Ahad, 27 Oktober 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Panglima Tentera Darat melawat Markas 2 Divisyen Infantri

Posted:

Panglima Tentera Darat melawat Markas 2 Divisyen Infantri

Panglima Tentera Darat melawat Markas 2 Divisyen Infantri

RAJA MOHAMED AFFANDI (kanan) beramah mesra dengan anggota tentera ketika melawat Markas 2 Divisyen Infantri Tentera Darat, Kem Tun Razak, Pulau Pinang baru-baru ini.


LAWATAN. Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mengadakan kunjungan ke Markas 2 Divisyen Infantri Tentera Darat di Kem Tun Razak, Pulau Pinang baru-baru ini.

Lawatan itu merupakan kunjungan pertama beliau ke markas tersebut setelah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada Jun lepas.

Pada lawatan itu, beliau telah meluangkan masa beramah mesra bersama 250 pegawai dan anggota pasukan tersebut.

Ketika berucap, Raja Mohamed Affandi mengingatkan setiap anggota supaya mengekalkan semangat berpasukan dan memperbaiki kekurangan diri selain menjaga nama baik organisasi 2 Divisyen Infantri.

"Saya tidak akan dapat laksanakan tugas sebagai Panglima Tentera Darat tanpa ada hubungan yang kukuh dalam organisasi termasuk peranan warga 2 Divisyen Infantri," kata beliau.

Turut hadir Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shukuri Ahmad.

Syabas agih air percuma kepada empat keluarga miskin

Posted:

Syabas agih air percuma kepada empat keluarga miskin

Syabas agih air percuma kepada empat keluarga miskin


EDDY MOHAMAD (kiri) menyampaikan bantuan bekalan air menerusi Tabung Budi Syabas kepada wakil keluarga miskin, Suciela Ramasamy (dua kiri) sambil diperhatikan oleh Hasimah (tiga dari kanan) di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.


BANTU. Sebanyak empat keluarga miskin di negeri Selangor bukan sahaja tidak perlu membayar bil air yang tertunggak, malah diberi pula bantuan bekalan air percuma selama enam bulan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) baru-baru ini.

Sumbanan itu disampaikan oleh Penolong Pengurus Unit Kawalan Kredit Syabas, Wilayah Petaling, Eddy Mohamad Bajuri.

Menurut Pengurus Seksyen Tabung Budi Syabas, Hasimah Md. Din, empat keluarga tersebut menerima bantuan di bawah Tabung Budi Syabas yang digerakkan dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Program bantuan itu diperkenalkan untuk meringankan beban keluarga miskin yang menghadapi masalah untuk membayar bil air yang tertunggak," katanya.

Sejak dilancarkan pada Ogos 2010, tabung itu telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM410,248 untuk membantu keluarga miskin di negeri itu.

RISDA sumbang pokok getah

Posted:

RISDA sumbang pokok getah

RISDA sumbang pokok getah


ZAKARIA menanam pokok getah sempena majlis penyampaian bantuan anak pokok getah kepada penduduk di Kampung Tok Lawit, Kuala Berang, Terengganu baru-baru ini.


TANAM GETAH. Sebanyak 80 keluarga di Kampung Tok Lawit, Kuala Berang, Terengganu menerima bantuan anak pokok getah untuk ditanam di kawasan rumah bagi memudahkan urusan penjagaan dan kutipan hasil baru-baru ini.

Bantuan sebanyak 100 anak pokok bagi setiap keluarga itu disumbangkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Menurut Pengarah RISDA Terengganu, Zakaria Mat Zin, maklum balas yang diterima daripada pekebun sangat memberangsangkan apabila mereka gembira dengan bantuan kerajaan tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved