Ahad, 15 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Persemadian salasilah Kesultanan Mataram

Posted:

Persemadian salasilah Kesultanan Mataram

Persemadian salasilah Kesultanan Mataram

HANYA berkemban dan sehelai kain batik panjang melilit kemas pinggang gadis berusia lingkungan 20-an itu. Dia duduk bersimpuh mendepani seorang lelaki tua. Di sisinya, terletak plastik berisi kuntuman bunga. Kepulan asap kemenyan pula menusuk deria bau kedua-duanya, namun masing-masing tenang.

Bungkusan bunga itu kemudiannya diserahkan si gadis kepada lelaki tua tersebut. Terkumat-kamit mulut lelaki itu membutir bacaan yang tidak jelas. Seminit berlalu, gadis itu bingkas berdiri mengambil semula bunga yang dipercayai telah dijampi lantas menuju ke kamar yang menempatkan tiga pusara berlantaikan batu marmar.

Sebelum melepasi pintu kamar, dia duduk dan merapatkan dua tapak tangannya ke tengah dada, lalu menundukkan kepala tanda hormat. Kemudian, gadis itu berdoa di hadapan satu daripada tiga pusara itu yang diakhiri dengan menyiram bunga pada kubur Sri Sultan Hamengkubuwana IX, Bendoro Raden Mas Dorodjatun yang juga sultan pertama menjadi Gabenor bagi Daerah Istimewa Jogjakarta selepas Indonesia merdeka.

Minta doa

"Selalu orang yang datang ke sini, bawa bunga untuk didoakan. Doa yang diminta selalunya tentang kesejahteraan hidup, dipertemukan jodoh dan kejayaan dalam pekerjaan.

"Kemudian mereka membacakan doa untuk sultan-sultan terdahulu yang disemadikan di Imogiri ini sebagai satu bentuk penghormatan. Kepercayaan ini telah lama dipraktikkan sebahagian masyarakat Indonesia dan telah menjadi budaya," terang lelaki warga emas itu dalam bahasa Jawa pekat menceritakan hajat si gadis.

Ritual yang dilakukan sigadis adalah upacara biasa di kota pemakaman Imogiri. Kompleks makam yang terletak di atas bukit dalam kawasan Bantul, Jogjakarta itu menjadi tempat persemadian raja-raja Kesultanan Mataram iaitu kerajaan Islam yang wujud sejak abad ke-17 di Pulau Jawa.

PENGUNJUNG kompleks ini perlu memakai pakaian kebudayaan Jawa.


Selain dikunjungi pelawat tempatan, kompleks yang berkedudukan kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar raya Jogjakarta itu juga menjadi tarikan utama dalam kalangan pelancong asing. Meskipun secara dasarnya, ia sekadar makam diraja tanpa pulangan liburan menyeronokkan, namun kehalusan seni bina lama dan keunikan struktur seliaannya menjadi buah tangan spiritual paling indah kepada orang luar.

Bagaimanapun, pelawat perlu mendaki ratusan anak tangga yang merupakan satu-satunya laluan terbuka untuk naik ke kompleks itu yang terletak di puncak bukit. Seorang penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Shipar merupakan pemimpin pelancong paling kerap membawa pelawat meneroka kota pemakaman Imogiri.

Pada usia 57 tahun, kudratnya agak luar biasa. Tiada cungap dihela meskipun dia tidak berhenti bercerita tentang sejarah kota berusia 381 tahun itu kepada para pelawat yang keletihan. Pada awal pendakian, Shipar berpesan agar mengira setiap anak tangga curam yang dipijak.

Jumlah anak tangga

Tujuannya bagi membolehkan para pelawat membandingkan kiraan masing-masing. Katanya: "Tidak seorang pun dapat memberi jumlah yang sama dan tepat. Ia adalah sebahagian misteri popular di kawasan pemakaman ini. Jumlah sebenar anak tangga di sini ialah sebanyak 409."

Sepanjang memanjat tangga-tangga curam itu, kelihatan beberapa kubur di kanan dan kiri kawasan. Shipar yang menaiki makam Imogiri sekitar 15 kali sehari memberitahu, ia merupakan pusara penduduk tempatan dan jurukunci (penjaga kunci makam yang dilantik istana). Rakyat biasa yang tinggal di luar Imogiri tidak mempunyai keistimewaan untuk dikebumikan di sekitar kompleks itu.


KESESAKAN lalu lintas di monumen Jogjakarta iaitu pintu masuk ke bandar bersejarah di Jawa Tengah.


Sebagai syarat memasuki kawasan makam, para pelawat perlu memakai pakaian yang disediakan. Lelaki mesti lengkap menyarungkan kemeja rasmi tradisi orang Jawa (beskap), kain batik parang dan songkok tradisional Jawa (blangkon), sementara wanita yang mahu masuk ke kawasan makam perlu berkemban.

Susun atur kompleks yang dibangunkan sejak tahun 1632 sehingga 1640 itu dipecahkan kepada tiga bahagian. Sayap utama di tengah-tengah kompleks yang terletak di puncak tertinggi bukit menempatkan makam para pemerintah Kesultanan Mataram dan Kesultanan Kartasura.

Bahagian timur kompleks menjadi lokasi persemadian raja-raja daripada susur galur Kesultanan Jogjakarta manakala Kesultanan Surakarta (Solo) berada di sayap barat.

Untuk menziarahi sayap utama, Shipar berpesan supaya menyediakan duit kecil kira-kira 6,000 rupiah (RM1.60) untuk diberikan kepada abdi dalem iaitu orang yang bekerja untuk Istana Kraton yang menjaga pusara setiap raja. Ditambah bayaran masuk berjumlah 3,000 rupiah (RM0.80 sen), kunjungan ke destinasi sepi itu cukup murah.

Sebuah bangsal kayu usang masih utuh berdiri di atas hamparan pasir halus, biarpun telah dimamah ratusan tahun. Di dalamnya bersemadi Sultan Agung Adi Prabu Hanyakrakusuma (Sultan Agung) atau nama sebenarnya Raden Mas Jatmika yang merupakan sultan ketiga Kesultanan Mataram.

Sultan Agung ialah individu yang bertanggungjawab membangunkan kompleks makam tersebut dan menjadi raja pertama dimakamkan di situ. Meninggal dunia pada tahun 1645, pusara beliau masih terpelihara dengan baik.

Dua abdi dalem setia menemani Sultan Agung dalam bangsal sempit, berbumbung rendah dan hanya diterangi lampu minyak tanah. Setiap pelawat diberi peluang mencium tanah wangi yang terletak betul-betul bersebelahan pusara Sultan Agung.

Mengikut kepercayaan penduduk setempat, haruman tanah itu tidak pernah hilang sejak Sultan Agung disemadikan. Dalam bangsal itu juga terletak pusara permaisuri kepada Sultan Agung iaitu Sri Ratu Batang dan Sri Susuhunan Amangkurat II (Raja pertama Kesultanan Kartasura), Raden Mas Rahmat. Persekitaran sayap utama kompleks itu juga menempatkan makam Sri Susuhunan Amangkurat III, Raden Mas Sutikna.


Gabungan kesenian Hindu dan Islam menjadikan kompleks ini kaya nilai peradaban kuno yang masih dipelihara dengan baik.


Abdi dalem

Seorang abdi dalem di situ, Shaiful, 44, menyatakan terdapat hampir 170 abdi dalem yang bertugas di kompleks pemakaman Imogiri.

"Setiap lapan zon dalam makam Imogiri memerlukan sekurang-kurangnya 12 abdi dalem. Enam orang ditugaskan menjaga ruangan atas yang menempatkan pusara raja dan enam lagi duduk di bawah. Mereka yang lebih berusia dan berpengalaman diberi keutamaan menjaga bahagian dalam.

Tugasan ditetapkan mengikut syif kerana ia diselia 24 jam setiap hari.

"Kami tidak ada gaji tetapi menerima wang ihsan bulanan mengikut pengalaman. Memang selalu ia diberikan dalam lingkungan 5 ribu (RM1.34) hingga 10 ribu rupiah (RM2.68).

"Nilai itu memang kecil tetapi kami tidak kisah kerana ingin berada dekat dengan raja.

Shaiful yang mula membantu tugas abdi dalem pada tahun 1994 sebelum dilantik secara rasmi menjelang tahun 2001.

Pesona motosikal berkuasa tinggi

Posted:

Pesona motosikal berkuasa tinggi

Pesona motosikal berkuasa tinggi


KONVOI motosikal berkuasa tinggi di Ivory Coast memberi pengalaman baharu kepada ahli Kelab Elephant Bikers.


PELAPIK gear yang dihiasi kulit, enjin Harley-Davidson yang disalut krom berkilat, konvoi Kelab Elephant's Bikers berjaya mencuri tumpuan golongan miskin dan penduduk kampung yang mereka lawati di Ivory Coast.

Di Afrika Barat, memiliki motosikal berkuasa tinggi adalah mustahil kerana penduduknya hanya memiliki motosikal yang buruk. Orang ramai yang teruja biasanya akan menyambut konvoi tersebut di sepanjang perjalanan dari ibu kota ekonomi, Abidjan ke pelabuhan perindustrian San Pedro iaitu hampir 400 kilometer ke barat.

Di mana sahaja peserta konvoi singgah bagi mendapatkan bekalan keperluan, berduyun-duyun wanita dan kanak-kanak akan mengerumuni motosikal dan pemiliknya.

Kanak-kanak penjual minuman yang mempunyai telefon bimbit tidak akan melepaskan peluang bergambar dengan motosikal tersebut sambil berbual dengan pemiliknya.

"Kami berkongsi kesenangan dan mimpi. Orang ramai mengerti itu. Mereka melihat secara realiti, ia bukan hanya di televisyen," kata Landry Ouegnin salah seorang daripada peserta konvoi.

"Hanya kerana kita hidup dalam sebuah negara yang mundur, tidak bermakna kita tidak boleh berkongsi perkara yang baik," tambah pengurus perniagaan berusia 34 tahun itu, individu yang bertanggungjawab menggerakkan kelab motosikal tersebut.

Kelab Elephant's Bikers, yang ditubuhkan sedekad lalu sempena ulang tahun ke-100 legenda pembuat motosikal Amerika Syarikat, Harley Davidson, mempunyai kira-kira 50 orang ahli yang kebanyakannya merupakan penduduk tempatan selain beberapa orang asing yang mendapat taraf kewarganegaraan.


KANAK-kanak tempatan tidak melepaskan peluang untuk melihat motosikal berkuasa tinggi secara dekat.


Idenditi tersendiri

Setiap ahli kumpulan memaparkan identiti tersendiri seperti logo Hells Angles, lambang tengkorak dan tulang bersilang, jaket kulit dengan logo Harley atau lambang kelab mereka iaitu gajah memakai but koboi.

Menurut Jackie Thelen, ketua kelab itu yang berasal dari Perancis yang mendapat kewarganegaraan Ivory Coast, pakaian merupakan satu cara menyatukan ahli-ahli dengan semangat persaudaraan seperti kumpulan lain di dunia.

"Anda sering melihat seorang ketua akan muncul dengan seluar koyak, tali pinggang mewah yang mempunyai lambang tengkorak walaupun dia merupakan orang yang bertanggungjawab dalam organisasi tersebut.

"Itulah paradoks dalam kalangan pencinta Harley-Davidson," kata Thelen, 52, yang menjalankan perniagaan sendiri dan bersubang di telinga kirinya.

Di Ivory Coast, imej penunggang motosikal sangat buruk, namun berbeza dengan reputasi kumpulan Hells Angles yang menggunakan motosikal mahal.

Harga sebuah motosikal di kelab tersebut adalah antara AS$8,200 hingga AS$52,000 sebuah (RM26,300 hingga RM188,000) termasuk kos penghantaran dan duti import.

Harga yang mahal berjaya menarik minat penduduk kampung untuk menunggu sepanjang laluan konvoi motosikal tersebut. Kelab itu turut memberi sumbangan kepada pihak sekolah, keperluan perubatan dan bantuan kepada penduduk kampung di kawasan yang mereka lawati.

Dalam pada itu, kebanyakan ahli kumpulan tersebut berada di kelas pertengahan dan beberapa orang boleh dikategorikan sebagai kaya.

Anak bongsu Presiden Henri Konan Bedie dan seorang penasihat kepada menteri Kabinet turut menjadi ahli kelab tersebut. Bagi menjaga keselamatan orang kenamaan ini, polis akan mengekori perjalanan konvoi dengan menaiki pacuan empat roda dan menjaga aliran trafik yang mengganggu perjalanan tersebut.


HARGA yang mahal menyukarkan penduduk tempatan untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi.


Senyuman

Sebaik sahaja mereka sampai ke San Pedro, para penunggang mula mengukir senyuman selepas menempuh perjalanan yang sangat mencabar, dibasahi hujan pada permulaan perjalanan dan menempuh jalan yang berlopak.

"Ia cukup indah!" jerit Gerard Lokossou, 41, pada akhir pengembaraan pertamanya bersama kelab itu.

Dia yang merupakan seorang pengarah pemasaran telah menunggang motosikal bersama ahli kumpulan dari New Jersey, sebuah negeri di Amerika Syarikat, sangat gembira menjadi sebahagian daripada peserta konvoi di Ivory Coast.

"Ia memberi saya peluang untuk bertemu dan menyelami kehidupan sebahagian rakyat di negara ini," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved