Jumaat, 6 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Samsung perkenal jam tangan pintar

Posted:

Samsung perkenal jam tangan pintar

Samsung perkenal jam tangan pintar

KETUA Pegawai Eksekutif merangkap Presiden Perniagaan IT serta Mobil Samsung, JK Shin membuat demonstrasi Galaxy Gear pada pameran IFA di Berlin, Jerman kelmarin.


BERLIN - Syarikat teknologi terkemuka dunia dari Korea Selatan, Samsung semalam memperkenalkan gajet yang ditunggu-tunggu ramai iaitu jam tangan pintar.

Jam tangan digital itu didedahkan beberapa minggu lebih awal berbanding pesaing utamanya, Apple yang dijangka menawarkan peranti hampir sama.

Dikenali sebagai Galaxy Gear, ia diperkenalkan di sini, pada acara pameran elektronik tahunan Internationale Funkausstellung (IFA) kelmarin.

Menurut Samsung, Galaxy Gear boleh bertindak sebagai peranti tambahan kepada telefon pintar. Ia berfungsi memberitahu pengguna mengenai panggilan dan mesej yang diterima menerusi paparan skrinnya bersaiz 1.63 inci.

Pengguna juga boleh membuat panggilan tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar mereka.

Galaxy Gear dilengkapi satu kamera asas. Ia juga boleh menggunakan aplikasi seperti Twitter dan RunKeeper. Peranti yang dikuasakan oleh Android itu akan mula dijual mulai 25 September depan di kebanyakan negara pada harga AS$299 (RM988) seunit.

Para penganalisis teknologi berpendapat jam tangan pintar itu akan menjadi hadiah yang mesti dimiliki pada musim cuti pada tahun ini. - AP

Obama beri rasional serang Syria di G20

Posted:

Obama beri rasional serang Syria di G20

Obama beri rasional serang Syria di G20


PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin (kiri) menyambut Presiden AS, Barack Obama sempena sidang kemuncak G20 di Saint Petersburg, Rusia semalam.


SAINT-PETERSBURG - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba di sini kelmarin bagi menyertai sidang kemuncak G20 di Rusia di mana beliau dilaporkan akan berhujah mengenai tindakan ketenteraan terhadap rejim Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia.

Dengan raut wajah serius, Obama kelihatan bergegas turun dari pesawat rasminya, Air Force One yang mendarat di lapangan terbang Pulkovo, Saint Petersburg menjelang majlis perasmian G20 oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin pada tengah hari.

Seorang pembantu Obama berkata, masih tiada rancangan perbincangan dua hala di antara pemimpin dari AS dan Rusia itu ekoran kedua-duanya mempunyai pandangan berbeza berhubung krisis di Syria.

Namun, Obama dan Putin dikatakan mempunyai peluang meng-adakan perbincangan di luar mesyuarat dengan ketua-ketua negara G20.

Timbalan Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Ben Rhodes menyatakan bahawa para pegawai AS akan meneruskan perbincangan dengan Rusia mengenai asas- asas dakwaan penggunaan senjata kimia oleh rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

Namun Rhodes berkata, AS enggan berdebat mengenai sama ada serangan benar-benar akan dilancarkan ke atas negara Asia Barat itu.

Menurut Rhodes, Obama menerima kenyataan bahawa tidak semua anggota G20 akan bersetuju mengenai rancangannya ke atas Syria terutama Rusia.

Bagaimanapun, Obama dilapor akan menjelaskan tentang rancangan semasa AS kepada sekutu-sekutu negara itu dan rakan-rakan G20.

Beliau juga dilaporkan ingin mengetahui jenis sokongan diplomatik dan politik yang bakal dinyatakan anggota-anggota G20 berhubung situasi di Syria.

Perancis sebelum ini menyokong rancangan AS menyerang Syria. Namun, beberapa kuasa besar G20 termasuk China dan Jerman dengan tegas menyuarakan bantahan mereka.

Obama turut terlepas sokongan sekutu rapatnya, Britain apabila wakil-wakil rakyat negara itu mengundi untuk tidak terlibat dalam tindakan ketenteraan ke atas Syria.

Rejim Bashar didakwa melakukan serangan gas sarin pada 21 Ogos lalu yang meragut 1,429 nyawa termasuk 400 kanak-kanak di pinggir bandar Damsyik.

Perang saudara di Syria yang memasuki tahun ketiga telah mengorbankan lebih 110,000 orang serta menyebabkan kira-kira dua juta rakyatnya melarikan diri ke negara-negara jiran.

Dalam perkembangan berkaitan, Kesatuan Eropah (EU) menggesa kumpulan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan segera hasil siasatan mengenai serangan senjata kimia itu.

Gesaan tersebut dibuat supaya komuniti antarabangsa boleh memutuskan tindakan yang perlu diambil berhubung konflik di Syria.

Presiden EU, Herman Van Rompuy ketika berada di Saint Peters- burg semalam berkata, masih terlalu awal untuk mengenakan tinda- kan ketenteraan ke atas negara bergolak itu walaupun AS dan Perancis bersedia untuk bertindak.- Agensi

Sayur ditanam warga emas membesar setinggi 182sm

Posted:

Sayur ditanam warga emas membesar setinggi 182sm

Sayur ditanam warga emas membesar setinggi 182sm

RUANG di rumah hijau milik Puopolo yang dijadikan tempat menanam sayur labu air yang kini terus membesar.


ROM - Seorang pekebun di Itali terkejut apabila sayur labu air yang ditanamnya membesar sehingga mencecah 182 sentimeter (sm) panjang di sini kelmarin.

Ekoran itu, Luca Anotonio Puopolo terpaksa mengalih sebahagian komponen rumah hijau yang dibinanya untuk memberi ruang kepada sayur labunya terus membesar.

Warga emas berusia 72 tahun itu percaya keadaan tersebut berlaku akibat gelombang haba musim panas yang menyebabkan buah labu air berkenaan membesar sedemikian rupa.

Menurut Puopolo, dia hanya menyiram air biasa ke atas sayur-sayur labu itu sehingga satu malam ia membesar sepanjang 182sm dan menyebabkan ruang di dalam rumah hijau yang dibina menjadi semakin sempit.

"Sangat menakjubkan buah labu itu lebih tinggi daripada saya sekarang dan ia masih membesar. Saya tidak percaya betapa besarnya sayur tersebut," katanya.

Puopolo mula menyedari sayurnya itu membesar lebih cepat dan pada sebahagian malam sayur tersebut membesar sehingga lima atau enam inci sejak Jun lalu.

"Saya tidak pernah menjangka sayur itu akan sebesar ini. Namun, saya dia masih berhasrat untuk memakannya," kata Puopolo menceritakan perancangan isterinya, Rita, 67, yang berhajat untuk memasak sayur labu berkenaan apabila cukup besar nanti. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved