Kosmo Online - Negara |
Mayat terbakar di dalam perigi Posted: Mayat terbakar di dalam perigiOleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
ALOR GAJAH – Perancangan jahat lima individu membawa mayat seorang wanita sejauh 15 kilometer untuk dibuang di dalam perigi buta di ladang tembikai susu, Solok Manggong di sini sebelum dibakar dengan kayu dan petrol terbongkar apabila kesemuanya dapat diberkas kelmarin. Mayat Endang Mariani Muhammad Rau, 28, ditemui rentung 90 peratus di dalam perigi sedalam lima meter itu pada pukul 6.30 petang oleh pemilik ladang tersebut. Polis yang menjalankan siasatan kemudian memberkas empat individu warga Indonesia termasuk seorang wanita dan seorang lelaki tempatan di sekitar Rembia dan Semabok tidak sampai 12 jam selepas mayat mangsa ditemui. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: 'Isteriku ada suami lain' Oleh KUMARA SABAPATTY ![]() CHIN SENG menunjukkan gambar kahwinnya dengan Thi Vinh (kiri) manakala gambar kahwin Thi Vinh dengan suaminya warga Vietnam. KUALA LUMPUR – Hajat seorang pemandu van sebuah kilang untuk hidup bahagia bersama wanita jelita warga Vietnam yang dikahwini dengan bantuan agensi mencari jodoh bertukar menjadi mimpi semata-mata apabila si isteri itu rupa-rupanya isteri orang. Tan Chin Seng, 33, berkata, sebelum mengharungi pengalaman pahit itu, dia mulanya diperkenalkan kepada agensi mencari jodoh oleh kawan kepada seorang saudaranya di Sungai Chua, Kajang pada pertengahan 2009. Selepas meneliti gambar-gambar warga asing yang ditunjukkan oleh agensi itu, Chin Seng dari Bandar Sri Damansara dekat sini tertarik dengan seorang wanita Vietnam, Nguyen Thi Vinh, 25. Bagi mencapai hajatnya itu, pemandu van sebuah kilang aluminium tersebut sanggup membayar wang berjumlah RM17,000 kepada agensi mencari jodoh itu kononnya sebagai kos membayar khidmat mendaftar perkahwinan dan upah kepada agensi tersebut pada November 2009. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kes rompak staf AirAsia ditangguh Posted: Kes rompak staf AirAsia ditangguh![]() AZIZEE dan Mohamad Faiz Amirol berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Ampang semalam. AMPANG - Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes seorang pemandu bas sekolah dan rakannya yang dituduh merompak eksekutif syarikat penerbangan AirAsia yang maut akibat dilanggar secara tidak sengaja oleh orang awam. Hakim Manira Mohd. Nor menetapkan tarikh tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd. Zawawi memohon satu tarikh lain bagi mendapatkan laporan analisis rakaman televisyen litar tertutup. Noor Fadzlin juga memaklumkan, semua dokumen berkaitan kes termasuk gambar kecederaan mangsa, keterangan tertuduh serta gambar rajah tempat kejadian telah diserahkan kepada pihak pembelaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan