Isnin, 4 November 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


39 pesara Utusan dirai dalam majlis Jasamu Dikenang

Posted:

39 pesara Utusan dirai dalam majlis Jasamu Dikenang

39 pesara Utusan dirai dalam majlis Jasamu Dikenang

MOHAMED HASHIM (depan tengah), Mohd. Nasir (depan lima dari kanan) dan Aziz (depan empat dari kanan) bersama sebahagian kakitangan Utusan Melayu yang bersara pada majlis Malam Jasamu Dikenang 2013 di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAI. Seramai 39 pesara Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) membabitkan pelbagai jabatan dan cawangan diraikan dalam satu majlis Malam Jasamu Dikenang 2013 di Dewan Ibu Pejabat UMMB, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain diraikan dengan jamuan dan persembahan artis, setiap pesara yang hadir turut menerima sumbangan saguhati mengikut tempoh perkhidmatan masing-masing.

Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Korporat UMMB, Norhayati Darus, berkata, penganjuran majlis itu lebih bermakna kerana ia julung-julung kali diadakan di Dewan Ibu Pejabat UMMB.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran dua artis tempatan iaitu Ramlah Ram dan Fredo Flybaits.

Kolej Jaiputra sambut 110 orang pelajar baharu

Posted:

Kolej Jaiputra sambut 110 orang pelajar baharu

Kolej Jaiputra sambut 110 orang pelajar baharu


SHAHAROM (barisan kedua lapan dari kiri) bergambar bersama sebahagian fasilitator dan pelajar baharu Kolej Jaiputra, Kelantan baru-baru ini.


ERAT. Seramai 110 pelajar baharu Kolej Jaiputra, Kelantan menyertai Majlis Minggu Ta'aruf dan Ukhuwah pelajar semester baharu 2013 sesi Jun dan Ogos baru-baru ini.

Minggu suai kenal tersebut berlangsung selama tiga hari dua malam di Dewan Utama Kolej Jaiputra, Kampus Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan dibantu oleh 22 fasilitator.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program, antaranya sesi daripada bahagian Hal Ehwal Akademik berkaitan dengan pembelajaran sebagai pelajar diploma.

Program itu di harapkan dapat membantu mahasiswa mengenali dengan lebih dekat lagi Kolej Jaiputra sekali gus mengeratkan silaturahim antara sesama mahasiswa baharu.

Turut serta dalam program tersebut adalah Ketua Pegawai Operasi Kolej Jaiputra, Shaharom Azmin.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved