Khamis, 12 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pemisah MNLF jadikan penduduk sebagai perisai

Posted:

Pemisah MNLF jadikan penduduk sebagai perisai

Pemisah MNLF jadikan penduduk sebagai perisai

SEKUMPULAN penduduk kampung yang dipercayai dijadikan tebusan oleh kumpulan pemisah MNLF mengibarkan kain putih sebagai tanda merayu anggota tentera agar tidak menembak mereka di Zamboanga, Filipina semalam.


ZAMBOANGA - Kumpulan pemisah Islam semalam menjadikan sejumlah penduduk di sini sebagai tebusan yang membentuk perisai manusia ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan di selatan Filipina memasuki hari ketiga.

Ada di antara kalangan berpuluh-puluh tebusan terbabit mengibarkan bendera putih dan merayu supaya mereka tidak ditembak oleh tentera.

Rayuan itu dibuat selepas penembak tepat yang disyaki anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melepaskan tembakan dari penempatan tersebut ke arah pasukan keselamatan yang berada sekitar 500 meter di daerah Santa Barbara di sini.

Di bahagian lain di Zamboanga, tiga anggota MNLF ditahan selepas berbalas tembakan dengan pihak polis yang menyekat kemaraan puak pemisah daripada mencero- boh daerah-daerah lain di sini.

"Tentera kami hanya membalas tembakan. Kami tidak melancarkan serangan. Misi kami adalah untuk mengepung mereka, bukan menyelamatkan tebusan," kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 24 yang lain cedera selepas kira- kira 300 anggota MNLF bertempur dengan tentera Filipina sejak Isnin lalu.

Kumpulan lelaki bersenjata yang merupakan pengikut pengasas MNLF, Nur Misuari dikatakan mahu menggagalkan rundingan damai di antara Manila dengan puak pemisah di selatan negara itu.

Pertempuran tersebut menyebabkan bandar pelabuhan yang mempunyai hampir sejuta penduduk itu lumpuh dan lebih 170 orang awam dipercayai terperangkap di lokasi persembunyian kumpulan pemisah.

Sejumlah sekolah, premis perniagaan dan bangunan kerajaan ditutup sejak tiga hari lalu. Perkhidmatan penerbangan dan feri turut tergendala.

Dalam perkembangan berkaitan, sekitar 13,000 orang di lima daerah di Zamboanga meninggalkan rumah masing-masing untuk mencari lokasi selamat di pusat bandar ini.

Zamboanga merupakan pusat komersial, pendidikan selain menempatkan kompleks ke- rajaan utama di selatan Filipina.

Datuk Bandar Zamboanga, Maria Isabelle Climaco merayu kumpulan pemisah membebaskan tebusan dan membincangkan rasa tidak puas hati mereka dengan Manila.

Climaco juga mencadangkan campur tangan pihak ketiga dalam pergolakan terbaharu itu.

"Ini bukan lagi masalah dalam negara. Ini merupakan masalah antarabangsa," katanya dalam satu wawancara televisyen. - Agensi

Sekuel filem

Posted:

Sekuel filem <i>Jurassic Park</i> bertajuk <i>Jurassic World</i>

Sekuel filem Jurassic Park bertajuk Jurassic World


IMEJ yang disediakan oleh Universal Pictures menunjukkan pelakon Sam Neill yang memegang watak Dr. Alan Grant dikejar dinosaur dalam filem Jurassic Park.


LOS ANGELES - Sekuel keempat filem Jurassic Park akan dinamakan sebagai Jurassic World umum penerbitnya, Universal Pictures.

Filem sekuel itu akan ditayangkan dalam bentuk tiga dimensi (3D) pada 12 Jun 2015.

Studio penerbitan itu juga menyatakan bahawa pengarah filem Safety Not Guaranteed, Colin Trevorrow diberi tanggungjawab untuk mengarah filem tersebut.

Steven Spielberg pula bertindak sebagai penerbit. Spielberg sebelum ini mengarah dua filem awal Jurassic Park sementara filem ketiga diarahkan oleh pengarah filem Captain America, Joe Johnston.

Francais filem dinosaur itu telah mencatat kutipan pecah panggung sebanyak AS1.9 bilion (RM6.2 bilion) sejak ditayangkan ke seluruh dunia pada tahun 1993. - AP

Kanada keluarkan koleksi syiling warna motif Superman

Posted:

Kanada keluarkan koleksi syiling warna motif Superman

Kanada keluarkan koleksi syiling warna motif Superman


SEORANG petugas Royal Canadian Mint melukis lakaran visual Superman di atas kepingan syiling di Kanada kelmarin.


MONTREAL - Sempena sambutan ulang tahun ke-75 penciptaan watak Superman, Kanada memberi penghargaan dengan mengeluarkan duit syiling yang memaparkan lakaran karikatur adiwira tersebut kelmarin.

Kanada juga akan mengeluarkan tujuh reka bentuk duit syiling dengan lakaran watak adiwira berkenaan.

Royal Canadian Mint berkata, ia akan mengeluarkan koleksi duit syiling itu dengan nilai daripada 50 sen hingga 75 sen.

Koleksi duit syiling itu juga akan dikeluarkan dalam bentuk emas, perak dan kupro nikel.

Harga syiling itu ditawarkan bermula AS$28.70 (RM93.97) untuk syiling kupro nikel. Sementara sejumlah setem akan diberikan bersama duit syiling emas 14 karat yang bernilai AS$723.80 (RM2,369).

Syiling emas itu menawarkan lakaran visual berwarna Superman dan sedang diiktiraf sebagai yang pertama seumpamanya. Sebanyak 2,000 keping syiling akan dikeluarkan untuk dibeli.

Watak Superman buat pertama kali muncul pada tahun 1938. Ia telah dicipta bersama oleh Joe Shuster yang berasal dari Kanada dan Jerry Siegel dari Amerika Syarikat. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved