Ahad, 29 Disember 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Status album macam kad nama - Azlan

Posted:

Status album macam kad nama - Azlan

Status album macam kad nama - Azlan

SEPERTI santainya dia menghulurkan salam sebelum memulakan perbualan, prinsip hidupnya juga mudah. Dia harus terus bergerak, tidak boleh terus berada di takuk lama dan tidak perlu takut berdepan risiko.

Ungkapan selamba itu tidak hanya lancar di bibir. Penjelajahan yang telah dilalui sepanjang lebih 10 tahun bereksperimentasi dengan muzik hampir membenarkan segala kata-kata vokalis hebat.

Azlan pernah merentasi perjalanan nyanyian bersama Meet Uncle Hussein (MUH), namun bermula 2009, layar bahteranya bertukar corak. Bersama-sama grup yang dikenali sebagai Azlan & The Typewriter, pelantun lagu Tanda-Tanya yang masih mencalonkan dirinya dalam senarai lima vokalis unggul lelaki dalam Anugerah Industri Muzik ke-20 itu ternyata masih ampuh.

Ditemani rakan-rakan yang sudah menjadi saudara permuafakatan muziknya termasuklah Andy (gitaris), Kee (gita kedua), Zack (dram) dan Man (bass), Azlan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee itu bersedia membentangkan sebuah lagi karya bernama album.

"Sebenarnya single pertama daripada album berkenaan yang bertajuk Bukan Ugutan sudah pun dilancar ke YouTube dan dihantar ke radio-radio," tutur tersenyum sambil menambah penghasilan album ketiga bersama The Typewriter sudah berlangsung mengikut perancangan.

Masih lagi bereksperimentasi meneruskan ideologi bahawa muzik yang bijak haruslah berada di hadapan penggemar muzik masa kini, penyanyi berstatus bapa itu melenturkan apa yang tersurat dan tersirat di sebalik kesungguhannya menghasilkan sebuah album.

Pengalaman merupakan guru muziknya sudah banyak kali mendidiknya untuk sedar bahawa untuk menjadi kaya, pemuzik hari ini tidak boleh bergantung kepada penjualan album.

"Saya dan The Typewriter memang buat album studio untuk peminat tegar kami sahaja. Kami buat, rakam, terbitkan dan edarkan sendiri.

"Ringkasnya, album bagi seseorang penyanyi atau grup muzik sekarang tidak ubah seperti kad nama. Kalau seseorang individu mahu menyatakan bahawa dia wakil dari syarikat mana atau apa perusahaan yang dilakukannya, orang itu akan bagi kad nama. Sama macam kami. Mahu perkenalkan diri bahawa kami penyanyi dan pemuzik yang serius, kami hasilkan dan tunjukkan album. Ia semacam identiti sahaja. Selebihnya, survival kami sebagai pemuzik harus datang daripada pelbagai cabang. Kena ada strategi lain," kemas lontaran dari dada vokalis cukup popular menerusi judul-judul seperti Idola dan Lagu Untukmu itu.

Untuk album yang bakal jadi pembuka tirai 2014 buat Azlan & The Typewriter itu, Azlan ternyata masih gemar bermain nada dan ritma yang mungkin kurang lunak di telinga peminat yang baru mula hendak berjinak dengan muzik.

SEDAR survival anak band berdepan kesukaran begitu juga penjualan album yang tidak membanggakan namun Azlan tetap membikin album sebagai penghargaan buat pengikut tegarnya.


Belum puas

"Muzik dalam album itu mungkin sukar diterima peminat baharu tetapi peminat muzik yang mengikuti perkembangan muzik saya sebelum ini, mungkin mereka akan suka. Untuk album bersama The Typewriter, memang konsep begitu. Kami belum berhajat mahu bertukar pegangan.

"Walaupun sudah masuk album ketiga, kami masih ada banyak idea. Masih belum puas bereksperimentasi. Bila buat kerja sama-sama lagi banyak idea boleh dihasilkan. Ini yang suka bekerja dalam sebuah kumpulan," katanya yang cukup sedar bahawa survival muzik berkumpulan itu tidak mudah.

Memetik semula kata-katanya dalam satu wawancara terdahulu. Kata Azlan: "Semua orang boleh menjadi seseorang walaupun asalnya dia bukan sesiapa. Bak kata pepatah Inggeris, from zero to hero. Segalanya tidak mustahil dalam industri, begitu juga dengan survival sebagai anak seni.

"Saya pegang satu moto hidup, nak seribu daya, tak nak pergi mati."

Ada banyak kaitannya daripada setiap percakapan Azlan. Dia tidak pernah melencong daripada setiap kenyataan yang pernah keluar dari mulutnya.

Tambah Azlan: "Mungkin sebab itu juga The Beatles berpecah. Mungkin ada sebab lain yang lebih kukuh, tapi memang survival pemuzik kumpulan itu berat dipikul kalau tidak sepenuh jiwa raga. Saya mungkin beruntung kerana dari mula lagi dikenali sebagai vokalis.

"Sebab itu saya tetap akan hasilkan album sebagai pemuzik berkumpulan. Konsep album berkumpulan akan banyak fokus kepada muzik kami, rock alternatif," katanya memberi bayangan bahawa ada sebuah lagi album studio bakal terhasil."

Zaman hilang budaya

Masih larut bercerita tentang pengisian dan falsafah yang terkandung dalam album terbaharunya itu, kata Azlan, penulisan muzik dan lirik lagu-lagu kali ini lebih matang dan serius.

"Penghasilan album ini solid bersama anak band The Typewriter tanpa menjemput pemuzik lain. Kiranya kami memang rock & roll sangat. Liriknya juga tidak terbatas kepada isu Melayu sahaja tetapi tidak bercakap tentang politik. Antara tajuk lagunya termasuklah Akuarium dan Pasar Karat. Ada satu bait-bait lirik yang saya suka macam 'sekarang zaman hilang budaya, tersalah kata pistol jawabnya'. Lirik-lirik begitu ada dalam album berkenaan.

"Dalam penulisan lirik, saya banyak baca tulisan arwah Loloq. Bagi saya album Aku Amy ialah satu penghasilan yang dahsyat. Album itu pun rasanya untuk peminat tegar bukan bermain di radio," buah fikirnya dikongsi lagi.

AZLAN kini bergerak sendiri bawah label Dark Liquid.


Menyambung tentang survival anak band, Azlan ternyata ada strategi dalam melancarkan peluru-peluru muziknya. Dia bekerja atas landasan yang dibina sendiri. Dia membentuk tembok-tembok pendinding agar tidak mudah dipengaruhi atau terpengaruh dengan perang semasa.

"Saya ada pergerakan yang telah disusun. Saya bekerja ikut keperluan. Ada projek bersama band dan projek solo atas nama Azlan. Tapi ke mana-mana pun saya pergi, saya tetap membawa nama Azlan & The Typewriter.

"Untuk 2014, sengaja saya mahu ketengahkan projek band terlebih dahulu. Sebenarnya saya ada rahsia. Saya punya idola saya," katanya memetik nama-nama seperti Awie Wings dan Amy Search sebagai ikon penting yang mempengaruhi gerak hatinya.

Tanpa perlu malu untuk mengakui mencontohi jejak orang lama dalam industri, kata Azlan: "Untuk hidup dalam industri begini, perlumbaan saya tidak bersandarkan laju atau lambat. Saya bawa imej rock dalam nada muzik yang kami gemar, tapi dalam soal vokal, saya terlalu hormat kepada dengan vokal Amy dan Awie. Begitu juga dengan band muzik popular macam Hyper Act. Muzik boleh pergi dengan bermacam rasa, tapi vokalis menentukan hidup mati sesebuah band."

Mengenali Azlan, tanpa lantunan vokal yang cukup mengagumkan itu tidak mengesahkan keberadaan Azlan di atas mana-mana pentas. Azlan menyimpan sedikit 'kuasa' balada dalam vokalnya tanpa total dimasukkan ke dalam buah karya bersama The Typewriter.

"Rasanya saya masih baru dengan konsep balada rock. Kalau hendak dengar lagu-lagu begitu. Kena tunggu album solo. Perancangan memang sudah ada. Tapi saya mahu dahulukan album bersama band," tutupnya sambil bertekad mahu mengurang berat badan sebagai persediaan beraksi lebih energi atas pentas persembahan.

Jamal sudah biasa tidur sendirian

Posted:

Jamal sudah biasa tidur sendirian

Jamal sudah biasa tidur sendirian

JAMAL ABDILLAH masih belum bertemu calon yang sesuai untuk disunting sebagai isteri.


"SIAPA yang tidak mahu berkahwin, saya juga begitu. Balik rumah ada orang menunggu, ada teman untuk berkongsi luahan hati, ada orang yang jujur mengkritik tentang persembahan saya," bicara Datuk Jamal Abdillah ketika ditemui di Putrajaya baru-baru ini.

Sepuluh tahun hidup menduda, penghibur kesayangan ramai itu mengakui memang sudah tiba waktu yang tepat untuk dirinya kembali mencari seorang suri. Namun, tempoh yang lama sejuk di ranjang tanpa belaian insan bernama isteri menjadikan dirinya betah dengan kehidupan solo.

"Perasaan hendak kahwin itu ada tapi kadang-kadang saya terfikir, bolehkah saya kembali berkongsi kehidupan dengan seorang wanita lain. Sudah terbiasa tidur sendiri, kadang-kadang kalau anak saya mahu tidur bersama pun saya pun, saya rasa tidak selesa.

"Dalam usia begini, saya sudah 54 tahun, tambahan pula anak-anak pun sudah besar, saya fikir biarlah saya rileks-rileks dulu bab kahwin. Rasa nak kahwin itu ada tapi belum jumpa calon yang sesuai," kata bapa kepada Osama Yamani, 12, dan Ahmad Zaki Yamani, 8, itu tersenyum.

Sesuatu yang jika difikirkan tidak masuk akal, baru-baru ini Jamal terlalu tertutup dalam soal cinta dan wanita itu terkait dalam satu gosip percintaan bersama penyanyi suam-suam kuku Nas Adilla. Untuk seorang penyanyi yang bergelar Datuk, gosip percintaan dengan artis muda mungkin sesuatu yang menjengkelkan.

NAS ADILLA yang baru-baru ini heboh dikatakan akan melangsungkan perkahwinan bersama Jamal Abdillah.


"Saya tidak pernah ambil pusing soal gosip sebegitu, apabila jadi artis tak kiralah tua atau muda, kena bersedia dengan cerita-cerita yang kurang senang. Macam gosip dengan Nas Adilla, saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita hendak kahwin itu boleh muncul.

"Sebenarnya kami kerap bekerjasama sejak tahun lepas lagi, tapi saya langsung tiada perasaan terhadap dia (Nas Adilla). Saya fikir, keterujaan ramai artis sekarang bermain dan memuat naik gambar ke dalam laman sosial seperti Instagram yang jadi punca banyak gosip.

"Berkongsi gambar memang seronok tetapi impak yang akan datang tidak boleh dijangka. Banyaknya impak negatif," kata Jamal tanpa rasa kurang senang ditanya lagi persoalan gosip tentang dirinya.

Alang-alang bercerita tentang cinta dan wanita, penyanyi yang pernah berkahwin dan bercerai sebanyak tiga kali itu disuakan pertanyaan tentang wanita idamannya.

Kata Jamal, dia tidak terlalu mementingkan usia dan paras rupa pasangannya jika hendak berkahwin lagi.

"Apa yang paling penting, perempuan itu harus memahami karier saya sebagai penyanyi, sebagai anak seni. Itu sahaja.

"Cakap memang senang tapi sebetulnya saya tidaklah terdesak hendak kahwin. Saya selesa begini, mungkin kekok agaknya nanti kalau bangun tidur tengok ada isteri di sebelah," katanya dalam nada berseloroh.

Tiga hari jumpa dah lamar - Lana

Posted:

Tiga hari jumpa dah lamar - Lana

Tiga hari jumpa dah lamar - Lana

TIADA lagi cinta antara Johan dan Lana Nordin. Biarpun bertekad mahu berubah menjadi wanita yang lebih sopan, hubungan Lana dan Johan tetap tidak diterima keluarga Johan.


KISAH cinta kilat pasangan pelakon Johan As'ari bersama Lana Nordin tidak ubah seperti percikan bunga api. Berdentam-dentum dan cahaya bersemarak menghiasi angkasa bagai ada pesta besar hendak diraikan, namun dalam tempoh sebulan, ia lenyap dibawa angin.

Kalau sebelum ini pengamal media gemar menggunakan istilah 'mi segera' sebagai perumpamaan terhadap kelahiran artis daripada program-program realiti, istilah yang sama juga boleh dilencongkan terhadap cinta singkat Johan dan wanita yang selama ini digelar Pamela Anderson Melayu itu.

Awal minggu lalu, Johan memutuskan bahawa perhubungannya bersama Lana tidak mampu lagi untuk diteruskan. Tiada restu keluarga menjadi alasan paling kukuh untuk Johan membuang cinta Lana yang sudah mula berputik itu. Semua sedia maklum bahawa selama ini pelakon seksi itu tidak mudah tertarik kepada jejaka Melayu, sementelah bekas kekasihnya Parvel Michalec, seorang peragawan komersial yang berasal dari dari Republik Czech.

"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksa dia. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana," kata Johan yang memilih untuk menjaga hati keluarganya dan melepaskan Lana walaupun terpaksa.

Lana sendiri menyedari percintaannya dengan Johan penuh liku. Akui Lana, dia tidak sebodoh yang disangka. Ketika dia dilamar untuk dijadikan isteri, Lana sudah terasa samar-samar namun dia sengaja memberi ruang kepada Johan untuk membuktikan janji manisnya itu.


JOHAN (kiri) yang sanggup memegang dan menghulurkan mikrofon kepada Lana semasa mereka diserbu media ketika hadir ke Anugerah Skrin, bulan lalu.


"Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah," ujarnya reda dengan ketentuan ini," kata Lana kepada media.

Selang sehari selepas pengakuan putus cinta, Johan kembali tampil dengan kenyataan terkini. Katanya, taraf perhubungannya bersama Lana belum sampai ke tahap pasangan kekasih. Ternyata kemunculan mereka yang bagaikan merpati dua sejoli pada malam Anugerah Skrin, 29 November lalu tidak ubah sekadar persembahan untuk peminat.

Johan dan Lana yang konon-kononnya sedang bahagia mengulit cinta ketika itu mahu khalayak tahu bahawa mereka sudah seia sekata, mengikat janji untuk ke pelamin perkahwinan. Kisah cinta mereka menjadi tumpuan sehinggakan ada pihak merasa terkilan, gara-gara kemenangan para artis yang lebih layak diperhatikan menjadi isu kedua. Isu utama ialah Johan dan Lana.

Sepintas lalu, cinta kilat Johan dan Lana itu seolah-olah produk murahan untuk dipermain-mainkan di hadapan media. Media yang hari ini terlalu dahagakan sensasi menjadikan permainan cinta mereka sebagai tajuk utama. Tiga hari bercinta satu Malaya sudah tahu, belum sempat hendak menyambut 'ulang bulan' percintaan, bergegar lagi dengan kisah putus cinta. Murahnya cinta mereka.

Johan barangkali jejaka yang paling selamba. Beralih perasaan dari seorang wanita kepada wanita yang lain macam menukar baju dari dalam almari, selepas ini siapa pula cinta baharu Johan, begitu juga dengan Lana.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved