Khamis, 17 Januari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bandar-bandar diselaputi permaidani putih

Posted:

Bandar-bandar diselaputi permaidani putih

Bandar-bandar diselaputi permaidani putih

KEADAAN iklim di Asia Barat sememangnya mudah dijangka. Cuacanya terik pada musim panas dan dingin serta sesekali diselangi hujan lebat pada musim sejuk.

Bagaimanapun pada minggu lalu, iklim di rantau itu berubah mendadak. Hujan lebat berterusan selama beberapa hari disusuli salji tebal.

Fenomena yang disifatkan terburuk dalam tempoh dua dekad oleh pakar-pakar metereologi menyebabkan ribut salji dan banjir yang melumpuhkan beberapa bandar utama dari Semenanjung Gaza sehingga ke Istabul termasuk Syria yang terjejas teruk akibat konflik yang berlaku hampir dua tahun lalu.

Penduduk Syria tersepit dalam perang saudara antara puak pemberontak dan tentera yang setia dengan Presiden Bashar al-Assad, terpaksa membakar buku-buku dan perabot untuk memanaskan badan disebabkan

kekurangan bahan bakar seperti minyak dan elektrik.

Situasi itu bertambah meruncing bagi ribuan pelarian yang kini berlindung di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan serta lebih sejuta penduduknya yang terperangkap di negara itu.

Bagaimanapun, kejadian ribut salji disusuli banjir besar yang melanda tidak menghentikan pertempuran antara kedua-dua pihak. Kini lebih 60,000 nyawa terkorban.

Abu Othman, seorang aktivis puak penentang berkata, serangan darat masih berterusan biarpun cuaca buruk menyebabkan tentera Assad terpaksa menghentikan serangan udara buat sementara waktu.

"Keadaan semakin buruk sejak ribut melanda. Semua orang kesejukan, tiada apa yang boleh digunakan untuk memanaskan badan kami.

"Kekurangan bekalan makanan juga berlaku kerana hujan dan salji menyebabkan keadaan jalan raya sangat berbahaya," katanya sambil memberitahu suhu di Damsyik kini mencecah negatif enam darjah Celcius.

Di utara Syria, ribuan pelarian kini berlindung di dalam gua, kata Fadi Yasin, aktivis dari wilayah Idlib, kawasan tercetusnya protes aman sebelum bertukar kepada penentangan bersenjata.

Sebahagian daripada ribuan penduduk yang kehilangan rumah ekoran pertempuran itu telah berpindah ke Bandar Mati Syria iaitu kawasan penempatan lama era Byzantine, katanya.

Misi bantuan

"Mereka terpaksa menggunakan plastik dan surat khabar untuk menutup bahagian tingkap bangunan berkenaan serta tinggal di dalamnya biarpun menyedari ia sangat berbahaya terutama dalam keadaan ribut seperti sekarang ini.

"Ramai yang tidak mempunyai apa-apa untuk memanaskan badan, hanya segelintir yang bernasib baik," katanya.

Seorang aktivis dari Republik Chech, Michal Przedalcki daripada pertubuhan People In Need yang menjalankan misi bantuan di utara Syria, menjangkakan ramai pelarian tidak mampu bertahan dalam situasi berkenaan.


SALJI tebal menyelimuti Istanbul, Turki sekali gus menjejaskan 15 juta orang penduduk, melumpuhkan rutin harian dan trafik udara serta di darat.


"Kekurangan makanan sejak beberapa bulan lalu mendedahkan mereka terhadap penyakit, lebih-lebih lagi dalam cuaca sejuk yang ekstrem."

Di Lembah Bekaa, kem sementara yang menempatkan lebih 400 pelarian di Lebanon musnah selepas banjir dan ribut yang melanda kawasan itu.

"Ribut dan hujan sebelum ini menyebabkan banyak khemah rosak, kini salji tebal mula melanda Bekaa menyebabkan penduduk dan pelarian di sini sangat memerlukan bantuan," kata pegawai perhubungan luar Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) Cecile Fradot.

Penempatan baharu

Menurut Fradot, agensi bantuan itu kini giat memindahkan pelarian ke penempatan baharu. "Kami akan memindahkan setiap keluarga yang terjejas selepas khemah mereka dilanda banjir di utara. Situasi semakin buruk, ia merupakan permulaan musim sejuk di rantau ini," katanya.

Keadaan sama turut berlaku di kem Zaatari di Jordan, yang menempatkan lebih 30,000 pelarian Syria apabila mereka terpaksa menjadikan bangunan sekolah karavan pasang siap sebagai penempatan sementara.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan terdapat lebih 600,000 pelarian memerlukan bantuan termasuk makanan, selimut dan pakaian.

Sekurang-kurangnya sebanyak AS$1.5 bilion dolar (RM4.5 bilion) diperlukan dalam tempoh enam bulan lagi bagi tujuan itu, menurut PBB.

Ribut salji turut menjejaskan seluruh Asia Barat. Beberapa bandar seperti Baitulmuqaddis, Ramallah, Amman dan Damsyik kini diselaputi salji tebal.

Ekoran itu, kebanyakan negara kini telah menghentikan sistem pengangkutan awam dan menutup sekolah-sekolah. Banyak perniagaan terpaksa ditutup kerana pekerja tidak boleh keluar bekerja.

"Kawasan pusat bandar kini kelihatan seperti hamparan permaidani putih," kata jurucakap bagi pihak berkuasa Baitulmuqaddis, Elisha Peleg kepada Jurusalem Post.

"Golongan warga emas di sini juga tidak mampu mengingati bila kali terakhir mereka berdepan dengan ribut salji," jelasnya.

Lebuh raya utama di Israel di luar Baitulmuqaddis telah ditutup, begitu juga kebanyakan laluan ke arah utara negara itu dan Bukit Golan.

Pihak berkuasa Palestin di Ramallah, Tebing Barat turut mengumumkan situasi darurat di seluruh negara.

Di Semenanjung Gaza, beberapa terowong yang menghubungkan wilayah itu dan Mesir ditutup akibat banjir.

Ketua pasukan bantuan di bandar Nablus, utara Tebing Barat, Ghassan Hamdan berkata, penduduk di wilayah itu bakal terjejas disebabkan kekurangan infrastruktur.

"Mereka tidak mampu berhadapan dengan cuaca ekstrem seperti ini. Banjir dan ribut menyebabkan banyak kemusnahan," katanya.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh akibat fenomena itu sehingga kini.

Di Lebanon, Pertubuhan Palang Merah melaporkan enam orang terbunuh akibat kemalangan jalan raya manakala beberapa orang lagi dipercayai lemas dihanyutkan banjir. Seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan maut di Taalabaya, wilayah Bekaa, selepas kenderaanya terperangkap di dalam salji tebal. Sementara itu, di Ramallah pihak berkuasa Palestin melaporkan dua wanita mati lemas dihanyutkan arus deras. Mangsa dikenali sebagai Samah Kanan, 36, dan Hana Al Sarawi, 24, berasal dari Nablus.

Timbalan gabenor Ramallah, Annan Atirah berkata, air yang melimpah di atas jalan raya menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kenderaan sebelum dihanyutkan air ketika cuba menyelamatkan diri. Seorang lagi mangsa, yang juga pemandu kenderaan berjaya diselamatkan, namun keadaannya kritikal. Di Mesir pula, usaha sedang dilakukan untuk mencari 10 nelayan yang dilaporkan hilang di Marsa Matruh selepas bot mereka dibadai ribut.


SALJI tebal tidak menghalang remaja ini untuk melakukan aktiviti di luar.


Agensi berita negara itu, Mena melaporkan jarak penglihatan yang terhad, angin kencang dan hujan lebat menyebabkan pihak berkuasa menutup beberapa pelabuhan termasuk di Alexandria dan Dakhila di mana ia turut menjejaskan operasi di Terusan Suez.

Sementara itu, di Turki, syarikat penerbangan Turki Arlines turut membatalkan ratusan penerbangan.

Banyak sekolah ditutup khususnya di bahagian utara negara itu termasuk Istanbul, selepas sebuah bas tergelincir di atas jalan raya licin yang mencederakan 30 penumpang.

Biarpun ia mengundang pelbagai bencana di sesetengah kawasan di Asia Barat, namun ada juga penduduk yang menganggap ribut salji sebagai satu peristiwa yang jarang berlaku dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk bermain bola salji dan membina orang salji.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kem Lok Kawi terima Pegawai Memerintah baharu

Posted:

Kem Lok Kawi terima Pegawai Memerintah baharu

Kem Lok Kawi terima Pegawai Memerintah baharu


MOHAMAD AZMI (empat dari kiri) pada majlis penyerahan tugas kepada Ahmad Jaidi Ali (empat dari kanan) di Kem Lok Kawi, Sabah baru-baru ini. Turut kelihatan Ranjit Singh (tengah).


SERAH TUGAS. Pegawai Memerintah 71 Woksyop Divisyen Kem Lok Kawi, Leftenan Kolonel Mohamad Azmi Awang Noh baru-baru ini menyerahkan tugasnya kepada penggantinya, Leftenan Kolonel Ahmad Jaidi Ali.

Majlis penyerahan tugas yang dilakukan di pekarangan ibu pejabat 71 Woksyop Divisyen Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu disaksikan oleh Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday.

Mohamad Azmi yang akan bertugas sebagai Pegawai Staf 1 di Kementerian Pertahanan berkata, beliau amat berpuas hati kerana dapat menyumbang bakti dan meraih pelbagai kejayaan sepanjang tiga tahun bertugas di kem itu.

Agih bantuan kerusi roda

Posted:

Agih bantuan kerusi roda

Agih bantuan kerusi roda


SAID ANUAR (dua dari kanan) dan Norlin (dua dari kiri ) bergambar bersama salah seorang penerima sumbangan kerusi roda di Gombak baru-baru ini.


SUMBANGAN. Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia baru-baru ini mengagihkan sumbangan tiga buah kerusi roda kepada golongan tua dan kurang upaya di kawasan Gombak baru-baru ini.

Penyelaras BN DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, bantuan tersebut diharap dapat memberi keselesaan kepada golongan yang memerlukan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Simpang Tiga, Norlin Mohd. Nor.

Said Anuar turut menyeru semua pihak yang memerlukan bantuan agar tampil membuat aduan bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan sama ada dalam bentuk kerusi roda atau sumbangan lain yang sesuai.

Waris penanam getah pertama terima penghargaan RISDA

Posted:

Waris penanam getah pertama terima penghargaan RISDA

Waris penanam getah pertama terima penghargaan RISDA


TUJUH orang waris Mohammad Isa (duduk di hadapan) bergambar pada majlis penghargaan daripada pihak RISDA di Kuala Kangsar baru-baru ini.


HARGAI. Tujuh waris Mohammad Isa Pandak Mat Aris iaitu individu pertama menanam benih pokok getah di negara ini menerima penghargaan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada satu majlis di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, penghargaan sempena ulang tahun penubuhan RISDA ke-40 bertujuan memperingati peranan Mohammad Isa menanam pokok getah itu 136 tahun lalu.

Beliau berkata, pokok getah yang masih hidup subur bersebelahan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar itu bukti komoditi terbabit pernah menjadi menyumbang utama ekonomi negara.

Tujuh waris Mohammad Isa ialah Nizam Musa, 46, Mohammad Ali Samsuddin, 60, Putri Umi Kalsum Megat Ismail, 86, Ali Alang Dahamit, 71, Roslan Ali, 46, Rosnah Musa, 48, dan Bakiah Musa, 56.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Berjuta warga kota terjejas banjir

Posted:

Berjuta warga kota terjejas banjir

Berjuta warga kota terjejas banjir

Banjir besar mengakibatkan Jalan Sudirman, Jakarta yang sentiasa sesak dengan trafik tiba-tiba lumpuh akibat banjir semalam.


JAKARTA - Banjir yang menyebabkan lebih 19,000 orang hilang tempat tinggal dan meragut tiga nyawa di ibu kota Indonesia di sini semalam turut memaksa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyingsingkan seluarnya.

Lebih 50 peratus kawasan di pusat bandar raya ini kini lumpuh selepas dibanjiri air bah berlumpur hingga ke paras pinggang.

Dalam pada itu lebih 100,000 buah rumah terjejas akibat banjir di kota metropolitan ini yang dihuni seramai 20 juta orang dan terkenal kerana kesesakan lalu lintas yang kronik.

Disebabkan keadaan yang teruk itu, Kerajaan Pentadbiran Ibu Kota Jakarta telah mengisytiharkan Darurat Banjir untuk kawasan Jakarta mulai semalam hingga 27 Januari.

Air bah juga menyebabkan ramai pemandu tersekat selama berjam-jam pada waktu pagi.

Penunggang-penunggang basikal pula terpaksa menolak kenderaan dua roda mereka dengan hanya hendal dan pelana basikal yang masih kelihatan.

Dalam bencana kali ini, Susilo dirakam menggulungkan kaki seluarnya hingga ke lutut ketika mengharungi air banjir di perkarangan Istana Presiden di sini.

Pekarangan istana berkenaan kini ditenggelami air sehingga paras buku lali.

"Jakarta kini dilanda banjir, saya berharap tidak akan ada terlalu ramai mangsa," kata Susilo kepada kumpulan jurugambar media.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

RM30 saja untuk saman trafik DBKL

Posted:

RM30 saja untuk saman trafik DBKL

RM30 saja untuk saman trafik DBKL

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my


RAJA NONG CHIK (dua dari kanan) menyerahkan beg cenderamata selepas merasmikan Program Walkabout dan Pelancaran Kempen Kibar Bendera sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Terminal Bas Pudu Sentral, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Warga kota yang dikenakan saman bagi semua jenis kesalahan trafik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya perlu membayar kompaun pada kadar rata iaitu RM30 sepanjang bulan Februari depan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemberian diskaun pada kadar rata itu dilakukan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari ini.

Ketika ini, semua pesalah trafik yang dikenakan saman oleh DBKL perlu membayar kompaun antara RM100 hingga RM300 bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, tawaran kompaun istimewa itu bagaimanapun hanya sah bermula 1 hingga 28 Februari ini dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.

Tambahnya, selain diskaun kompaun, warga kota juga bakal menerima pelbagai 'buah tangan' yang lebih menarik berbanding pada tahun-tahun sebelum ini.

"Antara ganjaran yang diberikan ialah penggunaan kemudahan awam di bawah pengurusan DBKL seperti gelanggang futsal, tenis, badminton, padang bola sepak dan kolam renang secara percuma sepanjang bulan depan.

"Orang ramai juga boleh menikmati perkhidmatan menaiki bot dan menunggang kuda secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan itu," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM lancar SelangorBN.fm

Posted:

PM lancar SelangorBN.fm

PM lancar SelangorBN.fm

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


NAJIB ditemu bual oleh Kavimani (duduk di kanan) sambil diperhatikan oleh Noh (tiga dari kiri), Mohd. Zin (tiga dari kanan) dan Pian Hon (kanan) di konti stesen radio SelangorBN.fm di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Saluran radio internet, SelangorBN.fm bakal menjadi medium untuk Barisan Nasional (BN) mendapatkan maklum balas daripada rakyat Selangor dan seterusnya berupaya memberi khidmat yang lebih baik dan berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan saluran radio itu memuji usaha tersebut yang disifatkannya sebagai pendekatan baharu bagi mendekati pengundi dan rakyat di negeri ini.

"Ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik kerana BN Selangor memikirkan cara yang sesuai dengan perubahan zaman," katanya ketika ditemu bual oleh deejay SelangorBN.fm, M. Kavimani di konti radio itu di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Yap Pian Hon.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hanya prosedur biasa – Azzuddin

Posted:

Hanya prosedur biasa – Azzuddin

Hanya prosedur biasa – Azzuddin

ANGGOTA JMF menjalankan tugas mereka pada perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, Selasa lalu. Kehadiran mereka adalah untuk mengawal pergerakan kerabat diraja Johor.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan, kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammed IV Kota Bharu Selasa lalu merupakan prosedur biasa buat kerabat diraja.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, ia sejajar dengan polisi JMF yang ditugaskan menjaga keselamatan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.

Azzuddin berharap perkara itu tidak disensasikan oleh mana-mana pihak selain menggesa penyokong-penyokong bola sepak tempatan tidak terkeliru dengan kehadiran JMF itu.

"Sebenarnya, ia adalah prosedur biasa buat JMF untuk menjaga keselamatan Tunku Ismail selaku Tengku Mahkota Johor.

"Sebelum Tunku Ismail berangkat ke Kelantan, JMF terlebih dahulu bergerak ke stadium bagi memastikan perjalanan baginda berjalan dengan lancar.

"Namun disebabkan masalah tertentu, Tunku Ismail tidak dapat hadir pada perlawanan tersebut.

"Saya berharap kepada semua pihak agar tidak salah faham mengenai situasi tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, kehadiran JMF yang lengkap bersenjata telah mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan penyokong-penyokong Kelantan.

Difahamkan, kehadiran anggota tentera tersebut telah mempengaruhi tindakan peminat-peminat The Red Warriors yang membuat kecoh sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan sekadar seri 1-1 dengan Johor DT.

Dalam perkembangan sama, Azzuddin turut mengesahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak menghantar aduan rasmi berhubung perkara itu.

"Setakat ini FAM tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada KAFA berhubung kehadiran JMF," katanya.

Tiada sasaran buat skuad negara

Posted:

Tiada sasaran buat skuad negara

Tiada sasaran buat skuad negara

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com


MOHID (tengah) menyerahkan basikal kepada skuad lebuh raya negara pada satu majlis ringkas di Melaka kelmarin.


TIADA harapan tinggi diletakkan di bahu pelumba yang akan mewakili pasukan negara pada Kejohanan Lumba Basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang akan bermula pada 21 Februari depan.

Sebaliknya, para pelumba hanya disasarkan untuk membaiki kedudukan meraih tempat ke-16 yang diperoleh oleh mereka pada perlumbaan tahun lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata, pihaknya tidak meletakkan sasaran tinggi kerana menyedari kualiti pelumba yang menyertai perlumbaan pada tahun ini adalah hebat-hebat belaka.

Menurutnya, pada tahun lepas hanya ada dua pasukan Pro Tour, namun meningkat kepada lima pasukan pada tahun ini.

Lima pasukan tersebut ialah Garmin Sharp, Astana Pro Team, Omega Pharma-Quick Step Cycling Team, ORICA GreenEDGE dan Blanco Pro Cycling Team.

"Ini bermakna pelumba-pelumba yang menyertai perlumbaan kali ini lebih berkualiti berbanding pelumba-pelumba edisi tahun lepas.

"Walaupun begitu, kita menyasarkan kedudukan yang lebih baik atau sekurang-kurangnya lebih ramai pelumba negara menaiki podium berbanding hanya dua pelumba pada tahun lepas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan basikal kepada Skuad Berbasikal Lebuh Raya LTdL 2013 di pejabat Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Banda Hilir, Melaka kelmarin.

Pada majlis berkenaan, sejumlah enam basikal tajaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharga RM13,000 setiap satu diserahkan kepada pelumba skuad negara.

Turut hadir ialah Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab.

Mohid berkata, dia juga berharap catatan masa yang diperoleh pelumba negara juga lebih baik berbanding tahun lepas walaupun mereka tidak memenangi atau menaiki podium pada sebarang peringkat.

"Perlumbaan ini juga akan dijadikan sebagai kayu pengukur untuk menilai tahap kemampuan pelumba negara sama ada mereka boleh pergi lebih jauh terutama bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar hujung tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Abu Samah berkata, selain membaiki kedudukan yang diperoleh tahun lepas, dia juga berharap pasukan negara boleh muncul pasukan tempatan terbaik pada perlumbaan tahun ini.

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad lebuh raya negara, Aminudin Sulaiman berkata, skuad negara pada tahun ini mempunyai empat pakar pendakian dan hanya dua pakar pecut.

"Kita meletakkan lebih ramai pakar pendakian supaya kita tidak tercicir jauh ketika pendakian di Genting Hinglands.

"Latihan yang dilakukan juga lebih tertumpu pada pendakian dan mengukuhkan stamina," katanya.

Menurutnya, dengan memperoleh catatan masa yang lebih baik di Genting, dia yakin pasukan negara akan berjaya memperoleh kedudukan yang lebih baik berbanding tahun lepas.

Pasukan negara diwakili Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi (ketua pasukan), Amir Mustafa Rusli, Mohd. Nor Rizuan Zainal, Muhamad Rauf Nur Misbah, Ahmad Fakhrullah Alias serta Mohd. Ekbar Zaman Huri.

LTdL 2013 yang menggunakan slogan The Heat is On atau Bahang Kian Terasa akan bermula secara rasmi dengan perlumbaan Peringkat 1 dari Kangar ke Kulim pada 21 Februari ini membabitkan 10 peringkat dengan jarak keseluruhan 1,466.6 kilometer.

Tunku Ismail kecewa insiden di Kota Bharu

Posted:

Tunku Ismail kecewa insiden di Kota Bharu

Tunku Ismail kecewa insiden di Kota Bharu

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Persatuan Bola Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa sengaja menimbulkan kekecohan ekoran kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim (Johor DT) menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Selasa lalu.

Jelas Tunku Ismail kepada Kosmo!: "JMF tidak berada di sana, kalau ada pun, mereka adalah penyokong yang memakai baju Johor dan mereka tidak bertugas ketika itu."

Ujar baginda lagi, JMF seperti yang digembar-gemburkan oleh media sebelum ini merupakan Kumpulan Gerak Khas 21 Komando dari Kem Gerak Khas Mersing, Johor yang perlu bersiap sedia sekiranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar berhasrat mencemar duli ke stadium berkenaan dan ia tiada kena mengena dengan PBNJ.

"Ia adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) pada hari itu sekiranya menerima arahan kalau-kalau Ke Bawah Duli Tuanku mencemar duli untuk berangkat," titah baginda pada sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru semalam.

Tunku Ismail turut mengesahkan, beliau tidak berada di stadium ketika perlawanan itu berlangsung.

"Saya tidak faham kenapa pihak di sana (Kelantan) cuba alihkan perhatian kepada kehadiran JMF dan akhirnya Johor menjadi mangsa. Kita yang terkena balingan botol kaca, batu dan banner kita diambil dan dikoyakkan oleh penyokong Kelantan, seorang kanak-kanak dan seorang penyokong wanita kita turut terkena balingan botol dan kayu.

"Demi keselamatan juga, para pemain kita pula terpaksa turun ke tengah-tengah padang, lampu stadium ditutup dan dengan cara bersembunyi kita melalui pintu belakang untuk pergi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan," titah baginda.

Pada perkembangan berkaitan, Tunku Ismail turut mempersoalkan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di stadium memandangkan telah beberapa kali insiden buruk tercetus dalam kalangan penyokong The Red Warriors sebelum ini.

"Saya tertanya-tanya kenapa KAFA tak benarkan FRU berada di stadium, saya dah bincangkan hal ini sebelum ini, hal ini sepatutnya tidak berlaku.

"Yang paling mengecewakan saya ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra turut terkena (balingan botol), ini sekali gus menunjukkan pihak Kelantan gagal mengawal penyokong mereka."

Dalam pada itu, secara sinis, Tunku Ismail turut menyelar tindakan individu tertentu yang disifatkannya seperti 'baling batu sembunyi tangan' apabila bertindak melakukan provokasi melalui laman sosial Facebook bagi membangkitkan kemarahan ramai.

Titah baginda, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan kemuka aduan kepada FAM.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sukarelawan polis bantu perangi jenayah

Posted:

Sukarelawan polis bantu perangi jenayah

Sukarelawan polis bantu perangi jenayah

PEGAWAI Sukarelawan Simpanan Polis juga membantu polis melakukan tugas rondaan atau membuat sekatan jalan raya pada malam minggu. - Gambar hiasan


HONG HON KEONG, 36, pada siang hari bertugas sebagai pengatur cara komputer di Cheras, Kuala Lumpur sementara S. Kugan, 20, bekerja sebagai pelayan pusat hiburan. Namun pada sebelah malam, kedua-dua orang awam itu mempunyai misi yang sama iaitu membantu polis memerangi jenayah.

Sebagai Sukarelawan Simpanan Polis (SSP), mereka sebagai mata dan telinga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walaupun memakai pakaian seragam, peranan sukarelawan ini dilihat agak kurang menonjol sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan bajet 2013 pada 28 September lalu.

Sejak itu singkatan SSP atau The Police Volunteer Reserve (PVR) dalam bahasa Inggeris mula kedengaran.

Usaha memperkasakannya kini giat dijalankan dengan penambahan anggota baharu sehingga 10,000 orang.

Walaupun hanya anggota sukarelawan polis, namun mereka berganding bahu membantu menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

Masyarakat berdisiplin

Mereka melakukan rondaan di kawasan perumahan yang berisiko tinggi berlaku jenayah selain membantu operasi polis di daerah masing-masing.

Berkongsi pengalaman dengan Komandan SSP Kontinjen Kedah Supritendan Rozali Abd. Ghani, yang telah tiga dekad menyertai SSP, usaha memperkasakan SSP sudah lama dinantinya.

"Mungkin sebelum ini, peranan SSP tidak dilihat secara serius. Setelah Perdana Menteri umumkan untuk menambah keanggotaan, sudah mula nampak gelombang baharu dalam SSP sejak lima bulan kebelakangan ini.

"Ia sesuatu yang positif kerana SSP mampu membentuk masyarakat yang berdisiplin dan memahami serta menghormati undang-undang di negara ini," katanya yang kini bertugas di Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.

Mula berkhidmat sebagai konstabel dalam SSP pada tahun 1982, Rozali menjelaskan penambahan keanggotaan SSP membantu meningkatkan kehadiran berterusan polis terutamanya di lokasi-lokasi panas.

Di Kedah, terdapat 325 anggota dan pegawai SSP yang digerakkan di setiap daerah dan balai untuk membantu melakukan tugas rondaan, mengawal bit atau membuat sekatan jalan raya serta operasi trafik pada malam minggu.

Namun, jumlah itu masih belum mencukupi untuk mengoptimum peranan yang dimainkan oleh anggota dan pegawai SSP di setiap daerah serta balai yang mereka ditempatkan.

Dengan penambahan 10,000 anggota yang diumumkan baru-baru ini, terdapat 750 kekosongan dibuka untuk Kontinjen Kedah.

"Ini menunjukkan ramai golongan belia yang mahu membantu polis menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat sekali gus menurunkan kadar jenayah," katanya yang meminati kerjaya polis sejak kecil.

Berkongsi pandangan yang sama, Komandan Kontinjen Johor, Supritendan Ahmad Mustafa. Menurut beliau, penambahan keanggotaan membolehkan lebih banyak tugasan dilakukan selain membantu menampung kekurangan anggota tersebut.

Menurutnya, rondaan yang lebih kerap dapat mencegah jenayah selain mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Mencari maklumat dan menjadi mata dan telinga polis antara tanggungjawab yang turut dipikul anggota SSP.

Jadi maklumat itu boleh disalurkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya bagi menjaga keselamatan awam.

"Dengan cara ini tindakan pencegahan seperti menempatkan lebih ramai anggota di lokasi-lokasi yang sering berlaku jenayah dapat mengurangkan jenayah," katanya dan menambah Johor kini mempunyai seramai 550 anggota SSP.

Elaun kerja

Elaun seorang pegawai ialah RM7.80 sejam dan bagi anggota pula sebanyak RM6 sejam. Mereka hanya boleh menuntut elaun kerja maksimum 96 jam setiap bulan meskipun kebanyakan anggota yang bertugas lebih daripada masa yang dihadkan.

Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur baru-baru ini menerima 165 anggota baharu SSP bagi Kontinjen Kuala Lumpur.

Ia merupakan pengambilan siri kelima dan mereka menjalani latihan sesi pengenalan dan asas undang-undang selama tujuh hari.

Selepas seminggu latihan, mereka akan diserahkan ke kontinjen sebelum diagihkan ke Ibu Pejabat Daerah P olis yang berdekatan dengan kediaman masing-masing bagi memulakan latihan sambil kerja. Bagi Hon Keong penyertaannya dalam SSP adalah untuk merealisasikan impian menjadi seorang anggota polis.

Lelaki yang mempunyai seorang cahaya mata itu mahu mengubah persepsi kaum Cina yang memandang serong kerjaya polis.

"Dengan cara ini juga mungkin saya boleh perbetulkan pandangan anggota masyarakat terutama mereka yang rapat dengan saya selain misi utama untuk membantu menjaga keselamatan di kawasan rumah saya yang sering berlaku kes pecah rumah," katanya yang tinggal di Taman Len Seng, Cheras.

Sementara itu seorang anggota SSP yang hanya mahu dikenali sebagai Kugan berharap pengalaman dalam SSP akan membuka jalan kepada beliau menyertai pasukan polis sebagai anggota tetap suatu hari nanti.

"Saya seorang yang agak nakal hingga sering menimbulkan kebimbangan keluarga, saya berharap disiplin yang diterapkan dalam SSP akan mengubah diri saya menjadi pemuda yang lebih baik.

"Saya mahu menyumbang sesuatu kepada negara dan menjadi kebanggaan keluarga," kata anak sulung dua beradik yang kini menetap di Selayang, Batu Caves, Selangor. - Bernama

Kebimbangan rambut gugur

Posted:

Kebimbangan rambut gugur

Kebimbangan rambut gugur


SALAH satu daripada 10 rungutan utama yang diterima pihak 101 Hair Care ialah masalah keguguran rambut.


JIKA azam tahun baru anda mahu menjadikan diri lebih sihat, menarik dan lebih yakin, pandang ke atas untuk mencari jawapannya. Pandang ke atas bukan tujuan berdoa, tetapi untuk melihat rambut anda yang boleh diibaratkan sebagai mahkota diri.

Sempena menyambut tahun 2013, 101 Hair Care telah melancarkan kaji selidik kesihatan rambut buat pertama kalinya di negara ini dinamakan, HairChecker Survey 2013 bermula 9 Januari lalu hingga 15 Mac ini.

Kaji selidik itu akan menyingkap pengetahuan semasa rakyat Malaysia dan pandangan mereka tentang keadaan rambut masing-masing.

Menurut Pengurus Besar 101 Hair Care, Cellyn Chow, ramai rakyat Malaysia tidak menyedari sejauh mana seriusnya masalah rambut seperti keguguran rambut hingga keadaan sudah menjadi terlalu lewat untuk merawatinya.

"Gejala awal dan berulang seperti kegatalan kulit kepala atau keguguran lebih banyak rambut daripada biasa yang tidak dihiraukan mungkin menandakan keadaan paling buruk bakal berlaku.

"Apa yang menyedihkan, langkah mudah untuk pencegahan boleh diambil bagi mengelakkan masalah jika mereka mempunyai pengetahuan yang sewajarnya," katanya.

Kualiti rambut

Tambahnya, dalam kaji selidik tersebut disertakan soalan-soalan asas seperti jenis masalah rambut, kekerapan mencuci rambut, faktor yang menjejaskan kualiti rambut dan tindakan yang perlu diambil apabila rambut seseorang itu mula gugur akan ditanya kepada peserta.

Peserta yang terlibat dalam kaji selidik tersebut layak untuk memenangi lima set hadiah utama berupa iPad Mini Apple, rawatan rambut peribadi dan produk penjagaan rambut bernilai RM10,380 dan lapan set hadiah sagu hati iaitu rawatan rambut peribadi dan produk penjagaan rambut bernilai RM3,088.

Keseluruhannya, hadiah berjumlah RM13,000 ditawar kepada orang awam dan hasil kaji selidik itu akan diumumkan pada akhir Mac nanti.

Dalam pada itu, bagi memberi lebih manfaat kepada orang ramai, 101 Hair Care juga akan menawarkan promosi istimewa sempena tahun baru di semua salunnya.

Orang ramai boleh mendapatkan dua sesi rawatan kulit kepala Revital dan dua sesi rawatan mesin lanjutan kulit kepala percuma serta satu sesi analisa rambut dan kulit kepala percuma pada harga RM488 berbanding harga biasa RM572.

Cellyn menjelaskan bahawa permulaan tahun merupakan masa paling baik untuk memperkenalkan kaji selidik kesihatan rambut.

"Kami mahu menyangkal salah faham orang ramai tentang isu rambut dan menggalakkan mereka menguruskan rambut secara proaktif untuk mengelakkan berlakunya masalah kehilangan rambut terlalu awal.

"Orang yang kehilangan rambut berasa rendah diri dan murung. Kami mendapati lebih ramai wanita daripada lelaki, orang muda termasuk kanak-kanak dan remaja mendapatkan rawatan di pusat rawatan rambut kami," ujarnya.

Tabiat pengguna

jelas Cellyn, melalui hasil kaji selidik tersebut, pihaknya dapat mengenal pasti tabiat pengguna dan penjagaan rambut di peringkat akar umbi.

Selaku pakar penjagaan rambut yang bertanggungjawab, ia membantu pihaknya lebih peka dalam memperkenalkan pelbagai kempen pendidikan masyarakat demi kesihatan rambut

Hasil kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh Persatuan Sains Rambut Malaysia mengesahkan kebimbangan Cellyn terhadap isu kehilangan rambut di negara ini.

Presidennya, Dr. Steven Chow memberitahu, keguguran rambut merupakan salah satu daripada 10 rungutan utama yang disampaikan kepada pakar dermatologi.

Di Malaysia, satu daripada dua lelaki berusia lebih 50 tahun sedang kehilangan rambut atau sudah kehilangan rambut dan hampir 2.5 juta wanita Malaysia sedang mengalami kehilangan rambut pada pelbagai tahap.

Sebanyak 30 peratus daripada golongan lelaki mengalami masalah kehilangan rambut pada usia 30 tahun dan 50 peratus daripada mereka juga mengalami masalah kehilangan rambut apabila mencecah usia 50 tahun, manakala 50 peratus daripada golongan wanita mengalami masalah tersebut ketika menjangkau usia 60 tahun.

"Sungguhpun 95 peratus daripada kehilangan rambut di negara ini adalah berpunca daripada faktor genetik, ramai yang tidak tahu bahawa mereka boleh memainkan peranan untuk mencegah kehilangan rambut terlalu awal.

"Satu daripada salah faham apabila orang kehilangan rambut ialah mendapatkan rawatan, menggunakan produk berkaitan rambut atau mengunjungi salun rambut yang memburukkan lagi masalah rambut mereka dengan produk berasaskan bahan kimia," kata Cellyn.

Ujarnya, kunci kesihatan rambut ialah kulit kepala dan ia merupakan sebahagian daripada kulit manusia.

"Oleh itu, pemakanan dan penjagaan kebersihan sangat penting," pesan Cellyn.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


87 orang maut di universiti Syria

Posted:

87 orang maut di universiti Syria

87 orang maut di universiti Syria

BEBERAPA kakitangan keselamatan dan orang awam meninjau kemusnahan di universiti itu kelmarin.


ALEPPO - Angka kematian akibat dua letupan kuat yang memusnahkan kampus sebuah universiti di sini meningkat kepada 87 orang, kata sebuah kumpulan pemerhati semalam sekali gus menjadikan serangan tersebut antara paling berdarah dalam konflik 22 bulan di Syria.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan letupan itu ketika para pelajar menduduki peperiksaan kelmarin dengan pemerintah dan pihak penentang kini saling menuding jari.

"Jumlah mangsa dalam letupan berkembar kelmarin meningkat kepada 87 orang," kata kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia.

"Angka kematian juga dijangka meningkat kepada 100 orang berikutan proses mengenal pasti cebisan badan manusia yang berkecai masih dilakukan," tambahnya.

Menurut kumpulan tersebut, sekitar 150 orang cedera dalam serangan itu dengan sebahagian mereka kini kritikal.

Universiti berkenaan terletak di kawasan yang dikuasai tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad di sini, utara Syria.

Lokasi tersebut menjadi medan pertempuran sengit melibatkan kedua-dua belah pihak sejak musim panas tahun lalu apabila tentera Bashar melancarkan serangan besar-besaran untuk mengekang kemaraan pihak penentang.

Aktivis-aktivis penentang memberitahu, beberapa jet pejuang pemerintah membedil kampus tersebut tetapi seorang pegawai tentera berkata, letupan berkembar itu berpunca daripada peluru-peluru berpandu penentang yang tersasar daripada sasaran.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan, lebih 60,000 orang dengan kebanyakan mereka orang awam terbunuh dalam konflik di Syria setakat ini.

Konflik di Syria berlaku sejak Mac 2011 selepas para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan bertempur dengan tentera Bashar bagi menuntut beliau meletakkan jawatan.

Bashar dituduh penduduk gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi dan kebebasan bersuara. - Agensi

Boeing 787 dilarang terbang

Posted:

Boeing 787 dilarang terbang

Boeing 787 dilarang terbang


BEBERAPA penumpang meninggalkan pesawat Boeing 787 Dreamliner milik syarikat All Nippon Airways di Lapangan Takamatsu, wilayah Kagawa semalam.


TOKYO - Semua pesawat Boeing 787 Dreamliner milik dua syarikat penerbangan utama Jepun dilarang berlepas untuk tujuan pemeriksaan keselamatan selepas sebuah pesawat itu terpaksa mendarat cemas di sebuah lapangan terbang di negara ini semalam dalam insiden terbaharu yang menimpa jet tersebut.

Kementerian Pengangkutan Jepun menyatakan, pihaknya menerima notis daripada All Nippon Airways (ANA) dan Japan Airlines bahawa semua pesawat 787 milik kedua-dua syarikat penerbangan itu tidak dibenarkan untuk melakukan penerbangan.

Kenyataan yang sama memberitahu, langkah tersebut dilaksanakan secara sukarela oleh ANA dan Japan Airlines.

Pihak ANA mengendalikan sebanyak 17 pesawat Boeing 787 Dreamliner manakala Japan Airlines pula mempunyai 17 pesawat berkenaan.

Pihak kementerian itu menyifatkan masalah pada pesawat Boeing 787 itu semalam sebagai insiden serius yang boleh membawa kepada kemalangan.

"Kami memohon maaf kerana menyebabkan para penumpang dan keluarga mereka berasa amat bimbang," kata Timbalan Presiden Eksekutif Kanan ANA, Osamu Shinobe.

Seorang penumpang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dikejarkan ke sebuah hospital akibat kecederaan kecil pada paha dalam pendaratan cemas tersebut.

Menurut ANA, sejumlah 128 penumpang lain dan enam kru penerbangan berkenaan tidak cedera dalam kejadian itu.

ANA menyatakan, mesej kokpit menunjukkan terdapat masalah bateri dengan bau terbakar dikesan di dalam kokpit dan kabin pesawat sekali gus memaksa Boeing 787 itu yang dalam penerbangan domestik mendarat di Lapangan Terbang Takamatsu, wilayah Kagawa, barat Jepun.

Pesawat tersebut sepatutnya mendarat di sebuah lapangan terbang di Tokyo selepas berlepas dari Lapangan Terbang Yamaguchi Abe di wilayah Yamaguchi.

Boeing sebelum ini meletakkan harapan tinggi pada pesawat itu.

Boeing 787 Dreamliner merupakan pesawat terbaharu dan paling canggih buatan firma berkenaan.

Beberapa pesawat berkenaan dibelenggu pelbagai masalah termasuk kebakaran bateri dan kebocoran minyak baru-baru ini.

Pihak ANA dan Japan Airlines merupakan pelanggan utama Dreamliner dan antara yang pertama menggunakan pesawat Dreamliner.

Sebelum ini, ANA membatalkan penerbangan domestik ke Tokyo pada 9 Januari lalu ekoran masalah brek sebuah pesawat Boeing 787.

Dua hari kemudian, dua kes dilaporkan berhubung kebocoran minyak pada pesawat berkenaan dan masalah rekahan pada tingkap kokpit. - Agensi

Restoran robot di Harbin, China

Posted:

Restoran robot di Harbin, China

Restoran robot di Harbin, China


GAMBAR menunjukkan sebuah robot menghantar mangkuk berisi nasi kepada pelanggan.


HARBIN, China - Sebuah restoran di sini menggunakan 20 robot untuk melakukan pelbagai tugas termasuk memasak.

Terdapat robot yang menjadi penyambut tetamu dan pelayan.

Setiap robot boleh bekerja selama lima jam tanpa rehat.

Restoran tersebut menyediakan lebih 30 menu.

Ia dibuka sejak Jun tahun lalu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat penyamun sempat makan ketika merompak

Posted:

Empat penyamun sempat makan ketika merompak

Empat penyamun sempat makan ketika merompak

17/01/2013 10:18pm

MARANG — Empat penjenayah bertopeng bukan sahaja berjaya menyamun barangan bernilai RM80,000 malah sempat mengisi perut sebelum melarikan diri dari rumah mangsa di Kampung Kubu di sini, semalam.

Dalam kejadian 2 pagi tadi itu, sembilan sekeluarga sedang nyenyak tidur sebelum didatangi tetamu tidak diundang yang melarikan wang tunai dan barangan kemas milik mangsa.

Menurut Mek Nah Mat Ali, 49, yang merupakan ibu tunggal, ketika kejadian beliau sedang tidur bersama anak bongsunya, 9, di bilik tidur utama sebelum dikejutkan dengan dentuman yang memecahkan pintu bilik oleh penyamun menggunakan tong gas.

"Semasa itu, suspek yang bertopeng mengarahkan kami semua diam dan mengumpulkan anggota keluarga kami termasuk dua cucu saya di dalam sebuah bilik dan mengikat kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

Katanya, empat lelaki itu yang bersenjatakan parang, pisau serta kuku kambing sempat makan hidangan malam mereka sebelum melarikan diri bersama barang kemas, peralatan elektronik, 10 telefon bimbit, wang hantaran RM3,600 milik adik mangsa serta duit kutipan sewa lori.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Katanya, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan dan satu gerakan memburu keempat-empat suspek sedang giat dijalankan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. — BERNAMA

Banjir Jakarta: Pelajar kita diarah pindah

Posted:

Banjir Jakarta: Pelajar kita diarah pindah

Banjir Jakarta: Pelajar kita diarah pindah

17/01/2013 10:16pm

JAKARTA — Education Malaysia (EM) Indonesia hari ini mengarahkan pelajar Malaysia yang terjejas teruk dengan banjir di Jakarta supaya berpindah ke Dewan Malaysia di Jakarta Pusat.

Pengarah EM, Prof. Madya Dr. Juzhar Jusoh berkata, pada masa ini semua pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat dan telah bersiap sedia berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa berbuat demikian.

"Pihak EM Indonesia sentiasa berhubung dengan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta Asydad Azharudin dan Pengerusi Kelab UMNO Jakarta, Farisan, untuk mendapatkan perkembangan terkini pelajar-pelajar yang terlibat selain telah mengarahkan agar prosedur operasi standard (SOP) bencana diaktifkan," katanya di sini hari ini.

Kawasan kediaman pelajar Malaysia di Grogol dan Tanjung Duren di Jakarta Barat, adalah antara kawasan dinaiki air antara 0.2 meter hingga 1 meter, dalam kejadian banjir di Jakarta akibat hujan lebat sejak awal hari ini hingga tengah hari ini.

Pelajar Malaysia yang terlibat kebanyakannya penuntut fakulti perubatan dan fakulti pergigian di Universiti Kristen Krida Wacana (UKRIDA) dan Universiti Trisakti. Kedua-dua universiti itu telah membatalkan kuliah pada hari ini kerana kawasan universiti turut terjejas akibat banjir.

Kerajaan Pentadbiran Ibukota Jakarta telah mengisytiharkan Darurat Banjir mulai hari ini hingga 27 Jan berikutan banyak tempat dinaiki air termasuk kebanyakan jalan utama menuju ke pusat bandar. — BERNAMA

Perompak ikat, kurung dua pengawal sekolah

Posted:

Perompak ikat, kurung dua pengawal sekolah

Perompak ikat, kurung dua pengawal sekolah

17/01/2013 10:13pm

BUTTERWORTH — Dua pengawal keselamatan melalui detik cemas apabila diikat dan dikurung selama sejam dalam tandas Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth di sini dalam kejadian cubaan merompak di sekolah itu hari ini.

A. Yoganathanan, 39, berkata, ketika kejadian 3.05 pagi itu, dia dan rakan sekerjanya Zaharudin Abu Talib, 40, sedang bertugas di pondok pengawal depan sekolah itu sebelum didatangi empat lelaki bersenjatakan parang.

"Mereka tiba-tiba muncul di pondok pengawal dan meletakkan parang di leher saya dan Zaharudin.

"Kami berdua diugut akan dibunuh jika cuba melawan dan membuat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai kerana kawasan pondok terletak berdekatan jalan raya utama ke Perhentian Sementara Pengangkutan di Jalan Bagan Luar di sini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Katanya, empat lelaki berkenaan bertindak membawa dia dan rakannya ke bilik air yang terletak di Blok C sebelum mengikat kaki dan tangan menggunakan pita pelekat manakala muka serta mulut pula ditutup menggunakan kain sebelum diarah mendiamkan diri.

"Kami turut diugut akan ditetak jika bising. Kira-kira sejam selepas itu mereka datang bertanya sama ada terdapat orang lain di sekolah berkenaan pada waktu itu.

"Saya menggelengkan kepala dan mereka meninggalkan kami di situ sebelum saya berusaha membuka ikatan," katanya yang telah bekerja selama setahun sebagai pegawal keselamatan di sekolah itu.

Yoganathanan berkatam, mereka kemudiannya membuat pemeriksaan di bilik guru dan pejabat dan mendapati pintu jeriji telah diumpil namun gagal dipecah masuk.

"Saya kemudian menghubungi pegawai bertugas dan membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati tiada sebarang kehilangan barangan dialami pihak sekolah," katanya sambil melahirkan rasa syukur kerana tidak dicederakan empat lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim yang dihubungi berkata kes itu sedang disiasat. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Adi cium, peluk Rita

Posted:

Adi cium, peluk Rita

Adi cium, peluk Rita

BERTEMU dengan pelakon Rita Rudaini pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Sehangat Asmara di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, dia tetap kelihatan jelita biarpun usianya sudah mencecah 37 tahun.

Jadi, tidak hairanlah ada gosip nakal yang mengatakan ada seorang isteri kepada aktor terkenal cemburu dengan Rita dan tidak membenarkan pelakon wanita itu berlakon dengan suaminya.

Beralih pada pelakon bertubuh sasa Adi Putra pula, hubungannya bersama isteri, Zuhaida Yusof dikhabarkan semakin intim selepas kehadiran anak perempuan Zara Adelia, 3 bulan.

Kedua-dua figura hebat itu digandingkan dalam drama tersebut yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Sofea Aisya yang juga penulis novel Adam & Hawa - sebelum juga turut dijadikan drama bersiri dan sudah disiarkan di TV3.

Rita profesional - Adi

Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera, 32, dalam pada itu mengakui selesa dengan sikap Rita kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis.

"Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya," akui Adi Putra mengenai gandingannya dengan Rita dalam drama bersiri Sehangat Asmara.

Ditebak soalan sama ada drama gandingannya bersama Rita itu dapat memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa, ujar Adi, dia yakin dengan kejayaan Sehangat Asmara. Ini kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri.

"Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal," jelas Adi yang membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita itu.

Mengulas mengenai peranannya sebagai pelajar bersama Rita dalam drama tersebut, ungkap Adi, ia tidak menjadi masalah buat mereka.

"Usia tidak tertakluk kepada watak yang kita bawa. Asalkan ia boleh meyakinkan penonton. Jika beri watak itu kepada orang muda, kalau dia tidak dapat warnakan watak itu pun tiada guna. Disebabkan itu Rita dipilih sebab dia berpengalaman.

"Cara dia menggalas beg dengan postur tubuh yang pandai dimainkannya sudah berjaya menampakkan keremajaan dia," ulasnya yang turut memberitahu, tidak akan mengubah bentuk tubuhnya untuk membawa watak sebagai pelajar.


ADI PUTRA dan Rita bersama pelakon cilik, Fureena Ezlyn yang turut berlakon dalam Sehangat Asmara.


Di luar lapangan seninya, Adi kini mengakui kehadiran Zara Adelia yang dipelihara kira-kira tiga bulan lalu menjadi pengikat kepada rumah tangganya yang hampir-hampir musnah pada tahun lepas.

Ditanya adakah kehadiran anak itu merapatkan semula perkahwinannya dengan Zuhaida yang dikatakan berantakan sebelum ini, ungkap Adi, dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

"Tidak boleh kata sejauh mana (kehadiran anak) akan mengekalkan rumah tangga saya. Kami biarkan ia berjalan secara semula jadi. Apa yang penting, doa daripada kami berdua kepada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan," tuturnya mengenai perkahwinan yang dibina sejak 14 April 2006 itu.

Gembira dengan kehadiran Zara, kongsi Adi, setiap kali keluar berlakon dia tidak sabar untuk pulang semula ke rumah malah akuinya, rutin sebagai bapa seperti membuat susu sudah dipraktikkan setiap hari walaupun Zara berjaga pada pukul 4 pagi.

"Ketika ambil dia umur empat hari, saya takut lagi mahu dukung tetapi sekarang bila umur dia sudah tiga bulan saya sudah berani dukung. Kehadiran Zara memang menggembirakan kami (Adi dan isteri). Ia adalah pengalaman baharu buat kami," jelasnya lagi.

Rita dan Lisdawati

Masih lagi tidak selesai dengan kes rumah tangganya, Rita Rudaini mengakui tertekan membaca novel Sehangat Asmara yang mengisahkan kesengsaraan seorang isteri menunggu suaminya selama sembilan tahun.

"Sebenarnya saya memang suka baca novel dan Sehangat Asmara merupakan salah satu koleksi novel yang saya ada. Cuma, saya tertekan baca novel itu kerana ceritanya sedih," ujarnya yang mengakui dengan membaca novel tersebut membantunya menjayakan drama Sehangat Asmara itu.

Tidak hanya tertekan membaca novel, Rita juga mengakui mengalami tekanan kerana menjayakan babak yang banyak menangis sehingga menyebabkan air matanya kering. Mujur, pihak produksi faham dan tidak memaksa Rita untuk menjayakan babak menangis sehingga dia memperoleh mood semula.

Ditebak soalan tidakkah tawaran berlakon dalam Sehangat Asmara itu mengguris perasaannya kerana ia kelihatan serupa dengan kehidupan sebenarnya, ungkap Rita, dia tidak berasa sedemikian.

"Saya tidak terguris. Apa yang boleh saya cakap, ia memudahkan lagi untuk saya menjiwai watak tersebut kerana pernah melaluinya," jelasnya yang membawakan watak sebagai Kamilia Najwa itu.

Mengulas mengenai gandingannya bersama Adi, tutur Rita, Sehangat Asmara bukan merupakan gandingan pertamanya bersama Adi kerana sebelum ini dia pernah berlakon dengan Adi dalam filem Balistik.

Begitupun, pelakon drama Kutub Utara Kutub Selatan itu mengakui agak sukar untuk mendekati Adi pada mulanya.

"Ini kali ketiga berlakon bersama Adi. Cuma, sebelum ini adegan bersama Adi tidak banyak tetapi dalam Sehangat Asmara kami berlakon sebagai suami isteri.

"Mula-mula susah juga nak dapatkan keserasian dengan Adi kerana saya tidak mengenalinya dengan rapat. Lainlah dengan Rosyam dan Aqasha sebab kami memang berkawan jadi untuk membina keserasian di set penggambaran adalah mudah," jelasnya.

Melihat karakter Adi yang pendiam, Rita pada mulanya gentar untuk menyapa Adi kerana takut dituduh 'gatal.'

"Mula-mula memang rasa canggung tetapi selepas seminggu penggambaran baru boleh 'masuk' dengan dia (Adi)," ujarnya mengenai gandingannya bersama Adi dalam drama yang sebahagiannya menjalani penggambaran di Sydney, Australia itu.

Usai lakonannya dalam drama Sehangat Asmara diceritakan, Rita berkongsi cerita pula mengenai hubungannya bersama aktres Lisdawati yang dikatakan sudah berdamai itu selepas hampir tujuh tahun bermusuhan.


ADILA (tiga dari kanan) bersama barisan karyawan drama bersiri, Sehangat Asmara.


Semuanya gara-gara selepas ditawarkan berlakon bersama dalam drama bersiri Kerana Sarah.

Ujarnya, dia dan Lisdawati tidak lagi bermusuh dan tiada isu yang perlu timbul antaranya dengan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu.

"Saya dan Lisdawati tidak mempunyai masalah. Saya boleh berlakon dengannya asalkan tiada Fauzi. Kami juga bertegur sapa di set penggambaran cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati," jelasnya yang enggan berkongsi sebab-sebab mengapa dia tidak mahu berlakon dengan Fauzi Nawawi.

Isu kes duit hilang, Lisa masih keliru.

Posted:

Isu kes duit hilang, Lisa masih keliru.

Isu kes duit hilang, Lisa masih keliru.

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


LISA menanggung kerugian kehilangan wang tunai sebanyak RM51,000 tanpa diketahui pihak yang melakukannya.


MALANG tidak berbau. Begitulah nasib yang menimpa aktres terkenal, Lisa Surihani yang mana baru-baru ini, duit di dalam akaun bank miliknya lesap begitu sahaja. Ditambah pula jumlah wang yang hilang bukan sedikit, tetapi sebanyak RM51,000 dan dia mula mengesyaki ia berkaitan dengan kes penipuan yang semakin berleluasa kini.

Sehubungan dengan itu, Lisa dan ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, terus merujuk dengan pihak bank berkenaan. Apa yang pelik dan mengejutkan, pihak bank tersebut memberitahu, kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana ada pihak tidak bertanggungjawab sudah membuat kad ATM baharu atas namanya. Sehubungan itu, Lisa telah pun membuat laporan polis.

Lisa mengakui dirinya masih terkejut dengan apa yang berlaku, namun pada masa yang sama dirinya perlu tenang menanganinya.

Ikuti temu bual bersama Lisa yang ditemui pada majlis Pelancaran Peraduan Gerbang Cinta Utusan Malaysia Musim Keempat di Kampung Pengantin, Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Lisa, bolehkah komen tentang kejadian duit hilang yang terjadi pada anda baru-baru ini?

Lisa : Saya bukan tidak mahu memberi penjelasan kepada pihak media, namun saya tidak boleh berkata apa-apa memandangkan kes ini telah menjadi kes polis. Saya juga masih menunggu jawapan daripada pihak bank dan polis kerana kes ini masih disiasat. Jika ada apa-apa perkembangan, pihak polis akan memberitahu saya.

Wang yang hilang bukan sedikit. Adakah pihak bank berjanji akan membayar semula wang yang telah hilang?

Saya belum mendapat apa-apa respons tentang perkara ini kerana ia masih dalam siasatan. Belum dapat sebarang keputusan. Maafkan saya, bukan tidak mahu berkongsi, tetapi risau mengganggu siasatan. Jika sesiapa yang mendapat maklumat sebelum ini bermakna mereka perolehinya dari polis kerana memang Lisa tidak beri sebarang komen tentang perkara ini.

Bagaimanakah perasaan Lisa ketika ini setelah mengetahui duit simpanan selama ini hilang begitu sahaja?

Saya kini memang sedang keliru dan tidak tahu bagaimana perkara ini terjadi sebenarnya. Ini kerana ia secara tiba-tiba berlaku pada saya. Daripada saya berkata-kata tanpa ketahui apa yang benar dan salah, baik saya diam. Bila setelah kes ini selesai kelak, saya juga lebih selesa untuk bercerita.

Nampaknya Lisa kini kurang terlibat dengan drama. Boleh ceritakan perkembangan Lisa kini?

Saya memang kurang terlibat dengan drama dan filem. Drama terakhir saya berjudul Mana Hilangnya Juwita yang disiarkan di Astro. Kini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri untuk RTM iaitu Maskara.

Selain itu, perancangan saya pada tahun 2013 ialah saya ingin melibatkan diri dengan banyak aktiviti kemasyarakatan. Saya mahu buat perkara yang dekat di hati masyarakat seperti kerja amal dan sebagainya.

Bagaimanakah pula dengan perancangan keluarga. Bilakah mahu memiliki anak sendiri?

Saya tidak punya perancangan dan kini hanya tunggu pada rezeki. Harap peminat dan anda semua dapat doakan rezeki saya untuk menimang cahaya mata. Namun, saya tidak pasti lagi dengan perancangan sama ada mahu berehat atau teruskan aktiviti seni ketika mengandung. Terpulang kepada kudrat diri saya kelak, insya-Allah.

Aku sudah tua! - Seohyun

Posted:

Aku sudah tua! - Seohyun

Aku sudah tua! - Seohyun


SEOHYUN


PENYANYI dan pengacara, Seohyun yang merupakan ahli kumpulan Girls' Generation baru-baru ini terkejut apabila menyedari jurang usia antara dirinya dan artis baharu cukup besar.

Kata Seohyun yang berusia 22 tahun: "Saya sedar cukup lama masa berlalu sejak kemunculan pertama saya sebagai artis. Ketika sibuk dengan kerja sebagai pengacara program muzik, saya akan berjumpa ramai artis baharu setiap minggu.

"Saya merupakan ahli termuda dalam kumpulan Girls' Generation tetapi apabila saya melihat artis muda yang lahir pada tahun 1996 saya berasa diri saya sangat tua kerana mereka begitu muda.

"Sekarang baru saya faham perasaan artis yang lebih senior apabila mereka bertanya tentang usia saya. Dahulu jika senior bertanya berapa usia diri ini, saya akan jawab, 'saya lahir pada tahun 1991'."

Tambahnya, jumlah artis baharu yang semakin bertambah setiap hari membuatkan dia tidak kenal dan ingat nama kesemua artis baharu dalam program muzik kendaliannya.

"Ketika Girls' Generation mula-mula muncul saya tidak faham kenapa orang ramai sukar membezakan kami sedangkan kami mempunyai wajah dan personaliti yang jauh berbeza.

"Sekarang, saya faham situasi itu kerana sekarang pun saya susah untuk mengingati nama kumpulan baharu apatah lagi nama setiap ahli kumpulan tersebut," jelasnya.

Apabila disoal adakah mereka bukan lagi sebuah kumpulan gadis remaja kerana kesemua mereka kini berusia sekitar 20-an, balas Seohyun mereka masih lagi sama seperti dahulu.

"Belum ada ahli kumpulan yang berkahwin atau melahirkan anak, jadi kami masih lagi kumpulan gadis remaja," katanya.

Perkembangan terbaharu, Girls' Generation kini sedang mendaki carta lagu popular Korea dengan single terbaharu mereka berjudul I Got A Boy.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved