Khamis, 19 Disember 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Ilusi kekebalan pendatang asing

Posted:

Ilusi kekebalan pendatang asing

Ilusi kekebalan pendatang asing

ISU kebanjiran pendatang asing di Malaysia juga perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.


ISU pendatang asing merusuh di Little India, Singapura baru-baru ini sepatutnya menjadi satu iktibar untuk kita semua di Malaysia. Berdasarkan laporan, rusuhan bermula apabila salah seorang daripada mereka telah dilanggar bas.

Ekoran itu, ia telah menyebabkan kemarahan ahli kumpulan berkenaan yang diakhiri dengan rusuhan sehingga menyebabkan beberapa individu tercedera. Malah, kumpulan tersebut telah bertindak ganas termasuk membakar kereta polis.

Kita selalu bertanya, mengapa ada pendatang asing yang bersikap begitu agresif dan tidak mematuhi peraturan? Walaupun hakikatnya mereka datang ke negara lain untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik.

Isu rusuhan pendatang asing ini bukan satu perkara baharu di Malaysia. Pada tahun 2009, kira-kira 30 tahanan warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar juga melakukan rusuhan kecil di Kem Tahanan Semenyih.

Terbaharu, seperti yang dilaporkan oleh media, sekumpulan pekerja asing cuba menyerang polis di Betong, Sarawak. Semua ini menunjukkan bahawa kumpulan pendatang asing yang merupakan kumpulan minoriti mampu membahayakan kumpulan majoriti lain.

Pandangan psikologi mengistilahkan hal seumpama ini sebagai satu tindakan proses kumpulan. Dalam keadaan biasa, apabila manusia berasa selamat, biasanya mereka tidak memerlukan kehadiran kumpulan.

Bagaimanapun, dalam kes masyarakat minoriti, apatah lagi pendatang yang hidup di negara asing yang berlainan budaya dan sifat masyarakatnya, mereka akan saling memerlukan antara satu sama lain. Ini bagi membolehkan mereka secara psikologi berasa lebih selamat dan kuat.

Sebab itulah, apabila melancong ke luar negara, kita terasa ingin menegur warga Malaysia yang ditemui walaupun tidak mengenali mereka. Sebaliknya, apabila kita berada di negara sendiri, kita akan menyapa mereka yang dikenali sahaja. Semua ini adalah reaksi psikologikal yang selalu berlaku dalam proses interaksi manusia.

Dalam kes pendatang asing di Malaysia, kita dapati mereka menetap di satu-satu kawasan tertentu, berkongsi rumah, malah cuba bekerja di tempat yang sama.

Ini merupakan reaksi psikologi bagi membolehkan mereka berasa selamat. Bagaimanapun, masalah akan timbul apabila kumpulan ini mula merasakan mereka 'kebal' dengan kehadiran jumlah ahli yang semakin besar.


KOMUNITI pendatang asing biasanya akan membina penempatan sendiri dan hidup dalam kalangan bangsa mereka sendiri.


Ilusi kekebalan

Pendatang ini berasa bahawa satu-satu kawasan itu sudah menjadi milik mereka dan tidak ada sesiapapun yang boleh mengganggu kehidupan mereka. Mereka juga menganggap bahawa setiap ahli adalah kepunyaan kumpulan.

Justeru, kita selalu mendengar kes pergaduhan yang berlaku dalam kumpulan pendatang asing ini. Kemarahan kecil akan menular menjadi besar apabila punca kejadian disebabkan orang luar.

Ia tidak lagi merupakan konflik sesama individu, tetapi telah dianggap sebagai satu ancaman terhadap kumpulan.

Dalam kes di Little India, ia mungkin tidak berakhir dengan rusuhan sekiranya kemalangan itu melibatkan pemandu daripada kumpulan ras atau pendatang tadi.

Sebaliknya, ia menjadi isu besar kerana pemandu bas tadi dianggap sebagai 'orang luar'. Lantaran itu, mereka sanggup mengabaikan undang-undang kerana kehadiran sokongan daripada bilangan ahli kumpulan yang besar, biasanya individu akan terpengaruh dengan ilusi kekebalan.

Mereka berasa mampu melakukan segala-galanya, tidak mudah digugat dan akan mencapai kejayaan dalam setiap tindakan. Ia adalah proses psikologik yang selalu berlaku di mana-mana sahaja.

Kes pencerobohan sekumpulan pelampau dari selatan Filipina di Lahad Datu beberapa bulan lalu mungkin berpunca daripada sentimen. Mereka beranggapan memiliki kekuatan yang mencukupi sehingga sanggup berperang dengan negara lain.

Ini hanya disebabkan ilusi psikologi yang mungkin dipengaruhi oleh kepercayaan bahawa di kawasan tersebut terdapat ramai pendatang asing dari kumpulan etnik sama yang akan menyokong mereka.

Walaupun kita tidak boleh berkata bahawa setiap pendatang asing ini hanya akan mencetuskan kekacauan atau melakukan tindakan yang bersifat negatif, tetapi pihak berwajib sewajarnya melihat insiden yang berlaku di Singapura sebagai satu pengajaran.

Mungkin sudah tiba masanya diadakan satu mekanisme untuk memastikan bahawa sesebuah kawasan tidak hanya dimonopoli oleh kumpulan pendatang tertentu. Begitu juga dengan sektor pekerjaan tertentu. Ia mesti dikawal agar tidak hanya satu etnik pendatang yang menguasainya.

Harus diingat, kebanyakan pendatang asing ini datang dari negara miskin. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup.

Keadaan akan menjadi bertambah teruk sekiranya mereka merasakan bahawa mereka merupakan tuan punya bagi kawasan tertentu.

Ilusi kumpulan menyebabkan apa sahaja boleh berlaku.

Bantu lunas impian

Posted:

Bantu lunas impian

Bantu lunas impian


IMPIAN Raj (kiri), Poey Yuan (tengah) dan Jun Kit (dua dari kanan) direalisasikan oleh Sunway Pyramid dan Persatuan Hasrat Kanak-Kanak Malaysia.


MENJELANG perayaan Krismas, penganut agama Kristian terutamanya golongan kanak-kanak adalah antara paling gembira dan teruja untuk mengoyakkan bungkusan hadiah yang diterima.

Bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik distrofi muskular otot atau duchenne muscular dystrophy (DMD), upacara tradisi itu bukanlah sesuatu yang diharapkan.

DMD dikaitkan dengan resesif distrofi otot yang memberi kesan kepada kira-kira seorang dalam 3,600 kanak-kanak lelaki. DMD menyebabkan berlakunya degenerasi otot yang akhirnya membawa kepada kematian.

Bagi Chong Poey Yuan, 16, yang menghidap DMD sejak bayi, dia menyimpan impian untuk menjadi seorang penyanyi.

Adiknya, Jun Kit, 9, yang mengalami penyakit sama bercita-cita menjadi juruterbang, manakala Elvin Raj, 11, ingin menjadi anggota polis.

Sunway Pyramid dengan kerjasama Persatuan Hasrat Kanak-Kanak Malaysia (CWS) telah melancarkan Perayaan Hari Krismas bertemakan Alam Ghaib dan Kempen Sayap Harapan S.O.S di pusat beli-belah itu di Petaling Jaya baru-baru ini.

Peluang

Menurut Ketua Pegawai Operasi Sunway Pyramid, Kevin Tan, kempen tersebut diadakan bagi membantu memenuhi impian kanak-kanak kelainan upaya dalam mencapai cita-cita masing-masing.

"Acara ini merupakan salah satu projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan peluang yang diberikan ini sememangnya sangat bermakna buat mereka. Kami berharap dapat membantu lebih ramai kanak-kanak menerusi CRS ini," katanya.


JUN KIT teruja ketika berpeluang menaiki helikopter yang disewa khas untuknya.


Mengulas lanjut tentang peluang yang diberikan kepada tiga kanak-kanak itu, Kevin memberitahu acara tersebut berjaya dilakukan atas sokongan dan bantuan banyak pihak.

"Saya amat berterima kasih kepada syarikat berlian Swarovski yang telah menyumbangkan pokok krismas dan penaja lain termasuklah H20+, Burt's Bee, Bonia, Kiejl's, Coffe Coffe, A-Look, UGB, Diva, HSBC, Sunway TRavel serta Thomas Sabo.

"Dengan sumbangan yang mereka beri membolehkan kami mengumpul dana sebanyak RM13,500 untuk digunakan dalam memenuhi impian kanak-kanak istimewa ini," katanya.

Membantu melunaskan impian tiga kanak-kanak CWS, pihak Sunway Pyramid telah menyediakan pentas khas buat Poey Yuan untuk menyanyikan sebuah lagu.

Poey Yuan ternyata gembira dan seronok apabila menerima tepukan gemuruh daripada para pengunjung.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Yahaya Ramli yang turut hadir telah menyempurnakan penyerahan uniform pegawai polis kepada Raj selain mengiringi Jun Kit ke Universiti Monash untuk menaiki helikopter yang disewa khas untuknya.

Terharu

Chong Kon Hong, 45, bapa kepada dua orang kanak-kanak istimewa itu nyata terharu dengan peluang yang diberikan oleh pihak Sunway Pyramid.

"Saya sangat berterima kasih kepada pihak Sunway Pyramid dan CWS yang sanggup membantu anak-anak merealisasikan impian mereka.

"Mereka disahkan menghidap DMD sejak kecil. Poey Yuan mula sakit apabila berusia enam tahun manakala adiknya ketika masih bayi," katanya.

Berkongsi pengalaman sebagai seorang bapa kepada dua insan istimewa itu, Kon Hong memberitahu, dia tidak pernah berasa penat atau terbeban dengan ujian yang diberikan.

"Saya tidak pernah meminta pertolongan daripada mana-mana badan kebajikan. Saya ikhlas menjaga mereka sebagai seorang ayah dan cuba memberikan yang terbaik," katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi pembelian satu pelepah burung berharga RM10. Wang hasil pembelian itu akan disalurkan kepada tabung CWS.

"Selain itu, orang ramai juga boleh melontarkan duit syiling ke dalam wishing fountain yang terletak di Tingkat Bawah Blue Concourse dan Orange Concourse, Sunway Pyramid.- DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved