Khamis, 15 Ogos 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kem penunjuk perasaan diserang

Posted:

Kem penunjuk perasaan diserang

Kem penunjuk perasaan diserang

JENAZAH penyokong Presiden yang digulingkan Mohamed Morsi diletakkan di sebuah bilik hospital lapangan di Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah semalam.- REUTERS


KAHERAH - Pasukan keselamatan Mesir membunuh sekurang- kurangnya 30 orang apabila mereka merobohkan sebuah kem penunjuk perasaan di ibu kota negara berkenaan di sini semalam.

Kumpulan penunjuk perasaan tersebut menuntut supaya Presi- den yang digulingkan, Mohamed Morsi dilantik semula.

Setakat ini, masih belum terdapat pengesahan rasmi berhubung angka kematian dalam tragedi itu yang berlaku di dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya.

Lokasi itu menjadi tempat beribu-ribu penyokong Morsi meng- adakan tunjuk perasaan sejak enam minggu lalu, sekali gus memalukan pihak tentera.

Kem kedua yang didirikan berhampiran Universiti Kaherah telah dirobohkan pagi semalam.

Operasi tersebut membayangkan pihak tentera sudah hilang sabar ekoran tunjuk perasaan itu menyebabkan aktiviti di beberapa bahagian bandar raya ini lumpuh.

Protes besar-besaran itu turut memperlahankan proses peralihan politik di Mesir.

Operasi itu bermula sejurus subuh dengan dibantu oleh beberapa buah helikopter.

Bunyi bedilan senjata api kedengaran semasa penunjuk perasaan termasuk wanita dan kanak- kanak lari meninggalkan dataran Rabaa Al-Adawiya dengan asap hitam naik ke udara.

Beberapa buah kereta perisai dan jentolak kemudian bergerak masuk untuk meratakan khemah- khemah yang didirikan oleh penunjuk perasaan.

Seorang saksi berkata, dia melihat 15 mayat di sebuah hospital di sini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan menyatakan, sebanyak 13 orang terbunuh dekat Rabaa Al-Adawiya semasa operasi membanteras tunjuk perasan tersebut.

Mereka yang maut termasuk lima anggota polis dan lapan orang awam.

Banyak pihak percaya angka kematian tersebut akan meningkat.

Seorang saksi memberitahu, dia melihat askar-askar melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang cuba memasuki kem di Rabaa Al-Adawiya untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka.

Sekurang-kurangnya 20 orang ditembak di kaki. Rakaman di tele- visyen pula menunjukkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan dari atas bumbung beberapa bangunan berdekatan.

"Tin-tin gas pemedih mata jatuh ke tanah seperti hujan. Tiada ambulans di lokasi itu. Tentera menutup semua pintu masuk," kata seorang penunjuk perasaan berusia 20 tahun, Khaled Ahmed.

"Terdapat wanita dan kanak-kanak di tempat itu. Tuhan bantulah mereka," tambahnya.

Operasi tersebut berlaku selepas kegagalan usaha antarabangsa untuk menamatkan konfrontasi antara penyokong Morsi dengan kerajaan yang disokong tentera.

Kerajaan peralihan itu dibentuk selepas Morsi digulingkan pada 3 Julai lalu. - Reuters

Kapal selam India meletup

Posted:

Kapal selam India meletup

Kapal selam India meletup


GAMBAR rakaman video amatur menunjukkan kebakaran yang berlaku di Limbungan Kapal Tentera Laut India di Mumbai awal semalam.- AFP


MUMBAI - Seramai 18 kelasi sebuah kapal selam berkuasa diesel milik tentera India dikhuatiri mati apabila ia meletup di sebuah limbungan di sini semalam.

Kapal selam INS Sindhurakshak yang kembali ke India kurang setahun lalu selepas diubah suai di Rusia turut tenggelam dalam kejadian itu.

Insiden berlaku beberapa hari selepas New Delhi memuji pelancaran kapal induk pertama buatan domestik dan ujian pelayaran kapal selam nuklear keluaran India.

Rakaman video amatur oleh seorang saksi menunjukkan satu letupan besar berlaku di limbungan tentera laut itu sejurus selepas tengah malam.

"Punca letupan belum diketahui," kata jurucakap tentera laut, Narendra Kumar Vispute.

Menurutnya, sekumpulan penyelam telah dikerahkan bagi mencari kru berkenaan sebaik sahaja api dipadamkan.

"Saya berasa sedih berhubung kehilangan nyawa anggota tentera semasa mereka berkhidmat untuk negara," kata Menteri Pertahanan, A.K. Antony.

Pada Februari 2010, INS Sindhurakshak pernah terbakar semasa berlabuh di bandar Visakhapatnam, selatan India. Seorang kru maut dan dua lagi cedera dalam kejadian itu.

Terdapat kebimbangan letupan itu akan merosakkan beberapa kapal lain di limbungan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak tentera telah mengarahkan satu siasatan dilancarkan berhubung insiden tersebut.

Dibeli dari Rusia dan beroperasi pada 1997, INS Sindhurakshak kurang kelengkapan keselamatan moden seperti yang terdapat pada beberapa model baharu.

Pengantin diiring 80 pengapit

Posted:

Pengantin diiring 80 pengapit

Pengantin diiring 80 pengapit


Katie dan Norman dikelilingi 80 pengapit di majlis perkahwinannya di sebuah gereja di St Nicholas, Harwich.- Agensi


HARWICH, Essex - Seorang guru tarian, Katie Dalby melakukan kejutan pada majlis perkahwinannya kerana diiringi 80 pengapit, lapor akhbar dalam talian Daily Mirror kelmarin.

Wanita berusia 26 tahun itu dikelilingi oleh 80 gadis berpakaian merah jambu pada hari istimewa itu yang berlangsung di gereja St Nicholas di sini.

Dalbie berkata, semua pengapit tersebut dilaporkan berusia antara dua hingga 17 tahun.

"Kesemua 74 pengapit itu merupakan ahli akademi tarian tempatan manakala enam lagi terdiri daripada kakak ipar, anak saudara, sepupu dan sahabat karib saya," katanya.

Katie melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya, Norman Gooch pada Sabtu lalu.

Gooch, 37, bekerja sebagai seorang anggota bomba.

"Saya tidak mahu sesiapa pun terkecuali," kata Katie.

Upacara perkahwinan tersebut menarik perhatian orang ramai sehingga jalan raya yang menuju ke gereja berkenaan terpaksa ditutup. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved