Khamis, 19 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rancang perjalanan untuk Krismas dan percutian akhir tahun melalui jadual TTA

Posted:

Rancang perjalanan untuk Krismas dan percutian akhir tahun melalui jadual TTA

Rancang perjalanan untuk Krismas dan percutian akhir tahun melalui jadual TTA

19/12/2013 10:57pm

KUALA LUMPUR - Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) meminta orang ramai merancang perjalanan mereka pada Krismas dan percutian akhir tahun berdasarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkannya.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mohd Nizam Ismail berkata, PLUS menjangka kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak 20 peratus iaitu 1.5 juta kenderaan sehari menjelang musim perayaan Krismas dan akhir tahun berbanding hari biasa iaitu 1.2 juta kenderaan.

"Kami menjangka penduduk Lembah Klang mula bergerak keluar pada 20 hingga 28 Disember akan datang. Berdasarkan jadual TTA, kami menasihati orang ramai yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan antara 6 pagi hingga 10 pagi," katanya.

Beliau berkata, PLUS juga meminta pengguna yang menuju ke destinasi lain seperti Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin dan Bandaraya Melaka supaya memasuki lebuh raya antara 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 - Bernama

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM130,000

Posted:

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM130,000

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM130,000

19/12/2013 10:48pm

GEORGE TOWN - Polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket penjualan dadah di negeri ini dan merampas dadah bernilai RM130,000 di Tanjung Bungah di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan S. Batumalai berkata, hasil risikan selama tiga bulan, polis menahan dua lelaki berumur 37 dan 45 tahun itu di rumah sewa mereka pada 10.30 malam semalam dan menemui 3.1kg ketamin dan 2,250 biji pil Eramin 5.

"Lelaki berusia 37 tahun itu tidak bekerja manakala rakannya bekerja sebagai buruh.

Polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda Civic, sebuah motosikal dan barangan kemas bernilai RM110,000," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 25 Disember ini. - Bernama

SPRM tahan 326 orang awam tawar rasuah dan suapan tahun ini

Posted:

SPRM tahan 326 orang awam tawar rasuah dan suapan tahun ini

SPRM tahan 326 orang awam tawar rasuah dan suapan tahun ini

19/12/2013 10:39pm

MELAKA - Sebanyak 326 orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan kes penawaran dan pemberian suapan antara Januari hingga November tahun ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, daripada jumlah itu 61 tangkapan melibatkan warga asing dengan nilai suapan yang direkodkan serendah RM5 hingga RM700,000.

Beliau berkata, 155 penjawat awam turut ditahan kerana menerima rasuah dalam tempoh sama tahun ini, 63 individu telah didakwa di mahkamah dan 53 disabitkan bersalah atas tuduhan memberi atau menawarkan rasuah.

"Jika sebelum ini penguat kuasa undang-undang menjadi perhatian SPRM kerana meminta rasuah namun situasi berubah apabila kini lebih ramai orang awam yang ditahan berbanding penguat kuasa undang-undang dan penjawat awam.

"Kecenderungan warga asing cuba merasuah penjawat awam di negara ini agak membimbangkan kerana tindakan itu dilihat seolah-olah kredibiliti penguat kuasa undang-undang negara ini boleh dibeli tetapi sebenarnya tidak," katanya pada sidang media selepas perasmian Kompleks SPRM Melaka di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Bagaimanapun Mustafar berkata, statistik tangkapan melibatkan orang awam menunjukkan penurunan sepanjang tiga tahun lepas iaitu 651 orang pada 2010, 595 orang (2011) dan 413 orang (2012).

Beliau berkata, perkembangan positif itu ekoran kerjasama erat antara SPRM dan agensi penguat kuasa undang-undang seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam usaha mengekang amalan pemberian rasuah dalam kalangan orang awam. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved