Ahad, 29 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


18 maut dalam nahas lori pikap dan lori pengangkut tepung

Posted:

18 maut dalam nahas lori pikap dan lori pengangkut tepung

18 maut dalam nahas lori pikap dan lori pengangkut tepung

29/12/2013 10:02pm

JAKARTA - Sejumlah 18 orang, yang sedang dalam perjalanan untuk menziarahi jenazah di sebuah kampung lain, maut apabila lori pikap yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori pengangkut tepung di Tongas, Probolinggo, Jawa Timur, petang semalam.

Pihak berkuasa berkata, kemalangan jalan raya yang disifatkan sebagai yang terburuk pada penghujung tahun 2013 itu, berlaku pada kira-kira pukul 4 petang ketika lori pikap yang sarat membawa 32 penumpang itu dilaporkan sedang memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan lori berkenaan.

Pelanggaran itu mengakibatkan sejumlah penumpang lori pikap itu tercampak dari kenderaan itu dan 15 daripada mereka maut di tempat kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Jawa Timur, Awi Setiyono berkata, polis masih menyiasat rapi untuk mengenal pasti punca kemalangan itu, sama ada kesalahan manusia, keadaan jalan yang kurang baik atau keadaan kenderaan yang tidak sesuai.

Media tempatan melaporkan suasana pilu di Hospital Umum Tongas apabila keluarga mangsa menuntut jenazah yang terkorban.

Jenazah kesemua mangsa kemalangan itu dikebumikan tadi. - Bernama

Dua pemuda ditahan dipercayai miliki dua pucuk pistol tiruan

Posted:

Dua pemuda ditahan dipercayai miliki dua pucuk pistol tiruan

Dua pemuda ditahan dipercayai miliki dua pucuk pistol tiruan

29/12/2013 9:46pm

KOTA BHARU - Dua pemuda, masing-masing berusia 19 tahun, ditahan polis selepas dipercayai memiliki dua pucuk pistol tiruan ketika pemeriksaan di sebuah rumah kedai tanpa nombor di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd Rafar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi itu, suspek pertama yang juga seorang pelajar, berada dalam keadaan mencurigakan ditahan di hadapan rumah kedai berkenaan dan pemeriksaan tubuh tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

Idris berkata, anggota polis kemudiannya masuk ke dalam rumah kedai itu dan membuat pemeriksaan badan ke atas suspek kedua, seorang penganggur, dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

"Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di sebuah bilik di rumah kedai tersebut kami menemui sepucuk pistol tiruan berwarna perak bertulisan Dam Wesson yang berisi enam butir peluru berwarna kekuningan dan sepucuk lagi pistol tiruan berwarna coklat kehitaman berisi satu kelopak kosong berwarna perak.

"Polis turut menemui kelopak kosong berwarna hitam dan sebungkus plastik cerah mengandungi bebola plastik kecil berwarna putih," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selain memiliki senjata api tiruan, kedua-dua suspek turut ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kejadian pecah rumah di Pengkalan Chepa, katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tiruan tanpa lesen. - Bernama

Empat bahagian di Sarawak dilanda banjir

Posted:

Empat bahagian di Sarawak dilanda banjir

Empat bahagian di Sarawak dilanda banjir

29/12/2013 8:36pm

KUCHING - Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata, beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter.

Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar pedalaman di Miri.

Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan.

Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk Rumah Panjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga), Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung Melayu Baru (14 keluarga).

Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved