Rabu, 23 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lima pusat pemindahan banjir dibuka di Kedah

Posted:

Lima pusat pemindahan banjir dibuka di Kedah

Lima pusat pemindahan banjir dibuka di Kedah

23/10/2013 10:00pm

ALOR SETAR - Lima pusat pemindahan banjir dibuka di seluruh Kedah bagi menampung mangsa banjir berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Pegawai Bertugas Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negeri Kedah, Marwani Omar berkata, sehingga pukul 4 petang, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan adalah seramai 360 orang dari 102 keluarga.

Katanya di daerah Baling, sebuah pusat pemindahan telah dibuka di Surau Ladang Kuala Ketil dengan seramai 45 mangsa dari 12 keluarga.

Di daerah Kota Setar, tiga pusat dibuka iaitu di Surau Syakirin, Dewan Kampung Kelompang dan Sekolah Kebangsaan Titi Gagah membabitkan 65 mangsa dari 19 keluarga.

Di Pendang, seramai 250 mangsa dari 71 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan Kompleks Sukan Rakan Muda.

Jumlah mangsa banjir dijangka meningkat berikutan hujan lebat hampir setiap hari di Kedah. - Bernama

Pegawai bank maut ditembak pengawal keselamatan

Posted:

Pegawai bank maut ditembak pengawal keselamatan

Pegawai bank maut ditembak pengawal keselamatan

23/10/2013 9:57pm

SUBANG JAYA - Seorang pegawai bank maut ditembak di bahagian kepala oleh pengawal bank yang sama dalam satu kejadian rompak di Jalan USJ Central 2 di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.16 petang itu, mangsa Norazita Abu Talib, 37, dipercayai dipaksa oleh suspek yang bersenjatakan senapang patah untuk membuka peti besi berisi wang di bank berkenaan.

Sumber polis berkata, sebaik sahaja mangsa membuka peti berkenaan, suspek yang berumur 37 itu kemudiannya telah melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian kiri muka mangsa.

"Suspek yang dipercayai bersekongkol dengan seorang lagi lelaki kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah motosikal dengan sejumlah wang yang masih belum dikenalpasti jumlahnya," ujarnya ketika dihubungi.

Ketika kejadian, terdapat lima individu berada di dalam bank berkenaan termasuk suspek. - KOSMO!

Pemandu teksi ditahan samun penumpang

Posted:

Pemandu teksi ditahan samun penumpang

Pemandu teksi ditahan samun penumpang

23/10/2013 9:29pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pemandu teksi beberapa jam selepas dia menyamun seorang penumpang di Jalan Kuching di sini antara pukul 4 petang hingga 9 malam Isnin lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, pemandu itu menyamun barangan milik penumpang wanita berusia 26 tahun itu termasuk kad ATM, kad akses kondominium dan wang tunai RM67 dengan mengacukan pisau kepadanya.

"Ketika mangsa dalam perjalanan membuat laporan polis berhubung kejadian itu, mangsa terserempak dengan pemandu tersebut di Jalan Ipoh lalu dia menghubungi polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Suspek yang berusia 36 tahun itu dan berasal dari Kajang kini direman untuk membantu siasatan.

Khairy berkata, teksi itu mempunyai nombor pendaftaran palsu.

Beliau berkata suspek dipercayai turut terbabit dengan beberapa lagi kes merompak penumpang. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved