Ahad, 27 Oktober 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Protes di Brazil bertukar ganas

Posted:

Protes di Brazil bertukar ganas

Protes di Brazil bertukar ganas

SEORANG samseng memecahkan cermin sebuah terminal bas dalam tunjuk perasaan yang diadakan kelmarin.


SAO PAULO - Polis menembak gas pemedih mata dan menangkap sejumlah penunjuk perasaan di bandar raya ini kelmarin apabila satu perarakan menuntut pengangkutan percuma untuk pelajar bertukar ganas.

Sekumpulan pembuat kacau dengan sebahagiannya memakai penutup kepala hitam bertindak merosakkan beberapa Mesin Teler Automatik (ATM), membakar sebuah bas awam dan memusnahkan mesin-mesin jualan tiket tren bawah tanah.

Sebagai tindak balas, polis pencegah rusuhan yang membawa belantan dan perisai menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Menurut media tempatan, kira-kira 60 orang telah ditangkap dalam protes tersebut.

Polis bandar raya ini bagaimanapun memberitahu, angka tangkapan sebenar masih belum dapat dipastikan.

Protes tersebut menyebabkan beberapa jalan utama ditutup untuk seketika. Bantahan itu turut mengganggu sistem pengangkutan awam di bandar raya ini yang dihuni oleh 11 juta orang.

Brazil menjadi tumpuan antarabangsa ketika negara itu membuat persediaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun depan dan temasya Olimpik Musim Panas pada tahun 2016.

Lebih sejuta penduduk mengadakan protes jalanan pada Jun lalu kerana berang dengan gejala rasuah dan pembaziran berjuta-juta dolar dalam menganjurkan dua acara sukan utama tersebut. - AFP

YouTube rancang kenakan bayaran langganan muzik

Posted:

YouTube rancang kenakan bayaran langganan muzik

YouTube rancang kenakan bayaran langganan muzik


LAMAN web YouTube dipaparkan pada skrin sebuah komputer di Los Angeles, Amerika Syarikat.


WASHINGTON - Laman perkongsian video milik Google, YouTube bersiap sedia melancarkan perkhidmatan langganan muzik untuk membolehkan pengguna menonton video dan mendengar muzik tanpa gangguan iklan, kata sumber industri kelmarin.

Beberapa sumber memberitahu agensi berita AFP bahawa perkhidmatan tersebut akan dilancarkan tahun depan.

Pelan baharu itu masih mengekalkan akses percuma untuk sebahagian besar klip video dan muzik di YouTube tetapi menambah perkhidmatan berbayar tanpa iklan.

Perkhidmatan tersebut turut menawarkan beberapa ciri istimewa termasuk mendengar album penuh dan menyimpan muzik secara luar talian.

"Kami sentiasa mencari cara baharu dan lebih baik untuk pengguna menikmati kandungan YouTube di semua skrin selain memberi lebih peluang kepada rakan niaga kami untuk mencapai pelanggan mereka," kata seorang jurucakap YouTube.

Namun, langkah tersebut turut dilihat oleh beberapa penganalisis sebagai kaedah terbaharu YouTube untuk meraih lebih banyak pendapatan.

Enjin carian internet, Google membeli laman web berkenaan pada tahun 2006 dengan bayaran AS$1.65 bilion (RM5.1 bilion).

Setakat ini, YouTube dilaporkan memperoleh pendapatan sederhana hasil pengiklanan di laman perkongsian video tersebut.

Terdahulu, majalah Billboard dan akhbar New York Times melaporkan langganan premium untuk perkhidmatan tersebut berharga sekitar AS$10 (RM31) sebulan.

Perkhidmatan tersebut membolehkan syarikat rakaman mendapat royalti lebih besar daripada yang diperoleh menerusi akses percuma. - AFP

Femen mahu rekrut wanita Britain

Posted:

Femen mahu rekrut wanita Britain

Femen mahu rekrut wanita Britain

AKTIVIS Femen, Sasha Shevchenko (kiri) dan pengarah filem, Kitty Green menghadiri Anugerah Festival Filem BFI London pada 19 Oktober lalu.


LONDON - Kumpulan penunjuk perasaan penuh kontroversi, Femen mahu merekrut wanita Britain untuk menyertai gerakan ekstrem mereka.

Femen terkenal kerana mengadakan tunjuk perasaan dengan mendedahkan payudara bagi membantah ketidakadilan gender di seluruh dunia.

Kumpulan tersebut dalam satu kenyataannya berkata, ia mahu Britain menjadi negara ke-11 yang mempunyai perwakilan Femen.

"Wanita Britain telah menyertai tentera bogel (Femen), mereka berkata, kami perlukan Femen di Britain," kata pengasas dan ketua kumpulan itu, Inna Shevchenko.

"Pelacuran, undang-undang imigresen dan fahaman ekstrem Islam tidak akan terlepas daripada Femen. Kami akan sentiasa mencari jalan untuk berada di tempat ia diperlukan," tambahnya.

Diasaskan di Ukraine pada tahun 2008, Femen berkembang menjadi sebuah pergerakan antarabangsa tidak lama kemudian.

Aktivis-aktivis kumpulan itu pernah menyerbu Pertunjukan Fesyen Paris.

Femen turut mengadakan demonstrasi separuh bogel di luar Stadium Olimpik di Kiev menjelang Euro 2012 untuk membantah percubaan membenarkan pelacuran semasa temasya bola sepak berkenaan di Ukraine dan Poland. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved