabar, boleh menguji debaran adrenalin di Adventure Cove Waterpark.

Adventure Cove Waterpark merupakan tarikan kedua di Marine Life Park yang menawarkan keseronokan bermain air dengan pelbagai pilihan gelongsor yang disediakan.

Pengunjung dari Indonesia, Muhhamad Husin, 25, berkata, kesemua tarikan yang ada di taman tema itu sangat mengujakan untuk sesi riadah bersama keluarga.

"Permainannya amat sesuai untuk semua golongan pengunjung yang masuk," katanya.

Sungai buatan

Terdapat 14 kawasan permainan yang berlainan tema disediakan seperti kolam ombak Bluwater Bay, Adventure River, Spiral Washout, Big Bucket Treehouse dan Riptide Rocket yang merupakan gelongsor hidro magnetik pertama di Asia Tenggara.

Pengunjung juga berpeluang merehatkan badan sambil menyusuri sungai buatan sepanjang 620 meter dengan menggunakan pelampung khas.

Aspek keselamatan amat dipentingkan kerana pengunjung perlu mengikut semua peraturan yang ditetapkan sebelum bermain gelongsor yang disediakan. Terdapat ramai petugas yang bersedia menghulur bantuan di setiap kolam.

Selain itu, terdapat juga beberapa kerusi rehat berpayung dan pondok-pondok disediakan bagi mewujudkan suasana seperti berada di percutian mewah.

Bagi yang ingin memanjakan diri, terdapat juga perkhidmatan spa ditawarkan di Adventure Cove Waterpark, malah mereka juga boleh ke kolam jakuzi serta kolam air panas yang disediakan.


PERMANDANGAN indah resorts bersepadu yang boleh dilihat di Marine Life Park.


Ujar Muhhamad, pengunjung yang masuk ke taman tema berkenaan jangan lupa ke Rainbow Reef yang merupakan antara tarikan utama di Adventure Cove Waterpark.

"Paling mengujakan ialah pengalaman melakukan aktiviti snorkeling dalam zon yang dihuni 20,000 ekor ikan jinak. Terumbu karang yang cantik juga menanti di Rainbow Reef," katanya.

Semua pengunjung akan diberikan taklimat khas oleh penyelam profesional sebelum memulakan aktiviti snor keling.

Harga tiket masuk yang dikenakan kepada pengunjung ialah S$29 (RM73) untuk dewasa dan S$20 (RM50) untuk kanak-kanak bagi Adventure Cove Park atau S.E.A. Aquarium.

Marine Life Park dibuka kepada umum setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

Sisi berbeza di negara dua benua

Posted:

Sisi berbeza di negara dua benua

Sisi berbeza di negara dua benua


PENULIS (dua dari kiri) bergambar bersama para rombongan ketika menyertai lawatan ke Istanbul baru-baru ini.


MUNGKIN ramai di antara kita yang pernah membaca dan mengetahui tentang Turki, terutamanya kisah Istanbul, malah tidak kurang juga, yang pernah menjejakkan kaki ke sana.

Lazimnya, apabila bercerita mengenai Turki, ia sering dikaitkan dengan keindahan Masjid Biru, Muzium Aya Sofya, Grand Bazar dan Taksim. Tidak ketinggalan, kisah bandar pentadbirannya, Ankara yang terletak di tengah-tengah Turki.

Bagaimanapun, kunjungan saya ke Turki bersama teman-teman media lain atas tajaan syarikat Jamu Mak Dara di bawah pakej Plus & Plus Travel & Tours baru-baru ini memberi gambaran berbeza mengenai Turki.

Umumnya, negara Islam sekular itu indah dengan rakyatnya yang hidup dalam pertembungan budaya dan benua Asia serta Eropah sekali gus menjadikan ia unik.

Saya mencadangkan anda menetap lebih lama di Istanbul bagi meneroka sisi kota yang didiami lebih 13.4 juta penduduk itu dengan lebih dekat.

Jika mempunyai masa, anda bolehlah melawat bandar-bandar lain seperti Bursa, Kusadasi, Begama dan Cannakale yang memakan masa tiga hingga 15 jam perjalanan dengan menaiki bas.

Berbeza dengan Istanbul yang terkenal dengan sejarah kegemilangan empayar Uthmaniyyah, kunjungan ke bandar-bandar berkenaan membolehkan anda melihat kota-kota lama peninggalan empayar Acropolis, Troy, Asclepion dan Ephesus.

Ya, ia sesuatu yang agak menarik untuk diteroka sekiranya anda seorang yang suka mengembara dan meminati sejarah.

Namun, jika sebaliknya, nasihat saya, berbincanglah dengan ejen pelancongan agar mengatur lawatan ke destinasi-destinasi lain di Turki.

Tip membeli-belah

Jika anda seorang peminat produk kulit, Turki adalah tempatnya. Terdapat banyak butik khas di negara itu yang menjual pelbagai produk kulit bermutu tinggi.

Harganya agak berpatutan bergantung kepada jenamanya. Misalnya, sehelai jaket kulit berkualiti tinggi dijual sekitar harga RM3,000 dan sekiranya ia berjenama, harganya melonjak sehingga lima kali ganda.

Bagaimanapun, jangan terburu-buru membelinya. Lazimnya, selepas lawatan ke butik-butik berkenaan, ejen pelancongan akan membawa pelancong ke Grand Bazar, pasar tertua dan terbesar di Istanbul.

Terdapat lebih 4,000 kedai yang menjual aneka barangan bermula dari pakaian, makanan, kraf tangan dan sebagainya. Ia menawarkan produk yang sama pada harga yang jauh lebih rendah.


KOTA Istanbul sentiasa menggamit para pelancong dari seluruh dunia.


Sepanjang berada di Grand Bazar, sesiapa sahaja pasti rambang mata. Bagaimanapun, dinasihatkan anda perlu pandai memilih dan sentiasa tawar-menawar semasa membeli.

Selain peniaga di dalam bazar, terdapat juga peniaga haram di bahagian luar yang menjual dengan harga yang jauh lebih murah. Sehelai kemeja T yang tertera tulisan 'I Love Istanbul' dijual pada harga RM15 di dalam bazar, namun hanya RM7 di luar bazar. Semua itu bergantung pada cita rasa masing-masing.

Bagaimanapun, terdapat beberapa barangan yang hanya boleh dibeli di dalam bazar ini seperti lampu gantung Turki. Ia merupakan cenderamata yang wajib dibeli.

Harganya tidaklah terlalu mahal, sekitar RM100 sebuah, namun ia berbaloi dengan reka bentuknya yang cantik dan berseni.

Sekiranya berhajat untuk membeli manisan Turki, bolehlah berkunjung ke Pasar Rempah di kawasan Sultanehmet.

Sebut apa sahaja jenis rempah yang diingini, semuanya tersedia. Pasar itu juga popular dengan aneka kacang seperti walnut, pistasio, badam dan banyak lagi yang sukar ditemui di Malaysia.

Sekiranya mahu berjimat, kunjungi bahagian luar Pasar Rempah menuju ke kawasan dataran berhadapan Masjid Yeni di Eminonu. Terdapat ramai peniaga yang menjual aneka barangan seperti buah tin, pistasio dan kacang badam pada harga lelong.

Teh Turki

Kunjungan ke Turki tidak lengkap jika tidak menikmati teh Turki yang sangat terkenal di seluruh dunia.

Anda boleh menikmati aroma dan rasa teh sambil duduk di atas kerusi kecil di hadapan kedai. Cukup menyenangkan, lebih-lebih lagi sambil menjamu mata melihat pelbagai ragam manusia dan panorama di sekitarnya.

Harga secawan teh sekitar RM2.20. Ia dihidangkan dalam gelas kecil seperti juga teh Cina yang popular di Malaysia. Cara terbaik untuk menikmatinya ialah dengan menghirup sedikit demi sedikit.

Terdapat juga kafe-kafe jalanan yang menjualnya pada harga yang lebih tinggi sekitar RM4, namun cawannya lebih besar. Jika tidak bernasib baik, anda mungkin terpaksa membayar lebih kerana lazimnya caj yang dikenakan terhadap pelancong lebih tinggi berbanding penduduk tempatan.

Saya sendiri menjadi mangsa. Enam gelas teh O dikenakan caj sekitar RM40, jauh lebih tinggi daripada harga asalnya. Air suam, air panas atau ais kosong juga tidak terkecuali iaitu RM1 segelas. Insiden menaikkan harga itu sememangnya menduga kesabaran.

Bersolat di masjid

Sebagai sebuah negara pernah melakar kegemilangannya ketika pemerintahan empayar Islam suatu ketika dahulu, masjid bukanlah sesuatu yang asing di Turki.

Ia boleh dilihat di mana-mana sahaja dan kebanyakannya mempunyai reka bentuk yang hampir sama sehingga sukar untuk dibezakan. Di Istanbul sahaja terdapat hampir 3,000 masjid termasuk yang didirikan berdekatan antara satu sama lain.

Jika berkesempatan, ambil masa untuk bersolat di Masjid Biru atau juga dikenali sebagai Sultanahmet Cami, terletak di atas bukit di Sultanehmet.

Masjid yang dibina sekitar tahun 1609 hingga 1616, semasa pemerintahan Sultan Ahmet 1 itu sememangnya sangat indah dengan mozek Iznik kebiru-biruan yang dipasang di atas dinding dan siling masjid.


SELAIN terdapat deretan kafe, Jambatan Galata juga terkenal dalam kalangan kaki-kaki pancing.


Masjid ini direka oleh arkitek termasyhur Turki, Mehmet Aga. Ia agak unik kerana mempunyai enam menara berbanding kebanyakan masjid yang hanya mempunyai empat, dua ataupun satu menara.

Tempat wuduk untuk lelaki terletak di bahagian luar masjid dan lengkap dengan bangku yang diperbuat batu marmar. Tidak ada selipar disediakan, oleh itu para jemaah terpaksa menanggalkan kasut dan kemudian memakai semula kasut untuk ke masjid.

Pesta memancing

Jambatan Galata terletak di depan Masjid Yeni dan merentangi Selat Bosphorus mempunyai tarikan tersendiri. Selain menyediakan restoran makanan laut yang popular, ia juga menjadi tumpuan kaki-kaki pancing.

Saya dan para rombongan sempat melihat secara dekat aktiviti yang dilakukan. Ikan yang terdapat di situ dari spesies sardin, makerel dan trout.

Para pemancing terdiri daripada golongan muda dan tua yang menghabiskan masa berjam-jam untuk menaikkan ikan dengan menggunakan umpan sotong, ikan dan udang.

Walaupun Selat Bosphorus sibuk dengan laluan kapal dan feri, ia sedikitpun tidak mengganggu tumpuan para pemancing di situ.

Seterusnya, jika mahu menikmati makanan laut segar, bolehlah singgah sebentar di bawah bahagian jambatan berkenaan.

Tonton LIMA dari bumbung hotel

Posted:

Tonton LIMA dari bumbung hotel

Tonton LIMA dari bumbung hotel

Oleh NURUL IZZA ROSLY



SEBUT sahaja hotel bajet pasti kita tidak terlepas daripada membayangkan bilik bersaiz kecil dan penawaran perkhidmatan yang minimum.

Itu juga yang bermain-main di fikiran penulis ketika mendapat undangan ke Hotel Kuala Melaka Inn, Langkawi awal Januari lalu.

Namun, saat menjejakkan kaki ke hotel tersebut, definisi hotel bajet yang selama ini dipegang ternyata meleset sama sekali.

Ini kerana hotel yang dibangunkan oleh Tema Teladan Sdn. Bhd. (Tema Teladan) yang terletak di Padang Matsirat mempunyai kelainan daripada hotel-hotel bajet yang lain.

Tepat dengan konsepnya spacious, comfort dan value ia mempunyai 69 buah bilik yang menawarkan pilihan bilik daripada saiz besar hinggalah ke bilik berkembar.

Bukan itu sahaja, setiap bilik juga dilengkapi pendingin hawa dan televisyen bersaluran Astro.

"Walaupun dikategorikan sebagai hotel bajet, kami memberikan perkhidmatan lima bintang dengan menekankan aspek kemudahan kepada para pelanggan.

"Lebih menarik, Kuala Melaka Inn turut menempatkan sebuah spa yang dikenali sebagai Anise Spa selain menawarkan pelbagai pilihan makanan tradisional Melayu untuk pengunjung di Rooftop Food Stall sambil menikmati pemandangan indah," kata Pengerusi Tema Teladan, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar pada majlis perasmian hotel tersebut baru-baru ini.

Tambahnya, kewujudan hotel tersebut yang terletak lima minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mahsuri bakal membuka peluang untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan.

"Dengan menawarkan harga bilik serendah RM85 hingga RM280, pelancong bukan sahaja dapat menginap dan merasai sendiri pengalaman percutian yang menyeronokkan malah mereka tidak berdepan dengan masalah untuk melawat tempat-tempat menarik kerana terdapat hentian teksi khas beberapa meter dari hotel.

"Malah, saya berpendapat hotel ini merupakan lokasi strategik untuk menonton aksi akrobatik pesawat sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA '13) yang bakal berlangsung penghujung Mac ini," ujar beliau sambil memberitahu hotel itu sudah mendapat tempahan penuh sempena LIMA.

Selain menyediakan perkhidmatan spa dan Rooftop Food Stall, hotel enam tingkat yang mula beroperasi Julai lalu mempunyai kemudahan pasar mini Abu Hanan dan Atan Kopitiam buat para pelanggan.

Pada mulanya, operasi Kuala Melaka Inn ditumpukan kepada pasaran pelancong tempatan tetapi ia turut menarik minat pelancong dari luar negara.

Kuala Melaka Inn yang terletak 25 minit dari Pekan Kuah disifatkan sebagai salah satu hotel yang mempunyai nilai terbaik di Langkawi kerana mempunyai akses mudah kepada banyak tarikan utama seperti lokasi beras terbakar, Kompleks Makam Mahsuri dan Gunung Mat Cincang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar Kolej Vokasional Azizah terima wang bantuan

Posted:

Pelajar Kolej Vokasional Azizah terima wang bantuan

Pelajar Kolej Vokasional Azizah terima wang bantuan


ADAM (baju putih) beramah mesra dengan pelajar yang menerima bantuan persekolahan di Kolej Vokasional Azizah, Johor Bahru baru-baru ini.


TERIMA KASIH. Tiada kata-kata yang lebih berharga selain ucapan terima kasih yang dilafazkan oleh 136 pelajar tingkatan lima Kolej Vokasional Azizah, Johor Bahru apabila menerima bantuan persekolahan RM100 di kolej itu baru-baru ini.

Para pelajar yang ditemui berkata, nilai wang tersebut sangat besar ertinya dan bertekad akan memanfaatkan sumbangan tersebut bagi tujuan pendidikan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru yang menyampaikan bantuan tersebut berharap, ia akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk lebih bersemangat menelaah pelajaran.

Hadir sama, pengetua kolej, Bechek Bachok.

Penduduk Taman Seri Raya sambut Maulidur Rasul

Posted:

Penduduk Taman Seri Raya sambut Maulidur Rasul

Penduduk Taman Seri Raya sambut Maulidur Rasul


SEBAHAGIAN daripada penduduk yang menyertai perarakan Maulidur Rasul di Taman Seri Raya, Ampang Tasik Tambahan, Ampang baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 700 penduduk menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran golongan belia Taman Seri Raya, Ampang Tasik Tambahan, Ampang baru-baru ini.

Turut serta pada perarakan sejauh kira-kira dua kilometer itu ialah pelajar-pelajar kolej dan politeknik serta anggota Rela.

Pengurus sambutan, Hadi Shukri berkata, perarakan itu merupakan yang terbesar pernah diadakan dan sambutan daripada penduduk setempat khususnya dalam kalangan generasi muda sangat menggalakkan.

Katanya, perarakan bermula dan berakhir di surau Taman Seri Raya, Ampang Tasik Tambahan.

"Selepas perarakan, penduduk menghadiri ceramah agama yang disampaikan oleh Imam Muda, Amiril Md. Banin.

"Pada sebelah malam, diadakan majlis zikir dan qasidah yang disampaikan oleh murid-murid daripada Pondok Al-Hikmah," katanya.

40 pasukan sertai boling Piala Pengerusi BN negeri

Posted:

40 pasukan sertai boling Piala Pengerusi BN negeri

40 pasukan sertai boling Piala Pengerusi BN negeri


MUHAMAD FARID (berdiri, lima dari kanan) bersama peserta Kejohanan Boling Piala Pengerusi BN Pulau Pinang di Megamall Penang, Butterworth baru-baru ini.


HEBAT. Seramai 40 pasukan menunjukkan kehebatan apabila bertanding pada Kejohanan Boling Piala Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bagi merebut Piala YB Teng di Megamall Penang, Butterworth baru-baru ini.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Yayasan Komuniti Pulau Pinang dengan penyertaan daripada belia seluruh negeri.

Upacara perasmian kejohanan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhamad Farid Saad yang mewakili Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow.

Menurut Muhamad Farid, penganjuran kejohanan itu untuk merapatkan hubungan antara golongan belia dan pemimpin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dua dijel bunuh kekasih adik

Posted:

Dua dijel bunuh kekasih adik

Dua dijel bunuh kekasih adik

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

RAZIF (kiri) dan Rafik dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Dua beradik lelaki terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 16 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kenalan mereka gara-gara pergaduhan melalui laman sosial Facebook pada dua tahun lalu.

Mohamad Razif Arshad, 27, dan adiknya, Mohamad Rafik, 22, mengaku bersalah atas tuduhan itu selepas pihak pendakwaan menawarkan tuduhan pilihan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun

Sebelum itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 29 Julai 2011.

Razif dan Rafik mengaku bersalah menyebabkan kematian Mohd. Amran Ramli, 20, di persimpangan Jalan Lobak 15, Taman Lobak Indah, Lunas di Kulim dekat sini pada pukul 8.30 malam 29 Julai 2011.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nenek jual tiga bayi dipenjara

Posted:

Nenek jual tiga bayi dipenjara

Nenek jual tiga bayi dipenjara

Oleh WAZIHA WAHID
waziha.wahid@kosmo.com.my


KIAN WAN di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Seorang nenek dihukum penjara 14 tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, setahun selepas dua kali dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan menjual tiga bayi empat tahun lalu.

Lim Kian Wan, 60, kelihatan muram sebaik Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman selepas berpuas hati dengan hujah kedua-dua belah pihak.

Kes tersebut dibicarakan semula secara penuh selepas mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kajang pada 13 April 2012.

Abdul Alim dalam penghakiman berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu dengan keterangan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Beliau juga menyifatkan tindakan tertuduh dalam kes ini kerana mementingkan kemewahan tanpa memikirkan nasib bayi-bayi tersebut.

"Kamu juga mempunyai jaringan kerjasama yang sangat elok yang boleh menjadi penyebab kamu melakukan jenayah yang dibenci ini," kata beliau.

Sehubungan itu, Abdul Alim memutuskan tertuduh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan RM10,000 untuk tiga pertuduhan.

Jika gagal membayar denda, wanita itu perlu menjalani hukuman penjara setahun lagi bagi setiap pertuduhan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pasangan dera anak saudara hingga cacat dijel

Posted:

Pasangan dera anak saudara hingga cacat dijel

Pasangan dera anak saudara hingga cacat dijel


NASIR dan Zarinah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan mendera anak saudaranya.


PETALING JAYA - Tindakan tidak berhati perut sepasang suami isteri yang mendera anak saudara mereka sehingga koma dan cacat dibalas dengan mereka dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret K. B. Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman itu ke atas pemandu lori, Mohd. Nasir Abd. Majid, 37, dan isterinya, Zarinah Ab. Hadhy, 31, seorang suri rumah setelah pasangan itu mengaku salah melakukan kesalahan tersebut di sebuah apartmen di Damansara Damai antara 14 Oktober hingga 27 Oktober pada 2012.

Hukuman penjara itu diarah bermula dari tarikh tangkapan pada 18 Disember 2012.

Nasir dan Zarinah yang diamanahkan sebagai penjaga kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan ketika itu didakwa atas pertuduhan melakukan penderaan fizikal sehingga menyebabkan kecederaan.

Suami isteri yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Elena dalam penghakimannya menjelaskan, perbuatan kedua-dua tertuduh tersebut amat kejam lebih-lebih lagi tertuduh wanita merupakan kakak kepada ibu kanak-kanak mangsa dera itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bercuti bersama Shila Amzah

Posted:

Bercuti bersama Shila Amzah

Bercuti bersama Shila Amzah

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

SHILA AMZAH (dua dari kiri) bergambar bersama kumpulan Kliq 3A's yang memenangi kategori sagu hati.


WARNA biru, merah jambu dan putih menyerikan sesi percutian Safi Kliq 2 yang diadakan di pusat peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan, pada minggu lalu.

Suasana riuh-rendah memecah keheningan persisiran pantai Batu 3, Port Dickson dengan gelak tawa 15 gadis yang berperwatakan ceria dan sporting.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah masing-masing kerana berpeluang menikmati percutian hujung minggu bersama teman karib serta diserikan dengan kehadiran duta Safi Balqis dan penyanyi muda popular, Shila Amzah selama dua hari satu malam. Mereka ini merupakan pemenang bertuah peraduan Safi Kliq 2 anjuran jenama Safi Balqis.

Jelas Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman, tujuan peraduan Safi Kliq dianjurkan buat kali kedua sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna yang menggunakan produk Safi Balqis dalam penjagaan wajah harian.

Menyentuh mengenai konsep peraduan, Mahsuri memberitahu mereka masih mengekalkan tema persahabatan seperti musim pertama.

Peserta hanya perlu menghantar kepingan gambar kumpulan yang menonjolkan elemen kasih sayang dalam hubungan persahabatan di samping mempamerkan produk Safi Balqis mengikut kreativiti masing-masing.

"Pada tahun ini, kreativiti foto peserta begitu mengagumkan. Mereka bukan saja menyarungkan pakaian mengikut tema Safi Balqis seperti biru lembut, merah jambu dan putih malah bijak memilih tema fotografi yang unik. Tahun ini kami menerima hampir 150 penyertaan dari seluruh Malaysia.

"Dalam menyuntik kelainan meraikan para pemenang, kami menawarkan pakej percutian dua hari satu malam bersama duta Safi Balqis, Shila Amzah di pusat peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan. Kami menyifatkan pengalaman bercuti ini memberi peluang para peserta mengenali antara satu sama lain selain beramah mesra bersama Shila," ujar Mahsuri ketika ditemui Kosmo!.

Menariknya, pemenang bertuah tersebut bukan saja mendapat pengalaman percutian yang indah malah turut menimba ilmu kecantikan di dalam kelas penjagaan wajah menggunakan rangkaian produk Safi Balqis Perfect 10.

Sementara itu, penyanyi dan duta Safi Balqis, Shila Amzah, menyifatkan sesi percutian bersama pemenang peraduan Safi Kliq 2 antara aktiviti yang dinantikan. Pada saat itu, dia dapat melupakan seketika kesibukan di atas pentas.

"Bunyi ombak menghempas pantai dan suasana yang nyaman membuatkan fikiran saya tenang dan membantu mengurangkan tekanan kerja. Di sini, saya menghiburkan diri dengan bermain sukaneka, menyaksikan peserta membuat persembahan dan berkongsi cerita bermesra bersama mereka," tutur Shila yang bergelar duta Safi Balqis untuk tahun yang ketiga.

Dalam pada itu, wakil kumpulan Kliq N + N = M, Nabilah Ismail, 23, melahirkan rasa gembira dan bersyukur apabila grup mereka diumumkan sebagai pemenang utama. Mereka tidak menyangka percubaan pertama kali menyertai peraduan seumpama itu membuahkan hasil yang cukup lumayan.

"Sukar digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya apabila koleksi foto kami berjaya menambat hati kumpulan juri Safi Kliq 2. Kami bertiga hanya membelanjakan RM150 untuk membeli pakaian, menyewa prop dan perkhidmatan sesi fotografi di sebuah studio yang berpangkalan di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kami memilih konsep fotografi yang menggabungkan tiga gaya fesyen berbeza iaitu kasual, feminin dan pop. Selain diserikan dengan penggunaan prop seperti payung, belon dan gitar, kami turut bergambar bersama rangkaian produk Safi Balqis. Ia merupakan syarat wajib bagi peraduan Safi Kliq 2," jelas Nabilah yang berkongsi kegembiraan bersama dua rakan karibnya, Masliana Che Mat, 23 dan Nazatul Nabila Abdullah Rashid, 23.

Dipilih sebagai juara Safi Kliq 2, kumpulan Kliq N + N = M, selain berpeluang menikmati percutian bersama Shila Amzah selama dua hari satu malam di Port Dickson, mereka turut membawa pulang gajet Samsung Galaxy Tab setiap seorang.

Bagi kumpulan Kliq PerfecTeens, Kliq KLiq 3A's, Kliq R3achsta, Kliq SAE-fi yang memenangi kategori saguhati mereka turut menyertai percutian di Port Dickson dan menerima hadiah Kamera Instax Fuji setiap seorang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dera kanak-kanak: Suami isteri dipenjara 5 tahun

Posted:

Dera kanak-kanak: Suami isteri dipenjara 5 tahun

Dera kanak-kanak: Suami isteri dipenjara 5 tahun

30/01/2013 6:11pm

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas sepasang suami isteri kerana mendera anak saudara mereka yang berusia dua tahun, tiga bulan lalu.

Majistret K B Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Nasir Abd. Majid, 37, dan Zarinah Ab. Hadhy, 31, setelah mengaku bersalah melakukan kesalahan itu hingga menyebabkan kecederaan, di sebuah apartmen di Damansara Damai, antara 14 hingga 27 Oktober tahun lalu.

K B Elena memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 18 Disember tahun lalu.

Mohd. Nasir yang bekerja sebagai pemandu lori dan isterinya, suri rumah didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan serius dan faktor mitigasi mereka yang tidak menunjukkan keinsafan.

Ibu kanak-kanak tersebut, yang dipanggil memberi keterangan berhubung keadaan mangsa memberitahu mahkamah bahawa anaknya masih trauma dan tidak normal seperti dulu. - BERNAMA

Jakim bangunkan standard halal farmaseutikal

Posted:

Jakim bangunkan standard halal farmaseutikal

Jakim bangunkan standard halal farmaseutikal

30/01/2013 7:43pm

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi badan persijilan yang membangunkan sijil pengesahan pengeluaran produk farmaseutikal berdasarkan standard halal yang pertama di dunia, MS2424:2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sijil halal itu akan membolehkan pengguna, khususnya umat Islam mendapat pilihan lebih luas terhadap produk farmaseutikal.

Dalam agama Islam, produk farmaseutikal tidak halal diharuskan penggunaannya jika tidak terdapat alternatif lain, kerana satu daripada cabang utama Maqasid Syariah yang dititikberatkan ialah "memelihara nyawa dan kehidupan", katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sijil berkenaan kepada tiga anak syarikat Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) di ibu pejabat Jakim di sini.

Menurutnya, dengan peningkatan populasi umat Islam yang lebih berinformatif dan bijak membuat pilihan di serata dunia, pastinya permintaan dan tuntutan untuk dibekalkan dengan produk farmaseutikal yang mengandungi bahan halal akan lebih meningkat.

Katanya, bahagian Hab Halal Jakim berjaya mewujudkan sistem persijilan halal MS2424 itu selepas melalui pelbagai dialog, seminar dan komunikasi dua hala di antara pemimpin dan cendekiawan industri, dan sijil itu boleh diguna pakai oleh syarikat industri farmaseutikal di dalam negara mahupun luar negara. - BERNAMA

Pemerdagangan bayi: Suri rumah dipenjara 14 tahun

Posted:

Pemerdagangan bayi: Suri rumah dipenjara 14 tahun

Pemerdagangan bayi: Suri rumah dipenjara 14 tahun

30/01/2013 6:01pm

SHAH ALAM - Seorang suri rumah berusia 60 tahun yang sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kajang terhadap tiga pertuduhan memperdagangkan tiga bayi, hari ini dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhi hukuman itu terhadap Lim Kim Wan selepas mengetepikan keputusan mahkamah sesyen pada 13 April 2012.

Pihak pendakwaan memfailkan rayuan ke mahkamah tinggi pada 20 April 2012 untuk mengetepikan keputusan itu.

Pada 17 Mei 2010, Kim Wan mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan memperdagangkan dua bayi lelaki dan seorang bayi perempuan, kesemuanya berumur lima bulan, di sebuah rumah di Taman Jenaris 2, Hulu Langat, pada 31 Julai 2009 dan 3 Ogos 2009. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Negara Mesir akan musnah

Posted:

Negara Mesir akan musnah

Negara Mesir akan musnah

BEBERAPA penunjuk perasaan membakar sebuah kenderaan polis di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


KAHERAH - Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi memberi amaran bahawa negara Mesir akan musnah ekoran keganasan jalanan yang berlaku di negara ini.

Abdel Fattah merupakan jeneral tentera yang mendapat latihan di Amerika Syarikat membuat kenyataan tersebut menerusi satu kenyataan semalam.

Menurutnya, salah satu tujuan penempatan askar-askar di bandar-bandar Terusan Suez adalah untuk melindungi kepentingan ekonomi Mesir.

Pada Ahad lalu, Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengumumkan perintah darurat di tiga buah bandar di Terusan Suez selepas tunjuk perasaan ganas berlaku sejak minggu lalu.

Kenyataan Abdel Fattah itu disiarkan di akuan rasmi tentera di laman Facebook.

Keganasan masih berlaku semalam dengan sejumlah pemuda membaling batu ke aras polis dekat Dataran Tahrir, di sini.

Kenyataan Abdel Fattah itu menggambarkan tentera mahu mengambil semula kuasa selepas memerintah buat sementara setelah Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 11 Februari 2011.

Beliau juga merupakan Menteri Pertahanan dalam Kabinet Morsi.

Abdel Fattah dipilih oleh Morsi untuk menjadi ketua tentera selepas pihak tentera menyerahkan kuasa kepada pentadbiran awam pada Jun lalu.

Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Morsi dekat Dataran Tahrir semalam.

Bagaimanapun, pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan kurang sengit berbanding beberapa hari lalu.

Sekumpulan pekerja pencuci turut membersihkan tayar-tayar hangus yang dibakar oleh penunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan jalanan itu merupakan kejadian yang kerap berlaku dalam kalangan penduduk yang kecewa dengan pertumbuhan ekonomi dan ketenteraman awam.

Lebih 50 orang dilaporkan mati selepas tunjuk perasaan ganas berlaku di beberapa buah bandar di Mesir sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, badan kehakiman Mesir mengarahkan penangkapan anggota-anggota kumpulan militan Blok Hitam.

Kumpulan itu menyertai para penunjuk perasaan bertempur dengan polis.

Menurut Ketua Pendakwa Raya, Talaat Ibrahim Abdallah, orang ramai yang disyaki menjadi anggota kumpulan tersebut diarahkan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Para penunjuk perasaan itu menutup muka mereka dengan topeng hitam muncul dalam kalangan penunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan ganas mula berlaku di Mesir pada Khamis lalu ketika orang ramai menyambut ulang tahun kedua kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Hosni.

Tunjuk perasaan yang kerap berlaku itu menyebabkan Morsi yang memegang jawatan Presiden sejak Jun tahun lalu sukar untuk menjalankan tugasnya bagi meningkatkan ekonomi negaranya.

Beliau juga meminta dialog diadakan antara sekutu-sekutu Islamnya dan beberapa parti pembangkang berhubung isu-isu politik.

Namun, perikatan Barisan Penyelamat Kebangsaan menolak tawaran berdialog dengan menetapkan syarat seperti pembentukan sebuah kerajaan perpaduan.

Perikatan tersebut juga menuntut supaya Morsi bertanggungjawab berhubung pertumpahan darah yang berlaku di negara ini.

Sementara itu, Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay turut menyuarakan kebimbangan berhubung keadaan di Mesir.

Pillay meminta pihak pemerintah tidak menggunakan kekerasan ketika berdepan dengan para penunjuk perasaan.

Menurutnya, pihak pemerintah perlu mengambil langkah yang lebih segera bagi memastikan pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan itu. - Agensi

Ketua penjenayah ditembak di mahkamah

Posted:

Ketua penjenayah ditembak di mahkamah

Ketua penjenayah ditembak di mahkamah


IVANOV diusung oleh beberapa pengawal peribadinya di pekarangan sebuah mahkamah di Sofia semalam.


SOFIA, Bulgaria - Seorang ketua sebuah kumpulan penjenayah cedera selepas dia ditembak oleh seorang lelaki bersenjata dari luar bangunan mahkamah yang terletak di sini semalam.

Menurut seorang pegawai kanan polis, ketua kumpulan penjenayah itu, Zlatomir Ivanov sedang menuju ke mahkamah ketika kejadian berlaku.

Tembakan tersebut mengenai Ivanov dan seorang pengawal peribadinya ketika mereka menaiki tangga bangunan mahkamah itu.

Menurut polis, Ivanov kemudiannya menjalani pembedahan selepas terkena empat das tembakan.

Pada tahun lalu, dia dihukum penjara selama lapan tahun selepas didapati bersalah menjadi ketua kumpulan jenayah yang terlibat dengan penyeludupan dadah.

Bagaimanapun, dia dibebaskan dengan ikat jamin.

Dia membuat rayuan berhubung tempoh hukuman itu. - Agensi

Tiga bangunan runtuh akibat tanah jerlus

Posted:

Tiga bangunan runtuh akibat tanah jerlus

Tiga bangunan runtuh akibat tanah jerlus


TIGA buah bangunan runtuh ekoran tanah jerlus yang berlaku di Guangzhou kelmarin.


GUANGZHOU, China - Tiga buah bangunan runtuh akibat tanah jerlus yang berlaku dekat tapak pembinaan sebuah landasan kereta api di sini kelmarin.

Menurut agensi berita Xinhua, tanah tersebut membentuk lubang sedalam 10 meter.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan ekoran kejadian itu.

Bangunan tersebut menempatkan beberapa buah kedai.

Runtuhan itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus sekali gus menjejaskan kehidupan penghuni yang mendiami 3,000 buah rumah di kawasan berdekatan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Lebih dihargai di luar negara

Posted:

Lebih dihargai di luar negara

Lebih dihargai di luar negara

KURANG aura atau tidak cukup publisiti? Biarpun sudah empat tahun berada dalam industri hiburan tempatan, nama Amanda Imani Iskandar, 22, dilihat tenggelam timbul. Malah, ada yang tidak menyedari akan kehadirannya dalam arena seni.

Mungkin perkara yang sama pernah terjadi kepada pemenang Asian Wave 2012, Shila Amzah yang bintangnya mula bergemerlapan sekitar tahun lalu setelah lebih 12 tahun bergelar penyanyi.

Hakikat itu diakui sendiri oleh Amanda Imani, malah dia tidak melihat usia pembabitannya dalam industri seni sudah cukup matang untuk mengecapi populariti.

"Setiap orang ada jalan sendiri dan saya tidak pernah cuba untuk bertanding dengan bintang baharu yang ada antaranya menyerlah secara mendadak.

"Kehidupan bukan satu trek perlumbaan sebaliknya kita perlu melangkah setapak demi setapak daripada menjadi terkenal tiba-tiba.

"Saya lebih selesa berada dalam situasi sekarang dan tidak suka menghebohkan perkara peribadi. Fokus saya adalah muzik dan kerjaya," katanya yang ditemui pada sidang akhbar dan pelancaran dua buah single iaitu Fobia Cinta dan Like A Boss di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berbangga dengan pencapaian yang diraih sepanjang bergelar penyanyi, Amanda bagaimanapun mengakui pelik dengan fenomena dirinya yang kurang dihargai di tempat sendiri.

"Jemputan mengadakan persembahan atau menyertai pertandingan di luar lebih banyak berbanding di negara sendiri, jelas sekali keadaan ini amat pelik bagi saya.

"Sejak bergelar penyanyi secara serius dua tahun lalu, saya memang mahu fokuskan muzik saya di Malaysia tetapi rezeki datang dari luar negara lebih banyak," ujar Amanda yang berhasrat untuk terus memahat namanya di tanah tumpah darahnya sendiri.

Dwisingle

Berkongsi kisah menarik mengenai single, Fobia Cinta dan Like A Boss yang dilancarkan serentak pada Selasa minggu lalu, kata Amanda kedua-dua lagu itu ditulis lirik dan diciptanya sendiri.


FIGURA putih melepak ini mengakui pernah melalui pengalaman putus cinta.


"Saya gembira akhirnya berjaya menghasilkan single ciptaan saya sendiri seratus peratus. Karya itu merupakan hadiah dalam bentuk abstrak untuk dikongsikan bersama peminat," katanya.

Sebelum ini, tambah Amanda, dia diberikan peluang menulis lirik lagu menerusi melodi yang diberikan oleh komposer.

Ujar Amanda lagi, dia kini lebih yakin dan matang untuk menulis dan menggubah lagu serta tahu arah tuju karier seninya.

"Fobia Cinta dihasilkan pada tahun 2012 dan sepanjang mencipta lagu itu, saya sering berjumpa dengan pemain biola, Dennis Lau yang menjadi inspirasi untuk saya menambahkan bunyian instrumen asing dalam lagu ini.

"Hasilnya, lagu ini lebih unik dan menjadi lagu kemuncak karier saya tahun ini. Klip video yang dihasilkan pula berkonsepkan vintaj sekitar era 1960-an," kata Amanda yang belum merancang untuk mengeluarkan album dalam masa terdekat ini.

Amanda mengakui pembabitan Dennis Lau dalam Fobia Cinta sedikit sebanyak membuka perspektif pasaran lagunya menembusi pasaran muzik masyarakat Cina.

"Secara tidak langsung memberikan pendedahan dan pengalaman baharu untuk saya. Lagi pun, pasaran muzik mereka mempunyai pendengar yang berbeza dan sudah pasti ini adalah langkah terbaik memberikan pendedahan pada masa akan datang," tuturnya.

Lagu lepas geram

Ditanya adakah kedua-dua buah lagu yang dihasilkan itu merujuk kepada pengalaman hidupnya yang sebelum ini pernah dikecewakan dalam percintaan, jawab Amanda: "Fobia Cinta dan Like A Boss bukan lagu lepas geram atau patah hati."


CUBA mencipta kelainan, Amanda turut mendapatkan khidmat pemain biola, Dennis Lau untuk singlenya yang berjudul, Fobia Cinta.


"Memang saya ada pengalaman cinta yang tidak menjadi sebelum ini tapi bukan dengan penyanyi, lagu Fobia Cinta khususnya bukan ditujukan untuk individu yang spesifik.

"Ramai lagi lelaki lain yang pernah muncul dalam hidup saya sebelum Syarif (Sleeq). Lagu itu merujuk kepada beberapa kisah cinta silam saya yang tidak menjadi," jelasnya yang menyifatkan pengalaman gagal bercinta berbaloi sehingga mencetuskan keinginannya mencipta lagu.

Like A Boss pula kata Amanda, menceritakan turun dan naik kehidupan dan lebih bercirikan feminisme. Menurutnya, lagu itu menyalurkan tenaga baharu untuk dia terus berusaha sebagai seorang penyanyi dan tidak mudah putus semangat.

"Lagu itu membuatkan saya rasa saya perlu melupakan semua perkara negatif dalam hidup, yakin diri, tahu matlamat dan berdikari.

"Saya mahu memberikan kuasa terutama kepada wanita berkerjaya seperti saya untuk memahami diri sendiri dan memperingati satu sama lain untuk tidak lekas putus asa," tambah pemenang vokal terbaik wanita, Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 itu.

Saida sukar didekati lelaki

Posted:

Saida sukar didekati lelaki

Saida sukar didekati lelaki

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

KAKAK kepada Siti Nurhaliza ini mengakui belum ada lelaki yang melamar dirinya untuk dijadikan isteri buat masa ini.


PENYANYI Siti Nursaida Tarudin atau Saida yang merupakan kakak kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza kini memegang status ibu tunggal kepada empat orang anak selepas bercerai dengan suaminya pada Oktober 2011.

Sejak menjanda, banyak gosip hangat yang melanda dirinya termasuklah dia dikatakan bercinta dengan orang kenamaan. Ada juga gosip kononnya dia mahu berkahwin dengan seorang penerbit drama.

Namun, sehingga hari ini Saida, 37, kekal dengan status janda. Ketika ditemui pada majlis Jom Fiesta anjuran Utusan Karya Sdn. Bhd., Bangi, Selangor pada Sabtu lalu Saida mengakui, dia tidak serik untuk kembali bercinta. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya.

Kosmo!: Kenapakah berat badan Saida kelihatan semakin menurun? Adakah kerana susah hati?

SAIDA: Sebenarnya bukan sebab makan hati tetapi saya memang mahu kurus. Sebelum ini berat badan saya 57 kilogram (kg) sekarang 54 kg. Saya kini mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk kekal cergas.

Bagaimanakah dengan kehidupan selepas bergelar janda?

Alhamdulillah, kehidupan saya seperti biasa. Pagi sibuk menguruskan anak sekolah, saya masih memegang jawatan sebagai pengurus akaun di Siti Nurhaliza Production. Pada hujung minggu, jika masa mengizinkan saya akan memenuhi undangan pentas.

SAIDA menegaskan dia kini dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengekalkan berat badan.


Tidak ada lelaki yang melamar anda untuk dijadikan isteri?

(Ketawa) Setakat ini belum lagi. Saya masih solo, belum berpunya. Bukan tidak mahu berkahwin lagi kerana jodoh ketentuan itu ketentuan Allah tetapi buat masa sekarang, jadual harian saya sangat padat sehingga tidak ada masa memikirkan tentang teman hidup. Paling penting untuk saya buat masa sekarang sudah tentu anak-anak dan kerjaya.

Jika ada yang ingin melamar anda, apakah kriteria utama lelaki pilihan anda?

Paling utama, lelaki itu harus menerima saya seadanya. Maknanya, bukan sahaja menerima diri saya tetapi juga empat orang anak saya. Jika tidak dapat terima anak-anak saya, lelaki itu bukanlah lelaki pilihan. Memang bukan mudah untuk lelaki mendekati saya kerana ke mana sahaja saya pergi pasti akan ditemani ahli keluarga.

Adakah anda meletakkan sebarang sasaran untuk menamatkan zaman janda?

Tiada sebarang sasaran kerana jodoh itu bukan kuasa saya tetapi Allah. Jika ditakdirkan saya menemui jodoh selepas ini, saya akur tetapi tidaklah buat masa sekarang kerana sibuk sangat.

Jika sudah sibuk dengan jadual harian bagaimana pula dengan dengan kerjaya nyanyian?

Mungkin orang sangka saya sudah tidak menyanyi kerana saya sudah tidak muncul di televisyen, akhbar dan majalah. Walaupun sibuk dengan kerja tetap dan mengurus keluarga, minat menyanyi itu sudah sebati dengan diri saya. Memanglah tidak aktif seperti dahulu tetapi setiap hujung minggu pasti saya akan mengadakan persembahan pentas. Tahun lalu saya telah menghasilkan sebuah single berjudul Cinta Kayangan dan jika tiada aral melintang saya akan muncul dengan single baharu.

The Dream Sisters sedia dikritik

Posted:

The Dream Sisters sedia dikritik

The Dream Sisters sedia dikritik

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


BARISAN adik-beradik Umarudin, (dari kiri), Aisya, Aimi, Anis dan Amira merupakan tarikan utama program realiti TV, The Dream Sisters.


BAYANGKAN program realiti TV yang membabitkan adik-beradik dan keluarga Kardashian yang terdiri daripada Kim, Khole, Kourtney dan Rob iaitu Keeping Up With Kardashian dan Kourtney and Kim Take New York dibikin dalam versi Malaysia.

Ia sebenarnya telah menjadi kenyataan di TV9. Dikenali sebagai The Dream Sisters, program baharu TV9 itu kisah realiti adik-beradik Chef Anis Nabilah Umaruddin.

Mula bersiaran pada 28 Januari pada pukul 10.30 malam, ia merupakan percubaan pertama TV9 dalam menghasilkan rancangan berbentuk drama realiti TV.

Chef Anis, 27, yang sebelum ini terkenal dengan telatahnya memasaknya akan bersama adik-beradiknya, Amira, 28, Aimi, 26, dan Aisya, 23, dalam program itu.

Program lapan episod itu akan menampilkan kisah kehidupan empat adik-beradik itu mencapai impian dan cita-cita mereka di samping memberi inspirasi kepada penonton nanti.

Kata Anis, sebelum disiarkan program itu, sudah ramai yang beranggapan The Dream Sisters seperti program keluarga Kardashian tetapi sebenarnya tanggapan itu salah.

"Berbanding Keeping Up With Kardashian yang lebih condong kepada hiburan, The Dream Sisters sebaliknya berkisar tentang soal karier kami berempat.

Ia juga memaparkan impian kami dalam merealisasikan cita-cita masing-masing," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program-program baharu TV9 di The Curve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Anis, program itu menampilkan kesukaran yang dihadapinya untuk membuka sebuah restoran. Kakaknya, Amira pula lebih kepada kelas kesihatan seperti yoga, Aimi bergelut dengan pekerjaan dalam bidang produksi serta perkahwinan dan Aisya terpaksa mencari tajaan melanjutkan pengajian di London.

"Kami hendak tunjukkan bahawa untuk mencapai kejayaan dihajati itu tidak mudah, walaupun orang di luar nampak kami macam urban tetapi itu tidak menjamin kesenangan.


PROGRAM Hot TV menampilkan gelagat para penyampai stesen radio Hot FM termasuklah (dari kiri), Keiran, Suraya, Faizal, Fara, Deen dan Chad.


"Walaupun kami tinggal di Subang Jaya, Selangor, keluarga kami ajar kami bersikap tidak putus asa dalam hidup dan berusaha untuk dapat duit poket sendiri, itu untuk memberi inspirasi kepada penonton nanti," ujarnya.

Bersedia dikritik melalui program berkenaan, adik-beradik Anis yang lain sepakat untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan mereka melalui program itu nanti.

Selain The Dream Sisters, TV9 kini menampilkan beberapa program baharu lain dengan sasaran penonton muda yang berumur antara 15 tahun hingga 29 tahun pada tahun ini.

Bermula 28 Januari juga, program Fuzz Food yang dikendalikan oleh DJ terkenal Fuzz membawa penonton menikmati hidangan lazat di samping menjaga gaya hidup sihat pada pukul 11 malam.

Hot TV pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Rabu selama 15 minit bermula 11.30 malam.

Program berkenaan, akan menampilkan gelagat penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Leya, Suraya, Kieran, Ikhwan, Deen dan Chad melalui segmen Selebrti KO!, Hotscoop, Babak Hangit, Top 5 Am Krew, Oh, My Video! dan Di Bibir Fifi.

Selain itu, Hot TV Ekstra pula akan bersiaran setiap Jumaat pada pukul 7.30 malam hingga 8 malam.

Fly FM Stripped pula bersiaran pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 11.45 malam dan Teen Wolf bermula 29 Januari lalu disiarkan setiap Selasa, 10.30 malam.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved