Jumaat, 25 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis Selangor tumpas kumpulan pecah rumah berbangsa Latin

Posted:

Polis Selangor tumpas kumpulan pecah rumah berbangsa Latin

Polis Selangor tumpas kumpulan pecah rumah berbangsa Latin

25/10/2013 8:18pm

SHAH ALAM - Polis Selangor percaya mereka dapat menumpaskan kumpulan pecah rumah dianggotai empat orang berbangsa Latin, termasuk seorang wanita, yang aktif melakukan kegiatan itu di Shah Alam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berumur antara 26 dan 44 tahun, dua daripada mereka masing-masing memiliki pasport Colombia dan Sepanyol manakala dua lagi memegang pasport Colombia ditangkap dalam Ops Pintu pada Rabu dan Khamis lepas.

Kumpulan itu ditahan selepas polis mengesan dua suspek di dalam sebuah kenderaan berlegar-legar di Kota Kemuning dan nombor pendaftaran kereta itu pernah digunakan dalam kejadian pecah rumah di Seksyen 8 Shah Alam, sebelum ini.

Mohd. Shukri dalam sidang media hari ini berkata, kedua-dua suspek ditahan di Persiaran Kuala Selangor selepas memintas kenderaan mereka dan menemui pelbagai peralatan pecah rumah seperti playar dan sarung tangan dalam kenderaan itu.

Susulan itu, polis menahan dua lagi suspek di sebuah hotel dan pangsapuri di sekitar Lembah Klang keesokannya dan merampas barangan seperti komputer tablet dan riba, jam tangan berjenama, kamera dan barang kemas. - Bernama

Keadaan banjir di Perak semakin pulih

Posted:

Keadaan banjir di Perak semakin pulih

Keadaan banjir di Perak semakin pulih

25/10/2013 8:17pm

IPOH - Keadaan banjir di Perak semakin pulih dengan hanya 100 mangsa berada di tiga pusat pemindahan di Perak sehingga 6 petang ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung, Anuwar Ismail berkata, 62 mangsa berada di pusat pemindahan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai manakala di Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan pula seramai 21 orang.

Banjir di daerah Kerian membabitkan kawasan Alor Pongsu dan Bagan Serai juga semakin surut apabila cuaca baik hari ini, katanya ketika dihubungi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Zainuddin Mohd. Nordin berkata, jalan di Km13 dan Km17 dari arah Alor Pongsu ke Bagan Serai berhampiran Kampung Permatang Tengah masih ditutup kepada kenderaan ringan walaupun air semakin surut.

"Jumlah mangsa yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaa Alor Pongsu juga kekal kepada 17 orang," katanya.

Fenomena air pasang, peralihan monsun dan hujan lebat menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kawasan di Perak. - Bernama

Piala Malaysia: Khairul tekad pertahankan gawang Tok Gajah

Posted:

Piala Malaysia: Khairul tekad pertahankan gawang Tok Gajah

Piala Malaysia: Khairul tekad pertahankan gawang Tok Gajah

25/10/2013 7:55pm

KUANTAN - Penjaga gol utama Pahang, Mohd. Khairul Azhan tidak rela gawangnya ditembusi pemain Bujang Senang.

Beliau akan cuba mempamerkan aksi lebih mantap sebagai benteng terakhir Tok Gajah agar mereka dapat ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini dengan bergaya.

"Kami tidak rela berputih mata di Kuching kerana semua pemain telah bersusah payah menewaskan Sarawak 3-1 di Kuantan Sabtu lalu.

"Kita sudah ada bekalan dua gol untuk menjerat Bujang Senang di hadapan penyokong mereka sekali gus mengulangi detik 1997 kali terakhir Pahang layak ke final," katanya yang dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, Sarawak pasti menurunkan skuad terkuat mereka untuk memburu gol sebagai bekalan ke perlawanan akhir.

Mohd. Khairul Azhan berkata, beliau memerlukan kerjasama semua pemain Pahang di setiap posisi terutama tengah dan pertahan agar tidak mudah diratah lawan.

"Saya harap pemain di bahagian tengah dan pertahanan berfungsi dengan baik seperti di Kuantan bagi mengekang asakan lawan," ujarnya.

Tambahnya, beliau kini sedang mempersiapkan diri terutama emosi untuk berdepan dengan penyokong Bujang Senang kerana ini adalah penampilan pertamanya di Bumi Kenyalang.

"Saya akan memberi sepenuh perhatian kepada permainan dan akan meningkatkan komunikasi dengan semua pemain agar tidak berlaku kesilapan mudah di depan gol.

"Saya juga mengharapkan sokongan padu dari penyokong Tok Gajah yang datang ke stadium nanti," jelasnya.

Sementara itu, Pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh berkata, skuad kendalian Dollah Salleh perlu mencari gol awal bagi menaikkan semangat untuk membenam Sarawak.

"Saya juga harap semua pemain menjaga disiplin dan tidak menghiraukan provokasi yg ditimbilkan oleh penyokong lawan," kata beliau. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved