Khamis, 12 Disember 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Khairy anggap kos terlalu tinggi

Posted:

Khairy anggap kos terlalu tinggi

Khairy anggap kos terlalu tinggi

KHAIRY (duduk kiri) meluangkan masa untuk makan tengah hari dengan atlet negara di Perkampungan Sukan di Nay Pyi Taw semalam.


NAY PYI TAW – Kabinet sudah pun meluluskan bajet berjumlah lebih RM80 juta bagi membolehkan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika mengesahkannya berkata, bagaimanapun bajet itu dianggap terlalu tinggi memandangkan Malaysia hanya akan menggunakan infrastruktur sedia ada sahaja.

"Walaupun kabinet telah bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu namun kita percaya ia masih boleh dikurangkan lagi.

"Oleh yang demikian, kabinet telah mengarahkan kementerian saya untuk memantau kos tersebut sekiranya ia dapat dikurangkan. Kita juga percaya ia boleh dikurangkan,"

katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan tengahari dengan atlet Malaysia di Perkampungan Sukan di sini, semalam.

Malaysia dipilih secara rasmi oleh Persekutuan Sukan SEA (SGF) untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada 2017 dalam satu mesyuarat yang diadakan di sini, tiga hari lalu.

Giliran Malaysia adalah selepas Singapura menjadi tuan rumah pada 2015.

Selain Malaysia, tuan rumah untuk temasya berikutnya juga telah diputuskan iaitu Brunei (2019), Vietnam (2021) dan Kemboja (2023).

Mengenai persiapan dalam masa empat tahun akan datang, Khairy menegaskan, Myanmar telah memberi penanda aras yang tinggi buat Malaysia untuk menganjurkan dengan lebih baik pada 2017.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah ialah pada 2001.

Namun pada 2017 nanti, ada kemungkinan beberapa acara temasya tersebut akan dilangsungkan di luar Kuala Lumpur seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Malaysia mara ke separuh akhir

Posted:

Malaysia mara ke separuh akhir

Malaysia mara ke separuh akhir


BARISAN pemain negara (jersi kuning) tampil dengan aksi memberangsangkan ketika menentang Korea Selatan semalam bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir.


MALAYSIA meneruskan kejutan pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 apabila berjaya menjinakkan Korea Selatan 2-1 di suku akhir di Stadium Mejar Dhyan Chand, New Delhi petang semalam.

Pemain perancang, Muhammad Shahril Saabah muncul wira negara dengan meledakkan dua gol pada setiap babak permainan, sekali gus membawa Malaysia mara ke separuh akhirbuat kali pertama sejak 1985.

Kejayaan skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu juga menyaksikan mereka kini berjaya melepasi sasaran kelompok enam terbaik kejohanan yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini.

"Tiada perkataan yang boleh saya ungkapkan ketika ini, jelas sekali hari ini adalah hari yang amat bermakna buat Malaysia," jelas Dhaarma semalam.

"Kami memang jangkakan Korea Selatan akan memberi tentangan hebat kepada kami sehingga ke hujung permainan.

"Kami tahu ia bukan mudah untuk menewaskan mereka, tetapi pemain telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu melakukannya seperti yang dibuktikan hari ini," ujarnya lagi.

Kemenangan ini menyaksikan Malaysia berpeluang mencipta kejutan mara ke final atau sekurang-kurangnya menyamai pencapaian terbaik tempat keempat pada tiga edisi terdahulu iaitu pada tahun 1979, 1982 dan 1985.

Bagaimanapun laluan ke final dilihat mampu dicapai sekiranya skuad remaja negara meneruskan momentum kejayaan ini dengan mengejutkan pasukan dari Eropah, Perancis di separuh akhir petang ini.

"Banyak kejutan telah berlaku dalam kejohanan ini dan banyak perkara boleh berlaku di atas padang," jelas Dhaarma mengenai kemenangan Perancis ke atas pasukan pilihan Belgium dalam satu lagi suku akhir.

"Sama juga dengan hari ini (semalam), kami akan cuba meneruskan kejutan pada separuh akhir esok.

"Namun kami sedar Perancis juga bakal memberi kesukaran kepada kami seperti Korea Selatan, jadi saya harap semuanya berpihak kepada kami seperti hari ini," tambahnya lagi.

Kim Swee rancang ubah taktikal

Posted:

Kim Swee rancang ubah taktikal

Kim Swee rancang ubah taktikal


KIM SWEE (tiga dari kiri) berkemungkinan mengubah taktikal Harimau Muda pada aksi menentang Laos hari ini.


NAY PYI TAW, Myanmar - Pengendali skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee tidak menolak kemungkinan melakukan sedikit perubahan taktikal pada aksi kedua Kumpulan A menentang Laos di Stadium Zeyyer Thiri petang ini.

Kim Swee berkata, Laos merupakan sebuah pasukan yang sedang meningkat naik dan berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sepanjang tahun ini, mereka mampu melakukan kejutan.

"Sudah tentu ada sedikit perubahan dari segi percaturan taktik. Seperti mana saya sebutkan selepas perlawanan menentang Brunei tempoh hari, perubahan itu akan dilakukan dalam beberapa aspek dan bukannya keseluruhan.

"Mungkin ada dua atau tiga pemain yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Brunei akan diberi peluang untuk bermain kali ini.

"Sedikit perubahan akan dilakukan di posisi tengah, serangand an sedikit di posisi pertahanan," kata Kim Swe selepas sesi latihan di Wunna Theikdi semalam.

Laos ada kelebihan tersendiri terutamanya memiliki pemain yang mempunyai skil individu yang tinggi dan mereka mampu melakukan larian yang pantas dan serangan balas yang berbahaya.

Kim Swee berkata, benteng pertahanan Harimau Muda perlu merantai pemain yang memakai jersi No. 9 iaitu Sopha Saysnana yang dikeluarkan lebih awal ketika pasukan itu mengikat Singapura 1-1 pada aksi pembukaan, Ahad lalu.

"Pemain yang memakai jersi No. 9 itu cukup berbahaya. Dia dikeluarkan awal pada perlawanan menentang Singapura selepas pemain No. 5 (Saison Khounsamnan) dilayangkan kad merah tempoh hari.

"Selain itu, pemain-pemain negara juga perlu berhati-hati dengan beberapa lagi pemain yang cukup pantas dan berbahaya.

"Meskipun kami sudah beberapa kali bertemu Loas tahun ini, saya tidak mahu terlalu yakin bahawa saya mengetahui 100 peratus corak permainan mereka. Apa yang penting, mereka harus bermain mengikut segala perancangan," kata Kim Swee.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved