Isnin, 14 Oktober 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Puting beliung 200km/j landa India

Posted:

Puting beliung 200km/j landa India

Puting beliung 200km/j landa India

SEORANG wanita menyidai pakaian di kampungnya yang rosak teruk selepas dibadai Phailin di Gopalpur, dalam negeri Orrisa, India kelmarin.


BHUBANESWAR - Puting Beliung Phailin yang menyebabkan kemusnahan besar di pantai timur India meragut tujuh nyawa semalam selepas kerajaan mengarahkan perpindahan terbesar dalam sejarah negara itu untuk mengurangkan kadar kematian.

Setakat semalam, pihak berkuasa mula menilai kerosakan yang berlaku akibat puting beliung paling kuat pernah melanda India dalam tempoh 14 tahun itu.

Kerajaan turut melancarkan usaha menyelamat besar-besaran termasuk mengagihkan makanan kepada sekitar satu juta penduduk yang berpindah, membersihkan jalan raya dan membantu mangsa yang cedera.

Ahli Parlimen Negeri Orissa, Jay Panda memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa tujuh orang disahkan terbunuh dalam bencana itu.

"Angka kematian ini jauh lebih rendah berbanding ramalan yang dibuat. Ini kerana langkah-langkah kecemasan telah dilaksanakan sebelum ribut melanda," kata- nya.

Menurut Panda, angka kematian kecil itu antara lain berpunca daripada tindakan pantas kerajaan memindahkan penduduk menjelang ketibaan puting beliung tersebut kelmarin.

"Saya berpendapat, kami berjaya mengurangkan kehilangan nyawa kepada tahap minimum," kata Ketua Menteri Orissa, Naveen Patnaik.

Bencana tersebut yang melanda sejumlah 14,000 kampung di tepi pantai timur India telah menyebabkan kira-kira 600,000 orang kehilangan tempat tinggal.

"Pasukan kami masih meneruskan usaha mencari mangsa yang terkorban atau masih hidup dan memeriksa tahap kerosakan yang berlaku," jelas Pengerusi Pasukan Tindak Balas Bencana Negara (NDMA), Sandeep Rai.

Sementara itu, Naib Pengerusi NDMA, Marri Shashidar Reddy memberitahu, puting beliung itu semakin lemah selepas membadai timur India pada kelajuan 200 kilometer sejam (km/j).

"Phailin kini bertiup kurang 90km/j dan bergerak ke kawasan pedalaman," katanya.

Kebanyakan penduduk tempatan terpaksa bermalam di pusat perlindungan sementara dan di dalam bangunan awam selepas puting beliung Phailin meruntuhkan sejumlah kediaman dan menyebabkan pokok tumbang.

Kawasan paling teruk terjejas adalah di sekitar bandar Gopalpur, dalam negeri Orissa yang dilanda angin selaju 200km/j. Setakat semalam, rantau berkenaan terputus bekalan elektrik dan telefon.

Lebih 8,000 orang terbunuh apabila ribut puting beliung melanda Orissa dan kawasan sekitarnya pada 1999,

Rantau berkenaan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih daripada bencana tersebut. - AFP

64 terbunuh dalam rempuhan di jambatan

Posted:

64 terbunuh dalam rempuhan di jambatan

64 terbunuh dalam rempuhan di jambatan


SEBAHAGIAN mayat di atas jambatan selepas berlaku rempuhan di luar Kuil Ratangarh di daerah Datia semalam.


BHOPAL - Sekurang-kurangnya 64 orang maut dan lebih 100 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah jambatan di luar sebuah kuil Hindu di tengah India pagi semalam, kata polis.

Berpuluh-puluh yang lain dikhuatiri maut selepas mereka terjun ke dalam sungai dekat jambatan berkenaan yang terletak di negeri Madhya Pradesh.

"Lebih 60 orang disahkan mati dan angka korban dijangka mencapai 100 orang. Lebih 100 yang lain cedera," kata Timbalan Polis daerah Datia, Inspektor Jeneral D.K. Arya.

Menurut Arya, rempuhan dipercayai berlaku apabila kumpu- lan penganut Hindu panik kerana menyangka jambatan dekat Kuil Ratangarh akan runtuh akibat dilanggar sebuah kenderaan berat.

"Terdapat khabar angin yang jambatan akan runtuh selepas di- langgar sebuah traktor. Ramai orang takut terjatuh ke dalam sungai," katanya.

Penganut Hindu menyambut hari penghujung festival Navara- tri yang menarik berjuta-juta penganut agama itu ke kuil-kuil ter- utama di utara India.

Pada Februari lalu, seramai 36 orang mati terpijak ketika sejum- lah penganut Hindu pulang dari festival Kumbh Mela di tebing sungai Ganges. - Agensi

Kakitangan awam dipecat anjur majlis perkahwinan mewah

Posted:

Kakitangan awam dipecat anjur majlis perkahwinan mewah

Kakitangan awam dipecat anjur majlis perkahwinan mewah


Majlis perkahwinan mewah itu berlangsung di Pusat Konvensyen Nasional China, Beijing.


BEIJING - Seorang pegawai bawahan di China dipecat kerana mengadakan satu majlis perkahwinan serba mewah di sini baru-baru ini, lapor media tempatan.

Pegawai berkenaan, Ma Lingxiang menjadi sasaran terbaharu tindakan keras pemerintah dalam menangani rasuah dan pembaziran melibatkan pegawai kerajaan di China.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, Lingxiang yang merupakan seorang timbalan ketua kampung mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya di Pusat Konvensyen Nasional China di bandar raya ini.

"Majlis itu turut dihiburkan oleh beberapa artis terkenal," menurut Xinhua.

Laporan itu memetik Lingxiang sebagai berkata, dia telah membelanjakan sebanyak 200,000 yuan (RM104,212) untuk mengadakan majlis perkahwinan itu.

"Baki perbelanjaan majlis perkahwinan tersebut ditanggung keluarga pengantin perempuan," katanya.

Namun, akhbar The Beijing News berkata, perbelanjaan majlis itu pada keseluruhannya mencecah 1.6 juta yuan (RM823,155).

Sementara itu, Agensi berita Xinhua menyatakan Lingxiang masih dalam siasatan walaupun tiada bukti kukuh menunjukkan dia telah menggelapkan dana awam. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved