Khamis, 12 September 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


3,000 tetamu meriahkan sambutan Aidilfitri TNB Selangor

Posted:

3,000 tetamu meriahkan sambutan Aidilfitri TNB Selangor

3,000 tetamu meriahkan sambutan Aidilfitri TNB Selangor

MOHD. AZIM (tengah) bergambar kenangan dengan anak-anak yatim dari beberapa buah rumah kebajikan sekitar Selangor pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Shah Alam baru-baru ini.


MERIAH. Lebih 3,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung selama empat jam bermula pukul 8 malam itu dihadiri pelbagai tetamu termasuk pengurus kawasan TNB seluruh Selangor, syarikat Kapar Energy Venture dan Stesen Janakuasa Jambatan Connaught.

Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat, lemang, rendang, sate, laksa dan mi goreng.

Pada majlis berkenaan, Pengurus Besar TNB Selangor, Datuk Ir. Mohd. Azim Yusof turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari beberapa rumah kebajikan di negeri ini.

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada kakitangan TNB Selangor dan petugas media.

SMK Kampung Selamat sambut ulang tahun ke-10

Posted:

SMK Kampung Selamat sambut ulang tahun ke-10

SMK Kampung Selamat sambut ulang tahun ke-10


NAPIAH (empat dari kiri) merasmikan sambutan ulang tahun ke-10 SMK Kampung Selamat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.


MERIAH. Kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat memeriahkan majlis Jasamu Di Kenang dan Sambutan 10 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.

Seramai 10 guru dan 173 murid sekolah menerima sijil kecemerlangan kokurikulum yang disampaikan oleh Ketua Sektor Akademik Jabatan Pendidikan negeri Pulau Pinang, Napiah Mat.

Hadir sama menyaksikan majlis itu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Supian Paimin dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Kampung Selamat, Wan Chik Ahmad.

Pengetua SMK Kampung Selamat, Arsun Jasin berkata, majlis tersebut diserikan dengan persembahan pelajar, pameran serta mencanting batik, demonstrasi pemanduan motosikal dan kraf tangan bahan terpakai.

Ismail Sabri adakan pertemuan dengan Nekmat di Johor Bahru

Posted:

Ismail Sabri adakan pertemuan dengan Nekmat di Johor Bahru

Ismail Sabri adakan pertemuan dengan Nekmat di Johor Bahru


ISMAIL SABRI beramah mesra dengan ahli persatuan nelayan ketika hadir di majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Nekmat di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.


RAMAH MESRA. Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kali ke-28 di Johor Bahru baru-baru ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil kesempatan beramah mesra dengan para nelayan negeri itu.

Menurut Ismail Sabri, pertemuan tersebut merupakan kesempatan untuk beliau menyampaikan amanat kepada semua nelayan agar dapat memainkan peranan dan mengatur strategi lebih berkesan untuk mengawal pasaran ikan.

"Menerusi penguasaan rantaian nilai itu, persatuan nelayan kawasan, negeri dan Nekmat akan memainkan peranan bermula daripada penyediaan air batu, kedai runcit, kerja membaiki bot sehinggalah pasaran ikan," katanya.

Hadir sama Timbalannya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Irmohizam Ibrahim dan Pengerusi Nekmat Mohamad Dolmat.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved