Khamis, 11 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Aaliyah lonjak ranking ke-59 dunia

Posted:

Aaliyah lonjak ranking ke-59 dunia

Aaliyah lonjak ranking ke-59 dunia

11/07/2013 10:05pm

KUALA LUMPUR - Peluncur cilik Aaliyah Yoong Hanifah sekali lagi memperbaiki kedudukan ranking dunia dalam kategori 'Tricks' wanita selepas mencapai catatan peribadi terbaik semasa mengikuti latihan dan pertandingan selama dua minggu di Itali dan Austria baru-baru ini.

Atlet sensasi negara berusia sembilan tahun itu melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-59 dalam ranking dunia Persekutuan Luncur Air & Wakeboard Antarabangsa (IWWF).

Beliau turut memperbaiki kedudukan ranking dunia bagi kategori 'Tricks' wanita bawah 17 tahun dengan menduduki tangga ke-16.

Aaliyah memperbaiki ranking dunia tersebut selepas mengatasi catatan mata terbaik 4,740 mata dengan catatan terbaru 5,050 mata di Kejohanan Antarabangsa San Gervasio di Itali pada 28 Jun dan mengulangi catatan sama di Piala Antarabangsa WWUT Fischlham di Australia, 6 Julai lepas.

Jurulatih yang juga bapa Aaliyah, Hanifah Yoong, yang kagum dengan ketabahan dan tumpuan anaknya dalam mencapai keputusan tersebut, berkata ia adalah prestasi yang luar biasa. - Bernama

Tiga nyaris maut trailer ke dalam gaung

Posted:

Tiga nyaris maut trailer ke dalam gaung

Tiga nyaris maut trailer ke dalam gaung

11/07/2013 10:03pm

MARANG - Seorang pemandu dan dua pembantunya nyaris maut apabila trailer mereka seberat 26 tan yang sarat dengan barangan runcit terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kampung Pengkalan Kuin di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika pemandunya Mohd Shahrizan Ismail, 29, sedang membaiki kenderaan itu yang mengalami kerosakan bateri berhampiran rumahnya.

Menurutnya, semasa beliau cuba menghidupkan enjin trailer itu, tiba-tiba kenderaan itu bergerak dengan sendiri dan menggelongsor sejauh 100 meter sebelum terjunam ke dalam gaung.

Sharizan berkata ketika itu dua rakannya sedang menyusun barangan seperti susu dan racun tanaman di atas lori sepanjang 10 meter itu.

"Ketika lori menggelongsor, saya berjaya membuka pintu sebelah pemandu dan mencapai stereng lori dan saya terpaksa menghalakan lori ke tepi kerana bimbang ia akan merempuh rumah dan orang yang lalu lalang di kawasan itu," katanya di tempat kejadian. - Bernama

Rebut kerusi: Lelaki Nepal dipenjara 21 tahun sebabkan kematian rakan sekerja

Posted:

Rebut kerusi: Lelaki Nepal dipenjara 21 tahun sebabkan kematian rakan sekerja

Rebut kerusi: Lelaki Nepal dipenjara 21 tahun sebabkan kematian rakan sekerja

11/07/2013 8:20pm

SHAH ALAM - Gara-gara berebutkan sebuah kerusi, seorang pekerja kilang warga Nepal tergamak menikam kepala rakan sekerjanya warga Bangladesh sebanyak tujuh kali menyebabkan mangsa meninggal dunia, pada 2011.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 21 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap perbuatannya itu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan Milan Magar, 23, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu 22 Jan 2011.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan menyebabkan kematian Faruk Miah, 32, di Lot 8095, Jalan Sungai Rasau 32, Sungai Rasau Industri Park, Seksyen 16 di sini, pada 10.50 pagi hari berkenaan, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Dia pada awalnya menghadapi tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved