Selasa, 31 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ekonomi 2014 dijangka lebih baik

Posted:

Ekonomi 2014 dijangka lebih baik

Ekonomi 2014 dijangka lebih baik

BEKERJA sebagai pembantu perpustakaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Norlilawati Mohd. Shah, 30, menjalani kehidupan sederhana sama seperti jutaan rakyat Malaysia yang lain.

Berbanding dirinya yang memilih untuk bekerja di sektor kerajaan, suaminya, Mohd. Khairil Anuwar Mustakim, 30, pula lebih gemar bekerja sendiri untuk menampung kehidupan berkeluarga.

Perkongsian hidup selama lima tahun, pasangan bahagia ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Khaliq Al-Qayyum, 4, dan Qhalif Al-Raziq, 2.

Memiliki pendapatan bersama mencecah RM5,000 sebulan, Norlilawati mengakui, perbelanjaan bulanan keluarganya mempunyai graf turun dan naik.

"Menyentuh tentang soal kewangan keluarga, adakala mencukupi dan ada ketikanya ia melebihi daripada keperluan berbelanja.

"Faktor kenaikan harga barang, tanggungjawab memenuhi keperluan anak-anak yang semakin membesar dan kekerapan pulang ke kampung untuk menziarah ibu bapa menyebabkan kami perlu menyemak semula belanjawan ini.

"Tambahan pula, pengumuman kerajaan tentang kenaikan tarif elektrik baru-baru ini turut menjadi kebimbangan buat kami sekali gus perlu merancang perbelanjaan secara berhemah dan bijak," jelas Norlilawati ketika ditemui Kosmo! di Shah Alam, Selangor.

Kukuhkan kewangan

Menurut wanita yang murah dengan senyuman itu lagi, disebabkan pendapatan keluarganya tidak mencukupi untuk memenuhi syarat kelayakan membeli rumah, dia mengambil langkah alternatif membeli tanah di kampung yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan untuk dibuat rumah satu hari nanti.

"Secara jujurnya, memang kami merasai kesan dan terbeban dengan kenaikan tersebut yang secara tidak langsung meningkatkan lagi kos sara hidup di bandar. Namun, kami tetap positif dengan apa yang berlaku.


KENAIKAN tarif elektrik turut meningkatkan kos sara hidup rakyat terutama yang menetap di bandar.


"Sehubungan itu, kami sedaya upaya mengelak daripada terbeban dengan hutang seperti kad kredit dan pinjaman bank.

"Alhamdulillah, setakat ini kewangan kami masih stabil. Apa-apa pun kami tetap berharap dapat mengukuhkan kewangan dan kerjaya yang stabil agar dapat memperbaiki taraf hidup pada masa akan datang," tutur Norlilawati yang turut mengusahakan perniagaan menjual kuih semperit secara kecil-kecilan bagi menampung pendapatan keluarga.

Sifat positif yang dimiliki Norlilawati dalam menghadapi cabaran hidup sempena tahun 2014 ini seharusnya dicontohi ramai individu lain.

Meskipun rata-rata rakyat terbeban dengan pelbagai kenaikan yang meningkatkan kos sara hidup masing-masing, namun mereka perlu berlapang dada dengan apa yang berlaku.

Bagi Mafidz Mohammad, 49, yang sudah melalui jatuh bangun dalam dunia perniagaan dan pemasaran melalui internet selama 19 tahun, dia tetap yakin dengan rezeki kurniaan Allah.

Justeru, katanya, usaha perlu diteruskan untuk meraih pendapatan yang tinggi bagi memenuhi keperluan keluarga. Apatah lagi, anak tunggalnya sudah memasuki alam persekolahan tahun ini.

"Dahulu, saya pernah hidup mewah di kota raya Kuala Lumpur dengan pendapatan mencecah lima angka sebulan. Tetapi, putaran kehidupan tidak menjadikan kita selalu di atas.

"Banyak dugaan yang menimpa terutamanya apabila kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Risiko untuk ditipu amat besar. Jadi, kita perlu bersedia mental dan fizikal," kata Mafidz yang bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memahami dan sanggup berkorban untuk keluarga.


JANGKAAN kenaikan tol dipercayai akan menaikkan kos sara hidup golongan yang sering menggunakan kemudahan tersebut.


Menurut Zakiah Sabri, 45, sebelum berkahwin dengan Mafidz pada tahun 2000, dia pernah bekerja di Bursa Saham Kuala Lumpur dengan gaji sekitar RM1,700 sebulan. Namun, atas sebab-sebab tertentu, dia terpaksa mengambil tawaran skim pemberhentian sukarela (VSS) selepas sedekad bekerja.

"Kemudian, kami mengambil keputusan pulang ke kampung di Tampin, Negeri Sembilan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik memandangkan kos sara hidup di bandar amat tinggi.

"Buat masa ini, saya turut bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM30 sehari untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga," ungkap Zakiah yang sentiasa merekodkan perbelanjaan bulanan.

Jangkaan optimis

Pada 2 Disember lalu, kerajaan mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98 peratus atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan berkuat kuasa Januari 2014.

Selain itu, kerajaan juga dijangka menaikkan kadar tol di beberapa lebuh raya yang pasti memberi kesan besar terhadap aliran kewangan rakyat Malaysia.


PENGURANGAN subsidi petrol menyebabkan harga minyak dinaikkan pada September lalu.


Ironinya, berbaki enam tahun menjelang 2020, masih banyak perkara yang perlu dilakukan setiap rakyat negara ini agar status negara maju berjaya dicapai. Dalam pada itu, Ketua Penyelidik Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd. (RAM), Dr. Yeah Kim Leng berkata, ekonomi Malaysia dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik pada tahun 2014.

"Ini berdasarkan peningkatan faktor luaran dan pengekalan permintaan domestik disebabkan pelaburan dari sektor swasta yang kukuh dan berterusan serta peningkatan perbelanjaan secara sederhana oleh isi rumah meskipun berlakunya kenaikan harga tahun depan.

"Kami meramalkan ekonomi negara akan mencecah tahap yang tertinggi dengan purata 5.0 ke 5.5 peratus yang diunjurkan oleh kerajaan berdasarkan jangkaan optimistik terhadap pemulihan dalam eksport Malaysia dan keteguhan aktiviti pelaburan swasta," ujar Kim Leng ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut pakar ekonomi itu lagi, dengan kadar inflasi mencecah 2.9 peratus pada November lalu, pihaknya menjangkakan tekanan harga yang lebih tinggi akan menyebabkan Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat sekitar 3.0 ke 3.5 peratus dengan kecenderungan peningkatan bergantung sama ada terdapatnya pengurangan subsidi terutama petrol.

"Faktor sampingan ini juga bergantung kepada sejauh mana usaha membendung pengambilan untung berlebihan dan kesan harga pusingan kedua berjaya kerana ia memerlukan kerjasama semua pihak.

"Ini termasuklah usaha oleh firma-firma untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti bagi menghadapi tekanan kos dan tidak menaikkan harga dengan cara yang tidak munasabah.

"Selain itu, isi rumah juga perlu bijak dan berhemah dalam berbelanja manakala kerajaan pula bertanggungjawab membantu industri untuk mengurangkan kos yang ditanggung bagi menjalankan perniagaan mereka," terang beliau.

Rawatan pelik pulih pesakit dirasuk jin

Posted:

Rawatan pelik pulih pesakit dirasuk jin

Rawatan pelik pulih pesakit dirasuk jin


KUBUR-KUBUR penghuni pusat pemulihan yang meninggal dunia boleh dilhat dari dalam bilik kurungan.


AKIBAT bertengkar dengan bapanya, Muhammed Din dikurung di dalam bilik kecil di sebuah tempat suci Afghan. Dia turut dirantai dan hanya diberi makan roti untuk 40 hari.

Muhammed dipaksa untuk menjalani perubatan tradisional di pusat pemulihan, Mia Ali Baba yang terletak di perkampungan Samar Khel di pinggir bandar Jalalabad, bagi memulihkannya daripada rasukan jin.

Walaupun selepas sedekad bantuan kewangan antarabangsa dan pakar perubatan disalurkan kepada Afghanistan, kebanyakan penduduk tempatan masih mempercayai kaedah perubatan tersebut.

"Saya bertengkar dengan bapa kerana saya mengambil duitnya untuk membeli sebuah motosikal," kata lelaki muda berbadan kurus yang duduk di atas selimut kotor dengan pergelangan tangan dan buku lalinya dirantai.

"Saya amat marah dan tidak berpuas hati dengannya kerana meletakkan saya di sini," katanya.

Halau semangat jahat

Muhammed dikatakan mempunyai lima parut di badannya yang diperoleh ketika berkhidmat dalam pasukan tentera Afghan. Dia ditempatkan di pusat tersebut yang mempunyai 20 bilik kecil diperbuat daripada batu.

Struktur siling dan dinding tidak berplaster, cuaca lembap serta tiada kipas angin menjadikan keadaan di tempat tersebut bertambah buruk.

"Para pesakit akan dirantai selama 40 hari dan hanya diberi makan roti bersama lada hitam. Ia bertujuan untuk menghalau semangat jahat di dalam badan mereka," kata Malik yang merupakan penyelia pusat tersebut.

KANAK-KANAK dari kawasan berhampiran turut dibenarkan mengunjungi pusat pemulihan Mia Ali Baba.


Pemulihan tersebut telah berjalan sejak 360 tahun lalu dan dipercayai ribuan pesakit berjaya dipulihkan. Pada peringkat akhir pemulihan, para pesakit akan diberi minum air rebusan kepala kambing untuk melengkapkan proses pemulihan.

Kesemua penghuni pusat pemulihan tidak bercakap antara satu sama lain kerana keletihan selepas mengikuti kaedah rawatan yang ketat semasa proses pemulihan. Ia juga menyebabkan tahap kesihatan mereka semakin merosot.

"Saya tidak mahu masuk ke sini, abang memaksa saya masuk. Dia kata mahu membawa saya berjumpa doktor dan meminta wang sebanyak 5,000 Afghani (RM293) daripada saya. Tidak lama kemudian, saya berasa pening dan mula sakit kepala," kata seorang lagi pesakit, Abdul berumur 30-an yang tidak mampu menjelaskan punca dia dihantar ke pusat pemulihan itu.

Keadaan bilik kurungan Abdul sangat menjijikkan. Ia berbau busuk dan dipenuhi sampah sarap. Kanak-kanak yang melintasi kawasan tersebut selalu mengetawakannya sebelum mereka melarikan diri.

Mengurung pesakit

Menurut pengarah dan juga seorang doktor di Hospital Psikiatri Kabul, Dr. Shah Temor Mosamim, dia tidak bersetuju dengan kaedah rawatan tersebut kerana ia tidak mempunyai rujukan asas mengikut aspek penyelidikan sains.

"Tidak kira berapa agresifnya seseorang pesakit, jika tidak memberinya makanan dalam tempoh 40 hari mereka akan lemah," katanya.

Menurutnya, di Afghanistan, terdapat beberapa rawatan tradisional untuk merawat pesakit mental iaitu merantai dan mengurung di dalam bilik atau menghantar mereka ke pusat pemulihan.

MUHAMMED dikurung di pusat pemulihan Mia Ali Baba selepas mengambil duit bapanya untuk membeli sebuah motosikal.


Kumpulan kempen Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) menggesa pusat pemulihan tersebut ditutup yang turut mendapat reaksi sama daripada aktivis hak asasi tempatan.

"Pusat pemulihan ini perlu ditutup kerana mengamalkan kaedah rawatan yang tidak sesuai dengan hak-hak asasi manusia," kata penyelidik HRW, Heather Barr.

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Afghanistan, Rafiullah Bidar mempersoalkan tindakan keluarga yang sanggup membiarkan ahli keluarga mereka hidup di sana.

"Mereka fikir, ia pilihan terakhir... kita tidak boleh menolak kenyataan ini. Keluarga tersebut tidak berpuas hati dengan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan, sebab itu mereka bergantung kepada perkhidmatan pusat pemulihan berkenaan.

"Persekitaran tempat tinggal pesakit di pusat pemulihan itu tidak sihat, mereka membuang air besar dan kencing di dalam bilik kecil masing-masing. Saya masih ingat keadaan bau busuk dan suasana yang tidak sihat di pusat pemulihan itu ketika saya melawatnya dahulu," katanya.

Bagi Muhammed dan Abdul, ketakutan terbesar apabila berada di sana ialah kematian dan bukan sembuh daripada penyakit masing-masing.

Dari bilik kurungan, mereka boleh melihat kubur-kubur mereka yang telah meninggal dunia.

"Sesetengah keluarga tidak datang semula melihat pesakit sehingga mencecah enam hingga lapan bulan dan adakalanya pesakit tersebut meninggal dunia. Kami mengebumikan mereka di sana," kata penjaga pusat pemulihan itu, Mir Shafiqullah sambil menunjukkan satu kawasan perkuburan di luar pusat pemulihan itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Baja kompos organik ciptaan pelajar sekolah

Posted:

Baja kompos organik ciptaan pelajar sekolah

Baja kompos organik ciptaan pelajar sekolah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo

PROJEK baja kompos yang diusahakan oleh pasukan Eco-Greenator dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Kesuma di Beranang, Selangor dinobatkan sebagai juara pertandingan Suara Remaja Memperjuangkan Pemuliharaan.

Ternyata usaha gigih pasukan tersebut selama beberapa bulan sejak bulan Mac 2013 tidak sia-sia.

Ketua projek, Muhammad Afiq Omaruddin, 16, mengakui kejayaan tersebut begitu bermakna buat mereka yang menyertai pertandingan tersebut buat kali pertama tahun ini.

"Alhamdulillah, rasa amat teruja apabila kami diumumkan sebagai juara pada pertandingan akhir ini. Meskipun pasukan lain juga hebat dengan pelbagai projek pemuliharaan, tetapi tuah memihak pada kami," tutur Muhammad Afiq.

Program yang dikenali dengan singkatan YV4C itu merujuk kepada Young Voices for Conservation dianjurkan oleh pertubuhan Treat Every Environment Special (TrEES) sebagai satu inisiatif menggalakkan golongan pelajar mencintai alam sekitar. Ia telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran dan disokong oleh Affin Bank Berhad (Affinbank).


PESERTA dari SMK Bandar Tasik Kesuma memproses baja kompos di sekolah mereka.


Enam terpilih

Pada peringkat awal, sebanyak 39 pasukan dari sekolah-sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya bersaing untuk merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Namun, hanya enam sekolah terpilih ke peringkat akhir berdasarkan projek yang diusahakan bagi memelihara alam sekitar yang berlangsung pada 12 November lalu di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar.

Pasukan tersebut terdiri daripada SMK Cheras Jaya, SMK Taman Sea, SMK Bandar Tasik Kesuma, SMK Serendah, SMK Wangsa Melawati dan SMK King George V.

Menurut Muhammad Afiq, pasukannya berjaya menghasilkan 150 kilogram baja kompos organik daripada bahan buangan taman dan sisa makanan yang diambil dari kantin sekolah.

"Kemudian, baja itu kami gunakan untuk menyuburkan taman-taman di kawasan sekitar sekolah. Malah, sebahagian daripada baja tersebut telah dijual bagi membiayai kos untuk meneruskan pelaksanaan projek ini," jelasnya ketika ditemui.

Sepanjang program ini berlangsung, setiap pasukan tampil dengan penyelesaian sendiri untuk menghijaukan sekolah dan menggembleng tenaga warga sekolah masing-masing bagi menjayakannya.

PESERTA dari SMK Serendah bekerjasama membina pagar taman di cerun yang berhampiran kantin sekolah mereka.


Gubah taman

Selain itu, para peserta turut dibantu merancang dan melaksanakan projek melalui bengkel latihan yang diadakan oleh pihak penganjur.

Pengarah TrEES, Christa Hashim memberitahu, secara keseluruhan, lebih 65 tan bahan kitar semula seperti kertas, plastik, tin, kotak minuman dan minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan oleh sekolah-sekolah tersebut.

"Setiap pasukan juga kreatif menggubah taman yang ditanam dengan pelbagai pokok untuk mempelbagaikan tumbuhan semula jadi di sekolah masing-masing.

"Hakikatnya, melalui pertandingan ini, para peserta dapat mencungkil bakat yang ada dalam diri, meluaskan pengetahuan, menajamkan kemahiran dan mengenali erti semangat berpasukan untuk meraih kejayaan," ungkap Christa.

Antara projek unik yang menarik perhatian ialah pemindahan kelawar yang tinggal di loteng SMK King George V di Seremban, Negeri Sembilan melalui penyediaan sarang kelawar di tempat lain.

Meskipun kelawar berguna bagi alam sekitar, tetapi guano atau najis kawanan haiwan itu mampu membahayakan kesihatan warga sekolah tersebut.


Contoh baja kompos yang dihasilkan pelajar dalam program YV4C ini.


Projek mengusahakan sebuah taman di lereng bukit di SMK Serendah bagi mengelakkan berlakunya hakisan tanah juga harus diberi pujian.

"Kami bimbang keselamatan penghuni sekolah jika berlaku hakisan tanah pada cerun-cerun yang curam bersebelahan kantin sekolah ini. Sebab itulah kami sepakat untuk menanam pokok dalam mengekalkan keutuhan tanah di situ," kata wakil pasukan, Teh Ai Yee, 16.

Bagi pasukan dari SMK Cheras Jaya pula, kertas sisa dan bungkusan plastik dari kantin sekolah yang dahulunya dibuang kini dianggap sebagai sumber yang berharga.

Justeru, mereka bertindak mengitar semula dan menggunakan untuk mengindahkan kawasan taman. Malah, sisa kertas digunakan semula sebagai kantung pelindung sayur-sayuran dan membuat kertas lukisan serta kolaj.

Sementara itu, menggunakan sistem membuat kompos yang digelar bokashi, pasukan dari SMK Taman Sea berjaya mengurangkan sisa makanan mentah dari dapur kantin dan sisa makanan yang sudah dimasak tetapi tidak habis dimakan oleh pelajar.

Kompos bokashi ini digunakan untuk menyuburkan sepetak tanah kosong yang dijadikan kebun sayur-sayuran organik di sekolah mereka.

Usaha ini juga secara tidak langsung mendidik warga sekolah tentang cara menggunakan baja organik untuk menanam buah-buahan dan sayur.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini layari laman www.facebook.com/YV4C.TrEES.

Penemuan spesies haiwan terbaharu

Posted:

Penemuan spesies haiwan terbaharu

Penemuan spesies haiwan terbaharu

TAHUN 2013 membawa sinar baharu kepada para saintis alam sekitar kerana menemui beberapa spesies baharu dan unik. Ia membuka jalan kepada kajian yang lebih mendalam mengenai hidupan-hidupan pelik tersebut agar dapat dimanfaatkan pada generasi seterusnya.

Antara penemuan yang menarik perhatian ialah mentadak yang menyerupai bunga orkid, cicak berhidung panjang dan lintah berwarna merah jambu. Berikut 10 penemuan spesies baharu yang dicatatkan oleh laman web National Geographic.


CYCLOSA membuat sarang palsu untuk memerangkap mangsa dan mengelak serangan musuh.


Labah-labah spesies Cyclosa

AHLI Biologi Hidupan Liar, Phil Torres menemui spesies baharu labah-labah di hutan Amazon ketika membuat kajian di Pusat Penyelidikan Tambopata, Peru. Berukuran 5 milimeter, labah-labah itu dipercayai daripada keluarga Cyclosa, mempunyai teknik helah tersendiri bagi mengelak serangan musuh.

Menurut Torres, haiwan tersebut membuat sarang lima kali lebih besar daripada saiznya sebagai umpan dan sebagai perlindungan daripada musuh. Selain itu, ia akan menyelaputi badan dengan sejenis lendiran membuatkannya kelihatan seperti bangkai serangga yang tergantung di sarang tersebut.

Blobfish haiwan paling hodoh

TINGGAL dalam kedalaman laut 600 hingga 1,200 meter, ikan Blobfish banyak terdapat di luar pantai Australia. Ia boleh membesar sehingga 30 sentimeter panjang dan tidak mempunyai sebarang otot, membuatkan wajahnya kelihatan lembik.

Haiwan seperti agar-agar itu menjadi maskot terbaharu kepada Persatuan Perlindungan Haiwan Hodoh berdasarkan undian yang dilakukan dalam laman web kumpulan itu.

Timun laut gergasi

PARA saintis menemui satu spesies timun laut gergasi yang menggunakan bahagian anus sebagai mulut keduanya. Ia dinamakan Timun Laut California atau Parastichopus californicus yang hidup di laut cetek di luar pantai Pasifik Amerika Utara.

Ia bernafas dan makan menggunakan anus kerana tidak mempunyai paru-paru dan bergantung kepada sistem pernafasan tersendiri iaitu satu set tiub panjang yang terdapat pada tubuhnya. Tiub itu mempunyai rongga dengan mulut dan anus terletak pada penghujung badan.

Berukuran 50 sentimeter panjang, spesies ini sentiasa bergerak aktif. Ia boleh mengepam tiga hingga empat cawan air dalam masa sejam melalui anus. Seterusnya memindahkan oksigen ke bahagian sistem pernafasan untuk kegunaan sel-sel dalaman.

Lintah berwarna merah jambu

SPESIES lintah berwarna merah jambu ditemui di pergunungan Kaputar, Australia yang berukuran 20 sentimeter panjang dengan nama saintifiknya, Triboniophorus aff. graeffei. Menurut renjer Perkhidmatan Hidupan Liar dan Taman Negara Australia, Michael Murphy, haiwan berwarna menarik itu mempunyai spesies yang tersendiri.

"Berdasarkan kajian morfologi dan genetik yang dijalankan oleh pengkaji, lintah ini berasal daripada keluarga Athorcophoridae dan merupakan spesies asli yang hanya terdapat di Gunung Kaputar," ujarnya.


HIDUNG cicak Pinocchio mempunyai struktur yang fleksibel.


Cicak berhidung panjang

REPTILIA berhidung panjang yang disangka telah pupus ditemui semula di hutan Ecuador. Dinamakan cicak Pinocchio atau nama saintifiknya, Anolis proboscis dijumpai oleh jurugambar, Alejandro Arteaga.

"Penemuan ini tidak disangka kerana saya beranggapan cicak berhidung panjang hanyalah sekadar mitos," ujarnya. Para pengkaji mendapati hidungnya yang panjang itu mempunyai struktur fleksibel.

Pertama kali ditemui pada tahun 1953, ia dipercayai semakin pupus sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saintis hanya berjaya menyimpan enam spesimen yang kesemuanya berjantina jantan.

Babi hutan terbesar ditemui di Uganda

SEEKOR babi hutan seberat 275 kilogram yang ditemui di Taman Negara Kibale, Uganda menjadi spesies terberat yang pernah dijumpai setakat ini. Ia mempunyai badan berwarna hitam berduri, pipi bertanduk tajam dan saiznya 2 meter panjang.

Ia ditemui oleh penjelajah National Georgaphic, Rafael Reyna-Hurtado bersama sekumpulan ahli ekologi.

Reyna-Hurtado menjalankan kajian mengenai habitat haiwan tersebut yang bakal merungkai beberapa misteri seperti cara pemakanan, tempat tinggal, komunikasi antara habitat dan beberapa perkara berkaitan.

Tikus kasturi dengan tulang belakang kuat

DI Republik Demokratik Congo, saintis menemui spesies baharu tikus kasturi, Scutisorex thori yang mempunyai tulang belakang yang kuat. Ia merupakan sejenis mamalia pemakanan serangga yang mempunyai ekor sederhana panjang, mata kecil, muncung panjang dan tirus, gigi kecil yang banyak dan tajam serta telinga kecil.

Menurut Pengarah koleksi dan zoologi di Muzium Chicago, Bill Stanley, spesies yang hampir sama ditemui pada tahun 1910 iaitu S. Somereni turut mempunyai tahap ketahanan tulang belakang yang hebat berbanding hidupan mamalia lain.

Pada kebiasaannya, hidupan mamalia mempunyai lima vertebra yang menjadi asas kepada tulang belakang. Namun, tikus tersebut mempunyai 10 hingga 11 vertebra yang memberikan ketahanan tinggi pada tubuhnya.

Olinguito ditemui di Colombia

SEKUMPULAN saintis yang melakukan kajian di Hutan Simpan La Mesenia, Colombia menemui sejenis mamalia kecil iaitu olinguito. Ia merupakan spesies baharu yang dicatatkan pada Ogos tahun lepas. Mereka mengesahkan ia merupakan spesies karnivor pertama yang dijumpai di Hemisfera Barat selepas lebih tiga dekad.

Ia mempunyai saiz kecil dan kuku tajam bagi memudahkan memanjat pokok untuk mencari makanan dan dijadikan tempat tinggal. Selama ini, Olinguito bersembunyi di sebalik dahan-dahan pokok.


MENTADAK orkid melakukan penyamaran dengan bertukar menyerupai bunga orkid.


Mentadak seperti bunga orkid

DUA orang saintis iaitu James O'Hanlon dan Marie Herberstein dari Universiti Macquarine, Australia dan Gregory Holwell dari Universiti Auckland, New Zealand telah berkunjung ke Malaysia untuk mencari mentadak orkid.

Sepanjang pencarian itu, mereka menjumpai beberapa jenis mentadak yang melakukan penyamaran persekitaran, tetapi tiada yang melakukan pertukaran sebaik mentadak orkid.

Ia melakukan penyamaran bagi memudahkan menangkap mangsa yang hinggap pada kuntuman bunga orkid.

Serangga kecil berambut panjang

TROND LARSEN yang melakukan ekspedisi biologi di pergunungan tenggara Surinam menemui satu serangga unik yang mempunyai rambut panjang berwarna jernih.

Ia sukar untuk ditangkap kerana berkemampuan melompat pantas dengan tubuh kecil berukuran 5 milimeter. Disebabkan itu juga, Larsen tidak berkesempatan untuk mengambil spesimen sebagai bahan rujukan dan perbandingan dengan spesies lain.

Operasi rahsia unit tindakan khas Ghosts

Posted:

Operasi rahsia unit tindakan khas Ghosts

Operasi rahsia unit tindakan khas Ghosts

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI



PERMAINAN video penembak pertama (first person shooter) merupakan satu genre yang sering kali diadakan dalam pertandingan dalam talian dan platform mudah alih. Permainan video ini menguji kemahiran pemain untuk menguasai keseluruhan permainan.

Siri permainan terkenal seperti Battlefield, Call of Duty, Killzone dan sebagainya kerap dipaparkan di muka utama laman-laman web dan kini, Activision sekali lagi muncul dengan siri permainan video penembak pertama terbaharu mereka iaitu Call of Duty (CoD): Ghosts.

Ia boleh didapati pada pelbagai platform termasuk Microsoft Windows, PlayStation 3, Play Station 4, Xbox 360, Xbox One dan juga Wii U.

Grafik dan Audio

WALAUPUN menggunakan enjin yang sama dengan siri-siri CoD sebelum ini, edisi terbaharu ini menghasilkan grafik yang sangat menakjubkan.

Pada peringkat awal permainan lagi, pemain sudah disajikan dengan tahap grafik yang tinggi, raut wajah, teknik bayangan yang digunakan adalah lebih terperinci dan realistik.

Bagaimanapun, pemain yang biasa dengan siri CoD pasti boleh mengesan kesamaan grafik CoD: Ghosts dengan siri-siri sebelum ini dengan serta-merta.

Dari segi audio pula, tidak ada banyak yang boleh diulaskan. Efek bunyi tembakan, letupan dan lakonan suara secara umumnya adalah bersesuaian dan memberangsangkan.

CoD: Ghosts merupakan sebuah permainan video penembak pertama yang mantap selain mengekalkan identiti siri CoD dengan mod baharu "multiplayer" yang telah diperkenalkan. Ia tidak boleh disangkal lagi bahawa Activision ingin terus kekal dalam siri permainan dan akan terus bersaing pada masa hadapan.



Plot

COD: GHOSTS mengisahkan ahli unit tindakan khas "Ghosts" yang menjalankan operasi di kawasan musuh. Mereka dikatakan sebagai satu legenda kerana kemampuan menumpaskan segerombolan musuh hanya dengan beberapa ahli skuad sahaja.

Pada awal permainan, pemain akan diperkenalkan dengan satu sistem pertahanan diri maju yang dinamakan Orbital Defense Initiative atau ODIN. Kebanyakan siri penceritaan plot adalah melalui beberapa watak yang berbeza sepanjang permainan.

Mod dalam talian

INI merupakan salah satu sebab utama mengapa siri CoD: Ghosts mempunyai nilai permainan semula yang tinggi. Pemain yang bersahaja mungkin tidak peduli tentang mod ini, namun bagi peminat tegar siri CoD akan menggangap mod dalam talian atau pelbagai pemain (multiplayer) adalah poin pelaris bagi permainan video seperti CoD.

Tidak seperti siri CoD sebelum ini, CoD: Ghosts membawa beberapa kelainan dan paling ketara ialah mod skuad seramai 10 unit anggota bertempur sama ada secara skuad ataupun gelombang serangan pihak musuh.

Dalam mod Safeguard, pemain bersama rakan-rakan lain harus menempuh serangan pihak musuh secara gelombang dan dikenali sebagai mod Survival dalam siri CoD sebelum ini.

Antara mod multiplayer yang berbaloi diberi perhatian ialah mod cranked. Dalam mod ini, kumpulan yang berjaya menumpaskan 100 orang pihak musuh dikira sebagai pemenang.

Apa yang menarik tentang mod ini ialah pemain yang berjaya menumpaskan pihak lawan akan berada dalam keadaan cranked, sekali gus membolehkan pemain untuk melontarkan bom tangan dan mengisi peluru dengan lebih pantas.

Namun jika pemain gagal untuk menumpaskan seorang pihak musuh dalam tempoh yang ditetapkan, pemain yang cranked akan meletup dan kitaran ini akan berulang.



Mekanisme Permainan

TIDAK banyak perkara baharu yang boleh dihuraikan, selain keupayaan grafik yang telah dipertingkatkan. Mekanisme permainan lain adalah lebih kurang sama, cuma kali ini, ia lebih baik. Heads Up Display (HUD) lebih kemas dengan jumlah peluru, bom tangan dan penanda kedudukan pemain hanya dipaparkan apabila mahu digunakan.

Ini bermaksud HUD hanya boleh dilihat ketika dalam pertempuran. Seperti biasa, jika pemain melepaskan terlalu banyak tembakan, skrin akan berlumuran darah dan nafas watak akan menjadi pantas. Namun, kini ia akan hilang secara perlahan-lahan sekiranya pemain mengambil kedudukan yang selamat untuk memulihkan keadaan diri mereka.

Bom tangan yang dilemparkan ke pihak musuh juga boleh dilontarkan semula. Apa yang menarik ialah pada satu sudut permainan, pemain boleh mengambil alih kawalan anjing serangan atau attack dog bagi meronda kawasan dan menjalankan intipan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Taklimat KAFA Integrasi Al-Hijrah

Posted:

Taklimat KAFA Integrasi Al-Hijrah

Taklimat KAFA Integrasi Al-Hijrah


SEBAHAGIAN daripada ibu bapa yang hadir pada majlis taklimat mengenai KAFA Integrasi Al-Hijrah di Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor baru-baru ini.


TAKLIMAT. Satu sesi taklimat mengenai Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) Integrasi Al-Hijrah kepada ibu bapa pelajar diadakan di Surau Al-Hijrah (SAH), Desa Pinggiran Putra Fasa 1, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Mulai tahun 2014, KAFA Integrasi Miftahuddin Kajang yang sebelum ini beroperasi sebagai cawangan di SAH akan didaftarkan di bawah SAH dengan nama Sekolah KAFA Integrasi Al-Hijrah.

Pengerusi SAH, Wan Mohd. Yusof Wan Abdul Rahman berkata, langkah itu diambil berikutan arahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang tidak membenarkan lagi Sekolah KAFA Miftahuddin, Kajang menubuhkan mana-mana cawangan.

Katanya, semua sesi pembelajaran KAFA Integrasi Al-Hijrah akan dijalankan sepenuhnya di bangunan surau yang mengandungi tiga bilik darjah.

"Pembelajaran adalah mengikut sukatan yang ditetapkan JAIS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Yuran pengajian masih kekal sebanyak RM40 sebulan," katanya.

Econsave prihatin bantu pemuda lumpuh

Posted:

Econsave prihatin bantu pemuda lumpuh

Econsave prihatin bantu pemuda lumpuh


ZAMZURI (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada Abu Bakar Saad, bapa kepada Mohd. Nizam yang lumpuh di Kampung Padang Lalang, Simpang Ampat, Pulau Pinang baru-baru ini.


BANTU. Penderitaan dialami seorang pemuda, Mohd. Nizam Abu Bakar, 21, yang lumpuh anggota badan selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian tempurung kepalanya pada Oktober lalu mendapat perhatian banyak pihak selepas kisahnya disiarkan Kosmo! baru-baru ini.

Pasar raya besar Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd. (Econsave) cawangan Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang antara yang bermurah hati menyerahkan sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan harian kepada keluarga Mohd. Nizam.

Pengurus Operasi pasar raya itu, Zamzuri Mansor berkata, pihaknya menyerahkan sumbangan tersebut bagi meringankan beban keluarga Mohd. Nizam selain memberi semangat kepada pemuda itu untuk kembali pulih.

"Sumbangan bernilai RM1,000 itu merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat di bawah program Econsave Prihatin," katanya ketika ditemui semasa menyerahkan sumbangan tersebut kepada keluarga pemuda itu di Kampung Padang Lalang di Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Kanak-kanak Orang Asli Temiar berkhatan beramai-ramai

Posted:

Kanak-kanak Orang Asli Temiar berkhatan beramai-ramai

Kanak-kanak Orang Asli Temiar berkhatan beramai-ramai


MOHD. NIZAR (belakang, tengah) bersama Abdul Razak (belakang lima dari kiri) bergambar bersama anak-anak Orang Asli pada majlis berkhatan beramai-ramai pada program Jiwa Murni di Sungai Siput, Perak baru-baru ini.


IBADAH. Seramai 20 kanak-kanak Orang Asli dari suku Temiar berkhatan beramai-ramai pada program Jiwa Murni anjuran Kor Kesihatan Diraja (KKD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Legap, Sungai Siput, Perak baru-baru ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Razak Md. Yusoff berkata, program yang merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi merapatkan hubungan ATM bersama rakyat itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Usahawan dan Koperasi Perak, Mohd. Nizar Zakaria.

Beliau berkata, kesemua kanak-kanak Orang Asli berkenaan dikhatankan secara percuma oleh doktor dan paramedik KKD ATM.

"Pada program sama, kita turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada hampir 1,300 masyarakat tersebut yang menetap di sekitar Sungai Siput," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Merompak untuk bayar hutang M-16

Posted:

Merompak untuk bayar hutang M-16

Merompak untuk bayar hutang M-16

Oleh ADHAM SHADAN dan SAMSUL BAHARI MOHAMED
berita@kosmo.com.my

MAZLAN (tengah) menunjukkan raifal M-16 yang digunakan untuk menyamun kedai serbaneka di Tanah Merah malam kelmarin.


KOTA BHARU – Gara-gara kedai emas sudah tutup, tiga penjenayah bersenjatakan raifal M-16 yang terdesak untuk membayar hutang pembelian senjata api tersebut nekad merompak sebuah kedai serbaneka di Tanah Merah dekat sini malam kelmarin dan melarikan wang tunai RM300 dari premis itu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sebelum rompakan pada pukul 8.10 malam, tiga penjenayah itu sebenarnya merancang untuk merompak kedai emas di sekitar bandar ini tetapi malangnya kedai emas yang menjadi sasaran ketika mereka tiba sudah ditutup.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua pembantu kedai cemas jadi mangsa samun

Posted:

Dua pembantu kedai cemas jadi mangsa samun

Dua pembantu kedai cemas jadi mangsa samun

TANAH MERAH – Dua orang pembantu kedai serbaneka di sini terpaksa menghadapi detik cemas dan dramatik apabila premis tempat mereka bekerja dirompak dua penjenayah bersenjatakan selaras raifal M-16 dalam kejadian malam kelmarin.

Dua pembantu kedai itu mendakwa mereka terpaksa menahan rasa takut dalam tempoh lima minit menyaksikan adegan rompakan tersebut yang seolah-olah dalam filem.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kadar tol 13 lebuh raya utama kekal

Posted:

Kadar tol 13 lebuh raya utama kekal

Kadar tol 13 lebuh raya utama kekal



KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi berhubung kenaikan kadar tol lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya yang kadar tolnya akan dinaikkan pada 2014.

"Bagaimanapun, kerajaan sebaliknya masih lagi mempertimbangkan langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal hijrah ke Singapura?

Posted:

Rajagobal hijrah ke Singapura?

Rajagobal hijrah ke Singapura?

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TINGGAL KENANGAN... Rajagobal mengakhiri tahun 2013 dengan melepaskan status sebagai pengendali Harimau Malaya.


DESAS-DESUS kini bertiup kencang apabila bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal dilapor bakal berkelana ke Singapura.

Spekulasi itu semakin hangat apabila Rajagobal dikatakan hampir menyatakan persetujuan untuk membimbing salah satu kelab di negara republik tersebut.

Rajagobal yang membimbing skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, kini bebas menyertai mana-mana pasukan selepas kontraknya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi tamat semalam.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Rajagobal mengakui, beliau menerima banyak tawaran untuk menjadi jurulatih pasukan baharu.

Rajagobal turut memberikan sedikit bayangan mengenai masa depannya biarpun enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak tahu mengenai tawaran daripada (salah satu kelab) Singapura tetapi saya akui memang ada tawaran daripada pasukan-pasukan lain.

"Kita tengoklah macam mana. Jika tiada aral melintang, saya rasa tiada masalah untuk berbincang (dengan mana-mana pasukan).

"Saya mahu menilai terlebih dahulu setiap tawaran yang saya terima dan saya tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

"Saya akan fikirkan kemudian dan buat masa ini, saya mahu berehat bersama keluarga," kata Rajagobal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Rajagobal berkata, beliau akan mengumumkan mengenai hala tuju terbaharunya jika telah bersetuju menerima tawaran daripada mana-mana pihak.

"Seperti yang saya katakan tadi, memang ada tawaran tetapi saya akan maklumkan kepada semua pihak jika ada sesuatu yang baharu," katanya.

Pada November lalu, FAM memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu yang mula membimbing skuad Harimau Malaya sejak 2009.

Ini kerana Rajagobal gagal memenuhi Petunjuk Prestasi Indeks (KPI) yang ditetapkan FAM iaitu layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

Talian hayat terakhir

Posted:

Talian hayat terakhir

Talian hayat terakhir

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AMIRULHADI mendapat 'lampu hijau' daripada FAM untuk menyarung jersi Johor DT mulai musim ini.


HARI ini bagaikan 'talian hayat' terakhir buat Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) berjuang demi mendapatkan semula bekas pemain kebangsaan, Amirulhadi Zainal.

Ini kerana, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan melanjutkan tempoh rayuan yang diberikan kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Status Pemain pada Jumaat lalu yang membenarkan Amirulhadi, 27, menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT) musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hari ini merupakan tarikh akhir bagi mana-mana pihak mengemukakan rayuan masing-masing selepas diberikan masa selama tiga hari bermula kelmarin.

Menurut beliau, tarikh itu tidak akan dilanjutkan biarpun hari ini merupakan cuti umum sempena Tahun Baru.

"Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, esok (hari ini) merupakan tarikh akhir buat mana-mana pihak mengemukakan rayuan masing-masing.

"Mereka telah diberikan peluang berbuat sedemikian sejak Isnin lalu (kelmarin)," katanya kepada Kosmo! semalam.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Status Pemain FAM yang dipengerusikan Takiyuddin membenarkan Amirulhadi menyertai Johor DT selepas mendapati kontrak selama dua tahun pemain itu bersama PBNP sebelum ini meragukan.

Namun, Amirulhadi tetap didenda RM25,000 atas dua kesalahan iaitu tidak mendedahkan keadaan sebenar kepada pasukan yang baharu ditandatangani (Johor DT) berhubung kontrak bersama pasukan terdahulu (Pahang), selain tidak membuat pengesahan dengan pasukan Pahang sebelum menyertai Johor DT.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah kelmarin juga mengesahkan Amirulhadi tidak perlu menunggu sehingga jendela perpindahan pemain dibuka semula Mac tahun depan untuk beraksi bersama Harimau Selatan.

Ini kerana, Amirulhadi telah didaftarkan sebagai pemain Johor DT sebelum tarikh pendaftaran pemain ditutup pada 17 Disember lalu.

Biarpun segala-galanya tampak tipis buat peminat fanatik Tok Gajah supaya Amirulhadi kekal bersama Pahang, apa jua kemungkinan masih boleh berlaku.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memberitahu mana-mana pihak sama ada Amirulhadi, PBNP dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor perlu berhubung terus dengan Jawatankuasa Rayuan FAM jika tidak bersetuju dengan keputusan pihaknya sebelum ini.

"Ia kini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rayuan FAM, jadi mana-mana pihak perlu berhubung terus kepada mereka jika terdapat sebarang rayuan berhubung perkara itu.

"Kami hanya akan mendedahkan sebarang perkara berbangkit (termasuk isu kontrak meragukan) kepada Jawatankuasa Rayuan FAM jika perlu," jelasnya.

Harimau Malaya hilang taring

Posted:

Harimau Malaya hilang taring

Harimau Malaya hilang taring

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Skuad Harimau Malaya meraikan kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010.


SABAN tahun, bola sepak menutup kalendar sukan tempatan kekal dengan tradisi sebagai sukan No. 1 tanah air.

Biarpun Harimau Malaya kerap dibayangi dengan prestasi hambar, penyokong-penyokong tetap 'gila bola' dan masih sanggup memenuhi stadium.

Sepanjang tahun 2013, prestasi skuad Harimau Malaya sentiasa menjadi topik utama di setiap dada akhbar tempatan.

Apa yang pasti, 2013 bukanlah tahun yang diimpikan buat peminat serta penyokong setia bola sepak tempatan melihat prestasi skuad Harimau Malaya.

Era kejatuhan Harimau Malaya

SENTUHAN Datuk K. Rajagobal yang mula membimbing skuad Harimau Malaya sejak 2009 pasti melekat di benak fikiran peminat-peminat fanatik tempatan.

Magis Rajagobal ketika membantu Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki 2010 selain menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Loas menjadi kemuncak prestasi kariernya sebagai pengendali Harimau Malaya.

Begitupun, sentuhan luar biasa Rajagobal itu dilihat serba tidak menjadi sepanjang tahun lalu sehingga menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menyambung kontraknya yang tamat secara rasmi semalam.

Kemuncak kepada keputusan itu dibuat apabila Harimau Malaya gagal layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 selaku dua pasukan terbaik dalam Kumpulan D.

Kini Harimau Malaya perlu mengharapkan keajaiban untuk mencuri satu slot Piala Asia 2015 selaku pasukan ketiga terbaik peringkat kumpulan.

Sebagai rekod, kali terakhir Harimau Malaya merakamkan kemenangan ialah ketika menewaskan kelab Australia, Sydney Olympic 4-0 pada aksi persahabatan Jun lalu.

Prestasi Harimau Malaya semakin dikecam selepas mereka tewas 0-5 kepada pasukan bertaraf kelab iaitu kelab Jepun, Shonan Bellmare dan Tokyo Verdy pada Julai lalu.

Seperti biasa, FAM terus menjadi 'medan' oleh pengkritik-pengkritik sebagai platform menghentam prestasi hambar Harimau Malaya.

Sejurus keputusan tersebut, FAM akhirnya mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang gagal menepati Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) iaitu layak ke pentas Piala Asia 2015 di Australia.

Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee diberikan mandat oleh FAM untuk membimbing sementara Harimau Malaya yang akan mengharungi aksi terakhir Kumpulan D Piala Asia 2015 menentang Yemen Mac depan.

Bagi pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, beliau menyifatkan tindakan FAM yang tidak melanjutkan kontrak Rajagobal bukan bersifat peribadi.

Kay Kim berkata, setiap jasa dan pengorbanan Rajagobal tetap dikenang.

"Setiap permulaan tetap akan berakhir dengan penutup. Perkara itu tidak terkecuali buat Rajagobal.

"Tidak dapat dinafikan, sumbangan Rajagobal kepada bola sepak negara cukup besar tetapi mungkin sudah tiba masanya FAM mencari jalan lain untuk meningkatkan tahap keupayaan bola sepak negara.

"Jika statistik menceritakan situasi sebenar skuad negara, FAM harus bertindak. Saya percaya FAM tidak memiliki sentimen lain (selepas tidak melanjutkan kontrak Rajagobal).

"Pada masa sama, FAM semakin terdesak untuk mencari calon-calon lebih sesuai untuk mengemudi skuad kebangsaan.

"Pada pendapat saya, kita tidak boleh lagi nak melakukan 'eksperimen' kerana kita membawa nama naik negara di pentas antarabangsa.

"Mungkin sudah tiba masanya Rajagobal berehat seketika. Paling mustahak, para penyokong harus kekal memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Harimau Malaya perlu nafas baharu

BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali turut menggesa FAM mencari calon tepat untuk mengemudi skuad Harimau Malaya mulai tahun ini.

Selepas menyaksikan lebih banyak rekod buruk Harimau Malaya tahun lalu, Khalid percaya sudah tiba masanya pasukan kebangsaan diberikan nafas baharu dalam dalam usaha memperbaiki ranking dunia.

Khalid percaya Harimau Malaya memerlukan taktikal baharu dan beliau menyifatkan pengambilan jurulatih asing dilihat mampu memperkasakan skuad kebangsaan.

"Buat masa ini, kita memerlukan satu strategi baharu yang mana FAM perlu berbelanja sedikit untuk mendapatkan jurulatih-jurulatih yang berkualiti.

"Bukan saya mengatakan jurulatih kita tidak bagus tetapi buat masa ini, pengalaman mereka (pengendali import) membeza status kelas antara jurulatih tempatan.

"Jika kita masih berminat untuk mencabar kuasa-kuasa besar Asia seperti Australia, Jepun atau Korea Selatan, sudah tiba masanya kita mengorak langkah.

"Boleh dikatakan kita memiliki ramai pemain-pemain muda yang berkualiti dan dengan tunjuk ajar jurulatih-jurulatih ternama dunia, saya yakin kita mampu mencabar tiga kuasa besar Asia itu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kematian akibat kanser dijangka meningkat

Posted:

Kematian akibat kanser dijangka meningkat

Kematian akibat kanser dijangka meningkat

JANGKITAN selesema babi pernah menjadi ancaman kesihatan paling mengerikan dalam sejarah perubatan kerana meragut banyak nyawa. - Gambar hiasan.


SELEPAS tahun 2013 melabuhkan tirainya semalam, masyarakat di seluruh dunia mendepani tahun 2014 dengan pelbagai azam dan semangat baharu.

Pada masa sama, cabaran terhadap dunia kesihatan pasti tidak kurang hebatnya sementelah semakin banyak kes kematian disebabkan oleh kanser menyerang pesakit di seluruh dunia.

Tidak dinafikan, serangan penyakit terutamanya daripada kanser tidak boleh dihalang. Jika bernasib baik, kanser boleh dikesan awal dan pesakit berpeluang sembuh.

Malangnya, seperti penyakit, ajal dan maut juga tidak boleh dihalang daripada berlaku.

Pegawai Perubatan Hospital Pakar Kuantan di Pahang, Dr. Normazila Muhammad berkata, statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2008 mendedahkan, kadar kematian disebabkan kanser adalah sebanyak 13 peratus iaitu melibatkan 7.4 juta kematian di seluruh dunia. Kadar tersebut dijangka meningkat kepada 13.1 juta menjelang tahun 2030.

"Pengamal perubatan harus peka dalam mengenal pasti golongan yang berisiko tinggi menghidap penyakit kanser seperti sejarah keluarga dan faktor persekitaran serta gaya hidup individu.

"Kami juga perlu lebih prihatin dalam mengikuti perkembangan pesakit yang menjalani pemulihan bagi mengurangkan kadar kematian disebabkan oleh kanser," ujarnya.

Wabak penyakit

Menurut laporan The Daily Beast dalam artikel bertajuk Resolusi Ancaman Kesihatan Menakutkan 2014 pada 16 Disember lalu, kerajaan perlu meningkatkan pemberian vaksin kuman Human Papilloma Virus (HPV) kepada kelompok sasaran dan menganjurkan kempen menggalakkan penggunaan berhemah antibiotik.


PENGAMBILAN suplemen tanpa preskripsi doktor juga boleh membahayakan nyawa pengguna.


Resolusi tersebut turut menekankan tentang kepentingan dalam menangani preskripsi ubat-ubatan secara berlebihan, menghapuskan polio dan pencegahan wabak penyakit berjangkit.

Kanser pangkal rahim yang dikesan dalam kalangan golongan wanita muda selalunya agak agresif disebabkan oleh jenis sel dan tisu yang terlibat. Ia mungkin berlaku disebabkan perubahan cara hidup dan aktiviti seksual dalam kalangan mereka.

Jangkitan kuman HPV berpunca daripada aktiviti seksual tanpa kondom juga telah dilihat sebagai faktor yang menambah kepada peningkatan kes kanser.

Dalam pada itu, pakar Perunding Obsterik dan Ginekologi di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Malaysia, Prof. Madya Dr. Sharifah Sulaiha Syed Aznal berkata, cabaran utama dalam dunia perubatan ialah menyuntik kesedaran masyarakat mengenai kepentingan gaya hidup sihat.

Menurutnya, penyakit kanser juga dilihat semakin menular di setiap lapisan masyarakat di samping masalah kesihatan mental dan psikologi yang bertambah kritikal.

"Trend penyakit kanser dalam kalangan wanita seperti kanser payudara dan rahim semakin meningkat kerana semakin banyak kes yang dapat dikesan lebih awal dengan adanya teknologi moden.


BARAH pangkal rahim merupakan barah yang kedua paling tinggi menyerang wanita di negara ini.


"Ia juga berikutan lebih ramai wanita yang tampil untuk pemeriksaan atau pengesanan awal. Bagaimanapun, kanser pangkal rahim dilihat akan menular kerana masih ramai wanita yang enggan tampil melakukan ujian pap smear atas sebab-sebab tertentu," jelasnya.

Malangnya, masih terdapat segelintir besar masyarakat di negara ini kurang peka tentang kepentingan untuk mendapatkan rawatan awal. Walhal, kos rawatan kanser dan risiko kehilangan nyawa pada peringkat akhir adalah lebih tinggi.

Mencegah

Selain itu, kos perbelanjaan rawatan semakin mahal disebabkan peralatan rawatan dan pengamal perubatan mahir dalam bidang penyakit yang berkaitan.

Justeru, prinsip mencegah penyakit lebih baik daripada merawatnya harus sentiasa menjadi amalan setiap perawat dan yang dirawat.

Sementara itu, perunding radioterapi dan onkologi di sebuah pusat perubatan swasta ibu negara, Dr. Chong Kwang Jeat berpendapat, negara bakal berdepan dengan dua jenis kumpulan penyakit iaitu penyakit berjangkit dan tidak berjangkit pada tahun ini.

"Ancaman penyakit denggi dan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) antara penyakit berjangkit yang mudah merebak. Penyakit tidak berjangkit pula termasuk kanser, jantung dan diabetes yang boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dan dikawal dari awal," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, corak pemakanan dengan amalan diet tidak seimbang, pengambilan suplemen tanpa nasihat doktor dan amalan gaya hidup tidak sihat merupakan antara penyumbang peratusan penduduk di Malaysia mudah terkena penyakit.

Inspirasi keindahan warna Mass Yusof

Posted:

Inspirasi keindahan warna Mass Yusof

Inspirasi keindahan warna Mass Yusof


KESEMUA lukisan yang dihasilkan oleh Mass Yusof diinspirasikan daripada dunia realiti dan nostalgia keindahan warna.


KEINDAHAN karya pelukis terkenal, Mass Yusof, kini menghiasi dinding Galeri Artiseri, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur melalui pameran sulungnya yang bertemakan Warna Kehidupan.

Pameran yang berlangsung pada 16 Disember hingga 29 Disember lalu itu dianjurkan bersempena persediaan program Tahun Melawat Malaysia 2014. Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada para karyawan tempatan untuk mempromosikan karya mereka bukan sahaja kepada peminat seni tempatan bahkan pelancong asing.

Mass Yusof atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abdul Wahid berkata, pameran tersebut merupakan suatu penghargaan besar bagi dirinya memandangkan beliau menjadi pelukis pertama menganjurkan pameran solo di hotel terkemuka itu.

"Pameran Warna Kehidupan merupakan gambaran mengenai kehidupan di kawasan perkampungan yang membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pameran tersebut baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengurus Besar Hotel Seri Pacific, Mohamad Halim Merican dan pelukis tersohor negara, Yusof Gajah.

Menurut Mass Yusof, kesemua lukisan yang dipamerkan diinspirasikan daripada dunia realiti dan nostalgia keindahan warna. Antara judul lukisan yang dipamerkan ialah Akulah Juara, Saling Mengenal, Mencari Rezeki dan Kemesraan.


MASS YUSOF berharap peminat-peminat seni tempatan dapat menghayati maksud di sebalik setiap lukisan yang dipamerkan.


Mengimbau kembali

Pernah berkhidmat bersama Kumpulan Utusan selama 32 tahun, beliau menjelaskan, pameran itu bertujuan membawa peminat-peminat seni tempatan mengimbau kembali dan mendekati kehidupan kanak-kanak di sebuah kawasan perkampungan.

"Bermula dengan keindahan kiambang di atas air sehingga burung-burung berehat di atas seekor kerbau, warna-warna kehidupan digambarkan dengan jelas melalui karya yang dipamerkan.

"Kehidupan ini ibarat roda yang berputar, kadangkala di atas dan ada ketikanya di bawah. Saya mahu orang ramai, khususnya peminat seni menghayati maksud di sebalik setiap lukisan," ujarnya sambil memaklumkan lukisan-lukisan tersebut juga untuk dijual.

Harga setiap lukisan ditawarkan pada harga RM1,500 sehingga RM15,000 sebuah.

Pihak Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur juga akan menderma sebahagian daripada hasil penjualan lukisan Mass Yusof pada pameran itu untuk diberikan kepada mangsa-mangsa bencana banjir di Malaysia.

Selain itu, hotel tersebut juga akan menyumbang RM1 bagi setiap pengunjung yang berbelanja di restoran hotel itu sepanjang bulan Januari dan Februari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga emas mati cuba larikan diri selepas rumah dirompak

Posted:

Warga emas mati cuba larikan diri selepas rumah dirompak

Warga emas mati cuba larikan diri selepas rumah dirompak

31/12/2013 9:54pm

IPOH - Seorang warga emas mati dengan kesan kecederaan pada bahagian belakang kepala kerana dipercayai cuba menyelamatkan diri ekoran rumahnya dipecah masuk di Taman Puteri Indah dekat Bidor di sini awal hari ini.

Pemandu lori, S. Rajanaikam, 54, yang tinggal seorang diri disahkan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden D.Som Sak berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada jiran mangsa sebelum menemui Rajanaikam dalam keadaan kedua-dua tangan diikat.

"Keadaan rumah mangsa berselerak serta terdapat kesan umpil di pintu belakang," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti barangan mangsa yang telah dibawa lari suspek, katanya. - Bernama

Tengkorak manusia ditemui di tapak pembinaan rumah di Perak

Posted:

Tengkorak manusia ditemui di tapak pembinaan rumah di Perak

Tengkorak manusia ditemui di tapak pembinaan rumah di Perak

31/12/2013 9:30pm

IPOH - Seorang pemandu jengkaut menemui tengkorak manusia ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di tapak projek pembinaan rumah

penduduk di Taman Merdeka, Manjoi di sini.

Cheah Yuen Keong, 53, berkata, tengkorak itu dijumpai tertimbus di dalam

semak ketika dia meratakan tanah berhampiran sebuah ban pada pukul 11.30 pagi.

"Apabila ternampak tengkorak itu, saya memberitahu pekerja lain.

Mereka kemudian menemui tulang manusia kira-kira 20 meter dari tempat tengkorak itu ditemui," katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Polis Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan penemuan tengkorak itu.

Berdasarkan keadaan tengkorak dan beberapa tulang manusia yang ditemui itu, polis percaya ia telah lama berada di kawasan itu.

Tambah beliau lagi, semua tulang dan tengkorak yang ditemui itu dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun. - Bernama

Kementerian Pendidikan cadang bilangan sekolah seni

Posted:

Kementerian Pendidikan cadang bilangan sekolah seni

Kementerian Pendidikan cadang bilangan sekolah seni

31/12/2013 9:24pm

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan bercadang menambah bilangan sekolah seni di negara ini bagi melahirkan lebih ramai tokoh seni ternama dalam bidang berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohammad berkata, hasrat itu, bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dan bergantung kepada peruntukan serta kewangan negara.

"Sekolah seni pada hari ini dilihat sebagai alternatif kepada pelajar yang

kurang cemerlang dalam bidang akademik tetapi sangat berbakat dalam pelbagai seni persembahan.

"Kalau setakat ini kita sudah ada tokoh seni ternama seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarham Hamzah Dolmat maka dengan usaha kerajaan, Malaysia boleh melahirkan tokoh bertaraf global seperti Mozart, Richard Wagner, Kitaro dan sebagainya," katanya pada majlis penyerahan Sekolah Seni Johor Bahru di Bandar Seri Alam di sini.

Beliau berkata, pembinaan sekolah seni membuktikan komitmen kerajaan dalam membangunkan sistem pendidikan yang menyeluruh untuk generasi akan datang. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved