Sabtu, 9 November 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Detik bersejarah

Posted:

Detik bersejarah

Detik bersejarah

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

PARA pemain skuad hoki wanita negara meraikan kejayaan mereka meraih pingat gangsa selepas menewaskan China 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia di Kakamigahara, Jepun semalam.


SKUAD hoki wanita negara mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2013 di Kakamigahara, Jepun semalam.

Tambah manis, kejayaan menjulang pingat gangsa buat kali pertama itu dilakukan The Blue Tigress dengan menumbangkan pasukan gergasi, China dengan jaringan 3-1.

Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa itu, pasukan kendalian jurulatih, Nasihin Nubli Ibrahim telah melakukan kebangkitan selepas terlebih dulu ketinggalan 0-1 kepada China menerusi jaringan Zhao Xia pada minit ke-25.

Penyerang negara, Rabiatul Adawiyah mempamer ketangkasannya apabila berjaya menghasilkan gol penyamaan buat skuad negara tiga minit selepas itu menerusi jaringan gol padang, menjadikan perlawanan babak pertama perlawanan berkesudahan 1-1.

Bersambung selepas rehat, Rabiatul sekali lagi muncul wira apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk Malaysia mendahului 2-1.

Tiga minit sebelum perlawanan tamat, Noor Hasliza Ali menceriakan kem negara apabila dia juga berjaya melakukan pukulan padu menerusi pukulan sudut penalti untuk membolehkan Malaysia menang 3-1 sekali gus merangkul pingat gangsa.

Nasihin berkata, kemenangan tersebut merupakan sejarah buat pasukan hoki wanita negara yang menduduki ranking ke-22 dunia berbanding China yang menduduki rangking ketujuh.

"Saya sangat gembira dengan kejayaan ini dan selepas menyaksikan kemenangan itu saya bagaikan berada di alam lain dan hilang kata-kata.

"Mereka (pemain) mempamerkan semangat juang sangat tinggi terutama dalam aksi tempat ketiga/keempat itu dan ribuan tahniah kepada para pemain atas komitmen sepanjang kejohanan ini," kata Nasihin kepada Kosmo! Ahad semalam.

Pencapaian terbaik skuad hoki wanita negara sebelum ini adalah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1982 di New Delhi, India.

Selepas itu, pada Piala Asia 1985 di Korea Selatan, pasukan negara juga memenangi pingat yang sama dan itu adalah kejayaan terakhir pada peringkat tertinggi.

Malaysia pertama kali bertanding dalam Trofi Juara-Juara Asia ini berikutan Korea Selatan menarik diri pada saat-saat akhir.

Ke mana haluan Amirulhadi?

Posted:

Ke mana haluan Amirulhadi?

Ke mana haluan Amirulhadi?

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


MOHD. AMIRULHADI antara pemain yang mendapat perhatian Johor DT.


KEDUDUKAN bekas pemain kebangsaan, Mohd. Amirulhadi Zainal terus menjadi tanda tanya.

Meskipun terdapat laporan Mohd. Amirul telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama Pahang, namun menurut Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), pemain kelahiran Melaka itu masih berhasrat untuk beraksi bersama Johor Darul Takzim (Johor DT) musim hadapan.

Jelas Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Mohd. Amirulhadi mendakwa dia masih belum menandatangani mana-mana kontrak lanjutan bersama Pahang.

"Saya tidak tahu apa status Mohd. Amirul ketika ini. Pahang mendakwa Mohd. Amirulhadi sudah menandatangani kontrak lanjutan bersama mereka namun (Amirul) memberitahu saya dia masih belum tandatangan mana-mana kontrak.

"Setahu saya, dia dan keluarganya memang berhasrat untuk datang ke Johor," kata Tunku Ismail pada sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah meminta PBNJ melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Mohd. Amirulhadi kerana pemain tengah terbabit telah menandatangani kontrak lanjutan bersama skuad Tok Gajah, dua bulan lepas.

Begitupun menurut Tunku Ismail, dia akan tetap hormati apa juga keputusan Mohd. Amirulhadi sama ada ingin menyertai Johor DT atau mahu terus bersama Pahang.

"Kalau sudah sah kekal bersama Pahang, saya hormati keputusan dia dan saya ucapkan selamat berjaya untuk dia dan pasukan Pahang," katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail mendedahkan, pasukan Liga Premier Johor akan mula dikenali sebagai pasukan Johor Darul Takzim II (Johor DT II) bermula musim hadapan.

"Kita ada dua pasukan di bawah naungan PBNJ iaitu Johor DT dan Johor DT II. Kami telah menyerahkan permohonan ini kepada Suruhanjaya Sukan.

"Pasukan Johor DT II merupakan pasukan sokongan buat pasukan utama dan ia terdiri daripada majoriti pemain-pemain muda," katanya.

Jelas Tunku Ismail, tugas jurulatih Johor DT II untuk musim hadapan akan kembali digalas Azmi Mohamed.

Azraai bawa haluan ke Pantai Timur

Posted:

Azraai bawa haluan ke Pantai Timur

Azraai bawa haluan ke Pantai Timur

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

T-TEAM bakal mendapat sentuhan MOhd. Azraai Khor Abdullah (gambar) bagi menghadapi saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) musim depan.

Bekas jurulatih Perak dilaporkan hampir pasti untuk menandatangani kontrak dengan pasukan kelab dari Terengganu itu.

Perkhabaran itu disahkan oleh Azraai semalam bahawa dia sudah dihubungi pihak pengurusan T-Team berkenaan tawaran untuk menjadi jurulatih pasukan berstatus kelab dari Pantai Timur itu.

Sehingga kini, rundingan di antara The Titans dengan Azraai masih pada peringkat lisan namun jurulatih berusia 61 tahun itu mengakui bahawa dia berkemungkinan besar akan melatih skuad tersebut musim depan.

Apa yang pasti, perkhabaran itu jelas menggembirakan penyokong-penyokong T-Team yang yakin dengan kemampuan Azraai untuk membina reputasi pasukan kesayangan mereka dalam kancah Liga Super musim depan.

"Benar, memang ada perbincangan antara saya dengan T-Team. Secara lisan, saya sudah bersetuju tetapi masih belum ada 'hitam-putih' (menandatangani kontrak) dengan mereka.

"Rundingan itu masih belum mencapai kata sepakat sepenuhnya tetapi saya nampak perkara positif akan berlaku dan hanya menunggu masa untuk menandatangani kontrak.

"T-Team adalah pasukan pertama yang menghubungi saya selepas saya melepaskan jawatan bersama Perak. Mereka nyata serius mahukan khidmat saya.

"Buat masa ini, rundingan saya masih berjalan lancar dan apa yang boleh saya katakan, saya memang minat T-Team," jelas Azraai ketika dihubungi Kosmo! Ahad, semalam.

Azraai antara jurulatih berwibawa Liga M yang tidak asing di mata peminat-peminat bola sepak tempatan.

Antara kejayaan paling membanggakan buat bekas pengendali Harimau Muda A itu ialah ketika membantu Kedah menjulang gelaran 'double treble' pada musim 2006/2007 dan 2007/2008.

Selain itu, beliau turut berjaya membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2011.

Dalam perkembangan sama, Azraai mengakui beliau tidak tertekan dengan jangkaan tinggi daripada pihak pengurusan mahu pun peminat yang menagih kejayaan pasukan selaras dengan kredibiliti yang ada padanya.

Jelasnya, beliau akan berusaha untuk terus mengilap bakat-bakat muda tempatan selain berazam untuk bersaing dengan pasukan-pasukan Liga Super pada musim depan.

"Saya tidak tertekan. Itu adalah perkara biasa dalam dunia bola sepak.

"Apa yang boleh saya katakan, saya akan mencuba yang terbaik untuk membantu T-Team jika dilantik sebagai jurulatih baharu nanti.

"Paling penting, saya mahu menyaksikan kombinasi pemain muda dan senior dalam usaha memantapkan pasukan ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved