Jumaat, 4 Oktober 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kutip sampah di dasar laut

Posted:

Kutip sampah di dasar laut

Kutip sampah di dasar laut

Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA
berita@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN peserta bergambar kenangan selepas menamatkan program Pembersihan Dasar Laut di Pulau Billean dan Tegaipin, Beluran, Sandakan baru-baru ini.


LAUT merupakan antara khazanah alam yang tinggi nilainya. Ia menjadi tempat kepada jutaan hidupan untuk membina habitat mereka.

Daripada habitat inilah, wujudnya rantaian makanan yang turut memberi manfaat kepada manusia. Dalam aspek ini, kehidupan manusia sememangnya amat bergantung kepada laut dalam kehidupan seharian.

Manusia perlukan laut untuk mendapatkan sumber makanan. Laut juga dianggap penting kerana turut menjana sumber ekonomi sebagai salah satu laluan pengangkutan serta industri pelancongan.

Persoalannya, sejauh manakah laut dan segala isinya dapat terus menyumbang kepada kehidupan manusia. Ini kerana, fakta membuktikan banyak habitat hidupan laut ini kini telah terancam.

Ia diancam dengan kehadiran elemen luar meliputi sampah sarap, bahan buangan dan pencemaran air. Natijah daripada situasi ini akan mengancam habitat laut yang akhirnya boleh melenyapkan segala kehidupan.

Atas kesedaran ini, pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun para sukarelawan tampil dengan pendekatan masing-masing.

Antaranya termasuklah usaha murni 35 peserta yang menyertai program Pembersihan Dasar Laut di Pulau Billean dan Tegaipin yang merangkumi kawasan Pulau Pemuliharaan Marin Sugud (MMEA) di Beluran, Sandakan, Sabah pada 15 September lalu.

Sekalipun bilangan itu kecil, hasilan daripada program tersebut berjaya mengumpul sebanyak 542 kilogram sampah sarap. Ia membuktikan bahawa kesungguhan dalam menjayakan sesuatu program itu penting agar objektifnya tercapai berbanding jika diukur dengan jumlah pesertanya.

Program pembersihan dasar laut di pulau berkenaan adalah bertemakan 'Daripada Kesedaran Kepada Tindakan' dan dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Danau Girang (DGFC).

Turut serta dalam program ini ialah kakitangan Pusat Penyelidikan Danau Gurang (DGFC), Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Maritim Malaysia (APMM) dan Lankayan Island Dive Resort.

Pengarah program tersebut, Radzi Abdul Kadir berkata, aktiviti tersebut dijalankan sempena Project Aware yang dilaksanakan di seluruh dunia mengenai masalah pembuangan serpihan marin ke pantai dan laut.

Katanya, penekanan utama yang diberikan adalah menukar persepsi kesedaran kepada tindakan untuk menyelamatkan laut dari pencemaran yang boleh membawa kepada kemusnahan.

"Ramai yang sedar persekitaran kita terutamanya di laut kini melalui proses kemusnahan, tetapi hanya sebilangan kecil yang mahu bertindak dan menghentikannya," kata beliau.

Ujarnya, program sehari itu yang mendapat sokongan penuh daripada semua peserta telah berjaya memungut 549 kilogram serpihan sampah sama ada yang terdapat di pantai mahupun laut.

"Kebanyakan sampah yang dipungut mengandungi botol minuman plastik, jala, tali, puntung rokok, selipar dan botol kaca," tambahnya.

Bagi wakil Pusat Penyelidikan Danau Girang (DGFC), Dr. Milena Salgado-Lynn, usaha murni yang dilakukan pihak terbabit mencerminkan kesungguhan dalam memelihara hidupan laut.

Beliau menambah, pendekatan dengan membersihkan laut bukan sahaja memberi manfaat besar kepada manusia tetapi lebih daripada itu adalah menjamin kesinambungan hidupan laut.

"Apabila kami mengeluarkan satu jala dari terumbu ketika proses pembersihan, kami dapat lihat seekor penyu tersangkut di dalam jaring tersebut.

"Ia begitu menyedihkan apabila hidupan laut terancam hanya kerana perbuatan manusia sendiri," tambahnya.

Tegasnya, jaring-jaring daripada jala itu dipercayai dibuang oleh nelayan tidak bertanggungjawab sebelum hanyut dan merosakkan terumbu karang.

Pegawai dari Jabatan Hidupan Liar, Rashid Saburi pula menempelak sikap manusia yang seolah-olah menjadikan laut seperti tong sampah.

"Mereka beranggapan laut itu seperti tong sampah dan sewenang-wenangnya membuang segala bentuk sampah ke dalamnya. Perkara ini perlu diperbetulkan segera," tegasnya.

Perkhemahan anak istimewa

Posted:

Perkhemahan anak istimewa

Perkhemahan anak istimewa

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my


seorang guru memberikan arahan kepada murid-murid yang menyertai perkhemahan sebelum melakukan aktiviti.


PROSES pembelajaran dan pengajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja tetapi juga boleh ditimba melalui kegiatan luar seperti perkhemahan melibatkan pasukan beruniform.

Aktiviti berkenaan merupakan satu bentuk proses pembelajaran yang mampu membantu meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dalam kalangan murid.

Bukan itu sahaja, program tersebut turut dijadikan medium bagi menangani stres selepas penat belajar.

Menyedari pendekatan tersebut mampu memberikan nilai tambah kepada murid, terutamanya murid istimewa, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas, Kelantan menganjurkan acara Perkhemahan Perdana Pendidikan Khas yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Nasarudin Talib.

Perkhemahan yang julung-julung kali diadakan itu membuktikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) tersebut mampu mengikuti pelbagai aktiviti sekiranya diberi peluang untuk menyertainya.

Penolong Pegawai Bahagian Pendidikan Khas PPD Pasir Mas, Azman Mohd. Zain berkata, penganjuran aktiviti berkenaan dibuat bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan dalam mewujudkan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam kalangan murid istimewa terbabit.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama pihaknya menganjurkan program perkhemahan melibatkan MBK di daerah tersebut.

"Kita juga ingin memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid terlibat yang sebelum ini tidak pernah berpeluang untuk terbabit dalam aktiviti perkhemahan di samping memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.


sebahagian guru dan murid berkeperluan khas bergambar kenangan selepas tamat Perkhemahan Perdana Pendidikan Khas di SK Bukit Jarum, Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini.


"Selain itu, kita mahu mereka berdikari dan mempunyai keyakinan diri seperti murid normal melalui aktiviti yang diadakan sepanjang perkemahan ini," katanya.

Menurutnya, perkhemahan tersebut membuktikan anak-anak istimewa juga mampu berdikari dan mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan sebagaimana dilakukan oleh murid biasa.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah mendirikan khemah, membuat alatan perkhemahan, memasak dan membantu rakan menyiapkan tugasan.

Azman memberitahu, ibu bapa yang mempunyai anak dikategorikan sebagai MBK perlu memberikan sokongan penuh jika mereka ingin terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

Katanya lagi, masih terdapat segelintir ibu bapa yang kurang yakin dengan kemampuan dan kebolehan anak-anak istimewa tersebut.

Ujarnya, mereka sebenarnya boleh melakukan tugasan sama seperti anak normal sekiranya diberi peluang dan kepercayaan untuk menunjukkan keupayaan sebenar.

"Saya menyeru agar ibu bapa mengubah tanggapan tersebut dan menyokong penuh anak-anak mereka yang ingin terlibat dalam sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.

Azman berkata, perkhemahan tersebut yang diadakan selama tiga hari dua malam disertai seramai 147 MBK daripada 18 buah sekolah di daerah Pasir Mas.

Lawatan muhibah ahli Kesukma ke kampus UMS

Posted:

Lawatan muhibah ahli Kesukma ke kampus UMS

Lawatan muhibah ahli Kesukma ke kampus UMS


PARA ahli Kesukma yang menyertai lawatan Program Transformasi 1Malaysia bergambar selepas melawat UMS di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


MESRA. Seramai 110 ahli Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma) mengadakan lawatan muhibah ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu baru-baru ini.

Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada acara akhir Kesukma dalam siri Program Transformasi 1Malaysia selama empat hari di negeri itu.

Sepanjang berada di UMS, rombongan telah diberi penerangan oleh Ahli Jawatankuasa Kesatuan Kakitangan Am UMS mengenai sejarah dan perkembangan universiti tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved