Sabtu, 14 Disember 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Baitulmuqaddis bermandi salji

Posted:

Baitulmuqaddis bermandi salji

Baitulmuqaddis bermandi salji

TEMBOK BARAT dan Kubah Batu yang menjadi tempat suci orang Yahudi dan Islam di Baitulmuqaddis dilitupi salji semalam.


BAITULMUQADDIS - Ribut salji melanda kota ini dan beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel semalam.

Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota ini lumpuh manakala beratus-ratus buah kenderaan terkandas selepas jalan-jalan raya tidak dapat dilalui.

Pihak berkuasa Israel berkata, salji tebal mencecah 50 sentimeter turun di sini sejak kelmarin.

"Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah melihat pemandangan seperti ini (salji) kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat.

Ribut salji itu menyebabkan pasukan penyelamat, polis dan tentera terpaksa berkerja keras untuk mengeluarkan beratus-ratus orang yang terkandas di dalam kenderaan mereka di beberapa buah lebuh raya dekat sini.

Dalam pada itu, lebih 500 penduduk ditempatkan di sebuah pusat konvensyen yang dijadikan sebuah penempatan sementara.

Semua lebuh raya menuju ke kota ini juga ditutup sehingga diberitahu kelak dengan suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran salji berterusan.

Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel elektrik putus akibat dihem-pap dahan pokok yang patah. - Reuters

Suthep minta 12 bulan laksanakan pembaharuan

Posted:

Suthep minta 12 bulan laksanakan pembaharuan

Suthep minta 12 bulan laksanakan pembaharuan


BEBERAPA penunjuk perasaan anti kerajaan memasang sebuah bendera besar Thailand pada pagar di sekeliling Rumah Kerajaan di Bangkok semalam.- REUTERS


BANGKOK - Pemimpin penunjuk perasaan yang cuba menggulingkan kerajaan Thailand dan memansuhkan pelan pilihan raya awal semalam menyatakan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra perlu meletak jawatan atau dipaksa berundur.

Pergerakan anti kerajaan yang diketuai oleh Suthep Thaugsuban itu juga memerlukan masa setahun untuk melaksanakan segala pembaharuan yang dicadangkan oleh mereka.

Suthep berkata, beliau dan sekutu-sekutunya mahu menubuhkan pasukan polis sukarelawan, pemansuhan pemusatan kuasa dan pembaharuan undang-undang pilihan raya.

Yingluck mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 2 Februari depan dalam usaha menamatkan bantahan jalanan tetapi langkah tersebut dibantah oleh Suthep.

Beliau bimbang parti politik yang berpaksi kepada abang Yingluck yang juga bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra akan memenangi mana-mana pilihan raya yang diadakan di negara itu.

Suthep sebaliknya mahu pemerintahan Thailand diserahkan kepada Majlis Rakyat yang ditubuhkan secara perlantikan dan bukan pemilihan oleh rakyat.

Bercakap mengenai ideanya kepada media, Suthep berkata, beliau akan menemui ketua-ketua angkatan tentera hari ini bagi membincangkan strateginya.

Namun, Suthep menolak apa sahaja persetujuan dengan Yingluck yang kini mengetuai sebuah kerajaan sementara selepas Raja Bhumibol Adulyadej meluluskan tarikh pilihan raya tersebut.

Yingluck sendiri akan mengadakan sebuah forum esok untuk membincangkan mengenai pembaharuan tetapi menegaskan bahawa ia hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya selesai.

"Inisiatif Yingluck untuk mengadakan forum pembaharuan bukan perkara baharu. Kami menolak tawaran Yingluck. Kami tidak akan berunding," kata Suthep.

Konflik politik lapan tahun di Thailand berpusat kepada Thaksin popular dalam kalangan penduduk miskin di pedalaman negara itu ekoran dasar yang dilaksanakan olehnya semasa mentadbir negara.

Thaksin yang tinggal dalam buangan di luar negara untuk mengelak hukuman penjara dalam satu kes rasuah menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai bermotifkan politik.

Beliau digulingkan dalam satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah oleh pihak tentera pada tahun 2006.

Thaksin dan adik perempuannya itu ditentang oleh penyokong institusi raja yang berasa terancam dengan kebangkitan mereka dan sebelum ini pihak tentera.

Golongan kelas pertengahan di Thailand turut membenci mereka kerana dianggap membazirkan wang cukai dengan melaksanakan dasar popular untuk "membeli undi" penduduk miskin di negara itu.

Tentera Thailand pula pernah melakukan atau melakukan rampasan kuasa sebanyak 18 kali dalam tempoh 80 tahun termasuk usaha menggulingkan Thaksin pada tahun 2006.

Namun, pihak tentera kali ini menolak untuk campur tangan dalam krisis politik dalaman terbaharu itu. - Reuters

Kerusi malas diperbuat daripada kertas

Posted:

Kerusi malas diperbuat daripada kertas

Kerusi malas diperbuat daripada kertas


NUMAWE bergaya di atas kerusi kadbodnya.- REUTERS


MISSISSAUGA, Kanada - Seorang lelaki di sini membina sebuah kerusi malas yang diperbuat sepenuhnya daripada kertas kadbod kelmarin.

Luanga Nuwame turut melukis gambar Datuk Bandar Toronto, Rob Ford di bahagian hadapan dan belakang tempat duduk tersebut.

Kerusi itu diberi nama 'Mayor Rob Ford Crack Rocker'.

Pemuda yang mendapat jolokan sebagai 'Guru Kraftangan Buatan Sendiri' merupakan seorang artis seni yang mahir mereka cipta pelbagai produk menggunakan kadbod.

Nuwame mendapat ilham untuk menghasilkan kerusi tersebut selepas Rob Ford mengaku pada bulan lalu bahawa dia pernah mengambil kokain.

"Bagaimanapun saya bukan seorang penagih," katanya. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved