Sabtu, 14 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Skuad hoki wanita negara cipta rekod dunia di Sukan SEA

Posted:

Skuad hoki wanita negara cipta rekod dunia di Sukan SEA

Skuad hoki wanita negara cipta rekod dunia di Sukan SEA

14/12/2013 9:45pm

YANGON - Malaysia mencipta rekod dunia dalam sukan hoki apabila skuad wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua

pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 di sini.

Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata dua minit dengan 18 gol pada babak pertama dan mengulangi jaringan sama pada babak kedua pada perlawanan selama 70 minit.

Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang Argentina apabila

menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.

Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Theinphyu di sini, Noor Hasliza Md Ali

muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25', 42', 43', 62' dan minit ke-64.

Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31' 35'

55' dan 60', Nobaili Hashim empat gol (16', 30', 39', 65'), Norazlin Sumantri

empat gol (12', 21', 25', 60').

Kapten pasukan Nadia Abd Rahman menjaringkan dua gol iaitu pada

minit kelima dan 51'; Norhidayah Bokhari (21', 28'); Rabiatul Adawiyah Mohamed (40', 55'). - Bernama

Enam sekeluarga dari UK tiba di Malaysia selepas perjalanan darat 155 hari

Posted:

Enam sekeluarga dari UK tiba di Malaysia selepas perjalanan darat 155 hari

Enam sekeluarga dari UK tiba di Malaysia selepas perjalanan darat 155 hari

14/12/2013 9:28pm

JITRA - Setelah mengharungi perjalanan sejauh 25,500 km dari United Kingdom (UK) dalam tempoh 155 hari, satu keluarga rakyat Malaysia seramai enam orang hari ini tiba di tanah air.

Jamalullail Ismail, 44, dan isterinya, Sofinee Harun, 38, serta empat anak

mereka, Puteri Sabeera, 17, Muhammad Syameem, 16, Sumrah, 13, dan Ahmad Seif, 10, tiba di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dekat sini kira-kira 12.30 tengah hari tadi setelah mengharungi perjalanan di 26 negara.

Jamalullail, seorang jurutera yang telah menetap di United Kingdom sejak 15 tahun lepas berkata, pengembaraan "By Road to Malaysia" itu menggunakan kenderaan karavan Mercedes Sprinter 1998 memberikan mereka pengalaman berharga.

Keluarga itu menetap di Seaham, Sunderland terpaksa melalui pelbagai

kepayahan terutama masalah birokrasi dan perubahan cuaca di banyak negara sejak memulakan perjalanan pada 13 Julai lalu iaitu 4 Ramadan di United Kingdom. - Bernama

Pendaftaran secara online mudahkan permohonan rumah mampu milik

Posted:

Pendaftaran secara online mudahkan permohonan rumah mampu milik

Pendaftaran secara online mudahkan permohonan rumah mampu milik

14/12/2013 9:29pm

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor sedang membangunkan sistem pendaftaran perumahan secara online bagi memudahkan proses permohonan rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem itu yang

dijangka siap pertengahan tahun depan diyakini dapat membantu kerajaan negeri menyediakan rumah dengan lebih berkesan kepada rakyat.

"Permohonan secara talian dilihat lebih memudahkan proses permohonan dan merancang projek perumahan berdasarkan kepada keperluan sebenar mengikut

kawasan.

"Ia sekaligus mengelakkan pembinaan rumah melebihi dari permintaan,"

katanya selepas majlis penyerahan rumah bagi penempatan semula penduduk Kampung Oren ke Taman Bukit Tiram dan perasmian

Klinik Waqaf An-Nur Taman Bukit Tiram, dekat Ulu Tiram di sini.

Khaled berkata, sistem itu juga membolehkan kerajaan negeri mengetahui

kawasan yang memerlukan pembinaan lebih banyak rumah seumpama itu kerana kerajaan tidak mahu penduduk berhijrah dari kawasan asal ke penempatan baharu yang terletak jauh dari tempat kerja mereka.

- Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved