Sabtu, 9 November 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Taufan Haiyan landa Filipina

Posted:

Taufan Haiyan landa Filipina

Taufan Haiyan landa Filipina


AFP
SEORANG lelaki berjalan melintasi ombak besar semasa angin kencang akibat taufan Haiyan melanda bandar Legaspi, wilayah Albay selatan Manila semalam.


MANILA - Taufan paling kuat di dunia pada tahun ini telah melanda Filipina semalam, menyebabkan lebih sejuta penduduk melarikan diri dan bekalan elektrik terputus serta memusnahkan banyak rumah.

Angin taufan Haiyan peringkat 5 bergerak menuju wilayah Cebu dan pulau pelancongan Boracay, Leyte serta Samar dengan kelajuan mencecah 275 kilometer sejam (km/j).

Ia turut menyebabkan ombak setinggi lima hingga enam meter.

Tenaga elektrik dan talian komunikasi di tiga buah pulau iaitu Samar, Leyte dan Bohol terputus tetapi pihak kerajaan dan syarikat rangkaian telekomunikasi berjanji akan berusaha memulihkan perhubungan dalam masa 24 jam.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada lebih 12 juta penduduk termasuk 2.5 juta penduduk yang berada bandar Cebu berhubung taufan tersebut.


REUTERS
SEBATANG pokok tumbang akibat angin kencang ketika taufan Haiyan membadai bandar Cebu, tengah Filipina semalam.


Penduduk di Filipina masih trauma dengan gempa bumi 7.2 pada skala Ritcher yang berlaku pada bulan lalu sehingga mengorbankan banyak nyawa.

"Ribut kencang melanda dengan kelajuan angin hampir 313km/j," kata seorang pengarah meteorologi Amerika Syarikat, Jeff Masters.

Ribut dan taufan yang membawa angin kencang boleh menyebabkan bumbung dan dinding tercabut.

Menurut penyelaras Migrasi Organisasi Antarabangsa di Bohol, Lionel Dosdosa, gempa bumi kuat yang berlaku pada 15 Oktober lalu telah mengorbankan 222 orang dan beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal.

Hampir sejuta penduduk telah berpindah untuk mencari tempat perlindungan selepas Presiden Benigno Aquino menggesa supaya penduduk yang tinggal di tebing sungai, lereng-lereng bukit dan di pesisiran pantai yang terdedah kepada taufan Haiyan agar segera berpindah. - Agensi

Arkitek menang duit emas selepas kuruskan badan

Posted:

Arkitek menang duit emas selepas kuruskan badan

Arkitek menang duit emas selepas kuruskan badan


REUTERS
AHMAD IBRAHIEM menunjukkan isyarat bagus pada majlis penyampaian hadiah pertandingan menguruskan badan
di Dubai kelmarin.


DUBAI - Seorang penduduk berketurunan Syria, Ahmad Ibrahiem Al Sheikh memenangi tempat pertama pertandingan menguruskan badan bagi memperoleh emas di sini kelmarin.

Dia yang berusia 27 tahun berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 26 kilogram (kg) menerima sebuah trofi dan emas seberat 63 gram bernilai 10,048 dirham (RM8,696).

Sebelum ini, berat Ahmad yang merupakan seorang arkitek ialah 146.7kg.

Dia merupakan salah seorang daripada 2,648 orang yang menyertai pertandingan menguruskan badan anjuran pihak perbandaran Dubai.


REUTERS
BENTUK badan Ahmad Ibrahiem sebelum dia berjaya menguruskan badan.


Tempat kedua dimenangi oleh seorang peserta yang berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 23kg.

Pemenang tempat ketiga dibolot oleh seorang peserta yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 22kg.

Pertandingan itu bermula pada Julai lalu dan diadakan selama 30 hari.

Ia diadakan sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan bilangan penduduk yang mengalami masalah obesiti. - AFP

Kaki palsu Abbott boleh dipakai kasut tumit tinggi

Posted:

Kaki palsu Abbott boleh dipakai kasut tumit tinggi

Kaki palsu Abbott boleh dipakai kasut tumit tinggi


AP
ABBOTT berjalan dengan memakai kaki kiri palsu di Warwick, Pulau Rhode kelmarin.


NEWPORT, Pulau Rhode - Seorang wanita, Heather Abbott memperoleh kaki kiri palsu yang membolehkan dia memakai kasut tumit tinggi.

Dia memperoleh kaki palsu itu dari syarikat Next Step Bionics and Prosthetics yang berpangkalan di Manchester, New Hampshire seminggu lalu.

Warna kaki palsu itu adalah sama dengan warna kulit Abbott.

Wanita itu kehilangan kaki kirinya dari bawah paras lutut dalam kejadian letupan bom pada 15 April lalu di Boston, Amerika Syarikat.

Kaki palsu itu dibiayai oleh sebuah syarikat insurans. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved