Selasa, 24 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kanak - kanak meninggal dipercayai didera di pusat jagaan

Posted:

Kanak - kanak meninggal dipercayai didera di pusat jagaan

Kanak - kanak meninggal dipercayai didera di pusat jagaan

24/12/2013 10:36pm

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera di pusat penjagaan di Kuantan, Pahang.

Norain Natasyah Abdullah meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala

Lumpur pagi semalam selepas dihantar ibunya, Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri.

"Doktor memberitahu keadaan Norain tenat selain otaknya tidak ada oksigen," katanya yang telah berpindah ke sini.

Zuraidah berpisah dengan suaminya berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu dihantar ke pusat penjagaan itu bersama empat lagi anaknya selama tiga tahun.

Zuraidah, 31, berkata, abangnya pernah memberitahunya Norain sering didera ketika dihantar ke pusat penjagaan tersebut.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Salak Selatan petang tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Khairi Ahrasa berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dan kita

akan buat tangkapan dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

Amaran angin kencang dan laut bergelora

Posted:

Amaran angin kencang dan laut bergelora

Amaran angin kencang dan laut bergelora

24/12/2013 9:57pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menyatakan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan pada 17 Disember ini ditingkatkan daripada kategori kedua ke ketiga hari ini.

Berikutan itu, jabatan itu menjangka akan berlaku angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 km sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor yang berterusan sehingga 31 Disember ini.

Tambahan pula, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Keadaan tersebut pula dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.

Sementara itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu mengundang bahaya untuk semua aktiviti pantai serta perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. - KOSMO!

Suthep ancam 'tutup' Bangkok semasa hari pilihan raya

Posted:

Suthep ancam 'tutup' Bangkok semasa hari pilihan raya

Suthep ancam 'tutup' Bangkok semasa hari pilihan raya

24/12/2013 9:44pm

BANGKOK - Pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban mengancam untuk 'menutup' Bangkok pada hari pilihan raya umum 2 Febuari ini.

"Saya percaya penduduk Bangkok tidak boleh pergi mengundi pada pilihan raya ini kerana saya akan menutup Bangkok.

"Menutup Bangkok bukan untuk mengganggu pilihan raya tetapi untuk menjatuhkan Yingluck Shinawatra," katanya kepada penyokongnya di Stadium Belia Thai - Jepun di sini.

Suthep dan penyokongnya cuba untuk menjejaskan hari pertama pendaftaran di stadium itu dan balai polis Dindaeng yang bermula semalam.

Namun Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck berupaya mendaftar calon mereka

semalam dengan beliau yang kini selaku perdana menteri sementara mengetuai senarai calon partinya.

Jumaat ini merupakan hari terakhir untuk pendaftaran calon.

- Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved