Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pelajar Kolej Vokasional Azizah terima wang bantuan
- Penduduk Taman Seri Raya sambut Maulidur Rasul
- 40 pasukan sertai boling Piala Pengerusi BN negeri
Pelajar Kolej Vokasional Azizah terima wang bantuan Posted: Pelajar Kolej Vokasional Azizah terima wang bantuan![]() ADAM (baju putih) beramah mesra dengan pelajar yang menerima bantuan persekolahan di Kolej Vokasional Azizah, Johor Bahru baru-baru ini. TERIMA KASIH. Tiada kata-kata yang lebih berharga selain ucapan terima kasih yang dilafazkan oleh 136 pelajar tingkatan lima Kolej Vokasional Azizah, Johor Bahru apabila menerima bantuan persekolahan RM100 di kolej itu baru-baru ini. Para pelajar yang ditemui berkata, nilai wang tersebut sangat besar ertinya dan bertekad akan memanfaatkan sumbangan tersebut bagi tujuan pendidikan. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru yang menyampaikan bantuan tersebut berharap, ia akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk lebih bersemangat menelaah pelajaran. Hadir sama, pengetua kolej, Bechek Bachok. |
Penduduk Taman Seri Raya sambut Maulidur Rasul Posted: Penduduk Taman Seri Raya sambut Maulidur Rasul![]() SEBAHAGIAN daripada penduduk yang menyertai perarakan Maulidur Rasul di Taman Seri Raya, Ampang Tasik Tambahan, Ampang baru-baru ini. MERIAH. Kira-kira 700 penduduk menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran golongan belia Taman Seri Raya, Ampang Tasik Tambahan, Ampang baru-baru ini. Turut serta pada perarakan sejauh kira-kira dua kilometer itu ialah pelajar-pelajar kolej dan politeknik serta anggota Rela. Pengurus sambutan, Hadi Shukri berkata, perarakan itu merupakan yang terbesar pernah diadakan dan sambutan daripada penduduk setempat khususnya dalam kalangan generasi muda sangat menggalakkan. Katanya, perarakan bermula dan berakhir di surau Taman Seri Raya, Ampang Tasik Tambahan. "Selepas perarakan, penduduk menghadiri ceramah agama yang disampaikan oleh Imam Muda, Amiril Md. Banin. "Pada sebelah malam, diadakan majlis zikir dan qasidah yang disampaikan oleh murid-murid daripada Pondok Al-Hikmah," katanya. |
40 pasukan sertai boling Piala Pengerusi BN negeri Posted: 40 pasukan sertai boling Piala Pengerusi BN negeri![]() MUHAMAD FARID (berdiri, lima dari kanan) bersama peserta Kejohanan Boling Piala Pengerusi BN Pulau Pinang di Megamall Penang, Butterworth baru-baru ini. HEBAT. Seramai 40 pasukan menunjukkan kehebatan apabila bertanding pada Kejohanan Boling Piala Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bagi merebut Piala YB Teng di Megamall Penang, Butterworth baru-baru ini. Kejohanan itu dianjurkan oleh Yayasan Komuniti Pulau Pinang dengan penyertaan daripada belia seluruh negeri. Upacara perasmian kejohanan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhamad Farid Saad yang mewakili Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow. Menurut Muhamad Farid, penganjuran kejohanan itu untuk merapatkan hubungan antara golongan belia dan pemimpin. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan