Khamis, 8 Ogos 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Seorang rentung, 1,000 tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di Sandakan

Posted:

Seorang rentung, 1,000 tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di Sandakan

Seorang rentung, 1,000 tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di Sandakan

08/08/2013 10:04pm

SANDAKAN - Seorang wanita warga emas rentung manakala kira-kira 1,000 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 200 buah rumah musnah dalam kebakaran besar di Kampung Cendera Mata, Batu Sapi, dekat sini, hari ini.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, berkata, mangsa dikenali sebagai Isnah Kuayah, 73 dan seorang lelaki turut terkena renjatan elektrik dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, seorang anggota Bomba mengalami

kecederaan selepas tergelincir ketika membuat operasi memadamkan api dan sedang diberi rawatan di hospital itu.

Ordine berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.18 tengah hari dan menghantar 15 anggota bersama tujuh jentera ke lokasi kejadian serta dibantu 15 anggota bomba sukarela dari Karamunting selain anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Beliau berkata ketika bomba sampai, kebakaran sudah merebak dan hanya dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas itu.

Katanya mayat mangsa ditemui di bawah rangka rumah yang terbakar, manakala punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Lelaki mati ditembak di Pulau Pinang

Posted:

Lelaki mati ditembak di Pulau Pinang

Lelaki mati ditembak di Pulau Pinang

08/08/2013 6:59pm

GEORGE TOWN - Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner, Gan Kong Meng berkata, mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Gan berkata polis menjumpai 14

kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.

Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.

Gan berkata, mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya. - Bernama

Lelaki cedera ditembak di Chemor

Posted:

Lelaki cedera ditembak di Chemor

Lelaki cedera ditembak di Chemor

08/08/2013 12:56pm

IPOH - Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera

parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta

mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa

melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.

Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian

berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.

Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved